SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 135
Downloaden Sie, um offline zu lesen
HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK : TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR
 SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN PERTAMA, UTM,
                 SKUDAI, JOHOR.




    ZUBAIDAH BEGAM BINTI MOHAMED ZAKARIA




        UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 9 (Pind. 1/97)

                         UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

             BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪

JUDUL:            HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN
                  AKADEMIK :TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR
                  SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN PERTAMA, UTM,
                  SKUDAI, JOHOR.


                                 SESI PENGAJIAN : 2006/2007


Saya:              ZUBAIDAH BEGAM BINTI MOHAMED ZAKARIA

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi
Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
    tinggi.
4. **Sila tandakan ( √ )

               SULIT                   (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
                                       Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

               TERHAD                   (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
                                      . Badan di mana penyelidikan dijalankan

         √    TIDAK TERHAD

                                                                           Disahkan oleh


_____________________________________                       ____________________________________
    (TANDATANGAN PENULIS)                                        (TANDATANGAN PENYELIA)
                                                    PROF. MADYA SYED MOHD SHAFEQ BIN SYED MANSOR
Alamat Tetap : 34, JALAN LIM YEW LEONG,                               AL HABSHI
               83000 BATU PAHAT,                                           Nama Penyelia
               JOHOR DARUL TAKZIM.

Tarikh : 13 APRIL 2007                                         Tarikh :    13 APRIL 2007




CATATAN :     * Potong yang tidak berkenaan
              ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
                 berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
                 SULIT atau TERHAD.
              ■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
                 atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek
                 Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
    karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling).”




   Tandatangan   :      ...........................................................................
   Nama Penyelia :      PROF. MADYA SYED MOHD SHAFEQ BIN
                        SYED MANSOR AL HABSHI
   Tarikh        :      ..........................................................................
BAB I




                                PENDAHULUAN




1.0    Pengenalan




       Potensi individu boleh dikembangkan dengan ilmu selaras dengan pesanan
Rasulullah S.A.W kepada umatnya iaitu “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang
lahad”. Ilmu diperolehi apabila seseorang itu belajar dan berinteraksi dengan
maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber samada secara langsung (pusat
pendidikan) ataupun tidak langsung.




       Gaya bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk
kepada stail atau cara pembelajarannya. Gaya pembelajaran (learning styles) juga
merujuk kepada cara interaksi individu dengan sistem maklumat atau rangsangan
kemudian memproses dan menganalisa maklumat tersebut di dalam otak untuk
dijadikan pengetahuan. Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri
yang berbeza secara individu seperti mana cap ibu jari (Gremli, 1996). Gaya
pembelajaran merupakan satu konsep yang paling penting dan perlu diberi tumpuan
dalam aspek pendidikan di sekolah kerana ia merupakan faktor utama membentuk
seseorang individu.
2

       Pelajar merupakan seseorang individu yang unik dan berbeza di antara satu
sama lain walaupun mereka berada dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan
individu ini merangkumi dari aspek pemikiran, tindakbalas, minat, kecenderungan,
pencapaian dan pemahaman. Justeru, pelajar-pelajar ini mempunyai gaya yang
tersendiri untuk menerima dan bertindakbalas serta menggunakan rangsangan dalam
proses pembelajaran. Pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah dengan
menurut tanggapan subjektif mereka terhadap kehendak pengajar atau konteks
pembelajarannya. Pada pandangan para penyelidik, pengajar atau pendidik
merupakan penggerak utama kepada pembelajaran para pelajar.




       Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah suatu yang kompleks
dan jarang sekali orang mempersoalkan bagaimana isi pelajaran dipindahkan dari
pengetahuan guru kepada isi pengetahuan pengajaran. Di sekolah, para pelajar
membentuk gaya pembelajaran tersendiri serta berinteraksi dengan maklumat dengan
bantuan guru yang juga mempunyai gaya pengajaran tersendiri. Guru-guru selalu
mengandaikan mereka hanya bertanggungjawab tentang subjek yang diajar tanpa
menghiraukan proses kognitif pelajar tersebut (Subahan,T.,1996). Oleh itu, peranan
guru tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan kaedah
pengajaran yang bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran guru
dengan gaya pembelajaran pelajar-pelajar (Dunn&Dunn, 1978).




       Mengikut Honey & Mumford (1992a), proses pembelajaran berlandaskan
kepada menimba ilmu pengetahuan dan ia merupakan sepanjang hayat dan dalam
proses pembelajaran tersebut pula beberapa kecenderungan yang dimiliki dan
diamalkan oleh seseorang pelajar. Kecenderungan yang dimaksudkan itu ialah
mengimbas kembali, membuat kesimpulan, mempelajari sesuatu berdasarkan
pengalaman dan membuat implementasi.
3

       Shea (1994) menyatakan pembelajaran ialah proses mental atau fizikal yang
membawa perubahan dalam tingkah laku. Beliau berpendapat kebijaksanaan bukan
sesuatu elemen statik tetapi adalah suatu sistem yang dinamik dan terbuka yang
sentiasa berkembang sepanjang hayat. Kebanyakkan proses pembelajaran yang
signifikan adalah dari apa yang telah kita lakukan iaitu melalui tindakan dan
pemerhatian.




       Gremli (1996) pula menyatakan bahawa gaya pembelajaran melibatkan
aspek-aspek personaliti, pemprosesan maklumat, interaksi sosial, kecenderungan
terhadap garis panduan, tumpuan perhatian terhadap sesuatu yang baru, unik dan
terdapatnya kelainan dalam diri individu. Gaya pembelajaran yang bersesuaian
dengan diri seseorang individu adalah salah satu penentuan kearah kecekapan dan
kebolehan mengasimilasikan ilmu yang dipelajari dengan cemerlang dan berkesan.
Objektif utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah keberkesanan
dan kecekapan seseorang melalui proses pembelajaran dalam kelas.




       Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian
akademik pelajar (Chambers, 1991). Chambers berpendapat bahawa pelajar harus
menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang akademik.
Hal ini kerana cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan
menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan
meningkatkan pencapaian akademik. Sebagai tambahannya, Dunn & Dunn (1979)
menyatakan bahawa apabila kaedah, sumber dan program dipadankan dengan sifat-
sifat gaya pembelajaran pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan
meningkat. Sebaliknya, jika padanan di antara pengajaran dan pembelajaran tidak
sesuai, maka pencapaian akademik dan sikap juga turut merosot.




       Prestasi akademik yang cemerlang merupakan penentuan pemahaman
seseorang terhadap proses pembelajaran. Secara tidak langsung, pencapaian ini akan
menentukan masa depan yang lebih gemilang. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat
tersebut, suasana pembelajaran yang kondusif adalah amat penting. Masyarakat
4

sekarang begitu menitikberatkan pencapaian akademik kerana keputusan akademik
yang cemerlang menjadi kayu pengukur kepada kerjaya masa depan seseorang
pelajar (Amina Noor, 1999). Menurut Griggs (1991), penggunaan gaya
pembelajaran yang betul adalah amat penting untuk meningkatkan keputusan
akademik. Pencapaian ini yang akan membuktikan sejauhmana gaya pembelajaran
seseorang pelajar berkesan atau tidak. Peningkatan dan penurunan pencapaian
akademik pelajar sebenarnya sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.




1.1    Latar Belakang Masalah




       Pelajar universiti memerlukan kemahiran pembelajaran yang betul untuk
mendapat keputusan yang cemerlang sebelum keluar bekerja. Menurut Bloom
(1956), sistem pembelajaran di universiti lebih membebankan dari segi aras
kesukaran kerana ia akan mempelajari sesuatu ilmu dengan lebih mendalam dan teliti
(Abu Hassan, 2001 dalam Soon Mey Che, 2004). Dengan kata lain, hanya dengan
mengamalkan gaya pembelajaran yang betul dan bersistematik baru dapat menjamin
kejayaan yang cemerlang.




       Walaupun begitu banyak pentakrifan yang telah diberikan, persoalan disini
ialah bagaimanakah kita dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk
seseorang individu dan seterusnya membolehkan seseorang itu mengeksploitasi gaya
pembelajaran tersebut ke arah kaedah pembelajaran yang lebih berkesan dan
seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran? Seseorang pelajar di
UTM haruslah mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya bagi
mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan mengelakkan daripada
tersenarai dalam kategori Pelajar Kedudukan Bersyarat (KS) dan Kedudukan Gagal
(KG). Kategori KS adalah diantara PNGK 1.70 – 2.00 dan Kategori KG pula ialah
dibawah PNGK 1.70. Seseorang pelajar haruslah berusaha untuk mencapai
5

Kedudukan Baik (KB) dan mendapat PNGK lebih 2.00 dalam peperiksaan (Peraturan
Akademik).




       Pengajian tahun pertama dalam universiti boleh dianggap sebagai tahun
peralihan di antara alam sekolah rendah ke universiti. Alam persekolahan di
universiti memerlukan kesungguhan, kerajinan serta gaya pembelajaran yang
bersistematik bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik di peringkat universiti.
Kecemerlangan amat penting dan sangat diidam-idamkan oleh setiap manusia.




       Pada hakikatnya, tidak ada perbezaan di antara orang yang berjaya dengan
orang yang gagal. Yang membezakan di antara kedua-dua golongan ini ialah tahap
kenalan diri. Felder (1996) dalam kertas kerjanya, Matters of Style, setiap pelajar
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dari segi kekuatan pendirian dan
keutamaan dalam menerima dan memproses maklumat. Ada pelajar yang lebih suka
kepada fakta, data dan algoritma, manakala ada pelajar yang suka kepada teori dan
model matematik. Selain daripada itu, ada pelajar yang bersifat visual atau verbal
dan sebagainya. Orang yang berjaya lebih mengenali dirinya berbanding dengan
orang yang gagal dan akan memilih gaya pembelajaran yang sesuai bagi diri mereka
sendiri. Oleh itu, seseorang pelajar haruslah mengenali dirinya sebelum memilih
gaya pembelajaran yang sesuai dengannya.




1.2    Pernyataan Masalah




       Pelajar merupakan golongan yang menjadi harapan negara untuk meneruskan
kecemerlangan pada masa akan datang. Kecemerlangan hanya akan dapat dicapai
oleh para pelajar sekiranya mengamalkan pembelajaran yang bersesuaian.
Sebaliknya, gaya pembelajaran yang tidak bersesuaian dan tidak berkesan semasa
pembelajaran sudah pasti akan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah.
6

Dunn (1980) menyatakan bahawa kegagalan pelajar bukan disebabkan oleh
kurikulum sebaliknya mereka boleh belajar sebarang matapelajaran sekiranya
pembelajaran itu menekankan kepada gaya yang mereka gemari. Felder & Silverman
(1998) pula mengatakan bahawa gaya pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza
begitu juga dengan pengajaran guru yang berbeza. Apabila perbezaan diantara gaya
pembelajaran dan gaya pengajaran berlaku, ini akan menyebabkan pelajar cepat
berasa bosan dan tidak memberi perhatian di dalam kelas, tidak membuat
peperiksaan dengan baik, dan kadang kala ada pelajar yang tertinggal dalam
pelajaran.




       Berdasarkan hal itu, maka satu kajian tentang gaya pembelajaran terhadap
pelajar universiti perlu dijalankan. Kajian ini dijalankan kerana kefahaman tentang
gaya pembelajaran pelajar adalah penting untuk membantu pelajar dalam proses
pembelajaran. Menurut Ng Sook Chin (2005), kajian tentang gaya pembelajaran
pelajar adalah perlu dan kajian seumpama ini akan mencelikkan para guru dalam
mengetahui gaya pembelajaran yang paling banyak diamalkan oleh para pelajar dan
seterusnya meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu subjek atau matapelajaran dan
membantu mereka dalam pembelajaran. Hal ini kerana gaya pembelajaran yang
diamalkan oleh pelajar mempunyai kesan terhadap hasil pembelajarannya yang
seterusnya memberi impak ke atas pencapaian akademik pelajar.




1.3    Objektif Kajian




       Kajian seumpama ini perlu dijalankan adalah untuk :


1.3.1 Untuk mengenalpasti tahap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-
       pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama sesi 2006/2007 sama ada
       active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan
       verbal learners serta sequential dan global learners.
7

1.3.2 Untuk mengenalpasti perbezaan tahap gaya pembelajaran active dan
       reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners
       serta sequential dan global learners dari segi demografi (jantina dan setiap
       program pengajian iaitu SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL,
       SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT).


1.3.3 Untuk mengenalpasti hubungan tahap gaya pembelajaran active dan reflective
       learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta
       sequential dan global learners dengan pencapaian akademik pelajar di
       kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama sesi
       2006/2007 yang mengambil program pengajian SPA, SPC, SPE, SPF, SPH,
       SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT.




1.4    Persoalan Kajian




       Kajian yang dijalankan ini cuba menjawab terhadap soalan-soalan berikut:


1.4.1 Apakah tahap gaya pembelajaran bagi active dan reflective learners, sensing
       dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta sequential dan global
       learners yang diamalkan oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun
       pertama sesi 2006/2007?


1.4.2 Apakah perbezaan di antara tahap gaya pembelajaran bagi active dan
       reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners
       serta sequential dan global learners dari segi demografi (jantina dan setiap
       program pengajian iaitu SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL,
       SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT)?


1.4.3 Apakah hubungan di antara tahap gaya pembelajaran active dan reflective
       learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta
8

       sequential dan global learners dengan pencapaian akademik pelajar di
       kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama sesi
       2006/2007 yang mengambil program pengajian SPA, SPC, SPE, SPF, SPH,
       SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT?




1.5 Hipotesis Kajian




       Berdasarkan persoalan kajian 1.4.2 dan 1.4.3, hipotesis-hipotesis kajian yang
berkenaan ialah :-


1.5.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap gaya pembelajaran
       (active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan
       verbal learners serta sequential dan global learners) dari segi demografi
       (jantina dan setiap program pengajian iaitu SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI,
       SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT).


1.5.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap gaya pembelajaran
       (active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan
       verbal learners serta sequential dan global learners) dengan pencapaian
       akademik pelajar dikalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun
       pertama sesi 2006/2007 yang mengambil program pengajian SPA, SPC, SPE,
       SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT.
9

1.6    Kepentingan Kajian




       Menerusi kajian yang dijalankan ini, diharapkan bahawa gaya pembelajaran
para pelajar dapat membantu golongan pendidik menepati kehendak dan perubahan
arus globalisasi dalam bidang pendidikan masa depan. Amalan gaya pembelajaran
yang sesuai akan dapat membantu para pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan
dan menjurus mereka ke arah peningkatan dalam pencapaian akademik. Selain itu,
dengan adanya daya kreatif gaya pengajaran pensyarah yang bersesuaian dengan
gaya pembelajaran para pelajar sudah pasti mendatangkan keseronokkan dan
keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kuliah.




       Kajian ini juga diharapkan dapat mengenalpasti dan menyelesaikan
sebahagian daripada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh para pelajar di dalam
memberi tumpuan semasa berada di dalam kuliah. Hal ini amat perlu sebagai
langkah persediaan untuk membentuk diri setiap pelajar dalam menghadapi cabaran
dalam arus pendidikan pada masa akan datang.




       Selanjutnya, penyelidik mengharapkan agar hasil kajian ini dapat dijadikan
sebagai panduan dan rujukan kepada pihak universiti dan pelajar fakulti pendidikan
dalam menjayakan dan meningkatkan mutu pelajaran serta prestasi universiti. Secara
langsung dapat membetulkan dan membawa pelajar ke arah gaya pembelajaran yang
berkesan supaya dapat meningkatkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik.




       Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk pengkaji
mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar dan seterusnya dapat mengemukakan
cadangan dan pendapat supaya para pelajar dapat mengubah sikap ke arah yang lebih
positif dalam pembelajaran disamping pensyarah-pensyarah dapat menyediakan
kaedah dan bahan pengajaran yang menarik dan bersesuaian dengan kecenderungan
minat dan tahap penguasaan para pelajar.
10

1.7      Model Kajian




  Pembolehubah Bebas                                 Pembolehubah Bersandar

      1. Jantina                                   1. Active dan Reflective learners
                                 Perbezaan
      2. Program Pengajian                         2. Sensing dan Intuitive learners
                                                   3. Visual dan Verbal learners
                                                   4. Sequential dan Global
                                                      learners


                                                                 Hubungan


                                                 Pembolehubah Bersandar
                                                   Pencapaian akademik

                   Rajah 1.1   Model Kajian




1.8      Batasan Kajian




         Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun
pertama,UTM, Skudai, Johor bagi sesi 2006/2007. Seramai 296 orang pelajar tahun
pertama dari semua program pengajian yang ditawarkan (SPA, SPC, SPE, SPF, SPH,
SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT) dipilih sebagai sampel kajian.
Kajian ini tidak melibatkan para pelajar tahun kedua, ketiga, keempat dan tahun
kelima Fakulti Pendidikan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik
kepada pihak Kementerian dan pihak Pentadbiran UTM tentang gaya pembelajaran
pelajar, sepatutnya kajian ini dijalankan terhadap satu populasi pelajar UTM.
11

       Kajian ini hanya terbatas kepada semua item yang terkandung dalam borang
soal selidik Index Of Learning Style (ILS) Felder & Solomon yang telah diedarkan
dengan tujuan untuk mengkaji dan menganalisis persoalan mengenai gaya
pembelajaran pelajar-pelajar tahun pertama Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor
bagi sesi 2006/2007.




       Kajian ini juga hanya membataskan kepada faktor gaya pembelajaran yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kemungkinan terdapat pengaruh
faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seperti
rakan sebaya, latar belakang keluarga, status sosioekonomi keluarga, motivasi diri,
aspirasi, konsep kendiri dan sebagainya yang tidak diambilkira dalam kajian ini.




1.9    Konsep-konsep Dalam Kajian




       Beberapa konsep penting yang telah digunakan di dalam kajian ini. Konsep
kajian akan diterangkan dengan lebih mendalam bahagian definisi konsep.




1.9.1 Definisi Konsep




       Definisi konsep ialah suatu elemen yang digunakan dalam proses kajian
saintifik dimana suatu konsep khas diertikan sebagai kekerapan pengukuran. Ianya
kerap digunakan dalam bidang philosophy, psikologi dan pengajian komunikasi.
Ianya amat penting dalam melakukan analisis kandungan.
12

1.9.1.1 Pelajar




       Menurut Kamus Am (1995), pelajar merujuk kepada murid atau mahasiswa.
Dalam kajian ini, pelajar adalah merujuk pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun
pertama, UTM, Skudai, Johor bagi sesi 2006/2007 yang dipilih dari semua program
pengajian yang ditawarkan (SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM,
SPN, SPP, SPS dan SPT).




1.9.1.2 Gaya Pembelajaran




       Gaya bererti sikap, kesukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri
seseorang. Pembelajaran pula bererti berusaha (berlatih dan sebagainya) untuk
mendapat sesuatu (kepandaian dan lain-lain) (Kamus Dewan, 2005). Menurut
Subahir (1992) dalam Lee (2001), gaya pembelajaran (learning style) merujuk
kepada cara seseorang individu menerima, mengumpul, memproses, mengingat dan
menerangkan semula maklumat dan menghubungkannya dengan alam sekitar.




       Dalam kajian ini, gaya pembelajaran dikenalpasti dengan menggunakan
model Felder & Silverman yang mengklasifikasikan gaya pembelajaran kepada 4
dimensi dan 4 sub-skala iaitu Pemprosesan (Active / Reflective Learners), Persepsi
(Sensing / Intuitive Learners), Input (Visual / Verbal Learners) dan Pemahaman
(Sequential / Global Learners).
13

1.9.1.3 Pencapaian Akademik




       Menurut Kamus Dewan (2005), pencapaian bererti apa yang telah dicapai
atau prestasi. Akademik pula berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan
bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam). Dengan
kata lain, pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh
seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu
mencapai gred yang baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik dan sebaliknya.




        Dalam konteks kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan
PNGK (Purata Himpunan Mata Nilai) pelajar tahun pertama Fakulti Pendidikan,
UTM, Skudai. Selain itu, pencapaian akademik ini juga merujuk kepada keputusan
Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang merangkumi matapelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Kimia dan Fizik.




1.9.2 Definisi Operasional




1.9.2.1 Active Learners




       Active learners merujuk kepada pelajar yang lebih cenderung untuk
mengingati sesuatu maklumat dengan melakukan aktiviti yang berkaitan dengannya
seperti menggunakannya, menerangkannya ataupun membincangkannya dengan
orang lain. Mereka yang suka menunjukkan gaya pembelajaran ini akan mengatakan
“Mari kita cuba dan lihat bagaimana ianya berfungsi”. Selain itu, pelajar yang
menggunakan gaya pembelajaran active ini lebih suka bekerja secara berkumpulan
14

dan tidak gemar pengajaran secara kuliah sahaja. Menurut Kamus Inggeris-Melayu
(1992), active bermaksud cergas.




1.9.2.2 Reflective Learners




       Reflective bermaksud sentiasa berfikir (Kamus Inggeris-Melayu, 1992).
Reflective learners pula adalah pelajar yang lebih suka memikirkan maklumat
yang diperolehi terlebih dahulu. Pelajar yang menggunakan gaya ini biasanya akan
berkata “Mari kita fikirkan dahulu”. Mereka juga lebih gemar melakukan kerja
secara bersendirian dan cuba memikirkan penyelesaian masalah secara senyap.
Mereka lebih senang sekiranya pengajaran adalah secara kuliah.




1.9.2.3 Sensing Learners




       Sensing learners adalah pelajar yang lebih cenderung membaca sesuatu yang
berkenaan dengan fakta. Sensors lebih sabar dengan maklumat-maklumat,
mempunyai kelebihan mengingati fakta-fakta dan melakukan aktiviti secara hands-
on. Pelajar-pelajar jenis ini lebih menggemari untuk mempelajari fakta,
menyelesaikan masalah secara tersusun dengan contoh yang berkaitan, lebih teliti
dalam menjalankan kerja-kerja amali, gemar menghafal dan tidak gemar
pembelajaran yang tiada hubungkait dengan kehidupan diluar kelas.
15

1.9.2.4 Intuitive Learners




       Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Intuitive ini lebih cenderung
untuk mencari sebab, kemungkinan dan perkaitan. Intuitors lebih baik dalam
memahami sesuatu konsep baru dan sentiasa berasa lebih selesa dengan idea-idea
abstrak dan formula matematik. Pelajar jenis ini lebih gemar kepada sesuatu yang
baru, cepat bekerja dengan keadaan yang tidak tersusun dan tidak gemar menghafal.
Pelajar jenis ini juga tidak gemar guru mengulangi pembelajran yang telah dipelajari
dan lebih suka kepada inovasi.




1.9.2.5 Visual Learners




       Visual learners adalah pelajar yang dapat mengingat dengan baik apa yang
telah mereka lihat seperti gambar, lukisan, gambarajah bersiri, filem dan
demonstrasi. Mereka lebih menggemari guru yang mengajar dengan menggunakan
bahan bantu mengajar serta menggunakan banyak persembahan grafik dalam
pengajaran.




1.9.2.6 Verbal Learners




       Sementara Verbal learners adalah pelajar yang lebih biasa dan menggemari
gaya pembelajaran menerusi perkataan, lukisan serta penjelasan secara berhujah.
Pelajar ini lebih suka mendengar guru atau perbincangan yang dijalankan di kelas
dan suka membaca secara kuat serta mengulanginya beberapa kali.
16

1.9.2.7 Sequential Learners




       Sequential learners adalah pelajar yang lebih cenderung dan selesa untuk
memahami sesuatu secara sistematik dan dengan mengikut turutan. Sequential yang
diambil dari perkataan sequence bermaksud susunan yang berturutan atau yang
mengikut urutan (Kamus Inggeris-Melayu, 1992). Pelajar ini lebih mudah
mengingat dan memahami sesuatu jika sesuatu pengajaran disampaikan secara
tersusun dari mudah ke sukar dan mengikut langkah-langkah yang logic. Oleh itu, ia
lebih menggemari guru mengajar secara tersusun dan menunjukkan hubungkait
dengan apa yang telah diajar sebelum itu.




1.9.2.8 Global Learners




       Global bermaksud pandangan menyeluruh (Kamus Inggeris-Melayu, 1992)
dan global learners adalah pelajar yang lebih cenderung untuk mengumpulkan
maklumat yang mereka perlu secara rawak dan seterusnya memahami sesuatu secara
spontan berdasarkan maklumat yang mereka kumpulkan itu. Selain itu, pelajar jenis
ini boleh menerima sesuatu maklumat dalam apa cara sekalipun sama ada tersusun
atau tidak dan mereka berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks secara
pantas. Walaubagaimanapun mereka sukar menerangkan sesuatu yang mereka
faham secara terperinci cara bagaimana mereka dapat menyelesaikan sesuatu
masalah itu.
17

1.10    Kesimpulan




       Bab ini telah menyatakan mengenai pengenalan, latarbelakang masalah yang
ingin dikaji, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian,
kepentingan kajian, model kajian, batasan kajian dan konsep-konsep yang digunakan
dalam kajian ini. Penyelidik telah mengkaji tahap gaya pembelajaran di kalangan
pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor.
Selain itu, penyelidik turut melihat sejauh manakah perhubungan antara pencapaian
akademik dengan gaya pembelajaran pelajar. Penyelidik berharap hasil kajian ini
dapat membantu para pelajar supaya dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang
bersesuaian dengan diri mereka bagi meningkatkan prestasi akademik.
BAB II




                             KAJIAN LITERATUR




2.0    Pengenalan




       Dalam bab ini, beberapa aspek berkaitan dengan kajian akan dibincangkan.
Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan
pembelajaran, gaya pembelajaran pelajar, kerangka teoritikal gaya pembelajaran dan
implikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan model-model gaya
pembelajaran. Ia juga akan meliputi kajian-kajian lepas mengenai pelbagai gaya
pembelajaran berdasarkan pelbagai model gaya pembelajaran, gaya pembelajaran
pelajar dari segi demografi dan hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik.




2.1    Pembelajaran




       Berdasarkan literatur, pembelajaran ialah satu fenomena yang telah sebati
dengan kehidupan manusia. Menurut Horton dan Turnhage (1967) dalam Wan Zah
19

Wan Ali (2000), apa sahaja yang dilakukan oleh manusia yang matang, atau sesuatu
yang mampu dilakukan olehnya, boleh dianggap sebagai hasil daripada sesuatu
pembelajaran. Oleh yang demikian, hampir seluruh masa dalam hidup ini, manusia
terlibat dalam aktiviti pembelajaran (Borger dan Seaborne, 1982 dalam Wan Zah
Wan Ali, 2000).




       Menurut Goldenson (1984) dalam Mahmood Nazar Mohamed (1990),
pembelajaran ialah satu proses individu mendapatkan informasi-informasi, tingkah
laku atau kebolehan yang baru. Pembelajaran juga boleh didefinisikan sebagai
perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan
yang diteguhkan dan ia boleh berlaku secara formal, informal dan non-formal (Ee Ah
Meng, 1992).




       Didalam pembelajaran, tidak semua orang memperolehi kebolehan yang
sama. Travers (1979) mengatakan bahawa pelajar-pelajar belajar melalui banyak
saluran seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan (biasanya penting diperingkat
awal), merasa dan membau. Sesetengah pelajar memerlukan pertolongan guru
sepenuhnya dan yang lain mencapainya secara ‘berdikari’ atau ‘tanpa bergantung’.
Dikalangan pelajar ada yang belajar dengan aktif secara berkumpulan, sebaliknya
ada yang lebih suka belajar bersendirian.




       Pembelajaran ditakrifkan sebagai perubahan ke atas tingkah laku individu
yang dihasilkan oleh peristiwa-peristiwa alam sekitar (Carlson, 1987). Secara
kuantitatif, pembelajaran adalah kegiatan pengisian atau pengembangan kemampuan
kognitif dengan fakta sebanyak-banyaknya dalam otak pelajar manakala pengertian
pembelajaran secara kualitatif pula adalah proses memperolehi kefahaman serta cara-
cara mentafsir dunia disekeliling pelajar dengan tercapainya daya pemikiran yang
berkualiti (Muhibbin Syah, 1995).
20

2.2     Gaya Pembelajaran




        Pelajar mempunyai perbezaan gaya belajar dari segi kekuatan, ciri-cirinya
dan preferens dalam menerima dan memproses maklumat. Terdapat sebilangan
pelajar yang lebih gemar memberi fokus kepada maklumat dalam bentuk data, fakta
dan algoritma, sebilangannya pula lebih selesa dengan maklumat berbentuk teori dan
model-model matematik. Ada juga yang gemar kepada maklumat berbentuk visual
seperti gambarajah, ilustrasi atau skematik atau verbal seperti penerangan secara
lisan atau kuliah (Felder, 1996).




        McCarty (1985) menyarankan empat stail belajar melalui “Sistem 4 Mat”
dimana sistem ini mempunyai dua skala. Skala pertama mempunyai kontinum
daripada pengalaman konkrit kepada konsep abstrak. Skala kedua pula mempunyai
kontinum daripada membayangkan - memerhati kepada melakukan eksperimen
secara aktif serta merujuk kepada bagaimana individu memproses pengalaman dan
maklumat. Kombinasi daripada empat teknik membuat tanggapan dan memproses
pengalaman serta maklumat ini, menghasilkan empat kategori pelajar dengan empat
stail belajar iaitu kategori pertama terdiri daripada para pelajar bersifat inovatif,
kedua bersifat analitikal, ketiga bersifat gemar menggunakan budi bicara dan
kategori keempat pula ialah bersifat dinamik.




        Pengetahuan tentang gaya pembelajaran kendiri adalah penting dalam
pembelajaran. Pelajar yang meneruskan pengajian di universiti kebanyakkannya
tidak menyedari sepenuhnya gaya pembelajaran yang paling sesuai dengan diri
mereka yang menyebabkan mereka secara berterusan mempraktikkan gaya
pembelajaran yang kurang produktif tanpa menyedari mereka sebenarnya
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, pelajar haruslah mengenali
gaya pembelajaran mereka sendiri supaya mereka dapat menyedari keindividuan
gaya pembelajaran dan membolehkan mereka menggunakan pendekatan
pembelajaran yang pelbagai agar mendapat kesan pembelajaran yang optimum
(Entwistle, 1981).
21

       Menurut Hunt (1990) dalam Suresh Kesavalu (2005), gaya pembelajaran
tertakluk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan sesuatu pembelajaran
berlaku dengan berkesan dan syarat-syarat itu merangkumi persekitaran kawasan
pembelajaran, struktur pembelajaran sama ada formal, informal atau non-formal serta
gaya pembelajaran yang digemari dimana gaya pembelajaran akan berubah mengikut
suasana dan keadaan masing-masing.




       Felder (1993) cuba menerangkan gaya pembelajaran dengan mengatakan
bahawa setiap pelajar mempunyai alternatif yang tekal dan berlainan dalam cara
membuat pengamatan, penyusunan dan ingat kembali (flash back) yang bercirikan
kognitif, efektif dan tingkah laku atau perlakuan fisiologi yang menjadi petunjuk
bagaimana seseorang pelajar cuba membuat pengamatan, tinjauan, penelitian,
berinteraksi dan bertindakbalas kepada sekitaran pembelajarannya.




       Peterson (1979) dan Stewart (1981) dalam Ee Ah Meng (1995), pula
berpendapat bahawa gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan
pengajaran yang digemari seseorang pelajar. Ada pelajar gemarkan cara syarahan
manakala ada pula yang lebih gemarkan cara belajar sendiri. Personaliti individu
yang berbeza akan menentukan gaya pembelajaran yang paling sesuai serta berkesan
baginya.




2.3    Kerangka Teoritikal Gaya Pembelajaran




       Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan
Tentang konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta
proses dan sebab berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran ini memberikan
penghuraian tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses
pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran adalah dihasilkan daripada kaji
22

selidik atau pemerhatian. Terdapat pula, sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran
logik berasaskan falsafah (Mok Soon Sang, 2003). Teori-teori pembelajaran boleh
dibahagikan kepada beberapa mazhab seperti mazhab behaviorisme, mazhab
kognitif, mazhab sosial dan mazhab humanis.




2.3.1 Mazhab Behaviorisme




       Mazhab behavioris menghuraikan perubahan tingkah laku sebagai hasil
proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (rangsangan)
dengan tindakbalas organisma. Diantara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang
terpengaruh ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner (Mok Soon Sang, 2003).




2.3.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov




       Ivan P. Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik. Menurut
Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas. Gerakbalas ialah apa-apa
sahaja tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Rangsangan ialah apa-apa sahaja
bentuk tenaga yang menimbulkan gerakbalas. Contohnya, apabila pensyarah
memberikan arahan supaya berdiri, pelajar dengan cepatnya berdiri. Arahan itu ialah
rangsangan manakala tindakan berdiri itu ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya,
Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara
rangsangan dengan gerakbalas. Rangsangan itu boleh juga dikaitkan dengan satu
rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran, contohnya seorang
pensyarah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
(Ee Ah Meng, 1995).
23

        Pembelajaran akibat perkaitan dua rangsangan dikenali sebagai pelaziman
klasik. Dalam eksperimen Pavlov, dia menggunakan seekor anjing. Anjing itu telah
mengeluarkan air liur apabila melihat makanan. Air liur dikenali sebagai gerakbalas
tak terlazim (semulajadi) kerana ia berlaku tanpa pembelajaran. Makanan itu ialah
rangsangan tak terlazim. Pavlov ingin tahu sama ada anjing itu boleh belajar
mengeluarkan air liur walaupun makanan tidak ditunjukkan.




        Seekor anjing diletakkan di atas sebuah meja dan badannya diikat ke sebuah
pasung. Setiap kali makanan dihidangkan kepada anjing yang lapar itu, loceng
dibunyikan. Lazimnya anjing tersebut akan mengeluarkan air liur apabila terlihat
makanan. Bunyi loceng dan makanan ini diulang beberapa kali dan pada satu ketika,
loceng sahaja dibunyikan. Pavlov mendapati anjing memberi tindak balas kepada
bunyi loceng itu dengan mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa anjing
tersebut telah belajar membuat perkitan antara bunyi loceng dengan makanan yang
ditunjukkan itu sehingga tahap dimana apabila loceng dibunyikan, anjing itu telah
menduga bahawa makanan akan diberi lalu menyebabkan air liurnya terkeluar
(Mahmood Nazar Mohamed,1990).


        Menurut Ee Ah Meng (1995), dalam proses pengajaran dan pembelajaran,


a)   Untuk mengajar dengan berkesan seorang guru seharusnya mengaitkan
     pengalaman positif (rangsangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran
     (rangsangan tak terlazim) supaya menghasilkan pembelajaran yang berkesan
     (gerakbalas terlazim).


b) Latihan pengukuhan yang mencukupi adalah cara terbaik untuk memastikan
     gerakbalas terlazim yang berkesan.


c)   Peneguhan sekunder harus diberikan sekiranya didapati gerakbalas terlazim
     semakin berkurangan.
24

2.3.1.2 Teori Pelaziman Operan Thorndike




          E.L. Thorndike (1874-1949) merupakan ahli behavioris pertama yang
mengemukakan konsep pelaziman operan.Beliau memperkenalkan pembelajaran
cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dengan gerak balas.
Melalui kajiannya ke atas seekor kucing yang dimasukkan ke dalam sebuah sangkar
dengan makanan diletakkan di luar sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah
melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar yang dikenali sebagai
pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran cuba jaya ini kucing tersebut akan
melakukan pelbagai reaksi dan apabila terpijak selak pintu sangkar itu terbuka.
Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke
dalam sangkar itu semula, sekali lagi kucing tersebut akan melakukan beberapa
percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut. Dengan kata lain kucing tersebut
belajar membuka pintu sangkar secara cuba jaya dan pengulangan (Ramlah Jantan,
2002).




          Menurut Shahabuddin Hashim dan rakan-rakan (2003), melalui eksperimen
ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan antara S-R
iaitu Stimuli (rangsangan) dan Responses (tindakbalas). Hukum-hukum
pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga hukum iaitu




a) Hukum Kesediaan


          Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada
sebelum indiviu dapat bertindak. Contohnya, pelajar-pelajar harus bersedia
mempelajari sesuatu dan persediaan ini harus ditunjukkan melalui sikap dan set
mental.
25

b) Hukum Latihan


       Menurut hukum ini, pertalian antara rangsangan dan gerakbalas akan
bertambah kukuh jika latihan diadakan. Ganjaran-ganjaran yang tertentu harus
diberikan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang diingini atau
yang menjadi matlamat.




c) Hukum Kesan


       Hukum kesan menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dan
gerakbalas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas
terhasilnya gerakbalas dan sebaliknya, kesan yang menyakitkan pula akan
melemahkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas. Ganjaran yang diberikan
kepada pelajar yang sudah menunjukkan tingkah laku yang diingini atau yang
menjadi matlamat harus melalui tahap-tahap tertentu. Tujuannya adalah untuk
mengukuhkan tingkah laku yang dihajatkan tersebut dan untuk mengelakkan tingkah
laku yang tidak diingini.




2.3.1.3 Teori Pelaziman Operan Skinner




       Burrhus F. Skinner (1904-1990) sependapat dengan Pavlov tetapi
menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangkamasa yang panjang
dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Peti
Skinner ialah satu kotak yang mempunyai alat penekan pada dindingnya. Apabila
alat penekan itu ditekankan secara sengaja atau tidak sengaja, maka makanan akan
terkeluar. Skinner telah memasukkan tikus ke dalam peti kajian yang diciptanya.
Tikus tersebut menunjukkan pelbagai tingkah laku rawak, namun secara tidak
sengaja tikus tersebut tertekan alat penekan tersebut. Makanan terkeluar dan tikus
tersebut memakannya. Tikus itu mempelajari bahawa alat penekan tersebut memberi
26

makanan kepadanya. Menurut Skinner, gerakbalas boleh dikuatkan (diulangi) atau
dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerakbalas itu
ditunjukkan. Skinner telah mengemukakan satu Jadual Peneguhan seperti rajah 2.1
di bawah ini (Ramlah Jantan, 2002).




              PENEGUHAN




Peneguhan                                         Peneguhan Berkala
Berterusan



                               Nisbah                              Masa



                       Tetap            Berubah
                                                         Tetap               Berubah



                 Rajah 2.1 :    Jadual Peneguhan Oleh Skinner




2.3.2 Mazhab Kognitif




       Tokoh-tokoh mazhab kognitif menekankan proses kognitif yang sebenarnya
menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Mereka tidak bersetuju
dengan teori stimuli-tindakbalas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana
stimuli-tindakbalas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran
ialah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam
persekitarannya. Diantara tokoh-tokoh mazhab kognitif ialah Bruner dan Gagne
(Mok Soon Sang, 2003).
27

2.3.2.1 Teori Kognitif Jerome Bruner




       Kajian Bruner menekankan cara-cara manusia berinteraksi dalam alam
sekitar dan menggambarkan pengalaman secara dalaman. Teori Pembentukan
Konsep Bruner banyak digunakan sebagai aktiviti pengajaran di sekolah kerana teori
pembelajaran beliau adalah berkait rapat dengan banyak kaedah mengajar. Teori ini
juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Penemuan. Teori kognitif ini
mementingkan pemikiran secara logikal dan pemikiran analisis dan intuitif. Bruner
mementingkan aspek-aspek seperti suasana pembelajaran yang kondusif serta
mengajar sesuatu konsep dalam struktur dan bentuk pengetahuan yang sistematik
dalam teori penemuannya (Ee Ah Meng, 1995).




       Menurut Bruner, peringkat perkembangan kognitif yang dilalui oleh kanak-
kanak normal adalah peringkat enaktif (0-2 tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun) dan
peringkat simbolik (5-7 tahun). Pada peringkat enaktif, banyak aktiviti yang
dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakkan anggota kanak-kanak. Peringkat
ikonik membolehkan kanak-kanak menggunakan otak untuk memikirkan sesuatu dan
menggambarkan imej dalam fikiran mereka manakala simbolik pula, mereka sudah
boleh berfikir dengan menggunakan bahasa dan konsep (Jenny Leach, 1999).




       Bruner mengemukakan empat ciri-ciri penting dalam teori Pembelajaran
Bruner (Jenny Leach, 1999).


a) Sifat semulajadi pembelajaran/persekitaran pembelajaran.


       Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh
itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan. Guru perlu
menyediakan aktiviti yang menggalakkan pembelajaran penemuan dan memberi
arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.
28

b) Struktur dan bentuk pengetahuan


       Proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu
isi pelajaran. Pelajar dicadangkan supaya membuat sistem mengkod, contohnya,
menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan yang
baik membolehkan pelajar memahami rangsangan dengan baik.




c) Urutan


       Bahan pengajaran mesti disusun mengikut urutan yang spesifik supaya
pelajar memahaminya dengna berkesan. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan
pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat pelajar dalam
pembelajaran.




d) Peneguhan.


       Guru perlu memberi maklumbalas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar dan
masa peneguhan yang diberikan amat penting kepada pelajar. Jika peneguhan
diberikan terlalu awal, pelajar akan jadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu
lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut.


Aplikasi prinsip pembelajaran Bruner dalam pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah
Meng, 1995).


  i.   Murid-murid belajar melalui pengalaman. Oleh itu, guru hendaklah
       menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium
       dan merasa. Pengalaman seperti ini membawa mendatangkan pembelajaran
       yang bermakna. Ini bermakna aktiviti seperti projek, lawan dan kajian luar
       hendaklah dikendalikan.


 ii.   Bruner mencadangkan agar guru memberi banyak contoh-contoh semasa
       pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh membentuk konsep,
29

        membuat kategori dan membuat perbandingan di antara konsep-konsep
        (Ramlah Jantan, 2002).


 iii.   Penekanan juga diberikan kepada motivasi intrinsik dan ektrinsik. Guru perlu
        memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku yang ingin
        ditonjolkan. Dalam jangka panjang, motivasi intrinsik lebih dipentingkan.




2.3.2.2 Teori Pemprosesan Maklumat Robert M. Gagne




        Memproses maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan
menerima maklumat menyimpan dan mengeluarkan semula untuk digunakan. Model
memproses maklumat sama seperti komputer iaitu terdiri daripada ingatan deria,
ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Menurut Gagne (1970) dalam Ee
Ah Meng (1995), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada
yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung pada pembelajaran pada
aras yang rendah. Gagne telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran atau hierarki
pembelajaran seperti berikut.




1.      Pembelajaran Isyarat


        Seseorang individu mempelajari gerakbalas terhadap sesuatu isyarat.
Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru masuk
ke kelas, semua pelajar akan berdiri dan memberi ucapan “Selamat sejahtera,
Cikgu”.
30

2.    Pembelajaran Gerakbalas


      Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan
dengan gerakbalas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya
gerakbalas yang positif dapat dikekalkan.




3.    Rangkaian Motor


      Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti
permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu
siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.




4.    Pertalian Bahasa


          Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa
untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu
rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari
dahulu.




5.    Pembelajaran Diskriminasi


      Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri untuk
memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pembelajaran
diskriminasi sangat penting dalam proses pembelajaran kerana pelajar dapat menapis
maklumat penting dari maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses
pengenkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.
31

6.     Pembelajaran Konsep


     Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahsa dan diskriminasi iaitu
mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep
yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan
peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya
dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.




7.     Pembelajaran Hukum


       Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep dalam sesuatu
urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan
generalisasi.




8.     Penyelesaian Masalah


       Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep
dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat
langkah-langkah dalam proses penyelesaian masalah seperti Mengenal masalah,
Mencari maklumat, Membuat hipotesis, Memilih cara menyelesaikan masalah
(memilih alternatif terbaik), Menguji hipotesis dan Membuat rumusan.


       Gagne juga telah mengemukakan lapan fasa pembelajaran dan peristiwa
pengajaran (Event Of Instruction). Fasa tersebut digambarkan seperti berikut.


1.     Fasa Motivasi


     Motivasi mendorong individu melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu tujuan
tertentu yang dapat memberikan kepuasan kepadanya. Lazimnya, motivasi akan
menjadi lebih berkesan dan lebih mudah digunakan apabila wujudnya jangkaan dan
harapan.
32

2.    Fasa Kefahaman


     Dalam fasa kefahaman ini, individu perlu didorong untuk memberikan
perhatian kepada yang sedang dialami dan dipelajari. Dalam hal ini, ia harus dapat
memberikan tumpuan kepada sesuatu aspek atau peristiwa dan dapat pula memilih
apa yang dilihat dan dirasainya itu secara berkesan. Untuk memastikan
pemerhatiannya dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan sempurna, individu
tersebut harus mempunyai kebolehan untuk mendiskriminasikan persepsinya.




3.    Fasa Pemerolehan


      Fasa pemerolehan adalah segmen yang menyimpan segala rangsangan yang
telah dikodkan dalam stor jangka pendek. Biasanya terdapat juga rangsangan-
rangsangan yang telah dikodkan, dipanjangkan ke dalam stor ingatan jangka panjang.
Kod-kod seperti itu boleh disimpan lebih lama dan dikeluarkan semula pada masa
hadapan apabila diperlukan.




4.    Fasa Penahanan


      Bahagian yang berkeupayaan menerima dan menyimpan sebanyak mana
maklumat atau data yang diperoleh dalam memori dikenali sebagai fasa penahanan.




5.    Fasa Mengingat Kembali


      Bahagian ini melibatkan keupayaan mencari dan mengingat semula data-data
yang telah tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang.
33

6.          Fasa Generalisasi


            Generalisasi dalam konteks ini adalah keupayaan menggunakan pembelajaran
yang tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang untuk keadaan atau konteks yang
seakan-akan serupa atau dipersepsikan sebagai seakan-akan sama. Dalam hal ini,
pembelajaran boleh dipindahkan daripada keadaan khusus kepada keadaan umum
melalui proses generalisasi tersebut.




7.          Fasa Perlakuan


            Fasa ini menggambarkan keupayaan pelajar setelah berlakunya sesuatu
pembelajaran. Biasanya, kadar keupayaan belajar dan tahap pembelajaran dapat
diketahui melalui tingkahlaku yang dicerminkan daripada kadar pembelajaran yang
diperoleh




8.          Fasa Maklumbalas


            Maklumbalas adalah pengetahuan yang menunjukkan prestasi seseorang
sesudah melalui proses pembelajaran. Maklumbalas seperti ini bukan sahaja menjadi
pengukur kepada prestasi seseorang pelajar, tetapi juga berfungsi sebagai peneguh
yang menentukan darjah kepuasan yang dirasai oleh individu tersebut.


          Aplikasi prinsip pembelajaran Gagne dalam pengajaran dan pembelajaran
(Ramlah Jantan, 2002).


     i.      Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula
             daripada yang mudah atau peringkat asas kepada yang rumit. Sebelum guru
             mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar
             telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru.
34

 ii.   Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru
       merancang pengajaran seperti langkah-langkah yang dicadangkan dalam 8
       fasa pengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.




2.3.3 Mazhab Sosial




       Mazhab sosial menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori
mazhab behavioris dan mazhab kognitif yang telah dihuraikan di atas. Tokoh
mazhab sosial seperti Bandura menegaskan pembelajaran melalui proses
permodelan, iaitu pembelajaran melalui proses pemerhatian atau peniruan (Mok
Soon Sang, 2003).




2.3.3.1 Teori Pembelajaran Sosial Bandura




       Menurut Robert (1997), Albert Bandura dilahirkan pada 1925 di Alberta,
Canada merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana teori
pembelajaran sosial dan teori modelnya. Albert Bandura mengemukakan teori
pembelajaran sosial, iaitu tabiat dan tingkahlaku kita adalah kita tiru dan pelajari
daripada interaksi kita dengan masyarakat. Pembelajaran sosial berfokus kepada
pembelajaran yang berlaku dalam konteks sosial. Ia merujuk kepada bagaimana
seseorang individu itu belajar melalui orang sekelilingnya. Konsep yang terlibat
ialah pembelajaran melalui pemerhatian, peniruan dan permodelan.




       Bandura telah melakukan eksperimen terhadap sekumpulan kanak-kanak
berumur diantara 3 tahun hingga 6 tahun telah diarahkan untuk melihat sekumpulan
35

orang dewasa menumbuk, menendang dan menjerit terhadap satu patung besar yang
berisi udara (Bobo Doll). Kemudian kanak-kanak tersebut disuruh memukul patung
yang sama. Didapati kanak-kanak tersebut telah menunjukkan tingkahlaku agresif
dua kali ganda daripada orang dewasa serta menggunakan perkataan yang sama oleh
orang dewasa tersebut (Ee Ah Meng, 1995). Ini menunjukkan pembelajaran berlaku
dengan memerhati individu lain (observational learning). Ia terdiri daripada dua
bentuk iaitu peniruan (imitation) dan permodelan (modelling).




         Terdapat empat proses yang membentuk Teori Pembelajaran Sosial (Robert,
1997).


   i.    Perhatian (Attention)


         Pembelajaran hanya berlaku jika ada penumpuan perhatian.


  ii.    Mengingat (Retention)


                Pemerhatian harus berupaya mengekalkan tingkahlaku yang
         diperhatikan dalam ingatan.


 iii.    Reproduksi (Motor Reproduction)


         Pemerhatian harus berupaya melakukan semua tingkahlaku yang ditiru.
Kecekapan bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran motor.


 iv.     Peneguhan/Motivasi (Motivation)


         Individu akan meniru tingkahlaku yang diperhatikan jika ia mendatangkan
kepuasan, peneguhan positif dan ganjaran.


Aplikasi model sosial Bandura dalam pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng,
1995).
36

   i.   Guru boleh menggunakan tayangan video, filem dan gambar dalam proses
        pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat perhatian pelajar-
        pelajar dalam pembelajaran.


  ii.   Guru boleh menunjukkan cara menyelesaikan sesuatu masalah.


 iii.   Menggunakan pelajar-pelajar lain (rakan sebaya) sebagai model untuk
        menunjukkan tingkahlaku model bagi seluruh kelas.




2.3.4 Mazhab Humanis




        Mazhab humanis berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada
emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan setiap individu mempunyai cara
belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan
pembelajaran hendaklah diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi
pelajar sendiri (Mok Soon Sang, 2003).




2.3.4.1 Teori Keperluan Maslow




        Abraham Maslow telah memperkenalkan hierarki keperluan Maslow.
Menurut Maslow, manusia mempunyai motivasi untuk memenuhi keperluan-
keperluan hidupnya. Keperluan-keperluan tersebut adalah berdasarkan hierarki iaitu
mulai dari yang paling rendah (bersifat asas/fisiologi) sehingga yang paling tinggi
(kesempurnaan kendiri).
37

                    Rajah 2.2 :    Hierarki Keperluan Maslow


                           Kesempurnaan                               Keperluan

                               Kendiri                                Paling
                                                                      Tinggi
                            Penghargaan
                               Kendiri

                     Keperluan Untuk Kasih
                            Sayang
                      Keperluan Keselamatan


                      Keperluan Fisiologi (asas)                    Keperluan Paling
                                                                    Rendah




       Keperluan yang paling asas ialah keperluan fisiologi seperti minuman,
makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya. Jika keperluan ini tidak dipenuhi,
keperluan yang lain akan diabaikan. Apabila keperluan fisiologi telah dipenuhi,
timbullah keperluan keselamatan yang merangkumi keperluan untuk rasa selamat,
perlindungan, bebas daripada rasa takut dan kebimbangan). Keperluan untuk
disayangi dan menyayangi akan timbul setelah keperluan keselamatan dipenuhi.
Keperluan ini dapat dipenuhi melalui kawan, keluarga dan pasangan hidup.
Keperluan rasa harga diri pula terbahagi kepada dua jenis iaitu rasa harga diri
berasaskan rasa hormat kepada diri sendiri dalam aspek persaingan, berdikari dan
penilaian orang lain. Selain itu, seseorang individu mendapat penghargaan daripada
orang lain untuk mendapat status, dominan dan kepentingan tertentu. Kesempurnaan
kendiri dapat dicapai apabila keperluan-keperluan lain telah dipenuhi. Dalam tahap
ini, seseorang individu akan mencari matlamat hidup dan berusaha kearah sempurna
kendiri dalam potensi diri yang unik yang ada pada mereka (Robert, 1997).




       Teori pembelajaran humanis menitikberatkan prinsip-prinsip berikut dalam
proses pembelajaran (Ee Ah Meng, 1995).
38

  i.   Pelajar akan belajar apa yang mereka kehendaki dan ingin diketahui.




 ii.   Pembelajaran hanya berlaku jika pelajar tidak berasa terancam. Suasana
       sosiemosi yang sihat dengan guru haruslah diwujudkan.




2.4 Model-model Gaya Pembelajaran




       Model-model gaya pembelajaran yang akan dibincangkan secara ringkasnya
ialah Model Gaya Pembelajaran Felder & Silverman, Model Gaya Pembelajaran
Honey & Mumford, Model Gaya Pembelajaran Kolb, Model Gaya Pembelajaran
Slavin, Model Gaya Pembelajaran Entwistle dan Model Gaya Pembelajaran Grasha-
Riechmann.




2.4.1 Model Gaya Pembelajaran Felder & Silverman




       Pada tahun 1988, Richard Felder dan Linda Silverman telah menghasilkan
satu model pembelajaran yang memfokus spesifik kepada gaya pembelajaran
pelajar-pelajar kejuruteraan. Tiga tahun kemudiannya, instrumen penilaian
psikometrik iaitu Felder & Solomon’s Index of Learning Styles dihasilkan. Menurut
Felder & Silverman (1988), pada awalnya terdapat lima dimensi iaitu Persepsi
(Sensing-Intuitive), Input (Visual-Auditory), Organisasi (Inductive-Deductive),
Proses (Active-Reflective) dan Pemahaman (Sequential-Global). Kemudian dua
perubahan telah dilakukan iaitu dimensi Organisasi (Inductive-Deductive) telah
dibubarkan dan sub-skala Visual-Auditory telah diubah kepada Visual-Verbal.
39

       Model ini akhirnya mengklasifikasikan pelajar kepada lapan kategori
berdasarkan empat dimensi seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.1.


Jadual 2.1 :   Dimensi Gaya Pembelajaran Felder & Silverman
    Dimensi         Gaya Pembelajaran                      Ciri-ciri


Pemprosesan                Active          Lebih mudah belajar apabila
                                           dikehendaki melakukan sesuatu seperti
                                           aktiviti ‘hands on’ dan gemar bekerja
                                           dalam satu pasukan. Sekiranya pelajar
                                           jenis ini diberikan satu projek untuk
                                           dilaksanakan, mereka lebih mudah
                                           memahami konsep yang berkaitan.


                        Reflective         Lebih suka memikirkan sesuatu perkara
                                           sedalam-dalamnya sebelum
                                           mencubanya. Kebiasaannya pelajar
                                           jenis ini suka bekerja bersendirian.



    Persepsi              Sensing          Lebih cenderung kepada memahami
                                           fakta-fakta dan data, bersifat lebih
                                           praktikal dan senang memahami sesuatu
                                           yang konkrit dan berkaitan dengan
                                           kehidupan harian. Pelajar jenis ini lebih
                                           memahami penerangan yang terperinci
                                           tetapi bukan yang mengelirukan dan
                                           selalunya sangat teliti dalam
                                           menyelesaikan masalah walaupun
                                           kadangkala agak lambat.
40



            Intuitive    Lebih cenderung kepada memahami
                         teori-teori, konsep-konsep dan formula-
                         formula, bersifat lebih inovatif,
                         imaginatif, suka kepelbagaian dalam
                         penyelesaian masalah. Pelajar jenis ini
                         cepat melakukan sesuatu tetapi agak
                         kerap melakukan kesilapan.


  Input      Visual      Lebih menggemari penyampaian bahan
                         pembelajaran dalam bentuk gambar,
                         rajah, carta aliran, graf dan lakaran.
                         Pelajar jenis ini lebih mengingati apa
                         yang dilihat daripada yang
                         didengarinya.


             Verbal      Lebih memahami sesuatu perkara
                         apabila disampaikan dalam bentuk
                         kuliah, penulisan teks dan formula
                         matematik.


Pemahaman   Sequential   Lebih cenderung belajar secara teratur
                         dan tersusun.



             Global      Lebih menggemari pembelajaran secara
                         holistik, keseluruhan dan pemikiran
                         secara bersistem.
41

2.4.2 Model Gaya Pembelajaran Honey & Mumford




         Menurut Honey & Mumford (1992b), istilah gaya pembelajaran digunakan
untuk menerangkan sikap dan tingkahlaku yang menentukan gaya pembelajaran
individu yang mengamalkannya. Honey & Mumford membahagikan gaya
pembelajaran pelajar kepada empat kumpulan iaitu Aktivis, Reflektif, Teoris dan
Pragmatis. Terdapat juga tahap-tahap peredaran proses pembelajaran seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.3.




            Rajah 2.3 :    Tahap-tahap Peredaran Proses Pembelajaran

                                        Tahap 1
                                  Menimba Pengalaman
                                       (Aktivis)



            Tahap 4
       Merancang Langkah                                             Tahap 2
           Seterusnya                                           Mengulas Pengalaman
          (Pragmatis)                                               (Reflektif)




                                         Tahap 3
                                  Membuat Kesimpulan
                                  Daripada Pengalaman
                                         (Teoris)



  i.     Aktivis


         Pelajar-pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini gemar mencari
         pengalaman baru. Mereka berfikiran terbuka dan amat ingin mengambil tahu
         tentang perkara-perkara yang baru. Mereka lebih suka terlibat dalam
42

       perbincangan seperti sumbangsaran atau sesi buzz. Falsafah mereka ialah
       “Saya sangat ingin mencubanya.”




 ii.   Reflektif


       Golongan pelajar ini belajar melalui pemerhatian dan berfikir terhadap apa
       yang telah berlaku. Mereka suka mengumpul dan menganalisis data serta
       berfikir dengan cermat sebelum membuat kesimpulan yang sesuai. Falsafah
       mereka adalah ‘Berhati-hati.”




iii.   Teoris


       Golongan pelajar ini belajar melalui model, konsep dan pernyataan. Mereka
       bersifat objektif iaitu melihat sesuatu idea dari semua sudut agar sesuatu
       situasi dapat dilihat dengan lebih jelas. Rumusan yang dibuat adalah
       berasaskan bukti, analisis data dan logik. Falsafah mereka ialah “Jika ia logik
       maka ia baik.”




iv.    Pragmatis


       Golongan pelajar ini bersifat praktikal. Mereka gemar mencuba idea, teori
       dan teknik untuk memastikan sama ada ia berguna dalam situasi sebenar.
       Mereka suka menggunakan alat-alat konkrit bagi menyelesaikan masalah.
       Falsafah mereka ialah “Cara yang lebih baik sentiasa wujud.”
43

2.4.3 Model Gaya Pembelajaran Kolb




          Menurut Kruzich (1986), Kolb telah mengemukakan gaya pembelajaran
melalui pengalaman yang mengandungi empat peringkat pengalaman iaitu:


1.    Pengalaman konkrit adalah individu yang belajar daripada pengalaman yang
      spesifik, berkait dengan orang lain dan sensitif terhadap perasaan orang lain.


2.    Pemerhatian reflektif adalah pembelajaran yang melibatkan pemerhatian teliti
      sebelum membuat keputusan, melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif
      dan melihat kepada makna sesuatu perkara.


3.    Konseptual abstrak adalah pembelajaran berdasarkan analisis logikal,
      perancangan yang sistematik dan pemahaman secara intelektual terhadap
      sesuatu situasi.


4.    Eksperimentasi aktif pula merujuk kepada kemampuan untuk melakukan
      sesuatu sehingga selesai, mengambil risiko, mempengaruhi orang lain dan
      bertindak terhadap sesuatu perkara.




      Daripada pengalaman pembelajaran tersebut, Kolb mengenalpasti empat gaya
belajar iaitu Konverger, Diverger, Akomodator dan Assimilator. Instrumen bagi
mengenalpasti pelajar dengan gaya belajar ini dikenali sebagai Kolb Learning Style
Inventory (KLSI) yang mengandungi 12 item soal selidik. Jadual 2.2 menunjukkan
ciri-ciri gaya pembelajaran Kolb yang telah diubahsuai (Shahabuddin Hashim
(2003).
44

                 Jadual 2.2 :    Gaya Pembelajaran Kolb

 Gaya Belajar                               Ciri-ciri
1) Konverger     •   Menerima maklumat yang bersifat abstrak dan rumit, serta
                     memprosesnya dengan cara melakukan percubaan.
                 •   Mencari hanya satu idea yang paling logik dan tepat dalam
                     menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh yang demikian, tidak
                     gemar menjana pelbagai idea.
                 •   Tidak bersifat emosi dan lebih gemar berhubung dengan
                     alat-alatan daripada orang ramai.
2) Diverger      •   Menerima maklumat yang nyata dan spesifik serta
                     membuat pemerhatian mendalam terhadap maklumat
                     tersebut sebelum membuat keputusan.
                 •   Berkebolehan menjana pelbagai idea.
                 •   Menggunakan pendekatan sosial dalam pembelajaran dan
                     sensitif dengan perasaan.
                 •   Berkebolehan berimaginasi.
3) Akomodator    •   Menerima maklumat yang bersifat nyata dan spesifik, serta
                     memprosesnya dengan cara melakukan percubaan.
                 •   Cenderung mencari pengalaman baru dan melakukan
                     pelbagai percubaan.
                 •   Gemar mengikut gerak hati dan belajar menggunakan
                     kaedah ‘cuba jaya’ dalam menyelesaikan sebarang masalah.
4) Assimilator   •   Menerima maklumat bersifat abstrak dan rumit, serta
                     memprosesnya dengan cara membuat pemerhatian yang
                     mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.
                 •   Kebolehan membuat model teoritikal.
                 •   Berkebolehan menggabungkan pelbagai idea bagi
                     membentuk suatu konsep.
45

2.4.4 Model Gaya Pembelajaran Slavin




          Mengikut Slavin dalam Mok Soon Sang (2003), gaya pembelajaran boleh
digolongkan dalam dua kategori yang dihuraikan seperti berikut:




1.        Gaya Pembelajaran Bergantung (Dependent Learning Style)


          Golongan pelajar ini mengutamakan bidang kognitif dalam semua pola dan
menerimanya secara keseluruhan.


Ciri-ciri gaya pembelajaran ini ialah


     i.   Mempersepsi sesuatu situasi atau pola secara menyeluruh.
  ii.     Menerima pendapat yang bersifat umum.
 iii.     Aktiviti pembelajaran berdasarkan motivasi ekstrinsik.
 iv.      Sensitif terhadap pandangan dan teguran orang lain.
  v.      Suka dibimbing oleh orang yang disanjungi.
 vi.      Tidak mempunyai inisiatif belajar dan terlalu bergantung kepada motivasi
          dan pengajaran guru.
vii.      Tidak boleh menentukan objektif pembelajaran diri sendiri.
viii.     Mempunyai sikap menurut perintah dan belajar apa yang diajar tanpa
          menyoal.


          Pelajar bergantung lebih suka belajar bersama dengan rakan sebaya dalam
kumpulan kecil. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk pelajar golongan
ini ialah kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan dan kaedah kumpulan.




2.        Gaya Pembelajaran Tidak Bergantung (Independent Learning Style)


          Golongan pelajar ini mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau
corak secara terperinci.
46

Ciri-ciri gaya pembelajaran tidak bergantung ialah :
   i.   Mengamati perkara secara analitik.
  ii.   Berminat menentukan objektif pembelajaran sendiri.
 iii.   Kurang sensitif terhadap pandangan dan teguran orang.
 iv.    Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat.
  v.    Mampu menguruskan pembelajaran sendiri.
 vi.    Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
vii.    Belajar dengan inisiatif sendiri.




           Golongan pelajar yang tidak bergantung lebih suka belajar dan berfikir
masalah diri sendiri. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk golongan
pelajar ini ialah kaedah uji kaji, kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah penyelesaian
masalah.




2.4.5 Model Gaya Pembelajaran Entwistle




        Model gaya pembelajaran Entwistle (1998), bukan sahaja menganalisis
proses pembelajaran malah mengutamakan orientasi pelajar terhadap pembelajaran.
Entwistle telah mengkaji tumpuan pelajar dalam pembelajaran dan gaya yang
diamalkan oleh para pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran. Gaya
pembelajaran Entwistle dikategorikan kepada tiga konsep utama iaitu pendekatan
berorientasikan pemahaman secara mendalam (deep approach), pendekatan
berorientasikan reproduktif atau secara permukaan (surface approach) dan
pendekatan strategik (strategic approach) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.3.
47

                     Jadual 2.3 :   Gaya Belajar Entwistle
Gaya Belajar                            Ciri-ciri
                                          •   Melibatkan empat sub-skala iaitu
1) Pendekatan Berorientasikan                 kemahiran untuk memahami sesuatu
  Pemahaman Secara Mendalam (Deep             makna dengan lebih mendalam,
  Approach)                                   menghubungkaitkan sesuatu idea,
                                              menggunakan segala fakta dan bukti
                                              yang diperolehi serta berminat
                                              terhadap idea-idea yang telah
                                              dipelajari (Entwistle, Tait &
                                              McCune, 2000).
                                          •   Melibatkan pelajar yang
                                              mempunyai keinginan intrinsik
                                              untuk belajar dan
                                              menghubungkaitkan bahan-bahan
                                              baru dalam kehidupannya.
                                          •   Pelajar kecenderungan untuk
                                              menerima sesuatu yang lebih
                                              mendalam dalam pembelajaran.
48

                                       •   Terdapat empat sub-skala bagi
2) Pendekatan Berorientasikan              elemen ini iaitu kurang keazaman
   Reproduktif atau secara Permukaan       untuk bertindak, tiada perkaitan
   (Surface Approach)                      dalam mengingat, batasan silibus
                                           dan ketakuatan dalam menghadapi
                                           kegagalan (Entwistle, Tait &
                                           McCune, 2000).
                                       •   Melibatkan pelajar yang
                                           berkecenderungan terhadap
                                           pembelajaran secara permukaan
                                           sahaja.
                                       •   Pelajar hanya akan mengingat fakta
                                           tetapi mungkin tidak mampu untuk
                                           menggabungkan fakta baru dengan
                                           bidang pengetahuan yang lebih luas.
                                       •   Pelajar ini juga mempunyai
                                           keinginan ekstrinsik untuk belajar.

                                       •   Terdapat lima sub-skala iaitu
3) Pendekatan Strategik (Strategic         pembelajaran yang teratur,
   Approach)                               pengurusan masa, peka terhadap
                                           keperluan penilaian, pencapaian dan
                                           pengawalan efektif (Entwistle, Tait
                                           & McCune, 2000).
                                       •   Melibatkan pelajr yang sanggup
                                           melakukan apa sahaja untuk
                                           mendapatkan gred kelulusan yang
                                           cemerlang.
49

2.4.6 Model Gaya Pembelajaran Grasha-Riechman




        Menurut Wong Chai Ling (2006), Model Grasha-Riechmann telah dibentuk
untuk menentukan gaya pembelajaran pelajar kolej di dalam kelas. Menurut Grasha
(1996) dalam Wong Chai Ling (2006), skala gaya pembelajaran pelajar Grasha-
Riechman adalah ideal daripada beberapa segi iaitu instrumen ini dibentuk untuk
menilai gaya pembelajaran pelajar kolej dan universiti, ia adalah fokus kepada cara
pelajar berinteraksi dengan pengajar dan pelajar lain, ia menggalakkan penyediaan
dan pembelajaran yang dapat membantu fakulti mereka memilih kursus yang sesuai
dan memenuhi keperluan pelajar dan dengan instrumen ini, pelajar boleh memiliki
keenam-enam gaya pembelajaran dalam had yang banyak atau kurang kerana
pengelasan sistem ini dapat menghalang gaya pembelajaran yang berulang dan
menyediakan insentif untuk penggunaan gaya pembelajaran optimum. Enam sifat
daripada Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann (GRSLSS) adalah
seperti berikut:


1.     Berdikari
Ciri-ciri      : Seseorang pelajar gemar menyiapkan tugas secara bersendirian dan
                   menerima arahan daripada guru pada tahap yang minima.
Kebaikan       : Membina kemahiran seperti inisiatif kendiri dan pembelajaran
kendiri.
Kelemahan      : i) Menjadi seorang yang sentiasa kekurangan dalam kemahiran
                      kolaboratif.
                   ii) Gagal mendapat nasihat daripada orang lain atau mendapat
                      bantuan apabila diperlukan.


2.     Penghindaran
Ciri-ciri      : i) Pelajar berkecenderungan mendapat gred yang rendah dan
                     mempunyai ketidakhadiran ke kuliah yang tinggi.
                   ii) Mereka adalah lemah dalam menguruskan tugasan mereka dan
                      lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka.
Kebaikan       : Berkebolehan untuk mengelakkan tekanan dan kebimbangan dalam
50

                mengambil langkah yang serius untuk mengubah cara hidup
                mereka.
Kelemahan     : i) Hasil kerja menurun.
                ii) Mengelakkan mereka daripada menentukan matlamat yang
                      produktif.


3.     Kolaboratif
Ciri-ciri     : Pelajar seronok untuk berkongsi idea ketika bekerja dalam
              kumpulan.
Kelebihan     : Mengembangkan teknik untuk bekerja dan belajar dalam kumpulan.
Kelemahan     : Terlalu bergantung kepada orang lain dan selalu tidak
              berkemampuan untuk membuat kerja.


4.     Pergantungan
Ciri-Ciri     : Pelajar akan berasa hampa apabila menghadapi cabaran kerana
              mereka amat bergantung kepada tutor untuk memberikan arahan
              untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
Kelebihan     : Membantu merka dalam menguruskan kebimbangan dan mendapat
                arahan yang jelas.
Kelemahan     : Sukar membentuk kemahiran kendiri dan kemahiran pembelajaran.


5.     Persaingan
Ciri-ciri     : Pelajar akan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan
              ganjaran, pengiktirafan dan kesangsiaan juga timbul dikalangan
              pelajar dalam kumpulan yang sama.
Kelebihan     : Memotivasi pelajar untuk mengekalkan prestasi dan menentukan
              hala tuju dalam pembelajaran.
Kelemahan     : Gaya ini menyukarkan pelajar menghargai serta mempelajari teknik
                kolaboratif.


6.     Penyertaan
Ciri-ciri     : i) Pelajar lebih bertanggungjawab keatas pembelajaran mereka dan
                     mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang lain.
                ii) Mereka menyiapkan semua tugasan yang diberikan dengan sikap
51

                       yang positif.
                iii) Mereka adalah golongan yang aktif dalam aktiviti kelas kerana ia
                       adalah sangat bernilai dan menarik.
Kelebihan      : Mendapat pengalaman dalam setiap pembelajaran kelas yang
               diikuti.
Kelemahan      : Melakukan sesuatu yang terlalu atau meletakkan keperluan orang
               lain melebihi diri sendiri.




2.5    Kajian-kajian Lepas




       Kajian-kajian literatur ini telah dikumpulkan melalui kajian-kajian yang telah
dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang sebelumnya.




2.5.1 Kajian-kajian Mengenalpasti Tahap Gaya-gaya Pembelajaran




       Rosati (1999) telah membuat satu kajian penyelidikan gaya pembelajaran
terhadap 868 orang siswazah Kejuruteraan di University Of Western Ontario (UWO)
yang terdiri daripada 692 orang lelaki dan 176 orang perempuan dengan
menggunakan set soal selidik Felders Index Of Learning Styles. Beliau mendapati
69% pelajar mempunyai gaya pembelajaran Active, 59% pelajar bersifat Sensing,
89% pelajar berkecenderungan kepada gaya pembelajaran Visual dan 67% pula
bersifat Sequential.




       Felder, R.M. (2000) telah menggunakan Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)
untuk menguji gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan kimia seramai 116 orang di
52

North Carolina State University dimana gaya pembelajaran active dan cooperative
learning dan inductive presentation diberi tumpuan. Kajian juga mendapati
penggunaan alat ujian MBTI adalah sangat berguna dalam membantu pendidik
kejuruteraan dan penasihat akademik pelajar untuk memahami gaya pembelajaran
pelajar mereka dan menjalankan proses pengajaran yang berkesan kepada pelajar.




       Kajian oleh Hyeok Kang (1999) telah dijalankan untuk menentukan gaya
pembelajaran 306 penuntut Korea dari dua buah Sekolah Tinggi di Seoul, Korea.
Kajian ini mengikut kajian Reid (1987) dalam mengkaji gaya pembelajaran penuntut
ESL di Amerika Syarikat. Kajian Reid mencari maklumat mengenai empat gaya
pembelajaran yang asas iaitu visual, auditori, kinestetik dan ‘tactile’ dan juga
pemilihan cara belajar individu atau kelompok. Secara keseluruhannya, penuntut
Korea ini mengamalkan gaya pembelajaran auditori, kinestetik dan cara belajar
individu sebagai gaya pembelajaran utama. Visual, ‘tactile’ dan cara belajar
berkelompok merupakan gaya pembelajaran yang kedua atau minor.




       Hamzah Bin Nun (1999) pula telah menjalankan kajian katas 297 orang
pelajar dari lima buah fakulti di UTM, Skudai iaitu Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains
Komputer dan Sistem Maklumat, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli,
Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan menggunakan set
soal selidik Honey dan Mumford (1992). Dapatan kajian menunjukkan terdapat
sebilangan besar responden di UTM, Skudai mempunyai gaya pembelajaran
Reflector (134 orang, 45.1%) dan gaya pembelajaran sampingan sebagai Aktivist
(105 orang, 35.4%). Sebilangan kecil responden mempunyai gaya pembelajaran
Teorist (41 orang, 13.8%) diikuti oleh gaya pembelajaran Pragmatist (17 orang,
5.7%). Di Fakulti Pendidikan pula, daripada jumlah sampel 60 orang, terdapat
seramai 27 (45.0%) orang pelajar mempunyai gaya pembelajaran Reflector, 21
(35.0%) orang Activist, 8 (13.3%) orang Theorist dan 4 (6.9%) orang Pragmatist.


       Kajian oleh Hii Siong Ting (2006) keatas 146 orang pelajar Sains Tahun 5,
Fakulti Pendidikan, UTM dengan menggunakan set soal selidik Dunn dan Dunn
(1978), mendapati pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap elemen
53

gaya pembelajaran cahaya, suhu, motivasi sendiri, rakan sebaya, pelbagai cara dan
sub elemen yang terdiri daripada visual, kinestetik, auditori, masa pagi dan masa
malam. Hasil kajian menunjukkan kecekalan pelajar berada pada tahap yang rendah.




       Kajian Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga buah madrasah di
Singapura (Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-Irsyad
Al Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Silverman Index of Learning
Styles menunjukkan secara amnya, didapati ramai pelajar menggunakan gaya
pembelajaran Visual (152 orang pelajar) berbanding dengan gaya-gaya pembelajaran
yang lain. Secara khususnya, ramai pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Active
berbanding Reflective, Sensing berbanding Intuitive, Visual berbanding Verbal dan
Sequential berbanding Global.




2.5.2 Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari Segi Jantina




       Kajian Hyeok Kang (1999) ke atas penuntut Korea di dua buah Sekolah
Tinggi di Seoul, Korea menunjukkan penuntut lelaki dan perempuan secara
keseluruhannya kurang mengamalkan gaya pembelajaran berkelompok tetapi paling
banyak mengamalkan gaya pembelajaran kinestetik. Penuntut lelaki memilih gaya
pembelajaran ‘tactile sebagai minor stail manakala penuntut perempuan pula
memilih gaya pembelajaran ‘tactile’ sebagai major stail. Penuntut perempuan lebih
banyak mengamalkan gaya pembelajaran kinestetik, ‘tactile dan cara belajar individu
daripada penuntut lelaki. Min gaya pembelajaran visual, autitori, dan cara belajar
berkelompok yang dipilih oleh penuntut lelaki adalah lebih tinggi daripada min gaya
pembelajaran yang dipilih oleh penuntut perempuan.
54

       Berdasarkan kajian Hamzah Nun (1999) ke atas pelajar dari lima buah fakulti
(Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Fakulti
Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal) UTM, Skudai yang menggunakan set soal selidik Honey dan Mumford
(1992), tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran
mengikut jantina. Berdasarkan ujian t yang dijalankan, didapati bahawa nilai
t = -0.213, p<0.831. Maka pengkaji mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar
lelaki dengan gaya pembelajaran pelajar perempuan tidak menunjukkan perbezaan
yang signifikan. Keputusan ini menerangkan bahawa faktor jantina tidak
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar.




       Dapatan kajian Dunn dan Dunn serta Price (Dunn, 1984) adalah berbeza
dengan dapatan kajian Hamzah Nun. Dunn dan Dunn serta Price telah menjalankan
kajian keatas pelajar yang dikategorikan berdasarkan kecenderungan gaya
pembelajaran mereka dengan menggunakan Learning Style Inventory (ILS). Kajian
menunjukkan terdapat kaitan yang signifikan di antara gaya pembelajaran
berdasarkan jantina. Pelajar lelaki cenderung belajar dalam suhu persekitaran yang
sejuk, dalam keadaan yang tidak formal, belajar bersama rakan sebaya serta
memerlukan struktur untuk belajar dengan cara yang pelbagai. Bagi pelajar
perempuan pula, mereka cenderung belajar dalam keadaan yang tidak formal tetapi ia
tidak berkait dengan orientasi rakan sebaya, pengambilan makanan dan pergerakkan.




       Dapatan kajian Hii Siong Ting (2006) yang menggunakan soal selidik Dunn
dan Dunn (1978) juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara
gaya pembelajaran pelajar lelaki dengan pelajar perempuan bagi elemen bunyi dan
elemen motivasi.




       Kajian Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga buah madrasah di
Singapura (Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-Irsyad
Al Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Silverman Index of Learning
Styles menunjukkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan lebih cenderung memiliki
55

gaya pembelajaran Active (46.5% dan 49.6%), Sensing (47.5% dan 46.1%), Visual
(73.3% dan 67.9%) dan Sequential (34.7% dan 46.0%).




         Rosati (1999) mendapati bahawa pelajar perempuan adalah bersifat kurang
Active, kurang Sensing, kurang Visual serta lebih Sequential berbanding dengan
pelajar lelaki. Pelajar perempuan dikatakan lebih berhati-hati daripada pelajar lelaki
semasa pertama kali membaca arahan sebelum mencuba sesuatu perkara.
Sebaliknya, pelajar lelaki lebih suka untuk mencuba sesuatu daripada berfikir dahulu.
Pelajar perempuan juga lebih fasih dalam kedua-dua percakapan dan penulisan.
Tambahan pula, mereka lebih tersusun dalam menyelesaikan sesuatu masalah.




2.5.3 Kajian Hubungan Tahap Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian
         Akademik




         Gred bacaan yang lebih baik dan amat memuaskan dapat dihasilkan apabila
pelajar itu mempunyai gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan jiwa mereka.
Tetapi sebaliknya, jika seseorang pelajar itu tidak dapat menyesuaikan gaya
pembelajaran yang mereka amalkan, maka keputusan pencapaiannya akan menurun
dan tidak memuaskan (Shea, 1983). Shea telah menjalankan kajian ke atas 320
orang pelajar universiti menyatakan bahawa apabila pelajar bertemu dengan gaya
pembelajaran yang sesuai dengan mereka maka mereka akan mencatatkan
pencapaian akademik yang lebih tinggi. Sebaliknya, pelajar yang tidak bertemu
dengan gaya pembelajaran yang sesuai dengan akan mencatatkan pencapaian yang
rendah. Oleh itu, adalah amat penting untuk mengamalkan gaya pembelajaran yang
sesuai. Golongan pelajar yang berpencapaian tinggi tidak semestinya mempunyai
cara belajar yang baik. Mereka berjaya mungkin kerana kecerdasan otak mereka,
daya usaha yang agak berlebihan dan tumpuan masa yang brlebihan (Mohd Yunus,
1990).
56

       Amilia (1997) telah menjalankan satu kajian mengenai stail pembelajaran di
kalangan pelajar-pelajar SPH di UTM, kampus Skudai dan kaitannya dengan
peperiksaan semester. Seramai 100 orang pelajar tahun 4 dan 5 telah dipilih sebagai
responden kajian ini. Stail pembelajaran telah diukur dengan menggunakan stail
yang dikemukakan oleh Warren (1974) iaitu stail pembelajaran ‘bekerjasama’,
‘berdikari’, ‘bergantung’, ‘menyertai’, ‘bertanding’ dan ‘mengelak’. Dapatan kajian
menunjukkan stail pembelajaran pelajar tidak mempunyai perhubungan dengan
keputusan peperiksaan semester.




       Dapatan kajian ini adalah sama dengan dapatan kajian Hamzah Nun (1999)
keatas pelajar dari lima buah fakulti (Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains Komputer dan
Sistem Maklumat, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Fakulti Pendidikan
dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) UTM, Skudai yang menggunakan set soal
selidik Honey dan Mumford (1992). Didapati bahawa nilai ujian Anova bagi
menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran
pelajar dengan CPA semasa ialah F (3.289) = 0.536, p<0.585. Keputusan ini
menunjukkan bahawa gaya pembelajaran antara pelajar yang memperolehi CPA
rendah, sederhana, tinggi dan cemerlang tidak menunjukkan perbezaan yang
signifikan. Maka, daripada analisis tesebut didapati bahawa gaya pembelajaran tidak
dipengaruhi oleh CPA semasa.




       Dunn (1979) membuat kajian keatas 100 orang pelajar kolej yang diajar
dengan gaya pembelajaran yang sesuai. Beliau mendapati pelajar-pelajar tersebut
menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam ujian dan pengetahuan tentang
fakta berbanding dengan pelajar yang tidak diberi pendedahan tentang gaya
pembelajaran. Oleh itu, ini pula menunjukkan bahawa gaya pembelajaran
mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Hasil kajian Hii
Siong Ting (2006) yang menggunakan soal selidik Dunn dan Dunn (1978) juga
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar
bagi elemen kecekalan berdasarkan tahap pencapaian akademik iaitu CPA tetapi
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar bagi
57

elemen-elemen lain dalam kategori persekitaran dan kategori emosional berdasarkan
pencapaian akademik iaitu CPA.




          Kajian Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga buah madrasah di
Singapura (Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-Irsyad
Al Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Solomon Index of Learning
Styles mendapati secara keseluruhannya, tiada perbezaan yang signifikan terhadap
gaya pembelajaran pelajar-pelajar yang cemerlang dan sederhana ataupun yang
rendah.




          Sureshkumar (2005) telah menjalankan satu kajian menggunakan soal selidik
Reid (1984) di UTM dengan mengambil 45 responden yang merupakan pelajar-
pelajar tahun dua kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal) yang telah mengambil matapelajaran Teknologi Pengeluaran Asas
semasa di tahun satu iaitu pada sesi 2003/2004. Melalui analisis kajian inferensi
dengan menggunakan ujian korelasi pearson, didapati bahawa hanya terdapat
hubungan atau kaitan diantara gaya pembelajaran kinestetik (nilai pekali korelasi
yang diperoleh adalah 0.404) dan gaya pembelajaran kecekatan tangan (nilai pekali
korelasi yang diperoleh adalah 0.334) dengan pencapaian akademik




          Menurut Siti Hawa (1988), dalam satu kajian yang telah dijalankan di
Amerika Syarikat, pelajar-pelajar telah ditanya sebab-sebab mereka lulus dalam
peperiksaan. Salah satu sebab yang telah dikenalpasti ialah kebiasaan belajar.
Contoh telah menunjukkan peratus pelajar lulus disebabkan kebiasaan belajar adalah
33% serta peratus pelajar gagal kerana kurang keberkesanan belajar ialah 25%.
58

2.6    Kesimpulan




       Dalam bab ini, penyelidik telah membincangkan kajian-kajian yang telah
dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain tentang hubungan di antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian akademik. Daripada kajian-kajian ini, walaupun terdapat kajian
yang mengatakan gaya pembelajaran tidak mempengaruhi pencapaian akademik
namun gaya pembelajaran sebenarnya memainkan peranan penting dalam mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar yang tidak mengetahui cara
yang betul untuk menimba ilmu pengetahuan seperti cara mengambil nota, cara
pengagihan masa dan cara belajar yang betul dan sebagainya akan menghadapi
masalah pembelajaran. Oleh itu, pengamalan gaya belajar yang sesuai dan berkesan
adalah amat penting untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang.
BAB III




                                  METODOLOGI




3.0    Pengenalan




       Bab ini akan membincangkan mengenai kaedah yang digunakan dalam kajian
ini untuk mendapatkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Antara aspek-
aspek yang dibincangkan ialah rekabentuk kajian, tempat kajian, sampel kajian,
instrumen kajian, prosedur mengumpul data kajian dan penganalisisan data.




3.1    Rekabentuk Kajian




       Menurut Mohd. Najib (2003), kaedah tinjauan adalah satu kaedah yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lintas lalu melalui sekali kutipan
data yang selalunya melalui soal selidik.
60

       Kaedah tinjauan secara soal selidik telah digunakan dalam kajian ini sebagai
alat utama bagi mengumpul data secara kuantitatif. Soal selidik digunakan untuk
mengukur ciri-ciri atau pembolehubah daripada saiz sampel yang banyak (Mohd.
Majid, 1993). Kaedah ini lebih praktikal digunakan berbanding dengan kaedah
temubual kerana bilangan sampel kajian adalah besar, maka teknik temubual tidak
begitu sesuai untuk digunakan. Kajian ini juga merupakan kajian korelasi. Menurut
Mohd. Najib (1999), kajian korelasi melihat atau mengukur hubungkait antara dua
pembolehubah. Ia menerangkan kekuatan kaitan dan juga sama ada ia signifikan
atau tidak. Kajian ini meninjau Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian
Akademik Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama,
UTM, Skudai, Johor.




       Kaedah tinjauan ini digunakan untuk meninjau beberapa aspek pelajar-pelajar
seperti demografi pelajar, pencapaian akademik pelajar serta gaya pembelajaran yang
digunakan oleh pelajar dari setiap program pengajian (SPA, SPC, SPE, SPF, SPH,
SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT).




3.2    Tempat Kajian




       Tempat kajian yang dipilih ialah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidik memilih kesemua 14 program pengajian
Sarjana Muda yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan iaitu SPA, SPC, SPE, SPF,
SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT.
61

3.3    Populasi dan Sampel Kajian




       Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan
tahun pertama, UTM, Skudai, Johor dari setiap program pengajian (SPA, SPC, SPE,
SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT). Jumlah populasi
adalah seramai 369 orang pelajar. Sementara itu, dalam penentuan responden, kajian
ini menggunakan persampelan rawak berlapis bagi menentukan bilangan sampel bagi
setiap program pengajian. Persampelan rawak berlapis digunakan untuk memastikan
tidak berlaku bias dalam pemilihan sampel dan setiap sampel dari populasi kajian
mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel kajian dan
membolehkan ciri-ciri keseluruhan populasi dapat diwakili.




       Penyelidik merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan
oleh Krejcie & Morgan (1970) untuk mendapatkan jumlah sampel yang diperlukan
bagi kajian ini kerana Krejcie & Morgan (1970) mempunyai aras keyakinan
sebanyak 95%. Berasaskan pada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan
(1970), sejumlah 296 orang pelajar daripada 369 orang pelajar telah dipilih untuk
dijadikan sampel kajian.
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti
Bahan kreativiti

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Tajuk 1 konsep pengajaran &amp; pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran &amp; pembelajaran tambTajuk 1 konsep pengajaran &amp; pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran &amp; pembelajaran tambHashimah68
 
Pengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul Azreen
Pengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul AzreenPengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul Azreen
Pengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul AzreenNURUL AZREEN
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiHELMIZAM
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanIzzi Farah
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordNur Leana Burn
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanRosemini Salam
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitiffiro HAR
 
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptx
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptxBab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptx
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptxzuraidanasri
 
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniKaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniAisyah Zainudin
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahChe' Wan Azhar Shariffudin
 
Proposal kajian sejaraht6 2014
Proposal kajian sejaraht6 2014Proposal kajian sejaraht6 2014
Proposal kajian sejaraht6 2014hanizah hassan
 
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahanLaporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahanendinn
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanHayatuNMustapHa
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridAsyikin4996
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]Mohd Ridzuan
 

Was ist angesagt? (20)

Tajuk 1 konsep pengajaran &amp; pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran &amp; pembelajaran tambTajuk 1 konsep pengajaran &amp; pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran &amp; pembelajaran tamb
 
Pengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul Azreen
Pengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul AzreenPengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul Azreen
Pengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul Azreen
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
 
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptx
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptxBab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptx
Bab8 strategi mengurus bd dan komunikasi.pptx
 
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniKaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
 
Soalan erc431
Soalan erc431Soalan erc431
Soalan erc431
 
Proposal kajian sejaraht6 2014
Proposal kajian sejaraht6 2014Proposal kajian sejaraht6 2014
Proposal kajian sejaraht6 2014
 
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahanLaporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatan
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan murid
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]
 

Andere mochten auch

Proses perkembangan inovasi
Proses perkembangan inovasiProses perkembangan inovasi
Proses perkembangan inovasiRia Arini
 
71881 gaya pembelajaran-libre
71881 gaya pembelajaran-libre71881 gaya pembelajaran-libre
71881 gaya pembelajaran-libreNorlela Abdrahman
 
VAK dengan pemahaman konsep
VAK dengan pemahaman konsepVAK dengan pemahaman konsep
VAK dengan pemahaman konsepvintrong
 
Tingkatan 2 gaya belajar
Tingkatan 2 gaya belajarTingkatan 2 gaya belajar
Tingkatan 2 gaya belajarHafarah Adam
 
Pengamatan Taktil
Pengamatan TaktilPengamatan Taktil
Pengamatan TaktilRuth Yee
 
Teori prkembangan
Teori prkembanganTeori prkembangan
Teori prkembanganChem Mil
 
Honey & Mumford handout 1
Honey & Mumford handout 1Honey & Mumford handout 1
Honey & Mumford handout 1Cairo Okba
 
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKANASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKANLinda Salleh
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03Rafiza Diy
 
Gaya pembelajaran vak
Gaya  pembelajaran  vakGaya  pembelajaran  vak
Gaya pembelajaran vakHas Mira
 
06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depan06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depanAdzmir Nasir
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Honey Mumford learning styles
Honey Mumford learning stylesHoney Mumford learning styles
Honey Mumford learning stylesZef Neemuchwala
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARIAA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARIAs Nuurien Najma
 

Andere mochten auch (20)

Proses perkembangan inovasi
Proses perkembangan inovasiProses perkembangan inovasi
Proses perkembangan inovasi
 
71881 gaya pembelajaran-libre
71881 gaya pembelajaran-libre71881 gaya pembelajaran-libre
71881 gaya pembelajaran-libre
 
Laporan pbs
Laporan pbsLaporan pbs
Laporan pbs
 
VAK dengan pemahaman konsep
VAK dengan pemahaman konsepVAK dengan pemahaman konsep
VAK dengan pemahaman konsep
 
Tingkatan 2 gaya belajar
Tingkatan 2 gaya belajarTingkatan 2 gaya belajar
Tingkatan 2 gaya belajar
 
Pengamatan Taktil
Pengamatan TaktilPengamatan Taktil
Pengamatan Taktil
 
Honey and mumford
Honey and mumfordHoney and mumford
Honey and mumford
 
Teori prkembangan
Teori prkembanganTeori prkembangan
Teori prkembangan
 
Honey & Mumford handout 1
Honey & Mumford handout 1Honey & Mumford handout 1
Honey & Mumford handout 1
 
Anc2
Anc2Anc2
Anc2
 
Laporan pbs
Laporan pbsLaporan pbs
Laporan pbs
 
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKANASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
 
Gaya pembelajaran vak
Gaya  pembelajaran  vakGaya  pembelajaran  vak
Gaya pembelajaran vak
 
06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depan06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depan
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Honey Mumford learning styles
Honey Mumford learning stylesHoney Mumford learning styles
Honey Mumford learning styles
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Model shulman
Model shulmanModel shulman
Model shulman
 
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARIAA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
 

Ähnlich wie Bahan kreativiti

Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpkTham Mee
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakanguest410d715
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learningliaw5
 
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraanFalsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraanMohd Noramdzan
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...Hamidah Budi
 

Ähnlich wie Bahan kreativiti (20)

Bookchapter fp06
Bookchapter fp06Bookchapter fp06
Bookchapter fp06
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpk
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraanFalsafah pengajaran saya asas kejuteraan
Falsafah pengajaran saya asas kejuteraan
 
Jigsaw
JigsawJigsaw
Jigsaw
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
Slide kps
Slide kpsSlide kps
Slide kps
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 
Phototalk
PhototalkPhototalk
Phototalk
 
Pengurusan
PengurusanPengurusan
Pengurusan
 
Assignment EDU3083
Assignment EDU3083Assignment EDU3083
Assignment EDU3083
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
 

Bahan kreativiti

  • 1. HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK : TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN PERTAMA, UTM, SKUDAI, JOHOR. ZUBAIDAH BEGAM BINTI MOHAMED ZAKARIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • 2. PSZ 19:16 9 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪ JUDUL: HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK :TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN PERTAMA, UTM, SKUDAI, JOHOR. SESI PENGAJIAN : 2006/2007 Saya: ZUBAIDAH BEGAM BINTI MOHAMED ZAKARIA mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ . Badan di mana penyelidikan dijalankan √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ ____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. MADYA SYED MOHD SHAFEQ BIN SYED MANSOR Alamat Tetap : 34, JALAN LIM YEW LEONG, AL HABSHI 83000 BATU PAHAT, Nama Penyelia JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh : 13 APRIL 2007 Tarikh : 13 APRIL 2007 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
  • 3. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling).” Tandatangan : ........................................................................... Nama Penyelia : PROF. MADYA SYED MOHD SHAFEQ BIN SYED MANSOR AL HABSHI Tarikh : ..........................................................................
  • 4. BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Potensi individu boleh dikembangkan dengan ilmu selaras dengan pesanan Rasulullah S.A.W kepada umatnya iaitu “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Ilmu diperolehi apabila seseorang itu belajar dan berinteraksi dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber samada secara langsung (pusat pendidikan) ataupun tidak langsung. Gaya bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau cara pembelajarannya. Gaya pembelajaran (learning styles) juga merujuk kepada cara interaksi individu dengan sistem maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan menganalisa maklumat tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan. Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri yang berbeza secara individu seperti mana cap ibu jari (Gremli, 1996). Gaya pembelajaran merupakan satu konsep yang paling penting dan perlu diberi tumpuan dalam aspek pendidikan di sekolah kerana ia merupakan faktor utama membentuk seseorang individu.
  • 5. 2 Pelajar merupakan seseorang individu yang unik dan berbeza di antara satu sama lain walaupun mereka berada dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan individu ini merangkumi dari aspek pemikiran, tindakbalas, minat, kecenderungan, pencapaian dan pemahaman. Justeru, pelajar-pelajar ini mempunyai gaya yang tersendiri untuk menerima dan bertindakbalas serta menggunakan rangsangan dalam proses pembelajaran. Pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah dengan menurut tanggapan subjektif mereka terhadap kehendak pengajar atau konteks pembelajarannya. Pada pandangan para penyelidik, pengajar atau pendidik merupakan penggerak utama kepada pembelajaran para pelajar. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah suatu yang kompleks dan jarang sekali orang mempersoalkan bagaimana isi pelajaran dipindahkan dari pengetahuan guru kepada isi pengetahuan pengajaran. Di sekolah, para pelajar membentuk gaya pembelajaran tersendiri serta berinteraksi dengan maklumat dengan bantuan guru yang juga mempunyai gaya pengajaran tersendiri. Guru-guru selalu mengandaikan mereka hanya bertanggungjawab tentang subjek yang diajar tanpa menghiraukan proses kognitif pelajar tersebut (Subahan,T.,1996). Oleh itu, peranan guru tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan kaedah pengajaran yang bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar-pelajar (Dunn&Dunn, 1978). Mengikut Honey & Mumford (1992a), proses pembelajaran berlandaskan kepada menimba ilmu pengetahuan dan ia merupakan sepanjang hayat dan dalam proses pembelajaran tersebut pula beberapa kecenderungan yang dimiliki dan diamalkan oleh seseorang pelajar. Kecenderungan yang dimaksudkan itu ialah mengimbas kembali, membuat kesimpulan, mempelajari sesuatu berdasarkan pengalaman dan membuat implementasi.
  • 6. 3 Shea (1994) menyatakan pembelajaran ialah proses mental atau fizikal yang membawa perubahan dalam tingkah laku. Beliau berpendapat kebijaksanaan bukan sesuatu elemen statik tetapi adalah suatu sistem yang dinamik dan terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang hayat. Kebanyakkan proses pembelajaran yang signifikan adalah dari apa yang telah kita lakukan iaitu melalui tindakan dan pemerhatian. Gremli (1996) pula menyatakan bahawa gaya pembelajaran melibatkan aspek-aspek personaliti, pemprosesan maklumat, interaksi sosial, kecenderungan terhadap garis panduan, tumpuan perhatian terhadap sesuatu yang baru, unik dan terdapatnya kelainan dalam diri individu. Gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan diri seseorang individu adalah salah satu penentuan kearah kecekapan dan kebolehan mengasimilasikan ilmu yang dipelajari dengan cemerlang dan berkesan. Objektif utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah keberkesanan dan kecekapan seseorang melalui proses pembelajaran dalam kelas. Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Chambers, 1991). Chambers berpendapat bahawa pelajar harus menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang akademik. Hal ini kerana cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik. Sebagai tambahannya, Dunn & Dunn (1979) menyatakan bahawa apabila kaedah, sumber dan program dipadankan dengan sifat- sifat gaya pembelajaran pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat. Sebaliknya, jika padanan di antara pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai, maka pencapaian akademik dan sikap juga turut merosot. Prestasi akademik yang cemerlang merupakan penentuan pemahaman seseorang terhadap proses pembelajaran. Secara tidak langsung, pencapaian ini akan menentukan masa depan yang lebih gemilang. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat tersebut, suasana pembelajaran yang kondusif adalah amat penting. Masyarakat
  • 7. 4 sekarang begitu menitikberatkan pencapaian akademik kerana keputusan akademik yang cemerlang menjadi kayu pengukur kepada kerjaya masa depan seseorang pelajar (Amina Noor, 1999). Menurut Griggs (1991), penggunaan gaya pembelajaran yang betul adalah amat penting untuk meningkatkan keputusan akademik. Pencapaian ini yang akan membuktikan sejauhmana gaya pembelajaran seseorang pelajar berkesan atau tidak. Peningkatan dan penurunan pencapaian akademik pelajar sebenarnya sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 1.1 Latar Belakang Masalah Pelajar universiti memerlukan kemahiran pembelajaran yang betul untuk mendapat keputusan yang cemerlang sebelum keluar bekerja. Menurut Bloom (1956), sistem pembelajaran di universiti lebih membebankan dari segi aras kesukaran kerana ia akan mempelajari sesuatu ilmu dengan lebih mendalam dan teliti (Abu Hassan, 2001 dalam Soon Mey Che, 2004). Dengan kata lain, hanya dengan mengamalkan gaya pembelajaran yang betul dan bersistematik baru dapat menjamin kejayaan yang cemerlang. Walaupun begitu banyak pentakrifan yang telah diberikan, persoalan disini ialah bagaimanakah kita dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk seseorang individu dan seterusnya membolehkan seseorang itu mengeksploitasi gaya pembelajaran tersebut ke arah kaedah pembelajaran yang lebih berkesan dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran? Seseorang pelajar di UTM haruslah mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya bagi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan mengelakkan daripada tersenarai dalam kategori Pelajar Kedudukan Bersyarat (KS) dan Kedudukan Gagal (KG). Kategori KS adalah diantara PNGK 1.70 – 2.00 dan Kategori KG pula ialah dibawah PNGK 1.70. Seseorang pelajar haruslah berusaha untuk mencapai
  • 8. 5 Kedudukan Baik (KB) dan mendapat PNGK lebih 2.00 dalam peperiksaan (Peraturan Akademik). Pengajian tahun pertama dalam universiti boleh dianggap sebagai tahun peralihan di antara alam sekolah rendah ke universiti. Alam persekolahan di universiti memerlukan kesungguhan, kerajinan serta gaya pembelajaran yang bersistematik bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik di peringkat universiti. Kecemerlangan amat penting dan sangat diidam-idamkan oleh setiap manusia. Pada hakikatnya, tidak ada perbezaan di antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal. Yang membezakan di antara kedua-dua golongan ini ialah tahap kenalan diri. Felder (1996) dalam kertas kerjanya, Matters of Style, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dari segi kekuatan pendirian dan keutamaan dalam menerima dan memproses maklumat. Ada pelajar yang lebih suka kepada fakta, data dan algoritma, manakala ada pelajar yang suka kepada teori dan model matematik. Selain daripada itu, ada pelajar yang bersifat visual atau verbal dan sebagainya. Orang yang berjaya lebih mengenali dirinya berbanding dengan orang yang gagal dan akan memilih gaya pembelajaran yang sesuai bagi diri mereka sendiri. Oleh itu, seseorang pelajar haruslah mengenali dirinya sebelum memilih gaya pembelajaran yang sesuai dengannya. 1.2 Pernyataan Masalah Pelajar merupakan golongan yang menjadi harapan negara untuk meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang. Kecemerlangan hanya akan dapat dicapai oleh para pelajar sekiranya mengamalkan pembelajaran yang bersesuaian. Sebaliknya, gaya pembelajaran yang tidak bersesuaian dan tidak berkesan semasa pembelajaran sudah pasti akan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah.
  • 9. 6 Dunn (1980) menyatakan bahawa kegagalan pelajar bukan disebabkan oleh kurikulum sebaliknya mereka boleh belajar sebarang matapelajaran sekiranya pembelajaran itu menekankan kepada gaya yang mereka gemari. Felder & Silverman (1998) pula mengatakan bahawa gaya pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza begitu juga dengan pengajaran guru yang berbeza. Apabila perbezaan diantara gaya pembelajaran dan gaya pengajaran berlaku, ini akan menyebabkan pelajar cepat berasa bosan dan tidak memberi perhatian di dalam kelas, tidak membuat peperiksaan dengan baik, dan kadang kala ada pelajar yang tertinggal dalam pelajaran. Berdasarkan hal itu, maka satu kajian tentang gaya pembelajaran terhadap pelajar universiti perlu dijalankan. Kajian ini dijalankan kerana kefahaman tentang gaya pembelajaran pelajar adalah penting untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Menurut Ng Sook Chin (2005), kajian tentang gaya pembelajaran pelajar adalah perlu dan kajian seumpama ini akan mencelikkan para guru dalam mengetahui gaya pembelajaran yang paling banyak diamalkan oleh para pelajar dan seterusnya meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu subjek atau matapelajaran dan membantu mereka dalam pembelajaran. Hal ini kerana gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar mempunyai kesan terhadap hasil pembelajarannya yang seterusnya memberi impak ke atas pencapaian akademik pelajar. 1.3 Objektif Kajian Kajian seumpama ini perlu dijalankan adalah untuk : 1.3.1 Untuk mengenalpasti tahap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar- pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama sesi 2006/2007 sama ada active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta sequential dan global learners.
  • 10. 7 1.3.2 Untuk mengenalpasti perbezaan tahap gaya pembelajaran active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta sequential dan global learners dari segi demografi (jantina dan setiap program pengajian iaitu SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT). 1.3.3 Untuk mengenalpasti hubungan tahap gaya pembelajaran active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta sequential dan global learners dengan pencapaian akademik pelajar di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama sesi 2006/2007 yang mengambil program pengajian SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT. 1.4 Persoalan Kajian Kajian yang dijalankan ini cuba menjawab terhadap soalan-soalan berikut: 1.4.1 Apakah tahap gaya pembelajaran bagi active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta sequential dan global learners yang diamalkan oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama sesi 2006/2007? 1.4.2 Apakah perbezaan di antara tahap gaya pembelajaran bagi active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta sequential dan global learners dari segi demografi (jantina dan setiap program pengajian iaitu SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT)? 1.4.3 Apakah hubungan di antara tahap gaya pembelajaran active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta
  • 11. 8 sequential dan global learners dengan pencapaian akademik pelajar di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama sesi 2006/2007 yang mengambil program pengajian SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT? 1.5 Hipotesis Kajian Berdasarkan persoalan kajian 1.4.2 dan 1.4.3, hipotesis-hipotesis kajian yang berkenaan ialah :- 1.5.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap gaya pembelajaran (active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta sequential dan global learners) dari segi demografi (jantina dan setiap program pengajian iaitu SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT). 1.5.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap gaya pembelajaran (active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta sequential dan global learners) dengan pencapaian akademik pelajar dikalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama sesi 2006/2007 yang mengambil program pengajian SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT.
  • 12. 9 1.6 Kepentingan Kajian Menerusi kajian yang dijalankan ini, diharapkan bahawa gaya pembelajaran para pelajar dapat membantu golongan pendidik menepati kehendak dan perubahan arus globalisasi dalam bidang pendidikan masa depan. Amalan gaya pembelajaran yang sesuai akan dapat membantu para pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan dan menjurus mereka ke arah peningkatan dalam pencapaian akademik. Selain itu, dengan adanya daya kreatif gaya pengajaran pensyarah yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran para pelajar sudah pasti mendatangkan keseronokkan dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kuliah. Kajian ini juga diharapkan dapat mengenalpasti dan menyelesaikan sebahagian daripada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh para pelajar di dalam memberi tumpuan semasa berada di dalam kuliah. Hal ini amat perlu sebagai langkah persediaan untuk membentuk diri setiap pelajar dalam menghadapi cabaran dalam arus pendidikan pada masa akan datang. Selanjutnya, penyelidik mengharapkan agar hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada pihak universiti dan pelajar fakulti pendidikan dalam menjayakan dan meningkatkan mutu pelajaran serta prestasi universiti. Secara langsung dapat membetulkan dan membawa pelajar ke arah gaya pembelajaran yang berkesan supaya dapat meningkatkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk pengkaji mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar dan seterusnya dapat mengemukakan cadangan dan pendapat supaya para pelajar dapat mengubah sikap ke arah yang lebih positif dalam pembelajaran disamping pensyarah-pensyarah dapat menyediakan kaedah dan bahan pengajaran yang menarik dan bersesuaian dengan kecenderungan minat dan tahap penguasaan para pelajar.
  • 13. 10 1.7 Model Kajian Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar 1. Jantina 1. Active dan Reflective learners Perbezaan 2. Program Pengajian 2. Sensing dan Intuitive learners 3. Visual dan Verbal learners 4. Sequential dan Global learners Hubungan Pembolehubah Bersandar Pencapaian akademik Rajah 1.1 Model Kajian 1.8 Batasan Kajian Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama,UTM, Skudai, Johor bagi sesi 2006/2007. Seramai 296 orang pelajar tahun pertama dari semua program pengajian yang ditawarkan (SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT) dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini tidak melibatkan para pelajar tahun kedua, ketiga, keempat dan tahun kelima Fakulti Pendidikan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik kepada pihak Kementerian dan pihak Pentadbiran UTM tentang gaya pembelajaran pelajar, sepatutnya kajian ini dijalankan terhadap satu populasi pelajar UTM.
  • 14. 11 Kajian ini hanya terbatas kepada semua item yang terkandung dalam borang soal selidik Index Of Learning Style (ILS) Felder & Solomon yang telah diedarkan dengan tujuan untuk mengkaji dan menganalisis persoalan mengenai gaya pembelajaran pelajar-pelajar tahun pertama Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor bagi sesi 2006/2007. Kajian ini juga hanya membataskan kepada faktor gaya pembelajaran yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kemungkinan terdapat pengaruh faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seperti rakan sebaya, latar belakang keluarga, status sosioekonomi keluarga, motivasi diri, aspirasi, konsep kendiri dan sebagainya yang tidak diambilkira dalam kajian ini. 1.9 Konsep-konsep Dalam Kajian Beberapa konsep penting yang telah digunakan di dalam kajian ini. Konsep kajian akan diterangkan dengan lebih mendalam bahagian definisi konsep. 1.9.1 Definisi Konsep Definisi konsep ialah suatu elemen yang digunakan dalam proses kajian saintifik dimana suatu konsep khas diertikan sebagai kekerapan pengukuran. Ianya kerap digunakan dalam bidang philosophy, psikologi dan pengajian komunikasi. Ianya amat penting dalam melakukan analisis kandungan.
  • 15. 12 1.9.1.1 Pelajar Menurut Kamus Am (1995), pelajar merujuk kepada murid atau mahasiswa. Dalam kajian ini, pelajar adalah merujuk pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor bagi sesi 2006/2007 yang dipilih dari semua program pengajian yang ditawarkan (SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT). 1.9.1.2 Gaya Pembelajaran Gaya bererti sikap, kesukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Pembelajaran pula bererti berusaha (berlatih dan sebagainya) untuk mendapat sesuatu (kepandaian dan lain-lain) (Kamus Dewan, 2005). Menurut Subahir (1992) dalam Lee (2001), gaya pembelajaran (learning style) merujuk kepada cara seseorang individu menerima, mengumpul, memproses, mengingat dan menerangkan semula maklumat dan menghubungkannya dengan alam sekitar. Dalam kajian ini, gaya pembelajaran dikenalpasti dengan menggunakan model Felder & Silverman yang mengklasifikasikan gaya pembelajaran kepada 4 dimensi dan 4 sub-skala iaitu Pemprosesan (Active / Reflective Learners), Persepsi (Sensing / Intuitive Learners), Input (Visual / Verbal Learners) dan Pemahaman (Sequential / Global Learners).
  • 16. 13 1.9.1.3 Pencapaian Akademik Menurut Kamus Dewan (2005), pencapaian bererti apa yang telah dicapai atau prestasi. Akademik pula berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam). Dengan kata lain, pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sebaliknya. Dalam konteks kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan PNGK (Purata Himpunan Mata Nilai) pelajar tahun pertama Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Selain itu, pencapaian akademik ini juga merujuk kepada keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang merangkumi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Kimia dan Fizik. 1.9.2 Definisi Operasional 1.9.2.1 Active Learners Active learners merujuk kepada pelajar yang lebih cenderung untuk mengingati sesuatu maklumat dengan melakukan aktiviti yang berkaitan dengannya seperti menggunakannya, menerangkannya ataupun membincangkannya dengan orang lain. Mereka yang suka menunjukkan gaya pembelajaran ini akan mengatakan “Mari kita cuba dan lihat bagaimana ianya berfungsi”. Selain itu, pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran active ini lebih suka bekerja secara berkumpulan
  • 17. 14 dan tidak gemar pengajaran secara kuliah sahaja. Menurut Kamus Inggeris-Melayu (1992), active bermaksud cergas. 1.9.2.2 Reflective Learners Reflective bermaksud sentiasa berfikir (Kamus Inggeris-Melayu, 1992). Reflective learners pula adalah pelajar yang lebih suka memikirkan maklumat yang diperolehi terlebih dahulu. Pelajar yang menggunakan gaya ini biasanya akan berkata “Mari kita fikirkan dahulu”. Mereka juga lebih gemar melakukan kerja secara bersendirian dan cuba memikirkan penyelesaian masalah secara senyap. Mereka lebih senang sekiranya pengajaran adalah secara kuliah. 1.9.2.3 Sensing Learners Sensing learners adalah pelajar yang lebih cenderung membaca sesuatu yang berkenaan dengan fakta. Sensors lebih sabar dengan maklumat-maklumat, mempunyai kelebihan mengingati fakta-fakta dan melakukan aktiviti secara hands- on. Pelajar-pelajar jenis ini lebih menggemari untuk mempelajari fakta, menyelesaikan masalah secara tersusun dengan contoh yang berkaitan, lebih teliti dalam menjalankan kerja-kerja amali, gemar menghafal dan tidak gemar pembelajaran yang tiada hubungkait dengan kehidupan diluar kelas.
  • 18. 15 1.9.2.4 Intuitive Learners Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Intuitive ini lebih cenderung untuk mencari sebab, kemungkinan dan perkaitan. Intuitors lebih baik dalam memahami sesuatu konsep baru dan sentiasa berasa lebih selesa dengan idea-idea abstrak dan formula matematik. Pelajar jenis ini lebih gemar kepada sesuatu yang baru, cepat bekerja dengan keadaan yang tidak tersusun dan tidak gemar menghafal. Pelajar jenis ini juga tidak gemar guru mengulangi pembelajran yang telah dipelajari dan lebih suka kepada inovasi. 1.9.2.5 Visual Learners Visual learners adalah pelajar yang dapat mengingat dengan baik apa yang telah mereka lihat seperti gambar, lukisan, gambarajah bersiri, filem dan demonstrasi. Mereka lebih menggemari guru yang mengajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar serta menggunakan banyak persembahan grafik dalam pengajaran. 1.9.2.6 Verbal Learners Sementara Verbal learners adalah pelajar yang lebih biasa dan menggemari gaya pembelajaran menerusi perkataan, lukisan serta penjelasan secara berhujah. Pelajar ini lebih suka mendengar guru atau perbincangan yang dijalankan di kelas dan suka membaca secara kuat serta mengulanginya beberapa kali.
  • 19. 16 1.9.2.7 Sequential Learners Sequential learners adalah pelajar yang lebih cenderung dan selesa untuk memahami sesuatu secara sistematik dan dengan mengikut turutan. Sequential yang diambil dari perkataan sequence bermaksud susunan yang berturutan atau yang mengikut urutan (Kamus Inggeris-Melayu, 1992). Pelajar ini lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu jika sesuatu pengajaran disampaikan secara tersusun dari mudah ke sukar dan mengikut langkah-langkah yang logic. Oleh itu, ia lebih menggemari guru mengajar secara tersusun dan menunjukkan hubungkait dengan apa yang telah diajar sebelum itu. 1.9.2.8 Global Learners Global bermaksud pandangan menyeluruh (Kamus Inggeris-Melayu, 1992) dan global learners adalah pelajar yang lebih cenderung untuk mengumpulkan maklumat yang mereka perlu secara rawak dan seterusnya memahami sesuatu secara spontan berdasarkan maklumat yang mereka kumpulkan itu. Selain itu, pelajar jenis ini boleh menerima sesuatu maklumat dalam apa cara sekalipun sama ada tersusun atau tidak dan mereka berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks secara pantas. Walaubagaimanapun mereka sukar menerangkan sesuatu yang mereka faham secara terperinci cara bagaimana mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah itu.
  • 20. 17 1.10 Kesimpulan Bab ini telah menyatakan mengenai pengenalan, latarbelakang masalah yang ingin dikaji, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, model kajian, batasan kajian dan konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini. Penyelidik telah mengkaji tahap gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor. Selain itu, penyelidik turut melihat sejauh manakah perhubungan antara pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran pelajar. Penyelidik berharap hasil kajian ini dapat membantu para pelajar supaya dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka bagi meningkatkan prestasi akademik.
  • 21. BAB II KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Dalam bab ini, beberapa aspek berkaitan dengan kajian akan dibincangkan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelajaran, gaya pembelajaran pelajar, kerangka teoritikal gaya pembelajaran dan implikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan model-model gaya pembelajaran. Ia juga akan meliputi kajian-kajian lepas mengenai pelbagai gaya pembelajaran berdasarkan pelbagai model gaya pembelajaran, gaya pembelajaran pelajar dari segi demografi dan hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. 2.1 Pembelajaran Berdasarkan literatur, pembelajaran ialah satu fenomena yang telah sebati dengan kehidupan manusia. Menurut Horton dan Turnhage (1967) dalam Wan Zah
  • 22. 19 Wan Ali (2000), apa sahaja yang dilakukan oleh manusia yang matang, atau sesuatu yang mampu dilakukan olehnya, boleh dianggap sebagai hasil daripada sesuatu pembelajaran. Oleh yang demikian, hampir seluruh masa dalam hidup ini, manusia terlibat dalam aktiviti pembelajaran (Borger dan Seaborne, 1982 dalam Wan Zah Wan Ali, 2000). Menurut Goldenson (1984) dalam Mahmood Nazar Mohamed (1990), pembelajaran ialah satu proses individu mendapatkan informasi-informasi, tingkah laku atau kebolehan yang baru. Pembelajaran juga boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan dan ia boleh berlaku secara formal, informal dan non-formal (Ee Ah Meng, 1992). Didalam pembelajaran, tidak semua orang memperolehi kebolehan yang sama. Travers (1979) mengatakan bahawa pelajar-pelajar belajar melalui banyak saluran seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan (biasanya penting diperingkat awal), merasa dan membau. Sesetengah pelajar memerlukan pertolongan guru sepenuhnya dan yang lain mencapainya secara ‘berdikari’ atau ‘tanpa bergantung’. Dikalangan pelajar ada yang belajar dengan aktif secara berkumpulan, sebaliknya ada yang lebih suka belajar bersendirian. Pembelajaran ditakrifkan sebagai perubahan ke atas tingkah laku individu yang dihasilkan oleh peristiwa-peristiwa alam sekitar (Carlson, 1987). Secara kuantitatif, pembelajaran adalah kegiatan pengisian atau pengembangan kemampuan kognitif dengan fakta sebanyak-banyaknya dalam otak pelajar manakala pengertian pembelajaran secara kualitatif pula adalah proses memperolehi kefahaman serta cara- cara mentafsir dunia disekeliling pelajar dengan tercapainya daya pemikiran yang berkualiti (Muhibbin Syah, 1995).
  • 23. 20 2.2 Gaya Pembelajaran Pelajar mempunyai perbezaan gaya belajar dari segi kekuatan, ciri-cirinya dan preferens dalam menerima dan memproses maklumat. Terdapat sebilangan pelajar yang lebih gemar memberi fokus kepada maklumat dalam bentuk data, fakta dan algoritma, sebilangannya pula lebih selesa dengan maklumat berbentuk teori dan model-model matematik. Ada juga yang gemar kepada maklumat berbentuk visual seperti gambarajah, ilustrasi atau skematik atau verbal seperti penerangan secara lisan atau kuliah (Felder, 1996). McCarty (1985) menyarankan empat stail belajar melalui “Sistem 4 Mat” dimana sistem ini mempunyai dua skala. Skala pertama mempunyai kontinum daripada pengalaman konkrit kepada konsep abstrak. Skala kedua pula mempunyai kontinum daripada membayangkan - memerhati kepada melakukan eksperimen secara aktif serta merujuk kepada bagaimana individu memproses pengalaman dan maklumat. Kombinasi daripada empat teknik membuat tanggapan dan memproses pengalaman serta maklumat ini, menghasilkan empat kategori pelajar dengan empat stail belajar iaitu kategori pertama terdiri daripada para pelajar bersifat inovatif, kedua bersifat analitikal, ketiga bersifat gemar menggunakan budi bicara dan kategori keempat pula ialah bersifat dinamik. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran kendiri adalah penting dalam pembelajaran. Pelajar yang meneruskan pengajian di universiti kebanyakkannya tidak menyedari sepenuhnya gaya pembelajaran yang paling sesuai dengan diri mereka yang menyebabkan mereka secara berterusan mempraktikkan gaya pembelajaran yang kurang produktif tanpa menyedari mereka sebenarnya mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, pelajar haruslah mengenali gaya pembelajaran mereka sendiri supaya mereka dapat menyedari keindividuan gaya pembelajaran dan membolehkan mereka menggunakan pendekatan pembelajaran yang pelbagai agar mendapat kesan pembelajaran yang optimum (Entwistle, 1981).
  • 24. 21 Menurut Hunt (1990) dalam Suresh Kesavalu (2005), gaya pembelajaran tertakluk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan sesuatu pembelajaran berlaku dengan berkesan dan syarat-syarat itu merangkumi persekitaran kawasan pembelajaran, struktur pembelajaran sama ada formal, informal atau non-formal serta gaya pembelajaran yang digemari dimana gaya pembelajaran akan berubah mengikut suasana dan keadaan masing-masing. Felder (1993) cuba menerangkan gaya pembelajaran dengan mengatakan bahawa setiap pelajar mempunyai alternatif yang tekal dan berlainan dalam cara membuat pengamatan, penyusunan dan ingat kembali (flash back) yang bercirikan kognitif, efektif dan tingkah laku atau perlakuan fisiologi yang menjadi petunjuk bagaimana seseorang pelajar cuba membuat pengamatan, tinjauan, penelitian, berinteraksi dan bertindakbalas kepada sekitaran pembelajarannya. Peterson (1979) dan Stewart (1981) dalam Ee Ah Meng (1995), pula berpendapat bahawa gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran yang digemari seseorang pelajar. Ada pelajar gemarkan cara syarahan manakala ada pula yang lebih gemarkan cara belajar sendiri. Personaliti individu yang berbeza akan menentukan gaya pembelajaran yang paling sesuai serta berkesan baginya. 2.3 Kerangka Teoritikal Gaya Pembelajaran Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan Tentang konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses dan sebab berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran ini memberikan penghuraian tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran adalah dihasilkan daripada kaji
  • 25. 22 selidik atau pemerhatian. Terdapat pula, sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran logik berasaskan falsafah (Mok Soon Sang, 2003). Teori-teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada beberapa mazhab seperti mazhab behaviorisme, mazhab kognitif, mazhab sosial dan mazhab humanis. 2.3.1 Mazhab Behaviorisme Mazhab behavioris menghuraikan perubahan tingkah laku sebagai hasil proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (rangsangan) dengan tindakbalas organisma. Diantara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner (Mok Soon Sang, 2003). 2.3.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov Ivan P. Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik. Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas. Gerakbalas ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Rangsangan ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerakbalas. Contohnya, apabila pensyarah memberikan arahan supaya berdiri, pelajar dengan cepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan manakala tindakan berdiri itu ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Rangsangan itu boleh juga dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran, contohnya seorang pensyarah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan (Ee Ah Meng, 1995).
  • 26. 23 Pembelajaran akibat perkaitan dua rangsangan dikenali sebagai pelaziman klasik. Dalam eksperimen Pavlov, dia menggunakan seekor anjing. Anjing itu telah mengeluarkan air liur apabila melihat makanan. Air liur dikenali sebagai gerakbalas tak terlazim (semulajadi) kerana ia berlaku tanpa pembelajaran. Makanan itu ialah rangsangan tak terlazim. Pavlov ingin tahu sama ada anjing itu boleh belajar mengeluarkan air liur walaupun makanan tidak ditunjukkan. Seekor anjing diletakkan di atas sebuah meja dan badannya diikat ke sebuah pasung. Setiap kali makanan dihidangkan kepada anjing yang lapar itu, loceng dibunyikan. Lazimnya anjing tersebut akan mengeluarkan air liur apabila terlihat makanan. Bunyi loceng dan makanan ini diulang beberapa kali dan pada satu ketika, loceng sahaja dibunyikan. Pavlov mendapati anjing memberi tindak balas kepada bunyi loceng itu dengan mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa anjing tersebut telah belajar membuat perkitan antara bunyi loceng dengan makanan yang ditunjukkan itu sehingga tahap dimana apabila loceng dibunyikan, anjing itu telah menduga bahawa makanan akan diberi lalu menyebabkan air liurnya terkeluar (Mahmood Nazar Mohamed,1990). Menurut Ee Ah Meng (1995), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, a) Untuk mengajar dengan berkesan seorang guru seharusnya mengaitkan pengalaman positif (rangsangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran (rangsangan tak terlazim) supaya menghasilkan pembelajaran yang berkesan (gerakbalas terlazim). b) Latihan pengukuhan yang mencukupi adalah cara terbaik untuk memastikan gerakbalas terlazim yang berkesan. c) Peneguhan sekunder harus diberikan sekiranya didapati gerakbalas terlazim semakin berkurangan.
  • 27. 24 2.3.1.2 Teori Pelaziman Operan Thorndike E.L. Thorndike (1874-1949) merupakan ahli behavioris pertama yang mengemukakan konsep pelaziman operan.Beliau memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dengan gerak balas. Melalui kajiannya ke atas seekor kucing yang dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luar sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar yang dikenali sebagai pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran cuba jaya ini kucing tersebut akan melakukan pelbagai reaksi dan apabila terpijak selak pintu sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar itu semula, sekali lagi kucing tersebut akan melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut. Dengan kata lain kucing tersebut belajar membuka pintu sangkar secara cuba jaya dan pengulangan (Ramlah Jantan, 2002). Menurut Shahabuddin Hashim dan rakan-rakan (2003), melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan antara S-R iaitu Stimuli (rangsangan) dan Responses (tindakbalas). Hukum-hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga hukum iaitu a) Hukum Kesediaan Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum indiviu dapat bertindak. Contohnya, pelajar-pelajar harus bersedia mempelajari sesuatu dan persediaan ini harus ditunjukkan melalui sikap dan set mental.
  • 28. 25 b) Hukum Latihan Menurut hukum ini, pertalian antara rangsangan dan gerakbalas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Ganjaran-ganjaran yang tertentu harus diberikan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang diingini atau yang menjadi matlamat. c) Hukum Kesan Hukum kesan menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dan gerakbalas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerakbalas dan sebaliknya, kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas. Ganjaran yang diberikan kepada pelajar yang sudah menunjukkan tingkah laku yang diingini atau yang menjadi matlamat harus melalui tahap-tahap tertentu. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan tingkah laku yang dihajatkan tersebut dan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini. 2.3.1.3 Teori Pelaziman Operan Skinner Burrhus F. Skinner (1904-1990) sependapat dengan Pavlov tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangkamasa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Peti Skinner ialah satu kotak yang mempunyai alat penekan pada dindingnya. Apabila alat penekan itu ditekankan secara sengaja atau tidak sengaja, maka makanan akan terkeluar. Skinner telah memasukkan tikus ke dalam peti kajian yang diciptanya. Tikus tersebut menunjukkan pelbagai tingkah laku rawak, namun secara tidak sengaja tikus tersebut tertekan alat penekan tersebut. Makanan terkeluar dan tikus tersebut memakannya. Tikus itu mempelajari bahawa alat penekan tersebut memberi
  • 29. 26 makanan kepadanya. Menurut Skinner, gerakbalas boleh dikuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerakbalas itu ditunjukkan. Skinner telah mengemukakan satu Jadual Peneguhan seperti rajah 2.1 di bawah ini (Ramlah Jantan, 2002). PENEGUHAN Peneguhan Peneguhan Berkala Berterusan Nisbah Masa Tetap Berubah Tetap Berubah Rajah 2.1 : Jadual Peneguhan Oleh Skinner 2.3.2 Mazhab Kognitif Tokoh-tokoh mazhab kognitif menekankan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Mereka tidak bersetuju dengan teori stimuli-tindakbalas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindakbalas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran ialah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya. Diantara tokoh-tokoh mazhab kognitif ialah Bruner dan Gagne (Mok Soon Sang, 2003).
  • 30. 27 2.3.2.1 Teori Kognitif Jerome Bruner Kajian Bruner menekankan cara-cara manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman secara dalaman. Teori Pembentukan Konsep Bruner banyak digunakan sebagai aktiviti pengajaran di sekolah kerana teori pembelajaran beliau adalah berkait rapat dengan banyak kaedah mengajar. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Penemuan. Teori kognitif ini mementingkan pemikiran secara logikal dan pemikiran analisis dan intuitif. Bruner mementingkan aspek-aspek seperti suasana pembelajaran yang kondusif serta mengajar sesuatu konsep dalam struktur dan bentuk pengetahuan yang sistematik dalam teori penemuannya (Ee Ah Meng, 1995). Menurut Bruner, peringkat perkembangan kognitif yang dilalui oleh kanak- kanak normal adalah peringkat enaktif (0-2 tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun) dan peringkat simbolik (5-7 tahun). Pada peringkat enaktif, banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakkan anggota kanak-kanak. Peringkat ikonik membolehkan kanak-kanak menggunakan otak untuk memikirkan sesuatu dan menggambarkan imej dalam fikiran mereka manakala simbolik pula, mereka sudah boleh berfikir dengan menggunakan bahasa dan konsep (Jenny Leach, 1999). Bruner mengemukakan empat ciri-ciri penting dalam teori Pembelajaran Bruner (Jenny Leach, 1999). a) Sifat semulajadi pembelajaran/persekitaran pembelajaran. Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan. Guru perlu menyediakan aktiviti yang menggalakkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.
  • 31. 28 b) Struktur dan bentuk pengetahuan Proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi pelajaran. Pelajar dicadangkan supaya membuat sistem mengkod, contohnya, menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan yang baik membolehkan pelajar memahami rangsangan dengan baik. c) Urutan Bahan pengajaran mesti disusun mengikut urutan yang spesifik supaya pelajar memahaminya dengna berkesan. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran. d) Peneguhan. Guru perlu memberi maklumbalas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar dan masa peneguhan yang diberikan amat penting kepada pelajar. Jika peneguhan diberikan terlalu awal, pelajar akan jadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut. Aplikasi prinsip pembelajaran Bruner dalam pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng, 1995). i. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Oleh itu, guru hendaklah menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini membawa mendatangkan pembelajaran yang bermakna. Ini bermakna aktiviti seperti projek, lawan dan kajian luar hendaklah dikendalikan. ii. Bruner mencadangkan agar guru memberi banyak contoh-contoh semasa pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh membentuk konsep,
  • 32. 29 membuat kategori dan membuat perbandingan di antara konsep-konsep (Ramlah Jantan, 2002). iii. Penekanan juga diberikan kepada motivasi intrinsik dan ektrinsik. Guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku yang ingin ditonjolkan. Dalam jangka panjang, motivasi intrinsik lebih dipentingkan. 2.3.2.2 Teori Pemprosesan Maklumat Robert M. Gagne Memproses maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan menerima maklumat menyimpan dan mengeluarkan semula untuk digunakan. Model memproses maklumat sama seperti komputer iaitu terdiri daripada ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Menurut Gagne (1970) dalam Ee Ah Meng (1995), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung pada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran atau hierarki pembelajaran seperti berikut. 1. Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerakbalas terhadap sesuatu isyarat. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru masuk ke kelas, semua pelajar akan berdiri dan memberi ucapan “Selamat sejahtera, Cikgu”.
  • 33. 30 2. Pembelajaran Gerakbalas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerakbalas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerakbalas yang positif dapat dikekalkan. 3. Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. 4. Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu. 5. Pembelajaran Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pembelajaran diskriminasi sangat penting dalam proses pembelajaran kerana pelajar dapat menapis maklumat penting dari maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengenkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.
  • 34. 31 6. Pembelajaran Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahsa dan diskriminasi iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. 7. Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi. 8. Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat langkah-langkah dalam proses penyelesaian masalah seperti Mengenal masalah, Mencari maklumat, Membuat hipotesis, Memilih cara menyelesaikan masalah (memilih alternatif terbaik), Menguji hipotesis dan Membuat rumusan. Gagne juga telah mengemukakan lapan fasa pembelajaran dan peristiwa pengajaran (Event Of Instruction). Fasa tersebut digambarkan seperti berikut. 1. Fasa Motivasi Motivasi mendorong individu melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu tujuan tertentu yang dapat memberikan kepuasan kepadanya. Lazimnya, motivasi akan menjadi lebih berkesan dan lebih mudah digunakan apabila wujudnya jangkaan dan harapan.
  • 35. 32 2. Fasa Kefahaman Dalam fasa kefahaman ini, individu perlu didorong untuk memberikan perhatian kepada yang sedang dialami dan dipelajari. Dalam hal ini, ia harus dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu aspek atau peristiwa dan dapat pula memilih apa yang dilihat dan dirasainya itu secara berkesan. Untuk memastikan pemerhatiannya dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan sempurna, individu tersebut harus mempunyai kebolehan untuk mendiskriminasikan persepsinya. 3. Fasa Pemerolehan Fasa pemerolehan adalah segmen yang menyimpan segala rangsangan yang telah dikodkan dalam stor jangka pendek. Biasanya terdapat juga rangsangan- rangsangan yang telah dikodkan, dipanjangkan ke dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod seperti itu boleh disimpan lebih lama dan dikeluarkan semula pada masa hadapan apabila diperlukan. 4. Fasa Penahanan Bahagian yang berkeupayaan menerima dan menyimpan sebanyak mana maklumat atau data yang diperoleh dalam memori dikenali sebagai fasa penahanan. 5. Fasa Mengingat Kembali Bahagian ini melibatkan keupayaan mencari dan mengingat semula data-data yang telah tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang.
  • 36. 33 6. Fasa Generalisasi Generalisasi dalam konteks ini adalah keupayaan menggunakan pembelajaran yang tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang untuk keadaan atau konteks yang seakan-akan serupa atau dipersepsikan sebagai seakan-akan sama. Dalam hal ini, pembelajaran boleh dipindahkan daripada keadaan khusus kepada keadaan umum melalui proses generalisasi tersebut. 7. Fasa Perlakuan Fasa ini menggambarkan keupayaan pelajar setelah berlakunya sesuatu pembelajaran. Biasanya, kadar keupayaan belajar dan tahap pembelajaran dapat diketahui melalui tingkahlaku yang dicerminkan daripada kadar pembelajaran yang diperoleh 8. Fasa Maklumbalas Maklumbalas adalah pengetahuan yang menunjukkan prestasi seseorang sesudah melalui proses pembelajaran. Maklumbalas seperti ini bukan sahaja menjadi pengukur kepada prestasi seseorang pelajar, tetapi juga berfungsi sebagai peneguh yang menentukan darjah kepuasan yang dirasai oleh individu tersebut. Aplikasi prinsip pembelajaran Gagne dalam pengajaran dan pembelajaran (Ramlah Jantan, 2002). i. Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah atau peringkat asas kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru.
  • 37. 34 ii. Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancang pengajaran seperti langkah-langkah yang dicadangkan dalam 8 fasa pengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran. 2.3.3 Mazhab Sosial Mazhab sosial menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris dan mazhab kognitif yang telah dihuraikan di atas. Tokoh mazhab sosial seperti Bandura menegaskan pembelajaran melalui proses permodelan, iaitu pembelajaran melalui proses pemerhatian atau peniruan (Mok Soon Sang, 2003). 2.3.3.1 Teori Pembelajaran Sosial Bandura Menurut Robert (1997), Albert Bandura dilahirkan pada 1925 di Alberta, Canada merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana teori pembelajaran sosial dan teori modelnya. Albert Bandura mengemukakan teori pembelajaran sosial, iaitu tabiat dan tingkahlaku kita adalah kita tiru dan pelajari daripada interaksi kita dengan masyarakat. Pembelajaran sosial berfokus kepada pembelajaran yang berlaku dalam konteks sosial. Ia merujuk kepada bagaimana seseorang individu itu belajar melalui orang sekelilingnya. Konsep yang terlibat ialah pembelajaran melalui pemerhatian, peniruan dan permodelan. Bandura telah melakukan eksperimen terhadap sekumpulan kanak-kanak berumur diantara 3 tahun hingga 6 tahun telah diarahkan untuk melihat sekumpulan
  • 38. 35 orang dewasa menumbuk, menendang dan menjerit terhadap satu patung besar yang berisi udara (Bobo Doll). Kemudian kanak-kanak tersebut disuruh memukul patung yang sama. Didapati kanak-kanak tersebut telah menunjukkan tingkahlaku agresif dua kali ganda daripada orang dewasa serta menggunakan perkataan yang sama oleh orang dewasa tersebut (Ee Ah Meng, 1995). Ini menunjukkan pembelajaran berlaku dengan memerhati individu lain (observational learning). Ia terdiri daripada dua bentuk iaitu peniruan (imitation) dan permodelan (modelling). Terdapat empat proses yang membentuk Teori Pembelajaran Sosial (Robert, 1997). i. Perhatian (Attention) Pembelajaran hanya berlaku jika ada penumpuan perhatian. ii. Mengingat (Retention) Pemerhatian harus berupaya mengekalkan tingkahlaku yang diperhatikan dalam ingatan. iii. Reproduksi (Motor Reproduction) Pemerhatian harus berupaya melakukan semua tingkahlaku yang ditiru. Kecekapan bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran motor. iv. Peneguhan/Motivasi (Motivation) Individu akan meniru tingkahlaku yang diperhatikan jika ia mendatangkan kepuasan, peneguhan positif dan ganjaran. Aplikasi model sosial Bandura dalam pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng, 1995).
  • 39. 36 i. Guru boleh menggunakan tayangan video, filem dan gambar dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat perhatian pelajar- pelajar dalam pembelajaran. ii. Guru boleh menunjukkan cara menyelesaikan sesuatu masalah. iii. Menggunakan pelajar-pelajar lain (rakan sebaya) sebagai model untuk menunjukkan tingkahlaku model bagi seluruh kelas. 2.3.4 Mazhab Humanis Mazhab humanis berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri (Mok Soon Sang, 2003). 2.3.4.1 Teori Keperluan Maslow Abraham Maslow telah memperkenalkan hierarki keperluan Maslow. Menurut Maslow, manusia mempunyai motivasi untuk memenuhi keperluan- keperluan hidupnya. Keperluan-keperluan tersebut adalah berdasarkan hierarki iaitu mulai dari yang paling rendah (bersifat asas/fisiologi) sehingga yang paling tinggi (kesempurnaan kendiri).
  • 40. 37 Rajah 2.2 : Hierarki Keperluan Maslow Kesempurnaan Keperluan Kendiri Paling Tinggi Penghargaan Kendiri Keperluan Untuk Kasih Sayang Keperluan Keselamatan Keperluan Fisiologi (asas) Keperluan Paling Rendah Keperluan yang paling asas ialah keperluan fisiologi seperti minuman, makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, keperluan yang lain akan diabaikan. Apabila keperluan fisiologi telah dipenuhi, timbullah keperluan keselamatan yang merangkumi keperluan untuk rasa selamat, perlindungan, bebas daripada rasa takut dan kebimbangan). Keperluan untuk disayangi dan menyayangi akan timbul setelah keperluan keselamatan dipenuhi. Keperluan ini dapat dipenuhi melalui kawan, keluarga dan pasangan hidup. Keperluan rasa harga diri pula terbahagi kepada dua jenis iaitu rasa harga diri berasaskan rasa hormat kepada diri sendiri dalam aspek persaingan, berdikari dan penilaian orang lain. Selain itu, seseorang individu mendapat penghargaan daripada orang lain untuk mendapat status, dominan dan kepentingan tertentu. Kesempurnaan kendiri dapat dicapai apabila keperluan-keperluan lain telah dipenuhi. Dalam tahap ini, seseorang individu akan mencari matlamat hidup dan berusaha kearah sempurna kendiri dalam potensi diri yang unik yang ada pada mereka (Robert, 1997). Teori pembelajaran humanis menitikberatkan prinsip-prinsip berikut dalam proses pembelajaran (Ee Ah Meng, 1995).
  • 41. 38 i. Pelajar akan belajar apa yang mereka kehendaki dan ingin diketahui. ii. Pembelajaran hanya berlaku jika pelajar tidak berasa terancam. Suasana sosiemosi yang sihat dengan guru haruslah diwujudkan. 2.4 Model-model Gaya Pembelajaran Model-model gaya pembelajaran yang akan dibincangkan secara ringkasnya ialah Model Gaya Pembelajaran Felder & Silverman, Model Gaya Pembelajaran Honey & Mumford, Model Gaya Pembelajaran Kolb, Model Gaya Pembelajaran Slavin, Model Gaya Pembelajaran Entwistle dan Model Gaya Pembelajaran Grasha- Riechmann. 2.4.1 Model Gaya Pembelajaran Felder & Silverman Pada tahun 1988, Richard Felder dan Linda Silverman telah menghasilkan satu model pembelajaran yang memfokus spesifik kepada gaya pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan. Tiga tahun kemudiannya, instrumen penilaian psikometrik iaitu Felder & Solomon’s Index of Learning Styles dihasilkan. Menurut Felder & Silverman (1988), pada awalnya terdapat lima dimensi iaitu Persepsi (Sensing-Intuitive), Input (Visual-Auditory), Organisasi (Inductive-Deductive), Proses (Active-Reflective) dan Pemahaman (Sequential-Global). Kemudian dua perubahan telah dilakukan iaitu dimensi Organisasi (Inductive-Deductive) telah dibubarkan dan sub-skala Visual-Auditory telah diubah kepada Visual-Verbal.
  • 42. 39 Model ini akhirnya mengklasifikasikan pelajar kepada lapan kategori berdasarkan empat dimensi seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.1. Jadual 2.1 : Dimensi Gaya Pembelajaran Felder & Silverman Dimensi Gaya Pembelajaran Ciri-ciri Pemprosesan Active Lebih mudah belajar apabila dikehendaki melakukan sesuatu seperti aktiviti ‘hands on’ dan gemar bekerja dalam satu pasukan. Sekiranya pelajar jenis ini diberikan satu projek untuk dilaksanakan, mereka lebih mudah memahami konsep yang berkaitan. Reflective Lebih suka memikirkan sesuatu perkara sedalam-dalamnya sebelum mencubanya. Kebiasaannya pelajar jenis ini suka bekerja bersendirian. Persepsi Sensing Lebih cenderung kepada memahami fakta-fakta dan data, bersifat lebih praktikal dan senang memahami sesuatu yang konkrit dan berkaitan dengan kehidupan harian. Pelajar jenis ini lebih memahami penerangan yang terperinci tetapi bukan yang mengelirukan dan selalunya sangat teliti dalam menyelesaikan masalah walaupun kadangkala agak lambat.
  • 43. 40 Intuitive Lebih cenderung kepada memahami teori-teori, konsep-konsep dan formula- formula, bersifat lebih inovatif, imaginatif, suka kepelbagaian dalam penyelesaian masalah. Pelajar jenis ini cepat melakukan sesuatu tetapi agak kerap melakukan kesilapan. Input Visual Lebih menggemari penyampaian bahan pembelajaran dalam bentuk gambar, rajah, carta aliran, graf dan lakaran. Pelajar jenis ini lebih mengingati apa yang dilihat daripada yang didengarinya. Verbal Lebih memahami sesuatu perkara apabila disampaikan dalam bentuk kuliah, penulisan teks dan formula matematik. Pemahaman Sequential Lebih cenderung belajar secara teratur dan tersusun. Global Lebih menggemari pembelajaran secara holistik, keseluruhan dan pemikiran secara bersistem.
  • 44. 41 2.4.2 Model Gaya Pembelajaran Honey & Mumford Menurut Honey & Mumford (1992b), istilah gaya pembelajaran digunakan untuk menerangkan sikap dan tingkahlaku yang menentukan gaya pembelajaran individu yang mengamalkannya. Honey & Mumford membahagikan gaya pembelajaran pelajar kepada empat kumpulan iaitu Aktivis, Reflektif, Teoris dan Pragmatis. Terdapat juga tahap-tahap peredaran proses pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3. Rajah 2.3 : Tahap-tahap Peredaran Proses Pembelajaran Tahap 1 Menimba Pengalaman (Aktivis) Tahap 4 Merancang Langkah Tahap 2 Seterusnya Mengulas Pengalaman (Pragmatis) (Reflektif) Tahap 3 Membuat Kesimpulan Daripada Pengalaman (Teoris) i. Aktivis Pelajar-pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini gemar mencari pengalaman baru. Mereka berfikiran terbuka dan amat ingin mengambil tahu tentang perkara-perkara yang baru. Mereka lebih suka terlibat dalam
  • 45. 42 perbincangan seperti sumbangsaran atau sesi buzz. Falsafah mereka ialah “Saya sangat ingin mencubanya.” ii. Reflektif Golongan pelajar ini belajar melalui pemerhatian dan berfikir terhadap apa yang telah berlaku. Mereka suka mengumpul dan menganalisis data serta berfikir dengan cermat sebelum membuat kesimpulan yang sesuai. Falsafah mereka adalah ‘Berhati-hati.” iii. Teoris Golongan pelajar ini belajar melalui model, konsep dan pernyataan. Mereka bersifat objektif iaitu melihat sesuatu idea dari semua sudut agar sesuatu situasi dapat dilihat dengan lebih jelas. Rumusan yang dibuat adalah berasaskan bukti, analisis data dan logik. Falsafah mereka ialah “Jika ia logik maka ia baik.” iv. Pragmatis Golongan pelajar ini bersifat praktikal. Mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk memastikan sama ada ia berguna dalam situasi sebenar. Mereka suka menggunakan alat-alat konkrit bagi menyelesaikan masalah. Falsafah mereka ialah “Cara yang lebih baik sentiasa wujud.”
  • 46. 43 2.4.3 Model Gaya Pembelajaran Kolb Menurut Kruzich (1986), Kolb telah mengemukakan gaya pembelajaran melalui pengalaman yang mengandungi empat peringkat pengalaman iaitu: 1. Pengalaman konkrit adalah individu yang belajar daripada pengalaman yang spesifik, berkait dengan orang lain dan sensitif terhadap perasaan orang lain. 2. Pemerhatian reflektif adalah pembelajaran yang melibatkan pemerhatian teliti sebelum membuat keputusan, melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif dan melihat kepada makna sesuatu perkara. 3. Konseptual abstrak adalah pembelajaran berdasarkan analisis logikal, perancangan yang sistematik dan pemahaman secara intelektual terhadap sesuatu situasi. 4. Eksperimentasi aktif pula merujuk kepada kemampuan untuk melakukan sesuatu sehingga selesai, mengambil risiko, mempengaruhi orang lain dan bertindak terhadap sesuatu perkara. Daripada pengalaman pembelajaran tersebut, Kolb mengenalpasti empat gaya belajar iaitu Konverger, Diverger, Akomodator dan Assimilator. Instrumen bagi mengenalpasti pelajar dengan gaya belajar ini dikenali sebagai Kolb Learning Style Inventory (KLSI) yang mengandungi 12 item soal selidik. Jadual 2.2 menunjukkan ciri-ciri gaya pembelajaran Kolb yang telah diubahsuai (Shahabuddin Hashim (2003).
  • 47. 44 Jadual 2.2 : Gaya Pembelajaran Kolb Gaya Belajar Ciri-ciri 1) Konverger • Menerima maklumat yang bersifat abstrak dan rumit, serta memprosesnya dengan cara melakukan percubaan. • Mencari hanya satu idea yang paling logik dan tepat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh yang demikian, tidak gemar menjana pelbagai idea. • Tidak bersifat emosi dan lebih gemar berhubung dengan alat-alatan daripada orang ramai. 2) Diverger • Menerima maklumat yang nyata dan spesifik serta membuat pemerhatian mendalam terhadap maklumat tersebut sebelum membuat keputusan. • Berkebolehan menjana pelbagai idea. • Menggunakan pendekatan sosial dalam pembelajaran dan sensitif dengan perasaan. • Berkebolehan berimaginasi. 3) Akomodator • Menerima maklumat yang bersifat nyata dan spesifik, serta memprosesnya dengan cara melakukan percubaan. • Cenderung mencari pengalaman baru dan melakukan pelbagai percubaan. • Gemar mengikut gerak hati dan belajar menggunakan kaedah ‘cuba jaya’ dalam menyelesaikan sebarang masalah. 4) Assimilator • Menerima maklumat bersifat abstrak dan rumit, serta memprosesnya dengan cara membuat pemerhatian yang mendalam sebelum membuat sebarang keputusan. • Kebolehan membuat model teoritikal. • Berkebolehan menggabungkan pelbagai idea bagi membentuk suatu konsep.
  • 48. 45 2.4.4 Model Gaya Pembelajaran Slavin Mengikut Slavin dalam Mok Soon Sang (2003), gaya pembelajaran boleh digolongkan dalam dua kategori yang dihuraikan seperti berikut: 1. Gaya Pembelajaran Bergantung (Dependent Learning Style) Golongan pelajar ini mengutamakan bidang kognitif dalam semua pola dan menerimanya secara keseluruhan. Ciri-ciri gaya pembelajaran ini ialah i. Mempersepsi sesuatu situasi atau pola secara menyeluruh. ii. Menerima pendapat yang bersifat umum. iii. Aktiviti pembelajaran berdasarkan motivasi ekstrinsik. iv. Sensitif terhadap pandangan dan teguran orang lain. v. Suka dibimbing oleh orang yang disanjungi. vi. Tidak mempunyai inisiatif belajar dan terlalu bergantung kepada motivasi dan pengajaran guru. vii. Tidak boleh menentukan objektif pembelajaran diri sendiri. viii. Mempunyai sikap menurut perintah dan belajar apa yang diajar tanpa menyoal. Pelajar bergantung lebih suka belajar bersama dengan rakan sebaya dalam kumpulan kecil. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk pelajar golongan ini ialah kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan dan kaedah kumpulan. 2. Gaya Pembelajaran Tidak Bergantung (Independent Learning Style) Golongan pelajar ini mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau corak secara terperinci.
  • 49. 46 Ciri-ciri gaya pembelajaran tidak bergantung ialah : i. Mengamati perkara secara analitik. ii. Berminat menentukan objektif pembelajaran sendiri. iii. Kurang sensitif terhadap pandangan dan teguran orang. iv. Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat. v. Mampu menguruskan pembelajaran sendiri. vi. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. vii. Belajar dengan inisiatif sendiri. Golongan pelajar yang tidak bergantung lebih suka belajar dan berfikir masalah diri sendiri. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk golongan pelajar ini ialah kaedah uji kaji, kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah penyelesaian masalah. 2.4.5 Model Gaya Pembelajaran Entwistle Model gaya pembelajaran Entwistle (1998), bukan sahaja menganalisis proses pembelajaran malah mengutamakan orientasi pelajar terhadap pembelajaran. Entwistle telah mengkaji tumpuan pelajar dalam pembelajaran dan gaya yang diamalkan oleh para pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran. Gaya pembelajaran Entwistle dikategorikan kepada tiga konsep utama iaitu pendekatan berorientasikan pemahaman secara mendalam (deep approach), pendekatan berorientasikan reproduktif atau secara permukaan (surface approach) dan pendekatan strategik (strategic approach) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.3.
  • 50. 47 Jadual 2.3 : Gaya Belajar Entwistle Gaya Belajar Ciri-ciri • Melibatkan empat sub-skala iaitu 1) Pendekatan Berorientasikan kemahiran untuk memahami sesuatu Pemahaman Secara Mendalam (Deep makna dengan lebih mendalam, Approach) menghubungkaitkan sesuatu idea, menggunakan segala fakta dan bukti yang diperolehi serta berminat terhadap idea-idea yang telah dipelajari (Entwistle, Tait & McCune, 2000). • Melibatkan pelajar yang mempunyai keinginan intrinsik untuk belajar dan menghubungkaitkan bahan-bahan baru dalam kehidupannya. • Pelajar kecenderungan untuk menerima sesuatu yang lebih mendalam dalam pembelajaran.
  • 51. 48 • Terdapat empat sub-skala bagi 2) Pendekatan Berorientasikan elemen ini iaitu kurang keazaman Reproduktif atau secara Permukaan untuk bertindak, tiada perkaitan (Surface Approach) dalam mengingat, batasan silibus dan ketakuatan dalam menghadapi kegagalan (Entwistle, Tait & McCune, 2000). • Melibatkan pelajar yang berkecenderungan terhadap pembelajaran secara permukaan sahaja. • Pelajar hanya akan mengingat fakta tetapi mungkin tidak mampu untuk menggabungkan fakta baru dengan bidang pengetahuan yang lebih luas. • Pelajar ini juga mempunyai keinginan ekstrinsik untuk belajar. • Terdapat lima sub-skala iaitu 3) Pendekatan Strategik (Strategic pembelajaran yang teratur, Approach) pengurusan masa, peka terhadap keperluan penilaian, pencapaian dan pengawalan efektif (Entwistle, Tait & McCune, 2000). • Melibatkan pelajr yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan gred kelulusan yang cemerlang.
  • 52. 49 2.4.6 Model Gaya Pembelajaran Grasha-Riechman Menurut Wong Chai Ling (2006), Model Grasha-Riechmann telah dibentuk untuk menentukan gaya pembelajaran pelajar kolej di dalam kelas. Menurut Grasha (1996) dalam Wong Chai Ling (2006), skala gaya pembelajaran pelajar Grasha- Riechman adalah ideal daripada beberapa segi iaitu instrumen ini dibentuk untuk menilai gaya pembelajaran pelajar kolej dan universiti, ia adalah fokus kepada cara pelajar berinteraksi dengan pengajar dan pelajar lain, ia menggalakkan penyediaan dan pembelajaran yang dapat membantu fakulti mereka memilih kursus yang sesuai dan memenuhi keperluan pelajar dan dengan instrumen ini, pelajar boleh memiliki keenam-enam gaya pembelajaran dalam had yang banyak atau kurang kerana pengelasan sistem ini dapat menghalang gaya pembelajaran yang berulang dan menyediakan insentif untuk penggunaan gaya pembelajaran optimum. Enam sifat daripada Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann (GRSLSS) adalah seperti berikut: 1. Berdikari Ciri-ciri : Seseorang pelajar gemar menyiapkan tugas secara bersendirian dan menerima arahan daripada guru pada tahap yang minima. Kebaikan : Membina kemahiran seperti inisiatif kendiri dan pembelajaran kendiri. Kelemahan : i) Menjadi seorang yang sentiasa kekurangan dalam kemahiran kolaboratif. ii) Gagal mendapat nasihat daripada orang lain atau mendapat bantuan apabila diperlukan. 2. Penghindaran Ciri-ciri : i) Pelajar berkecenderungan mendapat gred yang rendah dan mempunyai ketidakhadiran ke kuliah yang tinggi. ii) Mereka adalah lemah dalam menguruskan tugasan mereka dan lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka. Kebaikan : Berkebolehan untuk mengelakkan tekanan dan kebimbangan dalam
  • 53. 50 mengambil langkah yang serius untuk mengubah cara hidup mereka. Kelemahan : i) Hasil kerja menurun. ii) Mengelakkan mereka daripada menentukan matlamat yang produktif. 3. Kolaboratif Ciri-ciri : Pelajar seronok untuk berkongsi idea ketika bekerja dalam kumpulan. Kelebihan : Mengembangkan teknik untuk bekerja dan belajar dalam kumpulan. Kelemahan : Terlalu bergantung kepada orang lain dan selalu tidak berkemampuan untuk membuat kerja. 4. Pergantungan Ciri-Ciri : Pelajar akan berasa hampa apabila menghadapi cabaran kerana mereka amat bergantung kepada tutor untuk memberikan arahan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kelebihan : Membantu merka dalam menguruskan kebimbangan dan mendapat arahan yang jelas. Kelemahan : Sukar membentuk kemahiran kendiri dan kemahiran pembelajaran. 5. Persaingan Ciri-ciri : Pelajar akan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan ganjaran, pengiktirafan dan kesangsiaan juga timbul dikalangan pelajar dalam kumpulan yang sama. Kelebihan : Memotivasi pelajar untuk mengekalkan prestasi dan menentukan hala tuju dalam pembelajaran. Kelemahan : Gaya ini menyukarkan pelajar menghargai serta mempelajari teknik kolaboratif. 6. Penyertaan Ciri-ciri : i) Pelajar lebih bertanggungjawab keatas pembelajaran mereka dan mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang lain. ii) Mereka menyiapkan semua tugasan yang diberikan dengan sikap
  • 54. 51 yang positif. iii) Mereka adalah golongan yang aktif dalam aktiviti kelas kerana ia adalah sangat bernilai dan menarik. Kelebihan : Mendapat pengalaman dalam setiap pembelajaran kelas yang diikuti. Kelemahan : Melakukan sesuatu yang terlalu atau meletakkan keperluan orang lain melebihi diri sendiri. 2.5 Kajian-kajian Lepas Kajian-kajian literatur ini telah dikumpulkan melalui kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang sebelumnya. 2.5.1 Kajian-kajian Mengenalpasti Tahap Gaya-gaya Pembelajaran Rosati (1999) telah membuat satu kajian penyelidikan gaya pembelajaran terhadap 868 orang siswazah Kejuruteraan di University Of Western Ontario (UWO) yang terdiri daripada 692 orang lelaki dan 176 orang perempuan dengan menggunakan set soal selidik Felders Index Of Learning Styles. Beliau mendapati 69% pelajar mempunyai gaya pembelajaran Active, 59% pelajar bersifat Sensing, 89% pelajar berkecenderungan kepada gaya pembelajaran Visual dan 67% pula bersifat Sequential. Felder, R.M. (2000) telah menggunakan Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) untuk menguji gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan kimia seramai 116 orang di
  • 55. 52 North Carolina State University dimana gaya pembelajaran active dan cooperative learning dan inductive presentation diberi tumpuan. Kajian juga mendapati penggunaan alat ujian MBTI adalah sangat berguna dalam membantu pendidik kejuruteraan dan penasihat akademik pelajar untuk memahami gaya pembelajaran pelajar mereka dan menjalankan proses pengajaran yang berkesan kepada pelajar. Kajian oleh Hyeok Kang (1999) telah dijalankan untuk menentukan gaya pembelajaran 306 penuntut Korea dari dua buah Sekolah Tinggi di Seoul, Korea. Kajian ini mengikut kajian Reid (1987) dalam mengkaji gaya pembelajaran penuntut ESL di Amerika Syarikat. Kajian Reid mencari maklumat mengenai empat gaya pembelajaran yang asas iaitu visual, auditori, kinestetik dan ‘tactile’ dan juga pemilihan cara belajar individu atau kelompok. Secara keseluruhannya, penuntut Korea ini mengamalkan gaya pembelajaran auditori, kinestetik dan cara belajar individu sebagai gaya pembelajaran utama. Visual, ‘tactile’ dan cara belajar berkelompok merupakan gaya pembelajaran yang kedua atau minor. Hamzah Bin Nun (1999) pula telah menjalankan kajian katas 297 orang pelajar dari lima buah fakulti di UTM, Skudai iaitu Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan menggunakan set soal selidik Honey dan Mumford (1992). Dapatan kajian menunjukkan terdapat sebilangan besar responden di UTM, Skudai mempunyai gaya pembelajaran Reflector (134 orang, 45.1%) dan gaya pembelajaran sampingan sebagai Aktivist (105 orang, 35.4%). Sebilangan kecil responden mempunyai gaya pembelajaran Teorist (41 orang, 13.8%) diikuti oleh gaya pembelajaran Pragmatist (17 orang, 5.7%). Di Fakulti Pendidikan pula, daripada jumlah sampel 60 orang, terdapat seramai 27 (45.0%) orang pelajar mempunyai gaya pembelajaran Reflector, 21 (35.0%) orang Activist, 8 (13.3%) orang Theorist dan 4 (6.9%) orang Pragmatist. Kajian oleh Hii Siong Ting (2006) keatas 146 orang pelajar Sains Tahun 5, Fakulti Pendidikan, UTM dengan menggunakan set soal selidik Dunn dan Dunn (1978), mendapati pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap elemen
  • 56. 53 gaya pembelajaran cahaya, suhu, motivasi sendiri, rakan sebaya, pelbagai cara dan sub elemen yang terdiri daripada visual, kinestetik, auditori, masa pagi dan masa malam. Hasil kajian menunjukkan kecekalan pelajar berada pada tahap yang rendah. Kajian Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga buah madrasah di Singapura (Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-Irsyad Al Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Silverman Index of Learning Styles menunjukkan secara amnya, didapati ramai pelajar menggunakan gaya pembelajaran Visual (152 orang pelajar) berbanding dengan gaya-gaya pembelajaran yang lain. Secara khususnya, ramai pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Active berbanding Reflective, Sensing berbanding Intuitive, Visual berbanding Verbal dan Sequential berbanding Global. 2.5.2 Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari Segi Jantina Kajian Hyeok Kang (1999) ke atas penuntut Korea di dua buah Sekolah Tinggi di Seoul, Korea menunjukkan penuntut lelaki dan perempuan secara keseluruhannya kurang mengamalkan gaya pembelajaran berkelompok tetapi paling banyak mengamalkan gaya pembelajaran kinestetik. Penuntut lelaki memilih gaya pembelajaran ‘tactile sebagai minor stail manakala penuntut perempuan pula memilih gaya pembelajaran ‘tactile’ sebagai major stail. Penuntut perempuan lebih banyak mengamalkan gaya pembelajaran kinestetik, ‘tactile dan cara belajar individu daripada penuntut lelaki. Min gaya pembelajaran visual, autitori, dan cara belajar berkelompok yang dipilih oleh penuntut lelaki adalah lebih tinggi daripada min gaya pembelajaran yang dipilih oleh penuntut perempuan.
  • 57. 54 Berdasarkan kajian Hamzah Nun (1999) ke atas pelajar dari lima buah fakulti (Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) UTM, Skudai yang menggunakan set soal selidik Honey dan Mumford (1992), tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran mengikut jantina. Berdasarkan ujian t yang dijalankan, didapati bahawa nilai t = -0.213, p<0.831. Maka pengkaji mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar lelaki dengan gaya pembelajaran pelajar perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Keputusan ini menerangkan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Dapatan kajian Dunn dan Dunn serta Price (Dunn, 1984) adalah berbeza dengan dapatan kajian Hamzah Nun. Dunn dan Dunn serta Price telah menjalankan kajian keatas pelajar yang dikategorikan berdasarkan kecenderungan gaya pembelajaran mereka dengan menggunakan Learning Style Inventory (ILS). Kajian menunjukkan terdapat kaitan yang signifikan di antara gaya pembelajaran berdasarkan jantina. Pelajar lelaki cenderung belajar dalam suhu persekitaran yang sejuk, dalam keadaan yang tidak formal, belajar bersama rakan sebaya serta memerlukan struktur untuk belajar dengan cara yang pelbagai. Bagi pelajar perempuan pula, mereka cenderung belajar dalam keadaan yang tidak formal tetapi ia tidak berkait dengan orientasi rakan sebaya, pengambilan makanan dan pergerakkan. Dapatan kajian Hii Siong Ting (2006) yang menggunakan soal selidik Dunn dan Dunn (1978) juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar lelaki dengan pelajar perempuan bagi elemen bunyi dan elemen motivasi. Kajian Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga buah madrasah di Singapura (Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-Irsyad Al Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Silverman Index of Learning Styles menunjukkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan lebih cenderung memiliki
  • 58. 55 gaya pembelajaran Active (46.5% dan 49.6%), Sensing (47.5% dan 46.1%), Visual (73.3% dan 67.9%) dan Sequential (34.7% dan 46.0%). Rosati (1999) mendapati bahawa pelajar perempuan adalah bersifat kurang Active, kurang Sensing, kurang Visual serta lebih Sequential berbanding dengan pelajar lelaki. Pelajar perempuan dikatakan lebih berhati-hati daripada pelajar lelaki semasa pertama kali membaca arahan sebelum mencuba sesuatu perkara. Sebaliknya, pelajar lelaki lebih suka untuk mencuba sesuatu daripada berfikir dahulu. Pelajar perempuan juga lebih fasih dalam kedua-dua percakapan dan penulisan. Tambahan pula, mereka lebih tersusun dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 2.5.3 Kajian Hubungan Tahap Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Gred bacaan yang lebih baik dan amat memuaskan dapat dihasilkan apabila pelajar itu mempunyai gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan jiwa mereka. Tetapi sebaliknya, jika seseorang pelajar itu tidak dapat menyesuaikan gaya pembelajaran yang mereka amalkan, maka keputusan pencapaiannya akan menurun dan tidak memuaskan (Shea, 1983). Shea telah menjalankan kajian ke atas 320 orang pelajar universiti menyatakan bahawa apabila pelajar bertemu dengan gaya pembelajaran yang sesuai dengan mereka maka mereka akan mencatatkan pencapaian akademik yang lebih tinggi. Sebaliknya, pelajar yang tidak bertemu dengan gaya pembelajaran yang sesuai dengan akan mencatatkan pencapaian yang rendah. Oleh itu, adalah amat penting untuk mengamalkan gaya pembelajaran yang sesuai. Golongan pelajar yang berpencapaian tinggi tidak semestinya mempunyai cara belajar yang baik. Mereka berjaya mungkin kerana kecerdasan otak mereka, daya usaha yang agak berlebihan dan tumpuan masa yang brlebihan (Mohd Yunus, 1990).
  • 59. 56 Amilia (1997) telah menjalankan satu kajian mengenai stail pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar SPH di UTM, kampus Skudai dan kaitannya dengan peperiksaan semester. Seramai 100 orang pelajar tahun 4 dan 5 telah dipilih sebagai responden kajian ini. Stail pembelajaran telah diukur dengan menggunakan stail yang dikemukakan oleh Warren (1974) iaitu stail pembelajaran ‘bekerjasama’, ‘berdikari’, ‘bergantung’, ‘menyertai’, ‘bertanding’ dan ‘mengelak’. Dapatan kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar tidak mempunyai perhubungan dengan keputusan peperiksaan semester. Dapatan kajian ini adalah sama dengan dapatan kajian Hamzah Nun (1999) keatas pelajar dari lima buah fakulti (Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) UTM, Skudai yang menggunakan set soal selidik Honey dan Mumford (1992). Didapati bahawa nilai ujian Anova bagi menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan CPA semasa ialah F (3.289) = 0.536, p<0.585. Keputusan ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran antara pelajar yang memperolehi CPA rendah, sederhana, tinggi dan cemerlang tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Maka, daripada analisis tesebut didapati bahawa gaya pembelajaran tidak dipengaruhi oleh CPA semasa. Dunn (1979) membuat kajian keatas 100 orang pelajar kolej yang diajar dengan gaya pembelajaran yang sesuai. Beliau mendapati pelajar-pelajar tersebut menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam ujian dan pengetahuan tentang fakta berbanding dengan pelajar yang tidak diberi pendedahan tentang gaya pembelajaran. Oleh itu, ini pula menunjukkan bahawa gaya pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Hasil kajian Hii Siong Ting (2006) yang menggunakan soal selidik Dunn dan Dunn (1978) juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar bagi elemen kecekalan berdasarkan tahap pencapaian akademik iaitu CPA tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar bagi
  • 60. 57 elemen-elemen lain dalam kategori persekitaran dan kategori emosional berdasarkan pencapaian akademik iaitu CPA. Kajian Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga buah madrasah di Singapura (Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-Irsyad Al Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Solomon Index of Learning Styles mendapati secara keseluruhannya, tiada perbezaan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran pelajar-pelajar yang cemerlang dan sederhana ataupun yang rendah. Sureshkumar (2005) telah menjalankan satu kajian menggunakan soal selidik Reid (1984) di UTM dengan mengambil 45 responden yang merupakan pelajar- pelajar tahun dua kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) yang telah mengambil matapelajaran Teknologi Pengeluaran Asas semasa di tahun satu iaitu pada sesi 2003/2004. Melalui analisis kajian inferensi dengan menggunakan ujian korelasi pearson, didapati bahawa hanya terdapat hubungan atau kaitan diantara gaya pembelajaran kinestetik (nilai pekali korelasi yang diperoleh adalah 0.404) dan gaya pembelajaran kecekatan tangan (nilai pekali korelasi yang diperoleh adalah 0.334) dengan pencapaian akademik Menurut Siti Hawa (1988), dalam satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, pelajar-pelajar telah ditanya sebab-sebab mereka lulus dalam peperiksaan. Salah satu sebab yang telah dikenalpasti ialah kebiasaan belajar. Contoh telah menunjukkan peratus pelajar lulus disebabkan kebiasaan belajar adalah 33% serta peratus pelajar gagal kerana kurang keberkesanan belajar ialah 25%.
  • 61. 58 2.6 Kesimpulan Dalam bab ini, penyelidik telah membincangkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain tentang hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Daripada kajian-kajian ini, walaupun terdapat kajian yang mengatakan gaya pembelajaran tidak mempengaruhi pencapaian akademik namun gaya pembelajaran sebenarnya memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar yang tidak mengetahui cara yang betul untuk menimba ilmu pengetahuan seperti cara mengambil nota, cara pengagihan masa dan cara belajar yang betul dan sebagainya akan menghadapi masalah pembelajaran. Oleh itu, pengamalan gaya belajar yang sesuai dan berkesan adalah amat penting untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang.
  • 62. BAB III METODOLOGI 3.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan mengenai kaedah yang digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Antara aspek- aspek yang dibincangkan ialah rekabentuk kajian, tempat kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur mengumpul data kajian dan penganalisisan data. 3.1 Rekabentuk Kajian Menurut Mohd. Najib (2003), kaedah tinjauan adalah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lintas lalu melalui sekali kutipan data yang selalunya melalui soal selidik.
  • 63. 60 Kaedah tinjauan secara soal selidik telah digunakan dalam kajian ini sebagai alat utama bagi mengumpul data secara kuantitatif. Soal selidik digunakan untuk mengukur ciri-ciri atau pembolehubah daripada saiz sampel yang banyak (Mohd. Majid, 1993). Kaedah ini lebih praktikal digunakan berbanding dengan kaedah temubual kerana bilangan sampel kajian adalah besar, maka teknik temubual tidak begitu sesuai untuk digunakan. Kajian ini juga merupakan kajian korelasi. Menurut Mohd. Najib (1999), kajian korelasi melihat atau mengukur hubungkait antara dua pembolehubah. Ia menerangkan kekuatan kaitan dan juga sama ada ia signifikan atau tidak. Kajian ini meninjau Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor. Kaedah tinjauan ini digunakan untuk meninjau beberapa aspek pelajar-pelajar seperti demografi pelajar, pencapaian akademik pelajar serta gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dari setiap program pengajian (SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT). 3.2 Tempat Kajian Tempat kajian yang dipilih ialah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidik memilih kesemua 14 program pengajian Sarjana Muda yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan iaitu SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT.
  • 64. 61 3.3 Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor dari setiap program pengajian (SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT). Jumlah populasi adalah seramai 369 orang pelajar. Sementara itu, dalam penentuan responden, kajian ini menggunakan persampelan rawak berlapis bagi menentukan bilangan sampel bagi setiap program pengajian. Persampelan rawak berlapis digunakan untuk memastikan tidak berlaku bias dalam pemilihan sampel dan setiap sampel dari populasi kajian mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel kajian dan membolehkan ciri-ciri keseluruhan populasi dapat diwakili. Penyelidik merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie & Morgan (1970) untuk mendapatkan jumlah sampel yang diperlukan bagi kajian ini kerana Krejcie & Morgan (1970) mempunyai aras keyakinan sebanyak 95%. Berasaskan pada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970), sejumlah 296 orang pelajar daripada 369 orang pelajar telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian.