SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 2
METHODE QURANUNA

APA ITU METHODE QURANUNA?

Dari Bahasa Arab; bererti Quran kita (our Quran). Dan Methode Quranuna bererti sebuah
kaedah yang berhubungkait dengan pelbagai pendekatan terhadap Al-Quran Al Kariim yang
meliputi beberapa perkara di antaranya;

   1.   Tilawah / Baca Al-Quran
   2.   Tahfiz / Hafalan Al-Quran
   3.   Terjemahan / Faham Maksud Al-Quran
   4.   Tafsir
   5.   Dan yang lain

     Pada masa sekarang ini Methode Quranuna mengembangkan dua perkara; Kaedah Baca
Al-Quran dan Kaedah Hafalan Al-Quran. Selanjutnya keduanya kita sebut dengan
istilah Kaedah Baca Quranuna dan Kaedah Tahfiz Quranuna.

   1. Kaedah Baca Quranuna

        Iaitu sebuah kaedah baca untuk bisa membaca Al-Quran dengan pendekatan Bahasa
        Al-Quran (Bahasa Arab) dan mengikut kaedah tajwid. Kaedah Baca Quranuna ini
        disusun berdasarkan kosa kata Bahasa Arab yang ada di dalam Kamus Al Mu'jam Al
        Wasith dan Al-Quran dan dengan dipandu ilmu tajwid.

   2. Kaedah Tahfiz Quranuna

        Iaitu sebuah kaedah hafalan untuk bisa menghafal Al-Quran dengan sempurna
        dengan pendekatan nombor (matematik) baik nombor ayat, surah dan halamannya,
        dan juga dengan pendekatan Bahasa.

        Pertama; pendekatan matematik.

        Maksudnya; seseorang yang menghafal Al-Quran dengan Kaedah Tahfiz
        Quranuna akan hafal nombor ayat, nombor surah, nombor halaman dan berbagai
        hal yang berkaitan Al-Quran dan nombor-nombor lain dan juga formula-formula
        matematik yang boleh digunapakai dalam menghafal Al-Quran.

        Sebagai contoh: Menghafal An-Naas

        Maka seseorang yang menghafal An-Naas dengan menggunakan Kaedah Tahfiz
        Quranuna, ia akan hafal surah An-Naas sebgaimana lazimnya dan sekaligus akan
        hafal nombor surahnya, iaitu 114 dan nombor ayatnya dari 1 - 6. Lebih istimewa lagi
        ia pun akan hafal An-Naas secara maju seperti biasanya dari ayat 1 - 6, boleh juga
        hafal secara berundur dari 6 - 1, dan juga boleh hafal secara matematik contohnya
mengikut kumpulan bilangan ganjil 1,3 dan 5 dan bilangan genap 2, 4 dan 6 yang
terdapat di dalam surah tersebut.

Adapun proses menghafal boleh dipelajari dalam Buku Kaedah Tahfiz
Quranuna yang sedia.

Kedua; pendekatan bahasa.

Maksudnya; seseorang yang menghafal Al-Quran dengan Kaedah Tahfiz
Quranuna akan hafal mengikut kaedah bahasa yang berhubungkait khusus dengan
kosa kata dan suku katanya yang sudah dibuat rumus-rumusnya yang akan dibahas
pada bab khusus.

Sebagai contoh: Menghafal An-Naas

Maka seseorang yang menghafal An-Naas dengan menggunakan Kaedah Tahfiz
Quranuna, ia akan hafal dengan menggunakan kosa kata benda-benda yang ada di
sekelilingnya. Misalnya rumus kosa kata yang dibuat;

Kipas = 1,

Jam = 2,

langsir = 3,

Meja = 4,

Kursi = 5, dan

Lampu = 6.

Ke-enam benda tersebut ada di dalam bilik tempat menghafal An-Naas. Apabila
seseorang menghafal ayat 1, bermaksud ia akan melihat kipas, menghafal ayat 2 ia
melihat Jam dan begitu seterusnya.

Adapun proses menghafal boleh dipelajari dalam Buku Kaedah Tahfiz
Quranuna yang sedia.

Kesimpulan:

               1. Siapa saja yang menghafal Al-Quran dengan Kaedah Tahfiz
                  Quranuna maka ia akan meningkatkan kemampuan matematik dan
                  Bahasanya.
               2. Ia pun akan hafal nombor ayat, surah, halaman dan benda-benda di
                  sekitarnya berubah menjadi cadangan mengingati ayat-ayat dalam Al-
                  Quran.

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Methode quranuna

Ähnlich wie Methode quranuna (13)

Metode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaran
Metode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaranMetode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaran
Metode menghafal ayat al quran dan hadits dalam pembelajaran
 
Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)
 
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'anMakalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
Makalah sukmber pokok penafsiran al qur'an
 
Bab satu
Bab satuBab satu
Bab satu
 
Metodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMetodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'an
 
Metodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'anMetodologi penafsiran al qur'an
Metodologi penafsiran al qur'an
 
Rpp bab-7 (ikhlas, sabar, pema'af)
Rpp bab-7 (ikhlas, sabar, pema'af)Rpp bab-7 (ikhlas, sabar, pema'af)
Rpp bab-7 (ikhlas, sabar, pema'af)
 
Rpp bab-7 (ikhlas, sabar, pema'af)
Rpp bab-7 (ikhlas, sabar, pema'af)Rpp bab-7 (ikhlas, sabar, pema'af)
Rpp bab-7 (ikhlas, sabar, pema'af)
 
Rpp bab sikap terpuji
Rpp bab sikap terpujiRpp bab sikap terpuji
Rpp bab sikap terpuji
 
SKEMA MATERI, prota-promes (PAI).docx
SKEMA MATERI, prota-promes (PAI).docxSKEMA MATERI, prota-promes (PAI).docx
SKEMA MATERI, prota-promes (PAI).docx
 
02 LKPD Hidup Jadi Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan Pemaaf.pdf
02 LKPD Hidup Jadi Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan Pemaaf.pdf02 LKPD Hidup Jadi Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan Pemaaf.pdf
02 LKPD Hidup Jadi Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan Pemaaf.pdf
 
Pim3103 pendidikan al quran sr
Pim3103 pendidikan al quran srPim3103 pendidikan al quran sr
Pim3103 pendidikan al quran sr
 
MODUL 1.docx
MODUL 1.docxMODUL 1.docx
MODUL 1.docx
 

Methode quranuna

  • 1. METHODE QURANUNA APA ITU METHODE QURANUNA? Dari Bahasa Arab; bererti Quran kita (our Quran). Dan Methode Quranuna bererti sebuah kaedah yang berhubungkait dengan pelbagai pendekatan terhadap Al-Quran Al Kariim yang meliputi beberapa perkara di antaranya; 1. Tilawah / Baca Al-Quran 2. Tahfiz / Hafalan Al-Quran 3. Terjemahan / Faham Maksud Al-Quran 4. Tafsir 5. Dan yang lain Pada masa sekarang ini Methode Quranuna mengembangkan dua perkara; Kaedah Baca Al-Quran dan Kaedah Hafalan Al-Quran. Selanjutnya keduanya kita sebut dengan istilah Kaedah Baca Quranuna dan Kaedah Tahfiz Quranuna. 1. Kaedah Baca Quranuna Iaitu sebuah kaedah baca untuk bisa membaca Al-Quran dengan pendekatan Bahasa Al-Quran (Bahasa Arab) dan mengikut kaedah tajwid. Kaedah Baca Quranuna ini disusun berdasarkan kosa kata Bahasa Arab yang ada di dalam Kamus Al Mu'jam Al Wasith dan Al-Quran dan dengan dipandu ilmu tajwid. 2. Kaedah Tahfiz Quranuna Iaitu sebuah kaedah hafalan untuk bisa menghafal Al-Quran dengan sempurna dengan pendekatan nombor (matematik) baik nombor ayat, surah dan halamannya, dan juga dengan pendekatan Bahasa. Pertama; pendekatan matematik. Maksudnya; seseorang yang menghafal Al-Quran dengan Kaedah Tahfiz Quranuna akan hafal nombor ayat, nombor surah, nombor halaman dan berbagai hal yang berkaitan Al-Quran dan nombor-nombor lain dan juga formula-formula matematik yang boleh digunapakai dalam menghafal Al-Quran. Sebagai contoh: Menghafal An-Naas Maka seseorang yang menghafal An-Naas dengan menggunakan Kaedah Tahfiz Quranuna, ia akan hafal surah An-Naas sebgaimana lazimnya dan sekaligus akan hafal nombor surahnya, iaitu 114 dan nombor ayatnya dari 1 - 6. Lebih istimewa lagi ia pun akan hafal An-Naas secara maju seperti biasanya dari ayat 1 - 6, boleh juga hafal secara berundur dari 6 - 1, dan juga boleh hafal secara matematik contohnya
  • 2. mengikut kumpulan bilangan ganjil 1,3 dan 5 dan bilangan genap 2, 4 dan 6 yang terdapat di dalam surah tersebut. Adapun proses menghafal boleh dipelajari dalam Buku Kaedah Tahfiz Quranuna yang sedia. Kedua; pendekatan bahasa. Maksudnya; seseorang yang menghafal Al-Quran dengan Kaedah Tahfiz Quranuna akan hafal mengikut kaedah bahasa yang berhubungkait khusus dengan kosa kata dan suku katanya yang sudah dibuat rumus-rumusnya yang akan dibahas pada bab khusus. Sebagai contoh: Menghafal An-Naas Maka seseorang yang menghafal An-Naas dengan menggunakan Kaedah Tahfiz Quranuna, ia akan hafal dengan menggunakan kosa kata benda-benda yang ada di sekelilingnya. Misalnya rumus kosa kata yang dibuat; Kipas = 1, Jam = 2, langsir = 3, Meja = 4, Kursi = 5, dan Lampu = 6. Ke-enam benda tersebut ada di dalam bilik tempat menghafal An-Naas. Apabila seseorang menghafal ayat 1, bermaksud ia akan melihat kipas, menghafal ayat 2 ia melihat Jam dan begitu seterusnya. Adapun proses menghafal boleh dipelajari dalam Buku Kaedah Tahfiz Quranuna yang sedia. Kesimpulan: 1. Siapa saja yang menghafal Al-Quran dengan Kaedah Tahfiz Quranuna maka ia akan meningkatkan kemampuan matematik dan Bahasanya. 2. Ia pun akan hafal nombor ayat, surah, halaman dan benda-benda di sekitarnya berubah menjadi cadangan mengingati ayat-ayat dalam Al- Quran.