SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 85
1
Bab 1 : Memahami Konsep Tauhid
Pengertian Tauhid
Mengesakan Allah, tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan
segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .
Pengertian Iman
Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan
melaksanakan dengan anggota.
Rukun Iman
Percaya kepada Allah
Sifat Allah
Wajib Mustahil Harus
20 Lawan sifat 20 1
Percaya kepada Malaikat
Malaikat yang wajib dipercayai
secara tafsili
Jibril Menyampaikan wahyu
Mikail Membawa rezeki
Israfil Meniup sangkakala
'Izrail Mencabut nyawa
Munkar Menyoal mayat di dalam
kubur
Nakir Menyoal mayat di dalam
kubur
Raqib Mencatat amalan kebajikan
Atid Mencatat amalan kejahatan
Malik Menjaga pintu neraka
Ridwan Menjaga pintu syurga
Percaya kepada Kitab
Kitab Samawi
Al-Quran Injil Zabur Taurat
Muhammad Bahasa
Arab
Isa Bahasa
Siryani
Daud Bahasa
Qibti
Musa Bahasa
Ibrani
Percaya kepada Rasul
1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh
6.
Ibrahim
7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya'qub
2
11.
Yusuf
12. Ayub 13.
Syu'aib
14. Harun 15. Musa
16.
Ilyasa'
17.
Zulkifli
18. Daud 19.
Sulaiman
20. Ilyas
21.
Yunus
22.
Zakaria
23.
Yahya
24. Isa 25. Muhammad
S.A.W.
Percaya kepada Hari Akhirat
---



59. Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang
kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu).-
Al Mu „min.
Percaya kepada Qadha‟ dan Qadar
o Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara
o Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
o Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara
yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah
Bab 2 : Permulaan Ilmu Tauhid
Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid
Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda'
Bererti : Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan
sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan
sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :
1) Nama ilmu ini :
Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid, Ilmu sifat
dan Al-Iman.
2) Tempat ambilannya :
Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.
3) Kandungannya :
Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan,
kepercayaan kepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan
atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang
yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan
beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.
3
4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya )kepada empat tempat :
Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat
yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya.
Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang
mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.
Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana
menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.
Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang
didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya
arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.
5) Faedah Ilmu Tauhid :
Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.
6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :
Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling
utama sekali.
7) Yang menghantarkan :
Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang
yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan
yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.
8) Hukumnya :
Fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui
sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian
atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal. Adapun mengetahui dalil tafsil itu
fardhu kifayah .
9) Kelebihannya :
Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain
kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal
daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya
,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada
Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang
sujud selama-lamanya." ( Riwayat Hakim )
4
10) Kesudahan ilmu ini :
Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan
yang batil.
Bab 3: Hukum 'Aqal
Sesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan
mengetahui sifat-sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum
'aqal dan bahagiannya.
Pengertian Hukum 'Aqal :
Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau
menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak
kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak tergantung
kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan
hukum Syari'e ).
Pengertian 'Aqal :
Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga
dengan itu manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu
Nazhariyyah ( Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan segala
pekerjaan dengan fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai-
bagai manafaat dan kebahagiaan kepada manusia.
Aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak
juga tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada
'aqal. Dan di antara keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal berhajat
kepada Syarak dan Syara' berhajat kepada 'Aqal ) .
Bahagian Hukum 'Aqal :
Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :
1) Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti
menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka
maksudnya ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam.
2) Mustahil 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya
mesti tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya
tidak sekali-kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu.
3) Harus 'Aqli iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka
hakikatnya boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu
adakalanya boleh bergerak atau diam.
Bahagian Wajib 'Aqli :
5
Adalah wajib 'aqli terbahagi dua :
1) Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada
berkehendak kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap
separuh daripada dua .
2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan
berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas
ketetapan hukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang
menjadikan alam ini berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.
Bahagian Mustahil 'Aqli :
Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua :
1) Mustahil 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak
kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima
;aqal satu itu separuh daripada tiga.
2) Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan
berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas
ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang
mensyirik bagi Allah s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik
bagi Allah s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendatangkan
dalil.
Bahagian Harus 'Aqli :
Adalah Harus A'qli itu terbahagi dua :
1) Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada
dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti
menghukumkan keadaan seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam .
2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada
boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti
contoh memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal
menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-
dalil yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .
Bab 4 : Kejadian Alam
Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini
maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.
1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan
sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan
sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.
6
Maka dengan itu kita beri‟tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan
sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t
yang Maha Pencipta.
2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan
orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang
mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih
baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.
Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu
serta kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa
Allah Ta‟ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.
3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada
manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis
dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan
adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat
lagi.
Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan,
matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan
semua makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai
memikirkan segala kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di
sini bahawa penciptanya mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha
luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala
sifat kekurangan.
Sesungguhnya dari Kaedah Syar‟iyyah dan berita para Nabi bahawa yang
menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan
bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui
hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan
mempunyai segala kekurangan. ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )
Bab 5 : Mengenal Allah S.W.T.
1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan
mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang
berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.
2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma „ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan
Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya
ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada
ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan
umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.
7
3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-
1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad
dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib
bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan
keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat
kekurangan.
2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa
beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil
aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan
beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas
Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.
4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-
1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada
salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.
2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad
Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak
bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang
Nasrani dan Yahudi.
3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta
bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka
dinamakan taqlid.
5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-
Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu
kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya.
Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika
taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka
tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).
6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil
dan keterangan.
7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-
1) Taqlid Jazam (putus)
- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu
berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada
mempunyai iktiqad yang jazam (putus).
2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
8
- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti
seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah
mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya
kerana serupa imannya dengan syak,zhan atau waham(tiada putus).
8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau
bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar
perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat,
tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.
9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih
supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini
terdapat ramai ahli-ahli bida‟ah.
10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat
hina yang tiada layak pada seseorang manusia. Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid –
Abdul Ghani Yahya )
Bab 6 : Sifat 20
Sifat dua puluh merupakan sistem pengenalan terhadap Allah s.w.t yang
sangat mudah sekali, kerana menghafalnya lebih mudah dari menghafal al-Qur`an,
para sahabat Rasul telah menghafal al-Qur`an, jadi di dalam al-Qur`an sendiri telah
disebut sifat-sifat Allah, dengan makna lain mereka telah menghafal sifat-sifat Allah
melalui al-Qur`an, jadi jika umat Islam di suruh untuk menghafal sifat 20 dengan dalil
Naqli ( al-Qur`an dan Hadis ) dan akal itu lebih mudah dari pada menghafal seluruh
al-Qur`an.
Sifat-sifat Allah terlalu banyak sekali, baik disebutkan didalam al-Qur`an
mahupun didalam hadis Rasul, jadi jika umat Islam di suruh untuk menghafal seluruh
sifat -sifat yang ada, ini merupakan sesuatu yang memberatkan bagi umat Islam,
sementara pengajian sifat dua puluh memudahkan umat Islam dengan menyebutkan
sifat-sifat yang paling berpengaruh dari seluruh sifat-sifat yang lainnya, sebab jika
sifat 20 ini tidak ada, maka sifat-sifat yang lain pun tidak akan ada pula, sebab itulah
sifat-sifat Allah yang lain itu bergantung kepada sifat 20, dengan makna jika sifat
wujud Allah tidak ada maka sifat pengampun, pemurah, penyayang dan lain-lainnya
juga tidak ada, jika sifat qidam Allah tidak ada maka sifat menciptakan, memberi,
kuat dan lain-lainnya juga tidak akan ada.
Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib
diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :
1. Wujud : Ertinya Ada
Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan
dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam
Abu Mansur Al-Maturidi bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud ,
9
maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan
tiada) .
Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud ,
kerana wujud itu zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat.
Kepercayaan bahawa wujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi
semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi
nescaya berkata mereka itu Allah yang menjadikan……………"( Surah Luqman :
Ayat 25 )
Sifat Wujud ini mesti ada pada tuhan yang di sembah jika tidak ada maka dia
tidak berhak dianggap tuhan, sementara dalil yang di petik darial-Qur`an adalah :
-
Ertinya : Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan
( ke dalam rahim )? ( 58 ) Adakah kamu yang menciptakannya atau kami yang
menciptakannya? ( 59 ) Kamilah yang menentukan kematian diantara kamu, dan
Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan ( 60 ).
2. Qidam : Ertinya Sedia
Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah
s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak
keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala
tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan
batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. Di
dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu
Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama
maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan
azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-
tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama
terbahagi kepada empat bahagian :
1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala )
2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala )
3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah
kepada anak )
10
4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun ) Maka
Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada
Allah Ta'ala.
Allah s.w.t bersifatkan qadim maksudnya wujud Allah s.w.t tidak didahului
oleh tiada, jika sesuatu didahului oleh tiada maka sesuatu itu tidak boleh disebut
tuhan. Dalilnya :
Ertinya : Dia-lah yang awal dan yang akhir ( al-Hadid 3 ).
Tidak semestinya jika al-Qur`an tidak menggunakannya untuk sifat Allah
berarti tidak boleh gunakan, selama maksud sifat itu terdapat didalam al-Qur`an dan
telah menjadi istilah yang di terima oleh ulama maka sifat itu boleh digunakan, sebab
Imam Abu Hanifah, Imam Tohawi dan lain-lainnya juga menggunakan kalimat ini.
Sifat qidam juga telah di riwayatkan di Imam Ibnu Majah, Imam al-Hakim didalam
Mustadrak, juga terdapat didalam sunan Ab Daud.
3. Baqa' : Ertinya Kekal
Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah
menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah
Ta'ala , ada yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan
kekal yang hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua
seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para
Nabi dan Rasul ).
Allah berfirman :
Ertinya : Dan kekallah Zat Tuhan mu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. ( ar-
Rahman 27 ).
Perkara –perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq
dengan Sifat dan Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada mengekalkannya. Segala jisim
semuanya binasa melainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya
di tungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ).
Jasad semua nabi-nabi dan jasad orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang
mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah perkara yang diiktibarkan
permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian :
1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.
2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga
dan lain-lain lagi.
3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada
perkara yang diatas tadi ( Kedua ).
11
4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan
segala yang baharu.
Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah ada atau
yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupai
dengan yang baharu pada zatnya, sifatnya atau perbuatannya.
Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada
sesekali zatnya berdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan ,
tumbuh-tumbuhan , tiada berpihak ,tiada bertempat dan tiada dalam masa. Dan
sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan dengan sifat yang baharu
kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi ta'aluqnya. Sifat Sama' (
Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia pada segala maujudat tetapi bagi
mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya di dalam Al-
Quraan dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , maka
perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan
Allah Ta'ala Yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat
dengan segala sifat yang baharu.
11. …..tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha
mendengar dan Melihat.(As-Syura: 11)
5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya.
Tidak berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak berkehendak
kepada yang menjadikannya
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak kepada
tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya. Allah s.w.t itu terkaya dan tidak
berhajat kepada sesuatu sama ada pada perbuatannya atau hukumannya. Allah
s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan undang-undang semuanya
untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada sekalian makhluk.
Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah kerana kelebihan
dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah. Allah s.w.t. Maha Terkaya
daripada mengambil apa-apa manfaat di atas ketaatan hamba-hambanya dan tidak
sesekali menjadi mudarat kepada Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan
kemungkaran hamba-hambanya. Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-
hambanya adalah perkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-
hamba-nya jua.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka pahalanya itu pada dirinya jua
dan barangsiapa berbuat jahat maka bala-sannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke
atas dirinya jua ".
( Surah Fussilat : Ayat 46 )
12
Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan nisbah
berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya, terbahagi kepada
empat bahagian :
1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi- kannya iaitu zat
Allah s.w.t.
2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya iaitu segala
aradh ( segala sifat yang baharu ).
3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak kepada yang
menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) .
4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat iaitu sifat Allah
Ta'ala.
6. Al – Wahdaniyyah.Ertinya : Esa
Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan. Maka hakikatnya
ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada sifat dan pada perbuatan sama
ada bilangan yang muttasil ( yang berhubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang
bercerai ).
Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil pada Zat (
menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zat Allah Ta'ala
tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat dan lain-lain. Menafikan Kam
Munfasil pada zat ( menafikan bilangan yang bercerai pada zat Allah Ta'ala )seperti
tiada zat yang lain menyamai zat Allah Ta'ala.
Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil pada Sifat (
menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidak sekali-kali bagi Allah
Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya dua qudrat dan menafikan Kam Munfasil pada
sifat ( menafikan bilangan–bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat
yang lain menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna.
Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan Kam Muttasil pada
perbuatan ( menafikan bilangan yang bercerai–cerai pada perbuatan ) iaitu tidak ada
perbuatan yang lain menyamai seperti perbuatan Allah bahkan segala apa yang
berlaku di dalam alam semuanya perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik
rupanya dan hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada pada hakikat-
nya seperti kufur dan maksiat sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan yang
lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali hamba mempunyai
perbuatan pada hakikatnya hanya pada usaha dan ikhtiar yang tiada memberi
bekas.
Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagi Kam
yang lima itu iaitu :
13
1) Kam Muttasil pada zat.
2) Kam Munfasil pada zat.
3) Kam Muttasil pada sifat.
4) Kam Munfasil pada sifat.
5) Kam Munfasil pada perbuatan.
Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lain menyamai
dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .Dan tertolak segala kepercayaan-
kepercayaan yang membawa kepada menyengutukan Allah Ta'ala dan perkara-
perkara yang menjejaskan serta merosakkan iman.
7. Al – Qudrah. Ertinya: peKuasa
Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan meniadakan
tiap-tiap sesuatu. Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit
(tetap) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang ada dan
meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah.
Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada
mengadakan atau meniadakan , hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan
sesuatu. Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai
fikiran dan fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad.
1) Iktiqad Qadariah :
Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang
beriktiqad akan segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau
jahat semuanya terbit atau berpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri
dan sedikitpun tiada bersangkut-paut dengan kuasa Allah s.w.t.
2) Iktiqad Jabariah :
Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya
orang yang beriktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak dan qadar
Allah semata-mata ( tiada usaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ).
3) Iktiqad Ahli Sunnah Wal – Jamaah :
Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut perjalanan
Nabi dan perjalanan orang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu tidak
digagahi semata-mata dan tidak memberi bekas segala perbuatan yang
disengajanya, tetapi ada perbuatan yang di sengaja pada zahir itu yang dikatakan
usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas sebenarnya sengaja hamba itu
daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala makhluk ada usaha dan ikhtiar pada
zahir dan tergagah pada batin dan ikhtiar serta usaha hamba adalah tempat
14
pergantungan taklif (hukum) ke atasnya dengan suruhan dan tegahan ( ada pahala
dan dosa ).
8. Al – Iradah. Ertinya : Menghendaki
Menghendaki Allah Ta'ala. Maksudnya menentukan segala mumkin tentang
adanya atau tiadanya. Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri
pada Zat Allah Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus atau setengah
yang harus atas mumkin . Maka Allah Ta'ala yang selayaknya menghendaki tiap-tiap
sesuatu apa yang diperbuatnya.
Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan
berlaku adalah dengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala tentang rezeki ,
umur , baik , jahat , kaya , miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad
manusia ada mempunyai nasib ( bahagian ) di dalam dunia ini sebagaimana firman
Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Janganlah kamu lupakan nasib (bahagian) kamu di dalam dunia ".(Surah Al –
Qasash : Ayat 77)
Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh untuk
kemajuan di dunia dan akhirat di mana menjunjung titah perintah Allah Ta'aladan
menjauhi akan segala larangan dan tegahannyadan bermohon dan berserah kepada
Allah s.w.t.
9. Al – Ilmu. Ertinya : Mengetahui
Mengetahui Allah Ta'ala. Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap
sesuatu sama ada yang Maujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ). Hakikatnya ialah
satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta'ala.
Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkara Itu
tersembunyi atau rahsia dan juga yang terang dan nyata. Maka Ilmu Allah Ta'ala
Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu di Alam yang fana' ini.
10. Al – Hayat .Ertinya : Hidup
Hidup Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali
berdiri pada zat Allah Ta‟ala. Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat
Idrak ( pendapat )Iaitu : sifat qudrat , iradat , Ilmu , Sama‟ Bashar dan Kalam.
11. Al - Samu’ : Ertinya : peDengar Allah Ta'ala.
Mendengar Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim
lagi azali berdiri pada Zat Allah Ta‟ala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap
yang maujud sama ada yang maujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya atau
yang ada itu harus sama ada atau telah ada atau yang akan diadakan. Tiada terhijab
( terdinding ) seperti dengan sebab jauh , bising , bersuara , tidak bersuara dan
15
sebagainya. Allah Ta'ala Maha Mendengar akan segala yang terang dan yang
tersembunyi. Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
"Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".(Surah An-
Nisa'a - Ayat 148)
12. Al – Bashar : Ertinya : peLihat
Melihat Allah Ta'ala .Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim
lagi azali berdiri pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat sama
ada yang dapat dilihat oleh manusia atau tidak , jauh atau dekat , terang atau gelap ,
zahir atau tersembunyi dan sebagainya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan ".( Surah Ali
Imran - Ayat 163 )
13 . Al – Kalam : Ertinya :peKata
Berkata-kata Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang
qadim lagi azali, berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh
ilmu daripada yang wajib, maka ia menunjukkan atas yang wajib sebagaimana
firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".( Surah Taha - Ayat 14 )
Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
"...( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Ta'ala yang ketiga daripada tiga...". (Al-
Mai'dah - 73 )
Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu".(Ash.
Shaffaat- 96 )
Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang.Tetapi ia berbagai-bagai
jika dipandang dari perkara yang dikatakan iaitu :
1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendirikan solat dan lain-lain
kefarduan.
2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain
larangan.
3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun dan lain-lain.
4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taat dan beramal soleh
akan dapat balasan syurga dan lain-lain.
16
5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orang yang menderhaka
kepada ibubapa akan dibalas dengan azab seksa yang amat berat.
14. Kaunuhu Qadiran :
Ertinya keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada
ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat.
15.Kaunuhu Muridan :
Ertinya keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap
sesuatu. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud
dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Iradat.
16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan
Tiap-tiap sesuatu.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud
dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu.
17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud
dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Hayat.
18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan
tiap-tiap yang Maujud.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud
dan tiada ia ma'adum, iaitu lain daripada sifat Sama'.
19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-
tiap yang Maujudat ( Benda yang ada ).
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud
dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Bashar.
20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud
dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat.
Bab 7 : Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t
Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah
yang menjadi lawan daripada dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan
sebab itulah di nyatakan di sini sifat-sifat yang mustahil satu-persatu :
1. „Adam beerti “tiada”
17
2. Huduth beerti “baharu”
3. Fana‟ beerti “binasa”
4. Mumathalatuhu Lilhawadith beerti “menyerupai makhluk”
5. Qiyamuhu Bighayrih beerti “berdiri dengan yang lain”
6. Ta‟addud beerti “berbilang-bilang”
7. „Ajz beerti “lemah”
8. Karahah beerti “terpaksa”
9. Jahl beerti “jahil/bodoh”
10. Mawt beerti “mati”
11. Samam beerti “tuli”
12. „Umy beerti “buta”
13. Bukm beerti “bisu”
14. Kaunuhu „Ajizan beerti “keadaannya yang lemah”
15. Kaunuhu Karihan beerti “keadaannya yang terpaksa”
16. Kaunuhu Jahilan beerti “keadaannya yang jahil/bodoh”
17. Kaunuhu Mayyitan beerti “keadaannya yang mati”
18. Kaunuhu Asam beerti “keadaannya yang tuli”
19. Kaunuhu A‟ma beerti “keadaannya yang buta”
20. Kaunuhu Abkam beerti “keadaannya yang bisu”
Bab 8: Sifat Harus Bagi Allah s.w.t
Adalah sifat yang harus pada hak Allah Ta‟ala hanya satu sahaja iaitu Harus
bagi Allah mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut
sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan tiada.
(Rujukan Buku: Tauhid Dalam Tasauf, Penulis: Jihad, Terbitan: Edaran Proaktif
Sdn.Bhd. Cetakan pertama 2005).
18
Fikah Ibadah.
Bab 1 : Taharah / Bersuci
1. Definisi :
i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.
3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukalaf lelaki dan perempuan.
4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam
Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk
mensucikan kamu dengannya... "
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bermaksud:" Agama islam itu diasaskan di atas
kebersihan"
5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan
ibadah-ibadah yang lain.
6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita
lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu
untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai
mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh
daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang
melaksanakannya.
8. Syarat wajib taharah ialah :
Islam
19
Berakal
Baligh
Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
Tidak lupa
Tidak dipaksa
Berhenti darah haid dan nifas
Ada air atau debu tanah yang suci.
Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.
9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan
kesucian.
10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq)
sebagaimana firman Allah:
025.048
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum
kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih
"
11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau
debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai
tayammum.
12. Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:
Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan
atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan,
air salji yang menjadi cair dan air embun.
o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang
terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.
Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak
bercampur dengan sesuatu. Firman Allah:
004.043
20
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan
mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula
menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar
berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau
kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian
kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik
(suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi
Maha Pengampun. ” (Surah Al-Nisa‟, 4:43)
3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang
merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak,
maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.
4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke
dalamnya.
Rujukan Kitab :
1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) 4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.
Bab 2: Najis
PENGERTIAN NAJIS
Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.
Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya
solat.
PEMBAHAGIAN NAJIS
Najis dari segi „ainnya terbahagi kepada dua:
1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat
dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga:
21
i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya
atau salah satunya.
ii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain
menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.
iii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah,
nanah, tahi dan sebagainya.
Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai
binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir
daripada kedua-duanya atau salah satunya.
2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath
kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu‟ dan hadath besar (janabah) yang
dapat dihilangkan dengan mandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur
daripada menggunakan air.
Bahagian Najis
Najis „Aini Dan Najis Hukmi. Najis terbahagi kepada dua bentuk, iaitu najis „aini dan
najis
hukmi.
Pertama: Najis „aini, iaitu dzat („ain) najis tersebut atau sifatnya;
iaitu rasa, warna dan bau yang boleh dikesan dengan pancaindera. Kedua: Najis
hukmi, iaitu dzat („ain) najis dan sifatnya yang tidakboleh dikesan dengan
pancaindera, oleh sebab tersembunyi, tidakkelihatan atau hilang kesan najis
tersebut; seperti air kencing yang
telah kering
Cara Membersihkan Najis ‘Aini Dan Hukmi
Cara membersihkan atau menyucikan bahagian atau tempat yang
mampat (bukan jenis cecair) yang terkena najis adalah seperti
berikut:
1. Najis ‘Aini
Sesuatu bahagian atau tempat yang terkena selain najismughallazhah (anjing dan
babi), cara membersihkannya ialahmenghilangkan dzat najis tersebut terlebih
22
dahulu. Kemudian
diikuti dengan cucian atau basuhan (jirusan) menggunakan airmuthlaq yang
menghilangkan atau menghapuskan sifat najis iaiturasa, warna dan bau. Jika perlu
menggunakan seumpama sabun
dan dia mampu mengadakannya, maka hendaklah digunakan.
Manakala sesuatu bahagian atau tempat yang terkena najismughallazhah (anjing
dan babi), maka cara membersihkannya ataumenyucikannya ialah dengan cara
menyertu. Caranya ialah
bahagian yang terkena najis itu hendaklah dibasuh sebanyak 7 kalidengan air
muthlaq, salah satu daripadanya hendaklah air yangbercampur dengan tanah yang
suci dengan kadar sekira-kira keruh
air tersebut. Perlu juga diingat, jika masih terdapat dzat najis, makahendaklah
terlebih dahulu dihilangkan dzat najis itu kemudianbarulah dilakukan sertu.
Perkara ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh AbuHurairah Radhiallahu
„anhu, Rasulullah Shallallahu „alaihiwasallam bersabda:Maksudnya: “Apabila anjing
menjilat pada bejana salah seorangdi antara kamu, maka cucilah ia dengan tujuh
kali cucian, salah
satunya (air) yang bercampur dengan tanah.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Keadaan yang dituntut untuk menyertu sesuatu bahagian atautempat yang terkena
najis mughallazhah ialah apabila salah satuatau kedua-dua pihak itu dalam
keadaan basah, sama ada keranamenyentuh atau tersentuh najis tersebut atau
suatu bahagian atau
tempat itu menjadi najis disebabkan olehnya.
2. Najis Hukmi
Cara membersihkan atau menyucikan bahagian atau tempat yangterkena najis
hukmi, iaitu yang tidak lagi didapati dzat dan sifat(bau, rasa dan warna) najis,
seperti kencing yang telah kering, ialah
memadai dengan menjirus (mengalirkan) air ke atasnya sebanyaksatu kali jirusan.
Memadai, yakni terhasil, kebersihan dan kesucianbahagian atau tempat yang
terkena najis itu walaupun tanpa
dilakukan oleh sesiapa (pelaku), umpama bahagian atau tempat itudijirus atau
disirami oleh air hujan.Manakala cara menyucikan najis hukmi daripada jenis
najismughallazhah yang sudah hilang dzat dan sifatnya ialah dengancara menyertu
23
sepertimana yang telah dijelaskan terdahulu.
Kesan Najis „Aini Sukar Dihilangkan Atau DihapuskanDalam keadaan tertentu,
walaupun dzat najis itu dapat dihilangkan,namun kadang-kala terdapat kesukaran
untuk menghilangkan
keseluruhan kesan atau sifat najis, seumpama kesan warna darahdan bau arak
yang sukar untuk dihilangkan.
Jika ini yang berlaku, memadailah dengan menghilangkan duadaripada tiga sifat
najis, umpamanya rasa dan warna atau rasa danbau. Akan tetapi hendaklah
digosok dengan bersungguh-sungguh
terlebih dahulu bahagian atau tempat yang masih ada kesan bauatau warna dengan
air sebanyak 3 kali. Setelah dilakukansedemikian dan masih juga terdapat bau atau
warna najis,
sekalipun daripada najis mughallazhah, maka bahagian atau tempatitu dianggap
sudah bersih atau suci. Sekiranya dia berupaya untukmenghilangkan kesan najis
tersebut selepas itu, maka tidak wajibke atasnya lagi untuk
menghilangkannya.Adapun sifat „rasa‟ daripada najis tersebut, mestilah
dihilangkan,kecuali jika terdapat keuzuran, maka ia adalah dimaafkan.
Maksudkeuzuran di sini rasa najis itu tidak hilang melainkan dengandipotong
bahagian yang terkena najis itu. Sekiranya kemudiandaripada itu dia berupaya
untuk menghilangkan „rasa‟ najistersebut, maka wajib menghilangkannya.
Manakala dalam menentukan rasa dan bau najis tersebut sudahhilang atau belum,
adalah memadai dengan adanya sangkaan yangkuat bahawa rasa dan bau najis itu
sudah hilang dan ianya tidakwajib diuji dengan merasanya ataupun menghidunya.
NAJIS YANG DIMAAFKAN
Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi
kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu
juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian,
najis-najis berikut adalah dimaafkan:
1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang
sedikit dan percikan air kencing.
2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah.
3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan
pijat.
24
4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap
atau kudis.
CARA MENYUCI NAJIS
Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja‟, membasuh dan
menyamak.
Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut:
1. Najis mughallazah (berat): Hendaklah dihilangkan „ain najis itu terlebih dahulu,
kemudian barulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya
bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).
2. Najis mutawassitah (pertengahan)
Hendaklah dihilangkan „ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah
dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan
rasa). Setengah pendapat mengatakan hendaklah dihilang ain najis terlebih dahulu
dan dibasuh hingga 3 kali bagi menghilang sifat najis.
3. Najis mukhaffafah (ringan)
Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar
direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya.
*Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan
mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.
Bab 3: Hadath
PENGERTIAN HADATH
Hadath dari segi bahasa bererti sesuatu yang datang atau berlaku.
Hadath dari segi syara„ bermaksud sesuatu yang berlaku pada tubuh badan
yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadah.
Ia terbahagi kepada hadath kecil dan hadath besar.
1. Hadath kecil ialah sesuatu perkara yang membatalkan wudhu‟.
2. Hadath besar ialah sesuatu perkara yang mewajibkan mandi.
SEBAB HADATH DAN KESANNYA
25
Sebab hadath kecil adalah sebab yang membatalkan wudhu‟. Maka kesan
daripada berhadath kecil adalah terbatalnya wudhu‟ dan diharamkan untuk
melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang
seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat
jenazah.
2. Tawaf Ka„bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai
sembahyang.
3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur‟an atau sebahagiannya
sahaja walaupun sepotong ayat.
Sebab hadath besar pula adalah berjunub, keluar haidh atau nifas dan
melahirkan anak.
Apabila seseorang berhadath besar kerana berjunub, maka dia diharamkan
untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang
seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat
jenazah.
2. Tawaf Ka„bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai
sembahyang.
3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur‟an atau sebahagiannya
sahaja walaupun sepotong ayat.
4. Membaca Al-Qur‟an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa,
memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.
5. Beri„tikaf di dalam masjid.
Apabila seseorang berhadath besar kerana keluar haidh dan nifas, maka dia
diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang
seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat
jenazah.
2. Berpuasa.
3. Tawaf Ka„bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai
sembahyang.
4. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur‟an atau sebahagiannya
sahaja walaupun sepotong ayat.
26
5. Membaca Al-Qur‟an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa,
memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.
6. Masuk, duduk dan beri„tikaf di dalam masjid walaupun dengan wudhu‟.
7. Bersetubuh.
8. Talaq.
CARA MENGHILANGKAN HADATH
Untuk menghilangkan hadath kecil ialah dengan berwudhu‟ atau tayammum
apabila tidak dapat melakukan wudhu‟.
Untuk menghilangkan hadath besar ialah dengan mandi atau bertayammum
sebagai ganti daripada mandi.
Bab 4 : Haid, Nifas dan Hamil/Wiladah
HAID
Iaitu darah yang keluar dari kemaluan perempuan pada masa sedang sihat
a‟fiat ialah kerana menurut tabiat perempuan. Darah yang keluar daripada
perempuan selain daripada beranak (wiladah) atau nifas atau penyakit.
Sekurang-kurangnya umur bagi perempuan yang boleh keluar darah haid itu
dari sembilan tahun ke atas iaitu 9 tahun hijrah (8 tahun 9 bulan Masihi) sehingga
putus haid (monopaus).Tidak dikira darah haid, darah yang keluar dari perempuan
yang belum cukup umurnya 9 tahun hijrah.
Tempohnya
Darah yang dikira haid adalah sekurang-kurangnya 1 hari 1 malam (24jam)
dan tidak melebihi 15 hari 15 malam (360 jam), kebiasaannya antara 6 dan 7 hari.
Jika kurang dari 1 hari atau melebihi 15 hari ianya bukan lagi dikira haid, ianya
darahistihadhah. Bagi perempuan yang melebihi 15 hari maka dia wajib
sembahyang ataupuasa walaupun masih keluar darah, tetapi mesti mengentahui
segala syarat bagi orang yang istihadhah untuk beribadat. (akan diterangkan
selepas ini).
Suci diantaranya
Sekurang-kurangnya suci diantara satu haid ke satu haid itu lima belas hari,
biasanya dua puluh empat hari. Ada juga perempuan tiada keluar haid dari kecil
hingga besar atau haid telah putus daripadanya maka masa suci baginya itu tidak
terhingga. Masa antara suci dan haid (antara dua haid) adalah sekurang-kurangnya
15 hari 15 malam dan tiada dihadkan untuk yang melebihi 15 hari. Darah yang
27
keluar sebelum tibanya hari yang ke15 setelah sucinya, tidak dikira haid, ianya darah
istihadhah juga. Contohnya: Si A datang haid pada 1hb dan suci daripada pada 7hb,
tiba-tiba pada 20hb dia keluar darah lagi. Ini tidak dikira haid kerana masa sucinya
belum mencukupi 15 hari dan wajib bagi perempuan ini sembanhyang atau puasa,
Haid juga keluar dari perempuan yang mengandung tetapi amat jarang berlaku.
Hukum bagi orang ini sama dengan orang haid.
Warna darah haid
Warna darah haid itu merah tua, rasanya hangat apabila ia keluar. Menurut
ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh
Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah
kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya
keruh (yakni antara putih dan hitam).
Caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis
Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila
hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih
yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna,
maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan
melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci. Dalam Mazhab Syafie hendaklah
dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain,
kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan
darah haid atau tidak. Untuk memastikan darah haid sudah habis ialah dengan
memasukkan sedikit kapas dalam kemaluan dan lihat pada kapas tadi. Jika keluar
air jernih, kapas putih atau kapas kering. Itu menandakan darah haid sudah tiada
dan boleh untuk mandi wajib. Jika keluar kapas yang ada warna hitam, merah,
antara merah dan kuning, kuning atau keruh. Ini bermakna wanita itu masih dalam
haid.
PERHATIAN!Tanda wanita itu bersih ialah pada kapas tadi keluar air jernih,
kapas putih atau kapas kering. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak
nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti
kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan
warna darah atau warna kuning atau keruh seperti diterangkan diatas, tidak harus
mandi lagi kerana darah haid belum habis.
28
Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat
sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina „Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat
menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan
kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya
apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj
mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu „Aisyah menjawab; “Janganlah
kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur
putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).
PERKARA YANG DILARANG SEMASA HAID DAN NIFAS
1. Duduk atau diam dalam masjid walaupun seketika, dimaafkan jika hanya lalu
di dalam masjid (masuk pintu lain, keluar pintu lain) tanpa berhenti dengan
syarat darah haid itu tidak bertitik dalam masjid, jika tidak yakin darah tidak
bertitik semasa lalu dalam masjid, jagan lalu terus dalam masjid.(tidak
bolehmelintasi masjid jika dikuatiri akan mencemarkan masjid )
2. Puasa fardhu atau sunat walaupun puasa qadha'.
3. Haram atas suaminya menceraikan isterinya dalam waktu ini.
4. Haram atas suaminya bergurau senda dengan isterinya antara pusat dan lutut
termasuk jima' (bersetubuh) dengannya, ada pendapat yang bukan jumhur
hanya mengharamkan jima' sahaja.
5. Termasuk juga perkara yang diharamkan bagi orang yang berjunub (berhadas
besar):
a.Sembahyang sunat dan fardhu atau qadha'.
b.Baca Quran walaupun niat zikir dan untuk niat belajar, tiada diharamkan
zikir dan ayat Al Quran yang sudah dikategorikan sebagai zikir oleh
ulama seperti basmalah, tahmid, tahlil dan sebagainya. Tidak haram
juga ayat Quran yang sudah menjadi kebiasaan orang arab bertutur
dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana lidah mereka sudah
terbiasa mengucapkan kalimah tersebut.
c.Menanggung mush-haf (kitab Quran) termasuk juga menyentuh Quran,
termasuk barang- barang yang berkait secara langsung dengan Quran
itu seperti rehal, penunjuk Quran, dan beg Quran yang tiada diguna
untuk perkara lain. Menanggung Quran bersama kitab-kitab lain adalah
diharuskan jika tidak diqashadkan (diniatkan) menanggung Quran.
d.Membaca khutbah Jumaat atau khutbah dua hari raya. (lelaki)
e.Sujud tilawah dan sujud syukur
f. Tawaf di Baitullah (kaabah)
29
ISTIHADHAH
Iaitu darah perempuan yang keluar bukan masa haid dan nifas. Seperti darah
haid yang keluar lebih daripada lima belas hari lima belas malam atau darah yang
keluar dahulu dari melahirkan anak dan yang keluar di atas enam puluh hari dan ini
harus di namakan darah penyakit.
Darah yang keluar dari perempuan bukan kerana bersalin atau nifas dan
bukannya haid. Ada perempuan yang terus menerus keluar darah dari kemaluannya
selama 3 bulan malah boleh mencapai lebih 2 tahun. Inilah darah istihadhah.
Katakan pada bulan lepas datang haid pada 1hb dan habis pada 7hb iaitu
cukup enam hari tempoh keluar darah haid. Pada bulan ini darah keluar dari hari
pertama dan berhenti pada hari kelima. Wajib wanita tadi tunggu hingga cukup enam
hari seperti adab sebelum ini. Katakan darah haid hanya lima hari sahaja. Jadi solat
pada hari keenam itu wajib dikodor. Wanita tadi tidak boleh solat pada hari keenam
kerana dia perlu tunggu mengikut adab haidnya. Katakan bulan lepas datang haid
pada 1hb dan habis pada 7hb iaitu cukup enam hari, pada bulan ini haidnya 1hb,
berhenti seketika pada 5hb iaitu hari keempat haid, dan datang pula 7hb iaitu hari
keenam. Maka solat pada hari kelima itu tidak perlu diganti kerana keenam-enam
hari itu dikira haid.
Contoh Si A datang haid pada 1 hb dan tidak berhenti sehingga beberapa
bulan. Diantara hari pertama hingga hari 15dia dikira haid dan antara hari 16 hingga
hari berakhir darah tersebut dikira istihadhah dan 1hb yang berikutnya dia kembali
dikira haid sehingga 16hb(15 hari 15 malam) juga dan begitulah seterusnya.
PERHATIAN pada masalah di atas dikira darah haidnya sehingga 15 hari 15
malam ialah sekiranya bau dan warna darahnya sama. Jika tidak.Dia perlu catat dan
perhati dalam tempoh keluar darah tersebut berapa harikah yang warna darahnya
paling terang. Contohnya hari pertama hingga keenam darahnya warna hitam, hari
ketujuh dan seterusnya merah. Jadi hukum pada darah itu ialah hari pertama hingga
hari keenam sahaja dikira haid. Dikira haid hari yang darahnya pekat sahaja. Hukum
ini boleh dikira sekiranya bau darah haidnya sama sahaja.
PERHATIAN sekiranya bau darah haid tidak sama hukum pada warna sudah
terbatal. Kini hukum pada bau darah. Contohnya hari pertama hingga keenam bau
darahnya paling kuat(busuk,hanyir dan sebagainya), hari ketujuh dan seterusnya
bau darah tidak sekuat hari pertama hingga hari keenam. Jadi hukum pada darah itu
ialah hari pertama hingga hari keenam sahaja dikira haid. Dikira haid hari yang
berbau darahnya paling kuat. Kedua-dua hukum di atas berlaku dan boleh dikira
sekiranya haid melebihi 15 hari. Sekiranya haid sehari semalam hingga 15 hari,
hukumnya kelima-lima belas hari 15 malam itu ialah tempoh darah haid.
Ciri-ciri Istihadhah
30
1. Wanita umur kurang dari dari sembilan tahun ke atas iaitu 9 tahun hijrah (8
tahun 9 bulan Masihi).
2. Wanita yang keluar darah melebihi batasan haid 15 hari dan 15 malam. Atau
wanita yang mengeluarkan darah kurang dari 24 jam atau satu hari dan satu
malam.
3. Wanita yang mengeluarkan darah melebihi batasan masa nifas 60 hari dan
60 malam.
4. Wanita didatangi darah sebanyak dua kali yang diselangi dengan masa suci
kurang dari 15 hari dan 15 malam(kurang 360 jam antara tempoh masa haid
pertama dan kedua).
Hukum Istihadhah
1. Tidak wajib mandi ketika ingin mengerjakan solat wajib ataupun sunat pada
bila-bila masa. Kecuali satu kali ketika haidnya sudah berhenti. Wajib mandi
selepas haid berhenti sahaja.
2. Orang Istihadhah wajib berwuduk setiap kali hendak mengerjakan solat.
(hukum sama seperti kencing tak lawas dan buasir)
3. Hendaklah ia membasuh kemaluannya sebelum berwuduk dan kemudian ia
menutup kemaluannya dengan sehelai kain atau kapas untuk menahan atau
mengurangi najis daripada terus keluar. Jika cara ini tidak berjaya menahan
darah istihadhah, maka hendaklah ia menyumbat atau mengikat
kemaluannya supaya tidak bocor.
4. Tidak menjadi halangan bagi suami yang ingin menjimak isterinya ketika
istihadhah. Ini merupakan pendapat majoriti para ulamak, kerana ia tidak
mempunyai satu dalilpun yang mengharamkannya.
5. Hukum wanita istihadhah sama sepertimana wanita yang suci daripada haid
dan nifas. wanita istihadhah boleh mengerjakan solat, puasa, tawaf,
membaca Al-Quran, menyertuh Al-Quran dan sebagainya.
NIFAS
Iaitu darah perempuan yang keluar pada masa melahirkan anak atau darah
yang keluar setelah lahir anak itu.
Tempohnya
31
Sekurang-kurang masa keluar darah nifas itu sekelip mata(1 saat) iaitu sedikit
sangat dan biasanya empat puluh hari dan selama-lama masanya enam puluh hari.
Palig cepat dikira ialah 1 saat dan paling lama 60 hari.
Masalah nifas sama dengan masalah haid pada adat. contoh sebelumnya
atau tahun lepas nifas ibu ini 40 hari. Untuk terkini atau tahun ini kena tunggu
sehingga 40 hari juga. Sama seperti masalah haid. Katakan lebih 40 hari darahnya.
Dia perlu tunggu sehingga 60 hari. Kerana nifas tempoh paling lamanya ialah 60
hari.
HAMIL/WILADAH
Sekurang-kurangnya masa mengandung itu enam bulan dan biasanya
sembilan bulan ada juga lebih lama dari masa ini sehingga tiga tahun. Apabila habis
darah haid atau nifas wajiblah di atas perempuan itu bersuci iaitu mandi melainkan
istihadhah, tiada wajib mandi hanya memadai ia berbasuh.(Sumber Rujukan : 1) Kitab
Tuntutan Ibadah Oleh Syeikh Ali Abdullah)
Bab 5: Istinja'
PENGERTIAN ISTINJA’
Istinja‟ bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan
air atau batu atau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat
menghilangkan najis dan tidak haram menggunakannya.
HUKUM ISTINJA’
Hukum istinja‟ untuk menghilangkan najis adalah wajib. Sunat beristinja‟
dengan batu kemudian dibasuh dengan air. Harus memilih untuk beristinja‟ dengan
hanya menggunakan air sahaja atau menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji
batu jika dapat menghilangkan najis. Walaubagaimanapun, lebih afdhal
menggunakan air kerana air lebih berupaya dan berkesan untuk menghilangkan
najis.
Jika menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya
tiga biji batu atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:
1. Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.
2. Tidak merebak ke bahagian lain.
3. Tidak bercampur dengan najis yang lain.
Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah
menggunakan air.
32
ADAB MEMBUANG AIR
1. Haram menghadap ke arah qiblat atau membelakanginya apabila
membuang air di kawasan lapang. Walaubagaimanapun, disunatkan juga tidak
menghadap atau membelakangi qiblat apabila membuang air di dalam bangunan
seperti tandas atau apabila ada dinding atau tabir antara orang itu dengan qiblat.
2. Makruh membuang air di dalam air yang tidak mengalir atau di dalam air
mengalir yang sedikit, tetapi jika air mengalir itu banyak, maka yang lebih baik
dielakkan dari membuang ke dalamnya. Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim yang
bermaksud:
“Bahawa Nabi sallallahu „alayhi wasallam menegah membuang air (kencing) di
dalam air yang tidak mengalir.”
3. Makruh membuang air di bawah pokok buah-buahan sama ada ketika
berbuah atau tidak.
4. Makruh membuang air di dalam lubang dan di celah rekahan tanah.
5. Makruh membuang air di jalan, di tempat teduh dan di dalam lubang yang
bukan digali khas untuk membuang air.
6. Makruh bercakap ketika membuang air kecuali kerana sesuatu keperluan.
7. Makruh menghadap ke arah matahari atau bulan ketika membuang air.
8. Sunat berlindung daripada pandangan manusia.
9. Haram membawa bersama-sama sebarang benda yang ada catatan nama
Allah, Al-Qur‟an dan seumpamanya ketika membuang air.
Bab 6 : WUDHU'
PENGERTIAN WUDHU’,
Dari segi bahasa, wudhu‟ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan
air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syara„, wudhu‟ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu
dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu
membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan
33
akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang
tertentu.
HUKUM WUDHU’
Hukum wudhu‟ adalah seperti berikut:
1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti
sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak
melakukan tawaf Ka„bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak
menyentuh Al-Qur‟an dan sebagainya.
2. Sunat. Banyak perkara yang disunatkan berwudhu‟, antaranya ialah untuk
membaca atau mendengar bacaan Al-Qur‟an, membaca atau mendengar bacaan
hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di
dalam masjid, melakukan tawaf di „Arafah, melakukan sa„i, menziarahi makam
Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa
berada dalam keadaan berwudhu‟ dan memperbaharui wudhu‟.
HIKMAH WUDHU’
Hikmah berwudhu‟ ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada
kekotoran yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah
dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin.
FARDHU WUDHU’
1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka. Niat wudu‟ adalah seperti berikut:
Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta„ala”.
atau
Maksudnya:
“Sahaja aku berwudhu‟ kerana Allah Ta„ala”.
2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat
tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah
dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.
3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku disunatkan
membasuh hujung anggota yang ada.
34
4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian
rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah
menyapu seluruh kepala.
5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.
6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan
teratur.
SYARAT-SYARAT WUDHU’
Terdapat dua syarat dalam wudhu‟ iaitu syarat wajib dan syarat sah.
Syarat Wajib Wudhu’
1. Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi.
5. Berlakunya hadath.
6. Suci daripada haidh dan nifas.
7. Kesempitan waktu. Wudhu‟ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi
diwajibkan ketika kesempitan waktu.
Syarat Sah Wudhu’
1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh
anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.
2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu‟.
3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu‟ seperti darah
haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.
4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath
seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas.
Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhu‟ mengikut ulama‟ mazhab Syafi„i, iaitu:
1. Islam.
2. Mumayyiz.
3. Suci daripada haidh dan nifas.
4. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.
35
5. Mengetahui kefardhuan wudhu‟.
6. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu‟ sebagai sunat.
7. Menghilangkan najis „aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang
berwudhu‟.
8. Tidak terdapat pada anggota wudhu‟ bahan yang mengubahkan air.
9. Tidak mengaitkan (ta„liq) niat berwudhu‟ dengan sesuatu.
10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu‟.
11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan.
12. Muwalat, iaitu berturutan.
SUNAT WUDHU’
Perkara sunat ketika berwudhu‟ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:
1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz
2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.
3. Berkumur-kumur.
4. Memasukkan air ke dalam hidung.
5. Menyapu seluruh kepala.
6. Menyapu dua telinga.
7. Menyelati janggut yang tebal.
8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.
9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.
10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.
11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.
12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu
anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.
13. Menggosok anggota wudhu‟ supaya lebih bersih.
14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.
15. Menghadap qiblat.
36
16. Membaca doa selepas berwudhu‟, iaitu:
Maksudnya:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu
bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.
Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan
aku dari golongan orang-orang yang bersih.”
PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’
1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah,
nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani
sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi.
2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-
dua papan punggung ke tempat duduk.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila
hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan
mahram) walaupun telah mati.
5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan
walaupun kemaluan sendiri.
6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.
Bab 7 : PENYAPUAN KHUF
PENGERTIAN KHUF
Khuf atau muzah ialah sejenis pakaian yang diperbuat daripada kulit yang
menutup bahagian kaki( kasut askar spike boot tidak menepati ciri khuf
kerana ada lubang kecil di bahagian tepi kasut.) yang diwajibkan basuh ketika
berwudhu‟ iaitu kaki dan buku lali ke atas, seperti sarung kaki. Bahagian khuf
yang disapu ialah bahagian luar sebelah atas bukan tapak.
Menyapu khuf adalah sebagai gantian bagi membasuh kedua-dua belah kaki
dalam berwudhu‟. Ia adalah suatu rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan
oleh syara„ untuk kemudahan umat Islam terutamanya ketika musim sejuk.
CARA PENYAPUAN KHUF
37
Tempoh sesuatu pemakaian khuf ialah satu hari satu malam bagi orang yang
bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang bermusafir, berdasarkan
hadith riwayat Muslim yang bermaksud:
“Rasulullah sallallahu „alayhi wasallam memberi (rukhsah untuk menyapu khuf)
selama tiga hari dan tiga malamnya kepada orang musafir dan satu hari satu malam
bagi orang yang bermukim”.
Tempohnya ialah bermula dari mula memakai khuf selepas mengangkat
hadath sama ada berwudhu‟ atau mandi mengangkat hadath.
Caranya ialah apabila seseorang itu selesai bersuci dari hadath sama ada
mengambil wudhu‟ atau mandi mengangkat hadath, ia hendaklah memakai
kedua-dua belah khuf tanpa ditanggalkan lagi selama satu hari satu malam
(24 jam). Apabila ia terbatal wudhu‟ dengan sebab hadath kecil dalam tempoh
24 jam itu, maka ia mengambil wudhu‟ semula tetapi bila sampai giliran
membasuh kaki, ia tidak perlu membuka khuf dan membasuh kaki, sebaliknya
menyapu di atas khuf yang dipakainya itu sebagai gantian membasuh kaki.
Begitulah seterusnya setiap kali mengambil wudhu‟ dalam tempoh 24 jam itu.
Apabila tamat tempoh 24 jam tadi barulah ia wajib membasuh kaki semula
ketika mengambil wudhu‟ baru dan bermula pula tempohnya.
SYARAT KEHARUSAN PENYAPUAN KHUF
1. Memakai khuf ketika suci sepenuhnya daripada hadath besar dan kecil.
2. Khuf yang bersih serta menutup semua bahagian kaki yang wajib dibasuh ketika
berwudhu‟.
3. Khuf yang kukuh yang boleh digunakan untuk meneruskan perjalanan biasa.
4. Khuf yang sempurna dan tiada kerosakan padanya.
5. Khuf yang tidak meresap air.
6. Khuf yang tebal yang tidak menampakkan kulit kaki.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PENYAPUAN KHUF
1. Semua perkara yang mewajibkan mandi hadath seperti berjunub, haidh dan nifas.
2. Mencabut salah satu khuf atau kedua-duanya sekali atau rosak khuf.
3. Tamat tempoh sapuan khuf iaitu satu hari satu malam bagi orang yang bermukim
dan tiga hari tiga malam bagi orang yang musafir.
Bab 8 : Tayammum
PENGERTIAN TAYAMMUM
38
Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan
kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi
menggantikan wudhu‟ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika
ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau
keringanan yang diberikan oleh syara„ kepada manusia.
·Disyari„atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata„ala:
005.006
Maksudnya:
“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan
jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari
kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu
tidak mendapat air (untuk berwudhu‟ dan mandi), maka hendaklah kamu
bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”
(Surah Al-Ma‟idah, 5:6)
Semua ibadah atau amalan ta„at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti
sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur‟an, sujud tilawah dan
beri„tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai
ganti wudhu‟ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air
adalah diharuskan juga dengan tayammum.
SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM
1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu‟ atau mandi.
2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang
dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.
3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau
melambatkan sembuh.
SYARAT TAYAMMUM
1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta„mal, tidak bercampur benda
lain.
2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.
3. Hilang najis terlebih dahulu.
39
4. Masuk waktu sembahyang.
5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.
6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.
ANGGOTA TAYAMMUM
1. Muka.
2. Dua belah tangan hingga siku.
RUKUN TAYAMMUM
1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti
berikut:
Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”
2. Menyapu muka.
3. Menyapu kedua-dua belah tangan.
4. Tertib.
SUNAT TAYAMMUM
1. Membaca basmalah iaitu lafaz
2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian
atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka.
3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.
PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM
1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu‟.
2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.
Bab 9: Mandi
PENGERTIAN MANDI
40
Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
Dari segi syara„, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan
niat yang tertentu.
PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI
1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang
ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan
sempurna walaupun tidak keluar mani.
2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.
3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita
dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.
4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).
5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.
6. Mati, kecuali mati syahid.
FARDU MANDI
1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.
Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar.
Niatnya seperti berikut:
Maksudnya:
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.
atau
Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.
Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh
atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:
41
Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.
atau
Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.
2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.
3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.
PERKARA SUNAT SEMASA MANDI
Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:
1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz
2. Berwudhu‟ sebelum mandi.
3. Membasuh dua tapak tangan.
4. Menggosok seluruh bahagian badan.
5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.
6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.
7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh
sesuatu anggota dengan anggota yang lain.
MANDI-MANDI SUNAT
Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:
1. Mandi hari Juma„at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma„at.
Waktunya dari naik fajar sadiq.
2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah
malam pada hari raya itu.
3. Mandi kerana minta hujan (istisqa‟).
4. Mandi kerana gerhana bulan.
5. Mandi kerana gerhana matahari.
42
6. Mandi kerana memandikan mayat.
7. Mandi kerana masuk agama Islam.
8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.
9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.
10. Mandi ketika hendak ihram.
11. Mandi kerana masuk Makkah.
12. Mandi kerana wuquf di „Arafah.
13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.
14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.
15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida„.
16. Mandi kerana sa„i.
17. Mandi kerana masuk ke Madinah.
Bab 10 : Azan dan Iqamah
PENGERTIAN AZAN DAN IQAMAH
Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan
mana-mana sembahyang fardhu.
Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara„
pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui
waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan
tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.
Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin
mengerjakan sembahyang.
HUKUM AZAN DAN IQAMAH
Azan dan iqamah adalah sunnah mu‟akkadah secara kifayah sebelum
menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara
berjama„ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha‟ atau tunai bagi
orang lelaki.
Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan
iqamah) disunatkan secara „aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada
berseorangan atau berjama„ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana
dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan suara mereka.
43
LAFAZ AZAN DAN ATURAN MELAKUKANNYA
Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua
kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak empat
kali dan lafaz kalimah tawhid hanya sekali sahaja.
Lafaz tersebut adalah seperti berikut:
Pada azan subuh pula ditambah kalimah sebanyak dua
kali selepas kali yang kedua.
Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan berjama„ah seperti
sembahyang sunat hari raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan
dan iqamah. Cuma dilaungkan semasa hendak menunaikannya dengan lafaz
atau pada sembahyang tarawih
diucap .
SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH
1. Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua
azan. Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya
selepas berlalu separuh malam.
2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri
dengan terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa
tersebut.
3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang
daripada jama„ah ketika sembahyang berjama„ah.
4. Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.
5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
PERKARA SUNAT SEMASA AZAN
1. Mu‟azzin hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.
44
2. Menghadap ke arah qiblat.
3. Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.
4. Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.
5. Dilakukan secara berdiri kecuali uzur.
6. Memalingkan muka ke sebelah kanan semasa menyebut
dan ke sebelah kiri semasa menyebut dengan keadaan dada
yang tetap.
7. Melakukan tarji„ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum
dinyaringkan.
8. Melakukan tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut
kalimah sebanyak dua kali selepas laungan
.
9. Meletakkan jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan untuk
meninggikan suara.
10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi apa yang disebut
oleh mu‟azzin kecuali ketika mu‟azzin menyebut kalimah
dan , maka hendaklah dijawab
dengan kalimah . Begitu juga ketika tathwib,
hendaklah dijawab dengan lafaz .
11. Berdoa dan salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam
selepas azan seperti berikut:
LAFAZ IQAMAH DAN ATURANNYA
Lafaz iqamah mempunyai sebelas kalimah, setiap kalimah diucapkan hanya
sekali sahaja kecuali takbir yang pertama dan akhirnya diulang sebanyak dua
45
kali. Begitu juga dengan lafaz yang diucapkan
selepas kalimah juga diulang sebanyak dua kali.
Lafaz iqamah adalah seperti berikut:
Syarat-syarat iqamah adalah sama seperti azan, tetapi dibolehkan jika
dilakukan oleh kaum wanita sama ada semasa sembahyang bersendirian
atau berjama„ah sesama mereka.
Selain itu, iqamah juga disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu
lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh
agar membetulkan saf. Iqamah hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia
disyari„atkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan
sembahyang.
Perkara-perkara sunat semasa iqamah juga hampir sama dengan azan, cuma
disunatkan kepada orang yang mendengar iqamah menjawab dengan
kalimah semasa bilal menyebut yang
kedua.
AZAN DAN IQAMAH UNTUK TUJUAN SELAIN SEMBAHYANG
Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan
untuk beberapa perkara lain:
1. Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat
diiqamahkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu „alayhi
wasallam sendiri telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh
Fatimah.
2. Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang
bermusafir.
3. Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah
atau manusia yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau
syaitan.
Bab 11 Solat
PENGERTIAN SOLAT
46
Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
Dari segi syara„, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-
perbuatan
yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu.
Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
fi„liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
sebagai rukun qalbiyy.
WAKTU SEMBAHYANG
Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, „Asar, Maghrib, „Isya‟ dan
Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah
Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah
sallallahu „alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:
“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur
bersamaku ketika tergelincir matahari dan „Asar ketika bayang-bayang sesuatu
benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam
matahari dan „Isya‟ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika
terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur
ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan „Asar ketika bayang-
bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang
berbuka puasa dan „Isya‟ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning
cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum
engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”
Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:
1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong
daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda
mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke
arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama
panjang dengannya.
2. Waktu „Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu
apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula
bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan
terbenamnya matahari.
3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga
hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.
47
4. Waktu „Isya‟ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar
(cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika
sebelum naik fajar.
5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik
matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis
lintang ufuk.
WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLAT
Terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang
ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya, iaitu:
1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.
2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam
selepas naiknya matahari.
3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu
Zuhur).
4. Selepas sembahyang „Asar hingga terbenam matahari.
5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.
Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah
mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:
1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-
waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.
2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan
istikharah.
Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya
makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal.
Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang
tertentu iaitu:
1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang
yang telah luput (qadha‟), jenazah, nazar, sunat wudhu‟ dan tahiyyatul masjid.
2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti
sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa‟ (minta hujan).
3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.
4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.
48
Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang
ditegah melakukan sembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki
mimbar masjid untuk membaca khutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali
sunat rawatib pada kedua-duanya.
Bab 12 : Syarat-syarat Sah Solat
SYARAT-SYARAT SOLAT
Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau
dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.
SYARAT WAJIB SOLAT
Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau
tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan.
Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.
6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang
tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.
SYARAT SAH SOLAT
Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu
sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung
kepadanya.
Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak
dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin
atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu
mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Ka„bah).
49
Bab 13 : Rukun Solat
Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas
rukun yang utama seperti berikut:
1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku„
tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang
fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya
hukumnya hanyalah sunat.
2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad
hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada
fardhu atau sunat.
3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh
juga dengan lafaz atau . Syarat-syarat takbir
ialah :
Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian
dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti
dipelajari.
Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.
4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka„at semasa berdiri atau
kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-
syaratnya adalah:
Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar
(makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
50
Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka„at kecuali
ma‟mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.
5. Ruku„, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh
sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk
hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan
memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku„
ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut
tanpa diniatkan ruku„ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama‟ninah
iaitu berterusan ruku„ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.
6. I„tidal selepas ruku„. I„tidal bermaksud bangkit daripada ruku„ dan kembali kepada
keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama‟ninah. Syarat-syaratnya ialah
dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan
tama‟ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu
panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.
7. Sujud dua kali dalam setiap raka„at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang
bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:
Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan
(tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian
yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang
bergerak dengan pergerakannya.
Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana
sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
Tama‟ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.
8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta
tama‟ninah pada setiap raka„at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak.
Syarat-syaratnya ialah:
Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara
lain.
Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling
pendek.
51
Dilakukan dengan tama‟ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika
selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.
9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada
raka„at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu
tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru„, iaitu duduk dengan
dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas
tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki
kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari
kaki kanan itu menghala ke qiblat.
10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang
sempurna ialah seperti berikut:
Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:
Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir
lain.
Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf
(makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.
11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam selepas tasyahhud
(tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-
kurangnya . Seelok-elok lafaz salawat ialah
salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah:
Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz
“Rasulullah” atau “An-Nabiy” .
Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
52
Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas
tasyahhud.
12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan
dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:
Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam iaitu ,
maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin .
Diucapkan dengan “kaf al-khitab” bagi memfokuskan ucapan salam
itu kepada pihak kedua.
Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.
Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama„” yang menunjukkan
pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai.
Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan
dadanya.
Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang,
tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat
belajar.
Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.
13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang
sepatutnya dikemudiankan.
Bab 14 : Perkara Sunat Dalam Solat
Sunat ketika melakakukan sembahyang ada dua jenis iaitu sunat ab'adh dan
sunathai'ah. Sunat ab'adh ialah setiap perkara yang sangat dituntut untuk
dilaksanakan di mana jika ditinggalkan maka sunat diganti dengan sujud sahwi pada
akhir sembahyang (sebelum memberi salam). Manakala sunat hai'ah pula ialah
setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sudud sahwi.
Sunat Ab‘adh
53
1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk selepas melakukan
setiap dua raka„at dalam sembahyang Zuhur, „Asar, Maghrib dan „Isya‟.
2. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam selepas tasyahhud
awal tanpa disambung dengan salawat ke atas ahli keluarga Baginda sallallahu
„alayhi wasallam.
3. Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam
selepas tasyahhud akhir.
4. Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat ab„adh di atas.
5. Bacaan qunut semasa i„tidal pada raka„at sembahyang Subuh, pada raka„at akhir
sembahyang witir ketika separuh kedua bulan Ramadhan iaitu selepas malam
kelima belas.
Sunat Hai’ah
Sunat hai‟ah sangat banyak semasa melakukan sembahyang. Secara
umumnya, sunat hai‟ah boleh diringkaskan kepada perkara-perkara berikut:
1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku„ dan bangkit
daripadanya, dan ketika bangun daripada tasyahhud awal.
2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas
pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.
3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.
4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.
5. Membaca al-isti„azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.
6. Selain daripada itu, ma‟mum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat-
tempat yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua
raka„at pertama sembahyang Maghrib dan „Isya‟, Juma„at, dua hari raya, gerhana
bulan, istisqa‟, tarawih, witir ramadhan, dua raka„at selepas tawaf pada malam hari
dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah memperlahankan
suara.
7. Membaca selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma‟mum atau
bersendirian.
8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah.
Disunatkan kepada imam atau persendirian dan ma‟mum yang tidak mendengar
bacaan imam kecuali pada raka„at ketiga dan keempat kepada selain masbuq
dengan dua raka„at pertama.
54
9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain.
10. Membaca semasa mengangkat
kepala daripada ruku„.
11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.
12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud.
13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada selain
mereka yang masbuq dan yang lupa.
14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.
15. Berdoa dan ta„awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas
tasyahhud akhir.
16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.
17. Khusyu„, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan
memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.
Bab 15 : Perkara Makruh Dalam Solat
PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG
Makruh mengikut jumhur ulama‟ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang
patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh,
maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih
ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh
ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.
Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:
1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur‟an.
3. Membaca dalam raka„at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang
dibaca dalam raka„at pertama.
4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka„at yang sama atau
dalam dua raka„at.
5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab
yang perlu.
6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
55
7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa
sebarang sebab.
8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki
satu lagi.
9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil,
air besar atau menahan daripada terkentut.
10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau
sebagainya.
11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka„at akhir sembahyang fardhu kecuali
ma‟mum yang masbuq yang ketinggalan raka„at pertama dan kedua.
12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.
13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh
singa.
14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian
untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.
15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.
16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun
manusia.
17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat
lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan
kandang binatang.
Bab 16 : Perkara Yang Membatalkan Solat
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang
melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur‟an, zikir dan doa. Percakapan yang
membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun
tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami
maknanya.
2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan
berurutan.
3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Wujud Allah swt beserta sifat-sifatnya
Wujud Allah swt beserta sifat-sifatnyaWujud Allah swt beserta sifat-sifatnya
Wujud Allah swt beserta sifat-sifatnyaSatria Manggala
 
Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Afshan Mbo
 
Keimanan kepada allah swt melalui pemahaman sifat sifat-nya
Keimanan kepada allah swt melalui pemahaman sifat sifat-nyaKeimanan kepada allah swt melalui pemahaman sifat sifat-nya
Keimanan kepada allah swt melalui pemahaman sifat sifat-nyaHelmon Chan
 
Sifat2 Zat Nya Allah
Sifat2 Zat Nya AllahSifat2 Zat Nya Allah
Sifat2 Zat Nya AllahE13248
 
3.mengenal sifat2 allah
3.mengenal sifat2 allah 3.mengenal sifat2 allah
3.mengenal sifat2 allah adulcharli
 
Rukun iman dan rukun islam
Rukun iman dan rukun islamRukun iman dan rukun islam
Rukun iman dan rukun islam12110068
 
Makalah sifat wajib dan mustahil allah
Makalah sifat wajib dan mustahil allahMakalah sifat wajib dan mustahil allah
Makalah sifat wajib dan mustahil allahNaya Ti
 
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungAf'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungUstajah ILa AzieLa
 
Makalah Rukun Iman
Makalah Rukun ImanMakalah Rukun Iman
Makalah Rukun ImanAkfar ikifa
 
Makalah tentang iman kepada allah swt
Makalah tentang iman kepada allah swtMakalah tentang iman kepada allah swt
Makalah tentang iman kepada allah swtGilanggilang Gilang
 
Pengertian taqwa
Pengertian   taqwaPengertian   taqwa
Pengertian taqwaHelmon Chan
 

Was ist angesagt? (20)

Dalil aqli dan naqli tentang malaikat
Dalil aqli dan naqli tentang malaikatDalil aqli dan naqli tentang malaikat
Dalil aqli dan naqli tentang malaikat
 
Bahan ajar-pai
Bahan ajar-paiBahan ajar-pai
Bahan ajar-pai
 
Wujud Allah swt beserta sifat-sifatnya
Wujud Allah swt beserta sifat-sifatnyaWujud Allah swt beserta sifat-sifatnya
Wujud Allah swt beserta sifat-sifatnya
 
Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah
 
Akidah akhlak 7
Akidah akhlak 7Akidah akhlak 7
Akidah akhlak 7
 
Keimanan kepada allah swt melalui pemahaman sifat sifat-nya
Keimanan kepada allah swt melalui pemahaman sifat sifat-nyaKeimanan kepada allah swt melalui pemahaman sifat sifat-nya
Keimanan kepada allah swt melalui pemahaman sifat sifat-nya
 
Sifat2 Zat Nya Allah
Sifat2 Zat Nya AllahSifat2 Zat Nya Allah
Sifat2 Zat Nya Allah
 
3.mengenal sifat2 allah
3.mengenal sifat2 allah 3.mengenal sifat2 allah
3.mengenal sifat2 allah
 
Bab 1 dalil aqli dan naqli
Bab 1 dalil aqli dan naqliBab 1 dalil aqli dan naqli
Bab 1 dalil aqli dan naqli
 
Huraian ringkas-sifat-20
Huraian ringkas-sifat-20Huraian ringkas-sifat-20
Huraian ringkas-sifat-20
 
Presentasi agama
Presentasi agamaPresentasi agama
Presentasi agama
 
Rukun iman dan rukun islam
Rukun iman dan rukun islamRukun iman dan rukun islam
Rukun iman dan rukun islam
 
Sifat-sifat Allah
Sifat-sifat AllahSifat-sifat Allah
Sifat-sifat Allah
 
Dalil aqli tentang malaikat
Dalil aqli tentang malaikatDalil aqli tentang malaikat
Dalil aqli tentang malaikat
 
Makalah sifat wajib dan mustahil allah
Makalah sifat wajib dan mustahil allahMakalah sifat wajib dan mustahil allah
Makalah sifat wajib dan mustahil allah
 
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungAf'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
 
Penyataan allah
Penyataan allahPenyataan allah
Penyataan allah
 
Makalah Rukun Iman
Makalah Rukun ImanMakalah Rukun Iman
Makalah Rukun Iman
 
Makalah tentang iman kepada allah swt
Makalah tentang iman kepada allah swtMakalah tentang iman kepada allah swt
Makalah tentang iman kepada allah swt
 
Pengertian taqwa
Pengertian   taqwaPengertian   taqwa
Pengertian taqwa
 

Ähnlich wie Usul, fiq, tasawuf ringkas

Aqidah Islamiah.ppt
Aqidah Islamiah.pptAqidah Islamiah.ppt
Aqidah Islamiah.pptaleb30
 
2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslim2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslimShahirah Said
 
MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptx
MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptxMATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptx
MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptxYudhistiraPutra9
 
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdfpptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdfherlinguru
 
Chapter 2 akidah teras pembangunan muslim
Chapter 2   akidah teras pembangunan muslimChapter 2   akidah teras pembangunan muslim
Chapter 2 akidah teras pembangunan muslimFazd Alias
 
Beriman kepada allah edit. pdfdocx
Beriman kepada allah edit.   pdfdocxBeriman kepada allah edit.   pdfdocx
Beriman kepada allah edit. pdfdocxAhmad Yahya
 
Apa ertinya saya menganut islam dfy
Apa ertinya saya menganut islam   dfyApa ertinya saya menganut islam   dfy
Apa ertinya saya menganut islam dfyummuhani85
 
Ilmua Aqidah / tauhid-Iman kepada Allah dan Malaikat
Ilmua Aqidah / tauhid-Iman kepada Allah dan MalaikatIlmua Aqidah / tauhid-Iman kepada Allah dan Malaikat
Ilmua Aqidah / tauhid-Iman kepada Allah dan MalaikatRizka Zakiah
 
Makalah aqidah (iman kepada allah)
Makalah aqidah (iman kepada allah)Makalah aqidah (iman kepada allah)
Makalah aqidah (iman kepada allah)hilman shodri
 
Pembatalan dan kerosakan iman
Pembatalan dan kerosakan imanPembatalan dan kerosakan iman
Pembatalan dan kerosakan imanKau Ilhamku
 
Psi f5 ma'rifatullah dan taqlid
Psi f5 ma'rifatullah dan taqlidPsi f5 ma'rifatullah dan taqlid
Psi f5 ma'rifatullah dan taqlidKaito Ishikawa
 
Makalah konsep iman takdir dan hari kiamat
Makalah konsep iman takdir dan hari kiamatMakalah konsep iman takdir dan hari kiamat
Makalah konsep iman takdir dan hari kiamatWarnet Raha
 

Ähnlich wie Usul, fiq, tasawuf ringkas (20)

Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 pai
 
Aqidah Islamiah.ppt
Aqidah Islamiah.pptAqidah Islamiah.ppt
Aqidah Islamiah.ppt
 
null.pptx
null.pptxnull.pptx
null.pptx
 
2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslim2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslim
 
MAKALAH Materi 2 Kelompok 6
MAKALAH Materi 2 Kelompok 6MAKALAH Materi 2 Kelompok 6
MAKALAH Materi 2 Kelompok 6
 
MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptx
MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptxMATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptx
MATERI PAI IMAN KEPADA QADA DAN QADAR.pptx
 
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdfpptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
 
Ppt aqidah islam
Ppt aqidah islamPpt aqidah islam
Ppt aqidah islam
 
Chapter 2 akidah teras pembangunan muslim
Chapter 2   akidah teras pembangunan muslimChapter 2   akidah teras pembangunan muslim
Chapter 2 akidah teras pembangunan muslim
 
Qadha dan qadar
Qadha dan qadarQadha dan qadar
Qadha dan qadar
 
Beriman kepada allah edit. pdfdocx
Beriman kepada allah edit.   pdfdocxBeriman kepada allah edit.   pdfdocx
Beriman kepada allah edit. pdfdocx
 
Apa ertinya saya menganut islam dfy
Apa ertinya saya menganut islam   dfyApa ertinya saya menganut islam   dfy
Apa ertinya saya menganut islam dfy
 
Bab i mw
Bab i mwBab i mw
Bab i mw
 
Ilmua Aqidah / tauhid-Iman kepada Allah dan Malaikat
Ilmua Aqidah / tauhid-Iman kepada Allah dan MalaikatIlmua Aqidah / tauhid-Iman kepada Allah dan Malaikat
Ilmua Aqidah / tauhid-Iman kepada Allah dan Malaikat
 
Makalah aqidah (iman kepada allah)
Makalah aqidah (iman kepada allah)Makalah aqidah (iman kepada allah)
Makalah aqidah (iman kepada allah)
 
AA101 - Konsep Akidah
AA101 - Konsep AkidahAA101 - Konsep Akidah
AA101 - Konsep Akidah
 
Pembatalan dan kerosakan iman
Pembatalan dan kerosakan imanPembatalan dan kerosakan iman
Pembatalan dan kerosakan iman
 
Tiga serangkai sendi agama
Tiga serangkai sendi agama Tiga serangkai sendi agama
Tiga serangkai sendi agama
 
Psi f5 ma'rifatullah dan taqlid
Psi f5 ma'rifatullah dan taqlidPsi f5 ma'rifatullah dan taqlid
Psi f5 ma'rifatullah dan taqlid
 
Makalah konsep iman takdir dan hari kiamat
Makalah konsep iman takdir dan hari kiamatMakalah konsep iman takdir dan hari kiamat
Makalah konsep iman takdir dan hari kiamat
 

Usul, fiq, tasawuf ringkas

  • 1. 1 Bab 1 : Memahami Konsep Tauhid Pengertian Tauhid Mengesakan Allah, tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan . Pengertian Iman Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota. Rukun Iman Percaya kepada Allah Sifat Allah Wajib Mustahil Harus 20 Lawan sifat 20 1 Percaya kepada Malaikat Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili Jibril Menyampaikan wahyu Mikail Membawa rezeki Israfil Meniup sangkakala 'Izrail Mencabut nyawa Munkar Menyoal mayat di dalam kubur Nakir Menyoal mayat di dalam kubur Raqib Mencatat amalan kebajikan Atid Mencatat amalan kejahatan Malik Menjaga pintu neraka Ridwan Menjaga pintu syurga Percaya kepada Kitab Kitab Samawi Al-Quran Injil Zabur Taurat Muhammad Bahasa Arab Isa Bahasa Siryani Daud Bahasa Qibti Musa Bahasa Ibrani Percaya kepada Rasul 1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh 6. Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya'qub
  • 2. 2 11. Yusuf 12. Ayub 13. Syu'aib 14. Harun 15. Musa 16. Ilyasa' 17. Zulkifli 18. Daud 19. Sulaiman 20. Ilyas 21. Yunus 22. Zakaria 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad S.A.W. Percaya kepada Hari Akhirat ---    59. Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu).- Al Mu „min. Percaya kepada Qadha‟ dan Qadar o Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara o Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara o Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah Bab 2 : Permulaan Ilmu Tauhid Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda' Bererti : Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara : 1) Nama ilmu ini : Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid, Ilmu sifat dan Al-Iman. 2) Tempat ambilannya : Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith. 3) Kandungannya : Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.
  • 3. 3 4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya )kepada empat tempat : Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya. Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya. Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya. Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat. 5) Faedah Ilmu Tauhid : Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal. 6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain : Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali. 7) Yang menghantarkan : Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w. 8) Hukumnya : Fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal. Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah . 9) Kelebihannya : Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya." ( Riwayat Hakim )
  • 4. 4 10) Kesudahan ilmu ini : Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil. Bab 3: Hukum 'Aqal Sesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui sifat-sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum 'aqal dan bahagiannya. Pengertian Hukum 'Aqal : Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukum Syari'e ). Pengertian 'Aqal : Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga dengan itu manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu Nazhariyyah ( Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan segala pekerjaan dengan fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai- bagai manafaat dan kebahagiaan kepada manusia. Aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak juga tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada 'aqal. Dan di antara keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal berhajat kepada Syarak dan Syara' berhajat kepada 'Aqal ) . Bahagian Hukum 'Aqal : Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga : 1) Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka maksudnya ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam. 2) Mustahil 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya mesti tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya tidak sekali-kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu. 3) Harus 'Aqli iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka hakikatnya boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak atau diam. Bahagian Wajib 'Aqli :
  • 5. 5 Adalah wajib 'aqli terbahagi dua : 1) Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua . 2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya. Bahagian Mustahil 'Aqli : Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua : 1) Mustahil 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satu itu separuh daripada tiga. 2) Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang mensyirik bagi Allah s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendatangkan dalil. Bahagian Harus 'Aqli : Adalah Harus A'qli itu terbahagi dua : 1) Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam . 2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil- dalil yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu . Bab 4 : Kejadian Alam Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya. 1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.
  • 6. 6 Maka dengan itu kita beri‟tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha Pencipta. 2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna. Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah Ta‟ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini. 3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi. Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan segala kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanya mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan. Sesungguhnya dari Kaedah Syar‟iyyah dan berita para Nabi bahawa yang menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan. ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya ) Bab 5 : Mengenal Allah S.W.T. 1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul. 2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma „ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.
  • 7. 7 3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :- 1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan. 2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut. 4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :- 1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t. 2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi. 3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid. 5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal- Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka). 6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan keterangan. 7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :- 1) Taqlid Jazam (putus) - Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus). 2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
  • 8. 8 - Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak,zhan atau waham(tiada putus). 8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka. 9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli bida‟ah. 10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia. Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya ) Bab 6 : Sifat 20 Sifat dua puluh merupakan sistem pengenalan terhadap Allah s.w.t yang sangat mudah sekali, kerana menghafalnya lebih mudah dari menghafal al-Qur`an, para sahabat Rasul telah menghafal al-Qur`an, jadi di dalam al-Qur`an sendiri telah disebut sifat-sifat Allah, dengan makna lain mereka telah menghafal sifat-sifat Allah melalui al-Qur`an, jadi jika umat Islam di suruh untuk menghafal sifat 20 dengan dalil Naqli ( al-Qur`an dan Hadis ) dan akal itu lebih mudah dari pada menghafal seluruh al-Qur`an. Sifat-sifat Allah terlalu banyak sekali, baik disebutkan didalam al-Qur`an mahupun didalam hadis Rasul, jadi jika umat Islam di suruh untuk menghafal seluruh sifat -sifat yang ada, ini merupakan sesuatu yang memberatkan bagi umat Islam, sementara pengajian sifat dua puluh memudahkan umat Islam dengan menyebutkan sifat-sifat yang paling berpengaruh dari seluruh sifat-sifat yang lainnya, sebab jika sifat 20 ini tidak ada, maka sifat-sifat yang lain pun tidak akan ada pula, sebab itulah sifat-sifat Allah yang lain itu bergantung kepada sifat 20, dengan makna jika sifat wujud Allah tidak ada maka sifat pengampun, pemurah, penyayang dan lain-lainnya juga tidak ada, jika sifat qidam Allah tidak ada maka sifat menciptakan, memberi, kuat dan lain-lainnya juga tidak akan ada. Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat : 1. Wujud : Ertinya Ada Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud ,
  • 9. 9 maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) . Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud , kerana wujud itu zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawa wujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya berkata mereka itu Allah yang menjadikan……………"( Surah Luqman : Ayat 25 ) Sifat Wujud ini mesti ada pada tuhan yang di sembah jika tidak ada maka dia tidak berhak dianggap tuhan, sementara dalil yang di petik darial-Qur`an adalah : - Ertinya : Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan ( ke dalam rahim )? ( 58 ) Adakah kamu yang menciptakannya atau kami yang menciptakannya? ( 59 ) Kamilah yang menentukan kematian diantara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan ( 60 ). 2. Qidam : Ertinya Sedia Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap- tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian : 1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala ) 2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala ) 3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada anak )
  • 10. 10 4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun ) Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada Allah Ta'ala. Allah s.w.t bersifatkan qadim maksudnya wujud Allah s.w.t tidak didahului oleh tiada, jika sesuatu didahului oleh tiada maka sesuatu itu tidak boleh disebut tuhan. Dalilnya : Ertinya : Dia-lah yang awal dan yang akhir ( al-Hadid 3 ). Tidak semestinya jika al-Qur`an tidak menggunakannya untuk sifat Allah berarti tidak boleh gunakan, selama maksud sifat itu terdapat didalam al-Qur`an dan telah menjadi istilah yang di terima oleh ulama maka sifat itu boleh digunakan, sebab Imam Abu Hanifah, Imam Tohawi dan lain-lainnya juga menggunakan kalimat ini. Sifat qidam juga telah di riwayatkan di Imam Ibnu Majah, Imam al-Hakim didalam Mustadrak, juga terdapat didalam sunan Ab Daud. 3. Baqa' : Ertinya Kekal Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ). Allah berfirman : Ertinya : Dan kekallah Zat Tuhan mu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. ( ar- Rahman 27 ). Perkara –perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat dan Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa melainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di tungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah perkara yang diiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian : 1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t. 2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan lain-lain lagi. 3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara yang diatas tadi ( Kedua ).
  • 11. 11 4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu. Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah ada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupai dengan yang baharu pada zatnya, sifatnya atau perbuatannya. Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali zatnya berdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan , tiada berpihak ,tiada bertempat dan tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi ta'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia pada segala maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya di dalam Al- Quraan dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , maka perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'ala Yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat dengan segala sifat yang baharu. 11. …..tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Melihat.(As-Syura: 11) 5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya. Tidak berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak berkehendak kepada yang menjadikannya Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya. Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu sama ada pada perbuatannya atau hukumannya. Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan undang-undang semuanya untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada sekalian makhluk. Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah kerana kelebihan dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah. Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manfaat di atas ketaatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi mudarat kepada Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan kemungkaran hamba-hambanya. Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba- hambanya adalah perkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba- hamba-nya jua. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka pahalanya itu pada dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka bala-sannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke atas dirinya jua ". ( Surah Fussilat : Ayat 46 )
  • 12. 12 Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya, terbahagi kepada empat bahagian : 1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi- kannya iaitu zat Allah s.w.t. 2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu ). 3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak kepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) . 4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat iaitu sifat Allah Ta'ala. 6. Al – Wahdaniyyah.Ertinya : Esa Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan. Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil ( yang berhubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang bercerai ). Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil pada Zat ( menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zat Allah Ta'ala tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat dan lain-lain. Menafikan Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan yang bercerai pada zat Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain menyamai zat Allah Ta'ala. Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil pada Sifat ( menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidak sekali-kali bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya dua qudrat dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan–bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat yang lain menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna. Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan Kam Muttasil pada perbuatan ( menafikan bilangan yang bercerai–cerai pada perbuatan ) iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai seperti perbuatan Allah bahkan segala apa yang berlaku di dalam alam semuanya perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya dan hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada pada hakikat- nya seperti kufur dan maksiat sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan yang lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya pada usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas. Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagi Kam yang lima itu iaitu :
  • 13. 13 1) Kam Muttasil pada zat. 2) Kam Munfasil pada zat. 3) Kam Muttasil pada sifat. 4) Kam Munfasil pada sifat. 5) Kam Munfasil pada perbuatan. Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lain menyamai dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .Dan tertolak segala kepercayaan- kepercayaan yang membawa kepada menyengutukan Allah Ta'ala dan perkara- perkara yang menjejaskan serta merosakkan iman. 7. Al – Qudrah. Ertinya: peKuasa Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan meniadakan tiap-tiap sesuatu. Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit (tetap) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah. Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada mengadakan atau meniadakan , hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu. Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai fikiran dan fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad. 1) Iktiqad Qadariah : Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang beriktiqad akan segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit atau berpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dan sedikitpun tiada bersangkut-paut dengan kuasa Allah s.w.t. 2) Iktiqad Jabariah : Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya orang yang beriktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak dan qadar Allah semata-mata ( tiada usaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ). 3) Iktiqad Ahli Sunnah Wal – Jamaah : Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut perjalanan Nabi dan perjalanan orang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata dan tidak memberi bekas segala perbuatan yang disengajanya, tetapi ada perbuatan yang di sengaja pada zahir itu yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas sebenarnya sengaja hamba itu daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala makhluk ada usaha dan ikhtiar pada zahir dan tergagah pada batin dan ikhtiar serta usaha hamba adalah tempat
  • 14. 14 pergantungan taklif (hukum) ke atasnya dengan suruhan dan tegahan ( ada pahala dan dosa ). 8. Al – Iradah. Ertinya : Menghendaki Menghendaki Allah Ta'ala. Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atau tiadanya. Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri pada Zat Allah Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus atas mumkin . Maka Allah Ta'ala yang selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu apa yang diperbuatnya. Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah dengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala tentang rezeki , umur , baik , jahat , kaya , miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib ( bahagian ) di dalam dunia ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Janganlah kamu lupakan nasib (bahagian) kamu di dalam dunia ".(Surah Al – Qasash : Ayat 77) Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh untuk kemajuan di dunia dan akhirat di mana menjunjung titah perintah Allah Ta'aladan menjauhi akan segala larangan dan tegahannyadan bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t. 9. Al – Ilmu. Ertinya : Mengetahui Mengetahui Allah Ta'ala. Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang Maujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ). Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkara Itu tersembunyi atau rahsia dan juga yang terang dan nyata. Maka Ilmu Allah Ta'ala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu di Alam yang fana' ini. 10. Al – Hayat .Ertinya : Hidup Hidup Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta‟ala. Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak ( pendapat )Iaitu : sifat qudrat , iradat , Ilmu , Sama‟ Bashar dan Kalam. 11. Al - Samu’ : Ertinya : peDengar Allah Ta'ala. Mendengar Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada Zat Allah Ta‟ala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap yang maujud sama ada yang maujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya atau yang ada itu harus sama ada atau telah ada atau yang akan diadakan. Tiada terhijab ( terdinding ) seperti dengan sebab jauh , bising , bersuara , tidak bersuara dan
  • 15. 15 sebagainya. Allah Ta'ala Maha Mendengar akan segala yang terang dan yang tersembunyi. Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".(Surah An- Nisa'a - Ayat 148) 12. Al – Bashar : Ertinya : peLihat Melihat Allah Ta'ala .Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat sama ada yang dapat dilihat oleh manusia atau tidak , jauh atau dekat , terang atau gelap , zahir atau tersembunyi dan sebagainya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : " Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan ".( Surah Ali Imran - Ayat 163 ) 13 . Al – Kalam : Ertinya :peKata Berkata-kata Allah Ta'ala. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali, berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang wajib, maka ia menunjukkan atas yang wajib sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud : " Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".( Surah Taha - Ayat 14 ) Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "...( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Ta'ala yang ketiga daripada tiga...". (Al- Mai'dah - 73 ) Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu".(Ash. Shaffaat- 96 ) Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang.Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakan iaitu : 1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendirikan solat dan lain-lain kefarduan. 2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain larangan. 3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun dan lain-lain. 4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taat dan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain.
  • 16. 16 5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orang yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azab seksa yang amat berat. 14. Kaunuhu Qadiran : Ertinya keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat. 15.Kaunuhu Muridan : Ertinya keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Iradat. 16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan Tiap-tiap sesuatu. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu. 17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Hayat. 18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yang Maujud. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum, iaitu lain daripada sifat Sama'. 19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap- tiap yang Maujudat ( Benda yang ada ). Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Bashar. 20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat. Bab 7 : Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi lawan daripada dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di sini sifat-sifat yang mustahil satu-persatu : 1. „Adam beerti “tiada”
  • 17. 17 2. Huduth beerti “baharu” 3. Fana‟ beerti “binasa” 4. Mumathalatuhu Lilhawadith beerti “menyerupai makhluk” 5. Qiyamuhu Bighayrih beerti “berdiri dengan yang lain” 6. Ta‟addud beerti “berbilang-bilang” 7. „Ajz beerti “lemah” 8. Karahah beerti “terpaksa” 9. Jahl beerti “jahil/bodoh” 10. Mawt beerti “mati” 11. Samam beerti “tuli” 12. „Umy beerti “buta” 13. Bukm beerti “bisu” 14. Kaunuhu „Ajizan beerti “keadaannya yang lemah” 15. Kaunuhu Karihan beerti “keadaannya yang terpaksa” 16. Kaunuhu Jahilan beerti “keadaannya yang jahil/bodoh” 17. Kaunuhu Mayyitan beerti “keadaannya yang mati” 18. Kaunuhu Asam beerti “keadaannya yang tuli” 19. Kaunuhu A‟ma beerti “keadaannya yang buta” 20. Kaunuhu Abkam beerti “keadaannya yang bisu” Bab 8: Sifat Harus Bagi Allah s.w.t Adalah sifat yang harus pada hak Allah Ta‟ala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan tiada. (Rujukan Buku: Tauhid Dalam Tasauf, Penulis: Jihad, Terbitan: Edaran Proaktif Sdn.Bhd. Cetakan pertama 2005).
  • 18. 18 Fikah Ibadah. Bab 1 : Taharah / Bersuci 1. Definisi : i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas. 2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat. 3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukalaf lelaki dan perempuan. 4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud : " Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... " Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bermaksud:" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan" 5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain. 6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. . 7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya. 8. Syarat wajib taharah ialah : Islam
  • 19. 19 Berakal Baligh Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ). Tidak lupa Tidak dipaksa Berhenti darah haid dan nifas Ada air atau debu tanah yang suci. Berdaya melakukannya mengikut kemampuan. 9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian. 10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah: 025.048 Maksudnya : "Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih " 11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum. 12. Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah: Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian: o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun. o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut. Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah: 004.043
  • 20. 20 “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ” (Surah Al-Nisa‟, 4:43) 3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak. 4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya. Rujukan Kitab : 1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani 2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat . 3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi . 4) 4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H. Bab 2: Najis PENGERTIAN NAJIS Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi. Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat. PEMBAHAGIAN NAJIS Najis dari segi „ainnya terbahagi kepada dua: 1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga:
  • 21. 21 i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya. ii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun. iii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya. Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya. 2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu‟ dan hadath besar (janabah) yang dapat dihilangkan dengan mandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air. Bahagian Najis Najis „Aini Dan Najis Hukmi. Najis terbahagi kepada dua bentuk, iaitu najis „aini dan najis hukmi. Pertama: Najis „aini, iaitu dzat („ain) najis tersebut atau sifatnya; iaitu rasa, warna dan bau yang boleh dikesan dengan pancaindera. Kedua: Najis hukmi, iaitu dzat („ain) najis dan sifatnya yang tidakboleh dikesan dengan pancaindera, oleh sebab tersembunyi, tidakkelihatan atau hilang kesan najis tersebut; seperti air kencing yang telah kering Cara Membersihkan Najis ‘Aini Dan Hukmi Cara membersihkan atau menyucikan bahagian atau tempat yang mampat (bukan jenis cecair) yang terkena najis adalah seperti berikut: 1. Najis ‘Aini Sesuatu bahagian atau tempat yang terkena selain najismughallazhah (anjing dan babi), cara membersihkannya ialahmenghilangkan dzat najis tersebut terlebih
  • 22. 22 dahulu. Kemudian diikuti dengan cucian atau basuhan (jirusan) menggunakan airmuthlaq yang menghilangkan atau menghapuskan sifat najis iaiturasa, warna dan bau. Jika perlu menggunakan seumpama sabun dan dia mampu mengadakannya, maka hendaklah digunakan. Manakala sesuatu bahagian atau tempat yang terkena najismughallazhah (anjing dan babi), maka cara membersihkannya ataumenyucikannya ialah dengan cara menyertu. Caranya ialah bahagian yang terkena najis itu hendaklah dibasuh sebanyak 7 kalidengan air muthlaq, salah satu daripadanya hendaklah air yangbercampur dengan tanah yang suci dengan kadar sekira-kira keruh air tersebut. Perlu juga diingat, jika masih terdapat dzat najis, makahendaklah terlebih dahulu dihilangkan dzat najis itu kemudianbarulah dilakukan sertu. Perkara ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh AbuHurairah Radhiallahu „anhu, Rasulullah Shallallahu „alaihiwasallam bersabda:Maksudnya: “Apabila anjing menjilat pada bejana salah seorangdi antara kamu, maka cucilah ia dengan tujuh kali cucian, salah satunya (air) yang bercampur dengan tanah.” (Hadis riwayat al-Baihaqi) Keadaan yang dituntut untuk menyertu sesuatu bahagian atautempat yang terkena najis mughallazhah ialah apabila salah satuatau kedua-dua pihak itu dalam keadaan basah, sama ada keranamenyentuh atau tersentuh najis tersebut atau suatu bahagian atau tempat itu menjadi najis disebabkan olehnya. 2. Najis Hukmi Cara membersihkan atau menyucikan bahagian atau tempat yangterkena najis hukmi, iaitu yang tidak lagi didapati dzat dan sifat(bau, rasa dan warna) najis, seperti kencing yang telah kering, ialah memadai dengan menjirus (mengalirkan) air ke atasnya sebanyaksatu kali jirusan. Memadai, yakni terhasil, kebersihan dan kesucianbahagian atau tempat yang terkena najis itu walaupun tanpa dilakukan oleh sesiapa (pelaku), umpama bahagian atau tempat itudijirus atau disirami oleh air hujan.Manakala cara menyucikan najis hukmi daripada jenis najismughallazhah yang sudah hilang dzat dan sifatnya ialah dengancara menyertu
  • 23. 23 sepertimana yang telah dijelaskan terdahulu. Kesan Najis „Aini Sukar Dihilangkan Atau DihapuskanDalam keadaan tertentu, walaupun dzat najis itu dapat dihilangkan,namun kadang-kala terdapat kesukaran untuk menghilangkan keseluruhan kesan atau sifat najis, seumpama kesan warna darahdan bau arak yang sukar untuk dihilangkan. Jika ini yang berlaku, memadailah dengan menghilangkan duadaripada tiga sifat najis, umpamanya rasa dan warna atau rasa danbau. Akan tetapi hendaklah digosok dengan bersungguh-sungguh terlebih dahulu bahagian atau tempat yang masih ada kesan bauatau warna dengan air sebanyak 3 kali. Setelah dilakukansedemikian dan masih juga terdapat bau atau warna najis, sekalipun daripada najis mughallazhah, maka bahagian atau tempatitu dianggap sudah bersih atau suci. Sekiranya dia berupaya untukmenghilangkan kesan najis tersebut selepas itu, maka tidak wajibke atasnya lagi untuk menghilangkannya.Adapun sifat „rasa‟ daripada najis tersebut, mestilah dihilangkan,kecuali jika terdapat keuzuran, maka ia adalah dimaafkan. Maksudkeuzuran di sini rasa najis itu tidak hilang melainkan dengandipotong bahagian yang terkena najis itu. Sekiranya kemudiandaripada itu dia berupaya untuk menghilangkan „rasa‟ najistersebut, maka wajib menghilangkannya. Manakala dalam menentukan rasa dan bau najis tersebut sudahhilang atau belum, adalah memadai dengan adanya sangkaan yangkuat bahawa rasa dan bau najis itu sudah hilang dan ianya tidakwajib diuji dengan merasanya ataupun menghidunya. NAJIS YANG DIMAAFKAN Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan: 1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing. 2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah. 3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.
  • 24. 24 4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap atau kudis. CARA MENYUCI NAJIS Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja‟, membasuh dan menyamak. Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut: 1. Najis mughallazah (berat): Hendaklah dihilangkan „ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa). 2. Najis mutawassitah (pertengahan) Hendaklah dihilangkan „ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa). Setengah pendapat mengatakan hendaklah dihilang ain najis terlebih dahulu dan dibasuh hingga 3 kali bagi menghilang sifat najis. 3. Najis mukhaffafah (ringan) Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya. *Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut. Bab 3: Hadath PENGERTIAN HADATH Hadath dari segi bahasa bererti sesuatu yang datang atau berlaku. Hadath dari segi syara„ bermaksud sesuatu yang berlaku pada tubuh badan yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadah. Ia terbahagi kepada hadath kecil dan hadath besar. 1. Hadath kecil ialah sesuatu perkara yang membatalkan wudhu‟. 2. Hadath besar ialah sesuatu perkara yang mewajibkan mandi. SEBAB HADATH DAN KESANNYA
  • 25. 25 Sebab hadath kecil adalah sebab yang membatalkan wudhu‟. Maka kesan daripada berhadath kecil adalah terbatalnya wudhu‟ dan diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut: 1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah. 2. Tawaf Ka„bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang. 3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur‟an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat. Sebab hadath besar pula adalah berjunub, keluar haidh atau nifas dan melahirkan anak. Apabila seseorang berhadath besar kerana berjunub, maka dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut: 1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah. 2. Tawaf Ka„bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang. 3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur‟an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat. 4. Membaca Al-Qur‟an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar. 5. Beri„tikaf di dalam masjid. Apabila seseorang berhadath besar kerana keluar haidh dan nifas, maka dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut: 1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah. 2. Berpuasa. 3. Tawaf Ka„bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang. 4. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur‟an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.
  • 26. 26 5. Membaca Al-Qur‟an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar. 6. Masuk, duduk dan beri„tikaf di dalam masjid walaupun dengan wudhu‟. 7. Bersetubuh. 8. Talaq. CARA MENGHILANGKAN HADATH Untuk menghilangkan hadath kecil ialah dengan berwudhu‟ atau tayammum apabila tidak dapat melakukan wudhu‟. Untuk menghilangkan hadath besar ialah dengan mandi atau bertayammum sebagai ganti daripada mandi. Bab 4 : Haid, Nifas dan Hamil/Wiladah HAID Iaitu darah yang keluar dari kemaluan perempuan pada masa sedang sihat a‟fiat ialah kerana menurut tabiat perempuan. Darah yang keluar daripada perempuan selain daripada beranak (wiladah) atau nifas atau penyakit. Sekurang-kurangnya umur bagi perempuan yang boleh keluar darah haid itu dari sembilan tahun ke atas iaitu 9 tahun hijrah (8 tahun 9 bulan Masihi) sehingga putus haid (monopaus).Tidak dikira darah haid, darah yang keluar dari perempuan yang belum cukup umurnya 9 tahun hijrah. Tempohnya Darah yang dikira haid adalah sekurang-kurangnya 1 hari 1 malam (24jam) dan tidak melebihi 15 hari 15 malam (360 jam), kebiasaannya antara 6 dan 7 hari. Jika kurang dari 1 hari atau melebihi 15 hari ianya bukan lagi dikira haid, ianya darahistihadhah. Bagi perempuan yang melebihi 15 hari maka dia wajib sembahyang ataupuasa walaupun masih keluar darah, tetapi mesti mengentahui segala syarat bagi orang yang istihadhah untuk beribadat. (akan diterangkan selepas ini). Suci diantaranya Sekurang-kurangnya suci diantara satu haid ke satu haid itu lima belas hari, biasanya dua puluh empat hari. Ada juga perempuan tiada keluar haid dari kecil hingga besar atau haid telah putus daripadanya maka masa suci baginya itu tidak terhingga. Masa antara suci dan haid (antara dua haid) adalah sekurang-kurangnya 15 hari 15 malam dan tiada dihadkan untuk yang melebihi 15 hari. Darah yang
  • 27. 27 keluar sebelum tibanya hari yang ke15 setelah sucinya, tidak dikira haid, ianya darah istihadhah juga. Contohnya: Si A datang haid pada 1hb dan suci daripada pada 7hb, tiba-tiba pada 20hb dia keluar darah lagi. Ini tidak dikira haid kerana masa sucinya belum mencukupi 15 hari dan wajib bagi perempuan ini sembanhyang atau puasa, Haid juga keluar dari perempuan yang mengandung tetapi amat jarang berlaku. Hukum bagi orang ini sama dengan orang haid. Warna darah haid Warna darah haid itu merah tua, rasanya hangat apabila ia keluar. Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu; 1. Hitam 2. Merah 3. Asyqar (warna antara merah dan kuning) 4. Kuning 5. Keruh Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci. Dalam Mazhab Syafie hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Untuk memastikan darah haid sudah habis ialah dengan memasukkan sedikit kapas dalam kemaluan dan lihat pada kapas tadi. Jika keluar air jernih, kapas putih atau kapas kering. Itu menandakan darah haid sudah tiada dan boleh untuk mandi wajib. Jika keluar kapas yang ada warna hitam, merah, antara merah dan kuning, kuning atau keruh. Ini bermakna wanita itu masih dalam haid. PERHATIAN!Tanda wanita itu bersih ialah pada kapas tadi keluar air jernih, kapas putih atau kapas kering. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh seperti diterangkan diatas, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.
  • 28. 28 Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina „Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu „Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik). PERKARA YANG DILARANG SEMASA HAID DAN NIFAS 1. Duduk atau diam dalam masjid walaupun seketika, dimaafkan jika hanya lalu di dalam masjid (masuk pintu lain, keluar pintu lain) tanpa berhenti dengan syarat darah haid itu tidak bertitik dalam masjid, jika tidak yakin darah tidak bertitik semasa lalu dalam masjid, jagan lalu terus dalam masjid.(tidak bolehmelintasi masjid jika dikuatiri akan mencemarkan masjid ) 2. Puasa fardhu atau sunat walaupun puasa qadha'. 3. Haram atas suaminya menceraikan isterinya dalam waktu ini. 4. Haram atas suaminya bergurau senda dengan isterinya antara pusat dan lutut termasuk jima' (bersetubuh) dengannya, ada pendapat yang bukan jumhur hanya mengharamkan jima' sahaja. 5. Termasuk juga perkara yang diharamkan bagi orang yang berjunub (berhadas besar): a.Sembahyang sunat dan fardhu atau qadha'. b.Baca Quran walaupun niat zikir dan untuk niat belajar, tiada diharamkan zikir dan ayat Al Quran yang sudah dikategorikan sebagai zikir oleh ulama seperti basmalah, tahmid, tahlil dan sebagainya. Tidak haram juga ayat Quran yang sudah menjadi kebiasaan orang arab bertutur dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana lidah mereka sudah terbiasa mengucapkan kalimah tersebut. c.Menanggung mush-haf (kitab Quran) termasuk juga menyentuh Quran, termasuk barang- barang yang berkait secara langsung dengan Quran itu seperti rehal, penunjuk Quran, dan beg Quran yang tiada diguna untuk perkara lain. Menanggung Quran bersama kitab-kitab lain adalah diharuskan jika tidak diqashadkan (diniatkan) menanggung Quran. d.Membaca khutbah Jumaat atau khutbah dua hari raya. (lelaki) e.Sujud tilawah dan sujud syukur f. Tawaf di Baitullah (kaabah)
  • 29. 29 ISTIHADHAH Iaitu darah perempuan yang keluar bukan masa haid dan nifas. Seperti darah haid yang keluar lebih daripada lima belas hari lima belas malam atau darah yang keluar dahulu dari melahirkan anak dan yang keluar di atas enam puluh hari dan ini harus di namakan darah penyakit. Darah yang keluar dari perempuan bukan kerana bersalin atau nifas dan bukannya haid. Ada perempuan yang terus menerus keluar darah dari kemaluannya selama 3 bulan malah boleh mencapai lebih 2 tahun. Inilah darah istihadhah. Katakan pada bulan lepas datang haid pada 1hb dan habis pada 7hb iaitu cukup enam hari tempoh keluar darah haid. Pada bulan ini darah keluar dari hari pertama dan berhenti pada hari kelima. Wajib wanita tadi tunggu hingga cukup enam hari seperti adab sebelum ini. Katakan darah haid hanya lima hari sahaja. Jadi solat pada hari keenam itu wajib dikodor. Wanita tadi tidak boleh solat pada hari keenam kerana dia perlu tunggu mengikut adab haidnya. Katakan bulan lepas datang haid pada 1hb dan habis pada 7hb iaitu cukup enam hari, pada bulan ini haidnya 1hb, berhenti seketika pada 5hb iaitu hari keempat haid, dan datang pula 7hb iaitu hari keenam. Maka solat pada hari kelima itu tidak perlu diganti kerana keenam-enam hari itu dikira haid. Contoh Si A datang haid pada 1 hb dan tidak berhenti sehingga beberapa bulan. Diantara hari pertama hingga hari 15dia dikira haid dan antara hari 16 hingga hari berakhir darah tersebut dikira istihadhah dan 1hb yang berikutnya dia kembali dikira haid sehingga 16hb(15 hari 15 malam) juga dan begitulah seterusnya. PERHATIAN pada masalah di atas dikira darah haidnya sehingga 15 hari 15 malam ialah sekiranya bau dan warna darahnya sama. Jika tidak.Dia perlu catat dan perhati dalam tempoh keluar darah tersebut berapa harikah yang warna darahnya paling terang. Contohnya hari pertama hingga keenam darahnya warna hitam, hari ketujuh dan seterusnya merah. Jadi hukum pada darah itu ialah hari pertama hingga hari keenam sahaja dikira haid. Dikira haid hari yang darahnya pekat sahaja. Hukum ini boleh dikira sekiranya bau darah haidnya sama sahaja. PERHATIAN sekiranya bau darah haid tidak sama hukum pada warna sudah terbatal. Kini hukum pada bau darah. Contohnya hari pertama hingga keenam bau darahnya paling kuat(busuk,hanyir dan sebagainya), hari ketujuh dan seterusnya bau darah tidak sekuat hari pertama hingga hari keenam. Jadi hukum pada darah itu ialah hari pertama hingga hari keenam sahaja dikira haid. Dikira haid hari yang berbau darahnya paling kuat. Kedua-dua hukum di atas berlaku dan boleh dikira sekiranya haid melebihi 15 hari. Sekiranya haid sehari semalam hingga 15 hari, hukumnya kelima-lima belas hari 15 malam itu ialah tempoh darah haid. Ciri-ciri Istihadhah
  • 30. 30 1. Wanita umur kurang dari dari sembilan tahun ke atas iaitu 9 tahun hijrah (8 tahun 9 bulan Masihi). 2. Wanita yang keluar darah melebihi batasan haid 15 hari dan 15 malam. Atau wanita yang mengeluarkan darah kurang dari 24 jam atau satu hari dan satu malam. 3. Wanita yang mengeluarkan darah melebihi batasan masa nifas 60 hari dan 60 malam. 4. Wanita didatangi darah sebanyak dua kali yang diselangi dengan masa suci kurang dari 15 hari dan 15 malam(kurang 360 jam antara tempoh masa haid pertama dan kedua). Hukum Istihadhah 1. Tidak wajib mandi ketika ingin mengerjakan solat wajib ataupun sunat pada bila-bila masa. Kecuali satu kali ketika haidnya sudah berhenti. Wajib mandi selepas haid berhenti sahaja. 2. Orang Istihadhah wajib berwuduk setiap kali hendak mengerjakan solat. (hukum sama seperti kencing tak lawas dan buasir) 3. Hendaklah ia membasuh kemaluannya sebelum berwuduk dan kemudian ia menutup kemaluannya dengan sehelai kain atau kapas untuk menahan atau mengurangi najis daripada terus keluar. Jika cara ini tidak berjaya menahan darah istihadhah, maka hendaklah ia menyumbat atau mengikat kemaluannya supaya tidak bocor. 4. Tidak menjadi halangan bagi suami yang ingin menjimak isterinya ketika istihadhah. Ini merupakan pendapat majoriti para ulamak, kerana ia tidak mempunyai satu dalilpun yang mengharamkannya. 5. Hukum wanita istihadhah sama sepertimana wanita yang suci daripada haid dan nifas. wanita istihadhah boleh mengerjakan solat, puasa, tawaf, membaca Al-Quran, menyertuh Al-Quran dan sebagainya. NIFAS Iaitu darah perempuan yang keluar pada masa melahirkan anak atau darah yang keluar setelah lahir anak itu. Tempohnya
  • 31. 31 Sekurang-kurang masa keluar darah nifas itu sekelip mata(1 saat) iaitu sedikit sangat dan biasanya empat puluh hari dan selama-lama masanya enam puluh hari. Palig cepat dikira ialah 1 saat dan paling lama 60 hari. Masalah nifas sama dengan masalah haid pada adat. contoh sebelumnya atau tahun lepas nifas ibu ini 40 hari. Untuk terkini atau tahun ini kena tunggu sehingga 40 hari juga. Sama seperti masalah haid. Katakan lebih 40 hari darahnya. Dia perlu tunggu sehingga 60 hari. Kerana nifas tempoh paling lamanya ialah 60 hari. HAMIL/WILADAH Sekurang-kurangnya masa mengandung itu enam bulan dan biasanya sembilan bulan ada juga lebih lama dari masa ini sehingga tiga tahun. Apabila habis darah haid atau nifas wajiblah di atas perempuan itu bersuci iaitu mandi melainkan istihadhah, tiada wajib mandi hanya memadai ia berbasuh.(Sumber Rujukan : 1) Kitab Tuntutan Ibadah Oleh Syeikh Ali Abdullah) Bab 5: Istinja' PENGERTIAN ISTINJA’ Istinja‟ bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau batu atau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat menghilangkan najis dan tidak haram menggunakannya. HUKUM ISTINJA’ Hukum istinja‟ untuk menghilangkan najis adalah wajib. Sunat beristinja‟ dengan batu kemudian dibasuh dengan air. Harus memilih untuk beristinja‟ dengan hanya menggunakan air sahaja atau menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan najis. Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana air lebih berupaya dan berkesan untuk menghilangkan najis. Jika menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat: 1. Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering. 2. Tidak merebak ke bahagian lain. 3. Tidak bercampur dengan najis yang lain. Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan air.
  • 32. 32 ADAB MEMBUANG AIR 1. Haram menghadap ke arah qiblat atau membelakanginya apabila membuang air di kawasan lapang. Walaubagaimanapun, disunatkan juga tidak menghadap atau membelakangi qiblat apabila membuang air di dalam bangunan seperti tandas atau apabila ada dinding atau tabir antara orang itu dengan qiblat. 2. Makruh membuang air di dalam air yang tidak mengalir atau di dalam air mengalir yang sedikit, tetapi jika air mengalir itu banyak, maka yang lebih baik dielakkan dari membuang ke dalamnya. Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim yang bermaksud: “Bahawa Nabi sallallahu „alayhi wasallam menegah membuang air (kencing) di dalam air yang tidak mengalir.” 3. Makruh membuang air di bawah pokok buah-buahan sama ada ketika berbuah atau tidak. 4. Makruh membuang air di dalam lubang dan di celah rekahan tanah. 5. Makruh membuang air di jalan, di tempat teduh dan di dalam lubang yang bukan digali khas untuk membuang air. 6. Makruh bercakap ketika membuang air kecuali kerana sesuatu keperluan. 7. Makruh menghadap ke arah matahari atau bulan ketika membuang air. 8. Sunat berlindung daripada pandangan manusia. 9. Haram membawa bersama-sama sebarang benda yang ada catatan nama Allah, Al-Qur‟an dan seumpamanya ketika membuang air. Bab 6 : WUDHU' PENGERTIAN WUDHU’, Dari segi bahasa, wudhu‟ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu. Dari segi syara„, wudhu‟ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan
  • 33. 33 akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu. HUKUM WUDHU’ Hukum wudhu‟ adalah seperti berikut: 1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka„bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur‟an dan sebagainya. 2. Sunat. Banyak perkara yang disunatkan berwudhu‟, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur‟an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di „Arafah, melakukan sa„i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu‟ dan memperbaharui wudhu‟. HIKMAH WUDHU’ Hikmah berwudhu‟ ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin. FARDHU WUDHU’ 1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka. Niat wudu‟ adalah seperti berikut: Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta„ala”. atau Maksudnya: “Sahaja aku berwudhu‟ kerana Allah Ta„ala”. 2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga. 3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.
  • 34. 34 4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala. 5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali. 6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur. SYARAT-SYARAT WUDHU’ Terdapat dua syarat dalam wudhu‟ iaitu syarat wajib dan syarat sah. Syarat Wajib Wudhu’ 1. Islam. 2. Baligh. 3. Berakal. 4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi. 5. Berlakunya hadath. 6. Suci daripada haidh dan nifas. 7. Kesempitan waktu. Wudhu‟ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu. Syarat Sah Wudhu’ 1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal. 2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu‟. 3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu‟ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya. 4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas. Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhu‟ mengikut ulama‟ mazhab Syafi„i, iaitu: 1. Islam. 2. Mumayyiz. 3. Suci daripada haidh dan nifas. 4. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.
  • 35. 35 5. Mengetahui kefardhuan wudhu‟. 6. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu‟ sebagai sunat. 7. Menghilangkan najis „aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu‟. 8. Tidak terdapat pada anggota wudhu‟ bahan yang mengubahkan air. 9. Tidak mengaitkan (ta„liq) niat berwudhu‟ dengan sesuatu. 10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu‟. 11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan. 12. Muwalat, iaitu berturutan. SUNAT WUDHU’ Perkara sunat ketika berwudhu‟ adalah sangat banyak, di antaranya ialah: 1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz 2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan. 3. Berkumur-kumur. 4. Memasukkan air ke dalam hidung. 5. Menyapu seluruh kepala. 6. Menyapu dua telinga. 7. Menyelati janggut yang tebal. 8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri. 9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki. 10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib. 11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali. 12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering. 13. Menggosok anggota wudhu‟ supaya lebih bersih. 14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat. 15. Menghadap qiblat.
  • 36. 36 16. Membaca doa selepas berwudhu‟, iaitu: Maksudnya: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih.” PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’ 1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi. 2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua- dua papan punggung ke tempat duduk. 3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya. 4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah mati. 5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri. 6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam. Bab 7 : PENYAPUAN KHUF PENGERTIAN KHUF Khuf atau muzah ialah sejenis pakaian yang diperbuat daripada kulit yang menutup bahagian kaki( kasut askar spike boot tidak menepati ciri khuf kerana ada lubang kecil di bahagian tepi kasut.) yang diwajibkan basuh ketika berwudhu‟ iaitu kaki dan buku lali ke atas, seperti sarung kaki. Bahagian khuf yang disapu ialah bahagian luar sebelah atas bukan tapak. Menyapu khuf adalah sebagai gantian bagi membasuh kedua-dua belah kaki dalam berwudhu‟. Ia adalah suatu rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan oleh syara„ untuk kemudahan umat Islam terutamanya ketika musim sejuk. CARA PENYAPUAN KHUF
  • 37. 37 Tempoh sesuatu pemakaian khuf ialah satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang bermusafir, berdasarkan hadith riwayat Muslim yang bermaksud: “Rasulullah sallallahu „alayhi wasallam memberi (rukhsah untuk menyapu khuf) selama tiga hari dan tiga malamnya kepada orang musafir dan satu hari satu malam bagi orang yang bermukim”. Tempohnya ialah bermula dari mula memakai khuf selepas mengangkat hadath sama ada berwudhu‟ atau mandi mengangkat hadath. Caranya ialah apabila seseorang itu selesai bersuci dari hadath sama ada mengambil wudhu‟ atau mandi mengangkat hadath, ia hendaklah memakai kedua-dua belah khuf tanpa ditanggalkan lagi selama satu hari satu malam (24 jam). Apabila ia terbatal wudhu‟ dengan sebab hadath kecil dalam tempoh 24 jam itu, maka ia mengambil wudhu‟ semula tetapi bila sampai giliran membasuh kaki, ia tidak perlu membuka khuf dan membasuh kaki, sebaliknya menyapu di atas khuf yang dipakainya itu sebagai gantian membasuh kaki. Begitulah seterusnya setiap kali mengambil wudhu‟ dalam tempoh 24 jam itu. Apabila tamat tempoh 24 jam tadi barulah ia wajib membasuh kaki semula ketika mengambil wudhu‟ baru dan bermula pula tempohnya. SYARAT KEHARUSAN PENYAPUAN KHUF 1. Memakai khuf ketika suci sepenuhnya daripada hadath besar dan kecil. 2. Khuf yang bersih serta menutup semua bahagian kaki yang wajib dibasuh ketika berwudhu‟. 3. Khuf yang kukuh yang boleh digunakan untuk meneruskan perjalanan biasa. 4. Khuf yang sempurna dan tiada kerosakan padanya. 5. Khuf yang tidak meresap air. 6. Khuf yang tebal yang tidak menampakkan kulit kaki. PERKARA YANG MEMBATALKAN PENYAPUAN KHUF 1. Semua perkara yang mewajibkan mandi hadath seperti berjunub, haidh dan nifas. 2. Mencabut salah satu khuf atau kedua-duanya sekali atau rosak khuf. 3. Tamat tempoh sapuan khuf iaitu satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang musafir. Bab 8 : Tayammum PENGERTIAN TAYAMMUM
  • 38. 38 Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu‟ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara„ kepada manusia. ·Disyari„atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata„ala: 005.006 Maksudnya: “Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu‟ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.” (Surah Al-Ma‟idah, 5:6) Semua ibadah atau amalan ta„at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur‟an, sujud tilawah dan beri„tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu‟ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum. SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM 1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu‟ atau mandi. 2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang. 3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh. SYARAT TAYAMMUM 1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta„mal, tidak bercampur benda lain. 2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah. 3. Hilang najis terlebih dahulu.
  • 39. 39 4. Masuk waktu sembahyang. 5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu. 6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air. ANGGOTA TAYAMMUM 1. Muka. 2. Dua belah tangan hingga siku. RUKUN TAYAMMUM 1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut: Maksudnya: “Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.” 2. Menyapu muka. 3. Menyapu kedua-dua belah tangan. 4. Tertib. SUNAT TAYAMMUM 1. Membaca basmalah iaitu lafaz 2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka. 3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan. PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM 1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu‟. 2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air. 3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam. Bab 9: Mandi PENGERTIAN MANDI
  • 40. 40 Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan. Dari segi syara„, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu. PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI 1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani. 2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi. 3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu. 4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah). 5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin. 6. Mati, kecuali mati syahid. FARDU MANDI 1. Berniat pada permulaan kena air pada badan. Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut: Maksudnya: “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”. atau Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”. Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:
  • 41. 41 Maksudnya: “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”. atau Maksudnya: “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”. 2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan. 3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu. PERKARA SUNAT SEMASA MANDI Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya: 1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz 2. Berwudhu‟ sebelum mandi. 3. Membasuh dua tapak tangan. 4. Menggosok seluruh bahagian badan. 5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri. 6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali. 7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain. MANDI-MANDI SUNAT Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut: 1. Mandi hari Juma„at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma„at. Waktunya dari naik fajar sadiq. 2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu. 3. Mandi kerana minta hujan (istisqa‟). 4. Mandi kerana gerhana bulan. 5. Mandi kerana gerhana matahari.
  • 42. 42 6. Mandi kerana memandikan mayat. 7. Mandi kerana masuk agama Islam. 8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya. 9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya. 10. Mandi ketika hendak ihram. 11. Mandi kerana masuk Makkah. 12. Mandi kerana wuquf di „Arafah. 13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah. 14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina. 15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida„. 16. Mandi kerana sa„i. 17. Mandi kerana masuk ke Madinah. Bab 10 : Azan dan Iqamah PENGERTIAN AZAN DAN IQAMAH Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu. Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara„ pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu. Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang. HUKUM AZAN DAN IQAMAH Azan dan iqamah adalah sunnah mu‟akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama„ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha‟ atau tunai bagi orang lelaki. Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara „aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama„ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan suara mereka.
  • 43. 43 LAFAZ AZAN DAN ATURAN MELAKUKANNYA Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tawhid hanya sekali sahaja. Lafaz tersebut adalah seperti berikut: Pada azan subuh pula ditambah kalimah sebanyak dua kali selepas kali yang kedua. Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan berjama„ah seperti sembahyang sunat hari raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma dilaungkan semasa hendak menunaikannya dengan lafaz atau pada sembahyang tarawih diucap . SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH 1. Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam. 2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut. 3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada jama„ah ketika sembahyang berjama„ah. 4. Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah. 5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja. 6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal. PERKARA SUNAT SEMASA AZAN 1. Mu‟azzin hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.
  • 44. 44 2. Menghadap ke arah qiblat. 3. Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring. 4. Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara. 5. Dilakukan secara berdiri kecuali uzur. 6. Memalingkan muka ke sebelah kanan semasa menyebut dan ke sebelah kiri semasa menyebut dengan keadaan dada yang tetap. 7. Melakukan tarji„ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan. 8. Melakukan tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut kalimah sebanyak dua kali selepas laungan . 9. Meletakkan jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan untuk meninggikan suara. 10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi apa yang disebut oleh mu‟azzin kecuali ketika mu‟azzin menyebut kalimah dan , maka hendaklah dijawab dengan kalimah . Begitu juga ketika tathwib, hendaklah dijawab dengan lafaz . 11. Berdoa dan salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam selepas azan seperti berikut: LAFAZ IQAMAH DAN ATURANNYA Lafaz iqamah mempunyai sebelas kalimah, setiap kalimah diucapkan hanya sekali sahaja kecuali takbir yang pertama dan akhirnya diulang sebanyak dua
  • 45. 45 kali. Begitu juga dengan lafaz yang diucapkan selepas kalimah juga diulang sebanyak dua kali. Lafaz iqamah adalah seperti berikut: Syarat-syarat iqamah adalah sama seperti azan, tetapi dibolehkan jika dilakukan oleh kaum wanita sama ada semasa sembahyang bersendirian atau berjama„ah sesama mereka. Selain itu, iqamah juga disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamah hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyari„atkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang. Perkara-perkara sunat semasa iqamah juga hampir sama dengan azan, cuma disunatkan kepada orang yang mendengar iqamah menjawab dengan kalimah semasa bilal menyebut yang kedua. AZAN DAN IQAMAH UNTUK TUJUAN SELAIN SEMBAHYANG Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain: 1. Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam sendiri telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah. 2. Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir. 3. Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan. Bab 11 Solat PENGERTIAN SOLAT
  • 46. 46 Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syara„, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan- perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun fi„liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy. WAKTU SEMBAHYANG Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, „Asar, Maghrib, „Isya‟ dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu „alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud: “Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan „Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan „Isya‟ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan „Asar ketika bayang- bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan „Isya‟ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.” Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut: 1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya. 2. Waktu „Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari. 3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.
  • 47. 47 4. Waktu „Isya‟ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar. 5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk. WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLAT Terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya, iaitu: 1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari. 2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari. 3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur). 4. Selepas sembahyang „Asar hingga terbenam matahari. 5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam. Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu: 1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu- waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih. 2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah. Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu: 1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang telah luput (qadha‟), jenazah, nazar, sunat wudhu‟ dan tahiyyatul masjid. 2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa‟ (minta hujan). 3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak. 4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.
  • 48. 48 Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang ditegah melakukan sembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki mimbar masjid untuk membaca khutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali sunat rawatib pada kedua-duanya. Bab 12 : Syarat-syarat Sah Solat SYARAT-SYARAT SOLAT Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai. SYARAT WAJIB SOLAT Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang. Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut: 1. Beragama Islam. 2. Baligh. 3. Berakal. 4. Suci daripada haidh dan nifas. 5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak. 6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam. SYARAT SAH SOLAT Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut: 1. Suci daripada hadath kecil dan besar. 2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan. 3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya. 4. Menutup aurat. 5. Menghadap ke arah qiblat (Ka„bah).
  • 49. 49 Bab 13 : Rukun Solat Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut: 1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku„ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat. 2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat. 3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh juga dengan lafaz atau . Syarat-syarat takbir ialah : Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri. Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat. Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari. Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri. Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam. Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat. 4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka„at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat- syaratnya adalah: Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri. Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya. Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya. Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab. Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
  • 50. 50 Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka„at kecuali ma‟mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat. 5. Ruku„, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku„ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku„ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama‟ninah iaitu berterusan ruku„ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih. 6. I„tidal selepas ruku„. I„tidal bermaksud bangkit daripada ruku„ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama‟ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama‟ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek. 7. Sujud dua kali dalam setiap raka„at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah: Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya. Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak. Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu. Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya. Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang. Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya. Tama‟ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih. 8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama‟ninah pada setiap raka„at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah: Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain. Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
  • 51. 51 Dilakukan dengan tama‟ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu. 9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka„at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru„, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat. 10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut: Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut: Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri. Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain. Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran. Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu. Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu). Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya. 11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang- kurangnya . Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah: Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri. Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah” atau “An-Nabiy” . Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
  • 52. 52 Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud. 12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah: Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam iaitu , maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin . Diucapkan dengan “kaf al-khitab” bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua. Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya. Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama„” yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai. Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya. Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata. Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk. Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar. Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan. 13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan. Bab 14 : Perkara Sunat Dalam Solat Sunat ketika melakakukan sembahyang ada dua jenis iaitu sunat ab'adh dan sunathai'ah. Sunat ab'adh ialah setiap perkara yang sangat dituntut untuk dilaksanakan di mana jika ditinggalkan maka sunat diganti dengan sujud sahwi pada akhir sembahyang (sebelum memberi salam). Manakala sunat hai'ah pula ialah setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sudud sahwi. Sunat Ab‘adh
  • 53. 53 1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk selepas melakukan setiap dua raka„at dalam sembahyang Zuhur, „Asar, Maghrib dan „Isya‟. 2. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam selepas tasyahhud awal tanpa disambung dengan salawat ke atas ahli keluarga Baginda sallallahu „alayhi wasallam. 3. Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam selepas tasyahhud akhir. 4. Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat ab„adh di atas. 5. Bacaan qunut semasa i„tidal pada raka„at sembahyang Subuh, pada raka„at akhir sembahyang witir ketika separuh kedua bulan Ramadhan iaitu selepas malam kelima belas. Sunat Hai’ah Sunat hai‟ah sangat banyak semasa melakukan sembahyang. Secara umumnya, sunat hai‟ah boleh diringkaskan kepada perkara-perkara berikut: 1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku„ dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada tasyahhud awal. 2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati. 3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit. 4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap. 5. Membaca al-isti„azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah. 6. Selain daripada itu, ma‟mum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat- tempat yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua raka„at pertama sembahyang Maghrib dan „Isya‟, Juma„at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa‟, tarawih, witir ramadhan, dua raka„at selepas tawaf pada malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah memperlahankan suara. 7. Membaca selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma‟mum atau bersendirian. 8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan ma‟mum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada raka„at ketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan dua raka„at pertama.
  • 54. 54 9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain. 10. Membaca semasa mengangkat kepala daripada ruku„. 11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali. 12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud. 13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada selain mereka yang masbuq dan yang lupa. 14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir. 15. Berdoa dan ta„awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas tasyahhud akhir. 16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama. 17. Khusyu„, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan. Bab 15 : Perkara Makruh Dalam Solat PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG Makruh mengikut jumhur ulama‟ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah. Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut: 1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja. 2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur‟an. 3. Membaca dalam raka„at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka„at pertama. 4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka„at yang sama atau dalam dua raka„at. 5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu. 6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
  • 55. 55 7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab. 8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi. 9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut. 10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya. 11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka„at akhir sembahyang fardhu kecuali ma‟mum yang masbuq yang ketinggalan raka„at pertama dan kedua. 12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya. 13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa. 14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain. 15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya. 16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia. 17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang. Bab 16 : Perkara Yang Membatalkan Solat PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut: 1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur‟an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya. 2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan. 3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya: