SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 56
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PENGHAYATAN MAQASID
SURAH AL-A’RAF
SYAARI AB. RAHMAN
www.tadabburcentre.com
2
www.tadabburcentre.com
INSTRUCTIONS FOR USE
3
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
4
SKOP PEMBENTANGAN
1. Informasi asas Surah al-A’raf
2. Fadhilat Surah al-A’raf
3. Keunikan Surah al-A’raf
4. Asbab nuzul
5. Maqasid surah berdasarkan nama surah
6. Perbahasan nama surah
7. Munasabah dengan Surah al-An’am
8. Munasabah dengan Surah al-Anfal
9. Segmentasi Surah al-A’raf
www.tadabburcentre.com
5
FADHILAT SURAH AL-A’RAF
1. Surah keenam daripada tujuh surah yang panjang dalam al-Quran (Al-Sab’u Al-Tiwal
sebagai ganti kepada Taurat sebelum al-Miin)
www.tadabburcentre.com
ُُ‫يت‬ِ‫ط‬ْ‫ُع‬‫أ‬َُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬َ‫م‬ُِ‫اة‬َ‫ر‬ْ‫َّو‬‫الت‬َُ‫ع‬ْ‫ب‬َّ‫الس‬َُ‫ال‬َ‫و‬ِ‫الط‬ُُ‫يت‬ِ‫ط‬ْ‫ُع‬‫أ‬َ‫و‬َُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬َ‫م‬ُ‫و‬ُ‫ب‬َّ‫الز‬ُِ‫ر‬َُ‫ي‬ِ‫ئ‬ِ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ُُ‫يت‬ِ‫ط‬ْ‫ُع‬‫أ‬َ‫و‬َُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬َ‫م‬ُِ‫يل‬ِْ‫ْن‬ِْ‫اْل‬َُ
ِ‫ان‬َ‫ث‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ُُ‫ت‬ْ‫ل‬ِ‫ض‬ُ‫ف‬َ‫و‬ُِ‫ل‬َّ‫ص‬َ‫ف‬ُ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ِب‬
Maksudnya: “Aku diberikan Al-Sab’u Al-Tiwal sebagai ganti kepada Taurat. Aku juga
diberikan Al-Miin sebagai ganti kepada Zabur. Dan aku juga diberikan Al-Mathani sebagai
ganti kepada Injil dan aku dilebihkan dengan diberikan Al-Mufassal.”
Sabda Nabi SAW:
(Riwayat Ahmad no. 16982)
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
6
(Riwayat al-Bukhari No. 764)
Sesungguhnya Zaid bin Thabit pernah menegur Marwan bin al-Hakam, “Mengapa aku lihat
engkau baca ketika solat Maghrib surah yang pendek-pendek sedangkan aku pernah
mendengar Nabi SAW membaca ketika solat Maghrib dengan surah terpanjang antara dua
surah yang panjang (iaitu Surah al-An’am dan Surah al-A’raf).”
ُْ‫ن‬َ‫ع‬َُ‫ن‬‫ا‬َ‫و‬ْ‫ر‬َ‫م‬ُِ‫ن‬ْ‫ب‬،ِ‫م‬َ‫ك‬َ‫احل‬َُ‫ال‬َ‫ق‬:َُ‫ال‬َ‫ق‬ُِ‫ل‬ُُ‫د‬ْ‫ي‬َ‫ز‬ُُ‫ن‬ْ‫ب‬ُ‫ت‬ِ‫ب‬َ‫َث‬:«‫ا‬َ‫م‬َُ‫ك‬َ‫ل‬ُْ‫ق‬َ‫ت‬ُُ‫أ‬َ‫ر‬ُِ‫ف‬ُِ‫ب‬ِ‫ر‬ْ‫غ‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬،‫ار‬َ‫ص‬ِ‫ق‬ِ‫ب‬ُْ‫د‬َ‫ق‬َ‫و‬ُُ‫ت‬ْ‫ع‬َِ‫َس‬‫ا‬َُِّ‫َّب‬‫ن‬‫ل‬‫ى‬َّ‫ل‬َ‫ص‬ُُ‫للا‬ُِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬
َُ‫م‬َّ‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ُُ‫أ‬َ‫ر‬ْ‫ق‬َ‫ي‬َُ‫ول‬ُ‫ط‬ِ‫ب‬ُِْ‫ي‬َ‫ي‬َ‫ل‬‫و‬ُّ‫ط‬‫ال‬»
2. Dibaca dalam solat Maghrib
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
7
1. Mengandungi doa yang banyak
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri,
dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami,
nescaya menjadilah kami daripada orang-orang yang rugi."
(Surah al-A’raf 7 : 23)
KEUNIKAN SURAH AL-A’RAF
www.tadabburcentre.com
❖ Doa Nabi Adam
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
8
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam
syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka
pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi
hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan
memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiq-Nya);
sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan
mereka diseru: "Itulah syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang
kamu telah kerjakan".
(Surah al-A’raf 7 : 43)
www.tadabburcentre.com
❖ Doa mulakan ceramah
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
9
"Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada agama
kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah
kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan
kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami,
hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah
sebaik-baik Hakim".
(Surah al-A’raf 7 : 89)
❖ Doa Nabi Syu’aib
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
10
"Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan
kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami".
(Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan
matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepada-Mu).”
(Surah al-A’raf 7 : 126)
❖ Doa dikurniakan syahid atau mati yang baik seperti
ahli sihir firaun
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
11
2. Banyaknya pengulangan kalimah takabbur / istikbar
10 kali
13 (Iblis), 36, 40, 48, 75, 76, 88, 133,
146 (Bani Israil), 206
Ayat:
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
12
ASBAB NUZUL
1. Panjang surah menunjukkan bukan diturunkan di awal Makkiah
2. Uslub, jumlah kisah dan maudhu’ surah mengenai kesempitan dan
keraguan dan kepentingan iltizam, menunjukkan ia turun selepas
banyak ayat atau surah diturunkan tetapi didustakan
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
13
3. Ayat teras, ayat 1-3
4. Surah ke-39 menurut Jabir bin Zaid, selepas Surah Saad dan sebelum
Surah al-Jin (al-Suyuthi)
Alif, Laam, Miim, Saad. (1) (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai
Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu
mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang
ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman. (2) (Katakanlah kepada
mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu
dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain daripada Allah; (tetapi sayang)
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan." (3)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
(Surah al-A’raf 7 : 1 - 3)
14
MAQASIDSURAHBERDASARKANNAMASURAH
1. Kisah di sebalik nama surah ini dijelaskan pada ayat 43-49
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam syurga) yang
mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur
dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk
(mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau
Allah tidak memimpin kami (dengan taufiq-Nya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan
kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah syurga yang diberikan kamu
mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.”
(Surah al-A’raf 7 : 43)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
15
Dan (apabila ahli-ahli syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada
ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada
kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah
dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?" Mereka menjawab: "Benar ada.” Kemudian
berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa
laknat Allah tertimpa atas orang-orang yang zalim.”
(Surah al-A’raf 7 : 44)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
16
Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan
mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan
hari akhirat.
Dan di antara keduanya (syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raf "(yang menjadi) pendinding,
dan di atas tembok Al-A'raf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap
seorang (daripada ahli-ahli syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka
pun menyeru ahli syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam
sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk syurga, padahal mereka
ingin sangat memasukinya.
(Surah al-A’raf 7 : 45 - 46)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
17
Dan apabila dipalingkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan)
berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang
zalim.”
Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A'raf menyeru beberapa orang (Ketua
kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: "Nampaknya kumpulan
kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu
sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu.”
(Surah al-A’raf 7 : 47 - 48)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
18
(Mereka bertanya pula kepada ketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata): "Itukah orang-
orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan
beroleh rahmat daripada Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke
dalam syurga, tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik)
terhadap kamu, dan kamu pula tidak akan berdukacita.”
(Surah al-A’raf 7 : 49)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
19
2. Nama surah ini (Al-A’raf) bermaksud:
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
MAQASIDSURAHBERDASARKANNAMASURAH
Mereka yang berada di tempat yang sangat tinggi
sehingga boleh dilihat oleh semua pihak.
20
Siapakah Ashab al-A’raf?
PERBAHASAN NAMA SURAH:
1. Jumhur
▪ Manusia yang timbangan kebaikan dan keburukannya sama pada hari kiamat.
Mereka diletakkan di tembok yang sangat tinggi antara syurga, melihat dengan
‘ainul yaqin pembalasan baik kepada ahli syurga dan pembalasan buruk kepada
ahli neraka. Akhirnya mereka dimasukkan ke syurga Allah SWT kerana rahmat
dan belas kasihan-Nya.
▪ Nama surah menjelaskan kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan semula
manusia yang telah mati dan membalas setiap perbuatan Mukmin dan kafir pada
hari kiamat dengan sangat adil.
▪ Ibrah/Rumusan maqasid surah (pendapat pertama) : Hidup jangan ragu dan
bingung. Sekejap bermaksiat, sekejap taat, tiada keazaman dan kekentalan
pendirian.
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
21
2. Al-Razi, Al-Alusi, Al-Ghazali, Fadhl Hasan Abbas,
Mustafa Muslim (panel tafsir UAE)
❖ Para Rasul dan Siddiqin (sahabat kepada para Rasul)
❖ Faktor-faktor pertimbangan:
▪ Konteks surah mengenai perjuangan enam orang Rasul dan konsep “begin
with the end” (sama dengan al-Anfaal)
▪ Konteks surah mengenai kesudahan kaum kafir di dunia
▪ Maksud sebenar al-A’raf sebagai memuliakan, bukan sekadar
menempatkan
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
22
▪ Penjelasan makna “hijab” pada ayat 46 Surah al-A’raf dengan
Surah al-Hadid ayat 12-13
(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat), orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di
sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang
mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.”
(Surah al-Hadid 57 : 12)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
23
(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-
gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami
mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek):
"Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka
(yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya
mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab
seksa.
(Surah al-Hadid 57 : 13)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
24
▪ Keselarian tema “dalam perjalanan” di penghujung Surah al-Zumar ayat 71-73
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasukan-pasukan, sehingga
apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya
kepada mereka: “Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang
membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari
kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-
orang yang kafir.”
(Surah al-Zumar 39 : 71)
25
(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan
keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang
sombong takbur ialah neraka Jahannam.
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan
berpasukan-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia
terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: "Salam sejahtera
kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan
tinggal kekal di dalamnya“ (mereka pun masuk).
(Surah al-Zumar 39 : 72 - 73)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
26
▪ Makna “tamak” itu yakin, bukan nak tapi tak dapat, lihat
ucapan Nabi Ibrahim (Surah al-Shu’araa ayat 82)
"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari
kiamat.”
(Surah al-Shu’araa 26 : 82)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
27
▪ Keselarian hadis Aazar dengan ayat 47 “dipalingkan”
Dan apabila dipalingkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan)
berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim.”
(Surah al-A’raf 7 : 47)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
‫يلقى‬‫اهيم‬‫ر‬‫إب‬‫أِبه‬‫آزر‬‫يوم‬،‫القيامة‬‫وعلى‬‫وجه‬‫آزر‬‫قرتة‬‫وغربة‬‫فيعرفه‬‫فيشفع‬،‫له‬‫فال‬‫تقبل‬،‫شفاعته‬‫مث‬
‫ميسخه‬‫للا‬‫ذئبا‬‫منتنا‬‫ليزول‬‫عن‬‫اهيم‬‫ر‬‫إب‬‫يه‬‫ز‬‫خ‬
“Nabi Ibrahim a.s. bertemu dengan ayahnya, Aazar pada hari kiamat, sedang pada wajah Aazar
terdapat warna debu dan habuk. Namun, Nabi Ibrahim a.s. mengenali ayahnya itu, lalu
memberinya syafaat, tetapi syafaat itu tidak diterima. Kemudian Allah SWT mengubah bentuk
Aazar menjadi seekor serigala yang busuk supaya hilang perasaan sedih Nabi Ibrahim a.s.”
Al-Bukhari meriwayatkan:
28
▪ Keselarian dengan hadis kelebihan Abu Bakar dan Umar
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
َُّ‫ن‬ِ‫إ‬َُ‫ل‬ْ‫َه‬‫أ‬ُِ‫ات‬َ‫ج‬َ‫َّر‬‫الد‬‫ى‬َ‫ل‬ُ‫الع‬ُْ‫م‬ُ‫اه‬ََ‫َي‬َ‫ل‬ُْ‫ن‬َ‫م‬ُُ‫ه‬َ‫ت‬َْ‫َت‬ُْ‫م‬‫ا‬َ‫م‬َ‫ك‬َُ‫ن‬ْ‫و‬َ‫ر‬َ‫ت‬َُ‫م‬ْ‫َّج‬‫ن‬‫ال‬َُ‫ع‬ِ‫ال‬َّ‫ط‬‫ال‬ُِ‫ف‬ُُ‫أ‬ُِ‫ق‬ُ‫ف‬،ِ‫اء‬َ‫م‬َّ‫الس‬َُّ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫و‬
َُ‫َِب‬‫أ‬،‫ر‬ْ‫ك‬َ‫ب‬َُ‫ر‬َ‫م‬ُ‫ع‬َ‫و‬ُْ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِ‫م‬‫ا‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫َن‬‫أ‬َ‫و‬
(Riwayat al-Tirmidhi no. 3658. Hadis ini dinilai hasan)
Sesungguhnya ahli syurga yang berada pada tingkat yang tertinggi dapat melihat orang-
orang yang berada di bawahnya, sebagaimana melihatnya bintang-bintang yang tertinggi di
langit, sesungguhnya Abu Bakar dan Umar adalah daripada golongan tersebut dan mereka
menikmatinya.
29
▪ Ayat 43: Dimasukkan ke syurga kerana amalan di dunia, bukan “amalan” di akhirat
▪ Ayat 47 dan 48 mirip ucapan dan doa Nabi-nabi dalam al-Quran (perhatikan)
▪ Maksud tanda selain dari Surah ‘Abasa 38 - 42 dan Ali ‘Imran 106
▪ Keselarian tema dengan al-Rahman dan al-Waqi’ah mengenai al-Sabiqun
❖ Faktor-faktor lain:
Ibrah/Rumusan maqasid surah (pendapat kedua): Motivasi buat Rasulullah, para
Sahabat dan ummatnya mengenai buruknya kesudahan kaum kafir di hari akhirat.
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
30
MUNASABAH DENGAN SURAH AL-AN’AM
1. Surah al-An’am menjelaskan makna aqidah dengan dalil-dalil akal dan logik yang
selari dengan fitrah menerusi apa yang berlaku di alam sekeliling. Surah al-A’raf
menjelaskan realiti penerimaan kaum jahiliyyah sepanjang lipatan sejarah pada
hakikat aqidah yang diperjelaskan para Rasul yang diutuskan.
2. Hukum Allah yang menimpa manusia sebagaimana hukum Allah kepada alam
ini, tiada perubahan pada sunnatullah berkenaan seperti fenomena gagahnya
cahaya matahari menembusi dan mengatasi kegelapan serta fenomena hujan
yang turun lalu menghidupkan tanah yang mati yang dijelaskan.
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
31
MUNASABAH DENGAN SURAH AL-AN’AM
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
3. Dalam surah sebelum, hanya kisah Nabi Ibrahim a.s. sahaja dipaparkan.
Baginda menyeru kaumnya untuk berfikir dengan mendalam mengenai bintang,
bulan dan matahari. Dalam surah ini, dipaparkan kisah ramai para anbiya’
dengan pelbagai mukjizat yang menakjubkan. Sesungguhnya apa yang berlaku
di alam ini sama ajaibnya di sisi Allah SWT dengan mukjizat yang diperlihatkan
kepada kaum-kaum terdahulu seandainya manusia menggunakan fikirannya.
32
MUNASABAH DENGAN SURAH AL-ANFAL
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
1. Kesudahan kaum Quraish apabila mengikut jejak enam kaum dalam
Surah al-A’raf.
2. Dua kali disebut Rasul Ummi (ayat 257-258) kepada Nabi Musa
dengan kualiti para Sahabatnya.
33
SEGMENTASI SURAH AL-A’RAF
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
⁃ Menjelaskan seruan al-Quran agar wajib beriman pada hari pembalasan dan
kesan pendustaan kepadanya oleh umat-umat terdahulu
⁃ Satu-satunya surah bermula dengan Alif Lam Min Saad
⁃ Alif Lam Mim bermakna kukuhkan makna al-Baqarah (ayat 157 mengenai
al-Muflihun)
⁃ Saad ada kaitan dengan content Maryam dan Saad (Said Hawa)
AYAT 1 – 9 : MUQADDIMAH
34
AYAT 10 – 41 : KISAH 1 – Iblis & Nabi Adam di syurga
⁃ Ayat 10 - 25 : Kisah Adam
⁃ Ayat 26 - 41 : Wahai Bani Adam
⁃ Adanya perincian kisah sikap takabbur makhluk pertama sekali iaitu iblis yang tidak
dijelaskan surah lain dan kekalnya permusuhan berkenaan kepada semua ummat dan
Bani Adam hingga hari kiamat
⁃ Memahami mekanisme serangan syaitan (ayat 16-17):
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi
sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu
yang lurus; (16) "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang
mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan
mereka bersyukur.” (17)
(Surah al-A’raf 7 : 16 – 17)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
35
⁃ Memahami was-was Surah al-Nas (ayat 20):
Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia
menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan)
mereka, sambil dia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri)
pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi
daripada orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).”
(Surah al-A’raf 7 : 20)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
36
- Satu-satunya babak Nabi Adam & Hawa tertanggal pakaian dalam
al-Quran (ayat 22):
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu
dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat
masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan
mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku
katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
(Surah al-A’raf 7 : 22)
37
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
AYAT 42 – 53 : KISAH 2 – Penghuni syurga dan neraka serta Ashab al-A’raf
⁃ Allah hubungkan awal (kisah Nabi Adam) dan akhir hidup manusia iaitu pentingnya
petunjuk para Rasul seperti petunjuk Allah pada Nabi Adam agar elak diperdaya
syaitan, jin dan manusia (Surah al-Nas)
AYAT 54 – 58 : BUKTI-BUKTI KEKUASAAN ALLAH
⁃ Hujan yang menghidupkan sebelum kisah para Rasul (ayat 57)
Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan
sebelum kedatangan rahmat-Nya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan
mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami
turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai
jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang
yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).
(Surah al-A’raf 7 : 57)
38
AYAT 59 – 64 : KISAH 3 – Dakwah Nabi Nuh & kemusnahan kaumnya yang takabbur
AYAT 65 – 72 : KISAH 4 – Dakwah Nabi Hud & kemusnahan kaum ‘Aad yang takabbur
AYAT 73 – 79 : KISAH 5 – Dakwah Nabi Soleh & kemusnahan kaum Thamud yang takabbur
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
AYAT 80 – 84 : KISAH 6 – Dakwah Nabi Lut & kemusnahan kaum Sodom yang takabbur
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu
melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk
alam ini sebelum kamu?”
(Surah al-A’raf 7 : 80)
39
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan
meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”
Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-
pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang
(mendakwa) mensucikan diri.”
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah
dia dari orang-orang yang dibinasakan.
Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah,
bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.
(Surah al-A’raf 7 : 81 - 84)
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
40
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
AYAT 85 – 102 : KISAH 7 – Dakwah Nabi Shu’aib & kemusnahan kaum Madyan yang takabbur
⁃ Kalimah nasihat muncul pada tiga kisah (Nabi Nuh pada ayat 62, Nabi Hud pada ayat 68, Nabi
Soleh pada ayat 79, Nabi Shu’aib pada ayat 93)
⁃ Isyarat hijrah : Singkirkan Lut (ayat 82) dan Shu’aib (ayat 88)
AYAT 103 – 137 : KISAH 8 – Dakwah Nabi Musa & kaum Fir’aun yang takabbur
⁃ Surah Makkiah paling panjang mengenai kisah Nabi Musa iaitu 58 ayat selepas kerasulan
(kombinasi al-Qasas sebelum kerasulan)
⁃ Satu-satunya surah yang menjelaskan maksud sembilan ayat yang diberikan kepada Nabi Musa
AYAT 138 – 160 : KISAH 9 – Dakwah Nabi Musa & kaum Bani Israil yang takabbur
⁃ Dipaparkan kerana kemusnahan Firaun bukan segalanya
⁃ Adanya skrip munafiq (Bani Israil) yang tiada dalam kisah-kisah lima Rasul sebelumnya
⁃ Tidak bersyukur Bani Israil huraikan agenda Iblis awal surah (ayat 17)
41
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
⁃ Satu-satunya surah papar babak Bani Israil yang mahu menyembah berhala selepas melalui Laut
Merah (ayat 138) dan melihat sembilan ayat yang sama dikurnia dan diperlihatkan Allah kepada
kaum Mesir
⁃ Satu satunya surah rekod Nabi Musa nak melihat Allah lalu pengsan
⁃ Bahkan disebut dua kali murka Musa pada apa yang dilakukan kaumnya
⁃ Satu-satunya surah yang memaparkan berita gembira kedatangan Rasul terakhir, Muhammad
SAW dengan gelaran al-Ummi kepada Nabi Musa
⁃ Tadabbur ayat pilihan:
Ayat 96: Rahsia keberkatan negara
Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada
mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi
mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Surah al-A’raf 7 : 96)
42
Ayat 128 - 129 : Visionary Nabi Musa
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan
kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada
sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa.”
Mereka berkata: "Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang
kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami.” Nabi Musa menjawab: "Mudah-mudahan
Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian
Dia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?"
(Surah al-A’raf 7 : 128 - 129)
43
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
Ayat 146 : Firasat orang soleh
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takabbur di muka bumi dengan tiada
alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku); dan mereka
(yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman
kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak
mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan,
mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka
mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
(Surah al-A’raf 7 : 146)
44
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
Ayat 150 - 151 : Jangan untungkan musuh
Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: "Amatlah
buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu)
perintah Tuhan kamu?" Dan dia meletakkan lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta dia
memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun
berkata: "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris
mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka). Oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh
bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam
golongan orang-orang yang zalim.“ (150) Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku,
ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmat-Mu, kerana
Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani.” (151)
(Surah al-A’raf 7 : 150 - 151)
45
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
Ayat 160 : Syariat dan kasih sayang Allah
Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar,
dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu
dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara
mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan
kepada mereka "Manna" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang Kami telah
kurniakan kepada kamu.” Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi
mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.
(Surah al-A’raf 7 : 160)
46
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
AYAT 161 - 171: PENYELEWENGAN BANI ISRAIL
⁃ KISAH 10 ; Ayat 161 - 162 : Kisah generasi selepas Musa selepas dimenangkan Allah di bumi
Palestin
⁃ KISAH 11 ; Ayat 163 – 166 : Kisah Ashab al-Sabti yang disumpah menjadi kera
Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang
letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada
mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan
timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka.
Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.
(Surah al-A’raf 7 : 163)
47
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang
Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-
orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah
kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa.”
Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka,
Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-
orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).
Maka setelah mereka berlaku sombong takabbur (tidak mengambil endah) kepada apa yang telah
dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina."
(Surah al-A’raf 7 : 164 - 166)
48
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
⁃ Hikmah kisah hari Sabtu selepas kisah generasi Surah al-Jumuah
⁃ Legasi para Rasul ialah amar makruf nahi mungkar menutup surah
⁃ Tiga pihak dalam kisah Ahli Sabtu dan pendapat jumhur mengenai siapa Ashab al-A’raf
⁃ Tadabbur ayat 169 : Belajar agama atau al-Kitab tetapi bersikap seperti Ashab al-Sabti atau yang
tidak melakukan amar makruf nahi mungkar
Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab
(Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: "Akan diampunkan kelak
dosa kami." Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan
mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat
bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah
mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat
itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti?
(Surah al-A’raf 7 : 169)
49
AYAT 172 – 206 : RUMUSAN & PENUTUP
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
⁃ Ayat 172 – 178 : Perjanjian dengan Bani Adam
⁃ Perjanjian di alam ruh (ayat 172)
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-
temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,
(sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab:
"Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada
hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid)
ini.”
(Surah al-A’raf 7 : 172)
50
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
- Ibnu Kathir : Inilah detik Allah fitrahkan manusia dengan fitrah ketuhanan (Surah al-Rum 30 : 30)
(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu,
wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu
agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk
menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang
betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Surah al-Rum 30 : 30)
51
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
⁃ KISAH 12 ; Ayat 175 - 178 : Kisah seorang lelaki yang menanggalkan pakaian kemuliaan yang
diberikan Allah kepadanya lalu mengikut syaitan menghubungkan
awalan dan akhiran surah mengenai bahaya syaitan
(Surah al-A’raf 7 : 175 - 176)
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri
kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian dia menjadikan dirinya
terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari
orang-orang yang sesat.
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-
ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka
bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-
mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah.
Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-
kisah itu supaya mereka berfikir.
52
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula
berlaku zalim kepada diri merela sendiri.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang
beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka
merekalah orang-orang yang rugi.
(Surah al-A’raf 7 : 177 - 178)
53
⁃ Ayat 199 : Akhlak pendakwah
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta
berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).
⁃ Besarnya kedudukan wahyu dan setiap ayat-ayat Allah yang diturunkan, jangan meremehkan
ayat-
ayat sebagaimana sikap kaum terdahulu. Rencana syaitan terlalu lemah ke atas anak-anak Adam
yang berpegang teguh dengan ayat-ayat Allah.
(Surah al-A’raf 7 : 199)
54
⁃ Ayat 200 - 201 : Tazakkur selepas tadabbur
www.tadabburcentre.com
PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada
Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan
dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang
benar).
(Surah al-A’raf 7 : 200 - 201)
55
Follow, Like & Share Laman Rasmi Facebook, Instagram & YouTube
Tadabbur Centre untuk perkongsian-perkongsian
menarik berkaitan al-Quran
www.tadabburcentre.com
TERIMA KASIH

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
M4 Definisi Negara Islam
M4 Definisi Negara IslamM4 Definisi Negara Islam
M4 Definisi Negara Islamcucur
 
NASIKH MANSUKH POWERPOINT
NASIKH MANSUKH POWERPOINTNASIKH MANSUKH POWERPOINT
NASIKH MANSUKH POWERPOINTJohan Safrijal
 
Mengapa Harus Menghafal Al-Qur'an?
Mengapa Harus Menghafal Al-Qur'an?Mengapa Harus Menghafal Al-Qur'an?
Mengapa Harus Menghafal Al-Qur'an?Hakimuddin Salim
 
3 Kunci Keberuntungan Hidup
3 Kunci Keberuntungan Hidup3 Kunci Keberuntungan Hidup
3 Kunci Keberuntungan HidupErwin Wahyu
 
Tafsir Surah At-Tin
Tafsir Surah At-TinTafsir Surah At-Tin
Tafsir Surah At-TinWan Aiman
 
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIMPENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIMHJWANZ
 
Power point israk mikraj
Power point israk mikrajPower point israk mikraj
Power point israk mikrajShukriah Abu
 
Bahagian-bahagian najis
Bahagian-bahagian najisBahagian-bahagian najis
Bahagian-bahagian najissyukrina53
 
Sedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al QuranSedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al QuranNursestikes
 
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1Keluasan dan keperluan dakwah pt 1
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1Amiruddin Ahmad
 
Metodologi Tafsir Imam Ar Razi
Metodologi Tafsir Imam Ar RaziMetodologi Tafsir Imam Ar Razi
Metodologi Tafsir Imam Ar RaziIndah Fatmawati
 
26.9.2012 hadis maudhu’
26.9.2012   hadis maudhu’26.9.2012   hadis maudhu’
26.9.2012 hadis maudhu’Angah Rahim
 
Kepimpinan dalam islam
Kepimpinan dalam islamKepimpinan dalam islam
Kepimpinan dalam islamabualijanja
 
Ppt urutan surat dan ayat al qur’an asl iiiiiiiiii
Ppt urutan surat dan ayat al qur’an asl iiiiiiiiiiPpt urutan surat dan ayat al qur’an asl iiiiiiiiii
Ppt urutan surat dan ayat al qur’an asl iiiiiiiiiiKhusnul Kotimah
 

Was ist angesagt? (20)

Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Hukum Taklifi Wadh'i
Hukum Taklifi Wadh'iHukum Taklifi Wadh'i
Hukum Taklifi Wadh'i
 
M4 Definisi Negara Islam
M4 Definisi Negara IslamM4 Definisi Negara Islam
M4 Definisi Negara Islam
 
NASIKH MANSUKH POWERPOINT
NASIKH MANSUKH POWERPOINTNASIKH MANSUKH POWERPOINT
NASIKH MANSUKH POWERPOINT
 
Mengapa Harus Menghafal Al-Qur'an?
Mengapa Harus Menghafal Al-Qur'an?Mengapa Harus Menghafal Al-Qur'an?
Mengapa Harus Menghafal Al-Qur'an?
 
Ahlul ra'yi
Ahlul ra'yiAhlul ra'yi
Ahlul ra'yi
 
3 Kunci Keberuntungan Hidup
3 Kunci Keberuntungan Hidup3 Kunci Keberuntungan Hidup
3 Kunci Keberuntungan Hidup
 
Tafsir Surah At-Tin
Tafsir Surah At-TinTafsir Surah At-Tin
Tafsir Surah At-Tin
 
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIMPENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
 
Power point israk mikraj
Power point israk mikrajPower point israk mikraj
Power point israk mikraj
 
Pmbahagian ayat & surah
Pmbahagian ayat & surahPmbahagian ayat & surah
Pmbahagian ayat & surah
 
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
 
Bahagian-bahagian najis
Bahagian-bahagian najisBahagian-bahagian najis
Bahagian-bahagian najis
 
Sedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al QuranSedekah menurut Al Quran
Sedekah menurut Al Quran
 
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1Keluasan dan keperluan dakwah pt 1
Keluasan dan keperluan dakwah pt 1
 
Metodologi Tafsir Imam Ar Razi
Metodologi Tafsir Imam Ar RaziMetodologi Tafsir Imam Ar Razi
Metodologi Tafsir Imam Ar Razi
 
26.9.2012 hadis maudhu’
26.9.2012   hadis maudhu’26.9.2012   hadis maudhu’
26.9.2012 hadis maudhu’
 
Tadabbur Surah al-Hajj Menjelang Musim Haji
Tadabbur Surah al-Hajj Menjelang Musim HajiTadabbur Surah al-Hajj Menjelang Musim Haji
Tadabbur Surah al-Hajj Menjelang Musim Haji
 
Kepimpinan dalam islam
Kepimpinan dalam islamKepimpinan dalam islam
Kepimpinan dalam islam
 
Ppt urutan surat dan ayat al qur’an asl iiiiiiiiii
Ppt urutan surat dan ayat al qur’an asl iiiiiiiiiiPpt urutan surat dan ayat al qur’an asl iiiiiiiiii
Ppt urutan surat dan ayat al qur’an asl iiiiiiiiii
 

Ähnlich wie Penghayatan Maqasid Surah al-A'raaf

Ähnlich wie Penghayatan Maqasid Surah al-A'raaf (20)

al hikam 16.pptx
al hikam 16.pptxal hikam 16.pptx
al hikam 16.pptx
 
Bersegera Melaksanakan Syariat.pptx
Bersegera Melaksanakan Syariat.pptxBersegera Melaksanakan Syariat.pptx
Bersegera Melaksanakan Syariat.pptx
 
Faedah tauhid (8)
Faedah tauhid (8)Faedah tauhid (8)
Faedah tauhid (8)
 
Persentasi surga neraka kelompok 4
Persentasi surga neraka kelompok 4Persentasi surga neraka kelompok 4
Persentasi surga neraka kelompok 4
 
Makalah Tentang Yaumul Hasyr
Makalah Tentang Yaumul HasyrMakalah Tentang Yaumul Hasyr
Makalah Tentang Yaumul Hasyr
 
Fastabiqul khayraat
Fastabiqul khayraatFastabiqul khayraat
Fastabiqul khayraat
 
2. shalat
2. shalat2. shalat
2. shalat
 
surga-dan-------------nerakaaaaaaaa.pptx
surga-dan-------------nerakaaaaaaaa.pptxsurga-dan-------------nerakaaaaaaaa.pptx
surga-dan-------------nerakaaaaaaaa.pptx
 
surgA NERaka
surgA NERakasurgA NERaka
surgA NERaka
 
Doapadaanak
DoapadaanakDoapadaanak
Doapadaanak
 
Wujud dan sifat allah
Wujud dan sifat allahWujud dan sifat allah
Wujud dan sifat allah
 
NABI DAN RASUL
NABI DAN RASULNABI DAN RASUL
NABI DAN RASUL
 
Rahasia dan Makna Surat As-Sajdah
Rahasia dan Makna Surat As-SajdahRahasia dan Makna Surat As-Sajdah
Rahasia dan Makna Surat As-Sajdah
 
4 zakat
4 zakat4 zakat
4 zakat
 
Jamaatul muslimin
Jamaatul musliminJamaatul muslimin
Jamaatul muslimin
 
Tadabbur AL MUMTAHANAH.pdf
Tadabbur AL MUMTAHANAH.pdfTadabbur AL MUMTAHANAH.pdf
Tadabbur AL MUMTAHANAH.pdf
 
Doa doa daripada-al-quran
Doa doa daripada-al-quranDoa doa daripada-al-quran
Doa doa daripada-al-quran
 
Tafsir Al azhar 087 al a'la
Tafsir Al azhar 087 al a'laTafsir Al azhar 087 al a'la
Tafsir Al azhar 087 al a'la
 
KEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAHKEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAH
 
Materi Kajian Umum - Konsekuensi Iman
Materi Kajian Umum - Konsekuensi ImanMateri Kajian Umum - Konsekuensi Iman
Materi Kajian Umum - Konsekuensi Iman
 

Mehr von Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.

Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptxIntegriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptxParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURANDAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURANParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMUTUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMUParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.
 

Mehr von Paradigma Ibrah Sdn. Bhd. (20)

Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptxIntegriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
 
Sifat Hati dari Surah Yusuf
Sifat Hati dari Surah YusufSifat Hati dari Surah Yusuf
Sifat Hati dari Surah Yusuf
 
ISHAK SURAH AL-JATHIYAH
ISHAK SURAH AL-JATHIYAHISHAK SURAH AL-JATHIYAH
ISHAK SURAH AL-JATHIYAH
 
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
 
Seminar Dr Abdullah Diraz
Seminar Dr Abdullah DirazSeminar Dr Abdullah Diraz
Seminar Dr Abdullah Diraz
 
Mufassir Moden-Ulum Quran
Mufassir Moden-Ulum Quran Mufassir Moden-Ulum Quran
Mufassir Moden-Ulum Quran
 
Sekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdf
Sekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdfSekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdf
Sekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdf
 
Alam Tara- Slide Al-Hijr.pdf
Alam Tara- Slide Al-Hijr.pdfAlam Tara- Slide Al-Hijr.pdf
Alam Tara- Slide Al-Hijr.pdf
 
IKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdf
IKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdfIKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdf
IKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdf
 
Infaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdf
Infaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdfInfaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdf
Infaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdf
 
Surah Al-Kahfi by Tema.pdf
Surah Al-Kahfi by Tema.pdfSurah Al-Kahfi by Tema.pdf
Surah Al-Kahfi by Tema.pdf
 
Integriti- Surah Yusuf (1).pdf
Integriti- Surah Yusuf (1).pdfIntegriti- Surah Yusuf (1).pdf
Integriti- Surah Yusuf (1).pdf
 
Ibrah Kemenangan Thalut Ke Atas Jalut
Ibrah  Kemenangan  Thalut Ke Atas  Jalut Ibrah  Kemenangan  Thalut Ke Atas  Jalut
Ibrah Kemenangan Thalut Ke Atas Jalut
 
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURANDAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURAN
 
Wanita Di Sebalik Musa (TAZU)
Wanita  Di Sebalik Musa (TAZU)Wanita  Di Sebalik Musa (TAZU)
Wanita Di Sebalik Musa (TAZU)
 
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMUTUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMU
 
Jiwai Solatmu Dengan Mentadabbur Kalam Ilahi
Jiwai Solatmu  Dengan  Mentadabbur  Kalam IlahiJiwai Solatmu  Dengan  Mentadabbur  Kalam Ilahi
Jiwai Solatmu Dengan Mentadabbur Kalam Ilahi
 
Tadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-Quran
Tadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-QuranTadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-Quran
Tadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-Quran
 
DIALOG SENJA : Musa Mahu Melihat Allah
DIALOG  SENJA :  Musa Mahu  Melihat AllahDIALOG  SENJA :  Musa Mahu  Melihat Allah
DIALOG SENJA : Musa Mahu Melihat Allah
 
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
 

Kürzlich hochgeladen

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 

Kürzlich hochgeladen (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 

Penghayatan Maqasid Surah al-A'raaf

  • 1. PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF SYAARI AB. RAHMAN www.tadabburcentre.com
  • 4. 4 SKOP PEMBENTANGAN 1. Informasi asas Surah al-A’raf 2. Fadhilat Surah al-A’raf 3. Keunikan Surah al-A’raf 4. Asbab nuzul 5. Maqasid surah berdasarkan nama surah 6. Perbahasan nama surah 7. Munasabah dengan Surah al-An’am 8. Munasabah dengan Surah al-Anfal 9. Segmentasi Surah al-A’raf www.tadabburcentre.com
  • 5. 5 FADHILAT SURAH AL-A’RAF 1. Surah keenam daripada tujuh surah yang panjang dalam al-Quran (Al-Sab’u Al-Tiwal sebagai ganti kepada Taurat sebelum al-Miin) www.tadabburcentre.com ُُ‫يت‬ِ‫ط‬ْ‫ُع‬‫أ‬َُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬َ‫م‬ُِ‫اة‬َ‫ر‬ْ‫َّو‬‫الت‬َُ‫ع‬ْ‫ب‬َّ‫الس‬َُ‫ال‬َ‫و‬ِ‫الط‬ُُ‫يت‬ِ‫ط‬ْ‫ُع‬‫أ‬َ‫و‬َُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬َ‫م‬ُ‫و‬ُ‫ب‬َّ‫الز‬ُِ‫ر‬َُ‫ي‬ِ‫ئ‬ِ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ُُ‫يت‬ِ‫ط‬ْ‫ُع‬‫أ‬َ‫و‬َُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬َ‫م‬ُِ‫يل‬ِْ‫ْن‬ِْ‫اْل‬َُ ِ‫ان‬َ‫ث‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ُُ‫ت‬ْ‫ل‬ِ‫ض‬ُ‫ف‬َ‫و‬ُِ‫ل‬َّ‫ص‬َ‫ف‬ُ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ِب‬ Maksudnya: “Aku diberikan Al-Sab’u Al-Tiwal sebagai ganti kepada Taurat. Aku juga diberikan Al-Miin sebagai ganti kepada Zabur. Dan aku juga diberikan Al-Mathani sebagai ganti kepada Injil dan aku dilebihkan dengan diberikan Al-Mufassal.” Sabda Nabi SAW: (Riwayat Ahmad no. 16982) PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 6. 6 (Riwayat al-Bukhari No. 764) Sesungguhnya Zaid bin Thabit pernah menegur Marwan bin al-Hakam, “Mengapa aku lihat engkau baca ketika solat Maghrib surah yang pendek-pendek sedangkan aku pernah mendengar Nabi SAW membaca ketika solat Maghrib dengan surah terpanjang antara dua surah yang panjang (iaitu Surah al-An’am dan Surah al-A’raf).” ُْ‫ن‬َ‫ع‬َُ‫ن‬‫ا‬َ‫و‬ْ‫ر‬َ‫م‬ُِ‫ن‬ْ‫ب‬،ِ‫م‬َ‫ك‬َ‫احل‬َُ‫ال‬َ‫ق‬:َُ‫ال‬َ‫ق‬ُِ‫ل‬ُُ‫د‬ْ‫ي‬َ‫ز‬ُُ‫ن‬ْ‫ب‬ُ‫ت‬ِ‫ب‬َ‫َث‬:«‫ا‬َ‫م‬َُ‫ك‬َ‫ل‬ُْ‫ق‬َ‫ت‬ُُ‫أ‬َ‫ر‬ُِ‫ف‬ُِ‫ب‬ِ‫ر‬ْ‫غ‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬،‫ار‬َ‫ص‬ِ‫ق‬ِ‫ب‬ُْ‫د‬َ‫ق‬َ‫و‬ُُ‫ت‬ْ‫ع‬َِ‫َس‬‫ا‬َُِّ‫َّب‬‫ن‬‫ل‬‫ى‬َّ‫ل‬َ‫ص‬ُُ‫للا‬ُِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َُ‫م‬َّ‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ُُ‫أ‬َ‫ر‬ْ‫ق‬َ‫ي‬َُ‫ول‬ُ‫ط‬ِ‫ب‬ُِْ‫ي‬َ‫ي‬َ‫ل‬‫و‬ُّ‫ط‬‫ال‬» 2. Dibaca dalam solat Maghrib www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 7. 7 1. Mengandungi doa yang banyak Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami daripada orang-orang yang rugi." (Surah al-A’raf 7 : 23) KEUNIKAN SURAH AL-A’RAF www.tadabburcentre.com ❖ Doa Nabi Adam PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 8. 8 Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiq-Nya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan". (Surah al-A’raf 7 : 43) www.tadabburcentre.com ❖ Doa mulakan ceramah PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 9. 9 "Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim". (Surah al-A’raf 7 : 89) ❖ Doa Nabi Syu’aib www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 10. 10 "Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepada-Mu).” (Surah al-A’raf 7 : 126) ❖ Doa dikurniakan syahid atau mati yang baik seperti ahli sihir firaun www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 11. 11 2. Banyaknya pengulangan kalimah takabbur / istikbar 10 kali 13 (Iblis), 36, 40, 48, 75, 76, 88, 133, 146 (Bani Israil), 206 Ayat: www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 12. 12 ASBAB NUZUL 1. Panjang surah menunjukkan bukan diturunkan di awal Makkiah 2. Uslub, jumlah kisah dan maudhu’ surah mengenai kesempitan dan keraguan dan kepentingan iltizam, menunjukkan ia turun selepas banyak ayat atau surah diturunkan tetapi didustakan www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 13. 13 3. Ayat teras, ayat 1-3 4. Surah ke-39 menurut Jabir bin Zaid, selepas Surah Saad dan sebelum Surah al-Jin (al-Suyuthi) Alif, Laam, Miim, Saad. (1) (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman. (2) (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain daripada Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan." (3) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF (Surah al-A’raf 7 : 1 - 3)
  • 14. 14 MAQASIDSURAHBERDASARKANNAMASURAH 1. Kisah di sebalik nama surah ini dijelaskan pada ayat 43-49 Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiq-Nya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.” (Surah al-A’raf 7 : 43) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 15. 15 Dan (apabila ahli-ahli syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?" Mereka menjawab: "Benar ada.” Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa atas orang-orang yang zalim.” (Surah al-A’raf 7 : 44) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 16. 16 Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat. Dan di antara keduanya (syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (daripada ahli-ahli syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya. (Surah al-A’raf 7 : 45 - 46) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 17. 17 Dan apabila dipalingkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim.” Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A'raf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu.” (Surah al-A’raf 7 : 47 - 48) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 18. 18 (Mereka bertanya pula kepada ketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata): "Itukah orang- orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat daripada Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga, tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu, dan kamu pula tidak akan berdukacita.” (Surah al-A’raf 7 : 49) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 19. 19 2. Nama surah ini (Al-A’raf) bermaksud: www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF MAQASIDSURAHBERDASARKANNAMASURAH Mereka yang berada di tempat yang sangat tinggi sehingga boleh dilihat oleh semua pihak.
  • 20. 20 Siapakah Ashab al-A’raf? PERBAHASAN NAMA SURAH: 1. Jumhur ▪ Manusia yang timbangan kebaikan dan keburukannya sama pada hari kiamat. Mereka diletakkan di tembok yang sangat tinggi antara syurga, melihat dengan ‘ainul yaqin pembalasan baik kepada ahli syurga dan pembalasan buruk kepada ahli neraka. Akhirnya mereka dimasukkan ke syurga Allah SWT kerana rahmat dan belas kasihan-Nya. ▪ Nama surah menjelaskan kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan semula manusia yang telah mati dan membalas setiap perbuatan Mukmin dan kafir pada hari kiamat dengan sangat adil. ▪ Ibrah/Rumusan maqasid surah (pendapat pertama) : Hidup jangan ragu dan bingung. Sekejap bermaksiat, sekejap taat, tiada keazaman dan kekentalan pendirian. www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 21. 21 2. Al-Razi, Al-Alusi, Al-Ghazali, Fadhl Hasan Abbas, Mustafa Muslim (panel tafsir UAE) ❖ Para Rasul dan Siddiqin (sahabat kepada para Rasul) ❖ Faktor-faktor pertimbangan: ▪ Konteks surah mengenai perjuangan enam orang Rasul dan konsep “begin with the end” (sama dengan al-Anfaal) ▪ Konteks surah mengenai kesudahan kaum kafir di dunia ▪ Maksud sebenar al-A’raf sebagai memuliakan, bukan sekadar menempatkan www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 22. 22 ▪ Penjelasan makna “hijab” pada ayat 46 Surah al-A’raf dengan Surah al-Hadid ayat 12-13 (Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat), orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Surah al-Hadid 57 : 12) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 23. 23 (Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap- gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa. (Surah al-Hadid 57 : 13) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 24. 24 ▪ Keselarian tema “dalam perjalanan” di penghujung Surah al-Zumar ayat 71-73 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasukan-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: “Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang- orang yang kafir.” (Surah al-Zumar 39 : 71)
  • 25. 25 (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam. Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: "Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya“ (mereka pun masuk). (Surah al-Zumar 39 : 72 - 73) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 26. 26 ▪ Makna “tamak” itu yakin, bukan nak tapi tak dapat, lihat ucapan Nabi Ibrahim (Surah al-Shu’araa ayat 82) "Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat.” (Surah al-Shu’araa 26 : 82) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 27. 27 ▪ Keselarian hadis Aazar dengan ayat 47 “dipalingkan” Dan apabila dipalingkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim.” (Surah al-A’raf 7 : 47) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF ‫يلقى‬‫اهيم‬‫ر‬‫إب‬‫أِبه‬‫آزر‬‫يوم‬،‫القيامة‬‫وعلى‬‫وجه‬‫آزر‬‫قرتة‬‫وغربة‬‫فيعرفه‬‫فيشفع‬،‫له‬‫فال‬‫تقبل‬،‫شفاعته‬‫مث‬ ‫ميسخه‬‫للا‬‫ذئبا‬‫منتنا‬‫ليزول‬‫عن‬‫اهيم‬‫ر‬‫إب‬‫يه‬‫ز‬‫خ‬ “Nabi Ibrahim a.s. bertemu dengan ayahnya, Aazar pada hari kiamat, sedang pada wajah Aazar terdapat warna debu dan habuk. Namun, Nabi Ibrahim a.s. mengenali ayahnya itu, lalu memberinya syafaat, tetapi syafaat itu tidak diterima. Kemudian Allah SWT mengubah bentuk Aazar menjadi seekor serigala yang busuk supaya hilang perasaan sedih Nabi Ibrahim a.s.” Al-Bukhari meriwayatkan:
  • 28. 28 ▪ Keselarian dengan hadis kelebihan Abu Bakar dan Umar www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF َُّ‫ن‬ِ‫إ‬َُ‫ل‬ْ‫َه‬‫أ‬ُِ‫ات‬َ‫ج‬َ‫َّر‬‫الد‬‫ى‬َ‫ل‬ُ‫الع‬ُْ‫م‬ُ‫اه‬ََ‫َي‬َ‫ل‬ُْ‫ن‬َ‫م‬ُُ‫ه‬َ‫ت‬َْ‫َت‬ُْ‫م‬‫ا‬َ‫م‬َ‫ك‬َُ‫ن‬ْ‫و‬َ‫ر‬َ‫ت‬َُ‫م‬ْ‫َّج‬‫ن‬‫ال‬َُ‫ع‬ِ‫ال‬َّ‫ط‬‫ال‬ُِ‫ف‬ُُ‫أ‬ُِ‫ق‬ُ‫ف‬،ِ‫اء‬َ‫م‬َّ‫الس‬َُّ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫و‬ َُ‫َِب‬‫أ‬،‫ر‬ْ‫ك‬َ‫ب‬َُ‫ر‬َ‫م‬ُ‫ع‬َ‫و‬ُْ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِ‫م‬‫ا‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫َن‬‫أ‬َ‫و‬ (Riwayat al-Tirmidhi no. 3658. Hadis ini dinilai hasan) Sesungguhnya ahli syurga yang berada pada tingkat yang tertinggi dapat melihat orang- orang yang berada di bawahnya, sebagaimana melihatnya bintang-bintang yang tertinggi di langit, sesungguhnya Abu Bakar dan Umar adalah daripada golongan tersebut dan mereka menikmatinya.
  • 29. 29 ▪ Ayat 43: Dimasukkan ke syurga kerana amalan di dunia, bukan “amalan” di akhirat ▪ Ayat 47 dan 48 mirip ucapan dan doa Nabi-nabi dalam al-Quran (perhatikan) ▪ Maksud tanda selain dari Surah ‘Abasa 38 - 42 dan Ali ‘Imran 106 ▪ Keselarian tema dengan al-Rahman dan al-Waqi’ah mengenai al-Sabiqun ❖ Faktor-faktor lain: Ibrah/Rumusan maqasid surah (pendapat kedua): Motivasi buat Rasulullah, para Sahabat dan ummatnya mengenai buruknya kesudahan kaum kafir di hari akhirat. www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 30. 30 MUNASABAH DENGAN SURAH AL-AN’AM 1. Surah al-An’am menjelaskan makna aqidah dengan dalil-dalil akal dan logik yang selari dengan fitrah menerusi apa yang berlaku di alam sekeliling. Surah al-A’raf menjelaskan realiti penerimaan kaum jahiliyyah sepanjang lipatan sejarah pada hakikat aqidah yang diperjelaskan para Rasul yang diutuskan. 2. Hukum Allah yang menimpa manusia sebagaimana hukum Allah kepada alam ini, tiada perubahan pada sunnatullah berkenaan seperti fenomena gagahnya cahaya matahari menembusi dan mengatasi kegelapan serta fenomena hujan yang turun lalu menghidupkan tanah yang mati yang dijelaskan. www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 31. 31 MUNASABAH DENGAN SURAH AL-AN’AM www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF 3. Dalam surah sebelum, hanya kisah Nabi Ibrahim a.s. sahaja dipaparkan. Baginda menyeru kaumnya untuk berfikir dengan mendalam mengenai bintang, bulan dan matahari. Dalam surah ini, dipaparkan kisah ramai para anbiya’ dengan pelbagai mukjizat yang menakjubkan. Sesungguhnya apa yang berlaku di alam ini sama ajaibnya di sisi Allah SWT dengan mukjizat yang diperlihatkan kepada kaum-kaum terdahulu seandainya manusia menggunakan fikirannya.
  • 32. 32 MUNASABAH DENGAN SURAH AL-ANFAL www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF 1. Kesudahan kaum Quraish apabila mengikut jejak enam kaum dalam Surah al-A’raf. 2. Dua kali disebut Rasul Ummi (ayat 257-258) kepada Nabi Musa dengan kualiti para Sahabatnya.
  • 33. 33 SEGMENTASI SURAH AL-A’RAF www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF ⁃ Menjelaskan seruan al-Quran agar wajib beriman pada hari pembalasan dan kesan pendustaan kepadanya oleh umat-umat terdahulu ⁃ Satu-satunya surah bermula dengan Alif Lam Min Saad ⁃ Alif Lam Mim bermakna kukuhkan makna al-Baqarah (ayat 157 mengenai al-Muflihun) ⁃ Saad ada kaitan dengan content Maryam dan Saad (Said Hawa) AYAT 1 – 9 : MUQADDIMAH
  • 34. 34 AYAT 10 – 41 : KISAH 1 – Iblis & Nabi Adam di syurga ⁃ Ayat 10 - 25 : Kisah Adam ⁃ Ayat 26 - 41 : Wahai Bani Adam ⁃ Adanya perincian kisah sikap takabbur makhluk pertama sekali iaitu iblis yang tidak dijelaskan surah lain dan kekalnya permusuhan berkenaan kepada semua ummat dan Bani Adam hingga hari kiamat ⁃ Memahami mekanisme serangan syaitan (ayat 16-17): Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus; (16) "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” (17) (Surah al-A’raf 7 : 16 – 17) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 35. 35 ⁃ Memahami was-was Surah al-Nas (ayat 20): Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi daripada orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).” (Surah al-A’raf 7 : 20) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 36. 36 - Satu-satunya babak Nabi Adam & Hawa tertanggal pakaian dalam al-Quran (ayat 22): www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" (Surah al-A’raf 7 : 22)
  • 37. 37 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF AYAT 42 – 53 : KISAH 2 – Penghuni syurga dan neraka serta Ashab al-A’raf ⁃ Allah hubungkan awal (kisah Nabi Adam) dan akhir hidup manusia iaitu pentingnya petunjuk para Rasul seperti petunjuk Allah pada Nabi Adam agar elak diperdaya syaitan, jin dan manusia (Surah al-Nas) AYAT 54 – 58 : BUKTI-BUKTI KEKUASAAN ALLAH ⁃ Hujan yang menghidupkan sebelum kisah para Rasul (ayat 57) Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmat-Nya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya). (Surah al-A’raf 7 : 57)
  • 38. 38 AYAT 59 – 64 : KISAH 3 – Dakwah Nabi Nuh & kemusnahan kaumnya yang takabbur AYAT 65 – 72 : KISAH 4 – Dakwah Nabi Hud & kemusnahan kaum ‘Aad yang takabbur AYAT 73 – 79 : KISAH 5 – Dakwah Nabi Soleh & kemusnahan kaum Thamud yang takabbur www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF AYAT 80 – 84 : KISAH 6 – Dakwah Nabi Lut & kemusnahan kaum Sodom yang takabbur Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?” (Surah al-A’raf 7 : 80)
  • 39. 39 "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut- pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.” Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. (Surah al-A’raf 7 : 81 - 84) www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF
  • 40. 40 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF AYAT 85 – 102 : KISAH 7 – Dakwah Nabi Shu’aib & kemusnahan kaum Madyan yang takabbur ⁃ Kalimah nasihat muncul pada tiga kisah (Nabi Nuh pada ayat 62, Nabi Hud pada ayat 68, Nabi Soleh pada ayat 79, Nabi Shu’aib pada ayat 93) ⁃ Isyarat hijrah : Singkirkan Lut (ayat 82) dan Shu’aib (ayat 88) AYAT 103 – 137 : KISAH 8 – Dakwah Nabi Musa & kaum Fir’aun yang takabbur ⁃ Surah Makkiah paling panjang mengenai kisah Nabi Musa iaitu 58 ayat selepas kerasulan (kombinasi al-Qasas sebelum kerasulan) ⁃ Satu-satunya surah yang menjelaskan maksud sembilan ayat yang diberikan kepada Nabi Musa AYAT 138 – 160 : KISAH 9 – Dakwah Nabi Musa & kaum Bani Israil yang takabbur ⁃ Dipaparkan kerana kemusnahan Firaun bukan segalanya ⁃ Adanya skrip munafiq (Bani Israil) yang tiada dalam kisah-kisah lima Rasul sebelumnya ⁃ Tidak bersyukur Bani Israil huraikan agenda Iblis awal surah (ayat 17)
  • 41. 41 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF ⁃ Satu-satunya surah papar babak Bani Israil yang mahu menyembah berhala selepas melalui Laut Merah (ayat 138) dan melihat sembilan ayat yang sama dikurnia dan diperlihatkan Allah kepada kaum Mesir ⁃ Satu satunya surah rekod Nabi Musa nak melihat Allah lalu pengsan ⁃ Bahkan disebut dua kali murka Musa pada apa yang dilakukan kaumnya ⁃ Satu-satunya surah yang memaparkan berita gembira kedatangan Rasul terakhir, Muhammad SAW dengan gelaran al-Ummi kepada Nabi Musa ⁃ Tadabbur ayat pilihan: Ayat 96: Rahsia keberkatan negara Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Surah al-A’raf 7 : 96)
  • 42. 42 Ayat 128 - 129 : Visionary Nabi Musa www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Mereka berkata: "Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami.” Nabi Musa menjawab: "Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Dia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?" (Surah al-A’raf 7 : 128 - 129)
  • 43. 43 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF Ayat 146 : Firasat orang soleh Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takabbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. (Surah al-A’raf 7 : 146)
  • 44. 44 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF Ayat 150 - 151 : Jangan untungkan musuh Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: "Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?" Dan dia meletakkan lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta dia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka). Oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.“ (150) Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmat-Mu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani.” (151) (Surah al-A’raf 7 : 150 - 151)
  • 45. 45 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF Ayat 160 : Syariat dan kasih sayang Allah Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Manna" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu.” Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri. (Surah al-A’raf 7 : 160)
  • 46. 46 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF AYAT 161 - 171: PENYELEWENGAN BANI ISRAIL ⁃ KISAH 10 ; Ayat 161 - 162 : Kisah generasi selepas Musa selepas dimenangkan Allah di bumi Palestin ⁃ KISAH 11 ; Ayat 163 – 166 : Kisah Ashab al-Sabti yang disumpah menjadi kera Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik. (Surah al-A’raf 7 : 163)
  • 47. 47 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang- orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa.” Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang- orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). Maka setelah mereka berlaku sombong takabbur (tidak mengambil endah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina." (Surah al-A’raf 7 : 164 - 166)
  • 48. 48 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF ⁃ Hikmah kisah hari Sabtu selepas kisah generasi Surah al-Jumuah ⁃ Legasi para Rasul ialah amar makruf nahi mungkar menutup surah ⁃ Tiga pihak dalam kisah Ahli Sabtu dan pendapat jumhur mengenai siapa Ashab al-A’raf ⁃ Tadabbur ayat 169 : Belajar agama atau al-Kitab tetapi bersikap seperti Ashab al-Sabti atau yang tidak melakukan amar makruf nahi mungkar Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: "Akan diampunkan kelak dosa kami." Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti? (Surah al-A’raf 7 : 169)
  • 49. 49 AYAT 172 – 206 : RUMUSAN & PENUTUP www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF ⁃ Ayat 172 – 178 : Perjanjian dengan Bani Adam ⁃ Perjanjian di alam ruh (ayat 172) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun- temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” (Surah al-A’raf 7 : 172)
  • 50. 50 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF - Ibnu Kathir : Inilah detik Allah fitrahkan manusia dengan fitrah ketuhanan (Surah al-Rum 30 : 30) (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah al-Rum 30 : 30)
  • 51. 51 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF ⁃ KISAH 12 ; Ayat 175 - 178 : Kisah seorang lelaki yang menanggalkan pakaian kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya lalu mengikut syaitan menghubungkan awalan dan akhiran surah mengenai bahaya syaitan (Surah al-A’raf 7 : 175 - 176) Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat- ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah- mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah- kisah itu supaya mereka berfikir.
  • 52. 52 www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi. (Surah al-A’raf 7 : 177 - 178)
  • 53. 53 ⁃ Ayat 199 : Akhlak pendakwah www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). ⁃ Besarnya kedudukan wahyu dan setiap ayat-ayat Allah yang diturunkan, jangan meremehkan ayat- ayat sebagaimana sikap kaum terdahulu. Rencana syaitan terlalu lemah ke atas anak-anak Adam yang berpegang teguh dengan ayat-ayat Allah. (Surah al-A’raf 7 : 199)
  • 54. 54 ⁃ Ayat 200 - 201 : Tazakkur selepas tadabbur www.tadabburcentre.com PENGHAYATAN MAQASID SURAH AL-A’RAF Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Surah al-A’raf 7 : 200 - 201)
  • 55. 55 Follow, Like & Share Laman Rasmi Facebook, Instagram & YouTube Tadabbur Centre untuk perkongsian-perkongsian menarik berkaitan al-Quran www.tadabburcentre.com