1. SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DATO’ LELA MAHARAJA
UJIAN SETARA 2
SEJARAH
TINGKATAN LIMA
I JAM
NAMA: ________________________________________________ TINGKATAN: ______
1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian: Bahagian A dan Bahagian B
2. Bahagian A mengandungi 20 soalan objektif
3. Bahagian B mengandungi 3 soalan struktur
4. Jawab semua soalan dalam kertas ujian ini
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU
Disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh
(Cik Tam Suet Yet)
1
2. BAHAGIAN A
Jawab semua soalan objektif. Bulatkan jawapan yang paling tepat.
1. Siapakah tokoh tempatan pertama yang telah mencadangkan Sabah, Sarawak, Persekutuan
Tanah Melayu dan Brunei digabungkan pada tahun 1956?
A. Tunku Abdul Rahman C. Dato’ Onn bin Jaafar
B. Lim Kuan Yew D. Sir Malcolm Donald
2. Bagaimanakah pembentukan gagasan Malaysia dapat membantu dalam aspek politik?
A. Menjadi pusat pelancongan terulung di Asia
B. Menjadikan Malaysia kuat dan berpengaruh di seluruh Asia
C. Menjadi benteng yang kukuh untuk menghadapi ancaman komunis
D. Membolehkan Perdana Menteri Malaysia bertemu dengan Ratu Elizabeth
3. Bagaimanakah Lee Kuan Yew berjaya bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu?
A. Melalui paksaan
B. Mengadakan demonstrasi
C. Meminta pertolongan Ratu Elizabeth
D. Mendapatkan pandangan pengundi Singapura
4. Mengapakah Parti Perikatan Sabah mengemukakan Perkara 20?
A. Untuk memastikan keseimbangan penduduk
B. Untuk menjamin kehidupan baru selepas kemerdekaan
C. Untuk melindungi hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak
D. Untuk membentuk suruhanjaya yang akan memantau pembangunan Sabah dan Sarawak
5. Mengapakah slogan ‘Ganyang Malaysia’ telah digunakan oleh negara Indonesia?
A. Telah dihasut oleh pihak Belanda
B. Ingin menjatuhkan maruah Tunku Abdul Rahman
C. Cemburu kerana dipinggirkan daripada gagasan Malaysia
D. Presiden Soekarno ingin memusnahkan pembentukan Malaysia
6. Bagaimanakah hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia dipulihkan?
A. Campur tangan PBB
B. Serangan tentera Komenwel
C. Presiden Soeharto menghantar Abdul Malik
D. Presiden Soekarno menyerang Tanah Melayu
2
3. 7. Apakah tujuan MALPHILINDO ditubuhkan?
A. Membangkitkan semangat perjuangan Kesultanan Sulu
B. Mengadakan kerjasama pertahanan di rantau Asia Tenggara
C. Membaiki hubungan antara Malaysia, Filipina dan Indonesia
D. Membentuk perjanjian bebas pelancongan antara Malaysia, Indonesia dan Filipina
8. Mengapakah Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 1962?
A. Merangka perlembagaan Malaysia
B. Menjadi wakil pihak British dalam member kemerdekaan
C. Memastikan pembentukan Malaysia bergerak dengan lancar
D. Mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang cadangan gagasan Malaysia
9. Apakah inti Pati Perjanjian Malaysia 1963?
I. Bahasa Inggeris ialah bahasa kebangsaan
II. Semua urusan luar adalah tanggungjawab negeri masing-masing
III. Agama Islam adalah agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
IV. Penduduk Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
10. Apakah iktibar kejayaan gabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri jirannya?
A. Kemahuan akan menjadi pendorong untuk mencapai kejayaan
B. Kepentingan kepimpinan tokoh tempatan serta kerjasama antara rakyat
C. Keharmonian rakyat haruslah dipinggirkan apabila negara diancam musuh
D. Kedaulatan hanya akan datang jika setiap individu membuat perjanjian keamanan
11. Apakah bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?
A. Diktator
B. Autokratik
C. Warisan Monarki
D. Demokrasi Berparlimen
12. Mengapakah perlembagaan penting dalam sesebuah negara?
A. Menjadi bahan status kepada sesebuah negara
B. Menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara
C. Mengisytiharkan sesuatu tindakan yang tidak sah di sisi undang-undang
D. Mempercepatkan pentadbiran persekutuan dan program pembangunan negara
3
4. 13.Bagaimanakah Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat kepada negara?
A. Melucutkan kewarganegaraan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain
B. Menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri
C. Memberikan jawatan dalam perkhidamatan awam, biasiswa dan kemudahan pendidikan
D. Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
14. Apakah sebab Perlembagaan Malaysia dipinda beberapa kali?
A. Menghindari ancaman musuh
B. Melindungi kepentingan rakyat
C. Mengikut arahan Yang di-Pertuan Agong
D. Menunjukkan keagungan kerajaan yang memerintah
15. Siapakah yang berhak melantik keahlian Dewan Negara?
A. Perdana Menteri
B. Ahli Dewan Negara
C. Ahli Dewan Negeri
D. Yang di-Pertuan Agong
16. Apakah nama undang-undang yang dibuat oleh Parlimen?
A. Akta
B. Peraturan
C. Perlembagaan
D. Undang-undang
17. Apakah kuasa Badan Kehakiman?
A. Melantik dan melucutkan peguam negara
B. Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah
C. Menggubal perlembagaan Malaysia atas arahan Perdana Menteri
D. Memberikan peruntukan kewangan kepada semua jenis mahkamah
18. Mengapakah pilihan raya umum diadakan?
A. Memerintah kerajaan sendiri
B. Menyuarakan ketidakpuasan hati
C. Melindungi keamanan dan kesejahteraan negara
D. Memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negeri
4
5. 19. Antara berikut, siapakah yang paling layak untuk menjadi calon pilihan raya di Malaysia?
I. Berumur 21 tahun
II. Warganegara Malaysia
III. Pemegang paspot Filipina
IV. Fasih dalam Bahasa Melayu
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
20. Apakah lambang negara Malaysia?
A. Jata Negara
B. Tugu Persekutuan
C. Menara Berkembar Petronas
D. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
5
6. BAHAGIAN B
Jawab semua soalan.
1. Kenyataan berikut berkaitan dengan pembentukan gagasan Malaysia
Idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-19
a. Senaraikan dua wilayah Kepulauan Borneo yang dicadang penggabungannya dalam Malaysia.
i. ________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________
( 2 markah)
b. Namakan tokoh yang telah menyetujui gagasan Malaysia?
______________________________________________________________________________
(1 markah)
c. Nyatakan dua faktor politik yang mendorong pembentukan Malaysia.
i. ________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________
(2 markah)
d. Berikan dua faktor sosial pembentukan Malaysia.
i. ________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________
( 2 markah)
e. Bagaimanakah sesebuah negara mencapai kesefahaman untuk menjamin kepentingan bersama?
i. ________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________
iii. ________________________________________________________________________
(3 markah)
6
7. 2. Rajah berikut menunjukkan dua buah negara yang menentang pembentukan gagasan Malaysia.
Indonesia Filipina
a. Apakah alasan Indonesia menentang gagasan Malaysia?
______________________________________________________________________________
(1 markah)
b. Apakah tindakan Indonesia dalam menentang pembentukan gagasan Malaysia?
i. ________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________
( 2 markah)
c. Bagaimanakah Malaysia bertindak balas terhadap penentangan Indonesia?
i. ________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________
iii. ________________________________________________________________________
(3 markah)
d. Mengapakah Filipina menentang gagasan Malaysia?
______________________________________________________________________________
(1 markah)
e. Pada pendapat anda, bagaimanakah sesuatu pergaduhan antara kawan dapat diselesaikan?
i. ________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________
iii. ________________________________________________________________________
(3 markah)
7
8. 3. Kenyataan dibawah berkaitan dengan perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan
sesebuah kerajaan
a. Apakah maksud keluhuran Perlembagaan?
______________________________________________________________________________
(1 markah)
b. Apakah kepentingan perlembagaan Malaysia?
i. ________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________
iii. ________________________________________________________________________
(3 markah)
c. Senaraikan perkara-perkar sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan.
i. ________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________
(2 markah)
d. Mengapakah pindaan Akta Hasutan 1970 diluluskan?
______________________________________________________________________________
(1 markah)
e. Buktikan bagaimana anda menghayati prinsip Rukunegara yang keempat iaitu Keluhuran
Perlembagaan.
i. ________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________
iii. ________________________________________________________________________
(3 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
8