Anzeige
Anzeige

Más contenido relacionado

Anzeige

A179768 - Laporan Bandar Anda

  1. LAPORAN BANDARANDA LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR SET 1 SEMESTER 1 SESI 2022/2023 NAMA PELAJAR: RAJA NORAZLINA BINTI RAJA MAHAYUDDIN ISKANDAR SHAH NO. MATRIK: A179768 NAMA PENSYARAH: PROF DATO' IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT
  2. Sediakan dalam bentuk slide berkenaan dengan pengangkutan di bandar yang anda biasa atau bandar kampung anda. Anda digalakkan memasukkan gambar-gambar dan rajah-rajah dalam laporan anda. Muatnaik (upload) laporan anda ke SlideShare.net dan berikan pautannya (link) dalam ruang yang disediakan. Jika anda menghadapi masalah dengan SlideShare.net, muat naik laporan anda di tempat yang disediakan. SOALAN
  3. Bandar Baru Bangi terletak di dalam daerah Hulu Langat dan berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Perancangan bandar satelit yang merupakan bandar kedua terbesar selepas Bandaraya Shah Alam ini adalah berdasarkan kepada perancangan bersepadu yang dijangka mampu meneruskan pembangunan yang bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Berkonsepkan bandar dalam taman, kawasan lapang seluas 82 ekar ini dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti- aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi yang telah dibahagikan kepada 16 Seksyen ini juga mempunyai sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dibina sebagai pemangkin kepada pembangunan setempat. BANDAR BARU BANGI
  4. PETA BANDAR BARU BANGI Sumber: Google Map Bandar Baru Bangi
  5. Pengangkutanjalanraya Pengangkutanaktif Pengangkutanrail PENGANGKUTAN DI BANDAR BARU BANGI Bandar Baru Bangi dilihat semakin menjadi tumpuan penduduk terutamanya kepada mereka yang bermigrasi untuk bekerja di bandar berkenaan. Kawasan perindustrian, sekolah, kawasan perumahan dan pusat beli-belah yang dibangunkan menyebabkan bandar ini saban hari telah menerima pertambahan penduduk secara mendadak. Ekoran daripada itu, pihak kerajaan telah membina beberapa jenis pengangkutan bandar bagi memudahkan pergerakan penduduk. Jenis-jenis pengangkutan yang dibangunkan adalah seperti berikut:
  6. Pengangkutan Jalan Raya BAS SMART SELANGOR Perkhidmatan bas MRT yang disediakan ini sangat kerap kelihatan di Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan bas dengan harga berpatutan ini banyak memudahkan masyarakat khususnya pelajar UKM untuk ke stesen MRT Kajang. Perkhidmatan bas SMART Selangor pula mempunyai laluan dari Jalan Besar - Kompleks Hentian Kajang. Penyediaan bas ini bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan percuma sekaligus membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. BAS MASS RAPID TRANSIT (MRT)
  7. TEKSI & E-HAILING Teksi dan perkhidmatan e-hailing seperti Grab, Indrive dan Maxim merupakan antara pilihan lain kepada penduduk yang ingin bergerak ke destinasi tertentu dengan lebih cepat dan selesa berbanding perkhidmatan bas dan kereta api. Perkhidmatan ini antara yang menjadi pilihan oleh seluruh lapisan masyarakat kerana ia mudah diperoleh dengan hanya perlu menempahnya melalui aplikasi di telefon pintar. Perkhidmatan ini ternyata lebih menjimatkan masa dan memudahkan pengguna yang tidak gemar bersesak-sesak untuk menaiki bas atau tren.
  8. Pengangkutan Aktif BASIKAL & LALUAN PEJALAN KAKI laluan pejalan kaki dan lorong berbasikal yang dibina merupakan satu inisiatif yang baik oleh kerajaan dalam menjamin keselamatan penduduk yang menggunakan pengangkutan aktif di jalan raya. Di samping itu, kewujudan lorong-lorong ini akan menggalakkan pengguna pengangkutan aktif yang ingin beriadah tanpa risau akan keselamatan diri.
  9. Pengangkutan Rail Stesen MRT Kajang yang dibina ini telah melibatkan laluan Kwasa Damansara- Kajang. Perkhidmatan MRT ini merupakan antara pengangkutan bandar utama yang menjadi pilihan penduduk di Bandar Baru Bangi khususnya untuk ke tempat kerja atau ibu kota. Hal ini kerana perkhidmatan ini akan sentiasa ada untuk setiap beberapa minit yang memudahkan penduduk untuk bergerak dengan cepat di samping tambangnya yang berpatutan. MASS RAPID TRANSIT (MRT)
  10. KERETA API TANAH MELAYU (KTM) Stesen KTM ini dibina berdekatan dengan UKM bagi memudahkan pelajar untuk bergerak ke kewasan berdekatan. Stesen ini juga merupakan stesen paling hampir dengan penduduk Bangi yang ingin menaiki kereta api. Walau bagaimanapun, tempoh masa menunggu perkhidmatan ini adalah lebih panjang berbanding MRT. Hal ini kerana jumlah kereta api hanya terhad pada satu-satu dan kadang-kala turut mengalami kelewatan berbanding jadual asal.
  11. MASALAH YANG SERING DIHADAPI Kesesakan lalu lintas. Pencemaran udara dan hingar. Kemalangan jalan raya. Bilangan pengangkutan awam yang tidak mencukupi. Kekurangan kemudahan untuk pengguna pengangkutan aktif.
  12. Penguatkuasaan undang-undang jalan raya seperti menggenakan kompoun yang tinggi kepada pengguna yang melakukan kesalahan jalan raya. Mempelbagaikan penenang jalan raya agar pemandu lebih peka semasa memandu. Memastikan permukaan jalan yang berlopak dan pecah dibaiki dengan segera supaya dapat mengurangkan berlakunya kemalangan jalan raya. Memperbanyakkan pengangkutan awam agar dapat menampung jumlah penumpang. Menggalakkan pengguna jalan raya berkongsi kenderaan ke tempat kerja agar dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas terutamanya di waktu puncak. Meningkatkan kemudahan pengangkutan aktif seperti lorong pejalan kaki dan berbasikal. CADANGAN MENGATASI MASALAH PENGANGKUTAN BANDAR DI BANDAR BARU BANGI:
  13. SEKIAN, TERIMAKASIH.
Anzeige