SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Downloaden Sie, um offline zu lesen
1
Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi mendownload dan membaca ebook
percuma ini. Di dalam ebook ini, saya bakal kongsikan tentang salah satu dari kunci
pemasaran yang diberi nama sebagai „DATABASE‟.
Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, saya ingin anda membayangkan satu situasi
ini.
Situasinya begini :
Bayangkan diri anda adalah seorang peniaga alat tulis di sebuah bandar kecil.
Satu hari datang seorang pelajar universiti ke kedai anda untuk membeli sebiji
pemadam. Dengan wajah yang resah dan gelisah, dia bertanya kepada anda.
“Bang,ada pemadam tak? Saya dah cari kat semua kedai, tapi takde. Minggu ni lak
minggu exam. Susah nak jawab soalan kalau takde pemadam bang.”
Setelah mendengar pertanyaan pelanggan anda itu, anda tersedar yang kedai anda
juga kehabisan pemadam.
“Alamak. Sorry la dik, pemadam kat kedai abang ni pun dah habis. Baru je ada
sorang budak perempuan kecik kamu je, beli 5 karton.”
Pelajar itu terus keluar dengan perasaan muka hampa dan kecewa. Air matanya
turut bergenang dan menanti masa untuk jatuh menitis di pipi.
Selang beberapa minit kemudian…
“Ayah, tadi Bedah kemas rak belakang jumpa 30 kotak pemadam. Tersorok kat
belakang kotak buku.”Anak perempuan anda berkata kepada anda.
Lantas anda terus teringat kembali akan pelajar yang dahagakan pemadam. Anda
berlari sekuat hati keluar dari kedai, memandang kiri dan kanan, tetapi bayang
pelajar tadi sudah tidak kelihatan.
Berdasarkan situasi ini, apa yang anda dapat simpulkan?
Betapa ruginya sebab pelajar tadi tidak tinggalkan cara nak hubungi dia, dan anda
juga berasa amat rugi sebab tak minta.
Dari contoh di atas, memanglah contoh pemadam digunakan. Untung pun cuma sen-
sen je. Itu contoh..kerana saya mahu anda faham dengan kira-kira mudah yang
mana walaupun untung jualan sen-sen tetapi anda tetap boleh mengalami kerugian
disebabkan tiadanya maklumat pembeli.
Belum cerita lagi kalau anda berniaga produk untung sa, puluh, ratus dan ribuan
ringgit. Ini baru cerita jual pemadam, belum cerita jual pemadam api.
Bagaimana? Dah dapat sedikit gambaran di situ? Kabur-kabur?
2
Baiklah. Ini cerita saya pula. Ianya berdasarkan pengalaman sebenar…betapa ruginya saya
seperti situasi sebelum ini.
Saya mula terjerumus di dalam arena perniagaan secara offline dan online sekitar
tahun 2005-2006. Di mana saya pernah menghasilkan 4-5 angka dalam masa
sebulan. Walaupun ketika itu saya masih menuntut di universiti.
Dan sehingga ke hari ini saya memilih untuk berniaga sepenuh masa dan hampir
100% perniagaan saya adalah secara online. Di mana hasil pendapatan saya
mampu untuk menyara anak-anak dan isteri saya.
Tetapi di hujung tahun 2009 saya mula terfikir. Selama beberapa tahun saya
berniaga, dan mendapat ribuan pelanggan malah mencecah puluhan ribu, tetapi
tidak sampai 100 orang yang dapat saya hubungi. Kebanyakan mereka hanya
pelanggan tetap yang kerap repeat order dengan saya.
Jadi saya mula terfikir untuk memulakan perniagaan secara bersistem yang mana
data pelanggan saya dapat disimpan di dalam sistem yang memudahkan saya untuk
keep track mereka.
Saya mula membuat satu e-commerce website yang mempunyai sistem
penyimpanan data pelanggan. Ianya masih kekal sehingga sekarang. Tetapi saya
melihat beberapa kelemahan di dalam sistem tersebut. Di mana cara untuk
berinteraksi dengan pelanggan tidak begitu efektif.
Mungkin anda tidak begitu faham dengan apa yang sedang saya sembangkan
sekarang ini, tak apa, saya teruskan sampai anda faham.
Pada tahun 2012, saya mula meluaskan platform jualan dengan menggunakan
medium Facebook sebagai satu kaedah pemasaran. Bagi saya ianya sangat
berkesan. Melalui facebook saya mula berniaga produk-produk yang bermacam jenis
dan tidak sama niche dengan perniagaan lama saya. Jadi bagi saya sukar untuk buat
satu ecommerce website. Sebabnya produk saya kini berlainan niche, dan
pelanggan lebih suka masuk dan beli melalui facebook berbanding di dalam website.
Jadi, di facebook, saya mula buat beberapa FanPage untuk pelbagai produk niche
berbeza. Kebanyakan FanPage saya mencecah angka puluhan ribu LIKE.
Tetapi di pertengahan tahun 2013 saya mula terfikir kembali tentang beberapa
perkara.
“Aku dah ada puluhan ribu LIKE. Tapi macam mana aku nak jejak semula semua
yang LIKE page aku tu?”
“Setiap satu post aku dapat berapa reach je. Sikit gile berbanding dengan LIKE aku.”
“Aku jual produk A pada pelanggan X, macam mana aku nak promosikan produk B
pada pelanggan X? Sebabnya produk A & B datang dari page berbeza.”
3
Itu adalah antara persoalan yang berlegar di fikiran saya dan saya berasa amat rugi..
Banyak kos saya habis ke FB Ads, pun satu hal jugak.
Jadi bila saya mula mencari kaedah bagaimana saya dapat menyimpan maklumat
pelanggan tanpa website. Berbagai study case dan juga split test telah saya lakukan.
Sehinggalah saya mencipta sebuah teknik yang saya namakan sebagai Teknik AES.
Nama teknik ini saya ilhamkan selepas beberapa kali disaman kerana memandu laju,
dan apa yang saya dapat lihat, sekali kamera tu tangkap gambar kereta yang bawa
laju, sampai ke rumah surat saman sampai. Tak bayar naik court.
Dan saya cuba implikasikan teknik ini di dalam kaedah pemasaran. Saya mengkaji
strategi pemasaran yang digunakan oleh syarikat-syarikat ternama seperti ZALORA,
LAZADA, GRUPON, PTS ONE, LELONG.COM.MY. Yang mana jika anda perasan,
setiap kali anda masuk ke website mereka, ada ruangan di mana mereka minta anda
isikan nama dan email anda.
Nak tahu apa yang terjadi jika anda isikan nama dan email anda?
Cuba periksa email anda. Hampir setiap bulan ada saja e-catalog, promosi dan juga
pemberitahuan produk terbaru mereka sampai ke email anda. Jadi secara tak
langsung, kadang kala kita membaca email itu juga dan tahu tentang update promosi
mereka.
Pemasaran ini di namakan Email Marketing.
Dari situ saya mula mencari guru-guru yang boleh mengajar saya berkaitan dengan
ilmu email marketing ini. Tetapi kebanyakan mereka yang saya temui hanya
mengajar saya perkara berkaitan dengan email marketing untuk produk digital seperti
ebook dan affiliate sahaja. Masalahnya, saya menjual PRODUK FIZIKAL.
Kebanyakan mereka ajar untuk buat website yang membolehkan pelawat isikan
nama dan email mereka.. tetapi saya BERNIAGA DI DALAM FACEBOOK.
Setelah dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain dan mecari pelbagai kaedah,
akhirnya saya mula mendapat kaedah yang membolehkan pelanggan saya
meninggalkan email mereka di dalam Page Facebook saya.
Memandangkan keberkesanan dan penggunaan tempahan melalui telefon juga saya
lihat lebih berkesan, di dalam teknik ini saya menggabungkan sekali elemen SMS
Marketing. Yang mana bukan sahaja alamat email pelanggan dapat saya miliki,
tetapi no telefon mereka juga diberikan oleh kepada saya dengan secara rela.
Maka terciptalah teknik AES ini iaitu = Attack & Attract, Email dan SMS.
Hasil dari 2 elemen database ini iaitu ( Email dan SMS ) saya mendapati ia sangat
membantu saya mengurangkan kos pemasaran.
4
Tambahan pula sekarang saya banyak bergantung kepada Facebook Ads untuk
memasarkan sesuatu produk. Dulu saya pernah mengeluarkan hampir puluhan ribu
sebulan untuk membayar kos pemasaran sahaja.
Tetapi melalui database yang telah dikumpul sejak pertengahan 2013 sehingga ke
hari ini, hampir separuh dari kos itu dapat dijimatkan. Yang bestnya sales tetap
maintain dan malah meningkat.
Bagaimana saya mampu lakukan semua itu?
Ada pelbagai cara. Saya dedahkan hampir kesemua dengan contoh berikut.
Saya ada menjual 3 produk. Saya namakan tiga produk itu sebagai produk A, produk
B dan produk C. Kesemua data pelanggan saya asingkan mengikut niche produk (
Kerana setiap produk ini datang dari Page yang berbeza )
Produk A = Niche kesihatan
Produk B = Niche kecantikan
Produk C = Niche alatan kegunaan seharian
Bagaimana saya dapat meminimumkan kos pemasaran saya dan menjana jualan
dari HANYA data pelanggan yang saya ada?
Begini caranya :
1 Saya ada 1000 data pelanggan untuk produk A, rata-rata mereka berpuas hati
dengan produk tersebut. Setiap hujung bulan, saya hantarkan mereka offer
untuk produk A kerana mereka adalah bekas dan bakal pelanggan berpotensi
saya, hasilnya :
 Saya dapat beberapa repeat pelanggan yang membeli produk yang
sama hasil dari offer yang saya berikan. 




2 Saya ada 1000 data pelanggan untuk produk A, dan dalam masa yang sama
saya ada satu lagi produk yang mempunyai niche yang sama ( kesihatan ).
Bila sampai produk baru, terus saya maklumkan pada mereka. Hasilnya :
 Ada beberapa pelanggan yang membeli produk baru tersebut kerana
mereka telah percaya pada saya. Saya telah menghasilkan jualan
tanpa sebarang kos pengiklanan. Malah saya tidak membuat promosi
di mana-mana pun lagi. Hanya melalui email. 
5
3 Saya ada 1000 data pelanggan produk A, dan dalam masa sama saya nak
cuba jual produk B dan Produk C pada mereka. Saya hantar maklumat
lengkap pada mereka berkaitan Produk B dan Produk C. Hasilnya :
 Ada pelanggan produk A yang membeli Produk B atau C kerana tanpa
anda sedari dan sangka, rupanya kadang kala setiap pelanggan punyai
pelbagai keinginan. Sudah beli produk yang membantu kesihatan
mereka, mahu juga nampak cantik disamping memiliki alat yang
membantu mereka memudahkan pekerjaan sehari mereka. 

4 Saya ada 1000 data pelanggan produk A, tetapi tidak kesemua mereka
membeli produk tersebut, mereka cuma meninggalkan data mereka. Jadi hari-
hari saya berkongsi info berkitan produk A pada mereka.
 Hasil dari follow up berterusan, hasilnya hampir 80% biasanya membeli
produk tersebut kerana pelanggan adakala mempunyai pelbagai situasi
seperti 

(a) Tidak cukup informasi lengap berkaitan produk
(b) Kurang kepercayaan pada penjual kerana masa yang singkat
„beramah mesra‟
(c) Dah nak beli tapi terlupa hendak buat pembayaran
(d) Tunggu gaji masuk
Tetapi itu hanyalah hasil study case saya dengan menggunakan elemen-elemen
pemasaran yang saya nyatakan.
Mungkin lain orang lain hasilnya, saya tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang
tapi selagi anda tidak ambil tindakan, mendapatkan sesuatu ilmu dan buat, selagi itu
anda masih berada di bumi tanpa ada harapan mencapai bulan dan bintang.
6
Dari hasil teknik AES ini sedikit sebanyak mampu untuk membantu para peniaga
ONLINE terutamanya, yang menjual PRODUK FIZIKAL. Di mana mereka boleh:
 Mempelajari cara mengumpul database yang ramai peniaga terlepas
pandang, dan adakalanya mereka kata susah. Tetapi sebenarnya ianya
sangat senang! 

 Kami berikan panduan step by step bagaimana anda boleh merangka
dan membina Page tarikan jualan anda sendiri. Yang mana ia
membolehkan pelanggan meninggalkan maklumat diri mereka. 

 Membantu para peniaga membina kredibiliti serta meningkatkan
kepercayaan pelanggan pada mereka. 

 Mengurangkan kos pengiklanan sehingga RM0 setiap bulan hanya
menggunakan database sedia ada. 
 Meningkatkan kadar jualan kepada pelanggan baru dan lama. 
 Mendapatkan repeat sales dan customer setiap bulan. 

 Mendapat pelanggan yang sedia dan bersedia untuk membeli apa
sahaja produk yang anda promosikan. 
Jadi bagi anda yang telah membaca ebook ini, jika anda berminat untuk
mendapatkan panduan lengkap bagaimana teknik AES ini dapat membantu anda,
jom layari
Teknik AES
dan dapatkan hari ini juga.
Iklas dari kami.
Ismail Arsad & Resmansah
7

Weitere ähnliche Inhalte

Mehr von Idea Bisnes Internet

Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualanLaporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
Idea Bisnes Internet
 
Inspirasi 9 formula pantas seru rezeki
Inspirasi 9 formula pantas seru rezekiInspirasi 9 formula pantas seru rezeki
Inspirasi 9 formula pantas seru rezeki
Idea Bisnes Internet
 
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah KamsahRahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Idea Bisnes Internet
 

Mehr von Idea Bisnes Internet (19)

Rahsia bisnes tudung
Rahsia bisnes tudungRahsia bisnes tudung
Rahsia bisnes tudung
 
Case study rm400++
Case study rm400++Case study rm400++
Case study rm400++
 
Tips Menjual di Facebook
Tips Menjual di FacebookTips Menjual di Facebook
Tips Menjual di Facebook
 
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan
 
Ebook Case Study Power Headline
Ebook Case Study Power HeadlineEbook Case Study Power Headline
Ebook Case Study Power Headline
 
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualanLaporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
 
Fb affiliate income wokshop
Fb affiliate income wokshopFb affiliate income wokshop
Fb affiliate income wokshop
 
Fb affiliate income wokshop 2
Fb affiliate income wokshop 2Fb affiliate income wokshop 2
Fb affiliate income wokshop 2
 
Buat duit dengan murahnya.my
Buat duit dengan murahnya.myBuat duit dengan murahnya.my
Buat duit dengan murahnya.my
 
Rahsia usahawan internet
Rahsia usahawan internetRahsia usahawan internet
Rahsia usahawan internet
 
Skrol jurus bebas wang
Skrol jurus bebas wangSkrol jurus bebas wang
Skrol jurus bebas wang
 
Inspirasi 9 formula pantas seru rezeki
Inspirasi 9 formula pantas seru rezekiInspirasi 9 formula pantas seru rezeki
Inspirasi 9 formula pantas seru rezeki
 
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah KamsahRahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
 
Laporan hukum tarikan
Laporan hukum tarikanLaporan hukum tarikan
Laporan hukum tarikan
 
27 sebab gagal ptd
27 sebab gagal ptd27 sebab gagal ptd
27 sebab gagal ptd
 
Tingkatkan pengaruh berucap
Tingkatkan pengaruh berucapTingkatkan pengaruh berucap
Tingkatkan pengaruh berucap
 
Ujian motivasi
Ujian motivasiUjian motivasi
Ujian motivasi
 
Urus wang
Urus wangUrus wang
Urus wang
 
10 petua membina sikap positif
10 petua membina sikap positif10 petua membina sikap positif
10 petua membina sikap positif
 

Preview Teknik AES

  • 1. 1
  • 2. Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi mendownload dan membaca ebook percuma ini. Di dalam ebook ini, saya bakal kongsikan tentang salah satu dari kunci pemasaran yang diberi nama sebagai „DATABASE‟. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, saya ingin anda membayangkan satu situasi ini. Situasinya begini : Bayangkan diri anda adalah seorang peniaga alat tulis di sebuah bandar kecil. Satu hari datang seorang pelajar universiti ke kedai anda untuk membeli sebiji pemadam. Dengan wajah yang resah dan gelisah, dia bertanya kepada anda. “Bang,ada pemadam tak? Saya dah cari kat semua kedai, tapi takde. Minggu ni lak minggu exam. Susah nak jawab soalan kalau takde pemadam bang.” Setelah mendengar pertanyaan pelanggan anda itu, anda tersedar yang kedai anda juga kehabisan pemadam. “Alamak. Sorry la dik, pemadam kat kedai abang ni pun dah habis. Baru je ada sorang budak perempuan kecik kamu je, beli 5 karton.” Pelajar itu terus keluar dengan perasaan muka hampa dan kecewa. Air matanya turut bergenang dan menanti masa untuk jatuh menitis di pipi. Selang beberapa minit kemudian… “Ayah, tadi Bedah kemas rak belakang jumpa 30 kotak pemadam. Tersorok kat belakang kotak buku.”Anak perempuan anda berkata kepada anda. Lantas anda terus teringat kembali akan pelajar yang dahagakan pemadam. Anda berlari sekuat hati keluar dari kedai, memandang kiri dan kanan, tetapi bayang pelajar tadi sudah tidak kelihatan. Berdasarkan situasi ini, apa yang anda dapat simpulkan? Betapa ruginya sebab pelajar tadi tidak tinggalkan cara nak hubungi dia, dan anda juga berasa amat rugi sebab tak minta. Dari contoh di atas, memanglah contoh pemadam digunakan. Untung pun cuma sen- sen je. Itu contoh..kerana saya mahu anda faham dengan kira-kira mudah yang mana walaupun untung jualan sen-sen tetapi anda tetap boleh mengalami kerugian disebabkan tiadanya maklumat pembeli. Belum cerita lagi kalau anda berniaga produk untung sa, puluh, ratus dan ribuan ringgit. Ini baru cerita jual pemadam, belum cerita jual pemadam api. Bagaimana? Dah dapat sedikit gambaran di situ? Kabur-kabur? 2
  • 3. Baiklah. Ini cerita saya pula. Ianya berdasarkan pengalaman sebenar…betapa ruginya saya seperti situasi sebelum ini. Saya mula terjerumus di dalam arena perniagaan secara offline dan online sekitar tahun 2005-2006. Di mana saya pernah menghasilkan 4-5 angka dalam masa sebulan. Walaupun ketika itu saya masih menuntut di universiti. Dan sehingga ke hari ini saya memilih untuk berniaga sepenuh masa dan hampir 100% perniagaan saya adalah secara online. Di mana hasil pendapatan saya mampu untuk menyara anak-anak dan isteri saya. Tetapi di hujung tahun 2009 saya mula terfikir. Selama beberapa tahun saya berniaga, dan mendapat ribuan pelanggan malah mencecah puluhan ribu, tetapi tidak sampai 100 orang yang dapat saya hubungi. Kebanyakan mereka hanya pelanggan tetap yang kerap repeat order dengan saya. Jadi saya mula terfikir untuk memulakan perniagaan secara bersistem yang mana data pelanggan saya dapat disimpan di dalam sistem yang memudahkan saya untuk keep track mereka. Saya mula membuat satu e-commerce website yang mempunyai sistem penyimpanan data pelanggan. Ianya masih kekal sehingga sekarang. Tetapi saya melihat beberapa kelemahan di dalam sistem tersebut. Di mana cara untuk berinteraksi dengan pelanggan tidak begitu efektif. Mungkin anda tidak begitu faham dengan apa yang sedang saya sembangkan sekarang ini, tak apa, saya teruskan sampai anda faham. Pada tahun 2012, saya mula meluaskan platform jualan dengan menggunakan medium Facebook sebagai satu kaedah pemasaran. Bagi saya ianya sangat berkesan. Melalui facebook saya mula berniaga produk-produk yang bermacam jenis dan tidak sama niche dengan perniagaan lama saya. Jadi bagi saya sukar untuk buat satu ecommerce website. Sebabnya produk saya kini berlainan niche, dan pelanggan lebih suka masuk dan beli melalui facebook berbanding di dalam website. Jadi, di facebook, saya mula buat beberapa FanPage untuk pelbagai produk niche berbeza. Kebanyakan FanPage saya mencecah angka puluhan ribu LIKE. Tetapi di pertengahan tahun 2013 saya mula terfikir kembali tentang beberapa perkara. “Aku dah ada puluhan ribu LIKE. Tapi macam mana aku nak jejak semula semua yang LIKE page aku tu?” “Setiap satu post aku dapat berapa reach je. Sikit gile berbanding dengan LIKE aku.” “Aku jual produk A pada pelanggan X, macam mana aku nak promosikan produk B pada pelanggan X? Sebabnya produk A & B datang dari page berbeza.” 3
  • 4. Itu adalah antara persoalan yang berlegar di fikiran saya dan saya berasa amat rugi.. Banyak kos saya habis ke FB Ads, pun satu hal jugak. Jadi bila saya mula mencari kaedah bagaimana saya dapat menyimpan maklumat pelanggan tanpa website. Berbagai study case dan juga split test telah saya lakukan. Sehinggalah saya mencipta sebuah teknik yang saya namakan sebagai Teknik AES. Nama teknik ini saya ilhamkan selepas beberapa kali disaman kerana memandu laju, dan apa yang saya dapat lihat, sekali kamera tu tangkap gambar kereta yang bawa laju, sampai ke rumah surat saman sampai. Tak bayar naik court. Dan saya cuba implikasikan teknik ini di dalam kaedah pemasaran. Saya mengkaji strategi pemasaran yang digunakan oleh syarikat-syarikat ternama seperti ZALORA, LAZADA, GRUPON, PTS ONE, LELONG.COM.MY. Yang mana jika anda perasan, setiap kali anda masuk ke website mereka, ada ruangan di mana mereka minta anda isikan nama dan email anda. Nak tahu apa yang terjadi jika anda isikan nama dan email anda? Cuba periksa email anda. Hampir setiap bulan ada saja e-catalog, promosi dan juga pemberitahuan produk terbaru mereka sampai ke email anda. Jadi secara tak langsung, kadang kala kita membaca email itu juga dan tahu tentang update promosi mereka. Pemasaran ini di namakan Email Marketing. Dari situ saya mula mencari guru-guru yang boleh mengajar saya berkaitan dengan ilmu email marketing ini. Tetapi kebanyakan mereka yang saya temui hanya mengajar saya perkara berkaitan dengan email marketing untuk produk digital seperti ebook dan affiliate sahaja. Masalahnya, saya menjual PRODUK FIZIKAL. Kebanyakan mereka ajar untuk buat website yang membolehkan pelawat isikan nama dan email mereka.. tetapi saya BERNIAGA DI DALAM FACEBOOK. Setelah dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain dan mecari pelbagai kaedah, akhirnya saya mula mendapat kaedah yang membolehkan pelanggan saya meninggalkan email mereka di dalam Page Facebook saya. Memandangkan keberkesanan dan penggunaan tempahan melalui telefon juga saya lihat lebih berkesan, di dalam teknik ini saya menggabungkan sekali elemen SMS Marketing. Yang mana bukan sahaja alamat email pelanggan dapat saya miliki, tetapi no telefon mereka juga diberikan oleh kepada saya dengan secara rela. Maka terciptalah teknik AES ini iaitu = Attack & Attract, Email dan SMS. Hasil dari 2 elemen database ini iaitu ( Email dan SMS ) saya mendapati ia sangat membantu saya mengurangkan kos pemasaran. 4
  • 5. Tambahan pula sekarang saya banyak bergantung kepada Facebook Ads untuk memasarkan sesuatu produk. Dulu saya pernah mengeluarkan hampir puluhan ribu sebulan untuk membayar kos pemasaran sahaja. Tetapi melalui database yang telah dikumpul sejak pertengahan 2013 sehingga ke hari ini, hampir separuh dari kos itu dapat dijimatkan. Yang bestnya sales tetap maintain dan malah meningkat. Bagaimana saya mampu lakukan semua itu? Ada pelbagai cara. Saya dedahkan hampir kesemua dengan contoh berikut. Saya ada menjual 3 produk. Saya namakan tiga produk itu sebagai produk A, produk B dan produk C. Kesemua data pelanggan saya asingkan mengikut niche produk ( Kerana setiap produk ini datang dari Page yang berbeza ) Produk A = Niche kesihatan Produk B = Niche kecantikan Produk C = Niche alatan kegunaan seharian Bagaimana saya dapat meminimumkan kos pemasaran saya dan menjana jualan dari HANYA data pelanggan yang saya ada? Begini caranya : 1 Saya ada 1000 data pelanggan untuk produk A, rata-rata mereka berpuas hati dengan produk tersebut. Setiap hujung bulan, saya hantarkan mereka offer untuk produk A kerana mereka adalah bekas dan bakal pelanggan berpotensi saya, hasilnya :  Saya dapat beberapa repeat pelanggan yang membeli produk yang sama hasil dari offer yang saya berikan.      2 Saya ada 1000 data pelanggan untuk produk A, dan dalam masa yang sama saya ada satu lagi produk yang mempunyai niche yang sama ( kesihatan ). Bila sampai produk baru, terus saya maklumkan pada mereka. Hasilnya :  Ada beberapa pelanggan yang membeli produk baru tersebut kerana mereka telah percaya pada saya. Saya telah menghasilkan jualan tanpa sebarang kos pengiklanan. Malah saya tidak membuat promosi di mana-mana pun lagi. Hanya melalui email.  5
  • 6. 3 Saya ada 1000 data pelanggan produk A, dan dalam masa sama saya nak cuba jual produk B dan Produk C pada mereka. Saya hantar maklumat lengkap pada mereka berkaitan Produk B dan Produk C. Hasilnya :  Ada pelanggan produk A yang membeli Produk B atau C kerana tanpa anda sedari dan sangka, rupanya kadang kala setiap pelanggan punyai pelbagai keinginan. Sudah beli produk yang membantu kesihatan mereka, mahu juga nampak cantik disamping memiliki alat yang membantu mereka memudahkan pekerjaan sehari mereka.   4 Saya ada 1000 data pelanggan produk A, tetapi tidak kesemua mereka membeli produk tersebut, mereka cuma meninggalkan data mereka. Jadi hari- hari saya berkongsi info berkitan produk A pada mereka.  Hasil dari follow up berterusan, hasilnya hampir 80% biasanya membeli produk tersebut kerana pelanggan adakala mempunyai pelbagai situasi seperti   (a) Tidak cukup informasi lengap berkaitan produk (b) Kurang kepercayaan pada penjual kerana masa yang singkat „beramah mesra‟ (c) Dah nak beli tapi terlupa hendak buat pembayaran (d) Tunggu gaji masuk Tetapi itu hanyalah hasil study case saya dengan menggunakan elemen-elemen pemasaran yang saya nyatakan. Mungkin lain orang lain hasilnya, saya tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang tapi selagi anda tidak ambil tindakan, mendapatkan sesuatu ilmu dan buat, selagi itu anda masih berada di bumi tanpa ada harapan mencapai bulan dan bintang. 6
  • 7. Dari hasil teknik AES ini sedikit sebanyak mampu untuk membantu para peniaga ONLINE terutamanya, yang menjual PRODUK FIZIKAL. Di mana mereka boleh:  Mempelajari cara mengumpul database yang ramai peniaga terlepas pandang, dan adakalanya mereka kata susah. Tetapi sebenarnya ianya sangat senang!    Kami berikan panduan step by step bagaimana anda boleh merangka dan membina Page tarikan jualan anda sendiri. Yang mana ia membolehkan pelanggan meninggalkan maklumat diri mereka.    Membantu para peniaga membina kredibiliti serta meningkatkan kepercayaan pelanggan pada mereka.    Mengurangkan kos pengiklanan sehingga RM0 setiap bulan hanya menggunakan database sedia ada.   Meningkatkan kadar jualan kepada pelanggan baru dan lama.   Mendapatkan repeat sales dan customer setiap bulan.    Mendapat pelanggan yang sedia dan bersedia untuk membeli apa sahaja produk yang anda promosikan.  Jadi bagi anda yang telah membaca ebook ini, jika anda berminat untuk mendapatkan panduan lengkap bagaimana teknik AES ini dapat membantu anda, jom layari Teknik AES dan dapatkan hari ini juga. Iklas dari kami. Ismail Arsad & Resmansah 7