SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 5
Downloaden Sie, um offline zu lesen
 Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21
 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru
 Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga
Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi
(2015-2025)
Guru Abad Ke-21
Keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan pembangunan modal
insan yang berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah negara
maju. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh
semua warga pendidikan terutama guru-guru di bilik darjah. Peranan dan
komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi sangat
mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Guru yang berkualiti
dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran Kementerian
Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti
dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
“Guru: Kementerian akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan terbeza
dilaksanakan secara berkesan di dalam bilik darjah”
(PPPM 5-2)
Kualiti guru merupakan faktor penentu di peringkat
sekolah yang paling penting bagi keberhasilan murid.
Salah satu kajian yang menarik pada pertengahan
1990-an menunjukkan bahawa dua orang murid sebaya
dengan prestasi sederhana yang diajar oleh dua orang
guru yang berbeza berbeza prestasi telah menunjukkan
prestasi pencapaian akademik yang juga beza dalam
tempoh tiga tahun.
(PPPM 5-2)
KANDUNGAN
0
Dapatan kajian mengenai kualiti guru sememangnya sudah dijangka dan membuktikan bahawa peranan dan
kualiti guru amat besar kesannya terhadap keberhasilan murid. Malah pernah dinyatakan oleh Barber dan
Mourshed (2007) dalam bukunya How the World’s Best Performing Systems Come Out on Top “bahawa kualiti
sesuatu sistem sekolah (pendidikan) tidak boleh melebihi kualiti gurunya”. Hakikat bahawa sebaik mana kualiti
sesuatu sistem pendidikan itu dirangka dan dibangunkan tidak memberi sebarang makna jika kualiti individu
guru itu sendiri tidak terlebih dahulu dipertingkatkan dari aspek komitmen dan kompetensi. Menyedari
peranan penting dan perlunya semangat kebersamaan dalam kalangan warga guru untuk menjayakan agenda
transformasi pendidikan negara, ANJAKAN Bil. 5/2015 akan berkongsi maklumat ciri-ciri guru yang cemerlang
dengan ciri-ciri unggul bagi mendepani cabaran pembelajaran Abad ke-21.
Cabaran Guru Abad ke-21
Pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 mempunyai
ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan masa lampau.
Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk
melahirkan murid yang produktif tinggi, mahir dalam
komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Oleh yang demikian bagi memastikan
objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu terlebih
dahulu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
tersebut sebelum dalam melaksanakan pengajaran
dengan berkesan.
Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid masa lalu. Murid-
murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai
kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih
mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai
guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka
menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang
tidak sedikit dan sebagai bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak
didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.
Memahami psikologi
pembelajaran
Mahir dan berketerampilan
dalam pedagogi
Menguasai subjek iaitu
kandungan kurikulum
Memiliki kemahiran
kaunseling
Menggunakan
teknologi terkini
Memahami
perkembangan
murid dan menyayangi
mereka
Ciri-ciri Guru
Abad 21
Anjakan Bilangan 5/2015
Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru
Guru-guru Abad Ke-21 perlu menguasai kepakaran berikut dalam menguruskan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah
Menguasai ilmu / Subjek / Isi Kandungan
Pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman guru perlu
diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap
dalam proses P&P yang lebih berkesan
Menguasai Pedagogi Abad ke-21
Berkemahiran menggunakan teknologi maklumat dan media
dalam PdP dan mengaplikasikan serta menyesuaikan dengan
pedagogi serta konsep/ teknik pembelajaran Abad Ke-21
Menguasai Kemahiran Mengesan Perkembangan Murid dan
Pencapaian Serta Menyokong Mereka
Mempunyai kemahiran merancang program bagi menyokong
dan membantu perkembangan murid melalui strategi
Sharply focused, Deep Dive, analisis data, mempelbagaikan
kaedah/ aktiviti untuk murid mencari ilmu di luar bilik darjah.
Menguasai Kemahiran Psikologi Pembelajaran
Guru berkebolehan memahami bertingkah laku setiap
murid bagi memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan
murid-murid seperti meramal tingkah laku, memberi motivasi
dan lain-lain serta menghubungkaitkan dengan proses PdP
dalam bilik darjah.
Memiliki Kemahiran Kaunseling
Mempunyai kemahiran asasdalam bidang kaunseling dalam
PdP untuk menggalakkan dan dan meningkatkan potensi
murid serta mendorong murid supaya lebih yakin dengan
keupayaan sendiri
Kemahiran Penggunaan Media dan Teknologi Maklumat
Terkini
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti PdP di bilik darjah
Anjakan Bilangan 5/2015
“Saya seronok ke sekolah!” – SK Kebakat
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) - Pengajian Tinggi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia pada 10 April 2015. PPPM (PT) merupakan kesinambungan dari segi matlamat, aspirasi dan
penyampaian pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat pendidikan tinggi dan seterusnya.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) daripada Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah
diikuti PPPM (Pengajian Tinggi) terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan
seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Kedua-dua pelan ini berfokus untuk membangunkan kemahiran
khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid dan mahasiswa bagi membolehkan mereka menerajui
pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.
“Kami diberi penerangan tentang PPPM 2013-2025 secara berterusan oleh Guru
Besar dalam setiap mesyuarat, dan maklumat ini diperkukuh dalam Sudut PPPM dan
Buletin Anjakan KPM. Sebagai guru kami sedar bahawa untuk menyediakan murid
menghadapi cabaran masa hadapan, kita perlu memberi lebih ruang dan peluang
untuk murid memperkembang bakat dan potensi mereka melalui aktiviti di dalam bilik
darjah. Dalam subjek Matematik, saya memberi peluang kepada murid untuk
melakukan pelbagai aktiviti berkumpulan di mana mereka akan membuat
pembentangan secara kumpulan dan melakukan sendiri tugasan yang diberi. Sebagai
contoh, satu aktiviti Matematik akan melibatkan murid seramai enam orang satu
kumpulan yang terdiri daripada pelbagai tahap. Saya tetapkan salah seorang daripada
mereka sudahpun dapat menguasai topik tersebut supaya dapat membantu rakan
yang lain. Dengan cara ini murid dapat bekerjasama dan saling membantu untuk
menjayakan aktiviti tersebut. Cara ini juga akan memudahkan guru membuat
pentaksiran untuk menentukan Band pencapaian murid”.
Pn Wan Asmah Wan Hassan,
Guru Matematik
Anjakan Bilangan 5/2015
Kementerian telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang membolehkan murid Malaysia bersaing pada peringkat antarabangsa. Bagi merealisasikan
Aspirasi Murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, proses
pengajaran dan pembelajaran perlulah disesuaikan dengan keperluan masa hadapan, justeru pedagogi guru-
guru ditingkatkan untuk mengamalkan pembelajaran abad ke 21. Buletin Anjakan berkesempatan meninjau
pendapat murid, guru dan ibu bapa dari beberapa sekolah di negeri Kelantan baru-baru ini.
“Pembelajaran Aktif di Bilik Darjah”
SK Kebakat, Kota Bharu
“Saya suka belajar Matematik kerana ada banyak aktiviti kumpulan yang kami boleh
buat. Contohnya semasa belajar pecahan, kami bawa bahan dari rumah dan bila belajar
bahagi, saya bawa roti dan rakan-rakan pula bawa bahan lain; jadi seronok sebab kami
buat sendiri. Kami juga bincang dalam kumpulan dan buat pembentangan; contohnya
bagaimana nak tukarkan pecahan kepada perpuluhan menggunakan peta titi seperti
dalam i-Think. Sekarang saya rasa tak sabar nak ke sekolah sebab suka belajar dalam
kumpulan, boleh bincang – belajar lebih seronok!
Nordini Safarini,
Tahun 5
“Saya Seronok ke Sekolah!” – SK Kebakat, Kota Bharu
Program Guru Muda: SMK Sultanah Zainab 1
“Di dalam kelas sekarang kami belajar lebih seronok kerana kami boleh menjalankan aktiviti berkumpulan,
bertukar fikiran, berbincang dan ada masanya berpeluang menilai kerja rakan-rakan. Proses pembelajaran
seperti ini dapat menghasilkan murid yang berkualiti kerana terdapat perubahan dari segi guru mengajar. Di
dalam kelas saya, beberapa orang murid telah dipilih untuk menjadi Guru Muda mengikut subjek bagi
memberi bimbingan kepada rakan-rakan sekelas. Saya sendiri terpilih untuk menjadi Guru Muda subjek
Matematik, maka saya berpeluang untuk menerangkan kepada rakan-rakan sekelas tentang langkah-langkah
penyelesaian dalam algebra, contohnya. Saya rasa gembira dan bangga kerana dapat membantu rakan-
rakan, dan saya juga dapat belajar daripada mereka”.
Wan Naili Najihah,
Murid Tingkatan 3
“Pada mulanya kami ibu bapa diberi penerangan tentang
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan PT3, saya dan
ramai lagi ibu bapa kurang faham tentang perlaksanaannya.
Tetapi apabila saya mendapatkan lebih banyak maklumat,
saya mula faham yang pentaksiran ini lebih baik kerana
murid ditaksir secara berterusan dan menyeluruh. Sebagai
ibu kepada Wan Naili, saya selalu berinteraksi bersama-
sama anak saya tentang apa yang berlaku di sekolah. Saya
dapati untuk subjek Sains, saya boleh berkongsi
pengetahuan dan pengalaman saya sebagai jururawat; dan
ilmu yang saya kongsikan dengan dia dapat digunakan
dalam aktiviti di dalam kelas. Peranan ibu bapa penting
untuk mengukuhkan apa yang dipelajari di sekolah. Saya
sangat menyokong usaha Kementerian untuk
meningkatkan kualiti pendidikan negara”.
Pn Wan Mahani,
Ibu
Anjakan Bilangan 5/2015

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjahKomunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjahSha Amran
 
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan42.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4Sumitra Kan
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaansuhasah
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanDemolish Wolf
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaDhashink
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)pengetahuan kandungan pedagogi (pck)
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)Ministry of Education
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanTan Tyng
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)NURLIDYAWATI JASMIN
 
5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasi5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasiFarah Husna
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 

Was ist angesagt? (20)

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjahKomunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
 
Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan42.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaan
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunan
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)pengetahuan kandungan pedagogi (pck)
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
Kurikulum standard sekolah rendah (kssr)
 
5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasi5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasi
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 

Andere mochten auch

Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)gpbsmkjk
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Cikgu Syahidon
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanNajwa Cassiopiea
 
Biology Form 4 Chapter 8 :Dynamic Ecosystem Part 1
Biology Form 4 Chapter 8 :Dynamic Ecosystem  Part 1Biology Form 4 Chapter 8 :Dynamic Ecosystem  Part 1
Biology Form 4 Chapter 8 :Dynamic Ecosystem Part 1Nirmala Josephine
 
Geografi Tingkatan 1 PETA
Geografi Tingkatan 1 PETAGeografi Tingkatan 1 PETA
Geografi Tingkatan 1 PETARamli Rem
 
Nota geografi ting 1
Nota geografi ting 1Nota geografi ting 1
Nota geografi ting 1azman Poyo
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Chon Seong Hoo
 
Chapter 8:DYNAMIC ECOSYSTEM
Chapter 8:DYNAMIC ECOSYSTEMChapter 8:DYNAMIC ECOSYSTEM
Chapter 8:DYNAMIC ECOSYSTEMguest9faf5c1
 
Geo tingkatan 2 skala jarak
Geo tingkatan 2 skala jarakGeo tingkatan 2 skala jarak
Geo tingkatan 2 skala jarakRamli Rem
 
Form 5 biology notes chapter 3 - Coordination
Form 5 biology notes chapter 3 - CoordinationForm 5 biology notes chapter 3 - Coordination
Form 5 biology notes chapter 3 - CoordinationMohd Hafiz Mohd Salleh
 
Kssm geo tingkatan 1: kedudukan
Kssm geo tingkatan 1:  kedudukanKssm geo tingkatan 1:  kedudukan
Kssm geo tingkatan 1: kedudukanRamli Rem
 
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakarRamli Rem
 
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5Roiamah Basri
 

Andere mochten auch (20)

Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
 
Buletin anjakan bil.1 2016
Buletin anjakan bil.1 2016Buletin anjakan bil.1 2016
Buletin anjakan bil.1 2016
 
Movement of-substances
Movement of-substancesMovement of-substances
Movement of-substances
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
 
Contoh rph geografi
Contoh rph geografiContoh rph geografi
Contoh rph geografi
 
Pendididikan abad ke 21
Pendididikan abad ke 21Pendididikan abad ke 21
Pendididikan abad ke 21
 
Psk tema 3 2017
Psk tema 3 2017Psk tema 3 2017
Psk tema 3 2017
 
Biology chapter 9
Biology chapter 9Biology chapter 9
Biology chapter 9
 
Huraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppmHuraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppm
 
Biology Form 4 Chapter 8 :Dynamic Ecosystem Part 1
Biology Form 4 Chapter 8 :Dynamic Ecosystem  Part 1Biology Form 4 Chapter 8 :Dynamic Ecosystem  Part 1
Biology Form 4 Chapter 8 :Dynamic Ecosystem Part 1
 
Geografi Tingkatan 1 PETA
Geografi Tingkatan 1 PETAGeografi Tingkatan 1 PETA
Geografi Tingkatan 1 PETA
 
Nota geografi ting 1
Nota geografi ting 1Nota geografi ting 1
Nota geografi ting 1
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
Chapter 8:DYNAMIC ECOSYSTEM
Chapter 8:DYNAMIC ECOSYSTEMChapter 8:DYNAMIC ECOSYSTEM
Chapter 8:DYNAMIC ECOSYSTEM
 
Geo tingkatan 2 skala jarak
Geo tingkatan 2 skala jarakGeo tingkatan 2 skala jarak
Geo tingkatan 2 skala jarak
 
Form 5 biology notes chapter 3 - Coordination
Form 5 biology notes chapter 3 - CoordinationForm 5 biology notes chapter 3 - Coordination
Form 5 biology notes chapter 3 - Coordination
 
Kssm geo tingkatan 1: kedudukan
Kssm geo tingkatan 1:  kedudukanKssm geo tingkatan 1:  kedudukan
Kssm geo tingkatan 1: kedudukan
 
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar
3.1 kssm geografi tingkatan 1: peta lakar
 
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
Nota Geografi Tg1 Bab 1-5
 

Ähnlich wie 2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)

Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaDr. Saprani
 
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaAnjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keamir alhaj
 
Taklimat media 2
Taklimat media 2Taklimat media 2
Taklimat media 2yies72
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025uhisyam sriib
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT FazHani Faz
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisirosieca
 
Taklimat Guru Cemerlang
Taklimat Guru CemerlangTaklimat Guru Cemerlang
Taklimat Guru CemerlangAzmi Sulaiman
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmZahari Zabri
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmHunter Malaya
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprintAmylia Ismail
 

Ähnlich wie 2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final) (20)

Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Pandangan Individu
Pandangan IndividuPandangan Individu
Pandangan Individu
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Abad21
Abad21Abad21
Abad21
 
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaAnjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
 
Taklimat media 2
Taklimat media 2Taklimat media 2
Taklimat media 2
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Taklimat Guru Cemerlang
Taklimat Guru CemerlangTaklimat Guru Cemerlang
Taklimat Guru Cemerlang
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprint
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 

2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)

  • 1.  Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21  Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru  Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi (2015-2025) Guru Abad Ke-21 Keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan pembangunan modal insan yang berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah negara maju. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidikan terutama guru-guru di bilik darjah. Peranan dan komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi sangat mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. “Guru: Kementerian akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan terbeza dilaksanakan secara berkesan di dalam bilik darjah” (PPPM 5-2) Kualiti guru merupakan faktor penentu di peringkat sekolah yang paling penting bagi keberhasilan murid. Salah satu kajian yang menarik pada pertengahan 1990-an menunjukkan bahawa dua orang murid sebaya dengan prestasi sederhana yang diajar oleh dua orang guru yang berbeza berbeza prestasi telah menunjukkan prestasi pencapaian akademik yang juga beza dalam tempoh tiga tahun. (PPPM 5-2) KANDUNGAN
  • 2. 0 Dapatan kajian mengenai kualiti guru sememangnya sudah dijangka dan membuktikan bahawa peranan dan kualiti guru amat besar kesannya terhadap keberhasilan murid. Malah pernah dinyatakan oleh Barber dan Mourshed (2007) dalam bukunya How the World’s Best Performing Systems Come Out on Top “bahawa kualiti sesuatu sistem sekolah (pendidikan) tidak boleh melebihi kualiti gurunya”. Hakikat bahawa sebaik mana kualiti sesuatu sistem pendidikan itu dirangka dan dibangunkan tidak memberi sebarang makna jika kualiti individu guru itu sendiri tidak terlebih dahulu dipertingkatkan dari aspek komitmen dan kompetensi. Menyedari peranan penting dan perlunya semangat kebersamaan dalam kalangan warga guru untuk menjayakan agenda transformasi pendidikan negara, ANJAKAN Bil. 5/2015 akan berkongsi maklumat ciri-ciri guru yang cemerlang dengan ciri-ciri unggul bagi mendepani cabaran pembelajaran Abad ke-21. Cabaran Guru Abad ke-21 Pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan masa lampau. Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk melahirkan murid yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh yang demikian bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu terlebih dahulu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut sebelum dalam melaksanakan pengajaran dengan berkesan. Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid masa lalu. Murid- murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tidak sedikit dan sebagai bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya. Memahami psikologi pembelajaran Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi Menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum Memiliki kemahiran kaunseling Menggunakan teknologi terkini Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka Ciri-ciri Guru Abad 21 Anjakan Bilangan 5/2015
  • 3. Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru Guru-guru Abad Ke-21 perlu menguasai kepakaran berikut dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah Menguasai ilmu / Subjek / Isi Kandungan Pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman guru perlu diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap dalam proses P&P yang lebih berkesan Menguasai Pedagogi Abad ke-21 Berkemahiran menggunakan teknologi maklumat dan media dalam PdP dan mengaplikasikan serta menyesuaikan dengan pedagogi serta konsep/ teknik pembelajaran Abad Ke-21 Menguasai Kemahiran Mengesan Perkembangan Murid dan Pencapaian Serta Menyokong Mereka Mempunyai kemahiran merancang program bagi menyokong dan membantu perkembangan murid melalui strategi Sharply focused, Deep Dive, analisis data, mempelbagaikan kaedah/ aktiviti untuk murid mencari ilmu di luar bilik darjah. Menguasai Kemahiran Psikologi Pembelajaran Guru berkebolehan memahami bertingkah laku setiap murid bagi memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan murid-murid seperti meramal tingkah laku, memberi motivasi dan lain-lain serta menghubungkaitkan dengan proses PdP dalam bilik darjah. Memiliki Kemahiran Kaunseling Mempunyai kemahiran asasdalam bidang kaunseling dalam PdP untuk menggalakkan dan dan meningkatkan potensi murid serta mendorong murid supaya lebih yakin dengan keupayaan sendiri Kemahiran Penggunaan Media dan Teknologi Maklumat Terkini Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti PdP di bilik darjah Anjakan Bilangan 5/2015
  • 4. “Saya seronok ke sekolah!” – SK Kebakat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) - Pengajian Tinggi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 April 2015. PPPM (PT) merupakan kesinambungan dari segi matlamat, aspirasi dan penyampaian pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat pendidikan tinggi dan seterusnya. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) daripada Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah diikuti PPPM (Pengajian Tinggi) terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Kedua-dua pelan ini berfokus untuk membangunkan kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid dan mahasiswa bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan. “Kami diberi penerangan tentang PPPM 2013-2025 secara berterusan oleh Guru Besar dalam setiap mesyuarat, dan maklumat ini diperkukuh dalam Sudut PPPM dan Buletin Anjakan KPM. Sebagai guru kami sedar bahawa untuk menyediakan murid menghadapi cabaran masa hadapan, kita perlu memberi lebih ruang dan peluang untuk murid memperkembang bakat dan potensi mereka melalui aktiviti di dalam bilik darjah. Dalam subjek Matematik, saya memberi peluang kepada murid untuk melakukan pelbagai aktiviti berkumpulan di mana mereka akan membuat pembentangan secara kumpulan dan melakukan sendiri tugasan yang diberi. Sebagai contoh, satu aktiviti Matematik akan melibatkan murid seramai enam orang satu kumpulan yang terdiri daripada pelbagai tahap. Saya tetapkan salah seorang daripada mereka sudahpun dapat menguasai topik tersebut supaya dapat membantu rakan yang lain. Dengan cara ini murid dapat bekerjasama dan saling membantu untuk menjayakan aktiviti tersebut. Cara ini juga akan memudahkan guru membuat pentaksiran untuk menentukan Band pencapaian murid”. Pn Wan Asmah Wan Hassan, Guru Matematik Anjakan Bilangan 5/2015 Kementerian telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang membolehkan murid Malaysia bersaing pada peringkat antarabangsa. Bagi merealisasikan Aspirasi Murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, proses pengajaran dan pembelajaran perlulah disesuaikan dengan keperluan masa hadapan, justeru pedagogi guru- guru ditingkatkan untuk mengamalkan pembelajaran abad ke 21. Buletin Anjakan berkesempatan meninjau pendapat murid, guru dan ibu bapa dari beberapa sekolah di negeri Kelantan baru-baru ini. “Pembelajaran Aktif di Bilik Darjah” SK Kebakat, Kota Bharu
  • 5. “Saya suka belajar Matematik kerana ada banyak aktiviti kumpulan yang kami boleh buat. Contohnya semasa belajar pecahan, kami bawa bahan dari rumah dan bila belajar bahagi, saya bawa roti dan rakan-rakan pula bawa bahan lain; jadi seronok sebab kami buat sendiri. Kami juga bincang dalam kumpulan dan buat pembentangan; contohnya bagaimana nak tukarkan pecahan kepada perpuluhan menggunakan peta titi seperti dalam i-Think. Sekarang saya rasa tak sabar nak ke sekolah sebab suka belajar dalam kumpulan, boleh bincang – belajar lebih seronok! Nordini Safarini, Tahun 5 “Saya Seronok ke Sekolah!” – SK Kebakat, Kota Bharu Program Guru Muda: SMK Sultanah Zainab 1 “Di dalam kelas sekarang kami belajar lebih seronok kerana kami boleh menjalankan aktiviti berkumpulan, bertukar fikiran, berbincang dan ada masanya berpeluang menilai kerja rakan-rakan. Proses pembelajaran seperti ini dapat menghasilkan murid yang berkualiti kerana terdapat perubahan dari segi guru mengajar. Di dalam kelas saya, beberapa orang murid telah dipilih untuk menjadi Guru Muda mengikut subjek bagi memberi bimbingan kepada rakan-rakan sekelas. Saya sendiri terpilih untuk menjadi Guru Muda subjek Matematik, maka saya berpeluang untuk menerangkan kepada rakan-rakan sekelas tentang langkah-langkah penyelesaian dalam algebra, contohnya. Saya rasa gembira dan bangga kerana dapat membantu rakan- rakan, dan saya juga dapat belajar daripada mereka”. Wan Naili Najihah, Murid Tingkatan 3 “Pada mulanya kami ibu bapa diberi penerangan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan PT3, saya dan ramai lagi ibu bapa kurang faham tentang perlaksanaannya. Tetapi apabila saya mendapatkan lebih banyak maklumat, saya mula faham yang pentaksiran ini lebih baik kerana murid ditaksir secara berterusan dan menyeluruh. Sebagai ibu kepada Wan Naili, saya selalu berinteraksi bersama- sama anak saya tentang apa yang berlaku di sekolah. Saya dapati untuk subjek Sains, saya boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya sebagai jururawat; dan ilmu yang saya kongsikan dengan dia dapat digunakan dalam aktiviti di dalam kelas. Peranan ibu bapa penting untuk mengukuhkan apa yang dipelajari di sekolah. Saya sangat menyokong usaha Kementerian untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara”. Pn Wan Mahani, Ibu Anjakan Bilangan 5/2015