SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir
hingga peringkat kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan
tingkah laku mental. Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat
kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan
dengan peringkat yang lebih awal.
Contohnya, bayi yang baru lahir tidak dapat bertutur dan meminta apa yang
dikehendaki. Apabila sudah berumur satu tahun, dia mula berupaya menyebut satu
atau dua patah perkataan seperti “ma……ma” atau “pa….pa”. Dari keadaan tidak boleh
bertutur kepada boleh bertutur beberapa patah perkataan, nyatalah kanak-kanak ini
telah mengalami perkembangan.
Karl Garrison(1965 ) berpendapat bahawa perkembangan adalah hasil daripada
tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Paul
Eggan dan Don Kauchak (2006) berpendapat perkembangan adalah perubahan
dalam yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran,
pengalaman dan kematangan.
Slavin (1989) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan
mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri
kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Menurut crow(1998),
perkembangan merupakan perubahan secara “kualitatif serta cenderung ke arah yang
lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Contohnya, Thillainathan pelajar Tahun 2 tidak berupaya menyelesaikan
masalah matematik yang melibatkan konsep pecahan. Bagaimanapun , apabila berada
dalam Tahun 3, Thillainathan telah menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan pecahan. Ini menunjukkan wujudnya perubahan dari segi
pemikiran dalam dirinya. Nyatannya Thillainathan telah mengalami proses
perkembangan.
Kesimpulanya, perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang
bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran
masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel
sehingga akhir hayat organisma.
PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada
peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan
kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada
konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan
bahasa.
Seterusnya, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur
daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh menggengam
objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku
dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.
Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara
berterusan. Dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak akan menambah
kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas
untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru kelak…… (B.F.Skinner 1974)
Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sesetengah kanak-kanak boleh
berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan 18 bulan. Ini
adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang
kita dapat lihat di dalam sesebuah bilik darjah.
Akhir sekali, perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara
kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia
ada di dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk , berjalan dan kemudian
berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada
latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Proses pembelajaran
membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada di dalam
dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna
memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih
atau meniru cara-cara berenang.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
2 jenis faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, iaitu :
Faktor Baka Dan Persekitaran
a) Faktor Baka
Kajian pengaruh genetik ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia
adalah dipelapori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di Australia. Mengikut
kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa
gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka.
Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen yang diperturunkan melalui ibu bapa
kepada anak-anaknya. Gen-gen ini terkandung dalam kromosom. Ia menguasai
perkembangan manusia adalah unik bagi setiap individu. Tidak dapat dinafikan bahawa
pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut,
misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata.
Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan Sheldon
(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan kebolehan
intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara
individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-
ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu
bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga
cerdas pintar.
Perbezaan emosi juga dipengaruhi oleh baka. Mengikut kajian ahli- ahli psikologi,
emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu dan bapa. Misalnya, ibu bapa
yang melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
b) Faktor persekitaran
Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Ia
termasuk pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir
merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu misalnya adakah ibunya
merokok semasa hamil, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu.
Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah seperti pemakanan, sosio ekonomi dan
tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media
dan persekitaran dunia. Semua in dikatakan mempengaruhi perkembangan.
Teori Ekologi (2004) adalah diutarakan oleh Eric Bronfenbrenner (1917). Teori
ekologi ini memfokuskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan
individu dari lahir hingga dewasa.
Teori Ekologi Bronfenbrenner merangkumi lima sistem ekologi berasaskan
kepada interaksi kanak-kanak dalam keluarga mereka, dan di antara rakan sebaya
serta orang-orang dewasa yang dekat, termasuk pengaruh sosiobudaya keluarga dan
komuniti tempatan. Bronfenbrenner membahagikan sistem ekologi ini kepada lima jenis
sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem.
Teori Ekologi Bronfenbrenner yang memfokuskan pengaruh sistem ekologi
terhadap perkembangan kanak-kanak, mengisikan kena pada masanya kekosongan
teori perkembangan dan pembelajaran di antara teori behavioral dan teori
anthroplogikal. Teori ekologikal ini menarik perhatian pendidik-pendidik agar bukan
sahaja hanya mengutamakan alam belajar dalam bilik darjah, tetapi juga alam
persekitaran di luar bilik darjah. Dengan perkataan lain guru tidak patut hanya
menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
sahaja, tetapi juga harus member pertimbangan pengaruh daripada interaksi dan
komunikasi murid- murid mereka dengan keluarga, rakan sebaya, jiran, dan komuniti,
tempatan di luar sekolah.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Pada amnya, perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga
peringkat seperti berikut:
1. Peringkat bayi (0-2 tahun)
2. Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)
3. Peringkat kanak-kanak (6-12 tahun)
Setiap peringkat kanak-kanak tersebut biasanya mengalami
perkembangan yang unik dalam aspek-aspek seperti psikomotor, mental, emosi,
sosial dan bahasa. Berikut ialah huraian secara ringkas tentang asek-aspek
perkembangan kanak-kanak dalam ketiga-tiga peringkatnya.
1. Aspek Perkembangan psikomotor (Jasmani)
Peringkat Umur (Tahun) Aspek perkembangan Psikomotor
Bayi 0-2
Mula memperolehi koordinasi dan kawalan
otot. Tulang masih lembut.
Mula membezakan suara daripada keluarga
dan orang lain.
Mula mengenal objek dalam alam sekitar
melalui organ deria dan tangan.
Awal kanak-
kanak
2-6
Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih
tegap dan lebih tinggi.
Mempunyai satu set gigi
Semakin aktif dengan menggunakan kaki
dan tangannya.
Otak berkembang menjadi lebih besar dan
terkawal.
Kanak-kanak 6-12
Penyelerasan motor dan kawalan tubuh
badan bertambah baik.
Otot mata sudah matang untuk membaca
Pendengaran bertambah tajam dan boleh
membezakan bunyi-bunyi yang berlainan
Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang
dewasa.
2. Aspek perkembangan kognitif
Peringkat Umur
(Tahun)
Aspek perkembangan mental
Bayi 0 -2
Mengetahui keadaan keliling dengan cara
mendengar bunyi
Mula mengaitkan objek dengan kata-kata
Awal kanak-kanak 2-6
mula menggunakan bahasa sebagai ganti
gambaran benda.
Boleh membentuk konsep yang mudah.
Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan
cirri-ciri amnya.
Kanak-kanak 6-12
Sudah pandai melakukan operasi konkrit.
Mereka boleh menguasai konsep kuantiti
dan bentuk bersiri seperti „lebih berat‟, „lebih
padat‟ dan „lebih tinggi‟.
Boleh memberi perhatian kepada beberapa
perkara serentak dan keupayaan ingatan
semakin bertambah.
IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL (6 HINGGA12) TAHUN
Oleh kerana kanak-kanak dalam peringkat umur 6 hingga 12 tahun ini sanggup
berlatih dalam jangka masa yang panjang demi meningkatkan mutu permainan mereka.
Kanak-kanak boleh diajar bermainan alat-alat muzik aktiviti-aktivit melukis. Ini akan
mengembangan daya imaginasi mereka dengan cepat.
Boleh adakan latihan untuk pelbagai jenis permainan agar pelajar dapat
memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu. Ini akan membolehkan pelajar mengambil
bahagian dalam beberapa jenis permainan dengan penuh yakin
Selain itu, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan
seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina
pergerakan yang lebih cekap. Guru wajarlah menyediakan peluang untuk aktiviti-aktiviti
yang lasak dengan menekankan aspek-aspek daya kekuatan dan ketahanan untuk
jangka masa yang lebih lama. Walaupun kanak-kanak perempuan, terutamanya
mereka yang telah awal mencapai peringkat baligh, mungkin pada umumnya tidak
meminati aktiviti-aktivit yang lasak dan berpanjangan.
Pembentukan postur yang baik bagi kumpulan kanak-kanak dalam lengkungan
umur ini menimbulkan masalah. Oleh yang demikian guru perlulah mengawasi gaya
duduk dan berjalan kanak-kanak di bawah pengurusanya dan merancang aktiviti-aktiviti
yang dapat membantu postur yang baik. Perhatian yang khusus hendaklah diberi
kepada kanak-kanak perempuan yang telah cukup umur.
Ini adalah kerana pada peringkat umur ini kanak-kanak perempuan membesar
secara mendadak. Gejalah ini pada umumnya membuat mereka merasa sensitif
terhadap perubahan-perubahan fizikal mereka. Contohnya, untuk mengalihkan
perhatian umum terhadap ketinggian tubuh badan dan pembesaran buah dada, mereka
akan mengimbangkannya dengan cara merendahkan kedua-dua bahu mereka.
Dari masa ke semasa bolehlah diadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk ujian
kendiri. Ujian ini boleh digabungkan ke dalam aktiviti-aktiviti individu yang bukan hanya
mencabar keupayaan fizikal kanak-kanak tetapi juga keupayaan mental untuk
menyelesaikan masalah.
Selain itu, dapat membina sikap terhadap diri yang sempurna iaitu seperti sikap
menjaga badan bersih dan selamat yang selaras dengan sikap sempurna dan relistik
serta perasaan normal dan mencukupi. Ini kerana kekuatan rupa bentuk fizikal dan
perkembangan kelenjar menentukan penerimaan seseorang individu oleh dirinya
sendiri dan penerimaan oleh orang lain.
Selain daripada itu,aktiviti senaman dan pemakanaan yang sesuai perlu
diterapkan kepada kanak-kanak. perbezaan saiz berat badan dengan rakan sebaya,
lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut erlebih berat badan boleh menimbulkan
masalah sosial dan masalah penyesuaian.
IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF(6 HINGGA 12) TAHUN
Guru hendaklah menyediakan buku-buku bacaan dan tulisan-tulisan yang
menggunakan huruf dan gambar yang besar kerana ini boleh menyebebkan kanak-
kanak memusatkan perhatian terhadap pengajaran.
Mengikut teori perkembangan Jean Piaget,implikasinya adalah teruskan
penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajar kemahiran yang baru ini
boleh diajar kepada kanak-kanak peringkat pra operasi.Contohnya, model-model tiga
dimensi (3D) untuk mewakil objek-objek yang baru pelajari. Ini dapat menarik minat
mereka terhadap pelajaran dan mereka masih memerlukan objek-objek konkrit untuk
menyelesaikan satu-satu masalah.
Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasikan dan menguji objek-objek
yang diajar.Contoh, membuat eksperiman dalam subjek sains seperti mengkaji
keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan. Membuat eksperimen
tentang mikroorganisma dan sebagainya.
Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun.Contoh,
mulakan pembacaan dengan buku yang mudah beransur kepada yang lebih
kompleks.Bahagikan pembentangan kepada langkah-langkah yang mudah.
Gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar
untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks. Memperkenalkan soalan-soalan
berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Ini
boleh memperkembangkan daya pemikiran kanak-kanak.
Galakan interaksi dan perbincangan kumpulan. Ini adalah kerana pelajar-pelajar
telah mula menerima pandangan orang lain. Tekankan pada perkaitan antara dua
situasi. Ini akan meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk mengaitkan satu situasi
kepada satu situasi yang lain.
Adakan latihan-latihan untuk memperkukuhkan proses kebalikan di kalangan
pelajar. Contohnya, 1+2=3 dan 2+1=3; dengan itu a+b=c dan b+a=c. berikan masalah-
masalah yang berkaitan dengan konsep, ruang, kelajuan dan masa. Pelajar-pelajar
pada peringkat 6 hingga 12 tahun ini mula menguasai konsep-konsep tersebut.
Mengikut Vygotsky (1978) juga terdapat lima implikasi perkembangan kongitif
kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi yang pertama
ialah penilaian guru perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal
setiap kanak-kanak. Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk
menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak.
Implikasi seterusnya adalah, guru perlu menggunakan Zon Perkembangan
Proksimal dalam pengajaran. Pada had atas guru perlu menetapkan objektif untuk
kanak-kanak capai. Objektif guru perlu ada pada tahap kesukaran yang lebih tinggi
daripada pencapaian pelajar ketika itu. Selain itu, guru juga hendaklah membantu bila
kanak-kanak memerlukan bantuan. Guru juga perlu memberi galakan dan semangat
untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasikan kemahiran supaya mencapai
objektif.
Implikasi yang ketiga mengikut Vygotsky ialah guru perlu mengalakkan kanak-
kanak meminta bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Kanak-kanak boleh
mendapatkan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan yang sudah memahami konsep
yang diajar.
Implikasi yang keempat ialah guru hendaklah mengawal dan mengalakkan kanak-
kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Guru juga hendaklah
membimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke
dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. Strategi ini meningkatkan perkembangan
bahasa kanak-kanak dengan cepat.
Implikasi terakhir mengikut Vygotsky ialah guru perlu memberi arahan yang
bermakna. Seboleh-bolehnya guru hendaklah mengaitkan pengajaran dengan
kehidupan seharian. Guru juga hendaklah mengurangkan penghafalan, bimbing pelajar
mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar. Secara tidak langsung
implikasi ini mengembangkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
CARA-CARA GURU DAPAT MELANGGANI MASALAH PERBEZAAN INDIVIDU
DALAM BILIK DARJAH
Cara pertama ialah kaedah kumpulan. Oleh kerana pelajar di dalam sesebuah
kelas berbeza dari segi keupayaan, guru bolehlah membentuk kumpulan aktiviti
pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan mereka. Ini memudahkan guru untuk
menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Guru juga
perlu membuat carta kemajuan dan rekod pelajar untuk setiap pelajarannya. Hasil
pemerhatian guru dan pencapaian pelajar perlu dicatat dari masa ke masa.
Cara kedua ialah, program pengayaan dan pemulihan. Untuk kumpulan-
kumpulan yang diagihkan mengikut tahap keupayaan, setelah pelajar-pelajar
menyudahkan latihan untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, guru
bolehlah menyediakan bahan pengayaaan untuk kumpulan cerdas dan bahan
pemulihan untuk pelajar yang lambat.
Peneguhan positif dan negatif. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku,
guru haruslah memberi peneguhan positif kepada tingkah laku yang disukai atau
diterima oleh semua guru dan ibu bapa. Guru hendaklah memberi peneguhan negatif
untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak disukai. Contohnya, guru yang hendak
mengelak daripada pelajar membuat bising, akan mengatakan, „saya akan
membenarkan pelajar yang diam keluar rehat lebih awal‟. Sepertimana dinyatakan
dalam teori Bruner (1915).
Pelajar akan diam untuk mengelakkan daripada keluar rehat lambat. Guru juga
boleh menggunakan prinsip Premack atau “grandmother‟s rule”, iaitu dengan
mengatakan, “Pelajar yang dapat membuat latihan matematik 10 betul, akan saya
membenarkan membaca komik Doremon”. Ini bermakna pelajar-pelajar yang membuat
latihan matematik dengan cermat akan dapat sesuatu yang disukainya.
Cara ketiga ialah, pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan. Guru
hendaklah menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan tahap keupayaan
pelajar untuk meggalakkan pelajar berfikir dan berkembang seterusnya.
Cara keempat ialah pengajaran dan pembelajaran individu. Guru perlu
mengadakan bimbingan individu atau menyediakan latihan individu untuk pelajar yang
lambat. Aktiviti pengajaran-pembelajaran harus sesuai dengan keupayaan dan minat
pelajar. Contohnya, untuk pelajar-pelajar tahun 4 dan 5, mereka suka membuat latihan
yang menyeronokkan, seperti teka silang kata. Sekiranya mereka lemah dalam bahasa,
guru boleh menyediakan latihan berbentuk silang kata bahasa.
Ada kalanya membuat model bersama pelajar akan menambahkan minat
pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Contohnya, belajar bahasa Inggeris bagi
sesetengah pelajar adalah membosankan, tetapi sekiranya guru membuat model rumah
bersama pelajar menggunakan kotak dan selepas itu di labelkan dalam bahasa Inggeris
untuk tempat-tempat di dalam rumah tersebut, ini akan menjadikan pembelajaran lebih
menyeronokkan kepada pelajar.
Mempelbagaikan bentuk penilaian. Penilaian kertas dan pensil tidak akan dapat
menggambarkan kecerdasan sebenar seseorang pelajar. Untuk menggalakan kreativiti,
guru boleh menilai pelajar semasa aktiviti pengajaran-pembelajaran, menilai hasil kerja
pelajar, buku skrap, laporan aktiviti, laporan projek dan lain-lain.
Seterusnya, cara guru dapat melanggani masalah perbezaan individu dalam bilik
darjah ialah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengadakan kuiz, aktiviti
perbincangan dalam kumpulan, percambahan fikiran, lakonan, simulasi, kaedah
penyoalan, projek dan lawatan. Memulakan pelajaran dengan induksi set yang menarik,
seperti tayangan video, bercerita, mendengar lagu, bernasyid dan lain-lain.
Selain itu, cara kelima adalah mempelbagaikan bahan bantu mengajar.
Pembelajaran melalui akhbar dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang
boleh merangsang minda pelajar berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang
boleh didapati dalam surat khabar. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai alat
bantu mengajar, seperti penyampaian maklumat melalui transperansi, melalui web atau
pencarian internet, menyampaikan maklumat melalui carta dan lain-lain. Ini adalah
sesuai kerana dalam sesebuah bilik darjah, terdapat pelajar yang peka kepada audio,
ada yang tertarik kepada visual dan ada yang kinestetik.
Akhir sekali ialah, keadah gerak balas berkehendakkan guru menimbulkan minat
kanak-kanak untuk merancang, menyusun, mengadakan pertunjukkan dan memberi
laporan hasil daripada pojek tersebut.
RUMUSAN
Secara kesimpulannya, ahli-ahli psikologi menyatakan bahawa perkembangan
kanak-kanak merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga ke
peringkat kematangan.
Perkembangan ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan faktor baka. Melalui
teori-teori ahli-ahli psikologi, teori fizikal difokuskan kepada pertumbuhan tulang dan
otot dan bersedia untuk melakukan segala aktiviti fizikal.
Teori kognitif pula, difokuskan kepada kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran masing-
masing.
Guru-guru harus melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memperkembangankan
lagi perkembangan fizikal dan kognitif . Ini dapat membantu dalam perkembangan
kanak-kanak yang sihat.
Walaupun , terdapat perbezaan individu di dalam sesebuah bilik darjah, guru
harus mengetahui dan mengamalkan cara-cara untuk menangani masalah perbezaan
individu. Ini dapat mewujudkan suasana yang seimbang di dalam bilik darjah.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Azyyati Zainudin
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
syazwanie suhaimi
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
Pieja Hanhae
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Jenry Saiparudin
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Harshiny Renu
 
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanakM1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
Normala Mehat
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
Ukhuwahfillah Dua Benua
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Fanera Jeffery
 

Was ist angesagt? (20)

sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Pemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanakPemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanak
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
Perkembangan kanak kanak
Perkembangan kanak kanakPerkembangan kanak kanak
Perkembangan kanak kanak
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanakM1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 

Andere mochten auch

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
Adilah Said
 
Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaranStrategi pembelajaran
Strategi pembelajaran
Yan Abdilah
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Noorezayu Mohd Said
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
Fatiha Khaidzir
 
Teori perkembangan kognitif
Teori perkembangan kognitifTeori perkembangan kognitif
Teori perkembangan kognitif
Munirah Sobri
 
Teori belajar kognitif jean piaget
Teori belajar kognitif   jean piagetTeori belajar kognitif   jean piaget
Teori belajar kognitif jean piaget
sq awaliah
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
Ieta Sa'ad
 

Andere mochten auch (20)

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakPertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Teori bandura
Teori banduraTeori bandura
Teori bandura
 
Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaranStrategi pembelajaran
Strategi pembelajaran
 
Teori bandura : teori pembelajaran
Teori bandura : teori pembelajaranTeori bandura : teori pembelajaran
Teori bandura : teori pembelajaran
 
teori albert bandura
teori albert bandurateori albert bandura
teori albert bandura
 
Macam-macam Strategi Pembelajaran
Macam-macam Strategi PembelajaranMacam-macam Strategi Pembelajaran
Macam-macam Strategi Pembelajaran
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatan
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Strategi pembelajaran di TK
Strategi pembelajaran di TKStrategi pembelajaran di TK
Strategi pembelajaran di TK
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 
Teori Kognitif Sosial Albert Bandura
Teori Kognitif Sosial Albert BanduraTeori Kognitif Sosial Albert Bandura
Teori Kognitif Sosial Albert Bandura
 
Teori perkembangan kognitif
Teori perkembangan kognitifTeori perkembangan kognitif
Teori perkembangan kognitif
 
Teori kognitif dalam pembelajaran
Teori kognitif dalam pembelajaranTeori kognitif dalam pembelajaran
Teori kognitif dalam pembelajaran
 
Teori belajar kognitif jean piaget
Teori belajar kognitif   jean piagetTeori belajar kognitif   jean piaget
Teori belajar kognitif jean piaget
 
falsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanak
falsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanakfalsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanak
falsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanak
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 

Ähnlich wie Konsep perkembangan kanak

Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
eiyraarisya
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurture
Suhailah Fauzi
 
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
Sattia Wathy
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Gabby Ee
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Yazid Shangri-La
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
Arra Asri
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
muhammad
 

Ähnlich wie Konsep perkembangan kanak (20)

Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanak
 
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
 
PKK
PKKPKK
PKK
 
Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurture
 
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
 
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahPenglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
 
Biodata jean piaget
Biodata jean piagetBiodata jean piaget
Biodata jean piaget
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 

Konsep perkembangan kanak

  • 1. KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya, bayi yang baru lahir tidak dapat bertutur dan meminta apa yang dikehendaki. Apabila sudah berumur satu tahun, dia mula berupaya menyebut satu atau dua patah perkataan seperti “ma……ma” atau “pa….pa”. Dari keadaan tidak boleh bertutur kepada boleh bertutur beberapa patah perkataan, nyatalah kanak-kanak ini telah mengalami perkembangan. Karl Garrison(1965 ) berpendapat bahawa perkembangan adalah hasil daripada tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Paul Eggan dan Don Kauchak (2006) berpendapat perkembangan adalah perubahan dalam yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin (1989) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Menurut crow(1998), perkembangan merupakan perubahan secara “kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Contohnya, Thillainathan pelajar Tahun 2 tidak berupaya menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan konsep pecahan. Bagaimanapun , apabila berada dalam Tahun 3, Thillainathan telah menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pecahan. Ini menunjukkan wujudnya perubahan dari segi pemikiran dalam dirinya. Nyatannya Thillainathan telah mengalami proses perkembangan.
  • 2. Kesimpulanya, perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.
  • 3. PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa. Seterusnya, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru kelak…… (B.F.Skinner 1974) Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sesetengah kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan 18 bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kita dapat lihat di dalam sesebuah bilik darjah. Akhir sekali, perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada di dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk , berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada di dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.
  • 4. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN 2 jenis faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, iaitu : Faktor Baka Dan Persekitaran a) Faktor Baka Kajian pengaruh genetik ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah dipelapori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di Australia. Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Gen-gen ini terkandung dalam kromosom. Ia menguasai perkembangan manusia adalah unik bagi setiap individu. Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata. Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli- ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Perbezaan emosi juga dipengaruhi oleh baka. Mengikut kajian ahli- ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu dan bapa. Misalnya, ibu bapa yang melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
  • 5. b) Faktor persekitaran Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Ia termasuk pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu misalnya adakah ibunya merokok semasa hamil, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah seperti pemakanan, sosio ekonomi dan tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua in dikatakan mempengaruhi perkembangan. Teori Ekologi (2004) adalah diutarakan oleh Eric Bronfenbrenner (1917). Teori ekologi ini memfokuskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu dari lahir hingga dewasa. Teori Ekologi Bronfenbrenner merangkumi lima sistem ekologi berasaskan kepada interaksi kanak-kanak dalam keluarga mereka, dan di antara rakan sebaya serta orang-orang dewasa yang dekat, termasuk pengaruh sosiobudaya keluarga dan komuniti tempatan. Bronfenbrenner membahagikan sistem ekologi ini kepada lima jenis sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Teori Ekologi Bronfenbrenner yang memfokuskan pengaruh sistem ekologi terhadap perkembangan kanak-kanak, mengisikan kena pada masanya kekosongan teori perkembangan dan pembelajaran di antara teori behavioral dan teori anthroplogikal. Teori ekologikal ini menarik perhatian pendidik-pendidik agar bukan sahaja hanya mengutamakan alam belajar dalam bilik darjah, tetapi juga alam persekitaran di luar bilik darjah. Dengan perkataan lain guru tidak patut hanya menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga harus member pertimbangan pengaruh daripada interaksi dan komunikasi murid- murid mereka dengan keluarga, rakan sebaya, jiran, dan komuniti, tempatan di luar sekolah.
  • 6. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Pada amnya, perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti berikut: 1. Peringkat bayi (0-2 tahun) 2. Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun) 3. Peringkat kanak-kanak (6-12 tahun) Setiap peringkat kanak-kanak tersebut biasanya mengalami perkembangan yang unik dalam aspek-aspek seperti psikomotor, mental, emosi, sosial dan bahasa. Berikut ialah huraian secara ringkas tentang asek-aspek perkembangan kanak-kanak dalam ketiga-tiga peringkatnya. 1. Aspek Perkembangan psikomotor (Jasmani) Peringkat Umur (Tahun) Aspek perkembangan Psikomotor Bayi 0-2 Mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot. Tulang masih lembut. Mula membezakan suara daripada keluarga dan orang lain. Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Awal kanak- kanak 2-6 Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi. Mempunyai satu set gigi Semakin aktif dengan menggunakan kaki dan tangannya. Otak berkembang menjadi lebih besar dan terkawal.
  • 7. Kanak-kanak 6-12 Penyelerasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik. Otot mata sudah matang untuk membaca Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi-bunyi yang berlainan Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa. 2. Aspek perkembangan kognitif Peringkat Umur (Tahun) Aspek perkembangan mental Bayi 0 -2 Mengetahui keadaan keliling dengan cara mendengar bunyi Mula mengaitkan objek dengan kata-kata Awal kanak-kanak 2-6 mula menggunakan bahasa sebagai ganti gambaran benda. Boleh membentuk konsep yang mudah. Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan cirri-ciri amnya. Kanak-kanak 6-12 Sudah pandai melakukan operasi konkrit. Mereka boleh menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti „lebih berat‟, „lebih padat‟ dan „lebih tinggi‟. Boleh memberi perhatian kepada beberapa perkara serentak dan keupayaan ingatan semakin bertambah.
  • 8. IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL (6 HINGGA12) TAHUN Oleh kerana kanak-kanak dalam peringkat umur 6 hingga 12 tahun ini sanggup berlatih dalam jangka masa yang panjang demi meningkatkan mutu permainan mereka. Kanak-kanak boleh diajar bermainan alat-alat muzik aktiviti-aktivit melukis. Ini akan mengembangan daya imaginasi mereka dengan cepat. Boleh adakan latihan untuk pelbagai jenis permainan agar pelajar dapat memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu. Ini akan membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam beberapa jenis permainan dengan penuh yakin Selain itu, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap. Guru wajarlah menyediakan peluang untuk aktiviti-aktiviti yang lasak dengan menekankan aspek-aspek daya kekuatan dan ketahanan untuk jangka masa yang lebih lama. Walaupun kanak-kanak perempuan, terutamanya mereka yang telah awal mencapai peringkat baligh, mungkin pada umumnya tidak meminati aktiviti-aktivit yang lasak dan berpanjangan. Pembentukan postur yang baik bagi kumpulan kanak-kanak dalam lengkungan umur ini menimbulkan masalah. Oleh yang demikian guru perlulah mengawasi gaya duduk dan berjalan kanak-kanak di bawah pengurusanya dan merancang aktiviti-aktiviti yang dapat membantu postur yang baik. Perhatian yang khusus hendaklah diberi kepada kanak-kanak perempuan yang telah cukup umur. Ini adalah kerana pada peringkat umur ini kanak-kanak perempuan membesar secara mendadak. Gejalah ini pada umumnya membuat mereka merasa sensitif terhadap perubahan-perubahan fizikal mereka. Contohnya, untuk mengalihkan perhatian umum terhadap ketinggian tubuh badan dan pembesaran buah dada, mereka akan mengimbangkannya dengan cara merendahkan kedua-dua bahu mereka. Dari masa ke semasa bolehlah diadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk ujian kendiri. Ujian ini boleh digabungkan ke dalam aktiviti-aktiviti individu yang bukan hanya
  • 9. mencabar keupayaan fizikal kanak-kanak tetapi juga keupayaan mental untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, dapat membina sikap terhadap diri yang sempurna iaitu seperti sikap menjaga badan bersih dan selamat yang selaras dengan sikap sempurna dan relistik serta perasaan normal dan mencukupi. Ini kerana kekuatan rupa bentuk fizikal dan perkembangan kelenjar menentukan penerimaan seseorang individu oleh dirinya sendiri dan penerimaan oleh orang lain. Selain daripada itu,aktiviti senaman dan pemakanaan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak. perbezaan saiz berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut erlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.
  • 10. IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF(6 HINGGA 12) TAHUN Guru hendaklah menyediakan buku-buku bacaan dan tulisan-tulisan yang menggunakan huruf dan gambar yang besar kerana ini boleh menyebebkan kanak- kanak memusatkan perhatian terhadap pengajaran. Mengikut teori perkembangan Jean Piaget,implikasinya adalah teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajar kemahiran yang baru ini boleh diajar kepada kanak-kanak peringkat pra operasi.Contohnya, model-model tiga dimensi (3D) untuk mewakil objek-objek yang baru pelajari. Ini dapat menarik minat mereka terhadap pelajaran dan mereka masih memerlukan objek-objek konkrit untuk menyelesaikan satu-satu masalah. Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasikan dan menguji objek-objek yang diajar.Contoh, membuat eksperiman dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan. Membuat eksperimen tentang mikroorganisma dan sebagainya. Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun.Contoh, mulakan pembacaan dengan buku yang mudah beransur kepada yang lebih kompleks.Bahagikan pembentangan kepada langkah-langkah yang mudah. Gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks. Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Ini boleh memperkembangkan daya pemikiran kanak-kanak. Galakan interaksi dan perbincangan kumpulan. Ini adalah kerana pelajar-pelajar telah mula menerima pandangan orang lain. Tekankan pada perkaitan antara dua situasi. Ini akan meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk mengaitkan satu situasi kepada satu situasi yang lain. Adakan latihan-latihan untuk memperkukuhkan proses kebalikan di kalangan pelajar. Contohnya, 1+2=3 dan 2+1=3; dengan itu a+b=c dan b+a=c. berikan masalah-
  • 11. masalah yang berkaitan dengan konsep, ruang, kelajuan dan masa. Pelajar-pelajar pada peringkat 6 hingga 12 tahun ini mula menguasai konsep-konsep tersebut. Mengikut Vygotsky (1978) juga terdapat lima implikasi perkembangan kongitif kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi yang pertama ialah penilaian guru perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak. Implikasi seterusnya adalah, guru perlu menggunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Pada had atas guru perlu menetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Objektif guru perlu ada pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu. Selain itu, guru juga hendaklah membantu bila kanak-kanak memerlukan bantuan. Guru juga perlu memberi galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasikan kemahiran supaya mencapai objektif. Implikasi yang ketiga mengikut Vygotsky ialah guru perlu mengalakkan kanak- kanak meminta bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar. Implikasi yang keempat ialah guru hendaklah mengawal dan mengalakkan kanak- kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Guru juga hendaklah membimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. Strategi ini meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak dengan cepat. Implikasi terakhir mengikut Vygotsky ialah guru perlu memberi arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya guru hendaklah mengaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Guru juga hendaklah mengurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar. Secara tidak langsung implikasi ini mengembangkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • 12. CARA-CARA GURU DAPAT MELANGGANI MASALAH PERBEZAAN INDIVIDU DALAM BILIK DARJAH Cara pertama ialah kaedah kumpulan. Oleh kerana pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan, guru bolehlah membentuk kumpulan aktiviti pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan mereka. Ini memudahkan guru untuk menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod pelajar untuk setiap pelajarannya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian pelajar perlu dicatat dari masa ke masa. Cara kedua ialah, program pengayaan dan pemulihan. Untuk kumpulan- kumpulan yang diagihkan mengikut tahap keupayaan, setelah pelajar-pelajar menyudahkan latihan untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, guru bolehlah menyediakan bahan pengayaaan untuk kumpulan cerdas dan bahan pemulihan untuk pelajar yang lambat. Peneguhan positif dan negatif. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru haruslah memberi peneguhan positif kepada tingkah laku yang disukai atau diterima oleh semua guru dan ibu bapa. Guru hendaklah memberi peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak disukai. Contohnya, guru yang hendak mengelak daripada pelajar membuat bising, akan mengatakan, „saya akan membenarkan pelajar yang diam keluar rehat lebih awal‟. Sepertimana dinyatakan dalam teori Bruner (1915). Pelajar akan diam untuk mengelakkan daripada keluar rehat lambat. Guru juga boleh menggunakan prinsip Premack atau “grandmother‟s rule”, iaitu dengan mengatakan, “Pelajar yang dapat membuat latihan matematik 10 betul, akan saya membenarkan membaca komik Doremon”. Ini bermakna pelajar-pelajar yang membuat latihan matematik dengan cermat akan dapat sesuatu yang disukainya. Cara ketiga ialah, pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan. Guru hendaklah menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar untuk meggalakkan pelajar berfikir dan berkembang seterusnya.
  • 13. Cara keempat ialah pengajaran dan pembelajaran individu. Guru perlu mengadakan bimbingan individu atau menyediakan latihan individu untuk pelajar yang lambat. Aktiviti pengajaran-pembelajaran harus sesuai dengan keupayaan dan minat pelajar. Contohnya, untuk pelajar-pelajar tahun 4 dan 5, mereka suka membuat latihan yang menyeronokkan, seperti teka silang kata. Sekiranya mereka lemah dalam bahasa, guru boleh menyediakan latihan berbentuk silang kata bahasa. Ada kalanya membuat model bersama pelajar akan menambahkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Contohnya, belajar bahasa Inggeris bagi sesetengah pelajar adalah membosankan, tetapi sekiranya guru membuat model rumah bersama pelajar menggunakan kotak dan selepas itu di labelkan dalam bahasa Inggeris untuk tempat-tempat di dalam rumah tersebut, ini akan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan kepada pelajar. Mempelbagaikan bentuk penilaian. Penilaian kertas dan pensil tidak akan dapat menggambarkan kecerdasan sebenar seseorang pelajar. Untuk menggalakan kreativiti, guru boleh menilai pelajar semasa aktiviti pengajaran-pembelajaran, menilai hasil kerja pelajar, buku skrap, laporan aktiviti, laporan projek dan lain-lain. Seterusnya, cara guru dapat melanggani masalah perbezaan individu dalam bilik darjah ialah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengadakan kuiz, aktiviti perbincangan dalam kumpulan, percambahan fikiran, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan. Memulakan pelajaran dengan induksi set yang menarik, seperti tayangan video, bercerita, mendengar lagu, bernasyid dan lain-lain. Selain itu, cara kelima adalah mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Pembelajaran melalui akhbar dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh merangsang minda pelajar berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati dalam surat khabar. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar, seperti penyampaian maklumat melalui transperansi, melalui web atau pencarian internet, menyampaikan maklumat melalui carta dan lain-lain. Ini adalah
  • 14. sesuai kerana dalam sesebuah bilik darjah, terdapat pelajar yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan ada yang kinestetik. Akhir sekali ialah, keadah gerak balas berkehendakkan guru menimbulkan minat kanak-kanak untuk merancang, menyusun, mengadakan pertunjukkan dan memberi laporan hasil daripada pojek tersebut.
  • 15. RUMUSAN Secara kesimpulannya, ahli-ahli psikologi menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga ke peringkat kematangan. Perkembangan ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan faktor baka. Melalui teori-teori ahli-ahli psikologi, teori fizikal difokuskan kepada pertumbuhan tulang dan otot dan bersedia untuk melakukan segala aktiviti fizikal. Teori kognitif pula, difokuskan kepada kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran masing- masing. Guru-guru harus melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memperkembangankan lagi perkembangan fizikal dan kognitif . Ini dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak yang sihat. Walaupun , terdapat perbezaan individu di dalam sesebuah bilik darjah, guru harus mengetahui dan mengamalkan cara-cara untuk menangani masalah perbezaan individu. Ini dapat mewujudkan suasana yang seimbang di dalam bilik darjah.