Dokumen ini membahas tentang dinar emas yang digunakan sebagai mata uang pada zaman awal Islam, serta peranan emas dan perak sebagai penyimpan nilai kekayaan menurut ayat Al-Quran. Emas diakui sebagai aset berharga sejak zaman dahulu karena kuasa belinya yang stabil meskipun terjadi perubahan ekonomi dan politik.
2. Dinar emas merupakan kepingan syiling emas seberat 4.25 gram yang
digunakan sebagai matawang pada zaman awal Islam.
3. Maksudnya : " Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia : kesukaan
kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan
ank-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda
peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta
kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan
(ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu
syurga).“ (Ali-Imran ayat 14)
4. Emas telah diiktiraf sebagai barangan yang bernilai sejak tamadun
awal manusia lagi.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Tawbah ayat 34 maksudnya:
Ayat ini menyatakan dengan terang tentang larangan iktinaz emas
dan perak. Ini secara tidak langsung telah memberi satu kefahaman
bahawa emas dan perak telah berperanan sebagai penyimpan nilai
kekayaan.
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka
dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Iktinaz : mengumpul dan menyimpan emas dan perak dan tidak
membelanjakan mereka di jalan Allah
5. Emas merupakan aset yang paling senang untuk dicairkan.
Boleh dipajakkan dan tidak perlu untuk dijual sekiranya memerlukan
sebarang tunai untuk urusan tertentu atau kecemasan.
Memajak emas di Ar-rahnu bukan sahaja memberikan kemudahan
pinjaman tetapi mengekalkan kita sebagai pemilik emas tanpa perlu
menjual emas tersebut.
6. Ringgit pernah mengalami kejatuhan sebanyak 50% semasa negara
dilanda krisis ekonomi 1997.
Selepas kejatuhan nilai ringgit, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mula
membuka mulut tentang emas dan mendorong Bank Negara Malaysia
(BNM) mengeluarkan syiling emas pertama negara iaitu Kijang Emas.
Kuasa beli emas bersifat kekal walau apapun yang berlaku kepada
ekonomi dan politik dunia. Contohnya, 1400 tahun dulu (zaman Nabi
Muhammad s.a.w), dengan nilai 1 dinar kita mampu membeli satu atau
dua ekor kambing (bergantung kepada saiz dan jenis kambing). Tetapi
hari ini, dengan nilai 1 dinar juga (harganya sekitar RM700) kita masih
mampu membeli satu atau dua ekor kambing.
1 Dinar = 1 / 2 ekor kambing