3. Kata ialah bunyi atau
gabungan bunyi dalam
sesuatu bahasa yang
diucapkan atau ditulis
dengan menggunakan
huruf-huruf untuk
menyampaikan maksud
atau makna tertentu.
5. KATA ASAL / KATA TUNGGAL
Kata Asal merupakan perkataan yang
- tidak menerima imbuhan,
- tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian.
Contohnya:
sekolah aroma cenderamata
6. KATA TERBITAN
Perkataan yang dibentuk melalui
proses imbuhan.
b. Kata Terbitan Berawalan
c. Kata Terbitan Berakhiran
d. Kata Terbitan Berapitan
e. Kata Terbitan Bersisipan
7. KATA TERBITAN BERAWALAN
i. dengan Awalan Kata Nama: peN, pel-,
per-, ke-, juru, maha-, tata-, pra-, sub-,
eka-, dwi-
ii. dengan Awalan Kata Kerja: meN,
memper-, ber-, be-, bel-, ter-, di-,
diper-
iii. dengan Awalan Kata Adjektif: ter-,
se-, te-
8. KATA TERBITAN BERAKHIRAN
i. dengan Akhiran Kata Nama:
-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at,
-ah,
ii. dengan Akhiran Kata Kerja :
-kan, -i
9. KATA TERBITAN BERAPITAN
• dengan Apitan Kata Nama:
peN-...-an, per-...-an, pel-...-an, ke-...-an
• dengan Apitan Kata Kerja:
meN-...-kan, ber-...-kan, ber-...-an, di-...-kan,
meN-...-i, di-...-i, diper-...-kan, diper-...-i,
memper-...-kan, memper-...-i, ke-...-an
• dengan Apitan Kata Adjektif:
ke-...-an
10. KATA TERBITAN BERSISIPAN
i. dengan SIsipan Kata Nama:
-el, -em
ii. dengan Sisipan Kata Adjektif:
-el, -er, -em, -in
12. BENTUK KATA
MAJMUK
i. Rangkai kata bebas.
Contohnya: Duta Besar, gambar rajah, kereta
lembu, kuning langsat
ii. Istilah khusus.
Contohnya: lut sinar, garis pusat
iii. Kiasan atau simpulan bahasa.
Contohnya: kaki ayam, pilih kasih, bulan madu
13. KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
antarabangsa kakitangan
suruhanjaya jawatankuasa
tandatangan setiausaha
matahari warganegara
pesuruhjaya olahraga
kerjasama beritahu
bumiputera tanggungjawab
sukarela
14. PENJAMAKAN KATA MAJMUK
i. menggandakan pertama sahaja.
Contohnya: guru besar guru-guru besar
ii. menggunakan penanda jamak.
semua, banyak, sekumpulan, beberapa,
persatuan, para, pertubuhan, sebilangan,
sebahagian
Contohnya: semua Menteri Besar,
sekumpulan guru besar, Persatuan Bekas
Perajurit
15. PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
• pengimbuhan awalan atau akhiran sahaja.
Contihnya:
campur aduk dicampur aduk
daya serap daya serapan
ii. apitan.
Contohnya:
campur aduk mencampuradukkan
daya serap kedayaserapan
16. KATA GANDA
a. Penggandaan penuh.
Contohnya: rama-rama, pulau-pulau
b. Penggandaan separa.
Contohnya: lelaki, lelayang, dedaun
c. Penggandaan berentak.
Contohnya: lauk-pauk, anak-pinak
17. Kesalahan penggunaan bentuk jamak
Contoh:
salah betul
mereka-mereka me re ka
rakyat-rakyat r a k ya t
kita-kita k it a
semua guru-guru s e mua g uru
guru besar-guru besar g u r u -g u r u
bes ar
18. GOLONGAN KATA
Kata Nama (KN)
Kata Kerja (KK)
Kata Adjektif (KA)
Kata Tugas
19. Kata Nama (KN)
a. Kata Nama Am
Contoh: baju, mimpi, idaman, pokok
b. Kata Nama Khas
Contoh: Rohaya, Kuala Lumpur, Dewan
Bandaran Kelang
c. Kata Ganti Nama
Contoh: saudara, tuan, beta, beliau
20. Kata Kerja (KK)
a. Kata Kerja Transitif:
kata kerja yang mesti diikuti oleh objek.
Contohnya:
membeli (makanan)
mendiami (kawasan)
mempererat (hubungan)
21. Kata Kerja (KK)
b. Kata Kerja Tak Transitif:
kata kerja yang tidak diikuti oleh objek.
Contohnya:
bangun tersenyum membesar
(kk tak transitif tak berpelengkap)
beransur berbantalkan
(kk tak transitif berpelengkap)
23. Kata Tugas
Kata yang boleh bersifat pelbagai
jenis sama ada sebagai
penghubung, penerang, penguat,
pendepan, pembantu, penegas,
penafi, pembenar, pemeri ataupun
tugas-tugas lain
24. Kata Tugas
a. Kata hubung
dan, atau, tetapi
b. Kata seru
wah, amboi, aduh, aduhai
c. Kata tanya
bagaimana, siapa, bila, berapa
25. Kata Tugas
d. Kata perintah
sila, tolong, harap
e. Kata pangkal ayat
hatta, maka, syahdan
f. Kata bantu
akan, pernah, sudah
26. Kata Tugas
g. Kata penguat
amat, sangat, paling
h. Kata penegas
juga, lah, tah, pun
i. Kata nafi
tidak, bukan
27. Kata Tugas
j. Kata pemeri
ialah, adalah
k. Kata sendi nama
di, dari, dalam
l. Kata pembenar
ya, benar, betul
28. Kata Tugas
m. Kata bilangan
dua, segala, masing-masing
n. Kata arah
atas, sini, dalam
o. Kata pembenda
yang, -nya
30. AKRONIM
Akronim terbentuk dengan
menggabungkan huruf awal suku
kata atau gabungan huruf awal dan
suku kata daripada satu rangkai
kata, dan ditulis serta dilafazkan
seperti kata yang wajar.
31. AKRONIM
i. Gabungan huruf awal rangkai kata
nama khas yang disingkatkan
dengan huruf besar.
Contohnya:
ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)
32. AKRONIM
ii. Gabungan huruf awal/suku kata
pertama bagi rangkai kata nama am
ditulis dengan huruf kecil.
Contohnya:
tabika (taman bimbingan kanak-kanak)
cerpen (cerita pendek)
33. AKRONIM
iii. Gabungan huruf awal dan/atau
suku kata pertama bagi nama khas,
ditulis dengan huruf kecil yang
dimulai dengan huruf besar.
Contohnya:
Bernama ( Berita Nasional Malaysia)
Mara ( Majlis Amanah Rakyat)
34. 1. Kata Ganti Nama: contoh :
digunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau kepada
aku
Tuhan,
beta digunakan oleh raja dan sultan apabila bercakap dengan rakyat.
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja dan sultan.
patik digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang amat mesra
dengan kita dan dengan Tuhan.
digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal/
saya
orang lain pada umumnya.
digunakan sebagai ganti diri orang yang berkata serta teman
kami atau teman-temannya apabila
bercakap dengan diri orang kedua.
digunakan sebagai ganti diri dan menyertakan diri orang kedua
kita
yang menjadi teman bercakap.
digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua apabila kita
anda
tidak berhadapan muka dengan dia.
35. digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
Awak/ kamu
dengan kita seperti kawan/adik.
tuanku digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja.
baginda digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja.
digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati, seperti
beliau
menteri dan guru.
digunakan untuk diri orang ketiga yang umum
ia/dia
( untuk manusia sahaja ).
apa digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang.
digunakanuntuk menanyakan benda, binatang, orang dan
mana
tempat.
siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang.
apa-apa digunakan untuk hal atau benda yang tidak tentu.
siapa-siapa,
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu.
sesiapa
mana-mana digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.
36. •KATA SENDI
Kata Sendi : dari dan daripada
dari - Digunakan di hadapan Kata Nama yang menyebut tempat, arah,
waktu dan masa sahaja.
daripada – Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda,
perbandingan atau perbezaan, asal kejadian, benda abstrak dan
untuk menunjukkan keanggotaan.
•Kata Sendi ‘di’
1. Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan untuk hal-hal lain KECUALI tempat.
2. Kata Sendi ‘di’ ditulis berpisah daripada kata nama yang mengikutinya.
•Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama yang
menerangkan waktu, masa dan zaman.
Contoh : Negeri Melaka telah berkembang maju di zaman pemerintahan
Sultan Mansor Syah. ( salah )
37. •Pada
•Digunakan bagi menunjukkan keterangan atau masa.
Contoh : Bas kilang itu bertolak pada pukul 6.30 pagi.
2. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja
Contoh : Notis mesyuarat agung ada pada papan kenyataan.
3. TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama atau Frasa
Nama yang bermaksud sasaran.
Contoh :Berdoalah pada yang Maha Esa. (salah)
Berdoalah kepada yang maha Esa. (betul)
38. •Ke
•TIDAK BOLEH digunakan untuk perkara-perkara lain KECUALI
tempat,arah,waktu atau masa.
•TIDAK BOLEH digunakan di hadapan kata nama yang merujuk
manusia atau haiwan.
Contoh : Laporan itu telah diserahkan ke pihak polis. (salah )
Laporan itu telah diserahkan kepada pihak polis. (betul )
39. •kepada
1. Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia,haiwan dan
unsur mujarad.
contoh:
- Minit mesyuarat itu diserahkan kepada Ali.
- Adik memberi susu kepada kucing.
- Jagalah anak-anak kita supaya tidak terdedah kepada bahaya dadah.
2. Digunakan untuk merujuk institusi yang berkaitan manusia.
Contoh: Surat itu hendaklah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah
dengan segera.
3. Digunakan untuk menyatakan pecahan.
Contoh: Pasukan pengakap itu dibahagikan kepada lima kumpulan.
4. Digunakan untuk menyatakan keadaan.
Contoh:Suhu badan pesakit itu meningkat kepada 90⁰C .
5. Boleh dipadankan dengan Kata Sendi ‘daripada’
Contoh : daripada 70% kepada 80 %.
40. •oleh, oleh kerana dan oleh sebab
•‘oleh’ digunakan menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat
pasif.(di,ter dan kena)
Contoh: Buku itu ditulis oleh Ali.
Budak itu kena pukul oleh ibunya.
2. Yang membawa maksud sebab.
Contoh:Pelari pecut negara tewas oleh sebab kekurangan
latihan.
3. Kata Sendi ‘oleh’ dan ‘kerana’ TIDAK BOLEH digunakan bersama-
sama.
Contoh:
Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir ke sekolah.(salah)
Dia dimarahi guru oleh sebab tidak hadir ke sekolah.(betul)
41. •dalam dan di dalam
1.‘dalam’ digunakan di hadapan Kata Nama yang membawa
maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Contoh : Beberapa perkara telah dibangkitkan dalam mesyuarat
semalam. (betul)
2. ‘dalam’ digunakan sebagai Kata Adjektif.
Contoh: Air perigi itu sungguh dalam.
3. ‘di dalam’ untuk menyatakan sesuatu yang konkrit.(ada ruang
fizikal)
Contoh:Duit saya hilang semasa di dalam teksi.
42. •antara dan di antara
•‘antara’ digunakan untuk menyatakan lingkungan yang tidak
mempunyai ruang atau jarak.
Contoh : Banyak persamaan di antara Siti dengan Ani.(salah)
Banyak persamaan antara Siti dengan Ani.(betul)
2. ‘di antara digunakan untuk menunjukkan arah atau ada jarak
ruang
fizikal.
Contoh :
Pekan Rengit terletak antara Batu Pahat dengan Pontian.
(salah)
Pekan Rengit terletak di antara Batu Pahat dengan Pontian.
(betul)
43. •demi dan untuk
•Perkataan untuk dan demi TIDAK PERLU disertakan
sekali.
Contoh :
- Kita mesti hidup bersatu padu demi untuk
kesejahteraan negara.(salah)
- Kita mesti hidup bersatu padu untuk kesejahteraan
negara.(betul)
44. •KATA PEMERI :ialah dan adalah
•ialah
•Menghubungkan subjek dan predikat. Boleh diletakkan antara
subjek dengan predikat berpola FN + FN.
•Kedua-dua subjek dan predikat mempunyai makna yang sama.
Oleh itu subjek dan predikat boleh bertukar tempat.
Contoh1 : Angin ialah udara
Udara ialah angin
Contoh 2 : Singapura adalah jiran Malaysia.(salah)
Singapura ialah jiran Malaysia. (betul)
•adalah
•Digunakan untuk menghubungkan antara subjek dengan predikat
yang berpola FN + FA atau FN + FS.
2. Kata Pemeri ‘adalah’ memberi huraian lanjut subjek yang
disebut sebelumnya.
Contoh : Perkara ini adalah sangat penting.
Surat ini adalah daripada Pejabat Daerah Batu Pahat.
45. •KATA NAFI
•Ada dua bentuk kata nafi – bukan dan tidak.
2.‘bukan’ berfungsi menafikan frasa nama (FN) dan frasa sendi
nama(FS).
Contoh : Ini bukan buku saya.
Sumbangan itu bukan daripada Ali.
3. ‘tidak’ berfungsi menafikan frasa kerja(FK) dan frasa adjektif
(FA).
Contoh:Dia bukan memanggil saya. (salah)
Dia tidak memanggil saya. (betul)
Contoh: Ayah bukan sihat hari ini. (salah)
Ayah tidak sihat hari ini. (betul)
46. •KATA ADJEKTIF
• Kata Adjektif dapat dikenali apabila BOLEH didahului atau
diikuti dengan Kata Penguat
Contoh :amat baik / paling cantik / sungguh tinggi/
amat pintar sekali / sangat enak sekali/
teramat pandai / tinggi sekali
2. Kata Adjektif akan menjadi frasa adjektif apabila
bertugas sebagai predikat dalam ayat.
Contoh : Baju itu cantik
(subjek) (predikat)
3. Binaan ‘ter’ dan ‘paling’ + kata adjektif TIDAK PERLU
diikuti oleh perkataan sekali.
47. •KATA PENGUAT ADJEKTIF
•Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud adjektif.
Contoh : terlalu nakal / lambat benar
2. Dua unsur Penguat BOLEH HADIR berturutan sebelum Kata
Adjektif.
Contoh : Sungguh amat merdu
Terlalu amat pedih
3. Apabila Kata Adjektif diimbuhi awalan ‘ter”, maka Kata
Penguat TIDAK DIPERLUKAN lagi.
Contoh; Ali pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik.
(salah )
Ali pelajar yang tercerdik. (betul )
Ali pelajar yang paling cerdik.
48. •PENJODOH BILANGAN
•Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan untuk Kata nama
Abstrak.
Contoh:
Jasmin mempunyai sebuah pendapat yang boleh diterima.
(salah)
Jasmin mempunyai pendapat yang boleh diterima. (betul)
2. Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan bagi Kata
Bilangan Tertentu seperti - setiap, segala, sesetengah,
sebahagian dan para. Contoh:
Setiap orang pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah.
(salah)
Setiap pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (betul)
49. •KATA TANYA
• Apa dan Siapa
Kata Tanya ‘apa’ hanya boleh digunakan untuk
menanyakan nama benda atau binatang sahaja.
Kata tanya ‘siapa’ hanya boleh digunakan untuk
menanyakan nama manusia.
2. Kata tanya ‘apa’ TIDAK BOLEH digunakan dalam Ayat
Penyata.
53. jenazah - mayat
dinobat - dilantik
Bersemayam - tinggal
peterana - tempat duduk
permaisuri - isteri raja
berdaulat - bertuah
bahtera - kapal
Sepersalinan - sepasang baju
almarhum - arwah
54. KATA BILANGAN
•KATA BILANGAN
•Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilangan
pisahan tiap-tiap, dan kata himpunan kedua-dua dan
sebagainya tidak boleh dipisahkan.
•Contoh:
1. Setengah orang tidak suka akan durian.(salah)
Setengah-setengah/ sesetengah orang tidak suka akan
durian. (betul)
2. Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
3. Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Kedua-dua orang itu anggota polis.(betul)
4. Berbagai usaha telah dilakukan. (salah)
Berbagai-bagai usaha telah dilakukannya. (betul)
55. •KATA BILANGAN
•Kata bilangan tak tentu, para pula tidak boleh diulang
menjadi para-para.Contoh:
1. Para-para peserta sedang berbaris. (salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul)
•Kata bilangan tentu seperti satu, dua ,tiga dan
seterusnya tidak boleh didekatkan sekali gus dengan
kata bilangan pecahan. Contoh:
1. Sudah satu suku jam dia menunggu.(salah)
Sudah satu jam suku dia menunggu. (betul)
2. Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
56. Keterangan Ringkas Tentang Kesalahan Tatabahasa Bahasa
Melayu
1. Kesalahan Dari Segi Kata
Kesalahan ini meliputi sebahagian besar jenis kata yang
terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata
adjektif, kata sendi, kata hubung, kata majmuk, kata ganda dan
sebagainya. Kesalahan kata nama kebanyakan merujuk
kesalahan dari segi penggunaan kata ganti diri, hukum DM,
penjodoh bilangan serta kata bilangan. Kebanyakan pengguna
terkeliru terhadap penggunaan kata ganti diri pertama untuk
'dia' atau 'beliau'. Juga kesalahan menggunakan kata ganti diri
'ianya' yang sepatutnya tidak boleh disatukan. Bagi kata
bilangan, kesalahan kerap dikesan apabila kata bilangan, yang
menunjukkan jamak seperti 'semua' digunakan pada kata nama
yang digandakan. Begitu juga kesalahan penggunaan kata
bilangan himpunan yang berawalan 'ber..' yang perlu
digandakan.
57. Contohnya;
Semua pelajar-pelajar (Salah)
Semua Pelajar (Betul)
Kebanyakan penghuni-penghuni (Salah)
Kebanyakan penghuni (Betul)
Berminggu lamanya (Salah)
Berminggu-minggu lamanya (Betul)
58. Begitu juga pada penggunaan hukum DM
(Diterangkan dan Menerangkan).
Contohnya
Klinik Aminah atau Aminah Klinik,
Contoh lain adalah;
Lain-lain hal (Salah)
Hal-hal lain (Betul)
Lain-lain agenda (Salah)
Agenda-agenda lain (Betul)
59. Begitu juga kesalahan dari segi penggunaan penjodoh bilangan
'buah', dan 'orang’, pada kata bilangan himpunan seperti semua
buah rumah atau semua rumah, Contoh lain adalah seperti;
Kebanyakan buah kedai (Salah)
Kebanyakan kedai (Betul)
Beberapa orang pelajar (Betul)
Beberapa pelajar (Salah)
Penjodoh bilangan 'orang' tidak boleh digunakan pada kata
bilangan tak tentu kecuali kata bilangan 'beberapa'. Sementara
kesalahan yang paling ketara apabila menggunakan kata
bilangan 'ramai' dan 'banyak'. Kedua-dua kata bilangan tersebut
bermaksud jamak, namun kata 'banyak' lebih merujuk pada
jumlah bilangan sementara kata 'ramai menggambarkan jumlah
pada keadaan atau suasana. Bagi kata bilangan pecahan pula
seperti 'setengah' tidak boleh berada bersebelahan kata bilangan
tentu. Contohnya tiga suku kilometer atau tiga kilometer suku.
60. •Kesalahan Dari Segi Kata Kerja
Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif dalam ayat. Kedua-dua jenis
kata kerja ini berbeza penggunaannya dalam ayat. Contohnya
menentukan kesalahan sama ada ibu menanak akan nasi atau ibu
menanak nasi. Contoh kesalahan lain adalah;
Ayah menanam akan pokok (Salah)
Ayah menanam pokok (Betul)
Bagi kata kerja transitif setiap kata kerja mestilah diikuti dengan
objek frasa nama. Contoh lain;
Datuk menghitamkan lagi rambutnya (Salah)
Datuk menghitamkan rambutnya lagi (Betul)
61. Berlainan pula dengan penggunaan kata kerja tak
transitif seperti tidur berbantalkan lengan atau
tidur berbantalkan dengan lengan. Bagi apitan
kata kerja tak transitif ber..kan, tidak
memerlukan lagi sebarang kata sendi setelah kata
kerja tersebut kecuali imbuhan kata kerja tak
transitif ber-. Contoh kesalahan lain adalah
seperti;
nenek tidur berbantal lengan (Salah)
Nenek tidur berbantalkan lengan (Betul)
Nenek tidur berbantal akan lengan (Betul)
62. Bagi kata kerja pasif, kesalahan kerap dilakukan
apabila menggunakan kata kerja pasif diri pertama
dan kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya;
Baju itu kakak jahit (Salah)
Baju itu dijahit oleh kakak (Betul)
Kuih itu dimakan oleh saya (Salah)
Kuih itu saya makan (Betul)
63. 2.1 Apitan me, me.,kan, memper.i, memper.,kan
Sering kali juga kita dapat melihat bahawa kesalahan penggunaan
apitan me…i, me…kan, memper…i, memper...kan lebih
mengelirukan. Kita perlu berhati-hati apabila menggunakan apitan-
apitan tersebut kerana apitan tersebut mempunyai fungsi dan
maksud tertentu, Contohnya, gadis itu menghadiahi bunga atau
gadis itu menghadiahkan bunga. Bagi apitan memper..i dan
memper..kan, kedua-dua apitan tersebut membawa maksud yang
berbeza apabila digunakan. Contoh-contoh tersebut adalah;
Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung (Salah)
Hakim menjatuhkan hukuman gantung terhadap pesalah itu (Betul)
Tuan kadi memperisteri Aminah dengan jejaka pilihannya (Salah)
Tuan kadi memperisterikan Aminah dengan jejaka pilihannya
(Betul)
64. Sementara apitan memper..i dan memper..kan tidak boleh
digunakan pada kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif.
Akhiran pada apitan tersebut digugurkan. Contohnya;
Kerajaan memperdalamkan sungai itu (Salah)
Kerajaan memperdalam sungai itu (Betul)
Namun ada kata yang berapitan menunjukkan perbuatan kena
pada objek utama. Contohnya;
Doktor menjalani pembedahan (Betul)
Doktor menjalankan pembedahan (Betul)
Kedua-dua ayat tersebut betul dan membawa maksud yang
berlainan. Ayat pertama bermaksud doktor yang kena bedah
sementara ayat kedua doktor yang membedah.
65. 3. Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif
Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan
penggunaan kata penguat hadapan dan kata penguat
belakang seperti 'sekali', 'paling', 'sungguh' dan
sebagainya mahupun pada imbuhan ter... yang
menunjukkan paling. Contohnya;
Bangunan itu paling tinggi sekali (Salah)
Bangunan itu paling tinggi atau tinggi sekali (Betul)
Bangunan itu yang tertinggi sekali (Salah)
Rumah itu yang terbesar (Salah)
Rumah itu yang paling besar atau besar sekali (Betul)
66. Kata adjektif yang menggunakan imbuhan ter- tidak
boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Kesalahan
juga dapat dikesan pada penggunaan kata penguat
sangat atau 'paling’ pada kata adjektif yang digandakan
yang juga telah menunjukkan 'sangat' atau 'paling'
tersebut. Contohnya;
Keadaan di dalam dewan itu sangat hingar-bingar
(Salah)
Keadaan di dalam dewan itu hingar-bingar (Betul)
Dia berkelakuan seperti keanak-anakan (Salah )
Dia berkelakuan keanak-anakan (Betul)
67. 1. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
Ramai yang terkeliru apabila menggunakan kate sendi 'dari' dan
'daripada' dalam ayat. Contohnya;
Kita kini berada di zaman sains dan teknologi (Salah)
Kita kini berada pada zaman sains dan teknologi (Betul)
Kekerapan kesalahan juga berlaku apabila menggunakan kata
sendi 'di’ dan 'ke’ pada kata yang menunjukkan ruang,
tempat. Contohnya;
Malah di antara pendapat tersebut (Salah)
Malah antara pendapat tersebut (Betul)
Jauh antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Salah)
Jauh di antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Betul)
Saya mengucapkan kesyukuran di atas pemberiannya (Salah)
Saya mengucapkan kesyukuran atas pemberiannya (Betul)
68. 1. Kesalahan Dari Segi Kata Hubung
Kesalahan yang paling ketara yang dilakukan oieh
pengguna bahasa adalah pada aspek kata hubung
'apabila' bagi menggantikan kata tanya 'bila'.
Kebanyakan pengguna menyamakan fungsi kata
'apabila' dan 'bila'. Contohnya;
Dia kerap menangis bila dinasihati (Salah)
Dia kerap menangis apabila dinasihati (Betul)
69. Begitu juga kesalahan penggunaan kata hubung 'yang'
dan 'bahawa' pada ayat pancangan. Kita kerap
menyamakan penggunaan kedua-dua kata hubung
tersebut. Contohnya;
Dia menjelaskan yang hukuman itu tidak adil (Salah)
Dia menjelaskan bahawa hukuman itu tidak adil (Betul)
70. 6. Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk
Kesalahan penggunaan kata majmuk selalu dikaitkan dengan
kesilapan menentukan sama ada kata tersebut dieja jarak atau
menggunakan tanda sempang. Umumnya tanda sempang
digunakan untuk kata ganda dan kata majmuk yang
digandakan.
Contohnya;
Tiga buah kapal-terbang dikesan di perairan Malaysia (Salah)
Tiga buah kapal terbang dikesan di perairan Malaysia (Betul)
Guru besar-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Salah)
Guru-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Betul)
Hanya kata pertama daripada kata majmuk yang dieja terpisah
itu yang perlu digandakan. Bagi kata majmuk yang dieja sebagai
satu perkataan hendaklah digandakan kesemua kata tersebut.
Contohnya setiausaha-setiausaha.
71. 1. Kesalahan Penggunaan Kata Ganda
Kata ganda perlu dieja dengan tanda sempang. Sama ada kata
tersebut kata nama, kata kerja dan sebagainya. Hanya yang
perlu diberi perhatian ialah kata ganda yang menunjukkan
jamak yang digunakan bersama-sama kata bilangan.
Contohnya;
Semua barang-barang itu (Salah)
Semua barang itu (Betul)
Banyak kuih-muih dijual di pasar malam (Salah)
Banyak kuih / Kuih-muih dijual di pasar malam (Betul)
72. Kita juga perlu berhati-hati apabila menulis kata ganda
yang jelas menunjukkan ‘sangat', 'paling', 'sungguh' atau
'saling'. Bagi kata-kata tersebut tidakperlu lagi ditulis
kata 'sangat', 'sungguh' tersebut. Contohnya;
Rambutnya yang sangat kusut-masai itu… (Salah)
Rambutnya yang sangat kusut / kusut-masai itu…(Betul)
Mereka saling bersalam-salaman (Salah)
Mereka saling bersalaman / bersalam-salaman (Betul)
73. 8. Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri
Aspek penggunaan kata pemeri 'adalah' dan 'ialah'
kerap menimbulkan kekeliruan. Kebanyakan pengguna
bahasa tidak memahami fungsi kata tersebut.
Contohnya;
Barang itu ialah untuk kekasihnya (Salah)
Barang itu adalah untuk kekasihnya (Betul)
Jelasnya kata pemeri 'adalah' digunakan pada kata
adjektif atau kata sendi sementara kata pemeri 'ialah'
digunakan pada kata nama.
74. 9. Kesalahan Dari Segi Ejaan
Kesalahan ejaan yang paling ketara ialah mengeja kata yang
dipinjam daripada bahasa Inggeris, bahasa Jawa atau bahasa
asing yang lain. Terdapat juga kegagalan mengeja kata asal
dalam bahasa Melayu. Contohnya;
Pamer atau pamir , Calon atau calun
Oditorium atau auditorium
Terdapat juga kata dalam bahasa Melayu yang disalah eja
kerana mengikut sebutan biasa penutur jati bahasa Melayu.
Contohnya; Raksaksa atau raksasa , nenas atau nanas,
tauladan atau teladan
Kesalahan dapat dilihat juga dari segi mengeja imbuhan 'di'
atau 'ke' pada kata, sama ada perlu dieja rapat atau dijarakkan.
Begitu juga kata sendi tersebut yang digunakan pada keadaan
yang tidak menunjukan ruang atau tempat. Contohnya;
Mengucapkan tahniah di atas kejayaan (Salah)
Mengucapkan tahniah atas kejayaan (Betul)
75. 10. Kesalahan Dari Segi lmbuhan
Kadang kala imbuhan yang digunakan pada
sesuatu kata itu tidak tepat. Contohnya pada kata
pengeboman atau pengboman. Kekeliruan timbul
apabila menggunakan awalan tertentu, contohnya
sama ada menggunakan awalan ‘per’ atau 'pe' pada
kata dasar ‘laksana'. Kesalahan dari segi imbuhan juga
dilihat kesalahan pada ketentuan imbuhan yang tepat
dengan kata dasar yang digunakan. Contohnya
menentukan penggunaan imbuhan 'menge...'
Perserta atau peserta
Pemprosesan atau pemerosesan
Mengambarkan atau menggambarkan
Mengcat atau mengecat
76. 1.Kesalahan Dari Segi Ayat
Selain struktur ayat yang salah dan tergantung, kesalahan
ayat dapat dilihat daripada kesalahan pada ayat nafi, ayat tanya
dan ayat pasif. Kekeliruan timbul untuk menentukan sama
ada untuk menggunakan 'bukan atau `tidak' pada ayat nafi.
Begitu juga kesalahan menggunakan partikel 'kah' dalam ayat
tanya. Contohnya;
Dia membeli baju itu bilakah? (Salah)
Bilakah dia membeli baju itu? (Betul)
Kesalahan juga dilihat pada ayat pasif diri pertama dan ayat
pasif diri ketiga. Contohnya;
Nota itu Azman taip (Salah)
Nota itu ditaip oleh Azman (Betul)
Ikan itu dipancing oleh saya (Salah)
Ikan itu saya pancing (Betul)
77. Begitu juga kekeliruan dari segi pembentukan ayat
gabungan yang predikatnya mempunyai unsur frasa
sendi. Maka kata sendi yang membentuk frasa sendi
tersebut tidak boleh ditiadakan. Contohnya;
Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor
atau Melaka (Salah)
Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor
atau di Melaka (Betul)
78. Peribahasa Maksud
Ada padi semua Semua pekerjaan dapat dilaksanakan
kerja jadi, ada sekiranya ada kemampuan, kemahiran
beras semua kerja atau bayaran.
deras.
Ada ubi ada batas, Perbuatan jahat akan dibalas jua
ada hari boleh akhirnya
balas.
Adat juara menang Dalam setiap usaha mesti terdapat
kalah. untung ruginya
Air dicincang tiada Perselisihan antara saudara, tidak
putus. akan memutuskan persaudaraan itu.
Air yang tenang Orang yang diam bukan pengecut.
jangan disangka
tiada buaya.
79. Alah membeli Biar membeli barangan yang mahal
menang memakai. sedikit, asalkan tahan lama.
Bagai balak Orang yang gemuk dan malas
terendam. bergerak.
Bagai Belanda Orang yang telah diberi sedikit namun
minta tanah. minta banyak lagi.
Bagai berkain tiga Berada dalam keadaan yang serba
hasta. tidak cukup.
Cacing hendak Orang kecil-kecilan yang hendak
menjadi naga. menjadi seperti orang besar-besar
atau orang kaya.
Carik-carik bulu Pergaduhan antara keluarga, akhirnya
ayam, lama-lama akan berbaik juga.
bercantum juga.
80. Cubit paha kanan, Jika seseorang ahli keluarga
paha kiri sakit juga. mendapat susah yang lain akan turut
susah.
Dapat durian Mendapat keuntungan atau kekayaan
runtuh. dengan mudah.
Dapur tidak Terlalu miskin.
berasap.
Daripada Daripada tidak ada langsung sedikit
cempedak baiklah pun cukuplah.
nangka.
Embun di hujung Bersifat sementara, tidak kekal.
rumput.
Enggang sama Berkawan dengan orang yang sama
enggang, pipit taraf dengan kita.
sama pipit.
81. Gajah mati Orang baik meninggalkan nama yang
meninggalkan baik dan orang jahat meninggalkan
tulang, harimau nama yang jahat setelah meninggal
mati meninggalkan dunia.
belang, manusia
mati meninggalkan
nama.
Gajah sama gajah Raja-raja yang berselisih, rakyat yang
berjuang, pelanduk mendapat kesusahan
mati di tengah-
tengah.
82. •Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan
Antarabangsa, tandatangan,
pesuruhjaya, suruhanjaya,
bumiputera, jawatankuasa, sukarela,
kerjasama, kakitangan, setiausaha,
olahraga, tanggungjawab,
warganegara, matahari, beritahu.
83. Rangkai kata umum berimbuhan
•Kata yang menerima awalan atau akhiran
sahaja ditulis sebagai dua perkataan.
•Contohnya: diambil alih, menerima pakai,
kenal pastikan, diguna semula.
•Kata yang menerima apitan ditulis sebagai
satu perkataan.
•Contohnya: pengambilalihan,
pengenalpastian, pengemaskinian.
84. Penjamakan Kata Majmuk
•Mengulang sesuatu kata (menggandakan kata
majmuk – melibatkan perkataan pertama)
•Contoh
alat tulis => alat-alat tulis
guru besar => guru-guru besar
kapal terbang => kapal-kapal terbang
85. •Penjamakan Kata Majmuk
•Menggunakan kata yang membawa makna
jamak (menggunakan penanda jamak)
•Contohnya
semua menteri besar (√)
semua menteri-menteri besar (X)
banyak kapal terbang (√)
banyak kapal-kapal terbang (X)
86. Pengimbuhan Kata Majmuk
•Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau
akhiran tetap dieja secara terpisah.
•Contohnya:
campur aduk => bercampur aduk
ambil alih => mengambil alih
daya serap => daya serapan
•Pengimbuhan Kata Majmuk
•Kata majmuk yang menerima apitan, dieja secara
bercantum (menjadi satu perkataan)
•Contoh
campur aduk => mencampuradukan
ambil alih => pengambilalihan
daya serap => kedayaserapan
87. Kata Pemeri (ialah)
•Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan,
dan hadir di hadapan frasa nama
•Contoh:
•Profesor Hamid ialah pensyarah Bahasa Melayu.
•Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu ialah
pentingnya membaca.
Kata Pemeri (adalah)
•Kata pemeri adalah digunakan secara huraian, hadir di hadapan
frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh:
•Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah
terlalu ringkas.
•Bungkusan yang dihadiahkan oleh pengetua adalah untuk
pelajar yang cemerlang.
88. Kesalahan
Adalah dimaklumkan bahawa sekolah
akan ditutup esok (X)
Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah
akan ditutup esok (√)
89. Partikel
•Dalam bahasa Melayu, terdapat empat partikel, -lah, -tah, -kah
dan pun.
•Partikel –lah, -tah, dan –kah ditulis serangkai dengan kata
dasar yang mendahuluinya
Contoh:
Buatlah, biarlah, apatah, benarkah
Partikel
•Bagi partikel pun, ada dua cara menulisnya.
•Partikel pun yang bermaksud juga hendaklah ditulis terpisah
Contoh:
dia pun pergi,
sekali pun engkau belum bayar
90. Partikel
•Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan
ejaannya supaya ditulis serangkai dengan
partikel pun.
•Adapun, walaupun, kalaupun, mahupun,
kendatipun, lagipun, andaipun, biarpun,
meskipun, bagaimanapun, ataupun, sekalipun,
sungguhpun
91. Kata Ganti Singkat
•Kata singkatan ku dan kau sebagai awalan (pasif)
ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya.
•Contoh:
Kutulis, kulambai, kautulis, kaulihat
kaulambai
Kata Ganti Singkat
•Kata Ganti singkatan ku, mu, dan nya sebagai akhiran
ditulis serangkai dengan yang mendahuluinya.
•Contoh
rumahku, rumahmu, rumahnya
untukku, untukmu, untuknya
92. Kata Ganti Singkat
•Kata Ganti singkatan mu dan nya yang
merujuk nama Tuhan hendaklah
digunakan huruf besar sebagai huruf
pertama dan tanda sempang perlu ditulis
sebelum kata ganti singkatan itu.
•Contoh
Rahmatilah hamba-Mu, ya Tuhanku.
Kita memohon petunjuk-Nya.
93. •Adakah ayat “Bola itu ditendang oleh saya”
menyalahi tatabahasa?
•Ayat tersebut memang salah kerana ayat
tersebut ialah ayat pasif kata ganti pertama
(saya).
•Bagi ayat pasif kata ganti diri pertama dan
kedua, kata ganti nama hendaklah hadir
sebelum kata kerja pasif.
Contohnya:
Bola itu saya tendang.
Pakaian itu kami simpan di dalam almari.
Makanan itu engkau makan sampai habis.
94. Sehubungan dengan itu atau sehubungan
itu?
•Bentuk yang lebih tepat ialah
sehubungan dengan itu.
•Hal ini demikian kerana sehubungan
membawa maksud ‘sama hubungan’.
•Sehubungan dengan itu bermaksud
sama hubungan dengan itu.
•Lebih mantap jika ditulis
“Sehubungan dengan hal/perkara
itu…”
95. Dari semasa ke semasa atau dari masa ke
semasa?
•Binaan kata sendi nama dari dan ke tidak
membenarkan pengguguran se- secara
berasingan.
•Sekiranya bentuk se- pada bahagian
pertama digugurkan, pengguguran bentuk
yang sama hendaklah dilakukan juga pada
frasa sendi nama yang kedua untuk
keseimbangan (bunyi)
96. Penggunaan saling sayang-menyayangi
•Bentuk tersebut adalah salah.
•Hal ini disebabkan sayang-menyayangi, kasih-
mengasihi, bantu-membantu merupakan
perbuatan yang saling berbalasan dan
penggunaan saling tidak diperlukan lagi.
•Oleh sebab itu, bentuk di atas boleh
digunakan seperti yang berikut:
sayang-menyayangi
saling menyayangi
kasih-mengasihi
saling mengasihi
97. Pelancong itu tertarik __________
sikap ramah-tamah penduduk di
Malaysia.
A oleh
B akan
C tentang
D dengan
98.
99. Pelancong barat lebih suka
________ di bawah matahari.
A dijemur
B berjemur
C terjemur
D menjemur
UPSR2000:21
102. Untuk memasak gulai itu, kita
perlu memasukkan ___________
asam gelugur dan beberapa
___________ bawang putih.
A sepotong...biji
B sehiris...ulas
C seketul...biji
D sekeping...ulas
UPSR1992
103. ada angin, anak buah, angkat kaki,
bendera putih, batu api, cahaya mata,
darah daging, gaji buta, harga mati,
harga pokok, jaga hati, jauh hati,
kepala batu, khabar angin, langkah
kanan, makan angkat,mata duitan,
omong kosong, sebatang kara, tahan
lasak
104. Kecantikan corak kain-kain batik
itu menyebabkan pelancong Jepun
itu __________ sehingga dia tidak
tahu yang mana satu hendak
dibelinya.
A gelap mata
B putih mata
C rambang mata
D rabun mata
UPSR1994:26
105.
106. Gadis ________ yang memperagakan
minyak wangi dalam iklan televisyen
itu ialah sepupu saya.
A lembut
B pemalu
C elok
D ayu
UPSR2002:25
107. Kesalahan penggunaan kata atau
istilah
Contoh:
Perkarangan rumah saya sangat
bersih.
Sepatutnya :
Pekarangan rumah saya sangat
bersih.
109. Contoh:
Bila hari hujan, latihan sukan terpaksa
diberhentikan.
Sepatutnya :
Apabila hari hujan, latihan
sukan terpaksa diberhentikan.
110.
111. Kesalahan Struktur Ayat
Lantai ini kamu mesti cuci.(Salah)
Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul)
Nota itu Azman taip.(Salah)
Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)
112. Kesalahan penggunaan sendi nama dan
awalan 'di' dan 'ke'
- Penggunaan sendi nama untuk
menunjukkan tempat atau arah, hendaklah
ditulis terpisah.
Contoh: salah betul
didunia di dunia
kebawah ke bawah
diantara di antara
keseluruh ke seluruh
113. Kesalahan Ejaan
Jurukur / Juruukur / Juru ukur ?
Istirehat / Istirahat ?
Tengah hari / Tengahari / Tengahhari ?
Bumiputera / Bumiputra / Bumi putra ?
114. Kesalahan Ejaan
Contoh:
salah betul
olih oleh
bolih boleh
bilek bilik
masok masuk
lebeh lebih
anih aneh
115. Kesalahan Tanda baca
Contoh:
salah betul
tahun 1930an tahun 1930-an
kehendakNya kehendak-Nya
seMalaysia se-Malaysia
antiAmerika anti-Amerika
ke2, ke 2 ke-2
116. Tanda baca membezakan makna.
Contoh:
Ini jambu monyet.
Ini, jambu monyet.
Ini jambu, monyet.
117. Kesalahan Imbuhan
Tidak menggunakan imbuhan pada kata
yang sepatutnya menerima imbuhan.
Contoh :
Kakak tanak nasi.
Sepatutnya :
Kakak menanak nasi.
“Kakak, tanak nasi,” kata adik kepada Siti.
118. Menggunakan imbuhan yang tidak tepat
atau tidak sesuai.
Contoh :
Mike Tyson seorang peninju.
Sepatutnya :
Mike Tyson seorang petinju.
119. Menggunakan imbuhan di tempat yang
tidak perlu dibubuh imbuhan.
Contoh :
Saya meninggal di Muar.
Sepatutnya :
Saya tinggal di Muar.
120.
121. KGD saya, Bola ini saya sepak. √
I aku, Bola ini disepak oleh saya. ×
kami.
KGD awak, Buku ini awak balut. √
II kamu, Buku ini dibalut oleh awak. ×
anda.
KGD Ali, ibu, Bunga ini ibu tanam. ×
III dia, Bunga ini ditanam oleh ibu. √
beliau.