SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 26
JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Nama & No. Kad Pengenalan
Kod & Nama Kursus SJH3163- Malaysia Negara Kita
Kumpulan
Nama Pensyarah
Deskripsi Tugasan Penulisan Akademik
Tarikh Hantar
“Saya maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat.
Dengan ini saya akui tugasan ini hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya dijelaskan sumbernya.”
Tanda tangan pelajar: ___________________ Tarikh: _______________
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Tarikh dihantar : _____/_____/_____ Diterima oleh : _________________
Tarikh disemak : _____/_____/_____ Dinilai oleh : ___________________
Markah :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : SHERLY JEWINLY Angka Giliran Pelajar :
Tajuk Tugasan : PENULISAN AKADEMIK
Pensyarah : Subjek / Kursus : SJH3163- MALAYSIA NEGARA
KITA
Tarikh Diterima:
Pengakuan Pelajar
Saya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru ( Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan)
1999.
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :____________________________ Tarikh :_______________________
( )
Perincian Maklum Balas Tugasan
Pemeriksa Moderator
Kekuatan: Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah.
Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuk dan fahami.
Tandatangan Pelajar :
Tarikh :
NAMA :
NO. KAD PENGENALAN :
ASAL :
AMBILAN :
NO. TELEFON :
BIODATA
ISI KANDUNGAN
NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Biodata 1
2 Isi Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pendahuluan 4
5 Penulisan Akademik 5-14
6 Rujukan 15
7 Slaid Pembentangan 16-24
PENGHARGAAN
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
kursus Malaysia Negara Kita kami, DR. Hajah Fatimah binti Mohd Dahalan kerana dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya
berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih
PENDAHULUAN
Bagi tugasan ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan sebuah penulisan akademik
yang berbentuk kajian kes yang merangkumi peranan, usaha-usaha dan sumbangan salah
seorang tokoh pemimpin negara yang menunjukkan nilai kepimpinan patriotisme yang tinggi
demi membawa kemajuan, kemodenan, dan kemakmuran negara. Bagi tugasan ini, saya
telah memilih idola saya sendiri iaitu Tun DR. Mahathir bin Mohamad.
PERANAN, USAHA-USAHA DAN SUMBANGAN TUN DR. MAHATHIR MOhAMAD
DALAM KEMAJUAN, KEMODENAN DAN KEMAKMURAN MALAYSIA.
1.0 Pendahuluan
“ Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ulung. Sepanjang lebih 20 tahun
memegang tampuk pentadbiran, beliau berjaya merubah Malaysia daripada sebuah
masyarakat pertanian yang tiada hala tuju menjadi sebuah negara perindustrian yang
dinamik. Beliau mendidik rakyatnya untuk mengamalkan budaya ilmu dan berjalan jauh untuk
belajar di luar negara kerana golongan inilah yang kembali kemudiannya mengubah corak
dan hala tuju Malaysia”. Begitulah petikan kata-kata bekas perdana menteri Singapura Lee
Kuan Yew menurut buku Wawancara Dengan Mahathir Mohamad hasil nukilan Tom Plate
(2012). Merujuk daripada petikan kata-kata berikut, dapat dilihat dengan jelas bahawa Tun
Dr. Mahathir Modamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan juga dikenali
sebagai Bapa Pemodenan Malaysia telah membawa perubahan yang sangat besar kepada
Malaysia bukan sahaja dari segi kemajuan, pemodenan, tetapi juga dari segi kemakmuran
dan pelbagai aspek lain.
1.1 Latarbelakang Ringkas Tun Dr. Mahathir Mohamad
Menurut Yu Chuan Chon ( 2013), Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahirkan oleh Cik Wan
Tempawan bin Cik Wan Hanapi, seorang suri rumah sepenuh masa berbangsa Melayu di Alor
Setar, Kedah pada 20 Disember 1925. Ayah Tun Dr. Mahathir iaitu Mohamad bin Iskandar
merupakan seorang guru besar berketurunan Islam India yang pertama di sebuah Sekolah
Inggeris di Kedah. Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan anak bongsu daripada 9 orang
adik beradik dan beliau merupakan anak bongsu yang sangat dimanjakan. “Che Det”
merupakan nama manja yang diberikan kepada beliau. Pada 5 Ogos 1956, Tun Dr Mahathir
Mohamad telah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya iaitu Dr.Siti Hasma yang merupakan
rakannya semasa belajar di Kolej Perubatan King Edward VIII di Singapura. Hasil daripada
perkahwinan mereka, mereka telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata. (Yu Chuan
Chon,2013).
PENULISAN ILMIAH
Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik, Tun Dr. Mahathir Mohamad
merupakan seorang doktor perubatan yang bekerja dengan kerajaan di Hospital Besar Alor
Setar. Namun begitu, beliau bertekad untuk membuka kliniknya sendiri dan telah meletakkan
jawatannya dari hospital kerajaan. Keputusan untuk berhenti kerja sebagai kakitangan
kerajaan adalah kerana beliau merasakan bekerja di sektor kerajaan telah membataskan
beliau untuk bergerak aktif di dalam politik. Beliau kemudiannya telah meniaga buah-buahan
dan cendol di Pekan Rabu, Kedah untuk mengumpul modal bagi membuka kliniknya sendiri.
Di situ lah beliau melihat sendiri kesusahan orang Melayu untuk mendapatkan ruang niaga.
Peristiwa inilah yang mendorong Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menceburi bidang politik
(Nurhazuren, 2009).
1.2 Penglibatan di Dalam Politik
Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Tun
Dr. Mahathir Mohamad bergiat dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada
pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964,
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga dikenali sebagai Dr. Mahathir oleh rakyat, diberi
kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar
di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan
masyarakat dan senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun
1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan
raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969 (Asma, 2015).
Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan
membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun
1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University
Court and University of Malaya Council serta Chairman of the National University Council
pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan
jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang
mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir
dilantik sebagai Menteri Pelajaran (Asma,2015).
Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan
Agung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) pada tahun 1975 telah
menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan
jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah
dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang keempat pada usia 55 tahun
(Asma,2015). Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling lama memerintah iaitu
selama 22 tahun, bersamaan dengan hampir tiga orang presiden Amerika Syarikat yang
melengkapkan sepenuhnya dua terma empat-tahun masing-masing (Plate, 2012).
2.0 Peranan, Usaha-Usaha Dan Sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad
Seperti mana yang diketahui umum, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang tokoh Gergasi
Asia. Selama 22 tahun, beliau dengan gigihnya telah menyeret Malaysia keluar dari bawah
tempurung nun jauh di ceruk Khatulistiwa yang sebelum ini tidak dihiraukan sesiapa lalu
ditolaknya naik ke persada dunia sehingga menjadi watak yang mendapat pengiktirafan
pemerhati global (Plate,2012). Di Malaysia, Dr. Mahathir telah berusaha memastikan agar
negara tercintanya tidak ketinggalan dalam sambaran arus deras pertumbuhan yang
dicetuskan oleh Keajaiban Ekonomi Asia (Alias Mohamed, 2011). Dr. Mahathir telah
melakukan pelbagai usaha untuk memberikan sumbangan pada kapasiti maksimum kepada
Malaysia, sesuai dengan peranannya sebagai Perdana Menteri pada ketika itu. Antara
sumbangan Dr. Mahathir yang akan diulas adalah seperti berikut,
a. Kempen Bersih, Cekap, Amanah
b. Dasar Pandang Ke Timur
c. MeMalaysiakan Syarikat Asing
d. Penswastaan
e. Merancakkan Pertumbuhan Industri dan Permotoran
f. Wawasan 2020
g. Koridor Raya Multimedia
h. Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya
i. Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur (KLIA)
2.1 Kempen Bersih, Cekap, Amanah
Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir dan revolusioner. Beliau ingin
perubahan berlaku dalam minda dan fizikal rakyat kerana menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad
sendiri, untuk mengubah sesebuah negara haruslah bermula daripada penduduknya terlebih
dahulu (Nurhazuren, 2009). Oleh yang demikian, pada tahun 1982, Dr. Mahathir telah
melancarkan Kempen Bersih, Cekap, Amanah bertujuan meningkatkan produktiviti dan
menanamkan etika kerja serta usaha kearah kecemerlangan. Semasa kempen ini
berlangsung, Dr. Mahathir telah mewajibkan sistem rakaman waktu di setiap permis kerajaan
dan memakai tanda nama pada waktu bekerja agar orang ramai tahu dengan siapa mereka
berurusan. Menurut Tun. Dr Mahathir Mohamad dalam buku Doktor Umum;Memoir Tun Dr
Mahathir Mohamad (2012), melakukan perubahan dalam suatu masyarakat, orang Melayu
khususnya, yang terikat dengan adat bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka tidak
suka akan perubahan. Oleh yang demikian, untuk memimpin anak bangsanya yang tercinta
ke arah kehidupan yang lebih baik, beliau gagahkan diri untuk membawa perubahan pada
mereka pada cara yang berlainan dan cara beliau melakukannya adalah dengan menerapkan
perubahan tersebut pada Kerajaan sendiri. Melalui kempen tersebut, perubahan mula berlaku
dimana rakyat semakin menepati masa, bekerja keras dan kadar rasuah juga mula
berkurangan (Kamila, 2017).
Menyusul selepas itu ialah kempen Kepimpinan Melalaui Teladan yang berhasrat
memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap
lapisan kakitangan Kerajaan. Dr. Mahathir berhasrat untuk memimpin melalui tauladan. Oleh
itu, beliau mengamalkan sendiri nilai-nilai yang beliau perkenalkan dengan menolak sebarang
percubaan untuk menyogok beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad, 2012). Hal ini menunjukkan
dengan jelas bahawa Dr. Mahathir benar-benar sayang akan negaranya kerana beliau
sanggup mengamalkan perubahan yang beliau ingin terapkan pada rakyat terlebih dahulu
sebelum melancarkan kempen tersebut kepada orang ramai. Dengan melihat kepada usaha
keras beliau dalam kempen-kempen yang telah beliau lancarkan, jelaslah bahawa beliau
benar-benar ingin mewujudkan sebuah negara yang berjaya dan makmur. Ini menunjukkan
bahawa nilai patriotisme yang diamalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah sangat
tinggi dan tidak boleh disangkal lagi.
2.2 Dasar Pandang ke Timur
“Sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu, kita semua percaya bahawa orang Barat
lebih hebat, pandai dan memiliki segala kuasa. Ini bermakna bahawa kita percaya bahawa
semua orang bukan kulit putih termasuk bangsa Asian serba kekurangan. Bagaimanapun,
kunjungan awal saya ke Jepun telah meyakinkan saya bahawa rakyat Malaysia boleh
mempelajari banyak perkara daripada negara Jepun dan negara-negara Asia yang
berprestasi baik. ” (Tun Dr Mahathir Mohamad, 2012). Oleh yang demikian, Tun Dr. Mahathir
Mohamad telah melancarkan DasarPandang Ke Timur 8 Februari 1982 semasaPersidangan
5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini
bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap
contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan
mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Tumpuan pandangan Tun Dr
Mahathir Mohamad ke atas contoh-contoh yang harus di pelajari oleh rakyat Malaysia ialah
dari segi kemajuan Jepun dan Korea Selatan dari segi ekonomi, pendidikan, kesenian dan
kebudayaan. Ini kerana kemajuan kedua-dua negara ini adalah dipacu oleh kecekapan,
kesungguhan, nilai-nilai estetika yang tinggi dalam cara hidup dan berorganisasi masyarakat
Jepun (Asma, 2015). Walaupun menghadapi tekanan dan beberapa halangan ketika
menjalankan dasar ini di Malaysia, Dr. Mahathir enggan hilang semangat atau sangsi
terhadap diri dan laluan yang telah beliau pilih kerana beliau mempunyai visi dan misi yang
jelas dalam memastikan pembangunan Malaysia terus meningkat.
2.3 MeMalaysiakan Syarikat Asing
Syarikat-syarikat besar yang ditubuhkan di negara ini pada zaman Penjajahan Inggeris
terus menjadi hak milik orang asing selepas merdeka (Chong Ee Joe, 2012). Kerajaan
Malaysia berpendapat bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi memaksimumkan pendapatan
daripada aset utama negara kita. Oleh yang demikian, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah
bertindak agresif bagi mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi hak Malaysia.
Bagaimanapun, beliau tidak boleh memiliknegarakan syarikat asing seperti yang dibuat oleh
kebanyakan negara baru merdeka kerana tindakan ini akan memberi kesan negatif kepada
pelaburan asing yang diperlukan. Oleh itu, Dr. Mahathir telah membeli semula aset-aset
utama yang menjana kekayaan bagi menikmati keuntungan yang dihasilkan dan demi
kebangaan nasional (Tun Dr Mahathir, New Perspectives Quarterly, 2013). Kebijaksanaan
dan usaha Dr. Mahathir dalam menyusun strategi bagi membangunkan semula ekonomi
Malaysia menunjukkan bahawa semangat cinta akan negara adalah sangat tebal kerana
untuk melaksanakan perkara yang telah dilakukan oleh beliau bukanlah sesuatu yang mudah
dan tidak akan terjadi dalam satu malam sahaja. Kegigihan beliau dalam meningkatkan nama
Malaysia di mata dunia amatlah mengagumkan.
2.4 Penswastaan
Malaysia mempunyai sebilangan perniagaan milik negara yang berjalan lancar. Jadi,
kerajaan mula memikirkan mengenai kemungkinan menguruskannya sebagai perbadanan
swasta. Perbezaan di antara syarikat swasta dan syarikat milik negara adalah motif
keuntungan. Manakala semuakeuntungan perniagaan milik negara masuk ke kocek kerajaan,
keuntungan syarikat swasta selepas ditolak cukai akan mengalir kepada pemilik ataupun
pemegang saham (Tun Dr Mahathir, New Perspectives Quarterly, 2013). Pengurusan dan
pekerja turut mendapat faedah dalam bentuk bonus dan kenaikan gaji. Dengan keuntungan
sebagai insentif, pemilik, pekerja dan pengurusan akan bekerja lebih kuat (Tun Dr Mahathir,
2012). Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha
melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu
diswastakan agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat
mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan.
Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan
lebih cekap.
Penswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan
kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan
juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih
selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan Dasar Pensyarikatan Malaysia yang
bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja
sebagai rakan kongsi dalam pembangunan (Zawiyah, 2015). Daripada penswastaan ini,
syarikat-syarikat gergasi yang berjaya seperti Telekom Malaysia dan Lebuh Raya Utara
Selatan telah menjadikan Malaysia contoh terbaik mengenai apa yang boleh dilakukan dan
dicapai oleh sebuah negara membangun jika mempunyai sektor swasta yang kukuh. Banyak
negara membangun yang tertarik dengan kejayaan kita dan perkara ini sekali lagi
membuktikan bahawa hasil daripada kepimpinan Dr. Mahathir yang mengamalkan nilai-nilai
patriotisme yang tinggi, negara kita mampu membangun dengan pesat seterusnya menjadi
contoh kepada negara-negara lain.
2.5 Merancakkan Pertumbuhan Industri
Selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih tampok pemerintahan negara, beliau telah
melancarkan Proton Saga merupakan model pertama keluaran syarikat automotif pertama
Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore (Yazam, 2016). Ia
dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Pada tahun yang
samaTun Dr Mahathir Mohamad telah merasmikan Jambatan Pulau Pinang pada September
1985 dengan menaiki Proton Saga yang menghubungkan Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Tun Dr Mahathir mensifatkan bahawa kejayaan yang dicapai oleh PROTON dan PERODUA
membolehkan negara menyediakan kenderaan mampu milik oleh ramai penduduk Malaysia.
Bilangan permintaan yang banyak dari penduduk Malaysia membolehkan kedua-dua syarikat
kenderaan nasional itu membangunkan komponen kenderaan dengan rangkaian jualan
seluruh negara disamping keupayaan penyelidikan bagi kenderaan penumpang (Asma,
2015).
Pada 7 Februari 1995, Malaysia sekali lagi telah maju setapak dalam industri pembuatan
permotoran dengan wujudnya Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd, atau lebih dikenali
sebagai Modenas ialah syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai
model motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Ibu pejabat dan
kilangnya terletak di Gurun, Kedah, Malaysia. Modenas adalah usahasama syarikat Malaysia
iaitu DRB Hicom dan 2 syarikat Jepun iaitu Kawasaki Heavy Industri Ltd dan Nissho Iwai
Corporation (Asma, 2015).
Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, Dr. Mahathir juga menggerakkan projek
litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara
juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang
pengeluaran pesawat terbang ringan Eagles X-TS. Belum sempat rakyat mengejar teknologi
negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan
Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium
Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar
Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup
dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996
(Nurhazuren, 2009). Kejayaan Malaysia untuk mencipta sesuatu yang berteknologi tinggi
adalah sangat membanggakan kerana Malaysia merupakan sebuah negara membangun
tetapi mampu menghasilkan produk yang setanding dengan negara-negara maju dunia.
Kepimpinan Dr. Mahathir yang membawa banyak perubahan positif yang drastik kepada
negara merupakan salah satu contoh pengamalan nilai patriotisme yang sepatutnya dicontohi
oleh generasi masa kini.
2.6 Wawasan 2020
Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991 dan merupakan rancangan 30 tahun
mengenai apa yang perlu kita lakukan untuk menjadi sebuah negara yang maju. Harapan Tun
Dr Mahathir Mohamad ketika beliau masih menyandang tugas sebagai Perdana Menteri
Malaysia adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun
2020. Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr
Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli
dengan perlaksanaan yang berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan
kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang (Nurhazuren, 2009). Melihat kepada
rancangan-rancangan yang terdapat dalam Wawasan 2020 menunjukkan bahawa Dr.
Mahathir mempunyai visi yang jelas mengenai laluan ke arah pembangunan negara. Beliau
tidak merancang Wawasan 2020 tanpa memikirkan mengenai cabaran yang bakal dihadapi.
Beliau memikirkan dengan teliti kebaikan dan kekurangan pelaksanaan Wawasan 2020 (
(Chong Ee Joe, 2012). Kebolehan beliau untuk merancangan laluan tersebut untu dijadikan
panduan selama30 tahun akan datang adalah sesuatu yang luar biasa. Perasaan cinta beliau
kepada negara jelas ditunjukkan apabila beliau sanggup memerah idea yang bukan mudah
untuk difikirkan untuk merancang laluan pembanguan, pemodenan dan kemakmuran negara.
2.7 Koridor Raya Multimedia
Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah seorang yang berpandangan jauh. Beliau bukan saja
mempelajari dan memiliki komputer di pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia
menguasai teknologi komputer. Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor
Raya Multimedia (MSC) yang akan menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen
pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan
semua ruang linkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus
buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dengan harapan
MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia . Gagasan MSC akan menempatkan
kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada
perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa
bersempadanan serta pusat pengeluar sesawangsedunia. Beliau melaksanakan MSC kerana
beliau sebagai seorang pemimpin melihat sendiri potensi Malaysia untuk menjadi pusat
pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. Beliau berani menyahut
cabaran untuk melaksanakan MSC di negara membangun kerana beliau tahu kebaikan dan
faedah-faedah kemajuan dunia siber yang akan diperolehi di Malaysia jika MSC berjaya
dilaksanakan (Alias Mohamed, 2011).
2.8 Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya
Pada tahun 1996 Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat satu lagi impiannya menjadi
kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur
yang menempatkan pusat transmisi televisyen dan telefon selular merupakan manara konkrit
yang tertinggi di dunia pada ketika itu dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling
bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga
tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga
mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ataupun Menara Berkembar Petronas yakni
projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2 billion. Bangunan ini merupakan
bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara
berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal
menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara
'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa
tahun yang akan datang. Hari ini, PETRONAS merupakan salah sebuah syarikat petroleum
nasional yang paling berjaya di dunia. Setelah digesa oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,
PETRONAS telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa syarikat dan orang kita
boleh berjaya (Alias Mohamed, 2011).
Pada September 1996, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan pembinaan
bandaraya pentadbiran persekutuan Putrajaya yang bernilai RM2.6 billion di bawah pimpinan
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Putrajaya ialah sebuah bandar pentadbiran terancang
mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara
dan seterusnyamewujudkan kerajaan elektronik. Putrajaya melambangkan ego dan wawasan
peribadi seseorang manusia. Tanpa Putrajaya, masalah lalu lintas di Kuala Lumpur akan
menjadi lebih teruk. Dalam jangka masa 20 tahun lagi, masalah itu akan menjadi begitu
meruncing sehingga tidak boleh diatasi (Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2012). Kesungguhan
beliau untuk berfikir apa yang akan terjadi pada masa hadapan jika sesuatu perkara negatif
tidak dielakkan menunjukkan bahawa beliau sangat sayang akan negaranya dan mahu
negaranya untuk membangun dan maju dengan baik.
2.9 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat
terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar
kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai
RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta
penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang
paling kompetitif di dunia (Nurhazuren, 2009). Kini, KLIA menjadi salah satu contoh cemerlang
pembangunan negara dengan infrastrukturnya yang bertaraf dunia. Pada April 2002 pula,
perkhidmatan kereta api berkelajuan sederhana Express Rail Link (ERL) telah dilancarkan
dan ini merupakan salah satu faktor yang membuktikan bahawa KLIA merupakan sebuah
lapangan terbang yang bertaraf dunia (Wikipedia Bahasa Melayu, 2018) . Kebolehan Malaysia
untuk membangunkan kemudan-kemudahan ini ketika di bawah pemerintahan Tun Dr.
Mahathir Mohamad adalah sangat mengagumkan dan semangat beliau untuk melaksanakan
semua ini seharusnya dicontohi oleh semua orang.
3.0 Kesimpulan
Peranan, usaha-usaha dan sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Malaysia
adalah luar biasa. Kebolehan seorang individu untuk memikirkan begitu banyak sekali idea-
idea bijak untuk membangunkan sebuah negara yang tidak dihiraukan di mata dunia kepada
sebuah negara yang dikenali menunjukkan bahawa Tun Dr. Mahathir adalah seorang insan
yang hebat. Beliau sangat berbeza berbanding dengan tiga Perdana Menteri Malaysia yang
lepas yang mana masing-masing mendapat pendidikan dan pendedahan daripada luar
negara. Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar menunjukkan contoh tauladan dengan beliau
sendiri adalah seorang graduan tempatan yang telah berjaya memimpin Malaysia ke tahap
yang sangat membanggakan. Tidak hairanlah Tun Dr. Mahathir Mohamad digelar Tokoh
Gergsasi Asia kerana beliau merupakan seorang yang mempunyai pengaruh yang besar
sehingga kini.
Cara beliau melihat dunia dengan sentiasa berpandangan jauh dan tidak mudah
berputus asa walaupun dimaki hamun dan dicemuh malah dikatakan gila ketika cuba untuk
membuat perubahan yang besar di Malaysia harus dicontohi oleh generasi muda yang bakal
mewarisi pucuk pimpinan negara (Yahaya, 2009). Sebagai salah seorang rakyat Malaysia
yang merasai nikmat hidup selesa hasil daripada idea-idea Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya
merasakan bahawa ucapan terima kasih sahaja adalah tidak memadai untuk seorang insan
yang begitu hebat. Semoga segala apa yang diperjuangkan selama ini memberi kepuasan
dan ketenangan kepada Tun Dr. Mahathir dan semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad sentiasa
di bawah lindungan-Nya. Malaysia sayangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya sayangkan
Tun Dr. Mahathir Mohamad.
SOALAN 4: Analisis faktor-faktor yang mendorong British menubuhkan Negeri-negeri
Selat dan implikasinya kepada kemajuan ekonomi Tanah Melayu.
SLAID PEMBENTANGAN
Alias Mohamed. (2011). Kepimpinan Demokrasi dan Tradisi. Kuala Lumpur: AMW
Communications Management.
Asma, A.-B. (2015). Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam
Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada Era 1981 - 2002.
Chong Ee Joe. (2012, Mei 22). Peranan dan Sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Retrieved from Scibd.com: https://www.scribd.com/doc/21783428/Peranan-Dan-
Sumbangan-Tun-Dr-Mahathir-Mohamad
Kamila, G. (2017). Discourse and leadership of Dr. Mahathir Mohamed: The relational value
of texts to create solidarity .
Nurhazuren, H. (2009, 11 14). Tun Dr Mahathir Mohamad. Retrieved from
Penerangan.gov.my: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/13758-tun-dr-
mahathir-mohamad.html
Plate, T. (2012). Wawancara dengan Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Marshall Cavendish.
Tun Dr Mahathir, M. (2012). Doktor Umum; Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kuala
Lumpur: MPH Publishing.
Tun Dr Mahathir, M. (2013). New Perspectives Quarterly. The Mother of All Solutions for the
Global Crisis, 26-29.
Wikipedia Bahasa Melayu. (2018, Februari 11). Mahathir bin Mohamad. Retrieved from
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad
Yahaya, I. (2009). Revolusi Mental Mahathir. Kuala Lumpur: Usaha Teguh Sdn. Bhd.
Yazam, S. (2016). The Proton-Rover Saga: A Business History Approach.
Yu Chuan Chon. (2013). Mahathir Mohamad. Kuala Lumpr: MPH Publishing.
Zawiyah, M. (2015). The Emergence of Civil Disobedience: A Comparison during Dr. Mahathir
and Abdullah Badawi’s Era.
RUJUKAN

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaannasywah79
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING NurZahidah22
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insanNorFatin Amira
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)JASONYAPMUNHONG
 
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesar
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesarSejarah stpm penggal 3 raja dan pembesar
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesarKarsodikromo Yatiman
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020Lala Aliron
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLim Willy
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi barumunnianwar
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranUNie ONie
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimannasywah79
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMevelyn_01
 
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)munnianwar
 
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)sejarahkkb
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaShenara Nazrah
 

Was ist angesagt? (20)

Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Pengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep NegaraPengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep Negara
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insan
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
 
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesar
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesarSejarah stpm penggal 3 raja dan pembesar
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesar
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
Rmk10
Rmk10Rmk10
Rmk10
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaran
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakiman
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2
Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2
Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
 
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
 
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysia
 

Ähnlich wie Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir mohamad)

buku "doktor umum", Dr. Mahathir
buku "doktor umum", Dr. Mahathirbuku "doktor umum", Dr. Mahathir
buku "doktor umum", Dr. MahathirSyco De-syed
 
Tapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran azTapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran azXeri Ee
 
Tapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran azTapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran azXeri Ee
 
Tapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran azTapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran azXeri Ee
 
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishHns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishAminah Ibrahim
 
Lp mokhtar muhammad_98_24
Lp mokhtar muhammad_98_24Lp mokhtar muhammad_98_24
Lp mokhtar muhammad_98_24Nadia Syafikah
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14salimomo
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14Ct Safiyah
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaJoe Onn Lim
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14salimomo
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14Ct Safiyah
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikImsamad
 
9.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.20119.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.2011043799
 
Falsafah, mbi , isu pendidikanpelbagai
Falsafah, mbi , isu pendidikanpelbagaiFalsafah, mbi , isu pendidikanpelbagai
Falsafah, mbi , isu pendidikanpelbagaiZiyad Alhaq
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiRozhan Zakaria
 
Lp kassim mohamad_98_24
Lp kassim mohamad_98_24Lp kassim mohamad_98_24
Lp kassim mohamad_98_24Nadia Syafikah
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanNUR HUMAIRAH AMIRA
 
TITAS full report.docx
TITAS full report.docxTITAS full report.docx
TITAS full report.docxssuser8a98a9
 

Ähnlich wie Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir mohamad) (20)

buku "doktor umum", Dr. Mahathir
buku "doktor umum", Dr. Mahathirbuku "doktor umum", Dr. Mahathir
buku "doktor umum", Dr. Mahathir
 
Tapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran azTapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran az
 
Tapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran azTapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran az
 
Tapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran azTapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran az
 
Pengaruh tun m
Pengaruh tun mPengaruh tun m
Pengaruh tun m
 
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishHns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
 
Lp mokhtar muhammad_98_24
Lp mokhtar muhammad_98_24Lp mokhtar muhammad_98_24
Lp mokhtar muhammad_98_24
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14
 
Perdana menteri pertama
Perdana menteri pertamaPerdana menteri pertama
Perdana menteri pertama
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan Autokratik
 
9.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.20119.z.khairi.usm.mei.2011
9.z.khairi.usm.mei.2011
 
Falsafah, mbi , isu pendidikanpelbagai
Falsafah, mbi , isu pendidikanpelbagaiFalsafah, mbi , isu pendidikanpelbagai
Falsafah, mbi , isu pendidikanpelbagai
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
 
Lp kassim mohamad_98_24
Lp kassim mohamad_98_24Lp kassim mohamad_98_24
Lp kassim mohamad_98_24
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
 
TITAS full report.docx
TITAS full report.docxTITAS full report.docx
TITAS full report.docx
 

Mehr von Sherly Jewinly

Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan TeknologiPenyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan TeknologiSherly Jewinly
 
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan TindakanContoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan TindakanSherly Jewinly
 
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Sherly Jewinly
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Sherly Jewinly
 
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...Sherly Jewinly
 
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...Sherly Jewinly
 
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)Sherly Jewinly
 
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)Sherly Jewinly
 
Laporan Internship Senamrobik
Laporan Internship SenamrobikLaporan Internship Senamrobik
Laporan Internship SenamrobikSherly Jewinly
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiSherly Jewinly
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALSherly Jewinly
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiiSherly Jewinly
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALSherly Jewinly
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1Sherly Jewinly
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awalRph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awalSherly Jewinly
 
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Sherly Jewinly
 
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu MelakaRph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu MelakaSherly Jewinly
 
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaan
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaanRph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaan
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaanSherly Jewinly
 

Mehr von Sherly Jewinly (20)

Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan TeknologiPenyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
 
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan TindakanContoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
 
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
 
Assignment EDU3083
Assignment EDU3083Assignment EDU3083
Assignment EDU3083
 
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
 
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
 
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
 
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
 
Laporan Internship Senamrobik
Laporan Internship SenamrobikLaporan Internship Senamrobik
Laporan Internship Senamrobik
 
Rph sejarah tahun 4
Rph sejarah tahun 4Rph sejarah tahun 4
Rph sejarah tahun 4
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awalRph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
 
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
 
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu MelakaRph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
 
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaan
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaanRph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaan
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaan
 

Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir mohamad)

  • 1. JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK Nama & No. Kad Pengenalan Kod & Nama Kursus SJH3163- Malaysia Negara Kita Kumpulan Nama Pensyarah Deskripsi Tugasan Penulisan Akademik Tarikh Hantar “Saya maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat. Dengan ini saya akui tugasan ini hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya dijelaskan sumbernya.” Tanda tangan pelajar: ___________________ Tarikh: _______________ UNTUK KEGUNAAN JABATAN Tarikh dihantar : _____/_____/_____ Diterima oleh : _________________ Tarikh disemak : _____/_____/_____ Dinilai oleh : ___________________ Markah :
  • 2. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama : SHERLY JEWINLY Angka Giliran Pelajar : Tajuk Tugasan : PENULISAN AKADEMIK Pensyarah : Subjek / Kursus : SJH3163- MALAYSIA NEGARA KITA Tarikh Diterima: Pengakuan Pelajar Saya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru ( Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) 1999. Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :____________________________ Tarikh :_______________________ ( ) Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa Moderator Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah. Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Tandatangan Pelajar : Tarikh :
  • 3. NAMA : NO. KAD PENGENALAN : ASAL : AMBILAN : NO. TELEFON : BIODATA
  • 4. ISI KANDUNGAN NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Biodata 1 2 Isi Kandungan 2 3 Penghargaan 3 4 Pendahuluan 4 5 Penulisan Akademik 5-14 6 Rujukan 15 7 Slaid Pembentangan 16-24
  • 5. PENGHARGAAN Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kursus Malaysia Negara Kita kami, DR. Hajah Fatimah binti Mohd Dahalan kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih
  • 6. PENDAHULUAN Bagi tugasan ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan sebuah penulisan akademik yang berbentuk kajian kes yang merangkumi peranan, usaha-usaha dan sumbangan salah seorang tokoh pemimpin negara yang menunjukkan nilai kepimpinan patriotisme yang tinggi demi membawa kemajuan, kemodenan, dan kemakmuran negara. Bagi tugasan ini, saya telah memilih idola saya sendiri iaitu Tun DR. Mahathir bin Mohamad.
  • 7. PERANAN, USAHA-USAHA DAN SUMBANGAN TUN DR. MAHATHIR MOhAMAD DALAM KEMAJUAN, KEMODENAN DAN KEMAKMURAN MALAYSIA. 1.0 Pendahuluan “ Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ulung. Sepanjang lebih 20 tahun memegang tampuk pentadbiran, beliau berjaya merubah Malaysia daripada sebuah masyarakat pertanian yang tiada hala tuju menjadi sebuah negara perindustrian yang dinamik. Beliau mendidik rakyatnya untuk mengamalkan budaya ilmu dan berjalan jauh untuk belajar di luar negara kerana golongan inilah yang kembali kemudiannya mengubah corak dan hala tuju Malaysia”. Begitulah petikan kata-kata bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew menurut buku Wawancara Dengan Mahathir Mohamad hasil nukilan Tom Plate (2012). Merujuk daripada petikan kata-kata berikut, dapat dilihat dengan jelas bahawa Tun Dr. Mahathir Modamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan juga dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia telah membawa perubahan yang sangat besar kepada Malaysia bukan sahaja dari segi kemajuan, pemodenan, tetapi juga dari segi kemakmuran dan pelbagai aspek lain. 1.1 Latarbelakang Ringkas Tun Dr. Mahathir Mohamad Menurut Yu Chuan Chon ( 2013), Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahirkan oleh Cik Wan Tempawan bin Cik Wan Hanapi, seorang suri rumah sepenuh masa berbangsa Melayu di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember 1925. Ayah Tun Dr. Mahathir iaitu Mohamad bin Iskandar merupakan seorang guru besar berketurunan Islam India yang pertama di sebuah Sekolah Inggeris di Kedah. Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan anak bongsu daripada 9 orang adik beradik dan beliau merupakan anak bongsu yang sangat dimanjakan. “Che Det” merupakan nama manja yang diberikan kepada beliau. Pada 5 Ogos 1956, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya iaitu Dr.Siti Hasma yang merupakan rakannya semasa belajar di Kolej Perubatan King Edward VIII di Singapura. Hasil daripada perkahwinan mereka, mereka telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata. (Yu Chuan Chon,2013). PENULISAN ILMIAH
  • 8. Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang doktor perubatan yang bekerja dengan kerajaan di Hospital Besar Alor Setar. Namun begitu, beliau bertekad untuk membuka kliniknya sendiri dan telah meletakkan jawatannya dari hospital kerajaan. Keputusan untuk berhenti kerja sebagai kakitangan kerajaan adalah kerana beliau merasakan bekerja di sektor kerajaan telah membataskan beliau untuk bergerak aktif di dalam politik. Beliau kemudiannya telah meniaga buah-buahan dan cendol di Pekan Rabu, Kedah untuk mengumpul modal bagi membuka kliniknya sendiri. Di situ lah beliau melihat sendiri kesusahan orang Melayu untuk mendapatkan ruang niaga. Peristiwa inilah yang mendorong Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menceburi bidang politik (Nurhazuren, 2009). 1.2 Penglibatan di Dalam Politik Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Tun Dr. Mahathir Mohamad bergiat dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga dikenali sebagai Dr. Mahathir oleh rakyat, diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969 (Asma, 2015). Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran (Asma,2015). Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) pada tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang keempat pada usia 55 tahun (Asma,2015). Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling lama memerintah iaitu
  • 9. selama 22 tahun, bersamaan dengan hampir tiga orang presiden Amerika Syarikat yang melengkapkan sepenuhnya dua terma empat-tahun masing-masing (Plate, 2012). 2.0 Peranan, Usaha-Usaha Dan Sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad Seperti mana yang diketahui umum, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang tokoh Gergasi Asia. Selama 22 tahun, beliau dengan gigihnya telah menyeret Malaysia keluar dari bawah tempurung nun jauh di ceruk Khatulistiwa yang sebelum ini tidak dihiraukan sesiapa lalu ditolaknya naik ke persada dunia sehingga menjadi watak yang mendapat pengiktirafan pemerhati global (Plate,2012). Di Malaysia, Dr. Mahathir telah berusaha memastikan agar negara tercintanya tidak ketinggalan dalam sambaran arus deras pertumbuhan yang dicetuskan oleh Keajaiban Ekonomi Asia (Alias Mohamed, 2011). Dr. Mahathir telah melakukan pelbagai usaha untuk memberikan sumbangan pada kapasiti maksimum kepada Malaysia, sesuai dengan peranannya sebagai Perdana Menteri pada ketika itu. Antara sumbangan Dr. Mahathir yang akan diulas adalah seperti berikut, a. Kempen Bersih, Cekap, Amanah b. Dasar Pandang Ke Timur c. MeMalaysiakan Syarikat Asing d. Penswastaan e. Merancakkan Pertumbuhan Industri dan Permotoran f. Wawasan 2020 g. Koridor Raya Multimedia h. Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya i. Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.1 Kempen Bersih, Cekap, Amanah Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir dan revolusioner. Beliau ingin perubahan berlaku dalam minda dan fizikal rakyat kerana menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, untuk mengubah sesebuah negara haruslah bermula daripada penduduknya terlebih dahulu (Nurhazuren, 2009). Oleh yang demikian, pada tahun 1982, Dr. Mahathir telah melancarkan Kempen Bersih, Cekap, Amanah bertujuan meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha kearah kecemerlangan. Semasa kempen ini berlangsung, Dr. Mahathir telah mewajibkan sistem rakaman waktu di setiap permis kerajaan dan memakai tanda nama pada waktu bekerja agar orang ramai tahu dengan siapa mereka berurusan. Menurut Tun. Dr Mahathir Mohamad dalam buku Doktor Umum;Memoir Tun Dr
  • 10. Mahathir Mohamad (2012), melakukan perubahan dalam suatu masyarakat, orang Melayu khususnya, yang terikat dengan adat bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka tidak suka akan perubahan. Oleh yang demikian, untuk memimpin anak bangsanya yang tercinta ke arah kehidupan yang lebih baik, beliau gagahkan diri untuk membawa perubahan pada mereka pada cara yang berlainan dan cara beliau melakukannya adalah dengan menerapkan perubahan tersebut pada Kerajaan sendiri. Melalui kempen tersebut, perubahan mula berlaku dimana rakyat semakin menepati masa, bekerja keras dan kadar rasuah juga mula berkurangan (Kamila, 2017). Menyusul selepas itu ialah kempen Kepimpinan Melalaui Teladan yang berhasrat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan kakitangan Kerajaan. Dr. Mahathir berhasrat untuk memimpin melalui tauladan. Oleh itu, beliau mengamalkan sendiri nilai-nilai yang beliau perkenalkan dengan menolak sebarang percubaan untuk menyogok beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad, 2012). Hal ini menunjukkan dengan jelas bahawa Dr. Mahathir benar-benar sayang akan negaranya kerana beliau sanggup mengamalkan perubahan yang beliau ingin terapkan pada rakyat terlebih dahulu sebelum melancarkan kempen tersebut kepada orang ramai. Dengan melihat kepada usaha keras beliau dalam kempen-kempen yang telah beliau lancarkan, jelaslah bahawa beliau benar-benar ingin mewujudkan sebuah negara yang berjaya dan makmur. Ini menunjukkan bahawa nilai patriotisme yang diamalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah sangat tinggi dan tidak boleh disangkal lagi. 2.2 Dasar Pandang ke Timur “Sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu, kita semua percaya bahawa orang Barat lebih hebat, pandai dan memiliki segala kuasa. Ini bermakna bahawa kita percaya bahawa semua orang bukan kulit putih termasuk bangsa Asian serba kekurangan. Bagaimanapun, kunjungan awal saya ke Jepun telah meyakinkan saya bahawa rakyat Malaysia boleh mempelajari banyak perkara daripada negara Jepun dan negara-negara Asia yang berprestasi baik. ” (Tun Dr Mahathir Mohamad, 2012). Oleh yang demikian, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan DasarPandang Ke Timur 8 Februari 1982 semasaPersidangan 5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Tumpuan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas contoh-contoh yang harus di pelajari oleh rakyat Malaysia ialah dari segi kemajuan Jepun dan Korea Selatan dari segi ekonomi, pendidikan, kesenian dan
  • 11. kebudayaan. Ini kerana kemajuan kedua-dua negara ini adalah dipacu oleh kecekapan, kesungguhan, nilai-nilai estetika yang tinggi dalam cara hidup dan berorganisasi masyarakat Jepun (Asma, 2015). Walaupun menghadapi tekanan dan beberapa halangan ketika menjalankan dasar ini di Malaysia, Dr. Mahathir enggan hilang semangat atau sangsi terhadap diri dan laluan yang telah beliau pilih kerana beliau mempunyai visi dan misi yang jelas dalam memastikan pembangunan Malaysia terus meningkat. 2.3 MeMalaysiakan Syarikat Asing Syarikat-syarikat besar yang ditubuhkan di negara ini pada zaman Penjajahan Inggeris terus menjadi hak milik orang asing selepas merdeka (Chong Ee Joe, 2012). Kerajaan Malaysia berpendapat bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi memaksimumkan pendapatan daripada aset utama negara kita. Oleh yang demikian, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bertindak agresif bagi mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi hak Malaysia. Bagaimanapun, beliau tidak boleh memiliknegarakan syarikat asing seperti yang dibuat oleh kebanyakan negara baru merdeka kerana tindakan ini akan memberi kesan negatif kepada pelaburan asing yang diperlukan. Oleh itu, Dr. Mahathir telah membeli semula aset-aset utama yang menjana kekayaan bagi menikmati keuntungan yang dihasilkan dan demi kebangaan nasional (Tun Dr Mahathir, New Perspectives Quarterly, 2013). Kebijaksanaan dan usaha Dr. Mahathir dalam menyusun strategi bagi membangunkan semula ekonomi Malaysia menunjukkan bahawa semangat cinta akan negara adalah sangat tebal kerana untuk melaksanakan perkara yang telah dilakukan oleh beliau bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak akan terjadi dalam satu malam sahaja. Kegigihan beliau dalam meningkatkan nama Malaysia di mata dunia amatlah mengagumkan. 2.4 Penswastaan Malaysia mempunyai sebilangan perniagaan milik negara yang berjalan lancar. Jadi, kerajaan mula memikirkan mengenai kemungkinan menguruskannya sebagai perbadanan swasta. Perbezaan di antara syarikat swasta dan syarikat milik negara adalah motif keuntungan. Manakala semuakeuntungan perniagaan milik negara masuk ke kocek kerajaan, keuntungan syarikat swasta selepas ditolak cukai akan mengalir kepada pemilik ataupun pemegang saham (Tun Dr Mahathir, New Perspectives Quarterly, 2013). Pengurusan dan pekerja turut mendapat faedah dalam bentuk bonus dan kenaikan gaji. Dengan keuntungan sebagai insentif, pemilik, pekerja dan pengurusan akan bekerja lebih kuat (Tun Dr Mahathir, 2012). Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha
  • 12. melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswastakan agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. Penswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan Dasar Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan (Zawiyah, 2015). Daripada penswastaan ini, syarikat-syarikat gergasi yang berjaya seperti Telekom Malaysia dan Lebuh Raya Utara Selatan telah menjadikan Malaysia contoh terbaik mengenai apa yang boleh dilakukan dan dicapai oleh sebuah negara membangun jika mempunyai sektor swasta yang kukuh. Banyak negara membangun yang tertarik dengan kejayaan kita dan perkara ini sekali lagi membuktikan bahawa hasil daripada kepimpinan Dr. Mahathir yang mengamalkan nilai-nilai patriotisme yang tinggi, negara kita mampu membangun dengan pesat seterusnya menjadi contoh kepada negara-negara lain. 2.5 Merancakkan Pertumbuhan Industri Selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih tampok pemerintahan negara, beliau telah melancarkan Proton Saga merupakan model pertama keluaran syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore (Yazam, 2016). Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Pada tahun yang samaTun Dr Mahathir Mohamad telah merasmikan Jambatan Pulau Pinang pada September 1985 dengan menaiki Proton Saga yang menghubungkan Seberang Perai dan Pulau Pinang. Tun Dr Mahathir mensifatkan bahawa kejayaan yang dicapai oleh PROTON dan PERODUA membolehkan negara menyediakan kenderaan mampu milik oleh ramai penduduk Malaysia. Bilangan permintaan yang banyak dari penduduk Malaysia membolehkan kedua-dua syarikat kenderaan nasional itu membangunkan komponen kenderaan dengan rangkaian jualan seluruh negara disamping keupayaan penyelidikan bagi kenderaan penumpang (Asma, 2015).
  • 13. Pada 7 Februari 1995, Malaysia sekali lagi telah maju setapak dalam industri pembuatan permotoran dengan wujudnya Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd, atau lebih dikenali sebagai Modenas ialah syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Ibu pejabat dan kilangnya terletak di Gurun, Kedah, Malaysia. Modenas adalah usahasama syarikat Malaysia iaitu DRB Hicom dan 2 syarikat Jepun iaitu Kawasaki Heavy Industri Ltd dan Nissho Iwai Corporation (Asma, 2015). Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, Dr. Mahathir juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan Eagles X-TS. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996 (Nurhazuren, 2009). Kejayaan Malaysia untuk mencipta sesuatu yang berteknologi tinggi adalah sangat membanggakan kerana Malaysia merupakan sebuah negara membangun tetapi mampu menghasilkan produk yang setanding dengan negara-negara maju dunia. Kepimpinan Dr. Mahathir yang membawa banyak perubahan positif yang drastik kepada negara merupakan salah satu contoh pengamalan nilai patriotisme yang sepatutnya dicontohi oleh generasi masa kini. 2.6 Wawasan 2020 Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991 dan merupakan rancangan 30 tahun mengenai apa yang perlu kita lakukan untuk menjadi sebuah negara yang maju. Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau masih menyandang tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang (Nurhazuren, 2009). Melihat kepada rancangan-rancangan yang terdapat dalam Wawasan 2020 menunjukkan bahawa Dr. Mahathir mempunyai visi yang jelas mengenai laluan ke arah pembangunan negara. Beliau tidak merancang Wawasan 2020 tanpa memikirkan mengenai cabaran yang bakal dihadapi.
  • 14. Beliau memikirkan dengan teliti kebaikan dan kekurangan pelaksanaan Wawasan 2020 ( (Chong Ee Joe, 2012). Kebolehan beliau untuk merancangan laluan tersebut untu dijadikan panduan selama30 tahun akan datang adalah sesuatu yang luar biasa. Perasaan cinta beliau kepada negara jelas ditunjukkan apabila beliau sanggup memerah idea yang bukan mudah untuk difikirkan untuk merancang laluan pembanguan, pemodenan dan kemakmuran negara. 2.7 Koridor Raya Multimedia Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah seorang yang berpandangan jauh. Beliau bukan saja mempelajari dan memiliki komputer di pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia menguasai teknologi komputer. Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC) yang akan menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruang linkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia . Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar sesawangsedunia. Beliau melaksanakan MSC kerana beliau sebagai seorang pemimpin melihat sendiri potensi Malaysia untuk menjadi pusat pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. Beliau berani menyahut cabaran untuk melaksanakan MSC di negara membangun kerana beliau tahu kebaikan dan faedah-faedah kemajuan dunia siber yang akan diperolehi di Malaysia jika MSC berjaya dilaksanakan (Alias Mohamed, 2011). 2.8 Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya Pada tahun 1996 Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi televisyen dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia pada ketika itu dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ataupun Menara Berkembar Petronas yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2 billion. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara
  • 15. berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang. Hari ini, PETRONAS merupakan salah sebuah syarikat petroleum nasional yang paling berjaya di dunia. Setelah digesa oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, PETRONAS telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa syarikat dan orang kita boleh berjaya (Alias Mohamed, 2011). Pada September 1996, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan Putrajaya yang bernilai RM2.6 billion di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Putrajaya ialah sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnyamewujudkan kerajaan elektronik. Putrajaya melambangkan ego dan wawasan peribadi seseorang manusia. Tanpa Putrajaya, masalah lalu lintas di Kuala Lumpur akan menjadi lebih teruk. Dalam jangka masa 20 tahun lagi, masalah itu akan menjadi begitu meruncing sehingga tidak boleh diatasi (Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2012). Kesungguhan beliau untuk berfikir apa yang akan terjadi pada masa hadapan jika sesuatu perkara negatif tidak dielakkan menunjukkan bahawa beliau sangat sayang akan negaranya dan mahu negaranya untuk membangun dan maju dengan baik. 2.9 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia (Nurhazuren, 2009). Kini, KLIA menjadi salah satu contoh cemerlang pembangunan negara dengan infrastrukturnya yang bertaraf dunia. Pada April 2002 pula, perkhidmatan kereta api berkelajuan sederhana Express Rail Link (ERL) telah dilancarkan dan ini merupakan salah satu faktor yang membuktikan bahawa KLIA merupakan sebuah lapangan terbang yang bertaraf dunia (Wikipedia Bahasa Melayu, 2018) . Kebolehan Malaysia untuk membangunkan kemudan-kemudahan ini ketika di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah sangat mengagumkan dan semangat beliau untuk melaksanakan semua ini seharusnya dicontohi oleh semua orang.
  • 16. 3.0 Kesimpulan Peranan, usaha-usaha dan sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Malaysia adalah luar biasa. Kebolehan seorang individu untuk memikirkan begitu banyak sekali idea- idea bijak untuk membangunkan sebuah negara yang tidak dihiraukan di mata dunia kepada sebuah negara yang dikenali menunjukkan bahawa Tun Dr. Mahathir adalah seorang insan yang hebat. Beliau sangat berbeza berbanding dengan tiga Perdana Menteri Malaysia yang lepas yang mana masing-masing mendapat pendidikan dan pendedahan daripada luar negara. Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar menunjukkan contoh tauladan dengan beliau sendiri adalah seorang graduan tempatan yang telah berjaya memimpin Malaysia ke tahap yang sangat membanggakan. Tidak hairanlah Tun Dr. Mahathir Mohamad digelar Tokoh Gergsasi Asia kerana beliau merupakan seorang yang mempunyai pengaruh yang besar sehingga kini. Cara beliau melihat dunia dengan sentiasa berpandangan jauh dan tidak mudah berputus asa walaupun dimaki hamun dan dicemuh malah dikatakan gila ketika cuba untuk membuat perubahan yang besar di Malaysia harus dicontohi oleh generasi muda yang bakal mewarisi pucuk pimpinan negara (Yahaya, 2009). Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang merasai nikmat hidup selesa hasil daripada idea-idea Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya merasakan bahawa ucapan terima kasih sahaja adalah tidak memadai untuk seorang insan yang begitu hebat. Semoga segala apa yang diperjuangkan selama ini memberi kepuasan dan ketenangan kepada Tun Dr. Mahathir dan semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad sentiasa di bawah lindungan-Nya. Malaysia sayangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya sayangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  • 17. SOALAN 4: Analisis faktor-faktor yang mendorong British menubuhkan Negeri-negeri Selat dan implikasinya kepada kemajuan ekonomi Tanah Melayu. SLAID PEMBENTANGAN
  • 18.
  • 19.
  • 20.
  • 21.
  • 22.
  • 23.
  • 24.
  • 25.
  • 26. Alias Mohamed. (2011). Kepimpinan Demokrasi dan Tradisi. Kuala Lumpur: AMW Communications Management. Asma, A.-B. (2015). Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada Era 1981 - 2002. Chong Ee Joe. (2012, Mei 22). Peranan dan Sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Retrieved from Scibd.com: https://www.scribd.com/doc/21783428/Peranan-Dan- Sumbangan-Tun-Dr-Mahathir-Mohamad Kamila, G. (2017). Discourse and leadership of Dr. Mahathir Mohamed: The relational value of texts to create solidarity . Nurhazuren, H. (2009, 11 14). Tun Dr Mahathir Mohamad. Retrieved from Penerangan.gov.my: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/13758-tun-dr- mahathir-mohamad.html Plate, T. (2012). Wawancara dengan Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Marshall Cavendish. Tun Dr Mahathir, M. (2012). Doktor Umum; Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: MPH Publishing. Tun Dr Mahathir, M. (2013). New Perspectives Quarterly. The Mother of All Solutions for the Global Crisis, 26-29. Wikipedia Bahasa Melayu. (2018, Februari 11). Mahathir bin Mohamad. Retrieved from Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad Yahaya, I. (2009). Revolusi Mental Mahathir. Kuala Lumpur: Usaha Teguh Sdn. Bhd. Yazam, S. (2016). The Proton-Rover Saga: A Business History Approach. Yu Chuan Chon. (2013). Mahathir Mohamad. Kuala Lumpr: MPH Publishing. Zawiyah, M. (2015). The Emergence of Civil Disobedience: A Comparison during Dr. Mahathir and Abdullah Badawi’s Era. RUJUKAN