SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 3
Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terima kasih peneraju acara, dif-dif kehormat berkarisma, panel juri teguh saksama dan
seluruh warga dewan berbahagia. Salam 1Malaysia.
Sungguh hairan, melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah
menyisir otaknya, memperkemas dadanya tetapi tidak pernah menyucikan hatinya,
menggilap kasutnya tetapi tidak akalnya. Walhal, kejayaan sesuatu perkara itu
bukanlah bergantung kepada penampilan zahir semata-mata tetapi juga ketinggian
pemikirannya. Atas pedoman yang sama, percayalah bahawa Mentaliti Kelas Pertama
Tonggak Kejayaan 1Malaysia.
Sesungguhnya, mentaliti kelas pertama bolehlah ditakrifkan sebagai anjakan
paradigma pemikiran manusia yang tinggi akal budinya, cemerlang gaya hidupnya dan
teguh nilai moralnya sehingga mampu menghijrahkan dirinya daripada gelita
kemunduran kepada cahaya kemajuan.
Maka, prakarsa merakyatkan mentaliti kelas pertama diyakini mampumengharmonikan
perpaduan disulami penghayatan terhadap prinsip
penerimaan, kenegaraan dan keadilan demi menjayakan gagasan 1Malaysia,
rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Persoalannya, bagaimanakah kita dapat menjadikan mentaliti kelas pertama sebagai
tonggak kejayaan 1Malaysia?
Maka, hayatilah cetusan minda kurniaan Allah, pragmatik pertama;
Budaya Ilmu Disemai, Insan Berkualiti Dicanai.
Hadirin sekalian,
Kita sedar bahawa kalimah iqra’, kalam Pencipta mentamsilkan ilmu sebagai cahaya,
pelita hidup manusia. Dengan menguasai ilmu berguna, mentaliti kita tidak akan
terkongkong bagai katak di bawah tempurung sebaliknya mampu melihat dunia dengan
pandangan mata burung.
Lantaran itulah, transformasi ke arah pendidikan global yang kita laksanakan menerusi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 banyak mengubah persepsi dan
mentaliti rakyat kita dalam membudayakan ilmu. Akses kepada pembelajaran
sepanjang hayat kita sediakan, gerakan membaca kita perkasakan, program i-Think
dan Permata Negara kita arusperdanakan, kemahiran dwibahasa kita tekankan,
penguasaan ICT kita utamakan, semuanya atas nama pendemokrasian pendidikan
demi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang kita impikan.
Hakikatnya, Laporan Daya Saing Global 2012, Forum Ekonomi Dunia meletakkan
kualiti pendidikan kita di tangga ke-14 daripada 142 buah negara dengan kadar
literasi 95.7% dan indeks kebolehpasaran graduan 88.4%.Angka-angka kejayaan ini
membuktikan bahawa dengan keterbukaan minda rakyat menguasai ilmu berguna,
terbentuklah mentaliti kelas pertama menunjangi keadilan sosial teras gagasan
1Malaysia.
Hadirin sekalian, pragmatik kedua; Budaya Inovasi Dijulang, Mentaliti Rakyat
Cemerlang,
Dalam melakar kejayaan 1Malaysia, warga Jepun dan Korea Selatan menjadi idola
berteraskan inovasi dalam aspek pengurusan masa, disiplin diri dan etika kerja,
lambang mentaliti kelas pertama mereka.
Lantaran itulah, pelbagai inovasi telah kita perkenalkan. Menerusi Program
Transformasi Ekonomi misalnya, inovasi keusahawanan mampu menganjakkan
pemikiran rakyat – daripada mentaliti pengguna kepada budaya pencipta dan daripada
mentaliti subsidi kepada semangat berdikari, sekaligus memungkinkan rezeki secupak
boleh menjadi segantang asalkan kita bijak merebut peluang. Dalam Program
Transformasi Kerajaan pula, kualiti perkhidmatan awam sentiasa ditingkatkan selaras
dengan indeks pencapaian utama dan bidang keberhasilan utama negara.
Hasilnya kini, permit pembantu rumah dapat diuruskan dalam tempoh hanya 3 hari,
pendaftaran perniagaan baru pula kurang 6 jam, bahkan MyKad boleh siap diproses
dalam tempoh 1 jam. Bukankah inovasi budaya kerja cemerlang sebegini
mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan kualiti pencapaian? Hakikatnya
jelas, mentaliti rakyat yang inovatif inilah yang mampu menunjangi kejayaan 1Malaysia
kelak.
Hadirin sekalian, pragmatik ketiga; Nilai-Nilai Murni Dihayati, Kesejahteraan Negara
Dinikmati.
Pujangga Melayu selalu berpesan;
Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.
Dalam kita mengejar mentaliti kelas pertama, nilai-nilai murni adalah pelengkapnya
ibarat isi dengan kuku, irama dengan lagu, cinta dengan rindu.
Maka, demi mengubah mentaliti masyarakat 1Malaysia agar menjiwai nilai-nilai murni,
subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, kempen budi bahasa kita jayakan,
budaya integriti kita amalkan bahkan pembinaan sahsiah kita pergiatkan, semuanya
atas kesedaran bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir manusia tanpa keluhuran
budi bahasa.
Tatkala indeks jenayah seluruh negara dilaporkan menurun 11.1% dan indeks
keamanan global meletakkan Malaysia di tangga ke-20 paling aman daripada 158 buah
negara, apakah yang memungkinkan semua ini berlaku? Pastinya nilai kesefahaman
dan prinsip penerimaan menyuburkan mentaliti kelas pertama yang memacu perpaduan
bangsa dan kemakmuran negara ke arah kejayaan 1Malaysia.
Ya, hadirin sekalian. Secara tuntasnya, prakarsa membentuk mentaliti kelas pertama
menuntut kepada pembudayaan ilmu yang berguna, aplikasi inovasi yang bermakna
dan penghayatan nilai-nilai murni sepanjang masa. Apabila kesemua ramuan ini
mampu kita adun bersama-sama, maka transformasi minda rakyat dapat kita jana
sekaligus menjayakan hasrat pembinaan citra gagasan 1Malaysia. Benarlah bahawa
“Mentaliti Kelas Pertama Tonggak Kejayaan 1Malaysia”.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tasamranaziz67
 
Contoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianContoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianNatasha Nabila
 
Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
 Huraian-nilai-murni-alam-sekitar Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
Huraian-nilai-murni-alam-sekitarNoor Liyana
 
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaanMEA2088
 
Teks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan SekolahTeks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan SekolahChe'gu Eni
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisHazrin Imam Kardi
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruputeracho
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMM D
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spmarisha akram
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporanjasfarten
 
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysia17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysiaArlida Ab Hamid
 
Teks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual DinnerTeks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual DinnerAnna Mujahadah
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruAzmi Bokhari
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 Seow Han Lin
 
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Keymah Colonial
 

Was ist angesagt? (20)

pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
 
Contoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmianContoh draf ucapan perasmian
Contoh draf ucapan perasmian
 
Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
 Huraian-nilai-murni-alam-sekitar Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
 
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
 
Teks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan SekolahTeks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan Sekolah
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPM
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Kertas kerja sambutan maal hijrah
Kertas kerja sambutan maal hijrahKertas kerja sambutan maal hijrah
Kertas kerja sambutan maal hijrah
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
Teks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasulTeks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasul
 
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysia17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
 
Teks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual DinnerTeks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
 
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
 

Andere mochten auch (18)

Rajah Kasar Di Tempat Kejadian Jenayah
Rajah Kasar Di Tempat Kejadian JenayahRajah Kasar Di Tempat Kejadian Jenayah
Rajah Kasar Di Tempat Kejadian Jenayah
 
Pidato toleransi
Pidato toleransiPidato toleransi
Pidato toleransi
 
Teks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integritiTeks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integriti
 
B. Indonesia - Pidato
B. Indonesia - PidatoB. Indonesia - Pidato
B. Indonesia - Pidato
 
Sifat mahmudah
Sifat mahmudahSifat mahmudah
Sifat mahmudah
 
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
 
Teks pidato
Teks pidatoTeks pidato
Teks pidato
 
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraPidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
 
Teks pidato
Teks pidatoTeks pidato
Teks pidato
 
Teks pidato toleransi
Teks pidato toleransiTeks pidato toleransi
Teks pidato toleransi
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang mulia
 
Membaca nyaring teks pidato dengan intonasi yang tepat
Membaca nyaring teks pidato dengan intonasi yang tepatMembaca nyaring teks pidato dengan intonasi yang tepat
Membaca nyaring teks pidato dengan intonasi yang tepat
 
Pidato bahasa indonesia isra miraj nabi muhammad
Pidato bahasa indonesia  isra miraj nabi muhammadPidato bahasa indonesia  isra miraj nabi muhammad
Pidato bahasa indonesia isra miraj nabi muhammad
 
Pantun 4 kerat budi (pemantauan)
Pantun 4 kerat budi (pemantauan)Pantun 4 kerat budi (pemantauan)
Pantun 4 kerat budi (pemantauan)
 
Naskah pidato untuk acara peringatan maulid nabi muhammad saw
Naskah pidato untuk acara peringatan maulid nabi muhammad sawNaskah pidato untuk acara peringatan maulid nabi muhammad saw
Naskah pidato untuk acara peringatan maulid nabi muhammad saw
 
Prosedur perbicaraan
Prosedur perbicaraanProsedur perbicaraan
Prosedur perbicaraan
 
Integriti
IntegritiIntegriti
Integriti
 
Pantun budi | BM Komsas Tingkatan 2
Pantun budi | BM Komsas Tingkatan 2Pantun budi | BM Komsas Tingkatan 2
Pantun budi | BM Komsas Tingkatan 2
 

Ähnlich wie Teks pidato bm 2016

Pidato
Pidato Pidato
Pidato eqazue
 
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018Chon Seong Hoo
 
Ilmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidatoIlmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidatositihatijah2012
 
GERAKAN-NASIONAL-REVOLUSI-MENTAL.ppt
GERAKAN-NASIONAL-REVOLUSI-MENTAL.pptGERAKAN-NASIONAL-REVOLUSI-MENTAL.ppt
GERAKAN-NASIONAL-REVOLUSI-MENTAL.pptssuser258b3a
 
makalah Manusia Dan Revolusi Mantal kel. 9.pptx
makalah Manusia Dan Revolusi Mantal kel. 9.pptxmakalah Manusia Dan Revolusi Mantal kel. 9.pptx
makalah Manusia Dan Revolusi Mantal kel. 9.pptxDELLAMONICA10
 
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangPendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangMohamad Bakar
 
Proposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & InovasiProposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & InovasiMohd Helmi Md Suhaimi
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012Henry Gan
 
Pembangunan karakter bangsa (bagian kedua)
Pembangunan karakter bangsa (bagian kedua)Pembangunan karakter bangsa (bagian kedua)
Pembangunan karakter bangsa (bagian kedua)Muslimin B. Putra
 
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA Pushpanantini Iswaran
 

Ähnlich wie Teks pidato bm 2016 (20)

Pidato
Pidato Pidato
Pidato
 
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
 
Buku saku rev 5
Buku saku rev 5Buku saku rev 5
Buku saku rev 5
 
Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
Ilmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidatoIlmu pelita hidup pidato
Ilmu pelita hidup pidato
 
Proposal TEMNAS dana
Proposal TEMNAS danaProposal TEMNAS dana
Proposal TEMNAS dana
 
Proposal temnas dana
Proposal temnas danaProposal temnas dana
Proposal temnas dana
 
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuh
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuhCiri remaja memilik jati diri yang kukuh
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuh
 
Seminar kerjaya
Seminar kerjayaSeminar kerjaya
Seminar kerjaya
 
Konsep islam hadhari
Konsep islam hadhariKonsep islam hadhari
Konsep islam hadhari
 
our serving in motion
our serving in motionour serving in motion
our serving in motion
 
GERAKAN-NASIONAL-REVOLUSI-MENTAL.ppt
GERAKAN-NASIONAL-REVOLUSI-MENTAL.pptGERAKAN-NASIONAL-REVOLUSI-MENTAL.ppt
GERAKAN-NASIONAL-REVOLUSI-MENTAL.ppt
 
makalah Manusia Dan Revolusi Mantal kel. 9.pptx
makalah Manusia Dan Revolusi Mantal kel. 9.pptxmakalah Manusia Dan Revolusi Mantal kel. 9.pptx
makalah Manusia Dan Revolusi Mantal kel. 9.pptx
 
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangPendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilang
 
Proposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & InovasiProposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & Inovasi
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
Revolusi mental
Revolusi mentalRevolusi mental
Revolusi mental
 
Pembangunan karakter bangsa (bagian kedua)
Pembangunan karakter bangsa (bagian kedua)Pembangunan karakter bangsa (bagian kedua)
Pembangunan karakter bangsa (bagian kedua)
 
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
 

Kürzlich hochgeladen

POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptxSirlyPutri1
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 

Kürzlich hochgeladen (20)

POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 

Teks pidato bm 2016

  • 1. Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Terima kasih peneraju acara, dif-dif kehormat berkarisma, panel juri teguh saksama dan seluruh warga dewan berbahagia. Salam 1Malaysia. Sungguh hairan, melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya tetapi tidak pernah menyucikan hatinya, menggilap kasutnya tetapi tidak akalnya. Walhal, kejayaan sesuatu perkara itu bukanlah bergantung kepada penampilan zahir semata-mata tetapi juga ketinggian pemikirannya. Atas pedoman yang sama, percayalah bahawa Mentaliti Kelas Pertama Tonggak Kejayaan 1Malaysia. Sesungguhnya, mentaliti kelas pertama bolehlah ditakrifkan sebagai anjakan paradigma pemikiran manusia yang tinggi akal budinya, cemerlang gaya hidupnya dan teguh nilai moralnya sehingga mampu menghijrahkan dirinya daripada gelita kemunduran kepada cahaya kemajuan. Maka, prakarsa merakyatkan mentaliti kelas pertama diyakini mampumengharmonikan perpaduan disulami penghayatan terhadap prinsip penerimaan, kenegaraan dan keadilan demi menjayakan gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat menjadikan mentaliti kelas pertama sebagai tonggak kejayaan 1Malaysia? Maka, hayatilah cetusan minda kurniaan Allah, pragmatik pertama; Budaya Ilmu Disemai, Insan Berkualiti Dicanai. Hadirin sekalian, Kita sedar bahawa kalimah iqra’, kalam Pencipta mentamsilkan ilmu sebagai cahaya, pelita hidup manusia. Dengan menguasai ilmu berguna, mentaliti kita tidak akan terkongkong bagai katak di bawah tempurung sebaliknya mampu melihat dunia dengan pandangan mata burung. Lantaran itulah, transformasi ke arah pendidikan global yang kita laksanakan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 banyak mengubah persepsi dan mentaliti rakyat kita dalam membudayakan ilmu. Akses kepada pembelajaran sepanjang hayat kita sediakan, gerakan membaca kita perkasakan, program i-Think dan Permata Negara kita arusperdanakan, kemahiran dwibahasa kita tekankan, penguasaan ICT kita utamakan, semuanya atas nama pendemokrasian pendidikan demi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang kita impikan.
  • 2. Hakikatnya, Laporan Daya Saing Global 2012, Forum Ekonomi Dunia meletakkan kualiti pendidikan kita di tangga ke-14 daripada 142 buah negara dengan kadar literasi 95.7% dan indeks kebolehpasaran graduan 88.4%.Angka-angka kejayaan ini membuktikan bahawa dengan keterbukaan minda rakyat menguasai ilmu berguna, terbentuklah mentaliti kelas pertama menunjangi keadilan sosial teras gagasan 1Malaysia. Hadirin sekalian, pragmatik kedua; Budaya Inovasi Dijulang, Mentaliti Rakyat Cemerlang, Dalam melakar kejayaan 1Malaysia, warga Jepun dan Korea Selatan menjadi idola berteraskan inovasi dalam aspek pengurusan masa, disiplin diri dan etika kerja, lambang mentaliti kelas pertama mereka. Lantaran itulah, pelbagai inovasi telah kita perkenalkan. Menerusi Program Transformasi Ekonomi misalnya, inovasi keusahawanan mampu menganjakkan pemikiran rakyat – daripada mentaliti pengguna kepada budaya pencipta dan daripada mentaliti subsidi kepada semangat berdikari, sekaligus memungkinkan rezeki secupak boleh menjadi segantang asalkan kita bijak merebut peluang. Dalam Program Transformasi Kerajaan pula, kualiti perkhidmatan awam sentiasa ditingkatkan selaras dengan indeks pencapaian utama dan bidang keberhasilan utama negara. Hasilnya kini, permit pembantu rumah dapat diuruskan dalam tempoh hanya 3 hari, pendaftaran perniagaan baru pula kurang 6 jam, bahkan MyKad boleh siap diproses dalam tempoh 1 jam. Bukankah inovasi budaya kerja cemerlang sebegini mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan kualiti pencapaian? Hakikatnya jelas, mentaliti rakyat yang inovatif inilah yang mampu menunjangi kejayaan 1Malaysia kelak. Hadirin sekalian, pragmatik ketiga; Nilai-Nilai Murni Dihayati, Kesejahteraan Negara Dinikmati. Pujangga Melayu selalu berpesan; Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa, Tegak bangsa kerana budi, runtuh budi runtuhlah bangsa. Dalam kita mengejar mentaliti kelas pertama, nilai-nilai murni adalah pelengkapnya ibarat isi dengan kuku, irama dengan lagu, cinta dengan rindu. Maka, demi mengubah mentaliti masyarakat 1Malaysia agar menjiwai nilai-nilai murni, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, kempen budi bahasa kita jayakan, budaya integriti kita amalkan bahkan pembinaan sahsiah kita pergiatkan, semuanya atas kesedaran bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir manusia tanpa keluhuran budi bahasa.
  • 3. Tatkala indeks jenayah seluruh negara dilaporkan menurun 11.1% dan indeks keamanan global meletakkan Malaysia di tangga ke-20 paling aman daripada 158 buah negara, apakah yang memungkinkan semua ini berlaku? Pastinya nilai kesefahaman dan prinsip penerimaan menyuburkan mentaliti kelas pertama yang memacu perpaduan bangsa dan kemakmuran negara ke arah kejayaan 1Malaysia. Ya, hadirin sekalian. Secara tuntasnya, prakarsa membentuk mentaliti kelas pertama menuntut kepada pembudayaan ilmu yang berguna, aplikasi inovasi yang bermakna dan penghayatan nilai-nilai murni sepanjang masa. Apabila kesemua ramuan ini mampu kita adun bersama-sama, maka transformasi minda rakyat dapat kita jana sekaligus menjayakan hasrat pembinaan citra gagasan 1Malaysia. Benarlah bahawa “Mentaliti Kelas Pertama Tonggak Kejayaan 1Malaysia”.