SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 21
MASA DEPAN DUNIA BERBILANG TAMADUN:
DIALOG TAMADUN DAN ISU-ISU SEMASA
    PENGENALAN
     Pendedahan     kepada    pelbagai    tamadun     sewajarnya    telah   memberikan
      pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang
      telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian tamadun secara turun-
      temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa
      kehidupan antara tamadun ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah
      sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita
      dalam melihat kewujudan tamadun kita sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun
      lain. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian
      tamadun akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat
      ini dengan lebih realistik danpenuh perasaan muhibbah.
     Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita
      untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tabiat tamadun-tamadun
      ini. Penilaian yang tepat bermaksud kita harus boleh meneruskan perasaan
      muhibah antara tamadun sekalipun kita masing-masing mengakui wujud perbezaan
      ketara antara tamadun-tamadun ini. Dengan mengakui perbezaan antara tamadun
      tidakbermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara-
      perkara yang boleh disepakati bersama.
     Tamadun dan peradaban seperti yang diterangkan oleh pelbagai tamadun yang
      telah kita pelajari banyak menyentuh persamaan dari segi adab dan kehidupan
      beradab, manusia dan kehidupan kemanusiaan. Begitu juga halnya dengan soal
      alam tabii dan keperluan untuk hidup berharmoni dengan alam tabii.Perkara-
      perkara sebegini, walaupun kelihatan kecil dan sedikit tetapi sangat luas dan besar
      potensinya untuk diperkembang ke arah kesefahaman sejagat melalui usaha-
      usaha dialog antara tamadun.Permuafakatan dan persepakatan dalam hal-hal
      akhlak kemanusiaan dan alam tabii ini pun sudah cukup penting bagi
      menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bermakna pada abad yang
      mendatang.Sesungguhnya kesemua tamadun yang telah dikaji mengajar kita
pelbagai pengajaran yang amat penting bagi umat manusia dewasa ini yang
         kebanyakannya telah hilang pertimbangan terhadap soal akhlak, moral
         dan kemanusiaan di samping hilang juga kesedaran tentang keperluan memelihara
         alam tabii dari bencana yang ditimpakan oleh perbuatan kerakusan manusia itu
         sendiri.
        Sesungguhnya manusia moden seperti kita ini telah banyak melupai hikmah
         daripada khazanah peninggalan tamadun kita sendiri sehinggakan kehidupan yang
         kita jalani menjadi begitu keliru dan hilang arah tujuannya.
       Oleh sebab itu, usaha-usaha mengembalikan hikmah dari khazanah tamadun ini
        perlulah dipergiatkan oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan hidup
        masyarakat manusia di muka bumi ini.       Perkara inilah sebenarnya nilai-nilai yang
        tidak ternilai yang boleh kita peroleh dari pengkajian dan pendedahan mengenai
        tamadun-tamadun milik masyarakat kita sendiri. Penilaian terbaik yang boleh dibuat
        oleh kita ialah dengan merasai bahawa kita sendiri adalah sebahagian dari mata
        rantai tamaduntamadun tersebut yang perlu kekal dalam rantaian yang telah sedia
        terbina itu. Penilaian yang kita lakukan mestilah akhirnya akan membawa kita ke
        satu tahap kehidupan yang lebih beradab dan bertamadun, sesuai dengan
        semangat dan sikap yang telah dilahirkan oleh tamadun-tamadun yang telah kita
        pelajari.


    DUNIA BERBILANG TAMADUN: CABARAN GLOBALISASI
        1) Dampak Budaya Kebendaan Barat
   Sama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini yang
    mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan kebendaan
    yang dicipta dan didominasi oleh dunia Barat moden. Tanpa menyedari kesan dan
    dampak dunia Barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidakakan dapat
    merancang masa depan kita dengan sebaik-baiknya. Kesan dan dampak dunia Barat
    moden ke atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir
    menghilangkan sama sekali ciri-ciri jati diri (identiti) bagi seseorang Islam atau
    seseorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun Islam dan jati diri
    tamadun-tamadun Asia pada peringkat kolektif. Keseluruhan dunia pada hari ini
kelihatan seolah-olah „sebuah dunia Barat yang besar‟ yang bersifat hegemonik, yang
tidak langsung memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat.
        Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada
sejarah penjajahan yang panjang. Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas
dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah struktur ekonomi,
institusi politik dan nilai budayanya. Disebabkan kuasa penjajahan Barat begitu kuat
dominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telah mengalami
perasaan rendah diri ketara, malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka
sendiri.Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian
ketamadunan manusia. Tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk
menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri.
       Penjajahan pemikiran seperti inilah sebenarnya kemuncak penjajahan Barat
dalam memperkukuhkan dominasinya ke atas bangsa manusia yang lain sehingga hari
ini. Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapai
kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Bentuk
dominasi baru telah muncul sehinggakan dimanipulasi oleh penjajahan yang lampau.
Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri
dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan gaya hidup
seseorang   sehingga   kepada    kedaulatan   negara    dalam   membuat     keputusan.
Kebebasan yang sepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalam
menentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka sendiri telah dikongkong oleh
pelbagai bentuk dominasi yang baru.


   2) Dominasi Politik
      Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang
besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan.
Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan
kebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa,
masih tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politik
antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar
(super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.
Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas Perang
Dunia Kedua, di mana negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis
yang telah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun, memperolehi kuasa veto. Negara
Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya
bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China.
     Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik dunia
yang terpenting.Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar
mengesahkan keputusan negara-negara kuasa besar terutama Amerika Syarikat yang
mempunyai kepentingan tertentu. Anadainya sesuai dengan kepentingannya, Amerika
Syarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektifobjektif
tertentu yang berkaitan dengan polisinya. Pada masa-masa yang lain mereka akan
bertindak secara bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalam
persitiwa pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998, dengan helah untuk
memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang-sarang pengganas.
Pendekatan unilateralisme di dalam politik antarabangsa ini terbukti sekali lagi
apabila Amerika Syarikat, tanpa restu PBB telah menyerang dan menakluki Iraq pada
2003. Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa
sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Khasmir dan lain-lain,
       Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri
mereka sebagai „polis dunia. Situasi ini mencerminkan kuasa politik yang mendominasi
dunia. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global adalah
disebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari. Setelah perang dingin
berakhir dengan robohnya tembok Berlin pada 1989, dan perpecahan Soviet Union
pada 1991, maka Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar
dunia yang tidak mempunyai saingan, hingga mewujudkan satu dunia unipolar, tanpa
imbangan kuasa. Negara tersebut memiliki senjata-senjata nuklear yang besar dan
senjata-senjata yang tercanggih. Paling menggerunkan senjata-senjata ini dipunyai oleh
sebuah Negara yang mengambil pendekatan hegemonik ke atas masyarakat bangsa-
bangsa manusia yang lain. Pada masa yang sama ia melarang dengan keras, usaha
Korea Utara dan Iran, untuk mempunyai program nuklear mereka sendiri
3) Dominasi Ekonomi
    Sekiranya    semasa     zaman    penjajahan    sebelum    ini   penjajah   Barat
mendominasikan sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka hari ini
keadaan yang hampir sama berlaku. Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti
Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk juga
Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikat
berkenaan
telah mendominasi penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil
perindustrian dan perkembangan sains dan teknologi (S&T) sesebuah negara. Tidak
cukup sekadar itu, sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil
syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang
dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yang
secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa
manusia yang lain. Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-
institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World
Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8.
    Mereka telah bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global sebegitu rupa
sehingga segala kepentingan negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utara
mendapat keutamaan mengatasi persoalan kebajikan negara-negara miskin di
hemisfera selatan. Masyarakat manusia di negaranegara membangun dan mundur
tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk mencapai
kepentingan mereka dan pada masa yang sama, sumber-sumber semula jadi di
negara-negara tersebut dimonopoli secara tidak disedari. Fenomena seperti ini
merupakan satu bentuk penjajahan baru yang terselindung di sebalik gagasan
perdagangan tanpa sempadan, perdagangan bebas, atau economic globalisation.


   4) Dominasi Media
    Dunia Barat melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan
maklumat telah mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Tidak cukup dengan
dominasi dalam bidang politik dan ekonomi, dunia Barat khususnya Amerika Syarikat
mahu turut mendominasi media massa. Satu situasi yang begitu ketara mutakhir ini,
media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan
syarikat-syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Agensi berita antarabangsa
terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat
tentang   peristiwa-peristiwa   antarabangsa   diolah   dan   dipersembahkan    kepada
masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlaku dalam negara di luar dunia
Barat sering dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negara-negara jirannya
oleh agensi berita Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu.
Tegasnya, masyarakat di luar dunia Barat melihat jiran-jiran mereka bahkan mereka
sendiri sendiri menurut kaca mata Barat.


   5) Dominasi Budaya
    Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam tiga dekad
kebelakangan ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia
dengan pengeskportan budayanya. Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang paling
berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem,muzik, nyanyian, kartun dan
komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia
sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia. Rancangan-rancangan
televisyen seperti American Idol juga telah tersebar luas dan ditiru di beberapa negara
lain termasuk Malaysia sebagai satu fenomena globalisasi budaya, di mana cita-cita
remaja diberi ekspresi secara kompetitif, dan nilai-nilai seperti menghormati dan
menjaga perasaan seseorang individu tidak lagi diutamakan, atas nama
keterbukaan di dalam memberi pandangan.
     Selain daripada itu, budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama-janama
seperti Coca-cola, McDonalds, Levi‟s dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada
budaya global. Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut dan
mengasimilasikan jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala-Amerika dalam jumlah
yang besar dan belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. Namun bukan sahaja
Amerika Syarikat yang telah mengeksport budaya mereka tetapi juga syarikat-syarikat
dari Eropah dan Jepun turut mengeksport kartun dan muzik ciptaan Amerika
Syarikat.Berdasarkan kepada keterangan tentang dominasi kuasa Barat dalam bidang-
bidang tersebut, dapat diperhatikan penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkam
ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain
termasuklah masyarakat Islam dan Asia. Gergasi media Barat khususnya dari Amerika
Syarikat seperti CNN, telah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalam
masyarakat Islam dan Asia di mana mereka beroperasi. Syarikat-syarikat multinasional
yang sedang beribu pejabat di Amerika Syarikat telah menjadi global dari segi
pengeluaran, pemasaran dan penyelidikan. Pedagang-pedagang mata wang yang
terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit, pada akhirnya tidak mempunyai ketaatan
pada mana-mana negara.Tegasnya, kemelut yang berkaitan dengan dominasi Barat
telah menjadi begitu global atau sejagat, sehingga pada hari ini dominasi tersebut tidak
lagi mengenali sempadan penempatan geografi atau budaya tertentu. Dominasi Barat
daripada cara hidup seseorang sehingga kedaulatan politik wujud di mana-mana.
       Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Keputusan-
keputusan mereka dalam politik dan ekonomi secara mudah memberi kesan yang
besar kepada politik dan ekonomi kita. Mereka telah m emakaikan kaca mata mereka
kepada kita sehingga kita melihat sesuatu menurut perspektif mereka.
Dengan menjadi sebegitu global dunia Barat telah menjadikan diri mereka sebagai
norma dan mudah diterima di mana-mana sahaja. Menyedari tentang hakikat tersebut,
penilaian terhadap kesan dan dampak dunia Barat ke atas tamadun Islam dan Asia
bukanlah mudah. Tidak dapat dinafikan, dari sudut yang positif manfaat S&T yang
dikembangkan oleh tamadun Barat begitu ketara kepada kita. Bidang S&T ini telah
membantu mengurangkan kemiskinan,meningkatkan taraf hidup dan membawa
keselesaan material kepada sebahagian daripada masyarakat manusia.
       Pertumbuhan dan pekembangan ekonomi pasaran juga telah menambahkan
kemewahan golongan menengah di kebanyakan negara-negara di dunia sehingga
kepada kadar tertentu. Sebagai kesan daripada pengaruh tamadun Barat juga, idea dan
institusi   yang   berkaitan   dengan   demokrasi   seperti   kebebasan   individu,   hak
menyuarakan bangkangan, akauntabiliti awam, perwakilan parlimen yang dipilih rakyat
dan kehakiman yang bebas telah mempengaruhi kebenaran di peringkat global. Dunia
Barat juga bertanggungjawab menimbulkan kesedaran yang bertambah-tambah
berhubung persoalan-persoalan ini dalam tamadun Islam dan Asia. Barat juga
kadangkala   menggunakan     nilai politik sebagai senjata    di dalam    persaingan
perdagangan antarbangsa, di mana negara yang tidak mengamalkan demokrasi ala
Barat, atau mempunyai rekod hak asasi manusia yang ‟buruk‟, akan dikenakan sekatan
ekonomi. Namun sifat hipokrit ini terbongkar dengan adanya pendedahan mengenai
kekejaman tentera Amerika terhadap tahanan di Iraq, dan di Teluk Guantanamao.
Namun dalam konteks tersebut juga terdapat kesan-kesan yang negatif.
      Kemunculan system ekonomi pasaran global yang mengutamakan negara-
negara perindustrian kuat yang kebanyakannya terletak di dunia Barat, sebahagiannya
bertanggungjawab terhadap kemiskinan yang berterusan terhadap golongan tertentu
manusia. Jurang pemisahan antara golongan yang berada dan tidak berada semakin
melebar. Pada tahun 1960 nisbah pendapatan antara 20 peratus yang golongan teratas
dan 20 peratus yang golongan terbawah dalam dunia ialah 1:30. Kemudian pada tahun
1994 nisbah ini semakin melebar kepada 1:78. Bukan sekadar permasalahan
kemiskinan dan jurang perbezaan kaya-miskin, tetapi juga pemusatan kuasa di Barat
terutama di Amerika Syarikat telah mencipta satu cengkaman ekonomi global yang
menjadikan   perdagangan    senjata   dan   dadah   lebih   menguntungkan   daripada
perdagangan komoditi dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada manusia.
Malah lebih parah lagi apabila dalam ekonomi global hari ini, spekulasi mata wang dan
kewujudan suasana perjudian telah berleluasa di seluruh dunia yang secara tepat
dinamakan sebagai „kapitalisme kasino‟.
     Melihat kepada situasi tersebut, bagaimana boleh wujud kesaksamaan dalam
konteks ekonomi di dunia hari ini. Sesungguhnya ekonomi global yang dipupuk dan
ditaja oleh dunia Barat tidak mungkin dilestarikan. Banyak tempat di merata pelosok
dunia ini telah mengalami kepupusan sumber semula jadi dan pencemaran
persekitaran yang teruk. Demikian juga keadaannya bila sesebuah masyarakat begitu
didesak oleh tekanan pertumbuhan ekonomi yang menggila, tekanan sosial dan
psikologi turut bertambahtambah justeru memberi kesan yang buruk kepada institusi
kekeluargaan dan kemasyarakatan. Sama ada disedari atau tidak keadaan yang seperti
ini sudah pun berlaku dalam masyarakat Islam dan Asia di tempattempat
tertentu.Sekiranya kita melihat kesan pengaruh Barat ke atas sistem pemerintahan dan
politik, meskipun semangat demokrasi tersebar, sistem politik global di dominasikan
oleh Barat. Pada hari ini kuasa Baratlah sebenarnya yang tidak demokratik dengan
membelakangkan kehendak masyarakat dunia melalui kuasa veto yang diberikan pada
lima negara kuasa besar. Kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat
boleh mencabuli undang-undang antarabangsa tanpa sebarang pembalasan (impunity).
Contoh yang begitu ketara ialah siri-siri pengeboman ke atas Iraq. Majoriti manusia
tiada lagi suara untuk menentukan nasib masa depan mereka sendiri. Dari satu sudut
budaya dan tamadun bukan Barat bahkan bukan Amerika Syarikat, sebenarnya
tidak banyak peranan besar pada tahap global. Budaya dan tamadun lain
sememangnya begitu takut kepada kuasa penyamarataan (homogenising) yang dimiliki
oleh budaya Amerika Syarikat yang sangat dominan. Oleh sebab itu, perjuangan untuk
menjaga dan meneruskan kepelbagaian budaya dan tamadun merupakan
satu tema perjuangan yang harmonis dengan agama Islam dan agama-agama Asia
yang lain. Tema ini akan menjadi cabaran yang terpenting pada masyarakat Islam dan
Asia dalam abad ke-21 akan datang.
       Dari sudut yang lain, kita juga harus akur bahawa tamadun dan kuasa Barat
bukanlah sinonim dengan Amerika Syarikat dan Britain. Ini jelas terbukti dengan adanya
tentangan daripada Jerman dan Perancis terhadap penaklukan Iraq oleh Amerika dan
Britain. Namun demikian Jerman dan Perancis dan juga Rusia juga akhirnya akur
kepada kehendak Amerika Syarikat di dalam isu berkaitan dengan program nuklear Iran
pada tahun 2005 ini. Walaupun Barat tidak semestinya bersatu, sebagaimana juga
dunia Islam tidak bersatu dan tidak bersifat monolitik, namun pada umumnya terdapat
jurang di antara
dunia Barat dan Timur, yang sebahagian darinya disebabkan oleh faktor budaya dan
ketamadunan.


   6) Teori Pertembungan Tamadun Huntington
Pada tahun 1989, menjelang berakhirnya era perang dingin seorang penulis Amerika,
Francis Fukiyama telah mengemukakan teori „The End of History‟ yang menyatakan
bahawa dunia akan menjadi homogeny dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan
demokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme. Teori Fukiyama ini hampir menjadi
kenyataan bilamana kuasa-kuasa besar blok Timur sendiri dilihat mula menerima
pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat dalam menentukan halatuju sosial, ekonomi
dan politik masing-masing. Negara Rusia dan China yang dilihat sebagai simbol blok
Timur sebelum ini sudah mula membuka pintu kepada dunia luar dan memberi lebih
kebebasan kepada kegiatan sosial, ekonomi dan politik. Bagaimanapun telahan ini
kelihatan pudar apabila seorang Profesor sains politik di Uniersiti Harvard, Samuel P.
Huntington mengemukakan teori „The Clash of Civilizations‟ (Pertembungan
Tamadun). Dalam makalahnya yang diterbitkan oleh jurnal Foreign Affairs tahun 1993
bertajuk “The Clash of Civilizations?”, Huntington telah menjangkakan akan berlaku
pertembungan antara Tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan
mencorakkan politik sejagat. Huntington kemudiannya memperkembangkan makalah ini
untuk dijadikan sebuah buku dengan judul “The Clash of Civilizations and the Remaking
of World Order” yang diterbitkan pada tahun 1996. Buku ini telah menghuraikan
dengan lebih mendalam tesisnya tentang pertembungan tamadun bagi tujuan
menjawab isu-isu yang telah ditimbulkan oleh para pengkritik makalah asalnya.
Teori Pertembungan Tamadun yang dikemukakan oleh Huntington telah mengundang
pelbagai reaksi baik di kalangan masyarakat Islam mahu pun di kalangan masyarakat
Barat sendiri. Secara umum teori Huntington tersebut boleh didasarkan kepada tiga
andaian utama:
        Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat
        sejagat bukan lagi ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya. Tamadun
        merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah
        disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan
        antara tamadun.
        Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa
        sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun.
Menurut Huntington dalam dunia yang berpelbagai tamadun (multiple civilizations),
ianya seperti    tidak boleh dielakkan lagi. Tamadun Barat akan bertembung dengan
tamadun-tamadun lain terutama      tamadun Islam. Malah beliau menyatakan antara
petanda awal pertembungan tersebut ialah peristiwa Peperangan Teluk pada tahun
1990.Teori Huntington ini dilihat sebagai satu ramalan besar yang harus diberi
perhatian oleh semua pihak,di samping tidak kurangnya mereka yang mengkritik
pandangan beliau. Para intelektual telah mengkritik pandangan Huntington daripada
persoalan konsep seperti takrif tamadun sehinggalah kepada isu-isu yang
dibangkitkan seperti perang di Bosnia-Herzegovina. Bagaimanapun, teori Huntington ini
sangat penting dari segi mencambahkan disiplin ilmu pengajian tamadun dan sains
politik.
       Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadun
sehinggalah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun 2001
sebagai Tahun Dialog Tamadun seperti yang dicadangkan oleh Presiden Iran
ketika itu, iaitu Mohammad Khatami.Meskipun pelbagai kritikan akademik telah
dikemukakan untuk menyanggah teori pertembungantamadun sehingga pernah disebut
bahawa teori Huntington ini telah runtuh, perkembangan yang mutakhir telah
memperlihat situasi yang berlainan. Bagi sesetengah pihak mungkin situasi yang
berlaku ini tidak boleh dikaitkan dengan ramalan akan berlakunya pertembungan
tamadun seperti teori Huntington. Namun begitu, konflik antara dunia Barat dengan
dunia Islam dengan pelancaran „Perang Terhadap Keganasan‟oleh Amerika Syarikat
dan sekutunya seolah-olah membenarkan teori Huntington. Yang pastinya, dunia
Barat dan dunia Islam sedang bergolak sehingga kelihatan tiada titik penghujungnya.


    7) Dampak Peristiwa 11 September
Peristiwa 11 September 2001 selalu dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dan
dunia Barat.Sebelum peristiwa 11 September, beberapa peristiwa serangan ke atas
kepentingan Barat khususnya Amerika Syarikat telah berlaku. Pada tahun 1993, World
Trade Center telah diserang oleh Ramzi Ahmed Yousef yang dikatakan seorang
fundematalis Islam. Pada tahun 1996 pula, 19 tentera Amerika Syarikattelah terbunuh
dan 300 lagi cedera dalam satu serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi.
Kemudian pada tahun 1998, kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salaam dan Nairobi
telah dibom menyebabkan 250 mati. Dan yang terakhir sebelum peristiwa 11
September, pada Oktober tahun 2000,Kapal USS Cole telah diserang di Yemen
menyebabkan kematian 17 orang dan 38 yang lain cedera.Kesemua peristiwa di atas
dikaitkan dengan pengganas Muslim sehingga menimbulkan kecurigaan yang
mendalam terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Perjuangan rakyat Palestine
yang menuntut kemerdekaan di negara sendiri turut digolongkan sebagai rangkaian
pengganas. Begitu juga perjuangan masyarakat Islam lain di Kashmir dan Chechnya
turut dilabelkan sebagai kumpulan pengganas. Malah golongan yang disebut sebagai
fundamentalis Islam yang sederhana turut dicurigai pegangan mereka. Yang
agak boleh diterima oleh dunia Barat ialah golongan Modernist Islam, justeru dorongan
ke arah mewujudkan versi Islam yang seperti ini perlu diperluaskan. Kecurigaan dunia
Barat ini sudah pasti memuncak selepas peristiwa serangan 11 September 2001.
Beberapa operasi ketenteraan yang di ketuai oleh Amerika Syarikat di Afghanistan,
Asia Tenggara dan yang terakhir di Iraq dilihat sebagai satu pencabulan ke atas dunia
mereka oleh sebahagian besar masyarakat Islam. Sekatan demi sekatan telah
dikenakan ke atas masyarakat Islam termasuklah sekatan dari segi penyebaran sains
dan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung.
       Masyarakat Islam dari kalangan negara-negara Arab khususnya hampir ditutup
peluang untuk meneruskan pengajian S&T mereka di peringkat tinggi di negara-negara
seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Negara-negarayang sebelumnya dilihat
tiada masalah dengan dunia Islam seperti Jepun turut mula memikirkan semula dasar
luar mereka berkaitan dengan dunia Islam. Pada umumnya, peristiwa September 11
telah meninggalkan dampak yang besar ke atas hubungan antara Amerika Syarikat dan
dunia Islam, khususnya ke atas peta politik Asia Barat. Hubungan antara Amerika
Syarikat dan dunia Islam menjadi semakin keruh dan tidak menentu. Banyak pihak di
dunia Islam
menaruh kecurigaan terhadap tindak tanduk masa depan Amerika Syarikat di rantau
Asia Barat. Perubahan besar yang berlaku di Iraq sebagai akibat daripada pelanggaran
Amerika Syarikat akan pastinya merubah peta politik dan agama negara itu dan jiran-
jirannya. Bukan sahaja Asia Barat yang menerima padah buruk daripada pencerobohan
Amerika Syarikat. Amerika sendiri telah ditimpa krisis ekonomi yang semakin
meruncing dengan terpaksa menanggung perbelanjaan perang yang begitu tinggi.
Bagaimana pun, sebagai akibat September 11 juga, dialog antara golongan Islam
minoriti dan golongan bukan Islam majority semakin meningkat. Menerusi dialog-dialog
ini dan juga menerusi bacaan mereka sendiri tentang agama
Islam semakin ramai rakyat Amerika yang mendakwa bahawa mereka kini lebih
memahami tentang ajaran
Islam. Menurut sesetengah pihak, masyarakat Islam di Amerika boleh menyumbang ke
arah mewujudkan
kesefahaman yang lebih baik antara Amerika Syarikat dan dunia Islam di masa depan.




DIALOG PERADABAN SEBAGAI MEKANISME MENYAHUT CABARAN
     Tamadun kontemporari dunia telah mewarisi tradisi, persoalan dan permasalahan
yang timbul melalui sejarah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai
kepincangan, ketidakadilan dan penindasan di dalam hubungan di antara tamadun di
dunia hari ini. Selain itu wujud juga salah faham,jurang komunikasi dan prejudis di
dalam hubungan antara tamadun. Ini amat jelas dan ketara di dalam hubungan antara
dunia Barat dan dunia Islam masakini, di peringkat antarabangsa. Di peringkat dalam
negeri, walaupun hubungan antara kaum yang berdasarkan pelbagai tamadun seperti
tamadun Melayu,Islam, India dan Cina, adalah agak baik, namun masih wujud rasa
curiga di kalangan setengah pihak berdasarkan perbezaan-perbezaan antara mereka.
Dengan kata lain, usaha ke arah menjalin persefahaman antara kaum di kalangan
rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai tamadun, tidak boleh diabaikan dan
mesti terus dipupuk untuk memastikan supaya hubungan harmonis di kalangan rakyat
Malaysia akan terus terjalin.
       Di peringkat antarabangsa, permasalahan yang diwarisi di dalam perhubungan
antara tamadun perlu ditangani bukan dengan secara keganasan atau konfrontasi,
tetapi menerusi dailog. Maka di sinilah dailog peradaban mempunyai peranan di dalam
hubungan manusia dan hubungan antarabangsa masakini.
Malahan PBB telah menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dailog antara tamadun
dunia. Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas golongan yang
lebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi,
kewangan, teknologi, ketenteraan dan politik akan menjadi cabaran terpenting yang
bakal dihadapi oleh manusia dalam abad ke-21 nanti. Bagi memahami sifat dominasi ini
dan akibatnya ke atas tamadun manusia merupakan satu masalah yang besar
kerana dominasi sedemikian telah dianggap sebagai biasa atau normal. Disebabkan
hakikat tersebut, sepanjang perjuangan menentang dominasi ini, kita terpaksa
menekankan persoalan keadilan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tangan
minoriti merupakan    ketidakadilan   yang   sangat   nyata.Ketidakadilan   seperti   ini
merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia di mana-mana.
Kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya dan bukannya kepentingan sesuatu
tamadun seharusnya menjadi tema perjuangan masa dalam menghadapi dominasi
kumpulan teratas (elit). Kesan buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga ke
peringkat global.
       Dengan pembesaran jumlah dan jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulan
elit dalam sesebuah negara, telah mendorong mereka menyalahgunakan sumber
kekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut sepatutnya digunakan
untuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan
masyarakat dan kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar telah berlaku sama
ada di India mahupun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat.
Seperti juga manipulasi pasaran kewangan oleh para spekulator mata wang akan
merosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, samalah juga dengan negara
membangun di Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghomogenan (homogenesation)
budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman sama ada kepada budaya Perancis
yang menjadi ciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki yang
menjadi ciri penting tamadun Islam.
       Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang berpunca daripada kesan
dominasi akan menjejaskan manusia di mana-mana sahaja.         Oleh sebab itu, seluruh
masyarakat manusia mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina
kesedaran dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir
manusia tertentu. Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialah
melalui sesi-sesi dialog di semua tempat. Dalam sesi dialog tersebut, manusia mesti
sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun masing-masing mengandungi nilai
dan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruah
dan kebebasan manusia. Kesemua nilai dan pandangan semesta tersebut begitu
bertentangan dengan tindakan dominasi. Melalui sesi dialog di kalangan manusia di
mana-mana sahaja, masyarakat Islam, masyarakat Asia dan lain-lain dapat membina
satu barisan bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusia
terutama kuasa Barat dan bonekanya. Sesi dialog antara manusia dalam pelbagai
budaya dan tamadun juga banyak membawa manfaat yang lain. Hari ini seluruh
manusia menghadapi pelbagai masalah yang besar seperti pencemaran alam
sekitar, pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalam
masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah,
penyalahgunaan dadah dan kedurjanaan penyakit AIDS. Kesemua kemelut ini
memerlukan jawapan dan penyelesaian daripada manusia. Kemelut ini telah
melanda seluruh dunia tidak terkecuali kepada masyarakat yang berada di dunia Islam
dan Asia.
         Sesungguhnya kebanjiran masalah yang dihadapi oleh manusia masa kini
merupakan kesan daripada krisis nilai. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar
semula jadi yang tidak lagi diutamakan telah membawa kepada krisis alam sekitar.
Kasih sayang dan hormat-menghormati yang sudah hilang kekuatan moralnya dan
sentiasa tercabar dalam rumah tangga moden telah melunturkan ketahanan
hubungan kekeluargaan. Nilai etika yang telah diketepikan dalam ekonomi hari ini telah
melahirkan „kapitalisme kasino‟ yang merebak secara global. Bila persoalan memberi
perkhidmatan tidak lagi menjadi tanggungjawab utama politik, maka kesempatan
berkuasa dilihat sebagai satu peluang terbuka untuk memperolehi kekayaan dan
kepentingan diri.
     Disebabkan perasaan rendah diri dan pengorbanan telah dipencilkan dalam
kehidupan peribadi dan masyarakat, maka sifat tamak dan takbur (ego) menjadi
semakin dominan dalam masyarakat.Tamadun Islam dan tamadun Asia sentiasa
menekankan penolakan terhadap sifat tamak dan kepentingan diri. Dalam sistem
falsafah tamadun-tamadun ini, nilai-nilai sejagat, kerohanian dan moral sentiasa
diutamakan. Persoalan etika tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Setiap bidang
dalam masyarakat menurut pendirian Islam dan tamadun-tamadun berasaskan agama
yang lain mesti diasaskan di atas nilai-nilai moral. Ke arah melahirkan nilai moral dalam
masyarakat kita yang berbilang agama,etnik dan kebudayaan mesti diadakan sesi
dialog yang berterusan di kalangan kita semua. Tanpanya kita tidak mungkin dapat
membentuk benteng moral yang kukuh. Bila manusia menyedari nilai-nilai yang mereka
kongsi bersama dalam pemerintahan dan politik, ekonomi dan pengurusan sumber,
keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi, maka ikatan
dan perasaan saling hormatmenghormati,
mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dan membesar dalam masyarakat yang
pelbagai etnik, budaya dan agama.


PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA MENERUSI DIALOG TAMADUN
      Demi untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama
dalam tamadun Islam dan tamadun Asia, maka hendaklah diadakan sesi dialog dalam
semua peringkat masyarakat. Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-
sekolah boleh memainkan peranan yang penting. Pengajian mengenai tamadun Islam
dan tamadun Asia mesti dimasukkan dalam kurikulum di peringkat sekolah lagi.
Pertubuhan agama dan budaya hendaklah menjadikan sesi dialog sebagai agenda
utama dalam kegiatankegiatan mereka. Sesi dialog juga mesti menjadi perkara utama
dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Akhbar dan majalah popular pula mesti
memperkenalkan ruang-ruang yang ditumpukan kepada dialog peradaban. Program di
radio dan televisyen yang membicarakan tema itu sudah pasti akan meningkatkan
lagi usaha ini.
      Namun begitu, sesi-sesi dialog demikian melalui media massa dan sistem
pendidikan tidak akan berjaya tanpa disertai oleh dialog tentang kehidupan sebenar.
Manusia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama mesti
digalakkan untuk bergaul, berkenalan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dan
kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain. Menghidupkan situasi
seperti inilah sebenar-benarnya dialog, iaitu dialog dalam kehidupan. Tanpa dialog
seumpama ini, usaha dialog tamadun pada tahap akal dan minda sahaja, tidak
membawa sebarang kesan bermakna. Seharusnya diakui dialog tamadun pada tahap
mana sekalipun akan menempuhi halangan yang kuat. Dalam sebarang masyarakat
tentunya terdapat elemen yang menganggap dialog tamadun sebagai ancaman
terhadap kepentingan mereka. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yang
berpandangan sempit, penuh kebencian dan permusuhan terhadap budaya dan agama
lain serta menebal kejahilannya terhadap manusia selain daripada mereka. Golongan
seperti ini tidak akan menerima dengan senang hati terhadap dialog tamadun. Terdapat
juga golongan yang melihat dialog tamadun sebagai kegiatan terawang (esoterik)
semata-mata. Bagi mereka ada lagi kegiatan penting dan pragmatik yang perlu untuk di
berikeutamaan.
       Biar apapun bangkangan terhadap dialog tamadun, haruslah disedari bahawa
tidak akan wujud satu masa yang paling baik dalam sejarah untuk memperkenalkan
dialog peradaban. Pada hari ini, kebangkitan gerakan agama mula bertapak di dunia
Islam dan juga beberapa tempat di Asia yang lain. Dengan lain pengertian, kebangkitan
gerakan keagamaan menjadi satu fenomena global. Lambang dan simbol agama,
upacara dan peristiwa serta nilai dan prinsip yang ditunjangi oleh agama semakin
diterima oleh masyarakat yang beberapa dekad terdahulu tidak menerimanya.
Kebangkitan   agama    memberi    peluang   kepada    kita   untuk   memulakan   dan
mengembangkan dialog tamadun. Hujahnya sangat jelas, berdasarkan sejarah
tamadun-tamadun tradisional, tamadun Islam dan tamadun Asia yang lain begitu berkait
rapat dengan agama masing-masing. Pelbagai agama dan tamadun tidak boleh tidak
mesti menjalankan dialog apatah lagi dalam zaman teknologi komunikasi yang telah
berupaya untuk mendekatkan manusia daripada merata pelosok dunia, iaitu satu
keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum daripada ini. Kini penghuni dunia pada
penghujung abad ke-20 ini lebih sedar akan kewujudan penghuni yang lain, iaitu
masyarakat manusia daripada pelbagai agama dan tamadun berbanding dengan
masyarakat manusia sebelum ini.
      Sekiranya kita tidak berusaha berdialog dan mengenali antara satu sama lain
dalam suasana kita disemukakan sebegini, maka kejahilan kita bersama akan berubah
kepada saling membenci antara satu sama lain. Fenomena ini boleh membawa kepada
ketegangan dan konflik yang besar. Melihat kepada perkara-perkara diterangkan atas,
kita mesti membuat pendirian untuk berdialog antara satu sama lain. Pilihan yang
diberikan begitu mudah, sama ada kita memilih untuk berdialog dan seterusnya hidup
bersama secara aman atau kita memilih untuk berkonflik dan bertelingkah untuk
selamalamanya.
ISU-ISU YANG PERLU DITANGANI DALAM DIALOG TAMADUN
       Dialog tamadun boleh memainkan peranan yang penting di dalam hubungan
domestik dan antarabangsa pada masakini. Ini adalah kerana sebahagian dari
permasalahan yang wujud pada hari ini, yang telah menimbulkan keganasan dan
ketidakadilan, adalah berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibat
untuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja rundingan yang berasaskan
dialog, termasuk dialog tamadun. Dailog tamadun mampu mengurangkan ketegangan
yang wujud di dalam hubungan manusia, melalui kesefahaman yang dipupuk mengenai
pemikiran dan cara kehidupan masing-masing. Memang diakui bahawa bukan semua
masalah berpunca daripada kejahilan tentang tamadun, justeru penyelesaiannya tidak
mungkin tercapai melalui dialog tamadun. Ada masalah yang berpunca daripada
perebutan kuasa politik atau ekonomi mithalnya. Malahan konflik antara dunia Islam
dan Barat, lebih tepat dilihat sebagai konflik di antara Amerika dan sekutunya Britain,
dengan golongan Islam radikal, yang juga melibatkan kepentingan ekonomi seperti
penguasaan telaga minyak di Teluk Parsi.
     Namun demikian tidak dapat dinafikan juga bahawa unsur-unsur kejahilan
tamadun wujud di kalangan pihak terbabit hingga keganasan yang tercetus sering
dilihat sebagai permusuhan tamadun. Misalnya layanan buruk terhadap orang-orang
Islam yang bermastautin di negara-negara Barat di satu pihak, dan pengeboman hotel
dan tempat pelancongan yang dikunjungi oleh orang Barat, di pihak yang lain. Untuk
mewujudkan kesefahaman mengenai pelbagai tamadun yang boleh membawa kepada
keamanan yang berkekalan, maka mestilah wujud kesediaan di kalangan pihak-pihak
yang terlibat, untukcuba memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.
Usaha-usaha sedemikian boleh dilakukan di peringkat Kebangsaan dan juga
Antarabangsa, melalui pendidikan, majlis forum, program pertukaran dan lain-lain.
    Di peringkat Kebangsaan, iaitu dalam negeri atau dialog yang bersifat intra-
civilisational, perlulah diwujudkan persefahaman mengenai tamadun Islam, Melayu,
Cina, India, dan kaum Peribumi yang lain, supaya wujud toleransi di antara kaum-kaum
di negara ini yang budaya mereka berlatarbelakangkan tamadun-tamadun tersebut.
Kepercayaan agama dan kehidupan beragama, yang menjadi teras budaya kaum-kaum
tersebut, perlulah difahami bersama, agar mereka dapat menerima perbezaan tersebut,
tanpa menimbulkan konflik. Di samping itu, nilai-nilai sejagat yang murni yang dikongsi
bersama oleh agamaagama tersebut, perlulah diketengahkan, supaya di dalam
kepelbagaian tersebut, dapat juga dilihat unsur-unsur persamaannya. Mithalnya sifat
kesabaran, keikhlasan dan kejujuran, serta saling menghormati sesama manusia,
adalah dianjurkan oleh kesemua agama besar di dunia ini. Tidak ada agama yang
menanamkan sifat benci di antara manusia di dunia ini. Sekiranya terdapat perbezaan
pada zahirnya, sama ada dari segi kepercayaan atau pun amalan, maka
ini juga perlu dijelaskan supaya pihak lain dapat melihat kerasionalan di sebalik
perbezaan tersebut. Dengan secara demikian, maka prasangka dan fikiran negatif
mengenai kepercayaan dan amalan golongan lain, dapat dikurangkan. Satu contoh
yang baik ialah Hari Perayaan setiap kaum di negara ini, seperti Hari
Raya, Tahun Baru Cina, dan Deepavali, di mana kepercayaan dan amalan masing-
masing perlulah dijelaskan supaya konsep dan amalan rumah terbuka akan menjadi
lebih bermakna lagi.




DIALOG TAMADUN: DIMENSI DALAMAN DAN DIMENSI LUARAN
   a) Dialog Dalaman: Dialog Antara Tamadun di Malaysia
• Persefahaman kaum yang berasaskan nilai-nilai budaya dan tamadun sepunya
• Peranan Rukunegara sebagai asas pembagunan tamadun baru Malaysia
• Islam Hadhari dan Penjelasannya kepada orang Islam dan Bukan Islam
• Menjelaskan kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun di dalam konteks
masyarakat majmuk di Malaysia
   b) Dialog Luaran: Dialog Antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam dan Asia
• Isu nilai-nilai sepunya
• Dunia Barat perlu mengiktiraf dan menghormati konsep dunia berbilang tamadun
• Isu saling kebergantungan dalam pembangunan ketamadunan
• Memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun Barat dan tamadun Islam
• Memahami isu keganasan dan terrorisme bukan sahaja dari perspektif Barat tetapi
juga dari perspektif masyarakat Islam dan masyarakat Asia
6.7 KESIMPULAN
Zaman yang kita diami pada hari ini adalah merupakan satu zaman yang cukup
mencabar dan salah satu
sebab terpenting ialah cabaran yang timbul hasil daripada pertembungan tamadun yang
dibawa oleh proses
globalisasi. Cabaran ini tidak boleh dihadapi dengan berdiam diri atau berpeluk tubuh,
kerana itu akan
memburukkan keadaan serta membawa kerugian kepada mereka yang kecil, lemah
dan mudah tertindas.
Untuk menghadapi cabaran ini, kita perlu proaktif di dalam mengenengahkan wacana
kita sendiri
mengenai dialog tamadun dengan harapan akan wujud titik pertemuan di antara
pelbagai pihak dan
tamadun, yang berbeza dan justeru berpotensi bertelagah. Bagi masyarakat Malaysia,
cabaran dialog
tamadun harus dihadapi di dua peringkat; iaitu dalaman dan luaran. Dialog dalaman
harus menumpukan
perhatian kepada hubungan antara kaum yang didasari oleh tamadun, agama dan
budaya yang berlainan di
dalam negara-bangsa yang satu, iaitu Malaysia. Di peringkat luaran pula, kita harus
berdepan dengan
139
hubungan antara dunia Barat dan dunia Islam, yang kadangkala tegang. Menangani
isu-isu yang berkaitan
dengan dialog tamadun bukan satu perkara yang mudah kerana ia melibatkan asas
kehidupan dan
pandangan alam yang berlainan. Namun kita tidak harus membiarkan perbezaan dan
kepelbagaian menjadi
faktor bagi pertelingkahan dan peperangan. Kita perlu menghadapi situasi sedemikian
dengan penuh
hikmah dan dialog tamadun adalah satu cara yang berhikmah untuk menghadapi
cabaran tersebut.
RUJUKAN
Bakar, Osman. 1997. Islam and Civilizational Dialogue: The Quest for a Truly Universal
Civilization.
Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Bakar, Osman. „The impact of the American war on terror on Malaysian Islam.‟ Journal
of Islam and
Christian-Muslim Relations, vol. 16, no. 2 (April 2005), pp. 107-128
Brecher, Jeremy, et. al. (eds.). 1993. Global Visions. Boston: South End Press.
Camilleri Joseph A. dan Chandra Muzaffar, (eds.). 1998 Globalisation: The
Perspectives and Experiences
of the Religious Tradition of Asia Pasific. Petaling Jaya: JUST
Chandra Muzaffar, 1993. Human Right and the New World Order. Pulau Pinang

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Zailani Baharuddin
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cik BaCo
 
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayuAsimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Khairunnisa' Mohammad
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
Est
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Araizzs Othman
 
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Bab 1  konsep & takrif tamadunBab 1  konsep & takrif tamadun
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Chuah Lim
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
Halif Md Saleh
 
KONFLIK AGAMA
KONFLIK AGAMAKONFLIK AGAMA
KONFLIK AGAMA
Swee Mun
 
Interkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunInterkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadun
faizah12
 

Was ist angesagt? (20)

Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
 
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanBab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayuAsimilasi golongan pendatang di tanah melayu
Asimilasi golongan pendatang di tanah melayu
 
Apa itu 'budaya'
Apa itu 'budaya'Apa itu 'budaya'
Apa itu 'budaya'
 
Sekularisme
SekularismeSekularisme
Sekularisme
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
 
Dialog antara tamadun
Dialog antara tamadunDialog antara tamadun
Dialog antara tamadun
 
Bab 1 konsep & takrif tamadun
Bab 1  konsep & takrif tamadunBab 1  konsep & takrif tamadun
Bab 1 konsep & takrif tamadun
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
 
KONFLIK AGAMA
KONFLIK AGAMAKONFLIK AGAMA
KONFLIK AGAMA
 
Konsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi EtnikKonsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi Etnik
 
Pengenalan etika
Pengenalan etikaPengenalan etika
Pengenalan etika
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah Sosial
 
Interkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadunInterkasi antara tamadun
Interkasi antara tamadun
 
globalisasi
globalisasiglobalisasi
globalisasi
 

Andere mochten auch

Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.new
Kero Nuex
 
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahuluciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
Nur Hidayah
 
06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depan06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depan
Adzmir Nasir
 
01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan
Adzmir Nasir
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadun
Fadhlina Ishak
 
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
Rafiza Diy
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power point
Hilmi Amri
 

Andere mochten auch (20)

Esemen aku
Esemen akuEsemen aku
Esemen aku
 
Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.new
 
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahuluciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
 
Dialog Antara Tamadun Di Malaysia
Dialog Antara Tamadun Di MalaysiaDialog Antara Tamadun Di Malaysia
Dialog Antara Tamadun Di Malaysia
 
Bab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun indiaBab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun india
 
Bab1 konseptakriftamadun
Bab1 konseptakriftamadunBab1 konseptakriftamadun
Bab1 konseptakriftamadun
 
06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depan06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depan
 
Bab 3 teras tamadun malaysia
Bab 3 teras tamadun malaysiaBab 3 teras tamadun malaysia
Bab 3 teras tamadun malaysia
 
Bab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cinaBab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cina
 
01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan
 
MASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJA
MASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJAMASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJA
MASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJA
 
Bab 6 part 1
Bab 6  part 1Bab 6  part 1
Bab 6 part 1
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Hegemoni media
Hegemoni mediaHegemoni media
Hegemoni media
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadun
 
Bab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cinaBab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cina
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan Malaysia
 
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power point
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 

Ähnlich wie Cbran dialog

Tamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaTamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asia
Rusyda Rahim
 

Ähnlich wie Cbran dialog (20)

Manusia dan Peradaban
Manusia dan PeradabanManusia dan Peradaban
Manusia dan Peradaban
 
titas
titastitas
titas
 
Makalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasiMakalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasi
 
Makalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasiMakalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasi
 
Makalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasiMakalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasi
 
Pengaruh Penggunaan Gawai Terhadap Penerapan Nilai Pancasila Di Kalangan Gene...
Pengaruh Penggunaan Gawai Terhadap Penerapan Nilai Pancasila Di Kalangan Gene...Pengaruh Penggunaan Gawai Terhadap Penerapan Nilai Pancasila Di Kalangan Gene...
Pengaruh Penggunaan Gawai Terhadap Penerapan Nilai Pancasila Di Kalangan Gene...
 
Makalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasiMakalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasi
 
BAB 6.pptx
BAB 6.pptxBAB 6.pptx
BAB 6.pptx
 
globalisasi
globalisasiglobalisasi
globalisasi
 
Makalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasiMakalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasi
 
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
manusia sebagai makhluk beradab dan masyarakat adab.
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Bab i ii iii
Bab i ii iiiBab i ii iii
Bab i ii iii
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNGTAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
 
Modernisasi dan globalisasi
Modernisasi dan globalisasiModernisasi dan globalisasi
Modernisasi dan globalisasi
 
Tamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaTamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asia
 
Makalah Globalisasi
Makalah GlobalisasiMakalah Globalisasi
Makalah Globalisasi
 
ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)
 
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...
 
ppt mengidentifikasi modal manusia dan budaya.ppt
ppt mengidentifikasi modal manusia dan budaya.pptppt mengidentifikasi modal manusia dan budaya.ppt
ppt mengidentifikasi modal manusia dan budaya.ppt
 

Mehr von Salwa Binti Bahadun Salwa (7)

Bulan sabit2
Bulan sabit2Bulan sabit2
Bulan sabit2
 
Simulasi main peranan
Simulasi main perananSimulasi main peranan
Simulasi main peranan
 
Senarai nilai murni
Senarai nilai murniSenarai nilai murni
Senarai nilai murni
 
Ikam thp2 set3
Ikam thp2 set3Ikam thp2 set3
Ikam thp2 set3
 
Teks bacaan utk cd lat a dan b paparan vc
Teks bacaan utk cd lat a dan b paparan vcTeks bacaan utk cd lat a dan b paparan vc
Teks bacaan utk cd lat a dan b paparan vc
 
Ayat kata tanya
Ayat kata tanyaAyat kata tanya
Ayat kata tanya
 
Puzzle etems
Puzzle etemsPuzzle etems
Puzzle etems
 

Cbran dialog

  • 1. MASA DEPAN DUNIA BERBILANG TAMADUN: DIALOG TAMADUN DAN ISU-ISU SEMASA PENGENALAN  Pendedahan kepada pelbagai tamadun sewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian tamadun secara turun- temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa kehidupan antara tamadun ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan tamadun kita sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun lain. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian tamadun akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat ini dengan lebih realistik danpenuh perasaan muhibbah.  Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tabiat tamadun-tamadun ini. Penilaian yang tepat bermaksud kita harus boleh meneruskan perasaan muhibah antara tamadun sekalipun kita masing-masing mengakui wujud perbezaan ketara antara tamadun-tamadun ini. Dengan mengakui perbezaan antara tamadun tidakbermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara- perkara yang boleh disepakati bersama.  Tamadun dan peradaban seperti yang diterangkan oleh pelbagai tamadun yang telah kita pelajari banyak menyentuh persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kehidupan kemanusiaan. Begitu juga halnya dengan soal alam tabii dan keperluan untuk hidup berharmoni dengan alam tabii.Perkara- perkara sebegini, walaupun kelihatan kecil dan sedikit tetapi sangat luas dan besar potensinya untuk diperkembang ke arah kesefahaman sejagat melalui usaha- usaha dialog antara tamadun.Permuafakatan dan persepakatan dalam hal-hal akhlak kemanusiaan dan alam tabii ini pun sudah cukup penting bagi menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bermakna pada abad yang mendatang.Sesungguhnya kesemua tamadun yang telah dikaji mengajar kita
  • 2. pelbagai pengajaran yang amat penting bagi umat manusia dewasa ini yang kebanyakannya telah hilang pertimbangan terhadap soal akhlak, moral dan kemanusiaan di samping hilang juga kesedaran tentang keperluan memelihara alam tabii dari bencana yang ditimpakan oleh perbuatan kerakusan manusia itu sendiri. Sesungguhnya manusia moden seperti kita ini telah banyak melupai hikmah daripada khazanah peninggalan tamadun kita sendiri sehinggakan kehidupan yang kita jalani menjadi begitu keliru dan hilang arah tujuannya.  Oleh sebab itu, usaha-usaha mengembalikan hikmah dari khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan hidup masyarakat manusia di muka bumi ini. Perkara inilah sebenarnya nilai-nilai yang tidak ternilai yang boleh kita peroleh dari pengkajian dan pendedahan mengenai tamadun-tamadun milik masyarakat kita sendiri. Penilaian terbaik yang boleh dibuat oleh kita ialah dengan merasai bahawa kita sendiri adalah sebahagian dari mata rantai tamaduntamadun tersebut yang perlu kekal dalam rantaian yang telah sedia terbina itu. Penilaian yang kita lakukan mestilah akhirnya akan membawa kita ke satu tahap kehidupan yang lebih beradab dan bertamadun, sesuai dengan semangat dan sikap yang telah dilahirkan oleh tamadun-tamadun yang telah kita pelajari. DUNIA BERBILANG TAMADUN: CABARAN GLOBALISASI 1) Dampak Budaya Kebendaan Barat  Sama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini yang mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh dunia Barat moden. Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidakakan dapat merancang masa depan kita dengan sebaik-baiknya. Kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-ciri jati diri (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun Islam dan jati diri tamadun-tamadun Asia pada peringkat kolektif. Keseluruhan dunia pada hari ini
  • 3. kelihatan seolah-olah „sebuah dunia Barat yang besar‟ yang bersifat hegemonik, yang tidak langsung memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat. Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang. Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budayanya. Disebabkan kuasa penjajahan Barat begitu kuat dominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telah mengalami perasaan rendah diri ketara, malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri.Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia. Tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri. Penjajahan pemikiran seperti inilah sebenarnya kemuncak penjajahan Barat dalam memperkukuhkan dominasinya ke atas bangsa manusia yang lain sehingga hari ini. Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapai kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Bentuk dominasi baru telah muncul sehinggakan dimanipulasi oleh penjajahan yang lampau. Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan gaya hidup seseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan. Kebebasan yang sepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalam menentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka sendiri telah dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi yang baru. 2) Dominasi Politik Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa, masih tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.
  • 4. Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas Perang Dunia Kedua, di mana negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang telah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun, memperolehi kuasa veto. Negara Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China. Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik dunia yang terpenting.Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar mengesahkan keputusan negara-negara kuasa besar terutama Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan tertentu. Anadainya sesuai dengan kepentingannya, Amerika Syarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektifobjektif tertentu yang berkaitan dengan polisinya. Pada masa-masa yang lain mereka akan bertindak secara bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalam persitiwa pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998, dengan helah untuk memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang-sarang pengganas. Pendekatan unilateralisme di dalam politik antarabangsa ini terbukti sekali lagi apabila Amerika Syarikat, tanpa restu PBB telah menyerang dan menakluki Iraq pada 2003. Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Khasmir dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai „polis dunia. Situasi ini mencerminkan kuasa politik yang mendominasi dunia. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global adalah disebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari. Setelah perang dingin berakhir dengan robohnya tembok Berlin pada 1989, dan perpecahan Soviet Union pada 1991, maka Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak mempunyai saingan, hingga mewujudkan satu dunia unipolar, tanpa imbangan kuasa. Negara tersebut memiliki senjata-senjata nuklear yang besar dan senjata-senjata yang tercanggih. Paling menggerunkan senjata-senjata ini dipunyai oleh sebuah Negara yang mengambil pendekatan hegemonik ke atas masyarakat bangsa- bangsa manusia yang lain. Pada masa yang sama ia melarang dengan keras, usaha Korea Utara dan Iran, untuk mempunyai program nuklear mereka sendiri
  • 5. 3) Dominasi Ekonomi Sekiranya semasa zaman penjajahan sebelum ini penjajah Barat mendominasikan sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka hari ini keadaan yang hampir sama berlaku. Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikat berkenaan telah mendominasi penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan sains dan teknologi (S&T) sesebuah negara. Tidak cukup sekadar itu, sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain. Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi- institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8. Mereka telah bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global sebegitu rupa sehingga segala kepentingan negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utara mendapat keutamaan mengatasi persoalan kebajikan negara-negara miskin di hemisfera selatan. Masyarakat manusia di negaranegara membangun dan mundur tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk mencapai kepentingan mereka dan pada masa yang sama, sumber-sumber semula jadi di negara-negara tersebut dimonopoli secara tidak disedari. Fenomena seperti ini merupakan satu bentuk penjajahan baru yang terselindung di sebalik gagasan perdagangan tanpa sempadan, perdagangan bebas, atau economic globalisation. 4) Dominasi Media Dunia Barat melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Tidak cukup dengan dominasi dalam bidang politik dan ekonomi, dunia Barat khususnya Amerika Syarikat mahu turut mendominasi media massa. Satu situasi yang begitu ketara mutakhir ini,
  • 6. media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan syarikat-syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Agensi berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlaku dalam negara di luar dunia Barat sering dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negara-negara jirannya oleh agensi berita Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu. Tegasnya, masyarakat di luar dunia Barat melihat jiran-jiran mereka bahkan mereka sendiri sendiri menurut kaca mata Barat. 5) Dominasi Budaya Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam tiga dekad kebelakangan ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeskportan budayanya. Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem,muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia. Rancangan-rancangan televisyen seperti American Idol juga telah tersebar luas dan ditiru di beberapa negara lain termasuk Malaysia sebagai satu fenomena globalisasi budaya, di mana cita-cita remaja diberi ekspresi secara kompetitif, dan nilai-nilai seperti menghormati dan menjaga perasaan seseorang individu tidak lagi diutamakan, atas nama keterbukaan di dalam memberi pandangan. Selain daripada itu, budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama-janama seperti Coca-cola, McDonalds, Levi‟s dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada budaya global. Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut dan mengasimilasikan jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala-Amerika dalam jumlah yang besar dan belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. Namun bukan sahaja Amerika Syarikat yang telah mengeksport budaya mereka tetapi juga syarikat-syarikat dari Eropah dan Jepun turut mengeksport kartun dan muzik ciptaan Amerika Syarikat.Berdasarkan kepada keterangan tentang dominasi kuasa Barat dalam bidang-
  • 7. bidang tersebut, dapat diperhatikan penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkam ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain termasuklah masyarakat Islam dan Asia. Gergasi media Barat khususnya dari Amerika Syarikat seperti CNN, telah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalam masyarakat Islam dan Asia di mana mereka beroperasi. Syarikat-syarikat multinasional yang sedang beribu pejabat di Amerika Syarikat telah menjadi global dari segi pengeluaran, pemasaran dan penyelidikan. Pedagang-pedagang mata wang yang terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit, pada akhirnya tidak mempunyai ketaatan pada mana-mana negara.Tegasnya, kemelut yang berkaitan dengan dominasi Barat telah menjadi begitu global atau sejagat, sehingga pada hari ini dominasi tersebut tidak lagi mengenali sempadan penempatan geografi atau budaya tertentu. Dominasi Barat daripada cara hidup seseorang sehingga kedaulatan politik wujud di mana-mana. Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Keputusan- keputusan mereka dalam politik dan ekonomi secara mudah memberi kesan yang besar kepada politik dan ekonomi kita. Mereka telah m emakaikan kaca mata mereka kepada kita sehingga kita melihat sesuatu menurut perspektif mereka. Dengan menjadi sebegitu global dunia Barat telah menjadikan diri mereka sebagai norma dan mudah diterima di mana-mana sahaja. Menyedari tentang hakikat tersebut, penilaian terhadap kesan dan dampak dunia Barat ke atas tamadun Islam dan Asia bukanlah mudah. Tidak dapat dinafikan, dari sudut yang positif manfaat S&T yang dikembangkan oleh tamadun Barat begitu ketara kepada kita. Bidang S&T ini telah membantu mengurangkan kemiskinan,meningkatkan taraf hidup dan membawa keselesaan material kepada sebahagian daripada masyarakat manusia. Pertumbuhan dan pekembangan ekonomi pasaran juga telah menambahkan kemewahan golongan menengah di kebanyakan negara-negara di dunia sehingga kepada kadar tertentu. Sebagai kesan daripada pengaruh tamadun Barat juga, idea dan institusi yang berkaitan dengan demokrasi seperti kebebasan individu, hak menyuarakan bangkangan, akauntabiliti awam, perwakilan parlimen yang dipilih rakyat dan kehakiman yang bebas telah mempengaruhi kebenaran di peringkat global. Dunia Barat juga bertanggungjawab menimbulkan kesedaran yang bertambah-tambah berhubung persoalan-persoalan ini dalam tamadun Islam dan Asia. Barat juga
  • 8. kadangkala menggunakan nilai politik sebagai senjata di dalam persaingan perdagangan antarbangsa, di mana negara yang tidak mengamalkan demokrasi ala Barat, atau mempunyai rekod hak asasi manusia yang ‟buruk‟, akan dikenakan sekatan ekonomi. Namun sifat hipokrit ini terbongkar dengan adanya pendedahan mengenai kekejaman tentera Amerika terhadap tahanan di Iraq, dan di Teluk Guantanamao. Namun dalam konteks tersebut juga terdapat kesan-kesan yang negatif. Kemunculan system ekonomi pasaran global yang mengutamakan negara- negara perindustrian kuat yang kebanyakannya terletak di dunia Barat, sebahagiannya bertanggungjawab terhadap kemiskinan yang berterusan terhadap golongan tertentu manusia. Jurang pemisahan antara golongan yang berada dan tidak berada semakin melebar. Pada tahun 1960 nisbah pendapatan antara 20 peratus yang golongan teratas dan 20 peratus yang golongan terbawah dalam dunia ialah 1:30. Kemudian pada tahun 1994 nisbah ini semakin melebar kepada 1:78. Bukan sekadar permasalahan kemiskinan dan jurang perbezaan kaya-miskin, tetapi juga pemusatan kuasa di Barat terutama di Amerika Syarikat telah mencipta satu cengkaman ekonomi global yang menjadikan perdagangan senjata dan dadah lebih menguntungkan daripada perdagangan komoditi dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada manusia. Malah lebih parah lagi apabila dalam ekonomi global hari ini, spekulasi mata wang dan kewujudan suasana perjudian telah berleluasa di seluruh dunia yang secara tepat dinamakan sebagai „kapitalisme kasino‟. Melihat kepada situasi tersebut, bagaimana boleh wujud kesaksamaan dalam konteks ekonomi di dunia hari ini. Sesungguhnya ekonomi global yang dipupuk dan ditaja oleh dunia Barat tidak mungkin dilestarikan. Banyak tempat di merata pelosok dunia ini telah mengalami kepupusan sumber semula jadi dan pencemaran persekitaran yang teruk. Demikian juga keadaannya bila sesebuah masyarakat begitu didesak oleh tekanan pertumbuhan ekonomi yang menggila, tekanan sosial dan psikologi turut bertambahtambah justeru memberi kesan yang buruk kepada institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. Sama ada disedari atau tidak keadaan yang seperti ini sudah pun berlaku dalam masyarakat Islam dan Asia di tempattempat tertentu.Sekiranya kita melihat kesan pengaruh Barat ke atas sistem pemerintahan dan politik, meskipun semangat demokrasi tersebar, sistem politik global di dominasikan
  • 9. oleh Barat. Pada hari ini kuasa Baratlah sebenarnya yang tidak demokratik dengan membelakangkan kehendak masyarakat dunia melalui kuasa veto yang diberikan pada lima negara kuasa besar. Kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat boleh mencabuli undang-undang antarabangsa tanpa sebarang pembalasan (impunity). Contoh yang begitu ketara ialah siri-siri pengeboman ke atas Iraq. Majoriti manusia tiada lagi suara untuk menentukan nasib masa depan mereka sendiri. Dari satu sudut budaya dan tamadun bukan Barat bahkan bukan Amerika Syarikat, sebenarnya tidak banyak peranan besar pada tahap global. Budaya dan tamadun lain sememangnya begitu takut kepada kuasa penyamarataan (homogenising) yang dimiliki oleh budaya Amerika Syarikat yang sangat dominan. Oleh sebab itu, perjuangan untuk menjaga dan meneruskan kepelbagaian budaya dan tamadun merupakan satu tema perjuangan yang harmonis dengan agama Islam dan agama-agama Asia yang lain. Tema ini akan menjadi cabaran yang terpenting pada masyarakat Islam dan Asia dalam abad ke-21 akan datang. Dari sudut yang lain, kita juga harus akur bahawa tamadun dan kuasa Barat bukanlah sinonim dengan Amerika Syarikat dan Britain. Ini jelas terbukti dengan adanya tentangan daripada Jerman dan Perancis terhadap penaklukan Iraq oleh Amerika dan Britain. Namun demikian Jerman dan Perancis dan juga Rusia juga akhirnya akur kepada kehendak Amerika Syarikat di dalam isu berkaitan dengan program nuklear Iran pada tahun 2005 ini. Walaupun Barat tidak semestinya bersatu, sebagaimana juga dunia Islam tidak bersatu dan tidak bersifat monolitik, namun pada umumnya terdapat jurang di antara dunia Barat dan Timur, yang sebahagian darinya disebabkan oleh faktor budaya dan ketamadunan. 6) Teori Pertembungan Tamadun Huntington Pada tahun 1989, menjelang berakhirnya era perang dingin seorang penulis Amerika, Francis Fukiyama telah mengemukakan teori „The End of History‟ yang menyatakan bahawa dunia akan menjadi homogeny dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme. Teori Fukiyama ini hampir menjadi kenyataan bilamana kuasa-kuasa besar blok Timur sendiri dilihat mula menerima
  • 10. pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat dalam menentukan halatuju sosial, ekonomi dan politik masing-masing. Negara Rusia dan China yang dilihat sebagai simbol blok Timur sebelum ini sudah mula membuka pintu kepada dunia luar dan memberi lebih kebebasan kepada kegiatan sosial, ekonomi dan politik. Bagaimanapun telahan ini kelihatan pudar apabila seorang Profesor sains politik di Uniersiti Harvard, Samuel P. Huntington mengemukakan teori „The Clash of Civilizations‟ (Pertembungan Tamadun). Dalam makalahnya yang diterbitkan oleh jurnal Foreign Affairs tahun 1993 bertajuk “The Clash of Civilizations?”, Huntington telah menjangkakan akan berlaku pertembungan antara Tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan politik sejagat. Huntington kemudiannya memperkembangkan makalah ini untuk dijadikan sebuah buku dengan judul “The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order” yang diterbitkan pada tahun 1996. Buku ini telah menghuraikan dengan lebih mendalam tesisnya tentang pertembungan tamadun bagi tujuan menjawab isu-isu yang telah ditimbulkan oleh para pengkritik makalah asalnya. Teori Pertembungan Tamadun yang dikemukakan oleh Huntington telah mengundang pelbagai reaksi baik di kalangan masyarakat Islam mahu pun di kalangan masyarakat Barat sendiri. Secara umum teori Huntington tersebut boleh didasarkan kepada tiga andaian utama: Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya. Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun. Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun. Menurut Huntington dalam dunia yang berpelbagai tamadun (multiple civilizations), ianya seperti tidak boleh dielakkan lagi. Tamadun Barat akan bertembung dengan tamadun-tamadun lain terutama tamadun Islam. Malah beliau menyatakan antara petanda awal pertembungan tersebut ialah peristiwa Peperangan Teluk pada tahun 1990.Teori Huntington ini dilihat sebagai satu ramalan besar yang harus diberi perhatian oleh semua pihak,di samping tidak kurangnya mereka yang mengkritik
  • 11. pandangan beliau. Para intelektual telah mengkritik pandangan Huntington daripada persoalan konsep seperti takrif tamadun sehinggalah kepada isu-isu yang dibangkitkan seperti perang di Bosnia-Herzegovina. Bagaimanapun, teori Huntington ini sangat penting dari segi mencambahkan disiplin ilmu pengajian tamadun dan sains politik. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadun sehinggalah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Tamadun seperti yang dicadangkan oleh Presiden Iran ketika itu, iaitu Mohammad Khatami.Meskipun pelbagai kritikan akademik telah dikemukakan untuk menyanggah teori pertembungantamadun sehingga pernah disebut bahawa teori Huntington ini telah runtuh, perkembangan yang mutakhir telah memperlihat situasi yang berlainan. Bagi sesetengah pihak mungkin situasi yang berlaku ini tidak boleh dikaitkan dengan ramalan akan berlakunya pertembungan tamadun seperti teori Huntington. Namun begitu, konflik antara dunia Barat dengan dunia Islam dengan pelancaran „Perang Terhadap Keganasan‟oleh Amerika Syarikat dan sekutunya seolah-olah membenarkan teori Huntington. Yang pastinya, dunia Barat dan dunia Islam sedang bergolak sehingga kelihatan tiada titik penghujungnya. 7) Dampak Peristiwa 11 September Peristiwa 11 September 2001 selalu dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dan dunia Barat.Sebelum peristiwa 11 September, beberapa peristiwa serangan ke atas kepentingan Barat khususnya Amerika Syarikat telah berlaku. Pada tahun 1993, World Trade Center telah diserang oleh Ramzi Ahmed Yousef yang dikatakan seorang fundematalis Islam. Pada tahun 1996 pula, 19 tentera Amerika Syarikattelah terbunuh dan 300 lagi cedera dalam satu serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi. Kemudian pada tahun 1998, kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salaam dan Nairobi telah dibom menyebabkan 250 mati. Dan yang terakhir sebelum peristiwa 11 September, pada Oktober tahun 2000,Kapal USS Cole telah diserang di Yemen menyebabkan kematian 17 orang dan 38 yang lain cedera.Kesemua peristiwa di atas dikaitkan dengan pengganas Muslim sehingga menimbulkan kecurigaan yang mendalam terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Perjuangan rakyat Palestine
  • 12. yang menuntut kemerdekaan di negara sendiri turut digolongkan sebagai rangkaian pengganas. Begitu juga perjuangan masyarakat Islam lain di Kashmir dan Chechnya turut dilabelkan sebagai kumpulan pengganas. Malah golongan yang disebut sebagai fundamentalis Islam yang sederhana turut dicurigai pegangan mereka. Yang agak boleh diterima oleh dunia Barat ialah golongan Modernist Islam, justeru dorongan ke arah mewujudkan versi Islam yang seperti ini perlu diperluaskan. Kecurigaan dunia Barat ini sudah pasti memuncak selepas peristiwa serangan 11 September 2001. Beberapa operasi ketenteraan yang di ketuai oleh Amerika Syarikat di Afghanistan, Asia Tenggara dan yang terakhir di Iraq dilihat sebagai satu pencabulan ke atas dunia mereka oleh sebahagian besar masyarakat Islam. Sekatan demi sekatan telah dikenakan ke atas masyarakat Islam termasuklah sekatan dari segi penyebaran sains dan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Masyarakat Islam dari kalangan negara-negara Arab khususnya hampir ditutup peluang untuk meneruskan pengajian S&T mereka di peringkat tinggi di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Negara-negarayang sebelumnya dilihat tiada masalah dengan dunia Islam seperti Jepun turut mula memikirkan semula dasar luar mereka berkaitan dengan dunia Islam. Pada umumnya, peristiwa September 11 telah meninggalkan dampak yang besar ke atas hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam, khususnya ke atas peta politik Asia Barat. Hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam menjadi semakin keruh dan tidak menentu. Banyak pihak di dunia Islam menaruh kecurigaan terhadap tindak tanduk masa depan Amerika Syarikat di rantau Asia Barat. Perubahan besar yang berlaku di Iraq sebagai akibat daripada pelanggaran Amerika Syarikat akan pastinya merubah peta politik dan agama negara itu dan jiran- jirannya. Bukan sahaja Asia Barat yang menerima padah buruk daripada pencerobohan Amerika Syarikat. Amerika sendiri telah ditimpa krisis ekonomi yang semakin meruncing dengan terpaksa menanggung perbelanjaan perang yang begitu tinggi. Bagaimana pun, sebagai akibat September 11 juga, dialog antara golongan Islam minoriti dan golongan bukan Islam majority semakin meningkat. Menerusi dialog-dialog ini dan juga menerusi bacaan mereka sendiri tentang agama
  • 13. Islam semakin ramai rakyat Amerika yang mendakwa bahawa mereka kini lebih memahami tentang ajaran Islam. Menurut sesetengah pihak, masyarakat Islam di Amerika boleh menyumbang ke arah mewujudkan kesefahaman yang lebih baik antara Amerika Syarikat dan dunia Islam di masa depan. DIALOG PERADABAN SEBAGAI MEKANISME MENYAHUT CABARAN Tamadun kontemporari dunia telah mewarisi tradisi, persoalan dan permasalahan yang timbul melalui sejarah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai kepincangan, ketidakadilan dan penindasan di dalam hubungan di antara tamadun di dunia hari ini. Selain itu wujud juga salah faham,jurang komunikasi dan prejudis di dalam hubungan antara tamadun. Ini amat jelas dan ketara di dalam hubungan antara dunia Barat dan dunia Islam masakini, di peringkat antarabangsa. Di peringkat dalam negeri, walaupun hubungan antara kaum yang berdasarkan pelbagai tamadun seperti tamadun Melayu,Islam, India dan Cina, adalah agak baik, namun masih wujud rasa curiga di kalangan setengah pihak berdasarkan perbezaan-perbezaan antara mereka. Dengan kata lain, usaha ke arah menjalin persefahaman antara kaum di kalangan rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai tamadun, tidak boleh diabaikan dan mesti terus dipupuk untuk memastikan supaya hubungan harmonis di kalangan rakyat Malaysia akan terus terjalin. Di peringkat antarabangsa, permasalahan yang diwarisi di dalam perhubungan antara tamadun perlu ditangani bukan dengan secara keganasan atau konfrontasi, tetapi menerusi dailog. Maka di sinilah dailog peradaban mempunyai peranan di dalam hubungan manusia dan hubungan antarabangsa masakini. Malahan PBB telah menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dailog antara tamadun dunia. Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas golongan yang lebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi, kewangan, teknologi, ketenteraan dan politik akan menjadi cabaran terpenting yang bakal dihadapi oleh manusia dalam abad ke-21 nanti. Bagi memahami sifat dominasi ini dan akibatnya ke atas tamadun manusia merupakan satu masalah yang besar
  • 14. kerana dominasi sedemikian telah dianggap sebagai biasa atau normal. Disebabkan hakikat tersebut, sepanjang perjuangan menentang dominasi ini, kita terpaksa menekankan persoalan keadilan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tangan minoriti merupakan ketidakadilan yang sangat nyata.Ketidakadilan seperti ini merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia di mana-mana. Kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya dan bukannya kepentingan sesuatu tamadun seharusnya menjadi tema perjuangan masa dalam menghadapi dominasi kumpulan teratas (elit). Kesan buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga ke peringkat global. Dengan pembesaran jumlah dan jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulan elit dalam sesebuah negara, telah mendorong mereka menyalahgunakan sumber kekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut sepatutnya digunakan untuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar telah berlaku sama ada di India mahupun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat. Seperti juga manipulasi pasaran kewangan oleh para spekulator mata wang akan merosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, samalah juga dengan negara membangun di Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghomogenan (homogenesation) budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman sama ada kepada budaya Perancis yang menjadi ciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki yang menjadi ciri penting tamadun Islam. Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang berpunca daripada kesan dominasi akan menjejaskan manusia di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, seluruh masyarakat manusia mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina kesedaran dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir manusia tertentu. Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialah melalui sesi-sesi dialog di semua tempat. Dalam sesi dialog tersebut, manusia mesti sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun masing-masing mengandungi nilai dan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruah dan kebebasan manusia. Kesemua nilai dan pandangan semesta tersebut begitu bertentangan dengan tindakan dominasi. Melalui sesi dialog di kalangan manusia di
  • 15. mana-mana sahaja, masyarakat Islam, masyarakat Asia dan lain-lain dapat membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusia terutama kuasa Barat dan bonekanya. Sesi dialog antara manusia dalam pelbagai budaya dan tamadun juga banyak membawa manfaat yang lain. Hari ini seluruh manusia menghadapi pelbagai masalah yang besar seperti pencemaran alam sekitar, pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, penyalahgunaan dadah dan kedurjanaan penyakit AIDS. Kesemua kemelut ini memerlukan jawapan dan penyelesaian daripada manusia. Kemelut ini telah melanda seluruh dunia tidak terkecuali kepada masyarakat yang berada di dunia Islam dan Asia. Sesungguhnya kebanjiran masalah yang dihadapi oleh manusia masa kini merupakan kesan daripada krisis nilai. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar semula jadi yang tidak lagi diutamakan telah membawa kepada krisis alam sekitar. Kasih sayang dan hormat-menghormati yang sudah hilang kekuatan moralnya dan sentiasa tercabar dalam rumah tangga moden telah melunturkan ketahanan hubungan kekeluargaan. Nilai etika yang telah diketepikan dalam ekonomi hari ini telah melahirkan „kapitalisme kasino‟ yang merebak secara global. Bila persoalan memberi perkhidmatan tidak lagi menjadi tanggungjawab utama politik, maka kesempatan berkuasa dilihat sebagai satu peluang terbuka untuk memperolehi kekayaan dan kepentingan diri. Disebabkan perasaan rendah diri dan pengorbanan telah dipencilkan dalam kehidupan peribadi dan masyarakat, maka sifat tamak dan takbur (ego) menjadi semakin dominan dalam masyarakat.Tamadun Islam dan tamadun Asia sentiasa menekankan penolakan terhadap sifat tamak dan kepentingan diri. Dalam sistem falsafah tamadun-tamadun ini, nilai-nilai sejagat, kerohanian dan moral sentiasa diutamakan. Persoalan etika tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Setiap bidang dalam masyarakat menurut pendirian Islam dan tamadun-tamadun berasaskan agama yang lain mesti diasaskan di atas nilai-nilai moral. Ke arah melahirkan nilai moral dalam masyarakat kita yang berbilang agama,etnik dan kebudayaan mesti diadakan sesi dialog yang berterusan di kalangan kita semua. Tanpanya kita tidak mungkin dapat
  • 16. membentuk benteng moral yang kukuh. Bila manusia menyedari nilai-nilai yang mereka kongsi bersama dalam pemerintahan dan politik, ekonomi dan pengurusan sumber, keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi, maka ikatan dan perasaan saling hormatmenghormati, mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dan membesar dalam masyarakat yang pelbagai etnik, budaya dan agama. PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA MENERUSI DIALOG TAMADUN Demi untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama dalam tamadun Islam dan tamadun Asia, maka hendaklah diadakan sesi dialog dalam semua peringkat masyarakat. Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah- sekolah boleh memainkan peranan yang penting. Pengajian mengenai tamadun Islam dan tamadun Asia mesti dimasukkan dalam kurikulum di peringkat sekolah lagi. Pertubuhan agama dan budaya hendaklah menjadikan sesi dialog sebagai agenda utama dalam kegiatankegiatan mereka. Sesi dialog juga mesti menjadi perkara utama dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Akhbar dan majalah popular pula mesti memperkenalkan ruang-ruang yang ditumpukan kepada dialog peradaban. Program di radio dan televisyen yang membicarakan tema itu sudah pasti akan meningkatkan lagi usaha ini. Namun begitu, sesi-sesi dialog demikian melalui media massa dan sistem pendidikan tidak akan berjaya tanpa disertai oleh dialog tentang kehidupan sebenar. Manusia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama mesti digalakkan untuk bergaul, berkenalan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dan kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain. Menghidupkan situasi seperti inilah sebenar-benarnya dialog, iaitu dialog dalam kehidupan. Tanpa dialog seumpama ini, usaha dialog tamadun pada tahap akal dan minda sahaja, tidak membawa sebarang kesan bermakna. Seharusnya diakui dialog tamadun pada tahap mana sekalipun akan menempuhi halangan yang kuat. Dalam sebarang masyarakat tentunya terdapat elemen yang menganggap dialog tamadun sebagai ancaman terhadap kepentingan mereka. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yang berpandangan sempit, penuh kebencian dan permusuhan terhadap budaya dan agama
  • 17. lain serta menebal kejahilannya terhadap manusia selain daripada mereka. Golongan seperti ini tidak akan menerima dengan senang hati terhadap dialog tamadun. Terdapat juga golongan yang melihat dialog tamadun sebagai kegiatan terawang (esoterik) semata-mata. Bagi mereka ada lagi kegiatan penting dan pragmatik yang perlu untuk di berikeutamaan. Biar apapun bangkangan terhadap dialog tamadun, haruslah disedari bahawa tidak akan wujud satu masa yang paling baik dalam sejarah untuk memperkenalkan dialog peradaban. Pada hari ini, kebangkitan gerakan agama mula bertapak di dunia Islam dan juga beberapa tempat di Asia yang lain. Dengan lain pengertian, kebangkitan gerakan keagamaan menjadi satu fenomena global. Lambang dan simbol agama, upacara dan peristiwa serta nilai dan prinsip yang ditunjangi oleh agama semakin diterima oleh masyarakat yang beberapa dekad terdahulu tidak menerimanya. Kebangkitan agama memberi peluang kepada kita untuk memulakan dan mengembangkan dialog tamadun. Hujahnya sangat jelas, berdasarkan sejarah tamadun-tamadun tradisional, tamadun Islam dan tamadun Asia yang lain begitu berkait rapat dengan agama masing-masing. Pelbagai agama dan tamadun tidak boleh tidak mesti menjalankan dialog apatah lagi dalam zaman teknologi komunikasi yang telah berupaya untuk mendekatkan manusia daripada merata pelosok dunia, iaitu satu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum daripada ini. Kini penghuni dunia pada penghujung abad ke-20 ini lebih sedar akan kewujudan penghuni yang lain, iaitu masyarakat manusia daripada pelbagai agama dan tamadun berbanding dengan masyarakat manusia sebelum ini. Sekiranya kita tidak berusaha berdialog dan mengenali antara satu sama lain dalam suasana kita disemukakan sebegini, maka kejahilan kita bersama akan berubah kepada saling membenci antara satu sama lain. Fenomena ini boleh membawa kepada ketegangan dan konflik yang besar. Melihat kepada perkara-perkara diterangkan atas, kita mesti membuat pendirian untuk berdialog antara satu sama lain. Pilihan yang diberikan begitu mudah, sama ada kita memilih untuk berdialog dan seterusnya hidup bersama secara aman atau kita memilih untuk berkonflik dan bertelingkah untuk selamalamanya.
  • 18. ISU-ISU YANG PERLU DITANGANI DALAM DIALOG TAMADUN Dialog tamadun boleh memainkan peranan yang penting di dalam hubungan domestik dan antarabangsa pada masakini. Ini adalah kerana sebahagian dari permasalahan yang wujud pada hari ini, yang telah menimbulkan keganasan dan ketidakadilan, adalah berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibat untuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja rundingan yang berasaskan dialog, termasuk dialog tamadun. Dailog tamadun mampu mengurangkan ketegangan yang wujud di dalam hubungan manusia, melalui kesefahaman yang dipupuk mengenai pemikiran dan cara kehidupan masing-masing. Memang diakui bahawa bukan semua masalah berpunca daripada kejahilan tentang tamadun, justeru penyelesaiannya tidak mungkin tercapai melalui dialog tamadun. Ada masalah yang berpunca daripada perebutan kuasa politik atau ekonomi mithalnya. Malahan konflik antara dunia Islam dan Barat, lebih tepat dilihat sebagai konflik di antara Amerika dan sekutunya Britain, dengan golongan Islam radikal, yang juga melibatkan kepentingan ekonomi seperti penguasaan telaga minyak di Teluk Parsi. Namun demikian tidak dapat dinafikan juga bahawa unsur-unsur kejahilan tamadun wujud di kalangan pihak terbabit hingga keganasan yang tercetus sering dilihat sebagai permusuhan tamadun. Misalnya layanan buruk terhadap orang-orang Islam yang bermastautin di negara-negara Barat di satu pihak, dan pengeboman hotel dan tempat pelancongan yang dikunjungi oleh orang Barat, di pihak yang lain. Untuk mewujudkan kesefahaman mengenai pelbagai tamadun yang boleh membawa kepada keamanan yang berkekalan, maka mestilah wujud kesediaan di kalangan pihak-pihak yang terlibat, untukcuba memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain. Usaha-usaha sedemikian boleh dilakukan di peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa, melalui pendidikan, majlis forum, program pertukaran dan lain-lain. Di peringkat Kebangsaan, iaitu dalam negeri atau dialog yang bersifat intra- civilisational, perlulah diwujudkan persefahaman mengenai tamadun Islam, Melayu, Cina, India, dan kaum Peribumi yang lain, supaya wujud toleransi di antara kaum-kaum di negara ini yang budaya mereka berlatarbelakangkan tamadun-tamadun tersebut. Kepercayaan agama dan kehidupan beragama, yang menjadi teras budaya kaum-kaum tersebut, perlulah difahami bersama, agar mereka dapat menerima perbezaan tersebut,
  • 19. tanpa menimbulkan konflik. Di samping itu, nilai-nilai sejagat yang murni yang dikongsi bersama oleh agamaagama tersebut, perlulah diketengahkan, supaya di dalam kepelbagaian tersebut, dapat juga dilihat unsur-unsur persamaannya. Mithalnya sifat kesabaran, keikhlasan dan kejujuran, serta saling menghormati sesama manusia, adalah dianjurkan oleh kesemua agama besar di dunia ini. Tidak ada agama yang menanamkan sifat benci di antara manusia di dunia ini. Sekiranya terdapat perbezaan pada zahirnya, sama ada dari segi kepercayaan atau pun amalan, maka ini juga perlu dijelaskan supaya pihak lain dapat melihat kerasionalan di sebalik perbezaan tersebut. Dengan secara demikian, maka prasangka dan fikiran negatif mengenai kepercayaan dan amalan golongan lain, dapat dikurangkan. Satu contoh yang baik ialah Hari Perayaan setiap kaum di negara ini, seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, dan Deepavali, di mana kepercayaan dan amalan masing- masing perlulah dijelaskan supaya konsep dan amalan rumah terbuka akan menjadi lebih bermakna lagi. DIALOG TAMADUN: DIMENSI DALAMAN DAN DIMENSI LUARAN a) Dialog Dalaman: Dialog Antara Tamadun di Malaysia • Persefahaman kaum yang berasaskan nilai-nilai budaya dan tamadun sepunya • Peranan Rukunegara sebagai asas pembagunan tamadun baru Malaysia • Islam Hadhari dan Penjelasannya kepada orang Islam dan Bukan Islam • Menjelaskan kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun di dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia b) Dialog Luaran: Dialog Antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam dan Asia • Isu nilai-nilai sepunya • Dunia Barat perlu mengiktiraf dan menghormati konsep dunia berbilang tamadun • Isu saling kebergantungan dalam pembangunan ketamadunan • Memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun Barat dan tamadun Islam • Memahami isu keganasan dan terrorisme bukan sahaja dari perspektif Barat tetapi juga dari perspektif masyarakat Islam dan masyarakat Asia
  • 20. 6.7 KESIMPULAN Zaman yang kita diami pada hari ini adalah merupakan satu zaman yang cukup mencabar dan salah satu sebab terpenting ialah cabaran yang timbul hasil daripada pertembungan tamadun yang dibawa oleh proses globalisasi. Cabaran ini tidak boleh dihadapi dengan berdiam diri atau berpeluk tubuh, kerana itu akan memburukkan keadaan serta membawa kerugian kepada mereka yang kecil, lemah dan mudah tertindas. Untuk menghadapi cabaran ini, kita perlu proaktif di dalam mengenengahkan wacana kita sendiri mengenai dialog tamadun dengan harapan akan wujud titik pertemuan di antara pelbagai pihak dan tamadun, yang berbeza dan justeru berpotensi bertelagah. Bagi masyarakat Malaysia, cabaran dialog tamadun harus dihadapi di dua peringkat; iaitu dalaman dan luaran. Dialog dalaman harus menumpukan perhatian kepada hubungan antara kaum yang didasari oleh tamadun, agama dan budaya yang berlainan di dalam negara-bangsa yang satu, iaitu Malaysia. Di peringkat luaran pula, kita harus berdepan dengan 139 hubungan antara dunia Barat dan dunia Islam, yang kadangkala tegang. Menangani isu-isu yang berkaitan dengan dialog tamadun bukan satu perkara yang mudah kerana ia melibatkan asas kehidupan dan
  • 21. pandangan alam yang berlainan. Namun kita tidak harus membiarkan perbezaan dan kepelbagaian menjadi faktor bagi pertelingkahan dan peperangan. Kita perlu menghadapi situasi sedemikian dengan penuh hikmah dan dialog tamadun adalah satu cara yang berhikmah untuk menghadapi cabaran tersebut. RUJUKAN Bakar, Osman. 1997. Islam and Civilizational Dialogue: The Quest for a Truly Universal Civilization. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Bakar, Osman. „The impact of the American war on terror on Malaysian Islam.‟ Journal of Islam and Christian-Muslim Relations, vol. 16, no. 2 (April 2005), pp. 107-128 Brecher, Jeremy, et. al. (eds.). 1993. Global Visions. Boston: South End Press. Camilleri Joseph A. dan Chandra Muzaffar, (eds.). 1998 Globalisation: The Perspectives and Experiences of the Religious Tradition of Asia Pasific. Petaling Jaya: JUST Chandra Muzaffar, 1993. Human Right and the New World Order. Pulau Pinang