SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 12
SIFAT MAZMUMAH

TAKBUR




DEFINISI

ERTI TAKBUR: perkataan bahasa arab „takabbara‟ yang membawa
maksud sombong. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadits
beliau:

‫ال ناس وغمط ال حق ب طر ال ك بر‬

“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia” (HR.
Muslim dari Abdullah bin Mas‟ud)



“ Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan
menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka
pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam
lubang jarum”

( al-cAraf : 40)

Sifat sombong atau disebut juga takbur merupakan salah satu sifat yang tercela dan
dibenci oleh Allah S.W.T sepertimana yang disebutkan di dalam firman Allah
S.W.T di atas. Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan balasan yang akan
diterima oleh golongan ini di akhirat sana. Mereka sesekali tidak akan masuk
syurga.
Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab „takabbara‟ yang membawa
maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu
perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan
takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia,
lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai
tinggi hati, angkuh dan bongkak.(Kamus Dewan ed 4 :2005) Takbur dan sombong
adalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya.

Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan
tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik
dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan
bongkak. (Na'uzubillah hi min dzaalik)




HADIS




   1. Ini ditegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis kudsi. Daripada Abu
       Sa'Id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
       yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Kesombongan adalah selendang Ku dan
       kebesaran adalah sarung-Ku. Maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah
       satu daripada kedua-duanya, maka pasti kulemparkan ia ke dalam jahanam."
       - (Riwayat Abu Daud no. 4092 dan Ibn Majah no. 4147)


   2. Rasulullah bersabda:
       “Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan
       mengganggap hina kepada orang lain”. (HR. Muslim)
3. Bersabda Rasulullah saw kepada sahabatnya, Abu Dzar :
   “Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain
   kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa
   kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama
   dengan darahmu”.




4. Berdasarkan kisah di dalam al-Qur‟an, makhluk yang pertama yang diserang
   dan menjadi mangsa penyakit takbur ialah iblis (la‟natullah). Walaupun
   diperintah oleh Allah swt, iblis enggan menghormati Adam a.s (manusia dan
   nabi Allah yang pertama) kerana dia menganggap dirinya lebih mulia
   daripada Adam. Katanya:
   “Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api,
   sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah” (QS 7:12)


5. Di murkai dan dibenci oleh Allah Taala, sebagaimana firman-Nya yang
   bermaksud:
   Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membesarkan dirinya
   (takbur). (QS 16:23)
   Diriwayatkan : Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah, “Hai, Tuhanku.
   Siapakah di antara makhluk-Mu yang paling Engkau murkai?”. Allah Taala
   berfirman, mafhumnya: Orang takbur hatinya, kasar lidahnya, terkelip-kelip
   matanya, bakhil tangannya dan jahat perangainya”.
6. Gambaran penghinaan di akhirat pula terdapat dalam hadis daripada Abu
   Hurairah r.a. Katanya, Rasulullah bersabda :
   “Orang-orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan
   pada hari kiamat seperti kumpulan semut, dipijak-pijak oleh manusia kerana
   hinanya mereka di sisi Allah Ta‟ala”.
   Di seksa di akhirat dan dimasukkan ke dalam neraka, sebagaimana firman
   Allah Taala (tersebut dalam Hadis Qudsi), mafhumnya:
   Kebesaran itu selindang-Ku dan „adzmat (keagungan) itu kainku.Sesiapa
   merebut salah satu daripada yang dua itu, Aku masukkan dia ke neraka
   Jahannam.
   Rasulullah bersabda :
   “Tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi
   daripada sifat takbur” (HR. Muslim)


   Mengikut hadis yang lain, Rasulullah bersabda :
   “Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dalam keadaan hatinya ada sebesar
   debu sahaja dari sifat takbur, dia tidak akan tercium bau syurga kecuali
   apabila aia bertaubat sebelum maut menjemputnya”.
DALIL

Dalil dari Al Quran

“Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan
diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi.Dan kesudahan (yang baik) itu adalah
bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al Qashash:83)

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan
janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.“ (QS. Luqman:18)

Dalil yang diambil dari surat Al Qashash:83 menjelaskan bahwa syurga adalah
tempatnya orang-orang yang tidak sombong. Dan pada dalil yang terdapat dalam
surat Luqman:18 Allah swt memerintahkan kita untuk tidak sombong kepada
sesame manusia.

Dalil dari Hadits

Dalil tentang haramnya takabur dan sombong yang berasal dari hadits atau sunnah
Rasul adalah sebagai berikut:

Dari Abdullah bin Mas‟ud ra dari Nabi Muhammad saw, beliau bersabda: “Tidak
akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanya
sebesar atom.” Ada seorang laki-laki berkata: “Sesungguhnya seseorang itu suka
memakai pakaian yang bagus dan sandal/kasut yang bagus pula.” Nabi Muhammad
saw kembali bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan.
Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesame manusia.” (HR. Muslim)

Dari Salamah bin Al Akwa ra bahwasannya ada seorang laki-laki makan di hadapan
Nabi Muhammad saw dengan memakai tangan kirinya, beliau lantas bersabda:
“Makanlah dengan memakai tangan kananmu.” Laki-laki itu menjawab: “Saya tidak
bisa.” Nabi Muhammad saw bersabda lagi: “Kamu tidak bisa, itu adalah perbuatan
sombong.” (HR. Muslim)
Dari Haritsah bin Wahb ra berkata: “Saya mendengar Nabi Muhammad saw
bersabda, “Maukah kamu sekalian aku beritahu tentang ahli neraka? Yaitu setiap
orang yang kejam, rakus, dan sombong.” (HR. Bukhari dan Muslim)




CONTOH DARI KISAH NABI S.A.W MENGENAI TAKBUR

Berikut ini merupakan salah satu cerita Rasulullah saw. mengenai orang yang
sombong :

Percakapan antara Surga dan Neraka

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Neraka bercakap-cakap dengan surga, isi percakapan itu adalah : Neraka berkata:
Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong). Syurga berkata:
Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin. Maka Allah Azza Wa Jalla
berfirman kepada Neraka: Kamu adalah siksaan-Ku. Aku akan menyiksa siapa saja
yang Aku kehendaki melaluimu. Allah berfirman: Aku gunakan kamu untuk
menimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki. Allah berfirman pula
kepada surga: Kamu adalah rahmat-Ku. Aku akan berikan rahmat-Ku melalui kamu
kepada siapa saja yang Aku kehendaki. Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga
penuh.
PERBEZAAN UJUB, TAKBUR DAN RIAK

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri
kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang
dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda,
kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan
akrab dengan dirinya.


Sikap ujub ini dimiliki oleh iblis sebagaimana ayat berikut:
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika
Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai
Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A‟raaf 7:12]



Takbur bermaksud sombong iaitu perasaan sebagai tinggi hati, angkuh dan
bongkak.



Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu
dengan mengharapkan balasan yang setimpal.Sebagai contoh seorang lelaki atau
perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang
memerhati dan memuji kerajinannya.

Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama
meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di
dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.

BENTUK-BENTUK TAKBUR

Sombong ada dua JENIS, iaitu sombong zahir (takabur zahir) dan sombong batin
(takabur batin).Sombong lahir yaitu perbuatan sombong yang dilakukan oleh
anggota badan dan jelas terlihat.Sombong batin yaitu sifat kesombongan di dalam
jiwa atau hati yang tidak terlihat.
SIFAT TAKBUR MEMPUNYAI TIGA PERINGKAT IAITU :-



1- Takbur kepada Allah S.W.T.

Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada
sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum „Aad, Firaun dan Qarun
diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takburseperti ini.




2- Takbur kepada Rasul

Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa
Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana
yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu
(Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." (Surah Ibrahim :10)




3- Takbur terhadap sesama manusia.

Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan
Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini
hukumnya berdosa dan fasiq.

Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada:

a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T.

b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.

c) Bertuhankan kepada manusia.

d) Menghalang sifat-sifat baik.
TANDA TAKBUR

   a. Tidak suka berdoa
   b. Mudah terluka dan melukakan hati orang lain
   c. Sukar memberi dan meminta maaf
   d. Memotong cakap orang lain
   e. Cara berjalan yang angkuh
   f. Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya
   g. Tidak suka berziarah
   h.

AKIBAT NEGATIF TAKBUR

Sifat takabur adalah sifat tercela yang harus di jauhi oleh setiap mukmin, kerana
akan berakibat sangat fatal di antaranya :

        Tidak mahu menerima kebenaran
        Tidak menyedari bahawa segala kemewahan dan kemudahan yang
        diperolehnya adalah karunia Allah
        Menganggap rendah pada orang lain
        Syaitan sudah menguasai dirinya
        Tidak pernah bersyukur kepada Allah
        Dalam pergaulan tidak disenangi oleh orang lain
        Di akhirat hanya di neraka tempatnya
CARA MENGIKIS SIFAT TAKBUR DALAM DIRI

Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri
seseorang iaitu dengan cara:

1. Apabila kita bersuara dengan Anak-Anak kecil, maka kita anggaplah yang
sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum
mempunyai dosa-dosa berbanding kita yang telah dewasa.

2. Apabila kita bersuara dengan orang Tua pula, maka kita anggaplah yang
sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah
kepada Allah dari kita.

3. Apabila bersuara dengan orang Alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya
beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu
yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

4. Apabila kita bersuara dengan orang Jahil pula, maka kita anggaplah yang
sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan
kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan segaja
kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk
dan baik

5. Apabila kita bersuara dengan orang Kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa
satu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk Islam. Maka dosa yang
dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t sedangkan
kita pula sebagai umat Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa tanpa
mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.
CARA MENGHINDARI TAKBUR




1. Memahami dan menyadari tentang bahaya takabur, baik bahayanya di dunia
mahupun bahaya di akhirat nanti.

2. Menerima setiap nikmat mahupun kelebihan yang dimiliki semata-mata kerana
karunia Allah SWT.

3. Menyadari bahwa asal kejadian semua manusia adalah sama, yakni dari sel
sperma dan ovum. Yang mungkin manusia itu sendiri merasa jijik bila
melihatnya.Kalau kemudian menjadi makhluk yang sangat bagus bentuknya semua
itu kerana kehendak dan kasih sayang dari Allah SWT, dan diri kita sendiri tidak
pernah memesannya kepada Allah SWT.

4. Berusaha untuk dapat bergaul dengan siapa saja denga baik, tanpa membeza-
bezakannya.

5. Segera mengikis benih-benih kesombongan di dalam hati yang setiap saat
dihembuskan oleh syaitan, dengan cara membaca istighfar manakala kita menyedari
telah berbuat sombong.
LAMPIRAN




Retrieved September 7, 2012 from http://firdausalhafiz.blogspot.com/2008/10/ilmu-
ilmu-islam-sifat-takbur.html

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid123syahier
 
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPM
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPMKerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPM
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPMNabila Azhar
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Rashidah Abd Wahab
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
Maksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliMaksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliJaladi Muda
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABSiti Nurhaishah Mohd Rani
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliThomas Mon
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATNURLIDYAWATI JASMIN
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 

Was ist angesagt? (20)

ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPM
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPMKerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPM
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPM
 
Qawaid kelima
Qawaid kelimaQawaid kelima
Qawaid kelima
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
Konsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi IslamKonsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi Islam
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi KonvensionalPerbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
 
Maksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliMaksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazali
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (20)

Sifat Mahmudah dan Sifat Mazmumah
Sifat Mahmudah dan Sifat MazmumahSifat Mahmudah dan Sifat Mazmumah
Sifat Mahmudah dan Sifat Mazmumah
 
Sifat mahmudah ppt
Sifat mahmudah pptSifat mahmudah ppt
Sifat mahmudah ppt
 
Sifat mahmudah
Sifat mahmudahSifat mahmudah
Sifat mahmudah
 
akhlak mahmudah dan madzmumah
akhlak mahmudah dan madzmumahakhlak mahmudah dan madzmumah
akhlak mahmudah dan madzmumah
 
Sifat Mahmudah: 'IFFAH
Sifat Mahmudah: 'IFFAHSifat Mahmudah: 'IFFAH
Sifat Mahmudah: 'IFFAH
 
Makalah Akhlak Mahmudah PDF
Makalah Akhlak Mahmudah PDFMakalah Akhlak Mahmudah PDF
Makalah Akhlak Mahmudah PDF
 
Call assignment
Call assignmentCall assignment
Call assignment
 
Teks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integritiTeks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integriti
 
Akhlak
AkhlakAkhlak
Akhlak
 
Makalah akhlak mahmudah dan madzmumah
Makalah akhlak mahmudah dan madzmumahMakalah akhlak mahmudah dan madzmumah
Makalah akhlak mahmudah dan madzmumah
 
Nikmatnya surga
Nikmatnya surgaNikmatnya surga
Nikmatnya surga
 
Renungan Buat Kita
Renungan Buat KitaRenungan Buat Kita
Renungan Buat Kita
 
Kita bertanya quran menjawab
Kita bertanya quran menjawabKita bertanya quran menjawab
Kita bertanya quran menjawab
 
perilaku terpuji (qanaah tasamuh)
perilaku terpuji (qanaah tasamuh)perilaku terpuji (qanaah tasamuh)
perilaku terpuji (qanaah tasamuh)
 
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupanKesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
 
Media pembelajaran adab makan kls 2
Media pembelajaran adab makan kls 2Media pembelajaran adab makan kls 2
Media pembelajaran adab makan kls 2
 
Adab Makan dan Minum
Adab Makan dan MinumAdab Makan dan Minum
Adab Makan dan Minum
 
Calon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan NerakaCalon Ahli Syurga dan Neraka
Calon Ahli Syurga dan Neraka
 
Tazkirah
TazkirahTazkirah
Tazkirah
 
12 adab-makan-dan-minum-ii
12 adab-makan-dan-minum-ii12 adab-makan-dan-minum-ii
12 adab-makan-dan-minum-ii
 

Ähnlich wie TAKBURdanSombong

Perilaku tercela
Perilaku tercelaPerilaku tercela
Perilaku tercelanajikha
 
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninyaKitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninyaSeptian Muna Barakati
 
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninyaKitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninyaSeptian Muna Barakati
 
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam nerakaBetapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam nerakaHelmon Chan
 
Pengantar studi keislaman
Pengantar studi keislamanPengantar studi keislaman
Pengantar studi keislamanMahad Alzaytun
 
Materi MPLS_Mencintai Alquran.pptx
Materi MPLS_Mencintai Alquran.pptxMateri MPLS_Mencintai Alquran.pptx
Materi MPLS_Mencintai Alquran.pptxssuser6a42ad
 
Adab dan nilai-nilai ponpes Rois muaro paneh.pptx
Adab dan nilai-nilai ponpes Rois muaro paneh.pptxAdab dan nilai-nilai ponpes Rois muaro paneh.pptx
Adab dan nilai-nilai ponpes Rois muaro paneh.pptxJasriWaldi3
 
KPP Pratama_Kisah Adam As dan Hikmahnya(15 Feb 2022) PDF.pdf
KPP Pratama_Kisah Adam As dan Hikmahnya(15 Feb 2022) PDF.pdfKPP Pratama_Kisah Adam As dan Hikmahnya(15 Feb 2022) PDF.pdf
KPP Pratama_Kisah Adam As dan Hikmahnya(15 Feb 2022) PDF.pdfMukhamadShokheh
 
Selamat tinggal kemunafikan
Selamat tinggal kemunafikanSelamat tinggal kemunafikan
Selamat tinggal kemunafikanMuhsin Hariyanto
 
bahan motivasi dan dawah Sombong sifat penghuni neraka
bahan motivasi dan dawah Sombong  sifat penghuni nerakabahan motivasi dan dawah Sombong  sifat penghuni neraka
bahan motivasi dan dawah Sombong sifat penghuni nerakaHelmon Chan
 
Antara wali allah dan wali syaitan
Antara wali allah dan wali syaitanAntara wali allah dan wali syaitan
Antara wali allah dan wali syaitanHans Sahabatlama
 
Makalah Jin Syaithan dan Iblis
Makalah Jin Syaithan dan IblisMakalah Jin Syaithan dan Iblis
Makalah Jin Syaithan dan IblisPT PLN (Persero)
 

Ähnlich wie TAKBURdanSombong (20)

Cinta kepada Al Qur'an
Cinta kepada Al Qur'anCinta kepada Al Qur'an
Cinta kepada Al Qur'an
 
Perilaku tercela
Perilaku tercelaPerilaku tercela
Perilaku tercela
 
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninyaKitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
 
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninyaKitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
 
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninyaKitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
Kitab bentuk kenikmatan surga dan penghuninya
 
Perilaku tercela
Perilaku tercelaPerilaku tercela
Perilaku tercela
 
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam nerakaBetapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
 
Pengantar studi keislaman
Pengantar studi keislamanPengantar studi keislaman
Pengantar studi keislaman
 
Materi MPLS_Mencintai Alquran.pptx
Materi MPLS_Mencintai Alquran.pptxMateri MPLS_Mencintai Alquran.pptx
Materi MPLS_Mencintai Alquran.pptx
 
Adab dan nilai-nilai ponpes Rois muaro paneh.pptx
Adab dan nilai-nilai ponpes Rois muaro paneh.pptxAdab dan nilai-nilai ponpes Rois muaro paneh.pptx
Adab dan nilai-nilai ponpes Rois muaro paneh.pptx
 
KPP Pratama_Kisah Adam As dan Hikmahnya(15 Feb 2022) PDF.pdf
KPP Pratama_Kisah Adam As dan Hikmahnya(15 Feb 2022) PDF.pdfKPP Pratama_Kisah Adam As dan Hikmahnya(15 Feb 2022) PDF.pdf
KPP Pratama_Kisah Adam As dan Hikmahnya(15 Feb 2022) PDF.pdf
 
Tawadhu' (rendah hati)
Tawadhu' (rendah hati)Tawadhu' (rendah hati)
Tawadhu' (rendah hati)
 
Selamat tinggal kemunafikan
Selamat tinggal kemunafikanSelamat tinggal kemunafikan
Selamat tinggal kemunafikan
 
Malapetaka akhir jaman
Malapetaka akhir jamanMalapetaka akhir jaman
Malapetaka akhir jaman
 
Tawadhu' (rendah hati) 01
Tawadhu' (rendah hati) 01Tawadhu' (rendah hati) 01
Tawadhu' (rendah hati) 01
 
bahan motivasi dan dawah Sombong sifat penghuni neraka
bahan motivasi dan dawah Sombong  sifat penghuni nerakabahan motivasi dan dawah Sombong  sifat penghuni neraka
bahan motivasi dan dawah Sombong sifat penghuni neraka
 
Antara wali allah dan wali syaitan
Antara wali allah dan wali syaitanAntara wali allah dan wali syaitan
Antara wali allah dan wali syaitan
 
Makalah Jin Syaithan dan Iblis
Makalah Jin Syaithan dan IblisMakalah Jin Syaithan dan Iblis
Makalah Jin Syaithan dan Iblis
 
Fatihatul kitab
Fatihatul kitabFatihatul kitab
Fatihatul kitab
 
Hari akhir
Hari akhirHari akhir
Hari akhir
 

Mehr von Shahirah Zafirah (17)

Innovation and the malaysian
Innovation and the malaysianInnovation and the malaysian
Innovation and the malaysian
 
Education reform
Education reformEducation reform
Education reform
 
Hotel rwanda
Hotel rwandaHotel rwanda
Hotel rwanda
 
strategies of conflict resolution
strategies of conflict resolutionstrategies of conflict resolution
strategies of conflict resolution
 
Types of conflict
Types of conflictTypes of conflict
Types of conflict
 
Life before the presidency
Life before the presidencyLife before the presidency
Life before the presidency
 
Occurrences of conflict at micro level and macro
Occurrences of conflict at micro level and macroOccurrences of conflict at micro level and macro
Occurrences of conflict at micro level and macro
 
critical comment
critical commentcritical comment
critical comment
 
Words and meaning chart 2
Words and meaning chart 2Words and meaning chart 2
Words and meaning chart 2
 
Latihan tekanan
Latihan tekananLatihan tekanan
Latihan tekanan
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islam
 
Mind mapping
Mind mappingMind mapping
Mind mapping
 
Ict presentation
Ict presentationIct presentation
Ict presentation
 
Ict pres.
Ict pres.Ict pres.
Ict pres.
 
The jade bracelet
The jade braceletThe jade bracelet
The jade bracelet
 
The garden party
The garden partyThe garden party
The garden party
 
Chimney sweeper
Chimney sweeperChimney sweeper
Chimney sweeper
 

TAKBURdanSombong

  • 1. SIFAT MAZMUMAH TAKBUR DEFINISI ERTI TAKBUR: perkataan bahasa arab „takabbara‟ yang membawa maksud sombong. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadits beliau: ‫ال ناس وغمط ال حق ب طر ال ك بر‬ “Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia” (HR. Muslim dari Abdullah bin Mas‟ud) “ Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum” ( al-cAraf : 40) Sifat sombong atau disebut juga takbur merupakan salah satu sifat yang tercela dan dibenci oleh Allah S.W.T sepertimana yang disebutkan di dalam firman Allah S.W.T di atas. Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan balasan yang akan diterima oleh golongan ini di akhirat sana. Mereka sesekali tidak akan masuk syurga.
  • 2. Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab „takabbara‟ yang membawa maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak.(Kamus Dewan ed 4 :2005) Takbur dan sombong adalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak. (Na'uzubillah hi min dzaalik) HADIS 1. Ini ditegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis kudsi. Daripada Abu Sa'Id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Kesombongan adalah selendang Ku dan kebesaran adalah sarung-Ku. Maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti kulemparkan ia ke dalam jahanam." - (Riwayat Abu Daud no. 4092 dan Ibn Majah no. 4147) 2. Rasulullah bersabda: “Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan mengganggap hina kepada orang lain”. (HR. Muslim)
  • 3. 3. Bersabda Rasulullah saw kepada sahabatnya, Abu Dzar : “Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu”. 4. Berdasarkan kisah di dalam al-Qur‟an, makhluk yang pertama yang diserang dan menjadi mangsa penyakit takbur ialah iblis (la‟natullah). Walaupun diperintah oleh Allah swt, iblis enggan menghormati Adam a.s (manusia dan nabi Allah yang pertama) kerana dia menganggap dirinya lebih mulia daripada Adam. Katanya: “Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah” (QS 7:12) 5. Di murkai dan dibenci oleh Allah Taala, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membesarkan dirinya (takbur). (QS 16:23) Diriwayatkan : Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah, “Hai, Tuhanku. Siapakah di antara makhluk-Mu yang paling Engkau murkai?”. Allah Taala berfirman, mafhumnya: Orang takbur hatinya, kasar lidahnya, terkelip-kelip matanya, bakhil tangannya dan jahat perangainya”.
  • 4. 6. Gambaran penghinaan di akhirat pula terdapat dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, Rasulullah bersabda : “Orang-orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti kumpulan semut, dipijak-pijak oleh manusia kerana hinanya mereka di sisi Allah Ta‟ala”. Di seksa di akhirat dan dimasukkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah Taala (tersebut dalam Hadis Qudsi), mafhumnya: Kebesaran itu selindang-Ku dan „adzmat (keagungan) itu kainku.Sesiapa merebut salah satu daripada yang dua itu, Aku masukkan dia ke neraka Jahannam. Rasulullah bersabda : “Tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada sifat takbur” (HR. Muslim) Mengikut hadis yang lain, Rasulullah bersabda : “Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dalam keadaan hatinya ada sebesar debu sahaja dari sifat takbur, dia tidak akan tercium bau syurga kecuali apabila aia bertaubat sebelum maut menjemputnya”.
  • 5. DALIL Dalil dari Al Quran “Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi.Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al Qashash:83) “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.“ (QS. Luqman:18) Dalil yang diambil dari surat Al Qashash:83 menjelaskan bahwa syurga adalah tempatnya orang-orang yang tidak sombong. Dan pada dalil yang terdapat dalam surat Luqman:18 Allah swt memerintahkan kita untuk tidak sombong kepada sesame manusia. Dalil dari Hadits Dalil tentang haramnya takabur dan sombong yang berasal dari hadits atau sunnah Rasul adalah sebagai berikut: Dari Abdullah bin Mas‟ud ra dari Nabi Muhammad saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanya sebesar atom.” Ada seorang laki-laki berkata: “Sesungguhnya seseorang itu suka memakai pakaian yang bagus dan sandal/kasut yang bagus pula.” Nabi Muhammad saw kembali bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan. Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesame manusia.” (HR. Muslim) Dari Salamah bin Al Akwa ra bahwasannya ada seorang laki-laki makan di hadapan Nabi Muhammad saw dengan memakai tangan kirinya, beliau lantas bersabda: “Makanlah dengan memakai tangan kananmu.” Laki-laki itu menjawab: “Saya tidak bisa.” Nabi Muhammad saw bersabda lagi: “Kamu tidak bisa, itu adalah perbuatan sombong.” (HR. Muslim)
  • 6. Dari Haritsah bin Wahb ra berkata: “Saya mendengar Nabi Muhammad saw bersabda, “Maukah kamu sekalian aku beritahu tentang ahli neraka? Yaitu setiap orang yang kejam, rakus, dan sombong.” (HR. Bukhari dan Muslim) CONTOH DARI KISAH NABI S.A.W MENGENAI TAKBUR Berikut ini merupakan salah satu cerita Rasulullah saw. mengenai orang yang sombong : Percakapan antara Surga dan Neraka Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Neraka bercakap-cakap dengan surga, isi percakapan itu adalah : Neraka berkata: Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong). Syurga berkata: Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin. Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Neraka: Kamu adalah siksaan-Ku. Aku akan menyiksa siapa saja yang Aku kehendaki melaluimu. Allah berfirman: Aku gunakan kamu untuk menimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki. Allah berfirman pula kepada surga: Kamu adalah rahmat-Ku. Aku akan berikan rahmat-Ku melalui kamu kepada siapa saja yang Aku kehendaki. Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga penuh.
  • 7. PERBEZAAN UJUB, TAKBUR DAN RIAK Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya. Sikap ujub ini dimiliki oleh iblis sebagaimana ayat berikut: Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A‟raaf 7:12] Takbur bermaksud sombong iaitu perasaan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak. Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal.Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya. Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta. BENTUK-BENTUK TAKBUR Sombong ada dua JENIS, iaitu sombong zahir (takabur zahir) dan sombong batin (takabur batin).Sombong lahir yaitu perbuatan sombong yang dilakukan oleh anggota badan dan jelas terlihat.Sombong batin yaitu sifat kesombongan di dalam jiwa atau hati yang tidak terlihat.
  • 8. SIFAT TAKBUR MEMPUNYAI TIGA PERINGKAT IAITU :- 1- Takbur kepada Allah S.W.T. Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum „Aad, Firaun dan Qarun diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takburseperti ini. 2- Takbur kepada Rasul Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." (Surah Ibrahim :10) 3- Takbur terhadap sesama manusia. Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasiq. Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada: a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T. b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya. c) Bertuhankan kepada manusia. d) Menghalang sifat-sifat baik.
  • 9. TANDA TAKBUR a. Tidak suka berdoa b. Mudah terluka dan melukakan hati orang lain c. Sukar memberi dan meminta maaf d. Memotong cakap orang lain e. Cara berjalan yang angkuh f. Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya g. Tidak suka berziarah h. AKIBAT NEGATIF TAKBUR Sifat takabur adalah sifat tercela yang harus di jauhi oleh setiap mukmin, kerana akan berakibat sangat fatal di antaranya : Tidak mahu menerima kebenaran Tidak menyedari bahawa segala kemewahan dan kemudahan yang diperolehnya adalah karunia Allah Menganggap rendah pada orang lain Syaitan sudah menguasai dirinya Tidak pernah bersyukur kepada Allah Dalam pergaulan tidak disenangi oleh orang lain Di akhirat hanya di neraka tempatnya
  • 10. CARA MENGIKIS SIFAT TAKBUR DALAM DIRI Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara: 1. Apabila kita bersuara dengan Anak-Anak kecil, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding kita yang telah dewasa. 2. Apabila kita bersuara dengan orang Tua pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita. 3. Apabila bersuara dengan orang Alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya. 4. Apabila kita bersuara dengan orang Jahil pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan segaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik 5. Apabila kita bersuara dengan orang Kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa satu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk Islam. Maka dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t sedangkan kita pula sebagai umat Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.
  • 11. CARA MENGHINDARI TAKBUR 1. Memahami dan menyadari tentang bahaya takabur, baik bahayanya di dunia mahupun bahaya di akhirat nanti. 2. Menerima setiap nikmat mahupun kelebihan yang dimiliki semata-mata kerana karunia Allah SWT. 3. Menyadari bahwa asal kejadian semua manusia adalah sama, yakni dari sel sperma dan ovum. Yang mungkin manusia itu sendiri merasa jijik bila melihatnya.Kalau kemudian menjadi makhluk yang sangat bagus bentuknya semua itu kerana kehendak dan kasih sayang dari Allah SWT, dan diri kita sendiri tidak pernah memesannya kepada Allah SWT. 4. Berusaha untuk dapat bergaul dengan siapa saja denga baik, tanpa membeza- bezakannya. 5. Segera mengikis benih-benih kesombongan di dalam hati yang setiap saat dihembuskan oleh syaitan, dengan cara membaca istighfar manakala kita menyedari telah berbuat sombong.
  • 12. LAMPIRAN Retrieved September 7, 2012 from http://firdausalhafiz.blogspot.com/2008/10/ilmu- ilmu-islam-sifat-takbur.html