3. TITAH KDYMM
• Falsafah Negara ini telah di huraikan oleh Kebawah Duli Yang Maha MUlia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei
Darussalam:
• “…Dari tiga rangkai kata Melayu Islam Beraja, terdapat unsur-unsur
atau nilai-nilai yang positif untuk ketahanan Negara, umpamanya dari
Melayu itu, ialah bahasanya. Siapapun tak boleh menyangkal, bahawa
Bahasa Melayu itu adalah satu-satunya alat perpaduan kita yang paling
elektif. Tanpa bahasa ini, kita tentunya tidak akan dikenali sebagai satu
bangsa yang berdaulat lagi mempunyai identiti. Demikian juga Islam,
ialah ugama yang menjamin seluruh kepentingan rakyat dan penduduk
dengan tidak mengira apa jua ugama, suku kaum dan keturunan.
Pendeknya ugama Islam adalah jaminan keselamatan dan kesejahteraan
untuk semua. Kerana itu tidak siapa perlu takut atau ragu mengenainya.
Sementara perkataan Beraja pula adalah menunjukkan kepada
kerajaanyang bersultan atau Beraja yang sudah wujud dan menjadi
warisan zaman semenjak dari beberapa abad lagi.”
4. PENDAHULUAN
• Pengertian Falsafah Negara?
Pengetahuan tentang pengertian-pengertian
yang di anggap sebagai ilmu yang tertinggi
atau sebagai dasar ilmu-ilmu lain.
• Pengertian Melayu Islam Beraja?
Terdiri dari 3 rangkai kata iaitu MELAYU, ISLAM
dan BERAJA.
5. PENDAHULUAN
Melayu :
*Negara yang di asakan oleh orang Melayu.
*7 puak jati bangsa Melayu.
*Nilai dan norma kebudayaan Melayu sebagai sandaran.
Islam :
*Agama rasmi.
*Sebagai teras kehidupan.
Beraja :
*Sistem kerajaan.
*Sultan sebagai kepala pemerintah kepada rakyat.
6. HURAIAN MELAYU,ISLAM DAN BERAJA
• Melayu: Negara Brunei Darussalam ditakrifkan negara
‘Melayu’ yang mengamalkan nilai-nilai tradisi atau
kebudayaan Melayu yang mempunyai unsur-unsur kebaikan
dan menguntungkan.
• Islam: Menjadi teras pemerintahan Kesultanan Brunei sejak
zaman-berzaman, dan ianya telah dimaktubkan dalam
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 sebagai Ugama Rasmi
Negara mengikut Mazhab Shafie Ahli Sunnah Wal Jama’ah
• Beraja: Sultan di dalam Institusi Beraja memerintah dan
menjadi ketua negara dan seterusnya menjadi ketua
pentadbir bagi pentadbiran dan pengurusan negara dan
kerajaan.
7. SEJARAH KEWUJUDAN MIB
• Dipilih atas Empat landasan iaitu
sejarah, legal, ideal dan manfaat.
Sejarah di lihat dari kewujudan melayu dan islam itu
sendiri bahawa ianya telah lama wujud dan
bertapak di Brunei.
Landasan legal iaitu undang undangnya tersendiri
dimana ini merupakan instrumen yang
mengutarakan sifat corak Brunei sebagai sebuah
negara MIB.
Ideal dan manfaat yang terdapat di dalamnya.
8. Serasi, sesuai dan ideal.
Diterima oleh rakyat.
Bukan sesuatu yang baru dan bukan asing.
Telah mendatangkan kebaikan, kemakmuran,
kesejateraan.
Menjamin keselamatan dunia dan akhirat.
9. TITAH 1991
“ Nilai yang paling agung dan tertinggi, ialah
konsep Melayu Islam Beraja. Ia tidak syak lagi
merupakan benih satu-satunya yang boleh
tumbuh dengan suburnya di bumi Brunei
Darussalam ini “.
10. TUJUAN MIB DIJADIKAN SEBAGAI FALSAFAH NEGARA
• Memberikan satu kesatuan pefahaman mengenai asas pandangan
hidup dan cara hidup berbangsa dan bernegara.
• Sebagai sumber rujukan dan landasan yang ideal dalam membentuk
masyarakat sejahtera melalui sistem pentadbiran dan
pembangunan yang teratur.
• Sebagai asas kepada semua aktiviti yang menyentuh tentang
kepentingan bangsa dan Negara seperti ugama, bahasa, budayam
sistem pemerintahan dan pembangunan.
• Sebagai norma dan cara hidup keBruneian.
• Menjadi asas dan panduan utama dalam pembentukan peribadi,
perwatakan serta identiti Melayu dan dijadikan asas perpaduan
bangsa seperti pandangan cara berfikir, bertindak, pendidikan dan
suasana sekeliling pembangunan di Negara Brunei Darussalam.
11. Memberikan pengesahan dan pengenalan semula identiti
kebangsaan orang Brunei.
Bukan suatu konsep yang baru di alami.
Telah mengalami evolusi semenjak penerimaan sistem
beraja dan agama islam.
‘As a way of life’ kepada rakyat Brunei, yang beragama
Islam dan juga yang bukan Islam.
MIB sebagai falsafah kenegaraan timbul daripada cara
hidup di Negara Brunei Darussalam.
Membawa erti Negara Brunei Darussalam adala sebuah
Negara Melayu yang berpandukan kepada agama Islam
dengan Raja(Sultan) sebagai pemerintah tertinggi dan
kepala negara.