SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
PENCIPTAAN ROH NABI SAW

Kitab Mawahibul Laduniyyah bil Minah al-Muhammadaniyyah (Kurnia Ilahiah dalam Bentuk
Kurnia Muhammadaniyyah) ditulis oleh Imam Ahmad Shihabuddin ibn Muhammad ibn Abu
Bakr al-Qastallani (wafat 923H/1517 M), seorang ahli hadits yang mengarang syarah Sahih
Bukhari (Irsyad as-Sari). Kitab Mawahib karangan beliau ini adalah kitab yang berisi biografi
Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam.
===============================================
A'uudzu billahi minasy syaithanirrajiim
Bismillahirrahmanirrahiim
Wassholatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyaa-i wal Mursaliin Sayyidina
Muhammadin wa 'ala aalihi wasahbihi ajma'in


                 Penciptaan Ruh Nabi Sall-Allahu 'alayhi Wasallam


Saat Allah Subhanahu wa Ta'ala mengeluarkan keputusan Ilahiah untuk mewujudkan
makhluq, Ia pun menciptakan Haqiqat Muhammadaniyyah (Realiti Muhammad –Nuur
Muhammad) dari Cahaya-Nya. Ia Subhanahu wa Ta'ala kemudian menciptakan dari Haqiqat
ini keseluruhan alam, baik alam atas mahupun bawah. Allah Subhanahu wa Ta'ala kemudian
memberitahu Muhammad akan Kenabiannya, sementara saat itu Adam masih belum
berbentuk apa-apa kecuali berupa ruh dan badan. Kemudian darinya (dari Muhammad)
keluar tercipta sumber-sumber dari ruh, yang membuat beliau lebih luhur dibandingkan
seluruh makhluq ciptaan lainnya, dan menjadikannya pula ayah dari semua makhluq yang
wujud. Dalam Sahih Muslim, Nabi (SAW) bersabda bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala telah
menulis Taqdir seluruh makhluq lima puluh ribu tahun (dan tahun di sisi Allah adalah
berbeda dari tahun manusia, peny.) sebelum Ia menciptakan Langit dan Bumi, dan `Arasy-
Nya berada di atas Air, dan di antara hal-hal yang telah tertulis dalam ad-Dzikir, yang
merupakan Umm al-Kitab (induk Kitab), adalah bahawa Muhammad sall-Allahu 'alayhi
wasallam adalah Penutup para Nabi. Al Irbadh ibn Sariya, berkata bahawa Nabi sall-Allahu
'alayhi wasallam bersabda, "Menurut Allah, aku sudah menjadi Penutup Para Nabi, ketika
Adam masih dalam bentuk tanah liat."


Maysara al-Dhabbi (ra) berkata bahawa ia bertanya pada Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam,
"Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?" Beliau sall-Allahu 'alayhi wasallam
menjawab, "Ketika Adam masih di antara ruh dan badannya."


Suhail bin Salih Al-Hamadani berkata, "Aku bertanya pada Abu Ja'far Muhammad ibn `Ali
radiy-Allahu 'anhu, `Bagaimanakah Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam bisa
mendahului nabi-nabi lain sedangkan beliau akan diutus paling akhir?" Abu Ja'far radiy-
Allahu 'anhu menjawab bahawa ketika Allah menciptakan anak-anak Adam (manusia) dan
menyuruh mereka bersaksi tentang Diri-Nya (menjawab pertanyaan-Nya, `Bukankah Aku ini
Tuhanmu?'), Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam-lah yang pertama menjawab `Ya!'
Kerana itu, beliau mendahului seluruh nabi-nabi, sekalipun beliau diutus paling akhir."


Al-Syaikh Taqiyu d-Diin Al-Subki mengomentari hadits ini dengan mengatakan bahawa
kerana Allah Ta'ala menciptakan arwah (jamak dari ruh) sebelum tubuh fisik, perkataan
Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam "Aku adalah seorang Nabi," ini mengacu pada roh
suci beliau, mengacu pada hakikat beliau; dan akal fikiran kita tak mampu memahami
hakikat-hakikat ini. Tak seorang pun memahaminya kecuali Dia yang menciptakannya, dan
mereka yang telah Allah dukung dengan Nur Ilahiah.


Jadi, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengurniakan kenabian pada ruh Nabi sall-Allahu
'alayhi wasallam bahkan sebelum penciptaan Adam; yang Ia telah ciptakan ruh itu, dan Ia
limpahkan barakah tak berhingga atas ciptaan ini, dengan menuliskan nama Muhammad
sall-Allahu 'alayhi wasallam pada `Arasy Ilahiah, dan memberitahu para Malaikat dan
lainnya akan penghargaan-Nya yang tinggi bagi beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam). Dus,
Haqiqat Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam telah wujud sejak saat itu, meski
tubuh ragawinya baru diciptakan kemudian. Al Syi'bi meriwayatkan bahawa seorang laki-laki
bertanya, "Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?" Beliau menjawab, "ketika
Adam masih di antara roh dan badannya, ketika janji dibuat atasku." Kerana itulah, beliau
(sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah yang pertama diciptakan di antara para Nabi, dan yang
terakhir diutus.


Diriwayatkan bahawa Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah satu-satunya yang
diciptakan keluar dari sulbi Adam sebelum ruh Adam ditiupkan pada badannya, kerana beliau
(sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah sebab dari diciptakannya manusia, beliau (sall-Allahu
'alayhi wasallam) adalah junjungan mereka, substansi mereka, ekstraksi mereka, dan
mahkota dari kalung mereka.


`Ali ibn Abi Thalib karram-Allahu wajhahu dan Ibn `Abbas radiy-Allahu 'anhu keduanya
meriwayatkan bahawa Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, "Allah tak pernah
mengutus seorang nabi, dari Adam dan seterusnya, melainkan sang Nabi itu harus
melakukan perjanjian dengan-Nya berkenaan dengan Muhammad (sall-Allahu 'alayhi
wasallam): seandainya Muhammad (SAW) diutus di masa hidup sang Nabi itu, maka ia harus
beriman pada beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) dan mendukung beliau (sall-Allahu 'alayhi
wasallam), dan Nabi itu pun harus mengambil janji yang serupa dari ummatnya.
Diriwayatkan bahawa ketika Allah SWT menciptakan Nur Nabi kita Muhammad sall-Allahu
'alayhi wasallam, Ia Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan padanya untuk memandang pada
nur-nur dari Nabi-nabi lainnya. Cahaya beliau melingkupi cahaya mereka semua, dan Allah
SWT membuat mereka berbicara, dan mereka pun berkata, "Wahai, Tuhan kami, siapakah
yang meliputi diri kami dengan cahayanya?" Allah Subhanahu wa Ta'ala menjawab, "Ini
adalah cahaya dari Muhammad ibn `Abdullah; jika kalian beriman padanya akan Kujadikan
kalian   sebagai   nabi-nabi."   Mereka   menjawab,   "Kami   beriman   padanya   dan   pada
kenabiannya." Allah berfirman, "Apakah Aku menjadi saksimu?" Mereka menjawab, "Ya."
Allah berfirman, "Apakah kalian setuju, dan mengambil perjanjian dengan-Ku ini sebagai
mengikat dirimu?" Mereka menjawab, "Kami setuju." Allah berfirman, "Maka saksikanlah (hai
para Nabi), dan Aku menjadi saksi (pula) bersamamu."(QS 3:81).


Inilah makna dari firman Allah Subhanahu wa Ta'ala. "Dan (ingatlah), ketika Allah
mengambil perjanjian dari para nabi: `Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa
kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa yang
ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya.'"
(QS 3:81).


Syaikh Taqiyyud Diin al-Subki mengatakan, "Dalam ayat mulia ini, tampak jelas
penghormatan kepada Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) dan pujian atas kemuliaannya.
Ayat ini juga menunjukkan bahawa seandainya beliau diutus di zaman Nabi-nabi lain itu,
maka risalah da'wah beliau pun harus diikuti oleh mereka. Kerana itulah, kenabiannya dan
risalahnya adalah universal dan umum bagi seluruh ciptaan dari masa Adam hingga hari
Pembalasan, dan seluruh Nabi beserta ummat mereka adalah termasuk pula dalam ummat
beliau sall-Allahu 'alayhi wasallam. Jadi, sabda sayyidina Muhammad (sall-Allahu 'alayhi
wasallam), "Aku telah diutus bagi seluruh ummat manusia," bukan hanya ditujukan bagi
orang-orang di zaman beliau hingga Hari Pembalasan, tapi juga meliputi mereka yang hidup
sebelumnya. Hal ini menjelaskan lebih jauh perkataan beliau, "Aku adalah seorang Nabi
ketika Adam masih di antara ruh dan badannya." Berpijak dari hal ini, Muhammad (sall-
Allahu 'alayhi wasallam) adalah Nabi dari para nabi, sebagaimana telah pula jelas saat
malam Isra' Mi'raj, saat mana para Nabi melakukan salat berjama'ah di belakang beliau
(yang bertindak selaku Imam). Keunggulan beliau ini akan menjadi jelas nanti di Akhirat,
saat seluruh Nabi akan berkumpul di bawah bendera beliau.
PENCIPTAAN TUBUH NABI SAW

Pengantar


Kitab Mawahibul Laduniyyah bil Minah al-Muhammadaniyyah (Kurnia Ilahiah dalam Bentuk
Kurnia Muhammadaniyyah) ditulis oleh Imam Ahmad Shihabuddin ibn Muhammad ibn Abu
Bakr al-Qastallani (wafat 923H/1517 M), seorang ahli hadits yang mengarang syarah Sahih
Bukhari (Irsyad as-Sari). Kitab Mawahib karangan beliau ini adalah kitab yang berisi biografi
Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam.
===============================================
A'uudzu billahi minasy syaithanirrajiim
Bismillahirrahmanirrahiim
Wassholatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyaa-i wal Mursaliin Sayyidina
Muhammadin wa 'ala aalihi wasahbihi ajma'in


             Penciptaan Tubuh Suci Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam


Ka'ab al Ahbaar radhiy-Allahu 'anhu mengatakan, "Ketika Allah SWT menginginkan untuk
menciptakan Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, Ia memerintahkan Malaikat Jibril
untuk membawa kepada-Nya tanah liat yang menjadi jantung dari bumi, yang menjadi
kemegahan dan cahayanya. Jibril pun turun, ditemani beberapa malaikat dari Tempat
Tertinggi di Surga. Ia mengambil segenggam tanah untuk penciptaan Nabi sall-Allahu 'alaihi
wasallam dari suatu tempat yang kini menjadi makam suci beliau sall-Allahu 'alaihi
wasallam; tanah itu berkilau putih cerah. Kemudian ia meramas dan mengadun tanah itu
dengan air ciptaan terbaik dari Air Terjun Syurgawi Tasniim, yang berada dalam sungai-
sungai jernih yang mengalir di Syurga. Ia mengaduninya sampai tanah itu menjadi suatu
mutiara   putih   dengan   pancaran   warna   putihnya    yang   cemerlang.   Para   malaikat
membawanya, mengelilingi 'Arasy Syurgawi dan gunung-gunung dan samudera. Dengan
begitu, para malaikat dan seluruh makhluq menjadi tahu akan keberadaan junjungan kita
Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam dan kehormatan beliau; sebelum mereka mengetahui
Adam."


Ibn 'Abbas radhiy-Allahu 'anhumengatakan, "Asal usul dari tanah liat Nabi Muhammad sall-
Allahu 'alaihi wasallam adalah dari pusat bumi, di Makkah, di titik di mana Ka'bah berdiri.
Kerana itu pula, Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam menjadi asal usul penciptaan, dan
semua makhluq ciptaan adalah pengikut-pengikut beliau."
Pengarang Awarif al Ma'arif [al-Suhrawardi], berkata bahawa ketika Banjir meluap,
menebarkan buih ke seluruh penjuru, esensi dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam berhenti
hingga ke suatu tempat di dekat tanah kubur beliau di Madinah, sehingga beliau sall-Allahu
'alaihi wasallam menjadi seseorang yang termasuk dalam Makkah mahupun Madinah.


Diriwayatkan bahawa ketika Allah Subhanahu Wa Ta'ala menciptakan Adam 'alaihissalam, Ia
Subhanahu Wa Ta'ala mengilhamkan kepada Adam untuk bertanya, "Wahai Tuhan,
mengapakah Engkau memberiku nama panggilan, Abu Muhammad (ayah dari Muhammad)?"
Allah menjawab, "Wahai Adam, angkat kepalamu." Adam pun mengangkat kepalanya dan ia
melihat cahaya dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam dalam kubah 'Arsy. Adam
kemudian bertanya lagi, "Wahai Tuhan, cahaya apakah ini?" Allah menjawab, "Ini adalah
cahaya dari seorang Nabi keturunanmu. Namanya di Syurga adalah Ahmad, dan di Bumi
namanya Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam. Jika bukan demi dirinya, tentu Aku tidak
akan menciptakan dirimu, tidak pula Langit, tidak pula Bumi."


'Abd al-Razzaq meriwayatkan, dari Jabir bin 'Abdullah radhiy-Allahu 'anhu, bahawa ia
berkata, "Ya RasulAllah, semoga ayahku dan ibuku dikorbankan demi dirimu, ceritakan
padaku tentang hal pertama yang Allah ciptakan, sebelum yang lain-lainnya." Beliau
menjawab, "Wahai Jabir, Allah menciptakan, sebelum apa pun yang lain, cahaya Nabimu dari
cahaya-Nya. Cahaya itu mulai bergerak ke mana pun Allah kehendaki dengan Qudrat Ilahiah
Allah. Pada saat itu belum ada Tablet (Lauh) belum pula Pena; belum ada Syurga mahupun
Neraka, tidak ada malaikat; tidak ada Langit, tidak pula Bumi; tak ada Matahari mahupun
Bulan, tak ada Jinn ataupun manusia. Ketika Allah ingin untuk menciptakan makhluq-Nya,
Ia membagi cahaya itu menjadi empat bagian. Dari bagian pertama, Ia menciptakan Pena,
dari yang kedua, Tablet (Lauh), dan dari yang ketiga, 'Arasy. Kemudian, Ia membahagi
bahagian keempat menjadi empat bahagian: bahagian pertama membentuk para pembawa
'Arasy, bahagian kedua menjadi penunjang kaki 'Arasy, dan dari bahagian ketiga Ia
menciptakan malaikat-malaikat lainnya. Ia kemudian membahagi bahagian keempat menjadi
empat bahagian lagi: Ia menciptakan langit dari bahagian pertama, bumi-bumi dari bahagian
kedua, Syurga dan Neraka dari bahagian ketiga. Kemudian Ia membahagi lagi bahagian
keempat sisanya menjadi empat bahagian: menciptakan cahaya firasat orang-orang beriman
dari bahagian pertama, cahaya kalbu-kalbu mereka(iaitu ma'rifat Allah) dari bahagian kedua,
dan dari bahagian ketiga Ia ciptakan cahaya kesenangan dan kegembiraan (Uns, iaitu Laa
ilaha illa Allah, Muhammadun Rasuulullah).


Suatu riwayat lain dari 'Ali ibn Al-Husain radhiy-A llahu 'anhu dari ayahnya [iaitu Husain ibn
'Ali ibn Abi Talib, peny.] radhiy-Allahu 'anhu, dari datuknya [iaitu 'Ali ibn Abi Talib] karram-
Allahu wajhahu, dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam yang bersabda, "Aku adalah suatu
cahaya di hadapan Tuhanku, empat belas ribu tahun sebelum penciptaan Adam." Telah pula
diriwayatkan bahawa ketika Allah menciptakan Adam 'alaihissalam, Ia Subhanahu Wa Ta'ala
menaruh cahaya itu di punggung Adam, dan cahaya itu biasa berkilau dari bahagian
depannya, menelan seluruh sisa cahayanya. Kemudian Allah menaruh cahaya itu ke 'Arasy
Kekuasaan-Nya, dan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya membawanya di pundak
mereka, dan memerintahkan mereka pula untuk membawa Adam berkeliling di Langit dan
mempertunjukkan padanya keindahan-keindahan Kerajaan-Nya.


Ibn 'Abbas radhiy-Allahu 'anhu berkata, Penciptaan Adam adalah pada hari Jumat di sore
hari. Allah kemudian menciptakan baginya Hawa', istrinya, dari satu tulang rusuk kirinya
ketika ia sedang tertidur. Saat ia bangun dan melihat Hawa', Adam merasa tenteram
dengannya, dan ia mulai merentangkan tangannya ke Hawa'. Malaikat berkata, "Berhenti,
Adam." Adam berkata, "Kenapa, tidakkah Allah menciptakannya untukku?" Mereka
menjawab, "Tidak boleh hingga kau membayar mas kawin padanya". Adam bertanya, "Apa
mas kawinnya?" Para Malaikat menjawab, "Dengan membaca salawat atas Muhammad tiga
kali." [dan dalam riwayat lain, dua puluh kali].


Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Adam 'alaihissalam meninggalkan Syurga, ia melihat
tertulis di kaki 'Arasy dan di setiap titik dalam Syurga, nama Muhammad sall-Allahu 'alaihi
wasallam di samping nama Allah. Adam bertanya, "Wahai Tuhan, siapakah Muhammad?"
Allah menjawab, "Dia adalah anakmu, yang jika seandainya tidak demi dirinya, tentu Aku
tidak akan menciptakanmu." Kemudian Adam berkata, "Wahai Tuhan, demi anak ini,
kurniakanlah rahmat pada ayahnya." Allah memanggil, "Wahai Adam, seandainya engkau
akan bersyafa'at melalui Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bagi seluruh penduduk
Langit dan Bumi, Kami akan kabulkan permohonan syafa'atmu."


'Umar Ibn al-Khattab radhiy-Allahu 'anhu berkata bahawa Sayyidina Muhammad sall-Allahu
'alaihi wasallam bersabda, "Ketika Adam berbuat dosa, ia berkata, 'Ya Allah, aku memohon
kepadamu demi Muhammad untuk mengampuniku.' Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman
padanya, 'Bagaimana dirimu tahu akan Muhammad padahal Aku belum menciptakannya?'
Adam menjawab, 'Kerana ketika Engkau, Ya Tuhanku, menciptakanku dengan Tangan-Mu,
dan meniupkan padaku dari Ruh-Mu, aku memandang ke atas dan melihat tertulis di kaki-
kaki 'Arasy, Laa ilaaha illallah, Muhammadun Rasuulullah. Aku tahu bahawa Engkau tidak
akan menaruh suatu nama di samping Nama-Mu, melainkan pastilah itu adalah nama
seseorang yang paling Kau-cintai dari makhluq-Mu.' Allah berfirman, 'Oh, Adam, kau telah
mengatakan kebenaran: dialah yang paling Kucintai di antara makhluq ciptaan-Ku. Dan
kerana engkau telah memohon pada-Ku demi dirinya, engkau kuampuni. Seandainya tidak
untuk Muhammad, Aku tak akan menciptakanmu. Dialah penutup para Nabi dari
keturunanmu.'"


Dalam Hadits Salman radhiy-Allahu 'anhu, diriwayatkan bahawa Jibril 'alaihissalam turun
menemui Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam dan berkata, "Tuhanmu mengatakan, 'Jika Aku
telah menjadikan Ibrahim sebagai yang Ku-cintai, sahabat dekat (khalil), Aku pun
menganggapmu demikian. Tak pernah Ku-ciptakan makhluq apa pun yang lebih berharga
bagi-Ku daripada dirimu, dan telah Ku-ciptakan dunia ini dan penduduknya dengan maksud
untuk membiarkan mereka mengetahui kehormatanmu dan mengetahui erti keberadaanmu
bagi-Ku; dan seandainya tidak untukmu, tidaklah Kuciptakan dunia ini'".


Hawa' 'alaihassalam melahirkan empat puluh anak dari Adam 'alaihissalam, dalam dua puluh
kali kelahiran; tetapi ia melahirkan Seth [atau Syits] 'alaihissalam secara terpisah, sebagai
kehormatan bagi junjungan kita Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, yang cahayanya
berpindah dari Adam ke Seth. Sebelum wafatnya, Adam menitipkan pemeliharaan anak-
anaknya kepada Seth, dan ia pun, sebagai gilirannya, mempercayakan pada anak-anak
tersebut, wasiat dari Adam: untuk menaruh cahaya itu hanya pada wanita yang suci. Wasiat
ini berlanjut, abad demi abad, sampai Allah memberikan cahaya itu kepada Abdul Muttalib
dan puteranya, Abdullah. Dengan cara inilah, Allah menjaga kemurnian silsilah tanpa cela
dari Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam, dari perzinaan orang-orang bodoh.


Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata, "Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda,
'Tak satu pun perzinaan jahil menyentuh kelahiranku. Aku dilahirkan tidak lain hanya
dengan pernikahan Islam.'"


Hisyam ibn Muhammad Al-Kalbi meriwayatkan bahawa ayahnya berkata, "Aku menghitung
bagi (silsilah) Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam ada lima ratus ribu ibu, dan tak
kutemukan di antara mereka satu jejak pun perzinaan, atau apa pun dari interaksi orang-
orang bodoh."


Ali radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Aku
datang dari pernikahan, aku tidak datang dari perzinaan; dari Adam hingga diriku dilahirkan
dari ayah dan ibuku, tak satu pun perzinaan orang jahil yang menyentuh diriku."


Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam
bersabda, "Orang tua moyangku tak pernah melakukan perzinaan. Allah menjaga
memindahkanku dari sulbi yang baik ke rahim yang suci, murni dan tersucikan; bila saja ada
dua jalan untuk berpindah, aku menuju ke yang terbaik di antara mereka."
Anas radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam
membaca, "La qad jaa-akum Rasuulum min Anfusikum" [QS. 9:128], dan bersabda, "Aku
adalah yang terbaik di antara kalian dalam silsilahku, dalam hubungan-hubungan-ku dan
nenek moyangku: tak ada perzinaan pada ayah-ayahku dalam setiap tingkat hingga ke
Adam."


'Aisyah radiyAllahu 'anhu meriwayatkan dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam bahawa Jibril
'alaihissalam berkata, "Aku telah meneliti Bumi dari timur ke barat, dan tak kutemui seorang
manusia pun yang lebih baik dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, dan tak kutemui
seorang anak laki-laki dari ayah mana pun yang lebih baik dari anak-anak Hasyim (Bani
Hasyim)."


Dalam Sahih Al-Bukhari, Abu Hurairah radiyAllahu 'anhu meriwayatkan bahawa Nabi sall-
Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Aku telah diutus dari generasi terbaik dari Anak-anak
Adam, satu demi satu hingga aku mencapai keadaanku sekarang ini."


Dalam Sahih Muslim, Watsila ibn al-Aska' meriwayatkan bahawa Muhammad sall-Allahu
'alaihi wasallam bersabda, "Allah telah memilih Kinana dari anak-anak Isma'il, dan Quraisy
dari Kinana, dan dari Quraish, anak-anak Hasyim, dan akhirnya memilihku dari Bani
Hasyim."


Al 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda,
"Allah menciptakan makhluq, dan menempatkanku dalam kelompok-kelompok terbaik, dan
yang terbaik dari dua kelompok; kemudian Ia memilih suku, dan menaruhku pada yang
terbaik di antara keluarga-keluarga mereka. Kerana itulah, aku memiliki keperibadian
terbaik, roh dan sifat terbaik, dan memiliki asal-usul terbaik di antara mereka."


Ibn 'Umar radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam
bersabda, "Allah memeriksa ciptaan-Nya dan memilih Bani Adam (manusia) dari mereka; Ia
memeriksa Bani Adam dan memilih orang-orang Arab darinya; Ia memeriksa kaum Arab dan
memilihku dari antara mereka. Kerananya, aku selalu menjadi yang terpilih di antara yang
terpilih. Lihatlah, orang-orang yang mencintai kaum Arab, adalah kerana cinta kepadaku
hingga mereka mencintai kaum Arab, dan mereka yang membenci kaum Arab, adalah kerana
mereka membenciku hingga mereka pun membenci Arab."


Ketahuilah bahawa Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam tidaklah terkait (memiliki)
secara langsung pada saudara laki-laki atau perempuan siapa pun dari orang tua-orang
tuanya; beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam adalah anak satu-satunya mereka dan silsilah
mereka berhenti pada beliau. Dengan begitu, beliau secara eksklusif 'memegang penuh' suatu
silsilah yang Allah (SWT)inginkan menjadi yang tertinggi yang dapat dicapai suatu kenabian,
dan yang memegang puncak kehormatan.
Jika Anda memeriksa status silsilah beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam dan mengetahui
kesucian kelahiran beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam, Anda akan yakin bahawa silsilah
beliau adalah suatu keturunan dari ayah-ayah yang terhormat, kerana beliau adalah Al-Nabi
sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al 'Arabi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Abtahi sall-Allahu
'alaihi wasallam, Al Harami sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Hasyimi sall-Allahu 'alaihi
wasallam, Al Quraisyi sall-Allahu 'alaihi wasallam, elite dari Bani Hasyim, seseorang yang
telah dipilih dari suku-suku terunggul bangsa Arab, dari silsilah terbaik, keturunan paling
mulia, cabang yang paling subur, pilar tertinggi, asal usul terbaik, akar-akar terkuat,
memiliki lidah terfasih, gaya bicara terhalus, darjat kebajikan) yang paling memberatkan,
iman paling sempurna, persahabatan paling kuat, kaum kerabat paling terhormat dari kedua
pihak orang tua, dan dari tanah Allah yang paling mulia. Beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam
memiliki banyak nama dan yang paling terkemuka adalah Muhammad sall-Allahu 'alaihi
wasallam ibn (putera) Abdullah. Beliau juga adalah putera Abdul Muttalib, yang namanya
adalah Syaybat-ul Hamd, anak Hasyim, yang namanya adalah Amr; anak dari Abd Manaaf,
yang namanya adalah al-Mughiirah, anak dari Qusai, yang namanya adalah Mujammi', anak
dari Kilaab, yang namanya Hakiim, ibn Murra, ibn Ka'b (dari suku Quraisy), ibn Lu'ai, ibn
Ghalib, ibn Fihr, yang namanya adalah Kinana, ibn Khuzaima, ibn Mudrika, ibn Ilias, ibn
Mudhar, ibn Nizar, ibn Ma'add, ibn Adnan.


Ibn Dihia berkata, "Para ulama setuju dan kesepakatan ulama adalah bukti bahawa Nabi
Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam telah menyebutkan silsilah beliau hingga Adnan, dan
tidak menyebutkan di atas itu."


Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu meriwayatkan bahawa bila saja Muhammad sall-Allahu 'alaihi
wasallam menyebutkan silsilahnya beliau tak pernah menyebut di atas Ma'add, ibn Adnan,
dan akan berhenti, dengan mengatakan, "Para genealogis (ahli silsilah) telah berbohong."
Beliau akan mengulangi ucapannya itu dua atau tiga kali. Ibn 'Abbas juga berkata, "Di antara
Adnan dan Isma'il ada tiga puluh ayah yang tak diketahui [namanya, red.]."


 Ka'b al-Ahbaar radiyAllahu 'anhu berkata, "Ketika cahaya Muhammad sall-Allahu 'alaihi
wasallam sampai pada Abdul Muttalib, dan dia telah mencapai usia kedewasaan, dia tidur
suatu hari di halaman Ka'bah; ketika ia bangun, matanya terhitamkan dengan antimony
(kohl), rambutnya terminyaki, ia terhiasi dengan jubah yang indah dan cantik. Ia terkejut, tak
mengetahui siapa yang telah melakukan hal itu padanya. Ayahnya menggapai tangannya dan
segera membawanya ke tukang ramal Quraisy; mereka menasihatinya untuk menikah, dan ia
pun menikah. Bau dari misk terbaik biasa memancar keluar dari dirinya, dengan Nur
(cahaya) dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam berkilauan dari dahinya. Bila saja
terjadi kekeringan, kaum Quraisy biasa membawanya ke Gunung Tsabiir, dan berdoa kepada
Allah melalui dirinya memohon Allah untuk menurunkan hujan. Allah akan menjawab doa
mereka dan menurunkan hujan kerana barakah dari Nur Muhammad sall-Allahu 'alaihi
wasallam."


Ketika Abrahah, raja Yaman datang untuk menghancurkan rumah suci (Ka'bah) dan khabar
tentang ini sampai ke kaum Quraisy, Abd al-Muttalib berkata pada mereka, "Ia tak akan
sampai ke Rumah ini, kerana Rumah ini di bawah perlindungan Tuhannya." Dalam
perjalanannya ke Makkah, Abrahah menjarah unta-unta dan domba kaum Quraisy, di
antaranya empat ratus unta betina milik Abd Al-Muttalib. Ia dan banyak dari kaum Quraisy
pergi ke Gunung Tsabiir. Setelah mendaki gunung tersebut, cahaya dari NabiyAllah sall-
Allahu 'alaihi wasallam muncul dalam bentuk suatu lingkaran di dahinya seperti sebuah
bulan sabit, dan sinarnya terpantulkan ke Rumah Suci Ka'bah. Ketika 'Abdul Muttalib
melihat hal itu, ia berkata, "Wahai, kaum Quraisy, engkau boleh kembali sekarang, sudah
aman. Demi Allah, kini cahaya ini telah membentuk suatu lingkaran pada diriku, tak ada
keraguan bahawa kemenangan menjadi milik kita."


Mereka kembali ke Makkah, di mana mereka bertemu seorang laki-laki yang diutus Abrahah.
Saat melihat wajah 'Abdul Muttalib, laki-laki tersebut tertegun, lidahnya tergagap-gagap. Ia
pun pingsan, sambil melenguh seperti lembu jantan yang tengah disembelih. Ketika ia sedar
kembali, ia pun jatuh bersujud kepada Abdul Muttalib, sambil berkata, "Aku bersaksi bahawa
engkau benar-benar Pemimpin Kaum Quraisy."


Telah diriwayatkan pula bahawa ketika Abdul Muttalib muncul di depan Abrahah, gajah putih
yang besar dalam pasukannya melihat ke wajah Abdul Muttalib dan jatuh berlutut seperti
seekor unta, dan jatuh bersujud. Allah membuat gajah tersebut berbicara, berkata,
"Keselamatan bagi cahaya di sulbimu, wahai Abd al-Muttalib." Ketika pasukan Abrahah
mendekat untuk menghancurkan Ka'bah suci, gajah tadi berlutut kembali. Mereka
memukulinya kepalanya dengan hebat untuk membuatnya berdiri, yang tak mahu ia lakukan.
Tetapi, ketika mereka memutarnya menuju Yaman, ia pun berdiri. Kemudian Allah
mengirimkan untuk melawan mereka, armada-armada burung dari lautan, setiap ekor dari
mereka membawa tiga batu: satu dalam paruhnya, dan satu dalam setiap cakar kakinya.
Batu-batu itu memiliki ukuran seperti miju-miju, dan jika satu batu mengenai seorang
prajurit, prajurit itu akan terbunuh. Pasukan Abrahah lari tunggang langgang. Abrahah
sendiri terserang suatu penyakit. Hujung jari-hujung jarinya terlepas, satu demi satu.
Tubuhnya mengeluarkan darah dan nanah, dan akhirnya jantungnya terbelah, dan ia pun
tewas.


Peristiwa inilah yang diacu oleh Allah ketika Ia berfirman pada Nabi-Nya sall-Allahu 'alaihi
wasallam, mengatakan, "Tahukah engkau bagaimana Tuhanmu memperlakukan Pasukan
Gajah..." (QS Al-Fiil:1-5). Peristiwa ini adalah suatu tanda akan martabat dari junjungan kita,
Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, dan suatu tanda akan kenabiannya, dan
kedudukannya. Peristiwa ini juga menunjukkan kehormatan yang dikurniakan pada
masyarakatnya, dan bagaimana mereka dilindungi, yang membuat kaum Arab menyerah
pada mereka, dan percaya pada kemuliaan dan keunggulan mereka, kerana adanya
perlindungan Allah atas diri mereka dan pembelaan-Nya pada mereka melawan plot dari
Abrahah yang seakan-akan tak terkalahkan.


Tamat untuk Penciptaan Tubuh Suci Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam...

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Presentasi Amalan Puasa Ramadhan - Presentasi.net
Presentasi Amalan Puasa Ramadhan - Presentasi.netPresentasi Amalan Puasa Ramadhan - Presentasi.net
Presentasi Amalan Puasa Ramadhan - Presentasi.net
Muhammad Noer
 
Kisah tentang nabi nuh
Kisah tentang nabi nuhKisah tentang nabi nuh
Kisah tentang nabi nuh
Al Farhan
 
Presentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'rajPresentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'raj
Oni Eksekutif
 

Was ist angesagt? (19)

03. nabi nuh as
03. nabi nuh as03. nabi nuh as
03. nabi nuh as
 
Presentasi Amalan Puasa Ramadhan - Presentasi.net
Presentasi Amalan Puasa Ramadhan - Presentasi.netPresentasi Amalan Puasa Ramadhan - Presentasi.net
Presentasi Amalan Puasa Ramadhan - Presentasi.net
 
Kisah tentang nabi nuh
Kisah tentang nabi nuhKisah tentang nabi nuh
Kisah tentang nabi nuh
 
Khutbah jumat
Khutbah jumatKhutbah jumat
Khutbah jumat
 
Mengucapkan 2 kalimat syahadat
Mengucapkan 2 kalimat syahadatMengucapkan 2 kalimat syahadat
Mengucapkan 2 kalimat syahadat
 
Kitab gerhana
Kitab gerhanaKitab gerhana
Kitab gerhana
 
Sifat ibad al rahman
Sifat ibad al rahmanSifat ibad al rahman
Sifat ibad al rahman
 
Pentingnya Dakwah untuk Kita
Pentingnya Dakwah untuk KitaPentingnya Dakwah untuk Kita
Pentingnya Dakwah untuk Kita
 
Kisah nabi nuh
Kisah nabi nuhKisah nabi nuh
Kisah nabi nuh
 
Ceramah israa' dan mikraaj 5 mei 2016
Ceramah israa' dan mikraaj  5 mei 2016Ceramah israa' dan mikraaj  5 mei 2016
Ceramah israa' dan mikraaj 5 mei 2016
 
Bab 6 iman kepada rasul
Bab 6 iman kepada rasulBab 6 iman kepada rasul
Bab 6 iman kepada rasul
 
Kronology Hari Kiamat
Kronology Hari KiamatKronology Hari Kiamat
Kronology Hari Kiamat
 
Arti Iltizam dalam dakwah
Arti Iltizam dalam dakwahArti Iltizam dalam dakwah
Arti Iltizam dalam dakwah
 
Materi Kajian Umum - Mengapa Beriman kepada Al Quran
Materi Kajian Umum - Mengapa Beriman kepada Al QuranMateri Kajian Umum - Mengapa Beriman kepada Al Quran
Materi Kajian Umum - Mengapa Beriman kepada Al Quran
 
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
 
Presentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'rajPresentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'raj
 
ISRA MIRAJ
ISRA MIRAJISRA MIRAJ
ISRA MIRAJ
 
Membuktikan Kebenaran al-Quran
Membuktikan Kebenaran al-QuranMembuktikan Kebenaran al-Quran
Membuktikan Kebenaran al-Quran
 
Akhirat - Orientasi Hidup Kita
Akhirat - Orientasi Hidup KitaAkhirat - Orientasi Hidup Kita
Akhirat - Orientasi Hidup Kita
 

Andere mochten auch (10)

Sermon Notes Creation Care - Irish
Sermon Notes Creation Care - IrishSermon Notes Creation Care - Irish
Sermon Notes Creation Care - Irish
 
Perangkat keras komputer (joystick & trackball)
Perangkat keras komputer (joystick & trackball)Perangkat keras komputer (joystick & trackball)
Perangkat keras komputer (joystick & trackball)
 
Como nace un_paradigma
Como nace un_paradigmaComo nace un_paradigma
Como nace un_paradigma
 
Seminar brochure seminar environmental flows
Seminar brochure seminar environmental flowsSeminar brochure seminar environmental flows
Seminar brochure seminar environmental flows
 
Limbah Domestik kota Yogya (2006)
Limbah Domestik kota Yogya (2006)Limbah Domestik kota Yogya (2006)
Limbah Domestik kota Yogya (2006)
 
Edmodo overview
Edmodo overviewEdmodo overview
Edmodo overview
 
Ratio in maths
Ratio in mathsRatio in maths
Ratio in maths
 
AMISTAD STR
AMISTAD STRAMISTAD STR
AMISTAD STR
 
/ bvision - IV Encuentro de Universitarios Emprendedores
/ bvision - IV Encuentro de Universitarios Emprendedores/ bvision - IV Encuentro de Universitarios Emprendedores
/ bvision - IV Encuentro de Universitarios Emprendedores
 
Math 5 ratio and how to solve ratio problens
Math 5 ratio and how to solve ratio problensMath 5 ratio and how to solve ratio problens
Math 5 ratio and how to solve ratio problens
 

Ähnlich wie Penciptaan roh nabi saw

Ternyata nabi
Ternyata nabiTernyata nabi
Ternyata nabi
elra
 
Kliping tentang hari kiamat
Kliping tentang hari kiamatKliping tentang hari kiamat
Kliping tentang hari kiamat
nizmahmail
 
Tanda tanda kiamat (dalil dan kronologi)
Tanda tanda kiamat (dalil dan kronologi)Tanda tanda kiamat (dalil dan kronologi)
Tanda tanda kiamat (dalil dan kronologi)
032678
 
Ahlussunnahwaljamaah
AhlussunnahwaljamaahAhlussunnahwaljamaah
Ahlussunnahwaljamaah
nprasasti
 
Sharing makrifatullah 1
Sharing makrifatullah 1Sharing makrifatullah 1
Sharing makrifatullah 1
Rifki Rizal
 

Ähnlich wie Penciptaan roh nabi saw (20)

Kitab gerhana
Kitab gerhanaKitab gerhana
Kitab gerhana
 
Bhs indonesia-siapakah nabi muhammad - 694 hadist sohih
Bhs indonesia-siapakah nabi muhammad - 694 hadist sohihBhs indonesia-siapakah nabi muhammad - 694 hadist sohih
Bhs indonesia-siapakah nabi muhammad - 694 hadist sohih
 
Bagian 1 mengenal penciptaan manusia
Bagian 1 mengenal penciptaan manusiaBagian 1 mengenal penciptaan manusia
Bagian 1 mengenal penciptaan manusia
 
Isra
IsraIsra
Isra
 
Nuzulul qur'an
Nuzulul qur'anNuzulul qur'an
Nuzulul qur'an
 
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahPenurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
 
3.1 Nabi & Rasul
3.1 Nabi & Rasul3.1 Nabi & Rasul
3.1 Nabi & Rasul
 
Isra
IsraIsra
Isra
 
Haji wada
Haji wadaHaji wada
Haji wada
 
Ternyata nabi
Ternyata nabiTernyata nabi
Ternyata nabi
 
Kliping tentang hari kiamat
Kliping tentang hari kiamatKliping tentang hari kiamat
Kliping tentang hari kiamat
 
al_quran_pptx.pptx
al_quran_pptx.pptxal_quran_pptx.pptx
al_quran_pptx.pptx
 
Tanda tanda kiamat (dalil dan kronologi)
Tanda tanda kiamat (dalil dan kronologi)Tanda tanda kiamat (dalil dan kronologi)
Tanda tanda kiamat (dalil dan kronologi)
 
Buku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbas
Buku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbasBuku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbas
Buku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbas
 
Islam sebagai addin
Islam sebagai addinIslam sebagai addin
Islam sebagai addin
 
Pengertian as sunnah menurut syari’at
Pengertian as sunnah menurut syari’atPengertian as sunnah menurut syari’at
Pengertian as sunnah menurut syari’at
 
Aqidah akhlak (Perguruan Tinggi )
Aqidah akhlak (Perguruan Tinggi )Aqidah akhlak (Perguruan Tinggi )
Aqidah akhlak (Perguruan Tinggi )
 
Pengajian Agama bertajuk : Attazkiratul Hadramiyah
Pengajian Agama  bertajuk : Attazkiratul HadramiyahPengajian Agama  bertajuk : Attazkiratul Hadramiyah
Pengajian Agama bertajuk : Attazkiratul Hadramiyah
 
Ahlussunnahwaljamaah
AhlussunnahwaljamaahAhlussunnahwaljamaah
Ahlussunnahwaljamaah
 
Sharing makrifatullah 1
Sharing makrifatullah 1Sharing makrifatullah 1
Sharing makrifatullah 1
 

Mehr von Roedy Rustam (10)

Strategi penetapan dan pengembangan Pasar
Strategi penetapan dan pengembangan PasarStrategi penetapan dan pengembangan Pasar
Strategi penetapan dan pengembangan Pasar
 
Strategi Pengembangan usaha komunitas
Strategi Pengembangan usaha komunitasStrategi Pengembangan usaha komunitas
Strategi Pengembangan usaha komunitas
 
Skema Bisni Bumdes
Skema Bisni Bumdes Skema Bisni Bumdes
Skema Bisni Bumdes
 
Pengenalan SiDeKa
Pengenalan SiDeKaPengenalan SiDeKa
Pengenalan SiDeKa
 
Kebijakan pengaturan frekuensi lpk 061210
Kebijakan pengaturan frekuensi lpk 061210 Kebijakan pengaturan frekuensi lpk 061210
Kebijakan pengaturan frekuensi lpk 061210
 
Peran mahasiswa
Peran mahasiswaPeran mahasiswa
Peran mahasiswa
 
The way to win in organized
The way to win in organizedThe way to win in organized
The way to win in organized
 
Peran & tanggung jawab
Peran & tanggung jawabPeran & tanggung jawab
Peran & tanggung jawab
 
Tehnik wawancara
Tehnik wawancaraTehnik wawancara
Tehnik wawancara
 
Dasar jurnalistik
Dasar jurnalistikDasar jurnalistik
Dasar jurnalistik
 

Kürzlich hochgeladen

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Adam Hiola
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Ustadz Habib
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
MeidarLamskingBoangm
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
puji239858
 

Kürzlich hochgeladen (8)

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 

Penciptaan roh nabi saw

  • 1. PENCIPTAAN ROH NABI SAW Kitab Mawahibul Laduniyyah bil Minah al-Muhammadaniyyah (Kurnia Ilahiah dalam Bentuk Kurnia Muhammadaniyyah) ditulis oleh Imam Ahmad Shihabuddin ibn Muhammad ibn Abu Bakr al-Qastallani (wafat 923H/1517 M), seorang ahli hadits yang mengarang syarah Sahih Bukhari (Irsyad as-Sari). Kitab Mawahib karangan beliau ini adalah kitab yang berisi biografi Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam. =============================================== A'uudzu billahi minasy syaithanirrajiim Bismillahirrahmanirrahiim Wassholatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyaa-i wal Mursaliin Sayyidina Muhammadin wa 'ala aalihi wasahbihi ajma'in Penciptaan Ruh Nabi Sall-Allahu 'alayhi Wasallam Saat Allah Subhanahu wa Ta'ala mengeluarkan keputusan Ilahiah untuk mewujudkan makhluq, Ia pun menciptakan Haqiqat Muhammadaniyyah (Realiti Muhammad –Nuur Muhammad) dari Cahaya-Nya. Ia Subhanahu wa Ta'ala kemudian menciptakan dari Haqiqat ini keseluruhan alam, baik alam atas mahupun bawah. Allah Subhanahu wa Ta'ala kemudian memberitahu Muhammad akan Kenabiannya, sementara saat itu Adam masih belum berbentuk apa-apa kecuali berupa ruh dan badan. Kemudian darinya (dari Muhammad) keluar tercipta sumber-sumber dari ruh, yang membuat beliau lebih luhur dibandingkan seluruh makhluq ciptaan lainnya, dan menjadikannya pula ayah dari semua makhluq yang wujud. Dalam Sahih Muslim, Nabi (SAW) bersabda bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menulis Taqdir seluruh makhluq lima puluh ribu tahun (dan tahun di sisi Allah adalah berbeda dari tahun manusia, peny.) sebelum Ia menciptakan Langit dan Bumi, dan `Arasy- Nya berada di atas Air, dan di antara hal-hal yang telah tertulis dalam ad-Dzikir, yang merupakan Umm al-Kitab (induk Kitab), adalah bahawa Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam adalah Penutup para Nabi. Al Irbadh ibn Sariya, berkata bahawa Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam bersabda, "Menurut Allah, aku sudah menjadi Penutup Para Nabi, ketika Adam masih dalam bentuk tanah liat." Maysara al-Dhabbi (ra) berkata bahawa ia bertanya pada Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam, "Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?" Beliau sall-Allahu 'alayhi wasallam menjawab, "Ketika Adam masih di antara ruh dan badannya." Suhail bin Salih Al-Hamadani berkata, "Aku bertanya pada Abu Ja'far Muhammad ibn `Ali radiy-Allahu 'anhu, `Bagaimanakah Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam bisa
  • 2. mendahului nabi-nabi lain sedangkan beliau akan diutus paling akhir?" Abu Ja'far radiy- Allahu 'anhu menjawab bahawa ketika Allah menciptakan anak-anak Adam (manusia) dan menyuruh mereka bersaksi tentang Diri-Nya (menjawab pertanyaan-Nya, `Bukankah Aku ini Tuhanmu?'), Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam-lah yang pertama menjawab `Ya!' Kerana itu, beliau mendahului seluruh nabi-nabi, sekalipun beliau diutus paling akhir." Al-Syaikh Taqiyu d-Diin Al-Subki mengomentari hadits ini dengan mengatakan bahawa kerana Allah Ta'ala menciptakan arwah (jamak dari ruh) sebelum tubuh fisik, perkataan Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam "Aku adalah seorang Nabi," ini mengacu pada roh suci beliau, mengacu pada hakikat beliau; dan akal fikiran kita tak mampu memahami hakikat-hakikat ini. Tak seorang pun memahaminya kecuali Dia yang menciptakannya, dan mereka yang telah Allah dukung dengan Nur Ilahiah. Jadi, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengurniakan kenabian pada ruh Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam bahkan sebelum penciptaan Adam; yang Ia telah ciptakan ruh itu, dan Ia limpahkan barakah tak berhingga atas ciptaan ini, dengan menuliskan nama Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam pada `Arasy Ilahiah, dan memberitahu para Malaikat dan lainnya akan penghargaan-Nya yang tinggi bagi beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam). Dus, Haqiqat Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam telah wujud sejak saat itu, meski tubuh ragawinya baru diciptakan kemudian. Al Syi'bi meriwayatkan bahawa seorang laki-laki bertanya, "Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?" Beliau menjawab, "ketika Adam masih di antara roh dan badannya, ketika janji dibuat atasku." Kerana itulah, beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah yang pertama diciptakan di antara para Nabi, dan yang terakhir diutus. Diriwayatkan bahawa Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah satu-satunya yang diciptakan keluar dari sulbi Adam sebelum ruh Adam ditiupkan pada badannya, kerana beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah sebab dari diciptakannya manusia, beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah junjungan mereka, substansi mereka, ekstraksi mereka, dan mahkota dari kalung mereka. `Ali ibn Abi Thalib karram-Allahu wajhahu dan Ibn `Abbas radiy-Allahu 'anhu keduanya meriwayatkan bahawa Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, "Allah tak pernah mengutus seorang nabi, dari Adam dan seterusnya, melainkan sang Nabi itu harus melakukan perjanjian dengan-Nya berkenaan dengan Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam): seandainya Muhammad (SAW) diutus di masa hidup sang Nabi itu, maka ia harus beriman pada beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) dan mendukung beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam), dan Nabi itu pun harus mengambil janji yang serupa dari ummatnya.
  • 3. Diriwayatkan bahawa ketika Allah SWT menciptakan Nur Nabi kita Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam, Ia Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan padanya untuk memandang pada nur-nur dari Nabi-nabi lainnya. Cahaya beliau melingkupi cahaya mereka semua, dan Allah SWT membuat mereka berbicara, dan mereka pun berkata, "Wahai, Tuhan kami, siapakah yang meliputi diri kami dengan cahayanya?" Allah Subhanahu wa Ta'ala menjawab, "Ini adalah cahaya dari Muhammad ibn `Abdullah; jika kalian beriman padanya akan Kujadikan kalian sebagai nabi-nabi." Mereka menjawab, "Kami beriman padanya dan pada kenabiannya." Allah berfirman, "Apakah Aku menjadi saksimu?" Mereka menjawab, "Ya." Allah berfirman, "Apakah kalian setuju, dan mengambil perjanjian dengan-Ku ini sebagai mengikat dirimu?" Mereka menjawab, "Kami setuju." Allah berfirman, "Maka saksikanlah (hai para Nabi), dan Aku menjadi saksi (pula) bersamamu."(QS 3:81). Inilah makna dari firman Allah Subhanahu wa Ta'ala. "Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: `Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya.'" (QS 3:81). Syaikh Taqiyyud Diin al-Subki mengatakan, "Dalam ayat mulia ini, tampak jelas penghormatan kepada Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) dan pujian atas kemuliaannya. Ayat ini juga menunjukkan bahawa seandainya beliau diutus di zaman Nabi-nabi lain itu, maka risalah da'wah beliau pun harus diikuti oleh mereka. Kerana itulah, kenabiannya dan risalahnya adalah universal dan umum bagi seluruh ciptaan dari masa Adam hingga hari Pembalasan, dan seluruh Nabi beserta ummat mereka adalah termasuk pula dalam ummat beliau sall-Allahu 'alayhi wasallam. Jadi, sabda sayyidina Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam), "Aku telah diutus bagi seluruh ummat manusia," bukan hanya ditujukan bagi orang-orang di zaman beliau hingga Hari Pembalasan, tapi juga meliputi mereka yang hidup sebelumnya. Hal ini menjelaskan lebih jauh perkataan beliau, "Aku adalah seorang Nabi ketika Adam masih di antara ruh dan badannya." Berpijak dari hal ini, Muhammad (sall- Allahu 'alayhi wasallam) adalah Nabi dari para nabi, sebagaimana telah pula jelas saat malam Isra' Mi'raj, saat mana para Nabi melakukan salat berjama'ah di belakang beliau (yang bertindak selaku Imam). Keunggulan beliau ini akan menjadi jelas nanti di Akhirat, saat seluruh Nabi akan berkumpul di bawah bendera beliau.
  • 4. PENCIPTAAN TUBUH NABI SAW Pengantar Kitab Mawahibul Laduniyyah bil Minah al-Muhammadaniyyah (Kurnia Ilahiah dalam Bentuk Kurnia Muhammadaniyyah) ditulis oleh Imam Ahmad Shihabuddin ibn Muhammad ibn Abu Bakr al-Qastallani (wafat 923H/1517 M), seorang ahli hadits yang mengarang syarah Sahih Bukhari (Irsyad as-Sari). Kitab Mawahib karangan beliau ini adalah kitab yang berisi biografi Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam. =============================================== A'uudzu billahi minasy syaithanirrajiim Bismillahirrahmanirrahiim Wassholatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyaa-i wal Mursaliin Sayyidina Muhammadin wa 'ala aalihi wasahbihi ajma'in Penciptaan Tubuh Suci Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam Ka'ab al Ahbaar radhiy-Allahu 'anhu mengatakan, "Ketika Allah SWT menginginkan untuk menciptakan Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, Ia memerintahkan Malaikat Jibril untuk membawa kepada-Nya tanah liat yang menjadi jantung dari bumi, yang menjadi kemegahan dan cahayanya. Jibril pun turun, ditemani beberapa malaikat dari Tempat Tertinggi di Surga. Ia mengambil segenggam tanah untuk penciptaan Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam dari suatu tempat yang kini menjadi makam suci beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam; tanah itu berkilau putih cerah. Kemudian ia meramas dan mengadun tanah itu dengan air ciptaan terbaik dari Air Terjun Syurgawi Tasniim, yang berada dalam sungai- sungai jernih yang mengalir di Syurga. Ia mengaduninya sampai tanah itu menjadi suatu mutiara putih dengan pancaran warna putihnya yang cemerlang. Para malaikat membawanya, mengelilingi 'Arasy Syurgawi dan gunung-gunung dan samudera. Dengan begitu, para malaikat dan seluruh makhluq menjadi tahu akan keberadaan junjungan kita Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam dan kehormatan beliau; sebelum mereka mengetahui Adam." Ibn 'Abbas radhiy-Allahu 'anhumengatakan, "Asal usul dari tanah liat Nabi Muhammad sall- Allahu 'alaihi wasallam adalah dari pusat bumi, di Makkah, di titik di mana Ka'bah berdiri. Kerana itu pula, Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam menjadi asal usul penciptaan, dan semua makhluq ciptaan adalah pengikut-pengikut beliau."
  • 5. Pengarang Awarif al Ma'arif [al-Suhrawardi], berkata bahawa ketika Banjir meluap, menebarkan buih ke seluruh penjuru, esensi dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam berhenti hingga ke suatu tempat di dekat tanah kubur beliau di Madinah, sehingga beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam menjadi seseorang yang termasuk dalam Makkah mahupun Madinah. Diriwayatkan bahawa ketika Allah Subhanahu Wa Ta'ala menciptakan Adam 'alaihissalam, Ia Subhanahu Wa Ta'ala mengilhamkan kepada Adam untuk bertanya, "Wahai Tuhan, mengapakah Engkau memberiku nama panggilan, Abu Muhammad (ayah dari Muhammad)?" Allah menjawab, "Wahai Adam, angkat kepalamu." Adam pun mengangkat kepalanya dan ia melihat cahaya dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam dalam kubah 'Arsy. Adam kemudian bertanya lagi, "Wahai Tuhan, cahaya apakah ini?" Allah menjawab, "Ini adalah cahaya dari seorang Nabi keturunanmu. Namanya di Syurga adalah Ahmad, dan di Bumi namanya Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam. Jika bukan demi dirinya, tentu Aku tidak akan menciptakan dirimu, tidak pula Langit, tidak pula Bumi." 'Abd al-Razzaq meriwayatkan, dari Jabir bin 'Abdullah radhiy-Allahu 'anhu, bahawa ia berkata, "Ya RasulAllah, semoga ayahku dan ibuku dikorbankan demi dirimu, ceritakan padaku tentang hal pertama yang Allah ciptakan, sebelum yang lain-lainnya." Beliau menjawab, "Wahai Jabir, Allah menciptakan, sebelum apa pun yang lain, cahaya Nabimu dari cahaya-Nya. Cahaya itu mulai bergerak ke mana pun Allah kehendaki dengan Qudrat Ilahiah Allah. Pada saat itu belum ada Tablet (Lauh) belum pula Pena; belum ada Syurga mahupun Neraka, tidak ada malaikat; tidak ada Langit, tidak pula Bumi; tak ada Matahari mahupun Bulan, tak ada Jinn ataupun manusia. Ketika Allah ingin untuk menciptakan makhluq-Nya, Ia membagi cahaya itu menjadi empat bagian. Dari bagian pertama, Ia menciptakan Pena, dari yang kedua, Tablet (Lauh), dan dari yang ketiga, 'Arasy. Kemudian, Ia membahagi bahagian keempat menjadi empat bahagian: bahagian pertama membentuk para pembawa 'Arasy, bahagian kedua menjadi penunjang kaki 'Arasy, dan dari bahagian ketiga Ia menciptakan malaikat-malaikat lainnya. Ia kemudian membahagi bahagian keempat menjadi empat bahagian lagi: Ia menciptakan langit dari bahagian pertama, bumi-bumi dari bahagian kedua, Syurga dan Neraka dari bahagian ketiga. Kemudian Ia membahagi lagi bahagian keempat sisanya menjadi empat bahagian: menciptakan cahaya firasat orang-orang beriman dari bahagian pertama, cahaya kalbu-kalbu mereka(iaitu ma'rifat Allah) dari bahagian kedua, dan dari bahagian ketiga Ia ciptakan cahaya kesenangan dan kegembiraan (Uns, iaitu Laa ilaha illa Allah, Muhammadun Rasuulullah). Suatu riwayat lain dari 'Ali ibn Al-Husain radhiy-A llahu 'anhu dari ayahnya [iaitu Husain ibn 'Ali ibn Abi Talib, peny.] radhiy-Allahu 'anhu, dari datuknya [iaitu 'Ali ibn Abi Talib] karram- Allahu wajhahu, dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam yang bersabda, "Aku adalah suatu
  • 6. cahaya di hadapan Tuhanku, empat belas ribu tahun sebelum penciptaan Adam." Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Allah menciptakan Adam 'alaihissalam, Ia Subhanahu Wa Ta'ala menaruh cahaya itu di punggung Adam, dan cahaya itu biasa berkilau dari bahagian depannya, menelan seluruh sisa cahayanya. Kemudian Allah menaruh cahaya itu ke 'Arasy Kekuasaan-Nya, dan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya membawanya di pundak mereka, dan memerintahkan mereka pula untuk membawa Adam berkeliling di Langit dan mempertunjukkan padanya keindahan-keindahan Kerajaan-Nya. Ibn 'Abbas radhiy-Allahu 'anhu berkata, Penciptaan Adam adalah pada hari Jumat di sore hari. Allah kemudian menciptakan baginya Hawa', istrinya, dari satu tulang rusuk kirinya ketika ia sedang tertidur. Saat ia bangun dan melihat Hawa', Adam merasa tenteram dengannya, dan ia mulai merentangkan tangannya ke Hawa'. Malaikat berkata, "Berhenti, Adam." Adam berkata, "Kenapa, tidakkah Allah menciptakannya untukku?" Mereka menjawab, "Tidak boleh hingga kau membayar mas kawin padanya". Adam bertanya, "Apa mas kawinnya?" Para Malaikat menjawab, "Dengan membaca salawat atas Muhammad tiga kali." [dan dalam riwayat lain, dua puluh kali]. Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Adam 'alaihissalam meninggalkan Syurga, ia melihat tertulis di kaki 'Arasy dan di setiap titik dalam Syurga, nama Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam di samping nama Allah. Adam bertanya, "Wahai Tuhan, siapakah Muhammad?" Allah menjawab, "Dia adalah anakmu, yang jika seandainya tidak demi dirinya, tentu Aku tidak akan menciptakanmu." Kemudian Adam berkata, "Wahai Tuhan, demi anak ini, kurniakanlah rahmat pada ayahnya." Allah memanggil, "Wahai Adam, seandainya engkau akan bersyafa'at melalui Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bagi seluruh penduduk Langit dan Bumi, Kami akan kabulkan permohonan syafa'atmu." 'Umar Ibn al-Khattab radhiy-Allahu 'anhu berkata bahawa Sayyidina Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Ketika Adam berbuat dosa, ia berkata, 'Ya Allah, aku memohon kepadamu demi Muhammad untuk mengampuniku.' Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman padanya, 'Bagaimana dirimu tahu akan Muhammad padahal Aku belum menciptakannya?' Adam menjawab, 'Kerana ketika Engkau, Ya Tuhanku, menciptakanku dengan Tangan-Mu, dan meniupkan padaku dari Ruh-Mu, aku memandang ke atas dan melihat tertulis di kaki- kaki 'Arasy, Laa ilaaha illallah, Muhammadun Rasuulullah. Aku tahu bahawa Engkau tidak akan menaruh suatu nama di samping Nama-Mu, melainkan pastilah itu adalah nama seseorang yang paling Kau-cintai dari makhluq-Mu.' Allah berfirman, 'Oh, Adam, kau telah mengatakan kebenaran: dialah yang paling Kucintai di antara makhluq ciptaan-Ku. Dan kerana engkau telah memohon pada-Ku demi dirinya, engkau kuampuni. Seandainya tidak untuk Muhammad, Aku tak akan menciptakanmu. Dialah penutup para Nabi dari
  • 7. keturunanmu.'" Dalam Hadits Salman radhiy-Allahu 'anhu, diriwayatkan bahawa Jibril 'alaihissalam turun menemui Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam dan berkata, "Tuhanmu mengatakan, 'Jika Aku telah menjadikan Ibrahim sebagai yang Ku-cintai, sahabat dekat (khalil), Aku pun menganggapmu demikian. Tak pernah Ku-ciptakan makhluq apa pun yang lebih berharga bagi-Ku daripada dirimu, dan telah Ku-ciptakan dunia ini dan penduduknya dengan maksud untuk membiarkan mereka mengetahui kehormatanmu dan mengetahui erti keberadaanmu bagi-Ku; dan seandainya tidak untukmu, tidaklah Kuciptakan dunia ini'". Hawa' 'alaihassalam melahirkan empat puluh anak dari Adam 'alaihissalam, dalam dua puluh kali kelahiran; tetapi ia melahirkan Seth [atau Syits] 'alaihissalam secara terpisah, sebagai kehormatan bagi junjungan kita Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, yang cahayanya berpindah dari Adam ke Seth. Sebelum wafatnya, Adam menitipkan pemeliharaan anak- anaknya kepada Seth, dan ia pun, sebagai gilirannya, mempercayakan pada anak-anak tersebut, wasiat dari Adam: untuk menaruh cahaya itu hanya pada wanita yang suci. Wasiat ini berlanjut, abad demi abad, sampai Allah memberikan cahaya itu kepada Abdul Muttalib dan puteranya, Abdullah. Dengan cara inilah, Allah menjaga kemurnian silsilah tanpa cela dari Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam, dari perzinaan orang-orang bodoh. Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata, "Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, 'Tak satu pun perzinaan jahil menyentuh kelahiranku. Aku dilahirkan tidak lain hanya dengan pernikahan Islam.'" Hisyam ibn Muhammad Al-Kalbi meriwayatkan bahawa ayahnya berkata, "Aku menghitung bagi (silsilah) Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam ada lima ratus ribu ibu, dan tak kutemukan di antara mereka satu jejak pun perzinaan, atau apa pun dari interaksi orang- orang bodoh." Ali radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Aku datang dari pernikahan, aku tidak datang dari perzinaan; dari Adam hingga diriku dilahirkan dari ayah dan ibuku, tak satu pun perzinaan orang jahil yang menyentuh diriku." Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Orang tua moyangku tak pernah melakukan perzinaan. Allah menjaga memindahkanku dari sulbi yang baik ke rahim yang suci, murni dan tersucikan; bila saja ada dua jalan untuk berpindah, aku menuju ke yang terbaik di antara mereka."
  • 8. Anas radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam membaca, "La qad jaa-akum Rasuulum min Anfusikum" [QS. 9:128], dan bersabda, "Aku adalah yang terbaik di antara kalian dalam silsilahku, dalam hubungan-hubungan-ku dan nenek moyangku: tak ada perzinaan pada ayah-ayahku dalam setiap tingkat hingga ke Adam." 'Aisyah radiyAllahu 'anhu meriwayatkan dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam bahawa Jibril 'alaihissalam berkata, "Aku telah meneliti Bumi dari timur ke barat, dan tak kutemui seorang manusia pun yang lebih baik dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, dan tak kutemui seorang anak laki-laki dari ayah mana pun yang lebih baik dari anak-anak Hasyim (Bani Hasyim)." Dalam Sahih Al-Bukhari, Abu Hurairah radiyAllahu 'anhu meriwayatkan bahawa Nabi sall- Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Aku telah diutus dari generasi terbaik dari Anak-anak Adam, satu demi satu hingga aku mencapai keadaanku sekarang ini." Dalam Sahih Muslim, Watsila ibn al-Aska' meriwayatkan bahawa Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Allah telah memilih Kinana dari anak-anak Isma'il, dan Quraisy dari Kinana, dan dari Quraish, anak-anak Hasyim, dan akhirnya memilihku dari Bani Hasyim." Al 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Allah menciptakan makhluq, dan menempatkanku dalam kelompok-kelompok terbaik, dan yang terbaik dari dua kelompok; kemudian Ia memilih suku, dan menaruhku pada yang terbaik di antara keluarga-keluarga mereka. Kerana itulah, aku memiliki keperibadian terbaik, roh dan sifat terbaik, dan memiliki asal-usul terbaik di antara mereka." Ibn 'Umar radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Allah memeriksa ciptaan-Nya dan memilih Bani Adam (manusia) dari mereka; Ia memeriksa Bani Adam dan memilih orang-orang Arab darinya; Ia memeriksa kaum Arab dan memilihku dari antara mereka. Kerananya, aku selalu menjadi yang terpilih di antara yang terpilih. Lihatlah, orang-orang yang mencintai kaum Arab, adalah kerana cinta kepadaku hingga mereka mencintai kaum Arab, dan mereka yang membenci kaum Arab, adalah kerana mereka membenciku hingga mereka pun membenci Arab." Ketahuilah bahawa Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam tidaklah terkait (memiliki) secara langsung pada saudara laki-laki atau perempuan siapa pun dari orang tua-orang tuanya; beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam adalah anak satu-satunya mereka dan silsilah
  • 9. mereka berhenti pada beliau. Dengan begitu, beliau secara eksklusif 'memegang penuh' suatu silsilah yang Allah (SWT)inginkan menjadi yang tertinggi yang dapat dicapai suatu kenabian, dan yang memegang puncak kehormatan. Jika Anda memeriksa status silsilah beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam dan mengetahui kesucian kelahiran beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam, Anda akan yakin bahawa silsilah beliau adalah suatu keturunan dari ayah-ayah yang terhormat, kerana beliau adalah Al-Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al 'Arabi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Abtahi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Harami sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Hasyimi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Quraisyi sall-Allahu 'alaihi wasallam, elite dari Bani Hasyim, seseorang yang telah dipilih dari suku-suku terunggul bangsa Arab, dari silsilah terbaik, keturunan paling mulia, cabang yang paling subur, pilar tertinggi, asal usul terbaik, akar-akar terkuat, memiliki lidah terfasih, gaya bicara terhalus, darjat kebajikan) yang paling memberatkan, iman paling sempurna, persahabatan paling kuat, kaum kerabat paling terhormat dari kedua pihak orang tua, dan dari tanah Allah yang paling mulia. Beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam memiliki banyak nama dan yang paling terkemuka adalah Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam ibn (putera) Abdullah. Beliau juga adalah putera Abdul Muttalib, yang namanya adalah Syaybat-ul Hamd, anak Hasyim, yang namanya adalah Amr; anak dari Abd Manaaf, yang namanya adalah al-Mughiirah, anak dari Qusai, yang namanya adalah Mujammi', anak dari Kilaab, yang namanya Hakiim, ibn Murra, ibn Ka'b (dari suku Quraisy), ibn Lu'ai, ibn Ghalib, ibn Fihr, yang namanya adalah Kinana, ibn Khuzaima, ibn Mudrika, ibn Ilias, ibn Mudhar, ibn Nizar, ibn Ma'add, ibn Adnan. Ibn Dihia berkata, "Para ulama setuju dan kesepakatan ulama adalah bukti bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam telah menyebutkan silsilah beliau hingga Adnan, dan tidak menyebutkan di atas itu." Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu meriwayatkan bahawa bila saja Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam menyebutkan silsilahnya beliau tak pernah menyebut di atas Ma'add, ibn Adnan, dan akan berhenti, dengan mengatakan, "Para genealogis (ahli silsilah) telah berbohong." Beliau akan mengulangi ucapannya itu dua atau tiga kali. Ibn 'Abbas juga berkata, "Di antara Adnan dan Isma'il ada tiga puluh ayah yang tak diketahui [namanya, red.]." Ka'b al-Ahbaar radiyAllahu 'anhu berkata, "Ketika cahaya Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam sampai pada Abdul Muttalib, dan dia telah mencapai usia kedewasaan, dia tidur suatu hari di halaman Ka'bah; ketika ia bangun, matanya terhitamkan dengan antimony (kohl), rambutnya terminyaki, ia terhiasi dengan jubah yang indah dan cantik. Ia terkejut, tak mengetahui siapa yang telah melakukan hal itu padanya. Ayahnya menggapai tangannya dan segera membawanya ke tukang ramal Quraisy; mereka menasihatinya untuk menikah, dan ia
  • 10. pun menikah. Bau dari misk terbaik biasa memancar keluar dari dirinya, dengan Nur (cahaya) dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam berkilauan dari dahinya. Bila saja terjadi kekeringan, kaum Quraisy biasa membawanya ke Gunung Tsabiir, dan berdoa kepada Allah melalui dirinya memohon Allah untuk menurunkan hujan. Allah akan menjawab doa mereka dan menurunkan hujan kerana barakah dari Nur Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam." Ketika Abrahah, raja Yaman datang untuk menghancurkan rumah suci (Ka'bah) dan khabar tentang ini sampai ke kaum Quraisy, Abd al-Muttalib berkata pada mereka, "Ia tak akan sampai ke Rumah ini, kerana Rumah ini di bawah perlindungan Tuhannya." Dalam perjalanannya ke Makkah, Abrahah menjarah unta-unta dan domba kaum Quraisy, di antaranya empat ratus unta betina milik Abd Al-Muttalib. Ia dan banyak dari kaum Quraisy pergi ke Gunung Tsabiir. Setelah mendaki gunung tersebut, cahaya dari NabiyAllah sall- Allahu 'alaihi wasallam muncul dalam bentuk suatu lingkaran di dahinya seperti sebuah bulan sabit, dan sinarnya terpantulkan ke Rumah Suci Ka'bah. Ketika 'Abdul Muttalib melihat hal itu, ia berkata, "Wahai, kaum Quraisy, engkau boleh kembali sekarang, sudah aman. Demi Allah, kini cahaya ini telah membentuk suatu lingkaran pada diriku, tak ada keraguan bahawa kemenangan menjadi milik kita." Mereka kembali ke Makkah, di mana mereka bertemu seorang laki-laki yang diutus Abrahah. Saat melihat wajah 'Abdul Muttalib, laki-laki tersebut tertegun, lidahnya tergagap-gagap. Ia pun pingsan, sambil melenguh seperti lembu jantan yang tengah disembelih. Ketika ia sedar kembali, ia pun jatuh bersujud kepada Abdul Muttalib, sambil berkata, "Aku bersaksi bahawa engkau benar-benar Pemimpin Kaum Quraisy." Telah diriwayatkan pula bahawa ketika Abdul Muttalib muncul di depan Abrahah, gajah putih yang besar dalam pasukannya melihat ke wajah Abdul Muttalib dan jatuh berlutut seperti seekor unta, dan jatuh bersujud. Allah membuat gajah tersebut berbicara, berkata, "Keselamatan bagi cahaya di sulbimu, wahai Abd al-Muttalib." Ketika pasukan Abrahah mendekat untuk menghancurkan Ka'bah suci, gajah tadi berlutut kembali. Mereka memukulinya kepalanya dengan hebat untuk membuatnya berdiri, yang tak mahu ia lakukan. Tetapi, ketika mereka memutarnya menuju Yaman, ia pun berdiri. Kemudian Allah mengirimkan untuk melawan mereka, armada-armada burung dari lautan, setiap ekor dari mereka membawa tiga batu: satu dalam paruhnya, dan satu dalam setiap cakar kakinya. Batu-batu itu memiliki ukuran seperti miju-miju, dan jika satu batu mengenai seorang prajurit, prajurit itu akan terbunuh. Pasukan Abrahah lari tunggang langgang. Abrahah sendiri terserang suatu penyakit. Hujung jari-hujung jarinya terlepas, satu demi satu. Tubuhnya mengeluarkan darah dan nanah, dan akhirnya jantungnya terbelah, dan ia pun
  • 11. tewas. Peristiwa inilah yang diacu oleh Allah ketika Ia berfirman pada Nabi-Nya sall-Allahu 'alaihi wasallam, mengatakan, "Tahukah engkau bagaimana Tuhanmu memperlakukan Pasukan Gajah..." (QS Al-Fiil:1-5). Peristiwa ini adalah suatu tanda akan martabat dari junjungan kita, Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, dan suatu tanda akan kenabiannya, dan kedudukannya. Peristiwa ini juga menunjukkan kehormatan yang dikurniakan pada masyarakatnya, dan bagaimana mereka dilindungi, yang membuat kaum Arab menyerah pada mereka, dan percaya pada kemuliaan dan keunggulan mereka, kerana adanya perlindungan Allah atas diri mereka dan pembelaan-Nya pada mereka melawan plot dari Abrahah yang seakan-akan tak terkalahkan. Tamat untuk Penciptaan Tubuh Suci Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam...