1. BAHAGIAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH,
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
TANGGUNGJAWAB PENGUSAHA KANTIN
Pengusaha kantin bertanggungjawab untuk memastikan:
Lesen perniagaan yang sah diperolehi daripada Pihak Berwajib
Kontrak dengan pihak sekolah dipatuhi.
Amalan kebersihan dan keselamatan di kantin sentiasa dititikberatkan.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan peraturan
lain pengurusan kantin sekolah berkuatkuasa dipatuhi.
Makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat.
Pengendali makanan telah menjalani pemeriksaan kesihatan, menghadiri kursus
pengendalian makanan dan dalam keadaan sihat.
Pengendali makanan mengamalkan tabiat yang sihat semasa bertugas.
Pengendali makanan berpakaian bersih, sopan dan lengkap semasa bertugas
(memakai apron, sarung tangan, berkasut, penutup kepala, tiada luka yang
terdedah)
Bangunan kantin, kemudahan lain dan kawasan persekitaran sentiasa dalam
keadaan bersih, ceria dan selamat.
Pengendali makanan sentiasa berbudi bahasa semasa melayan pelanggan.
Makanan bermasak disediakan di kantin sekolah.
2. Kantin tidak dijadikan sebagai tempat kediaman.
Tiada memelihara haiwan atau berkeliaran di kawasan kantin.
Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisyen.
Kepentingan agama pelanggan diamilkira semasa membuat persediaan dan
menyimpan makanan dan minuman.
Menjual hanya makanan dan minuman halal: (sila
rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/10/981 bertarikh 9 Februari 1982 seperti
lampiran 2)
Pengendali makanan telah diakui sihat oleh Pegawai Perubatan.
Semua pengendali makanan berpakaian sopan, lengkap dan bersih (sila rujuk
muka surat 10)
Pengendali makanan menjada kebersihan diri dan mengelakkan amalan-amalan
yang boleh menyebabkan pencemaran terhadap makanan dan minuman.
Memastikan pengendali makanan menjual makanan yang bersih, bermutu ,
berkhasiat dan selamat.
Semua pengendali makanan telah diberi pelalian tifoid dan sihat semasa
mengendalikan makanan.
Pengendali makanan telah menghadiri Kursus Pengendalian Mkanan.
Segala panduan dan peraturan seperti yang terkandung dalam buku Panduan
Pengurusan Kantin Sekolah dipatuhi
Makanan dan minuman dari luar sekiranya perlu hendaklah bersih, bermutu,
berkhasiat dan selamat untuk dimakan. Maklumat mengenai pembekal dari luar
hendaklah dimaklumkan pada jawatankuasa kantin sekolah:
3. Nama Penuha Pembekal :
Alamat Pembekal :
No. Telefon :
Jenis makanan/minuman yang dibekalkan :