SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 3
Andragogi vs Pedagogi
Terdapat perbezaan yang amat ketara antara pembelajaran di peringkat kanak-
kanak dengan peringkat dewasa. Kanak-kanak pergi ke sekolah dengan pengalaman
yang sedikit dan terhad kerana usia mereka yang masih muda. Sementara pelajar
dewasa pula kaya dengan pengalaman dan mempunyai asas ilmu pengetahuan yang
kukuh dibentuk ketika alam persekolahan dan perkerjaan. Selain itu, perspektif
pembelajaran bagi kanak-kanak dan dewasa juga berbeza. Perspektif pembelajaran
kanak-kanak adalah untuk jangka panjang, apa yang mereka pelajari sekarang
kemungkinan tidak digunakan pada masa itu dan hanya bertujuan untuk jangka masa
yang panjang, iaitu selepas mereka selesai alam persekolahan. Pelajar dewasa pula
mempunyai perspektif pembelajaran yang sangat berbeza. Mereka menjangka apa
yang akan dipelajari akan dapat digunakan segera dalam bidang perkerjaan yang telah
diceburi.
Motivasi kanak-kanak untuk belajar adalah berbeza, ia datang secara luaran.
Kanak-kanak pergi ke sekolah kerana diwajibkan oleh ibu bapa atau penjaga. Guru
berperanan penting dalam memotivasikan kanak-kanak untuk belajar. Motivasi pelajar
dewasa adalah secara dalaman, mereka melibatkan diri dengan program pendidikan
kerana sememangnya atas kehendak sendiri. Tiada paksaan dalam proses
pembelajaran. Pelajar dewasa boleh berhenti mengikut kehendak sendiri atau
disebabkan oleh sesuatu kedaan yang memaksa mereka berbuat demikian. Apabila
pelajar dewasa masuk ke kuliah, pengajar atau pensyarah tidak seharusnya mengajar
mereka seperti kanak-kanak di mana seolah-olah mencurahkan ilmu pengetahuan ke
dalam tong yang kosong. Istilah andragogi digunakan untuk membezakan pengajaran
dan pembelajaran kepada pelajar dewasa berbanding pedagogi, iaitu pengajaran dan
pembelajaran kepada kanak-kanak.
Pedagogi merujuk kepada konsep asas yang berkaitan dengan pembelajaran
yang dipraktikkan dalam semua bilik darjah masa kini. Asas ini yang telah ditemui
berabad lamanya dan berkaitan dengan pengajaran kepada kanak-kanak. Andaian
kepada model pedagogi ialah; The teacher bears the full responsibility of deciding what,
how, when and if information has been learned. Student are submissive or subordinate
to the teacher.http://www.acquireskills.com/adult.html Andragogi adalah merupakan
istilah dalam pendidikan dewasa hasil daripada kajian dan sumbangan idea oleh
Malcolm Knowles (1970).
Andragogy is the art and science of helping adults learn. (Knowles, 1970) Perkataan
andragogi adalah berasal dari bahasa Greek ‘Andros’ yang bermaksud ‘man’ atau ‘to
teach adult’. Andragogi mempunyai beberapa konsep seperti berikut: Pelajar dewasa
ingin tahu mengapa mereka perlu belajar sesuatu sebelum mulai mempelajarinya.
Pelajar dewasa bertanggung jawab terhadap proses pembelajaran mereka
sendiri.
Pelajar dewasa mempunyai pengalaman yang cukup untuk menghadapi
suasana pembelajaran.
Pelajar dewasa bersedia untuk belajar apabila mereka perlu belajar.
Masalah pembelajaran mereka adalah terletak dalam diri mereka sendiri.
Motivasi pelajar dewasa untuk belajar adalah wujud secara dalaman melebihi
faktor luaran.
Beberapa konsep berikut perlu diambil perhatian dalam program pendidikan dewasa
supaya keperluan pembelajaran dapat dipenuhi;
Kurikulum pendidikan dewasa perlu berpusatkan pelajar.
Aktiviti pembelajaran perlu dikaitkan dengan pengalaman pelajar.
Pelajar dewasa mempunyai arah kendiri.
Pelajar harus dilibatkan dengan semua bentuk penilaian.
Pelajar adalah berpusatkan masalah.
Guru perlu berfungsi sebagai fasilitator.
Oleh kerana tidak begitu banyak teori tentang pembelajaran dewasa, andragogi dapat
memberikan satu garis panduan untuk guru, pengajar, pensyarah yang terlibat dalam
pendidikan dewasa mengendalikan program pendidikan dewasa dengan berkesan.
Knowles (1990) menggariskan ciri-ciri seseorang pelajar dewasa adalah seperti berikut;
Autonomous dan arah kendiri (self-directed)
Posess accumulated life experiences and knowledge
Goal-oriented
Relevancy oriented
Practical
Require respect
Andragogi berbeza daripada pedagogi dalam empat dimensi (Vacca dan Walker, 1980);
Konsep kendiri
Pengalaman
Kesediaan untuk belajar
Orientasi pembelajaran
Kita sebagai guru seharusnya mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan
pedagogi dan andragogi. Guru harus berupaya mengamalkan konsep pedagogi dan
andragogi pasa tempat yang sesuai dan betul kaedahnya. Setiap pendidik perlu
memahami dan dapat melaksanakan pedagogi dan andragogi kepada kumpulan
sasaran yang tepat. Kita perlu menunjukkan profesionalisme yang tinggi dalam
profesion ini supaya disanjung oleh semua masyarakat dan profesion lain. Sebagai
seorang guru, kita juga tidak seharusnya berpuas hati setakat pendidikan yang dimiliki,
seharusnya kita sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang
terkini. Oleh itu, kita perlu belajar lagi dan mempertingkatkan pencapaian akademik
kepada tahap yang tertinggi. Dengan ini profesion perguruan akan disanjung oleh
semua orang.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
shahrul93
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
Qamariah sabariah
 
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Mohd Halim
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
ULak MuLai
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Fauzan Zain
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
BynaNie MaiRa
 

Was ist angesagt? (20)

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
Kolaboratif
KolaboratifKolaboratif
Kolaboratif
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 

Ähnlich wie Andragogi vs pedagogi

Strategi pembelajaran orang_dewasa-1
Strategi pembelajaran orang_dewasa-1Strategi pembelajaran orang_dewasa-1
Strategi pembelajaran orang_dewasa-1
Rery Novio
 
Andragogi, teknologi pembelajaran orang dewasa
Andragogi, teknologi pembelajaran orang dewasaAndragogi, teknologi pembelajaran orang dewasa
Andragogi, teknologi pembelajaran orang dewasa
Salma Van Licht
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)
Alfonsus Sam
 
Ilmu keperawatan dasar 2
Ilmu keperawatan dasar 2Ilmu keperawatan dasar 2
Ilmu keperawatan dasar 2
Darwis Maulana
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
Athirah Anith Ariffin
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
Star Ng
 
Pedagogy vs andragogy presentation
Pedagogy vs andragogy presentationPedagogy vs andragogy presentation
Pedagogy vs andragogy presentation
Broto Mudjianto
 
Refleksi edu
Refleksi eduRefleksi edu
Refleksi edu
alibyk
 

Ähnlich wie Andragogi vs pedagogi (20)

Andragogii
AndragogiiAndragogii
Andragogii
 
Strategi pembelajaran orang_dewasa-1
Strategi pembelajaran orang_dewasa-1Strategi pembelajaran orang_dewasa-1
Strategi pembelajaran orang_dewasa-1
 
Teori belajar andragogi
Teori belajar andragogi Teori belajar andragogi
Teori belajar andragogi
 
Konsep POD
Konsep PODKonsep POD
Konsep POD
 
Andragogi, teknologi pembelajaran orang dewasa
Andragogi, teknologi pembelajaran orang dewasaAndragogi, teknologi pembelajaran orang dewasa
Andragogi, teknologi pembelajaran orang dewasa
 
Andragogi
AndragogiAndragogi
Andragogi
 
Landasan dan asas
Landasan dan asasLandasan dan asas
Landasan dan asas
 
PENDIDIKAN ORANG DEWASA (POD).pptx
PENDIDIKAN ORANG DEWASA (POD).pptxPENDIDIKAN ORANG DEWASA (POD).pptx
PENDIDIKAN ORANG DEWASA (POD).pptx
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
 
TUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdf
TUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdfTUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdf
TUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdf
 
Resume teaching
Resume teachingResume teaching
Resume teaching
 
Andragogy Pedagogy.pptx
Andragogy Pedagogy.pptxAndragogy Pedagogy.pptx
Andragogy Pedagogy.pptx
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)
 
Ilmu keperawatan dasar 2
Ilmu keperawatan dasar 2Ilmu keperawatan dasar 2
Ilmu keperawatan dasar 2
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
Pedagogy vs andragogy presentation
Pedagogy vs andragogy presentationPedagogy vs andragogy presentation
Pedagogy vs andragogy presentation
 
Refleksi edu
Refleksi eduRefleksi edu
Refleksi edu
 
Pptfilsafat
PptfilsafatPptfilsafat
Pptfilsafat
 

Mehr von Syamala Palanisamy

Mehr von Syamala Palanisamy (7)

Definisi pelanggan
Definisi pelangganDefinisi pelanggan
Definisi pelanggan
 
Andragogy
AndragogyAndragogy
Andragogy
 
Andragogy
AndragogyAndragogy
Andragogy
 
Nota pjm 3110
Nota pjm 3110Nota pjm 3110
Nota pjm 3110
 
Nota pjm 3110
Nota pjm 3110Nota pjm 3110
Nota pjm 3110
 
Kolattam adalah sebuah bentuk seni andhra pradesh bermain dengan kayu
Kolattam adalah sebuah bentuk seni andhra pradesh bermain dengan kayuKolattam adalah sebuah bentuk seni andhra pradesh bermain dengan kayu
Kolattam adalah sebuah bentuk seni andhra pradesh bermain dengan kayu
 
Hubunganetnik bentang-090427075858-phpapp01
Hubunganetnik bentang-090427075858-phpapp01Hubunganetnik bentang-090427075858-phpapp01
Hubunganetnik bentang-090427075858-phpapp01
 

Andragogi vs pedagogi

  • 1. Andragogi vs Pedagogi Terdapat perbezaan yang amat ketara antara pembelajaran di peringkat kanak- kanak dengan peringkat dewasa. Kanak-kanak pergi ke sekolah dengan pengalaman yang sedikit dan terhad kerana usia mereka yang masih muda. Sementara pelajar dewasa pula kaya dengan pengalaman dan mempunyai asas ilmu pengetahuan yang kukuh dibentuk ketika alam persekolahan dan perkerjaan. Selain itu, perspektif pembelajaran bagi kanak-kanak dan dewasa juga berbeza. Perspektif pembelajaran kanak-kanak adalah untuk jangka panjang, apa yang mereka pelajari sekarang kemungkinan tidak digunakan pada masa itu dan hanya bertujuan untuk jangka masa yang panjang, iaitu selepas mereka selesai alam persekolahan. Pelajar dewasa pula mempunyai perspektif pembelajaran yang sangat berbeza. Mereka menjangka apa yang akan dipelajari akan dapat digunakan segera dalam bidang perkerjaan yang telah diceburi. Motivasi kanak-kanak untuk belajar adalah berbeza, ia datang secara luaran. Kanak-kanak pergi ke sekolah kerana diwajibkan oleh ibu bapa atau penjaga. Guru berperanan penting dalam memotivasikan kanak-kanak untuk belajar. Motivasi pelajar dewasa adalah secara dalaman, mereka melibatkan diri dengan program pendidikan kerana sememangnya atas kehendak sendiri. Tiada paksaan dalam proses pembelajaran. Pelajar dewasa boleh berhenti mengikut kehendak sendiri atau disebabkan oleh sesuatu kedaan yang memaksa mereka berbuat demikian. Apabila pelajar dewasa masuk ke kuliah, pengajar atau pensyarah tidak seharusnya mengajar mereka seperti kanak-kanak di mana seolah-olah mencurahkan ilmu pengetahuan ke dalam tong yang kosong. Istilah andragogi digunakan untuk membezakan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dewasa berbanding pedagogi, iaitu pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak. Pedagogi merujuk kepada konsep asas yang berkaitan dengan pembelajaran yang dipraktikkan dalam semua bilik darjah masa kini. Asas ini yang telah ditemui berabad lamanya dan berkaitan dengan pengajaran kepada kanak-kanak. Andaian kepada model pedagogi ialah; The teacher bears the full responsibility of deciding what,
  • 2. how, when and if information has been learned. Student are submissive or subordinate to the teacher.http://www.acquireskills.com/adult.html Andragogi adalah merupakan istilah dalam pendidikan dewasa hasil daripada kajian dan sumbangan idea oleh Malcolm Knowles (1970). Andragogy is the art and science of helping adults learn. (Knowles, 1970) Perkataan andragogi adalah berasal dari bahasa Greek ‘Andros’ yang bermaksud ‘man’ atau ‘to teach adult’. Andragogi mempunyai beberapa konsep seperti berikut: Pelajar dewasa ingin tahu mengapa mereka perlu belajar sesuatu sebelum mulai mempelajarinya. Pelajar dewasa bertanggung jawab terhadap proses pembelajaran mereka sendiri. Pelajar dewasa mempunyai pengalaman yang cukup untuk menghadapi suasana pembelajaran. Pelajar dewasa bersedia untuk belajar apabila mereka perlu belajar. Masalah pembelajaran mereka adalah terletak dalam diri mereka sendiri. Motivasi pelajar dewasa untuk belajar adalah wujud secara dalaman melebihi faktor luaran. Beberapa konsep berikut perlu diambil perhatian dalam program pendidikan dewasa supaya keperluan pembelajaran dapat dipenuhi; Kurikulum pendidikan dewasa perlu berpusatkan pelajar. Aktiviti pembelajaran perlu dikaitkan dengan pengalaman pelajar. Pelajar dewasa mempunyai arah kendiri. Pelajar harus dilibatkan dengan semua bentuk penilaian. Pelajar adalah berpusatkan masalah. Guru perlu berfungsi sebagai fasilitator. Oleh kerana tidak begitu banyak teori tentang pembelajaran dewasa, andragogi dapat memberikan satu garis panduan untuk guru, pengajar, pensyarah yang terlibat dalam pendidikan dewasa mengendalikan program pendidikan dewasa dengan berkesan. Knowles (1990) menggariskan ciri-ciri seseorang pelajar dewasa adalah seperti berikut;
  • 3. Autonomous dan arah kendiri (self-directed) Posess accumulated life experiences and knowledge Goal-oriented Relevancy oriented Practical Require respect Andragogi berbeza daripada pedagogi dalam empat dimensi (Vacca dan Walker, 1980); Konsep kendiri Pengalaman Kesediaan untuk belajar Orientasi pembelajaran Kita sebagai guru seharusnya mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pedagogi dan andragogi. Guru harus berupaya mengamalkan konsep pedagogi dan andragogi pasa tempat yang sesuai dan betul kaedahnya. Setiap pendidik perlu memahami dan dapat melaksanakan pedagogi dan andragogi kepada kumpulan sasaran yang tepat. Kita perlu menunjukkan profesionalisme yang tinggi dalam profesion ini supaya disanjung oleh semua masyarakat dan profesion lain. Sebagai seorang guru, kita juga tidak seharusnya berpuas hati setakat pendidikan yang dimiliki, seharusnya kita sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini. Oleh itu, kita perlu belajar lagi dan mempertingkatkan pencapaian akademik kepada tahap yang tertinggi. Dengan ini profesion perguruan akan disanjung oleh semua orang.