SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
KOLEJ KOMUNITI LIPIS
SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN
PENDIDIKAN ISLAM
(MPU 13012)
NAMA PELAJAR:
NURUL ISMAHANI BINTI AINUN SHAM
NO. PENDAFTARAN:
C23SPL22F001
KELAS:
SKKSPL2A
NAMA PENSYARAH:
WAN MOHD ZUL BIN WAN YUSUF
PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA
Apabila kita bercakap mengenai aqidah sesungguhnya kita bercakap dalam daerah
kepercayaan , keimanan dan keyakinan. Hal iu jelas apabila kitamerujukkan perkataan
aqidah sendiri yang menjurus kepada kepercayaan dan keyakinan sedangkan perkataan
keyakinan yang merupakan salah satu unsur makna kepada perkataan keimanan,maka
itu ungkapan aqidah merujuk kepada perihal keimanan , kpercayaan serta
keyakinan.Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa aqidah dan keimanan itu merupakan
dua istilah yang mempunyai makna yang sama.
Dari segi bahasa aqidah merupakan perkataan yang berasal dari bahasa arab makna
litralnya merujuk kepada ikatan kemasatau simpulan mati. Dari segi istilah aqidah islam
dapat ditakrifkan sebagai kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai yang
mutlak yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi suci seperti yang diwajibkan oleh
islam iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin
terurai dalam apa jua keadaan dan suasana.
Aqidah atau akidah bererti kepercayaan , keyakinan atau keimanan yang murni (hanif)
dan tidak mudah tergugat, tidak mudah terpengaruh lalu terjejas terus tidak mudah terurai
angkara pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.
Pengertian aqidah dalam Al-Quran adalah keimanan kepada allah SWT yakni mengaki
kewujudan-Nya. Dari segi fungsi nya Allah SWT sebagai Rabb,Malik, dan Ma'bud atau
Ilah seperti dilihat dalam Surah Al-Fatihah ayat 2,4,5,dan Surah An-Nas ayat 1,2 dan 3
Ciri-ciri aqidah yang benar
Aqidah atau keimanan yang tulin itu mestilah mengandungi ciri-ciri yang berikut
 kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berasaskan kefahaman minda dan ilmu
yang mantap (wahyu Ilahi)
 kepercayaan dan keyakinan itu mestiah berada dalam keadaan yang cukup teguh,
bahkan ia tidak boeh menerima sebaran bentuk syak dan tidak mungkin digugat
oleh sebarang kepercayaan lain
 kepercayaan dan keyakinan itu mestilah pula diikuti bersama dengan perkataan
ataupun kepatuhan hati serta kemahuan untuk mempraktikkan segala hukum atau
suruhan dengan penuh rasa rela tanpa sebarang bantahan
Ciri-ciri aqidah yang salah
 Akidah yang salah adalah sesuatu iktikad atau kepercayaan yang bercanggah
dengan nas-nas syariah dari al-Quran dan as-Sunnah
 Akidah yang berpunca dari akal pemikiran manusia semata-mata ataupun
penyelewengan aqidah yang sahuh yang diselewengkan menurut akal fikiran
hawa nafsu seperti mana yang terdapat dalam aqidah Yahudi, Nasrani, golongan
tarikat yang menyeleweng, ahli falsafah, golongan batiniah dan lain- lain lagi.
KESAN PELANGGARAN AQIDAH YANG BENAR
Antara kesan akibat pelanggaran ataupun penyelewengan aqidah yang benar ialah:
•Melahirkan manusia yang menyengutukan Allah s.w.t. (syirik) pada zat, sifat dan
perbuatanNya.
•Mewujudkan manusia yang mengangkat atau memperjuangkan syiar-syiar kufur yang
memalingkan manusia dari menjadikan Allah s.w.t. sebagai tempat pengabdian dan
tempat tuju.
•Melahirkan masyarakat yang membenci sesuatu dari sistem Islam atau melebihkan
sistem yang lain.
•Melahirkan umat yang mempersendakan sesuatu dari al Quaran dan Sunnah sehingga
mengakibatkan masyarakat berpecah-belah.
•Mewujudkan berbagai-bagai ajaran sesat di dalam masyarakat.
AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Kemunculannya.
Ahli Sunnah ertinya penganut sunnah nabi dan wal Jamaah ertinya jemaah para sahabat
nabi s.a.w; maka pengikut aliran ahli sunnah wal Jamaah ialah orang-oranag yang
menganut iktikad yang dianuti oleh nabi Muhammad s.a.w. dan iktikad para sahabat
baginda, iktikad pegangan nabi s.a.w. dan para sahabatnya terkandung di dalam al-
Quran dan as- Sunnah rasul sendiri.
Dalam sejarah Islam, usaha mengumpul Ahli Sunnah wal Jamaah muncul pada akhir
abad ketiga hijrah yang diusahakan oleh dua orang ulamak yang besar dalam Usuluddin
iaitu Sheikh Abu Hassan Ali as-Syaari dilahirkan di kota Basrah dan wafat pada tahun
324 hijrah; dan Sheikh Abu Mansor al-Maturidi, wafat pada 333 hijrah.
Pegangan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah
Di antara pegangan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah ialah:
i.Perbuatan hamba: berpendapat bahawa Allah telah menjadikan perbuatan hamba yang
berbentuk usaha dan ikhtiar baginya.
ii.Sifat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa Allah s.w.t. itu bersifat dengan sifat
kesempurnaan yang layak baginya seperti berkuasa, berkemampuan dan sebagainya.
Sifat-sifat tersebut ada pada zat Allah s.w.t.
iii.Melihat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa pada hari akhirat orang mukmin dapat
melihat Allah s.w.t. itu adalah harus pada akal dan wajib pada hukum syarak kerana Allah
itu yang Maha Wujud.
iv.Mengenai al Quran: berpendapat bahawa al Quran itu kalamullah yang qadim dan azali
kerana kandungan isinya adalah dari kalamullah yang qadim, tidak berhuruf dan
bersuara.
v.Dosa besar: berpendapat bahawa orang-orang mukmin yang melakukan dosa besar
yang belum gugur imannya maka masih dianggap mukmin kerana iman itu adalah
amalan hati. Seluruh umat Islam bersepakat bahawa orang yang melakukan dosa besar
wajib disembahyangkan jenazahnya.
Kepentingan berpegang dengan Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah
•Iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah itu diambil dan digali daripada al Quran dan al Hadis
Nabi s.a.w.
•Kepercayaan Ahli Sunnah wal Jamaah itu merupakan iktikad yang telah dipegang oleh
rasulullah s.a.w dan para sahabat sebelum ini.
•Memastikan manusia menjadikan al Quran dan al Hadis nabi s.a.w. dirujuk bagi setiap
perkara.
•Memahami iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah akan membolehkan seseorang
membezakan antara iktikad yang benar atau sebaliknya.
KEPENTINGAN AQIDAH
Berhubung dengan persoalan aqidah dalam kehidudupan seharian seseorang muslim, maka perlu
dinyatakan bahawa aqidah merupakan perkara yang cukup asas dan mendasar sekali. Ia bagaikan
batang yang subur kepada sepohon pokok iaitu semua dahan dan ranting pokok berkenaan amat
memerlukannya bagi mendapatkan ruang untuk tumbuh dan berkembang di atasnya.
Demikianlah tamsilnya apabila aqidah yang benar dan tidak terseleweng yang diperlukan oleh
seseorang manusia untuk menjadikan asas bagi membolehkan semua amalan kebaikan
sehariannya yang dilakukannya demi untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. diterima dengan baik
Di antara kepentingan aqidah dalam kehidupam muslim ialah:
•Untuk memperolehi keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t. dan kesempurnaan
sifat-sifatNya berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al
Ikhlas : 1-4 yang bermaksud: “Katakanlah (ya Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa.
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk itu memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak dan
tidak diperanakkan dan tidak ada sesiapa yang serupa denganNya.”
•Supaya melahirkan kesedaran kepada mukmin bahawa seluruh kehidupannya adalah di bawah
kawalan pengawasan dan kekuasaan Allah s.w.t.
•Supaya dapat merealisasikan keyakinan aqidah yang kukuh dalam tindakan dan amalan setiap
mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.
‫و‬ َ‫م‬ َ
‫ا‬
َ
َ
َ
‫ن‬
َ
َ ِ
‫م‬ ُ
‫م‬
ْ
‫م‬ ِ‫ن‬ٍُ
َ
‫ل‬ َ
‫ا‬ ُ
‫ؤ‬
َ
ِ ُ
‫مم‬ ِ‫م‬
َ
‫ذ‬ُ‫ا‬
َ‫ض‬ َ
‫ى‬
ِ
ُ
ِ
‫ر‬
َ
ٍُ ِ
‫ل‬ َ
‫ه‬ َ
‫ا‬ َ
‫م‬ ْ‫م‬
ً
‫ا‬
ْ
َ
ً
َ
َ ْ
ُ
َ
‫ن‬ََ ِ
‫ه‬ ِ
‫م‬
ً
ٍ ‫ا‬َ َ
ِ
‫ي‬ ُ
‫ٍر‬ ْ
‫م‬ ُ
‫م‬ ْ
‫ه‬ ُ
‫ر‬ِ
‫م‬ ْ‫م‬
ً
‫ا‬ ْ
‫م‬ َ‫م‬ َ
‫ا‬ ِ
‫ع‬ ْ‫ص‬ََ
َ
ُ
ِ
‫ر‬
ً
ٍ ْ
ُ ِ
‫ل‬ َ
‫ه‬ َ
‫ا‬
ْ
‫ق‬
َ
‫ن‬
َ
‫د‬
َ
ْ
َ‫ل‬
َ
َّ
َ
‫لل‬
َ
َّ ‫و‬
َ
ِْ‫ي‬ُ‫ن‬ ِ‫م‬
“Tidak patut bagi laki-laki mukmin dan bagi perempuan, apabila Allah dan rasulNya telah
menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka dan barang
siapa yang menderhakai Allah dan rasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang
nyata" (Surah al-Ahzab: 36)
•Melahirkan perasaan cinta dan takut akan Allah s.w.t. serta melahirkan umat atau bangsa yang
mulia.
•Akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.
LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGUKUHAN AQIDAH
Sebagai umat Islam kita perlu memelihara akidah daripada sebarang pencemaran.
Walaupun begitu, kita juga dikehendaki mengetahui langkah pencegahan daripada rosaknya
akidah sebagai persediaan pada masa hadapan. Tambahan pula, generasi kini terdedah kepada
pelbagai yang mampu menggugat keimanan seseorang. Contohnya ideologi barat yang diselitkan
dalam media hiuran dan sebagainya.
5.1 Amalan rohani ( Roh )
· Kepercayaan kepada Allah s.w.t
· Mengingati Mati
· Sentiasa Berzikir
· Sentiasa Membaca Al-Quran
· Berilmu Pengetahuan
5.2 Amalan Fizikal ( Jasmani )
· Mengerjakan solat
· Berpuasa
· Mengerjakan Haji @ Umrah
5.3 Amalan Hati ( Akhlak )
· Suka memaafkan orang lain
· Bersifat mahmudah
· Amar ma’ruf nahi mungkar
PENUTUP
Akidah itu, bukan hanya ucapan di lisan dan akidah itu bukan hanya tulisan di mana-mana
media sosial, yang menyatakan kalian seorang Islam yang beriman. Akidah adalah sebuah
keyakinan di dalam hati, yang diucapkan di lisan, dan dipraktikkan di dalam kehidupan.
Jadi akidah itu mesti dimulai dengan ilmu yakin. Bagaimana untuk sampai yakin, kalau
kalian tidak mempunyai ilmu. Malangnya, kebanyakan umat Islam sekarang ini, Islam
keturunan dan Islam pada nama sahaja. Malas belajar mengenai Islam dan lebih banyak
berkorban waktu untuk mengejar dunia dari menyediakan bekal ke akhirat. Di mana akan
berbuahnya akidah yang kuat dan kental, kalau manusia semakin menjauh dari mengenal
ilmu mengenai Allah S.W.T.
RUJUKAN
https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2018/06/peranan-akidah-dan-kesannya-
topik-2.html
https://abdullahdazid.blogspot.com/p/akidah.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Aqidah

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Pengertian dan Kepentingan Akidah

Ähnlich wie Pengertian dan Kepentingan Akidah (20)

KONSEP ASAS ISLAM.pptx
KONSEP ASAS ISLAM.pptxKONSEP ASAS ISLAM.pptx
KONSEP ASAS ISLAM.pptx
 
Bab ii 2
Bab ii 2Bab ii 2
Bab ii 2
 
Makalah "Konsep Aqidah Islamiyah"
Makalah "Konsep Aqidah Islamiyah"Makalah "Konsep Aqidah Islamiyah"
Makalah "Konsep Aqidah Islamiyah"
 
Tauhid baru
Tauhid baruTauhid baru
Tauhid baru
 
Makalah tentang aqidah
Makalah tentang aqidahMakalah tentang aqidah
Makalah tentang aqidah
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 pai
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 pai
 
kerangka dasar agama islam
kerangka dasar agama islamkerangka dasar agama islam
kerangka dasar agama islam
 
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptxslide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx
 
19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)
19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)
19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)
 
Bab i mw
Bab i mwBab i mw
Bab i mw
 
keimanan dan implikasi tauhid dalam islam.pptx
keimanan dan implikasi tauhid dalam islam.pptxkeimanan dan implikasi tauhid dalam islam.pptx
keimanan dan implikasi tauhid dalam islam.pptx
 
ruang lingkup ajaran agama Islam
ruang lingkup ajaran agama Islamruang lingkup ajaran agama Islam
ruang lingkup ajaran agama Islam
 
Rpp 1 akidah islam
Rpp 1 akidah islamRpp 1 akidah islam
Rpp 1 akidah islam
 
Mengapa Harus Islam
Mengapa Harus IslamMengapa Harus Islam
Mengapa Harus Islam
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin
 
Iman yang Sempurna
Iman yang SempurnaIman yang Sempurna
Iman yang Sempurna
 
Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama
 
Makalah konsep iman takdir dan hari kiamat
Makalah konsep iman takdir dan hari kiamatMakalah konsep iman takdir dan hari kiamat
Makalah konsep iman takdir dan hari kiamat
 
Ringkasan amkai
Ringkasan amkaiRingkasan amkai
Ringkasan amkai
 

Pengertian dan Kepentingan Akidah

  • 1. KOLEJ KOMUNITI LIPIS SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN PENDIDIKAN ISLAM (MPU 13012) NAMA PELAJAR: NURUL ISMAHANI BINTI AINUN SHAM NO. PENDAFTARAN: C23SPL22F001 KELAS: SKKSPL2A NAMA PENSYARAH: WAN MOHD ZUL BIN WAN YUSUF
  • 2. PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA Apabila kita bercakap mengenai aqidah sesungguhnya kita bercakap dalam daerah kepercayaan , keimanan dan keyakinan. Hal iu jelas apabila kitamerujukkan perkataan aqidah sendiri yang menjurus kepada kepercayaan dan keyakinan sedangkan perkataan keyakinan yang merupakan salah satu unsur makna kepada perkataan keimanan,maka itu ungkapan aqidah merujuk kepada perihal keimanan , kpercayaan serta keyakinan.Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa aqidah dan keimanan itu merupakan dua istilah yang mempunyai makna yang sama. Dari segi bahasa aqidah merupakan perkataan yang berasal dari bahasa arab makna litralnya merujuk kepada ikatan kemasatau simpulan mati. Dari segi istilah aqidah islam dapat ditakrifkan sebagai kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai yang mutlak yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi suci seperti yang diwajibkan oleh islam iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai dalam apa jua keadaan dan suasana. Aqidah atau akidah bererti kepercayaan , keyakinan atau keimanan yang murni (hanif) dan tidak mudah tergugat, tidak mudah terpengaruh lalu terjejas terus tidak mudah terurai angkara pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang. Pengertian aqidah dalam Al-Quran adalah keimanan kepada allah SWT yakni mengaki kewujudan-Nya. Dari segi fungsi nya Allah SWT sebagai Rabb,Malik, dan Ma'bud atau Ilah seperti dilihat dalam Surah Al-Fatihah ayat 2,4,5,dan Surah An-Nas ayat 1,2 dan 3 Ciri-ciri aqidah yang benar Aqidah atau keimanan yang tulin itu mestilah mengandungi ciri-ciri yang berikut  kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berasaskan kefahaman minda dan ilmu yang mantap (wahyu Ilahi)  kepercayaan dan keyakinan itu mestiah berada dalam keadaan yang cukup teguh, bahkan ia tidak boeh menerima sebaran bentuk syak dan tidak mungkin digugat oleh sebarang kepercayaan lain  kepercayaan dan keyakinan itu mestilah pula diikuti bersama dengan perkataan ataupun kepatuhan hati serta kemahuan untuk mempraktikkan segala hukum atau suruhan dengan penuh rasa rela tanpa sebarang bantahan Ciri-ciri aqidah yang salah  Akidah yang salah adalah sesuatu iktikad atau kepercayaan yang bercanggah dengan nas-nas syariah dari al-Quran dan as-Sunnah
  • 3.  Akidah yang berpunca dari akal pemikiran manusia semata-mata ataupun penyelewengan aqidah yang sahuh yang diselewengkan menurut akal fikiran hawa nafsu seperti mana yang terdapat dalam aqidah Yahudi, Nasrani, golongan tarikat yang menyeleweng, ahli falsafah, golongan batiniah dan lain- lain lagi. KESAN PELANGGARAN AQIDAH YANG BENAR Antara kesan akibat pelanggaran ataupun penyelewengan aqidah yang benar ialah: •Melahirkan manusia yang menyengutukan Allah s.w.t. (syirik) pada zat, sifat dan perbuatanNya. •Mewujudkan manusia yang mengangkat atau memperjuangkan syiar-syiar kufur yang memalingkan manusia dari menjadikan Allah s.w.t. sebagai tempat pengabdian dan tempat tuju. •Melahirkan masyarakat yang membenci sesuatu dari sistem Islam atau melebihkan sistem yang lain. •Melahirkan umat yang mempersendakan sesuatu dari al Quaran dan Sunnah sehingga mengakibatkan masyarakat berpecah-belah. •Mewujudkan berbagai-bagai ajaran sesat di dalam masyarakat. AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Kemunculannya. Ahli Sunnah ertinya penganut sunnah nabi dan wal Jamaah ertinya jemaah para sahabat nabi s.a.w; maka pengikut aliran ahli sunnah wal Jamaah ialah orang-oranag yang menganut iktikad yang dianuti oleh nabi Muhammad s.a.w. dan iktikad para sahabat baginda, iktikad pegangan nabi s.a.w. dan para sahabatnya terkandung di dalam al- Quran dan as- Sunnah rasul sendiri. Dalam sejarah Islam, usaha mengumpul Ahli Sunnah wal Jamaah muncul pada akhir abad ketiga hijrah yang diusahakan oleh dua orang ulamak yang besar dalam Usuluddin iaitu Sheikh Abu Hassan Ali as-Syaari dilahirkan di kota Basrah dan wafat pada tahun 324 hijrah; dan Sheikh Abu Mansor al-Maturidi, wafat pada 333 hijrah.
  • 4. Pegangan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah Di antara pegangan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah ialah: i.Perbuatan hamba: berpendapat bahawa Allah telah menjadikan perbuatan hamba yang berbentuk usaha dan ikhtiar baginya. ii.Sifat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa Allah s.w.t. itu bersifat dengan sifat kesempurnaan yang layak baginya seperti berkuasa, berkemampuan dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut ada pada zat Allah s.w.t. iii.Melihat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa pada hari akhirat orang mukmin dapat melihat Allah s.w.t. itu adalah harus pada akal dan wajib pada hukum syarak kerana Allah itu yang Maha Wujud. iv.Mengenai al Quran: berpendapat bahawa al Quran itu kalamullah yang qadim dan azali kerana kandungan isinya adalah dari kalamullah yang qadim, tidak berhuruf dan bersuara. v.Dosa besar: berpendapat bahawa orang-orang mukmin yang melakukan dosa besar yang belum gugur imannya maka masih dianggap mukmin kerana iman itu adalah amalan hati. Seluruh umat Islam bersepakat bahawa orang yang melakukan dosa besar wajib disembahyangkan jenazahnya. Kepentingan berpegang dengan Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah •Iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah itu diambil dan digali daripada al Quran dan al Hadis Nabi s.a.w. •Kepercayaan Ahli Sunnah wal Jamaah itu merupakan iktikad yang telah dipegang oleh rasulullah s.a.w dan para sahabat sebelum ini. •Memastikan manusia menjadikan al Quran dan al Hadis nabi s.a.w. dirujuk bagi setiap perkara. •Memahami iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah akan membolehkan seseorang membezakan antara iktikad yang benar atau sebaliknya.
  • 5. KEPENTINGAN AQIDAH Berhubung dengan persoalan aqidah dalam kehidudupan seharian seseorang muslim, maka perlu dinyatakan bahawa aqidah merupakan perkara yang cukup asas dan mendasar sekali. Ia bagaikan batang yang subur kepada sepohon pokok iaitu semua dahan dan ranting pokok berkenaan amat memerlukannya bagi mendapatkan ruang untuk tumbuh dan berkembang di atasnya. Demikianlah tamsilnya apabila aqidah yang benar dan tidak terseleweng yang diperlukan oleh seseorang manusia untuk menjadikan asas bagi membolehkan semua amalan kebaikan sehariannya yang dilakukannya demi untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. diterima dengan baik Di antara kepentingan aqidah dalam kehidupam muslim ialah: •Untuk memperolehi keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t. dan kesempurnaan sifat-sifatNya berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al Ikhlas : 1-4 yang bermaksud: “Katakanlah (ya Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk itu memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesiapa yang serupa denganNya.” •Supaya melahirkan kesedaran kepada mukmin bahawa seluruh kehidupannya adalah di bawah kawalan pengawasan dan kekuasaan Allah s.w.t. •Supaya dapat merealisasikan keyakinan aqidah yang kukuh dalam tindakan dan amalan setiap mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t. ‫و‬ َ‫م‬ َ ‫ا‬ َ َ َ ‫ن‬ َ َ ِ ‫م‬ ُ ‫م‬ ْ ‫م‬ ِ‫ن‬ٍُ َ ‫ل‬ َ ‫ا‬ ُ ‫ؤ‬ َ ِ ُ ‫مم‬ ِ‫م‬ َ ‫ذ‬ُ‫ا‬ َ‫ض‬ َ ‫ى‬ ِ ُ ِ ‫ر‬ َ ٍُ ِ ‫ل‬ َ ‫ه‬ َ ‫ا‬ َ ‫م‬ ْ‫م‬ ً ‫ا‬ ْ َ ً َ َ ْ ُ َ ‫ن‬ََ ِ ‫ه‬ ِ ‫م‬ ً ٍ ‫ا‬َ َ ِ ‫ي‬ ُ ‫ٍر‬ ْ ‫م‬ ُ ‫م‬ ْ ‫ه‬ ُ ‫ر‬ِ ‫م‬ ْ‫م‬ ً ‫ا‬ ْ ‫م‬ َ‫م‬ َ ‫ا‬ ِ ‫ع‬ ْ‫ص‬ََ َ ُ ِ ‫ر‬ ً ٍ ْ ُ ِ ‫ل‬ َ ‫ه‬ َ ‫ا‬ ْ ‫ق‬ َ ‫ن‬ َ ‫د‬ َ ْ َ‫ل‬ َ َّ َ ‫لل‬ َ َّ ‫و‬ َ ِْ‫ي‬ُ‫ن‬ ِ‫م‬ “Tidak patut bagi laki-laki mukmin dan bagi perempuan, apabila Allah dan rasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka dan barang siapa yang menderhakai Allah dan rasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata" (Surah al-Ahzab: 36) •Melahirkan perasaan cinta dan takut akan Allah s.w.t. serta melahirkan umat atau bangsa yang mulia. •Akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.
  • 6. LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGUKUHAN AQIDAH Sebagai umat Islam kita perlu memelihara akidah daripada sebarang pencemaran. Walaupun begitu, kita juga dikehendaki mengetahui langkah pencegahan daripada rosaknya akidah sebagai persediaan pada masa hadapan. Tambahan pula, generasi kini terdedah kepada pelbagai yang mampu menggugat keimanan seseorang. Contohnya ideologi barat yang diselitkan dalam media hiuran dan sebagainya. 5.1 Amalan rohani ( Roh ) · Kepercayaan kepada Allah s.w.t · Mengingati Mati · Sentiasa Berzikir · Sentiasa Membaca Al-Quran · Berilmu Pengetahuan 5.2 Amalan Fizikal ( Jasmani ) · Mengerjakan solat · Berpuasa · Mengerjakan Haji @ Umrah 5.3 Amalan Hati ( Akhlak ) · Suka memaafkan orang lain · Bersifat mahmudah · Amar ma’ruf nahi mungkar
  • 7. PENUTUP Akidah itu, bukan hanya ucapan di lisan dan akidah itu bukan hanya tulisan di mana-mana media sosial, yang menyatakan kalian seorang Islam yang beriman. Akidah adalah sebuah keyakinan di dalam hati, yang diucapkan di lisan, dan dipraktikkan di dalam kehidupan. Jadi akidah itu mesti dimulai dengan ilmu yakin. Bagaimana untuk sampai yakin, kalau kalian tidak mempunyai ilmu. Malangnya, kebanyakan umat Islam sekarang ini, Islam keturunan dan Islam pada nama sahaja. Malas belajar mengenai Islam dan lebih banyak berkorban waktu untuk mengejar dunia dari menyediakan bekal ke akhirat. Di mana akan berbuahnya akidah yang kuat dan kental, kalau manusia semakin menjauh dari mengenal ilmu mengenai Allah S.W.T. RUJUKAN https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2018/06/peranan-akidah-dan-kesannya- topik-2.html https://abdullahdazid.blogspot.com/p/akidah.html https://ms.wikipedia.org/wiki/Aqidah