5. Media
pengajaran
Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan:
• menyalurkan pesanan
• dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian
pelajar
• wujudnya proses pembelajaran
8. Jenis-jenis media
Jenis media Contoh
Teks Huruf abjab dan nombor dalam buku, poster,
papan kapur, skrin komputer.
Audio Muzik, bunyi mekanikal, bunyi
Visual Poster, lukisan, gambar, grafik, kartun
Media Motion/Bergerak Pita rakaman, animasi
Manipulatif Bahan 3 Dimensi yang boleh disentuh dan
dikendalikan oleh pelajar.
Orang Guru, pelajar, pakar rujuk bidang mata pelajaran.
Edgar Dale(1946)
9. Jenis media Contoh
Media Tayang Kaku Transparensi, slaid, dan mikrofilem
Media Tayang Bergerak Pita video, cakera padat digital, dan filem
Bahan Grafik Lukisan, poster, kartun, carta, dan graf
Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan, poskad
Bahan Pameran 3D Model, boneka, diorama, pupet
Papan Pameran Papan kapur, papan putih, papan flanel, papan
buletin
Media Audio Pita kaset, cakera padat, komputer
Media Cetak Modul, buku teks, surat khabar, majalah,
risalah
14. State Objectives
• Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?
• Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk
perlakuan baharu)?
• Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat
perlakuan)?
• Apakah tahap pencapaian minimum (standard
pencapaian yang dianggap sudah dikuasai)?
15. Contoh 1: Diberi pekara yang
membatalkan wuduk bagi
pembelajaran solat, pelajar akan
dapat membuat klasifikasi pekara -
perkara tersebut secara menulis.
16. Select methods, media and
materials
• Membuat keputusan tentang kaedah yang paling
sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
• Memilih format media yang sesuai dengan kaedah
yang dipilih.
• Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan
sumber pembelajaran.
17. Menurut McAlpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999), untuk
memilih bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:
• Adakah bahan ini menepati kurikulum?
• Adakah isi sumber ini tepat dan terkini?
• Adakah laras bahasanya jelas dan mudah difahami?
• Adakah bahan ini menarik dan memotivasikan?
• Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?
• Adakah bahan ini ada kualiti?
• Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
• Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
• Adakah ada panduan pengguna? Manual pelajar? Bank ujian?
18. Utilize media and materials
1) Semak kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.
2) Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
3) Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.
4) Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan
sumber.
5) Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
20. Evaluate and revise
• Apakah perasaan saya? Seronok? Puas hati?
• Adakah objektif tercapai? Objektif yang bermasalah?
• Apakah kekuatan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran?
Kaedah? Aktiviti pembelajaran? Latihan?
• Apakah kelemahan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran?
• Apakah punca kekuatan atau kelemahan tersebut?
• Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi kelemahan dan/ atau
menjadikan perancangan lebih baik?
• Apakah bentuk tindakan susulan seterusnya?
21. CREDITS: This presentation template was created
by Slidesgo, and includes icons by Flaticon and
infographics & images by Freepik
Terima
kasih!
Please keep this slide for attribution
Hinweis der Redaktion
maksud asal merujuk kepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.
menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima
i.Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
ii.Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.
iii.Kejadian yagn berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau pun lisan.
iv.Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll.
v.Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh belajar kendiri
https://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/07/media-pengajaran.html
1 Media Tayang Kaku Transparensi, slaid, dan mikrofilem2 Media Tayang Bergerak Pita video, cakera padat digital, dan filem3 Bahan Grafik Lukisan, poster, kartun, carta, dan graf4 Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan, poskad5 Bahan Pameran 3D Model, boneka, diorama, pupet6 Papan Pameran Papan kapur, papan putih, papan flanel, papan buletin7 Media Audio Pita kaset, cakera padat, komputer8 Media Cetak Modul, buku teks, surat khabar, majalah, risalah
1. Ciri-ciri umum:-Termasuk peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya serta stail pelajar (learning style) sebelum sesuatu media itu dipilih dan digunakan.Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti. Misalnya, peringkat umur yang muda terutama pada tahap pertama sekolah rendah, bahan yang mengandungi gambar adalah lebih sesuai untuk digunakan dalam latihan mengenali objek. Gambar ini pula perlulah dalam bentuk gambar kaku. Ada kajian yang dibuat dalam model Briggs & Wager mengatakan gambar kaku dapat dipergiatkan pembelajaran bagi mereka yang kurang asas pembacaan.2. Pengetahuan/Pengalaman sedia ada:-Pelajar juga perlu dianalisis dari segi tahap kemasukan (entry characteristic). Ini termasuklah tahap pengetahuan sedia ada, tahap kemahiran belajar dan sikap. Pelajar yang menghadapi masalah dalam memahami sesuatu konsep dalam metematik atau geografi mungkin memerlukan pendekatan pembelajaran yang mempunyai stimulasi atau memerlukan animasi. Dalam hal ini penggunaan multimedia yang mempunyai pergerakan dan animasi adalah diperlukan. Manakala bahan relia atau lawatan ke tempat yang tertentu adalah lebih berkesan sekiranya pembelajaran itu memerlukan seseorang pelajar itu menggunakan keseluruhan deria seperti melihat tempat, atau memegang objek.3. Gaya pembelajaran pelajar:-Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran ialah trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif. Antara gaya pembelajatan tersebut termasuk Model Dunn dan Dunn, Model Honey dan Mumford. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi, merupakan faktor motivasi, dan tingkah laku pelajar. Perancangan penyampaian pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif
1. Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?Siapa yang terlibat untuk mencapa objektif pengajaran pembelajaran perlu dikenal pasti dan ditetapkan. Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran bukan pengajaran. Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental (berfikir/menaja idea) ataupun fizikal (latihan kemahiran). Contoh penulisan “siapa yang hendak capai” ---“pada akhir pengajaran-pembelajaran, pelajar dapat.....”2. Bentuk tingkah laku baharu.“apakah yang hendak dicapai” merujuk kepada tingkah laku baharu yang hendak dibina atau dibentuk dalam diri pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi sebenar. Pemilihan istilah yang menunjukkan tingkah laku adalah penting. Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah menyatakan, menulis esei, menjawab soalan lisan, mewarnakan, memetik, merumus, dan menyelesaikan masalah.3. Situasi atau prasyarat perlakuanApakah syarat perlakuan? Bagaimanakah tingkah laku itu hendak dibuat? Dalam situasi yang bagaimanakah tingkah laku itu dibuat? Pernyataan objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkah laku baharu itu dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran-pembelajaran dan media yang sesuai. Contohnya, merumus dan memetik isi-isi penting setelah membaca petikan yang diberi.4. Darjah tahap pencapaian minimum perlakuanApakah tahap pencapaian minimum atau standard pencapaian bagi menunjukkan bahawa sudah berlaku perubahan tingkah laku kepada diri pelajar? Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya. Pernyataan pengukuran tahap pencapaian ini membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum memcapai objektif pengajaran-pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan sebaliknya pengukuhan dan pengayaan bagi yang sudah menguasai pembelajaran. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Kriteria kualitatif sukar didefinisikan. Penulisan kriteria kuantitatif boleh dalam bentuk peratusan, nilai angka atau skor mentah. Contohnya, sekurang-kurangnya tujuh daripada sepuluh dengan tepat dan betul.
dengan betul dalam kertas lembaran kerja dalam masa 10 minit tanpa merujuk.
Bagi topik solat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, misalnya guru boleh membentuk objektif seperti yang diberi contoh di atas. Dari segi pemilihan media ia hanyalah memerlukan lembaran kerja, tetapi penyampaian pengajarannya mungkin menggunakan pelbagai strategi sama ada secara lisan, menonton klip video, atau melihat paparan grafik atau teks di komputer. Di sini pembentukan objektif telah memberi panduan kepada guru jenis media yang akan digunakan untuk penyampaian pembelajaran serta bentuk penilaian.Contoh 2:Contoh 2 bertajuk planet-planet dalam sistem suria dalam topik bumi dan alam semesta bagi mata pelajaran Sains Tahun 6. Di sini diperlihatkan bahawa penetapan objektif dapat menentukan pemilihan media yang akan digunakan. Di sini bahan yang dipilih ialah bahan multimedia berasaskan komputer, manakala mod penyampaian termasuk penilaiannya adalah berbantukan komputer.
Penentuan KaedahSekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling baik? Jawapannya tidak ada sebarang kaedah yang mengatasi kaedah lain. Sesuai dengan latar belakang pelajar yang pelbagai, gabungan beberapa teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan. Penentuan kaedah hendaklah diasaskan kepada cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar serta objektifpembelajaran yang hendak dicapai. Kaedah simulasi dan tunjuk cara mungkin sesuai untuk menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca yang mantap. Pelajar yang memilih gaya pembelajaran kinestetik lebih mudah dapat belajar melalui aktiviti konteksual, kajian lapangan, kaedah bermain, simulasi, lakonan dan seumpamanya.Pemilihan Format MediaFormat media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format media termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik, dan tayangan computer multimedia. Untuk memilih format media, guru hendaklah menagabil kira beberapa criteria. Antaranya, bentuk audiens (kumpulan pelajar: kelas/ kumpulan/ individu), keupayaan pelajar, domain objektif serta bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.Pemilihan Bahan SumberBahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria pemilihan melibatkan tiga langkah berikut, iaitu memilih bahan sumber sedia ada, mengubai suai bahan sumber sedia ada, dan mereka bentuk bahan sumber baharu.
esuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan.Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Lataran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Jika aktiviti-aktiviti berkenaan menyediakan maklum balas secara langsung juga melalui guru, keterlibatan dan minat pelajar dalam aktiviti akan berterusan.Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar. Gambar, foto, slaid, gambar bersiri, video contohnya dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga aktiviti penyelesaiaan masalah.Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara invidu atau secara kumpulan. Ia juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan.Respons mungkin bermula daripada yang mudah seperti membaca apa yang terpapar atau membuat huraian, menjawab soalan hinggalah ke peringkat yang cangih seperti soalan yang berbentuk interaktif atau bahan yang bercirikan hypermedia pada bahan multimedia yang dipaparkan melalui computer.