1. ASAS ASAS PSIKOLOGI
Disediakan oleh:
Khairunnadiah binti Mohd Samuddin (117456)
Hanis Amira binti Md Jamin @ Jamil (118076)
2. SOALAN
1. Bagaimana ahli dan ilmu psikologi membantu
meningkatkan ingatan?
2. Anda perlu mengingati banyak perkara untuk
peperiksaan akan datang. Bagaimana anda
menggunakan ilmu psikologi untuk meningkatkan
ingatan anda?
3. Apakah itu ingatan?
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-
perkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya
kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan
Contoh:
a. Menyelesaikan masalah
b. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran
4. Cara ahli dan ilmu psikologi
membantu meningkatkan ingatan
Pengulangan
Menghubungkan Informasi Baru Dengan Sedia Ada
Gunakan Kaedah Lokus
Menggunakan Pengantaraan: Membina Konsep
Jambatan
Gunakan Peranti Mnemonik: “Soak her toe”
Membentuk Perkaitan yang Luar Biasa dan
Melampau
5. Pengulangan
Memindahkan informasi jangka pendek ke informasi
jangka panjang.
Mengulang apa yang dipelajari berulang kali sebagai
langkah untuk mengingati.
Apabila maklumat yang tidak berkaitan tambahan
dibentangkan sebelum ulangan atau latihan selesai, ia
mengganggu keupayaan otak untuk memindahkan
maklumat asal untuk ingatan.
Implikasi untuk pembelajaran teori adalah bahawa
maklumat yang perlu disampaikan dengan jelas dan
berulang kali dalam usaha untuk diingati.
6. Menghubungkan Informasi Baru
Dengan Sedia Ada
Berkaitan maklumat baru kepada apa yang sudah
diketahui adalah satu bentuk latihan elaborative.
Latihan Elaborative adalah teknik memori yang
melibatkan pemikiran tentang maksud istilah itu
untuk diingati, berbanding dengan hanya
mengulangi perkataan kepada diri sendiri berulang-
ulang.
7. Gunakan Kaedah Lokus
Kaedah ini adalah apabila anda mengaitkan perkara
yang anda ingin ingat kemudian dengan lokasi yang
sudah terbiasa dengan anda seperti bilik tidur,
bangunan, atau jalan.
Jika kaedah ini berkesan, anda akan dapat kembali
memori yang anda lalui di lokasi yang anda kaitkan.
Untuk lebih berkesan, satu biasanya mesti
menggambarkan objek "melakukan sesuatu" atau
berinteraksi dalam beberapa cara dengan objek di
lokasi tertentu.
8. Menggunakan Pengantaraan:
Membina Konsep Jambatan
Kaedah pengantaraan bergantung kepada
pembentukan perkaitan.
Anda perlu menghubungkan dua perkara yang
berbeza dengan perkara yang ketiga dan satukan.
Contoh : Woman Mo – Hair
(perempuan lebih
panjang rambutnya)
Mujer
Malam Nite
(ejaan yang sering
digunakan dalam sms
menggantikan ‘night’)
Nacht
9. Gunakan Peranti Mnemonik :
“Soak her toe”
Peranti mnemonik adalah cara yang sangat bermanfaat
dan berguna untuk digunakan bagi membolehkan
maklumat kekal dalam ingatan lebih lama.
Sistem Mnemonik menggunakan imej-imej mental dan
keadaan yang luar biasa untuk menghubungkan maklumat
baru dengan maklumat yang telah disimpan dalam jangka
panjang
10. Strategi yang berikut memberi maklumat tersebut -
makna yang peribadi (personal meaning) membuat ia lebih
mudah untuk diingat kembali
a. Akronim
- Menggabungkan huruf pangkal atau suku kata untuk
membentuk satu perkataan yang perlu diingat.
- Setiap huruf atau suku kata yang anda cipta untuk
menggantikan perkataan yang sepatutnya harus
berdiri untuk perkataan tersebut dan membantu
anda untuk mengingati maklumat yang sebetulnya.
- Contoh:
Sinetron – Sinema Elektronik
USM – Universiti Sains Malaysia
11. b. Akrostik
- Singkatan di mana frasa atau ayat yang dijadikan kumpulan
berasaskan maklumat yang ingin diingat dan bukannya satu
huruf atau suku kata seperti akronim.
- Contoh: Jenis kata dalam BM
Nama, Kerja, Adjektif,
Keterangan, Tugas, Sandang
Nana Kejar Ayam Keliling Taman
Sana
12. c. Perkaitan (Association)
- Ia mengaitkan apa yang anda belajar dengan
beberapa perkataan, gambar atau pengalaman
hidup yang mempunyai kaitan dengan apa yang
anda belajar.
- Contoh:
Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan
dengan gambar “duit”.
13. Empat prinsip asas mnemonik
Gunakan visual dari mental (mental images)
- Gambar atau imej lebih mudah untuk diingat berbanding
perkataan.
- Mengubah maklumat kepada bentuk visual sangat membantu
kita untuk mengingat
Make things meaningful
Menjadikan maklumat tersebut ‘familiar’ dengan kita
- Hubungkannya dengan maklumat yang sudah tersimpan
dalam jangka masa yang panjang di dalam otak kita
Membentuk perkaitan yang pelik dan luar biasa
- Dalam kebanyakan situasi, membentuk imej yang logik dan
masuk akal adalah lebih baik
- Walau bagaimanapun, apabila dua idea digabungkan,
kadang kala semakin pelik dan luar biasa perkaitan yang
dicipta, semakin mudah untuk kita mengingat maklumat
tersebut.
14. Membentuk perkaitan yang luar biasa
dan melampau
Flashbulb memories
- Kecenderungan dalam mengingati perkara yang
mengejutkan, penting dan luar biasa
- Kita lebih cenderung mengingati perkara yang
menarik perhatian dan membuatkan kita membina
perkaitan daripadanya
- Contoh:
Anda menyaksikan kemalangan jalan raya yang berlaku
di depan mata anda – anda akan secara automatik
mengingati peristiwa tersebut secara terperinci – di
mana ia berlaku, bagaimana dan bila.
15. Bagaimana anda menggunakan ilmu psikologi untuk
meningkatkan ingatan anda?
Pengulangan
Menghubungkan Informasi Baru Dengan Sedia Ada
Gunakan Kaedah Lokus
Menggunakan Pengantaraan: Membina Konsep
Jambatan
Gunakan Peranti Mnemonik: “Soak her toe”
16. Pengulangan
Pengulangan atau latihan adalah perlu untuk memindahkan
maklumat untuk jangka pendek (1 hingga 2 jam) ingatan.
Ulangan tambahan atau latihan juga perlu bagi maklumat
yang akan disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Contohnya:
Untuk mengingati sesuatu definisi bagi terma yang penting,
saya akan menulis, membaca dan mengulangi dua perbuatan
tadi sehingga ia menjadi memori yang tersirat (implicit memory)
17. Menghubungkan Informasi Baru
Dengan Sedia Ada
Latihan Elaborative
Dalam usaha untuk mengingati, contohnya :
Neuron
I. Maksud - (ia adalah sel saraf)
II. Tujuan - (menghantar maklumat daripada atau kepada
sistem saraf pusat)
III. Untuk menghadapi peperiksaan, saya akan
melakukan latihan beberapa kali dan berfikir
tentangnya bukan sekadar menghafal, untuk lebih
cenderung mengingati istilah.
18. Menggunakan Kaedah
Lokus
Bayangkan diri anda berjalan melalui lokasi, memilih
tempat-tempat yang jelas - spt pintu, sofa dan lain-lain.
Bayangkan diri anda meletakkan objek yang anda perlu
ingat dalam setiap tempat ini dengan berjalan melalui
lokasi di jalan yang langsung.
Contohnya :
Menggunakan teori ini, saya mengingati semula
penerangan yang diberikan oleh pensyarah apabila saya
membayangkan kembali keadaan di dalam kelas
19. Menggunakan Pengantaraan:
Membina Konsep Jambatan
Untuk membantu menguatkan ingatan, saya gunakan
kaedah ‘mediation’ dengan menggabungkan dua perkara
berbeza dengan perkara lain yang ketiga tetapi berhubung
kait
Untuk mengingati makna perkataan ‘ich’ yang membawa
maksud saya dalam BM, saya akan mengaitkan kedekatan
ich dengan ‘I’.
Saya I Ich
Rindu Miss Vermisse
20. Gunakan Peranti Mnemonik: “Soak her toe”
Akronim
- Untuk mengingat jenis suku kata dalam bahasa
Inggeris, saya mengambil huruf pangkal dan
satukan menjadi akronim
C - Closed
L – Consonant + le
O - Open
V - Vowel Team
E - Silent E
R - R controlled
21. Akrostik
- Berdasarkan maklumat yang ingin diingat, saya
cipta cerita menggunakan perkataan menarik
- Untuk menghafal huruf yang tergolong dalam
kategori letupan dalam fonetik:
/p/ Perompak
/b/ Bank
/t/ Tersebut
/d/ Ditangkap
/k/ Ketika
/g/ Gelap
22. Perkaitan
- Saya mengaitkan apa yang saya belajar dengan
beberapa perkataan, gambar atau pengalaman hidup
yang mempunyai kaitan dengan apa yang saya
belajar.
- Saya ingin mengingat maksud ‘denotasi’, saya akan
membayangkan kamus. Ia bermaksud – terma
linguistik yang membawa maksud seperti di dalam
kamus, tiada maksud tersirat “you simply mean what
you say”
DENOTASI KAMUS