SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 31
Tingkatan 6 Atas




PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

                TUGASAN KUMPULAN

                 TINGKATAN 6 ATAS

                   Draf Penulisan


  NUR ASHIKIN BINTI ISMAHUN           D20081032212


  NUR ATIKA BINTI HUSAIN             D20081032213



           TARIKH HANTAR : 20 OKTOBER 2011


         NAMA PENSYARAH: DR. ROHAILA YUSOF
Tingkatan 6 Atas


1.0 Pengenalan
      Huraian Sukatan Pelajaran Perakaunan tingkatan 6 ini diterbitkan oleh Majlis
      Peperiksaan Malaysia (MPM) merupakan satu panduan yang sangat berguna dan penting
      kepada guru-guru perakaunan untuk memastikan topik-topik yang perlu dipelajari oleh
      pelajar serta sebagai panduan kepada guru-guru perakaunan untuk membuat perancangan
      pengajaran dan seterusnya dapat memastikan proses P&P berjalan dengan lancar dan
      berkesan.
             Matlamat yang digariskan di dalam huraian sukatan perakaunan tingkatan 6 ini
      ialah untuk meningkatakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakauan bagi
      membolehkan pelajar meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi serta
      melanjutkan pengajian untuk memperoleh kelulusan profesional dan kerjaya di dalam
      bidang perakaunan.


      Terdapat lima objektif di dalam huraian sukatan pelajaran perakaunan tingkatan 6.
      Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar:

        I.   Memahami andaian dan prinsip dalam perakaunan
      Andaian-andaian dan prinsip-prinsip dalam perakaunan amatlah penting untuk difahami
      oleh pelajar perakaunan. Hal ini kerana dengan adanya pemahaman tentang andaian dan
      prinsip tersebut, pelajar barulah dapat menguasai topik-topik yang akan diajari oleh guru.
      Selain itu, pemahaman pelajar kepada andaian dan prinsip tersebut juga dapat memupuk
      minat pelajar dalam bidang perakaunan.

       II.   Merangka sistem perakaunan, sistem pengekosan, dan sistem kawalan
             dalaman yang mudah
      Topik-topik tersebut adalah penting untuk difahami dan dikuasai oleh pelajar kerana
      setiap topik ini dapat membantu pelajar dalam kehidupan seharian mereka serta pada
      waktu mereka masuk ke alam pekerjaan terutamanya bagi pelajar yang terlibat dalam
      bidang perniagaan, perakaunan, pengurusan dan sebagainya.
Tingkatan 6 Atas


III.   Menyediakan penyata kewangan dan mentafsirkan laporan tahunan
       diterbitkan
Objektif ini adalah amat penting untuk dicapai kerana pelajar hanya boleh menguasai
sesuatu topik dalam perakaunan selepas mereka mahir untuk menyediakan penyata
kewangan dan mentafsirkan laporan tahunan yang diterbitkan. Selain itu, kemahiran-
kemahiran tersebut juga amatlah penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian
pelajar ataupun semasa pelajar memasuki alam pekerjaan nanti.

IV.    Menggunakan teknik perakaunan dalam perancangan, kawalan, dan
       membuat keputusan
Kemahiran ini adalah perkara yang asas dan penting untuk dikuasai oleh pelajar
perakaunan.   Teknik-teknik perakaunan amatlah senang dan sesuai untuk digunakan
dalam membuat perancangan, kawalan dan membuta sesuatu keputusan terutamanya
dalam bidang perniagaan, pengurusan dan lain lain lagi. Oleh itu, pelajar perlu
menguasainya supaya mereka dapat mengaplikasikannya semasa memasuki alam
pekerjaan ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

 V.    Memahami sistem maklumat perakaunan manual dan berkomputer
Kemahiran ini amatlah penting bagi pelajar untuk menguasainya kerana pada zaman yang
moden sekarang, banyak syarikat telah memasangkan sistem maklumat perakaunan
berkomputer. Oleh itu, pelajar bukan sahaja perlu menguasai sistem maklumat
perakaunan manual tetapi juga berkomputer supaya selarasdengan perkembangan
teknologi maklumat semasa. Dengan ini, pelajar perakaunan tidak akan menghadapi
masalah yang besar apabila memasuki alam pekerjaan nanti.
Tingkatan 6 Atas


2.0   Latar belakang Kurikulum Perakaunan di Malaysia

      Sejarah perakauanan di Malaysia bermula melalui penubuhan sekolah perdagangan dalam
      tahun 1920-an di Pulau Pinang (Gull. 1983: Sukumaran,1984:1991). Pada awalnya,
      kursus perdagangan diusahakan oleh organisasi bukan kerajaan seperti pengembang
      agama Kristian. Pelajar-pelajar mengambil peperiksaan yang dikelolakan dari luar negeri
      seperti peperiksaan London Chamber of Commerce dan peperiksaan Pitman.


             Dalam tahun 1950-an, kerajaan mula mengambil berat tentang pendidikan
      perdagangan dengan mewujudkan mata pelajaran Account and Arithmetic bagi peringkat
      menengah atas. Berdasarkan Laporan Penyata Razak, bermula tahun 1958, mata pelajaran
      tersebut di jadikan sebahagian daripada mata pelajaran vokasional dengan nama Principle
      of Accounts. Pada tahun 1960-an, mata pelajaran Commercial Studies diperkenalkan di
      peringkat menengah rendah yang kemudiannya di kenali sebagai pengajian perdagangan
      (Arumugam,1986).


             Pendidikan tigkatan enam menawarkan dua jurusan sahaja iaitu sains dan sastera.
      Mata pelajaran perakaunan dan ekonomi merupakan mata pelajaran pilihan dan lanjutan
      daripada mata pelajaran prinsip akaun dan perdagangan.


             Pada tahun 1979, satu JawatankuasaKabinet yang mengkaji perlaksanakan sistem
      pendidikan negara secara keseluruhannya telah mengeluarkan satu laporan mengenai
      aspek yang menyentuh pendidikan perdagangan. Lanjutan dari laporan itu, satu
      kurikulum batu iaitu Kurikulum Bersepada Sekolah Menengah (KBSM) di gubal.
      Penyediaan kurikulum tersebut megambil kira kesinambungan daripada Kurikulum Baru
      Sekolah Rendah dan salah satu penekan yang diberi adalah pendidikan prinsip akaun.
      Pelaksananan KBSM dimulakan pada tahun 1989.

             Kurikulum Pendidikan Perakaunan mendukung cita-cita murni dan unggul selaras
      dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)yang menyediakan warga Malaysia
      yang dapat menghadapi cabaran era globalisasi dalam abad 21.
Tingkatan 6 Atas


       Subjek Perakaunan tingkatan 6 merupakan lanjutan bagi matapelajaran Prinsip
Perakaunan tingkatan 4 dan 5. Subjek inidibahagi kepada dua kertas dalam peperiksaan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan tingkatan 6 rendah akan bertumpu
kepada topik-topik yang terkandung dalam kertas 1 manakala tingkatan 6 atas akan
bertumpu kepada topik-topik yang terkandung dalam kertas 2. Kertas 1 Perakaunan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tertumpu kepada Perakaunan Kewangan
manakala kertas 2 Perakaunan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tertumpu
kepada Perakaunan Pengurusan ataujuga dikenali sebagai Perakaunan Pengekosan,
Sistem Kawalan Dalaman dan komputer dalam Perakaunan.
Tingkatan 6 Atas


2.1 Huraian Sukatan Pelajaran


Huraian sukatan bagi matapelajaran Perakaunan STPM secara keseluruhannya
mempunyai 30 bab. Bab 1 hingga bab 15 diajar dalam tingkatan 6 rendah manakala bab
16 hinnga bab 30 diajar dalam tingkatan 6 atas.


       Mata pelajaran Perakaunan tingkatan 6 dibahagi kepada dua kertas dalam
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pengajaran dan pembelajaran
semasa tingkatan 6 rendah akan bertumpu kepada topik-topik yang terkandung dalam
kertas 1 Perakaunan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) iaitu Perakaunan
Kewanganmanakala tingkatan 6 atas akan bertumpu kepada topik-topik yang terkandung
dalam kertas 2Perakaunan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) iaituPerakaunan
Pengurusan (Perakaunan Pengekosan).


       Huraian Sukatan Pelajaran yang diterbitkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
(MPM) ini merupakan satu panduan yang amat berguna bagi guru-guru perakaunan untuk
memastikan topik-topik yang perlu diajari olehnya. Selain itu, guru-guru juga dapat
menganggarkan masa yang perlu diambil untuk mengajar topik-topik yang terdapat dalam
huraian sukatan pelajaran ini kerana terdapat cadangan jumlah waktu yang diperlukan
untuk mengajar setiap topik perakaunan tersebut. Seterusnya, guru-guru juga
dapatmengetahui perkara-perkara penting yang perlu ditekankan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Hal ini kerana terdapatnya nota-nota
yang penting dicatatkan di sebelah senarai sukatan pelajaran dan nota-nota tersebut
menunjukkan perkara-perkara penting yang harus diberi perhatian dan ditekankan oleh
guru semasa proses P&P berlangsung.
Tingkatan 6 Atas


2. 2 Model-model kurikulum


    2.2.1Kurikulum Trend Terkini (Emergent curriculum) (abad ke- 21)
    Kurikulum ‘emergent’ merupakan kurikulum yang terpaksa diwujudkan mengikut
    kehendak, kuasa dan ‘trend’ semasa dalam sistem pendidikan sesebuah Negara. Sebagai
    contohnya, subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Malalui model ini
    juga, pelajar dapat menerokai apa yang diperlukan secara sosial dan ia sangat bermakna
    kepada pelajar-pelajar. Model ini juga merupakan model pembelajaran yang terdiri
    daripada interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa. Mereka diberikan peluang dan
    intiatif untuk membuat keputusan dalam kurikulum ‘emergent’. Terdapat empat (4)
    komponen penting iaitu objektif kurikulum, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan
    penilaian kurikulum. Kurikulum ini dipanggil ‘emergent’ kerana ianya sentiasa berubah
    dan sentiasa terbuka untuk kemungkinan baru. Idea-idea dalam kurikulum ‘emergent’
    berasal daripada minat, persoalan-persoalan dan isu semasa dalam satu persekitaran dan
    daripada satu kumpulan manusia. Dalam kurikulum ini juga, peranan guru ialah sebagai
    seorang pemerhati dan guru juga mestilah boleh menilai kebolehan murid dan merancang
    aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pemikiran kritis mereka.



    2.2.2 Model Perkembangan Stenhouse (1975)
    Kurikulum bertindak sebagai satu proses. Di mana Kurikulumbukan berbentuk fizikal
    tetapi berkaitan dengan interaksi guru, murid dan ilmu.Kurikulumadalah perkara sebenar
    yang berlaku dalam bilik darjah dan dilakukan oleh seseorang untuk membuat persediaan
    dan    penilaian.   Proses   yang    aktif   dan   dihubungkaitkan   dengan set penaakulan
    praktikal Aristotle. Cubaan penyampaian prinsip-prinsip dan ciri-ciri pendidikan dalam
    satu bentuk terbuka untuk penilitian kritis dan boleh diterjemahkan kebentuk prakital.
    Ianya memerlukan penyediaan asas untuk merancang sesuatu kursus, mengkaji secara
    emperikal dan mempertimbangkan alasan secara praktikal. Ia harus menawarkan:


          i)      Perancangan:


               a) Prinsip pemilihan kandungan - apa yang perlu diajar dan dipelajari-
Tingkatan 6 Atas




        b) Prinsip   perkembangan     startegi   pengajaran -   bagaimana    ia   dipelajari
            dandiajar -


        c) Prinsip membuat keputusan tentang urutan-


        d) Panduan          untuk        guru         bagi         kesesuaian         untuk
            melaksanakankurikulumdalam pelbagai         konteks-     maklumat       tentang
            kepelbagaian kesan dalam konteks yang berbeza



2.2.3   ‘Outcomes Based Education’


Model ‘Outcomes based education’ (1989) adalah satu sistem akedemik yang mempunyai
3 asas penting yang di ibaratkan seperti kerusi yang berkaki tiga. Setiap kaki kerusi
tersebut mewakili aspek yang berbeza dan tanpa sokongan antara satu sama lain, kerusi
tersebut akan jatuh. Tiga kaki tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam gambar rajah
di bawah.
Tingkatan 6 Atas




Curriculum Mandates


       8 KLA’s
       Syllabus documents
       and outcomes                                                    Methods of delivering an
       Timelines                                                        outcomes approach?
       “Frameworks” doc.
       Lifelong learning
       SCP & Lit. Plan                                                How do we develop learner
                                                                      centeredness?

                                                                      How do we ‘translate’ CLO’s
                                                                      into valid learning
                                                                      experiences?
 Program Writing
                                  Reporting and Assessment            How do we develop learning
                                                                      outcomes utilising
Preparing units of work
                                                                      Productive Pedagogies?
Lesson Planning
                                                                      What is Authentic
Developing learning                                                   assessment?
experiences and
                                                                      What school based learning
resources
                                                                      outcomes are the
Developing assessment                                                 foundations for our school?

                                                                      How do we develop literacy
                                                                      and numeracy within all
                                                                      curriculum?




                                  Model ‘Outcomes Based Education’



                          (Sumber : http://www.teachers.ash.org.au/bce/obe.htm)
Tingkatan 6 Atas


3.0       Penyusunan isi kandungan dalam Sukatan Pelajaran Perakaunan.


TAJUK           OBJEKTIF P&P                   OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6
                Selepas mempelajari bab ini,   1. Memahami     2. Merangka      3. Menyediakan     4. Menggunaka      5. Memahami
                pelajar seharusnya boleh :       andaian dan     sistem          penyata             n teknik            sistem
                                                 prinsip         perakaunan      kewangan dan        perakaunan          maklumat
                                                 dalam           sistem          pentafsiran         dalam               perakaunan
                                                 perakaunan.     pengekosan,     laporan tahunan     perancangan,        manual dan
                                                                 dan sistem      diterbitkan.        kawalan, dan        berkomputer
                                                                 kawalan                             membuat
                                                                 dalaman yang                        keputusan.
                                                                 mudah.
Bab 1 :         1.   Membandingkan                   
Perakaunan           perakaunan kewangan &
Pengurusan           perakaunan kos.
Bab 2 :         1.   Mengenalpasti ciri-ciri                          
Konsep Kos           pelbagai jenis kos.


Bab 3 :              1. Menyatakan unsur-                            
Pengurusan              unsur kos bahan
Kos Bahan            2. Menghitung EOQ                                                
Tingkatan 6 Atas


TAJUK             OBJEKTIF P&P         OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6
Bab 4 :        1. Menyatakan unsur                  
Pengurusan        kos buruh
Kos Buruh      2. Menentukan masa                                               
                  kerja dan bilangan
                  output
Bab 5 :        1. Menyatakan unsur                  
Pengurusan        kos overhead
Kos            2. Menghitung kos                                                
Overhead          overhead mengikut
                  kaedah penguntukan
                  terus dan kadar
                  pengagihan semula


Bab 6 :        1. Menyediakan akaun                              
Kaedah            pelarasan lejar am
Pengekosan
Bab 7 :        1. Membezakan antara      
Pengekosan        pengeluaran barang
perkhidmatan      & perkhidmatan
               2. Menentukan kos                                  
                  perkhidmatan
Tingkatan 6 Atas


TAJUK           OBJEKTIF P&P          OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6
Bab 8 :      1. Mengelaskan kos         
Teknik          tetap & kos berubah
Pengekosan      (termasuk kaedah
                bergraf selerak)
             2. Membandingkan                       
                teknik pengekosan
                sut dan pengekosan
                serapan
             3. Mengira overhead                                               
                terlebih atau
                terkurang serap
             4. Menyenaraikan                                                  
                kelebihan &
                kelemahan
                pengekosan sut &
                serapan
Tingkatan 6 Atas


TAJUK             OBJEKTIF P&P            OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6
Bab 9 :        1. Mengira margin                                                   
Analisis Kos      caruman, titik pulang
Volum-            modal dan margin
untung            keselamatan
                  (keluaran campuran
                  tidak diperlukan)
               2. Mengenalpasti pasti                                
                  andaian & kelemahan
                  analisis kos volum
                  untung
Bab 10 :       1. Mengenal pasti faktor                                           
Pembuatan         kualitatif perlu atas
Keputusan         setiap keputusan
                  yang dibuat termasuk
                  tertib keutamaan
Tingkatan 6 Atas


TAJUK           OBJEKTIF P&P            OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6
Bab 11 :     1. Menyediakan setiap                                 
Belanjawan      komponen
                belanjawan induk
                hingga penyata pro
                forma.
             2. Menghitung varians                                               
                daripada
                perbandingan prestasi
                sebenar dengan
                belanjawan
             3. Membezakan antara                                                
                angka sebenar
                dengan angka
                dibelanjawankan
Tingkatan 6 Atas


TAJUK           OBJEKTIF P&P           OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6
Bab 12 :     1. Mengenalpasti ciri       
Pengekosan      dan kelebihan
piawai          pengekosan piawai
             2. Menghitung varians                                              
                bahan dan buruh
             3. Menghitung varians                                              
                overhead
             4. Membuat laporan                                   
                pengurusan


Bab 13 :     1. Menakrifkan kawalan      
Kawalan         dalaman
Dalaman      2. Menjelaskan unsur-                   
                unsur kawalan
                dalaman & tata cara
                kawalan bagi jualan,
                belian dan tunai
Tingkatan 6 Atas


TAJUK            OBJEKTIF P&P        OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6
Bab 14 :      1. Mengenal pasti                                                                  
Komputer         kelebihan dan
dalam            kelemahan sistem
perakaunan       berkomputer
              2. Membuat                                                      
                 pertimbangan sama
                 ada untuk
                 menggunakan
                 perakaunan manual
                 atau berkomputer
Bab 15 :      1. Menganalisis dan                               
Laporan          mentafsir penyata
diterbitkan      kewangan
Tingkatan 6 Atas


3.1      Analisis Penyusunan Isi Kandungan Dalam Sukatan Pelajaran Perakaunan
Tingkatan 6

Penyusunan isi kandungan dalam huraian sukatan perakaunan tingkatan 6 disusun mengikut
topik. Dimulai dengan topik yang mudah kepada topik yang sukar. Setiap topi mempunyai
objektif yang perlu dicapai oleh setiap pelajar dan objektif setiap topik tersebut juga perlulah
mencapai objektif yang terdapat dalah huraian sukatan perakaunan tingkatan 6. Terdapat 5
objektif yang perlu dicapai dalam huraian sukatan perakaunan tingkatan 6 iaitu memahami
andaian dan prinsip dalam perakaunan; merangka sistem perakaunan, sistem pengekosan, dan
sistem kawalan dalaman yang mudah; menyediakan penyata kewangan dan pentafsiran laporan
tahunan diterbitkan; menggunakan teknik perakaunan dalam perancangan, kawalan, dan
membuat keputusan; dan memahami sistem maklumat perakaunan manual dan berkomputer.

         Objektif bab 1 (Perakaunan Pengurusan) ialah membandingkan perakaunan kewangan &
perakaunan kos memenuhi objektif HSP Perakaunan yang pertama iaitu memahami andaian dan
prinsip dalam perakaunan.

         Objektif bab 2 (Konsep Kos) iaitu mengenalpasti ciri-ciri pelbagai jenis kos pula
memenuhi objektif HSP yang ke dua iaitu merangka sistem perakaunan, sisitem pengekosan, dan
sistem kawalan dalaman yang mudah.

         Objektif bab 3 (Pengurusan Kos Bahan) iaitu menyatakan unsur-unsur kos bahan dan
menghitung EOQ memenuhi objektif yang pertama, kedua dan ketiga dalam HSP.

         Bagi objektif bab 4 pula (Pengurusan Kos Buruh) iaitu menyatakan unsur kos buruh dan
menentukan masa kerja dan bilangan output memenuhi objektif HSP yang pertama, kedua dan ke
empat.

         Objektif bab 5 (Pengurusan Kos Overhead) iaitu menyetakan unsur kos overhead dan
menghitung kos overhead mengikut kaedah penguntukan terus dan kadar pengagihan semula
memenuhi objektif HSP yang pertama, kedua dan ke empat.

         Objektif bab 6 (Kaedah Pengekosan) iaitu menyediakan akaun pelarasan lejar am
memenuhi objektif HSP yang ke dua dan ke tiga.
Tingkatan 6 Atas


           Objektif bab 7 (Pengekosan Perkhidmatan) ialah membezakan antara pengeluaran barang
& perkhidmatan serta menentukan kos perkhidmatan memenuhi objektif HSP yang pertama dan
ke tiga.

           Bagi bab 8 pula (Teknik Pengekosan), objektifnya ialah mengelaskan kos tetap & kos
berubah, membandingkan teknik pengekosan sut dan pengekosan serapan, mengira overhead
terlebih atau terkurang serap serta menyenaraikan kelebihan & kelemahan pengekosan sut dan
pengekosan serapan memenuhi objektif HSP yang pertama, ke dua dan ke empat.

           Objektif bab 9 (Analisis Kos Volum-Untung) ialah mengira margin caruman, titik pulang
modal dan margin keselamatan serta mengenalpasti andaian & kelemahan analisis kos volum
untung memenuhi HSP yang ke tiga sahaja.

           Bab 10 (Pembuatan Keputusan) mempunyai objektif mengenalpasti faktor kualitatif atas
setiap keputusan yang dibuat memenuhi objektif ke tiga dan ke empat.

           Objektif bab 11 (Belanjawan) ialah menyediakan setiap komponen belanjawan induk
hingga penyata pro forma, menghitung varians daripada perbandingan prestasi sebenar dengan
belanjawan, dan membezakan antara angka sebenar dengan angka dibelanjawankan memenuhi
objektif HSP yang ke tiga dan ke empat.

           Objektif bab 12 (Pengekosan Piawai) ialah mengenalpasti ciri dan kelebihan pengekosan
piawai, menghitung varians bahan dan buruh, menghitung varians overhead dan membuat
laporan pengurusan memenuhi objektif HSP yang pertama, ke tiga dan ke empat.

           Bagi bab 13 pula (Kawalan Dalaman), objektifnya ialah menakrifkan kawalan dalaman
dan menjelaskan unsur- unsur kawalan dalaman dan tata cara kawalan bagi jualan, belian dan
tunai memenuhi objektif HSP yang pertama dan kedua.

           Objektif bab 14 (Komputer dalam Perakaunan) ialah mengenalpasti kelebihan dan
kelemahan sistem berkomputer dan membuat pertimbangan sama ada untuk menggunakan
perakaunan manual atau berkomputer memenuhi objektif HSP yang ke empat dan yang ke lima.

           Bagi topik yang terakhir iaitu bab 15 (Laporan Diterbitkan), objektifnya ialah
menganalisis dan mentafsir penyata kewangan memenuhi HSP yang ke tiga.
Tingkatan 6 Atas


       Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh saya bersama dengan rakan seperjuangan,
kami mendapati bahawa setiap objektif yang dikehendaki oleh setiap bab dalam huraian sukatan
perakaunan tingkatan 6 ini dapat memenuhi semua objektif yang diingini dan dinyatakan dalam
huraian sukatan perakaunan tingkatan 6 ini. Walaubagaimanapun, tida satu pun bab yang boleh
digugurkan kerana setiap bab berkait rapat dalam mencapai ke lima-lima objektif yang
ditetapkan oleh MPM.
Tingkatan 6 Atas


4.0    Penerapan Kemahiran di dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Selaras dengan matlamat Perakaunan Tingkatan 6, iaitu bertujuan meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang perakaunan bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian di
institut pengajian tinggi, penarapan kemahiran di dalam proses pembelajaran adalah penting.
Sebagai contoh, kemahiran menghubung kait, mengelaskan, menghitungkan, mengenalpasti,
menganalis, membandingkan, menyediakan, membuat petimbangan dan mentafsir adalah
sebagai satu penerapan kemahiran yang boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah bagi
menyediakan pelajar tingkatan 6 berdaya saing di institut pengajian tinggi nanti.
Tingkatan 6 Atas




                              OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
                              1. Memahami         2. Merangka            3. Menyediakan   4. Menggunakan       5. Memahami
                                 andaian    dan     sistem                penyata           teknik               sistem
                                 prinsip dalam      perakaunan            kewangan dan      perakaunan           maklumat
         Penerapan               perakaunan.        sistem                pentafsiran       dalam                perakaunan
         Kemahiran                                  pengekosan,           laporan           perancangan,         manual       dan
                                                    dan       sistem      tahunan           kawalan,     dan     berkomputer
                                                    kawalan               diterbitkan.      membuat
                                                    dalaman       yang                      keputusan.
                                                    mudah.
Menghubung      kait   dan                                                                          
perbezaannya      daripada
perakaunan kewangan.
Mengelaskan       pelbagai          
jenis kos.
Menghitungkan        kaedah                                                         
serapan overhed tertentu
Mengenalpasti     pekaitan                                                                          
antara lejar kos dan rekod
perakaunan.
Menganalis kos volum-
untung
Tingkatan 6 Atas


Membandingkan tempoh          
bayar balik dengan aliran
tunai terdiskaun
Menyediakan          setiap         
komponen       belanjawan
induk hingga penyata pro
forma
Membuat      petimbangan                             
dalam    memilih     sistem
perakauan     sama     ada
berkomputer atau manual.
Mentafsir          penyata                
kewangan
Tingkatan 6 Atas


   4.1      Analisis Penerapan Kemahiran didalam Huraian Sukatan Pelajaran
            Tingkatan 6
Berdasarkan hasil kajian kami, terdapat sembilan kemahiran yang ingin diterapkan di dalam
huraian sukatan pelajaran Tingkatan 6. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah menghubungkait,
mengelaskan, menghitungkan, mengenalpasti menganalisis, membandingkan, menyediakan,
membuat pertimbangan dan mentafsir.Bagi kemahiran menghubungkait yang ingin di terapkan
kepada pelajar, ianya memenuhi dua objektif pembelajaran dan pengajaran.Objektif tersebut
adalah memahami andaian dan prinsip dalam perakaunan serta objektif menggunakan teknik
perakaunan dalam perancangan kawalan dan membuat keputusan.
         Manakala kemahiran mengelas pula memenuhi objektif memahami andaian dan prisip
dalam perakaunan. Berlainan dengan kemahiran menghitung, objektif menyediakan penyata
kewangan dan pentafsiran laporan tahunan diterbitkan dipenuhi. Kemahiran mengenalpasti pula
memenuhi objektif iaitu merangka sistem perakaunan sistem pengekosan, dan sistem kawalan
dalaman yang mudah. Objektif menggunakan teknik perakaunan dalam perancangan, kawalan,
dan membuat keputusan juga dipenuhi oleh kemahiran mengenalpasti.
         Berlainan dengan kemahiran menganalis yang tidak selari dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran Tingkatan 6. Kemudian, kemahiran membandingkan yang memenuhi objektif
memahami andaian dan prinsip dalam perakaunan. Objektif memahami andaian dan prinsip
dalam perakaunan, merangka sistem perakaunan sistem pengekosan, dan sistem kawalan
dalaman yang mudah dan menyediakan penyata kewangan dan pentafsiran laporan tahunan
diterbitkan pula dipenuhi secara serentak oleh kemahiran menyediakan. Sementara kemahiran
pertimbangan di lihat memehuni objektif menggunakan teknik perakaunan dalam perancangan,
kawalan, dan membuat keputusan dan objektif memahami sistem maklumat perakaunan manual
dan berkomputer. Kemahiran terakhir di dalam huraian sukatan pelajaran yang ingin diterapkan
di dalam diri pelajar ialah menggunakan teknik perakaunan dalam perancangan, kawalan, dan
membuat keputusan.
Tingkatan 6 Atas


5.0    Pembangunan nilai murni melalui kurikulum.

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu
manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan
nilai murni sebagai:

       "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang
       dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai
       murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi
       tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi
       baik dan berakhlak mulia"

                                                            (Wan Mohd. Zahid, 1988)




       Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar
dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi
penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Laporan Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri
Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan
mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada
pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja
dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.
Tingkatan 6 Atas


      Bab                       1   2       3       4       5       6       7   8       9       10       11   12       13       14       15       16
                Nilai Murni*
1.Perakaunan Pengurusan                                                                                                              

2. Konsep Kos                                                                                                                                          

3.Pengurusan kos bahan                                                                                           

4. Pengurusan kos buruh                                                                             

5. Pengurusan kos overhed                                                                                                   

6. Kaedah Pengekosan                                            

7. Pengekosan Perkhidmatan                              

8. Teknik Pengekosan                                            

9. Analisis Kos Volum Untung                                                                                                                         

10. Pembuatan Keputusan                                                                                                                              

11.Belanjawan                                                                                                                                      

12. Pengekosan Piawai                                                                                              

13. Kawalan Dalaman                                                                                                         

14. Komputer dalam perakaunan                                                                                                                        

15. Laporan diterbitkan                                                                                                                      
Tingkatan 6 Atas


JUMLAH   0   2   2   3   2   1   0   3   1   2   0   4   2   1        1 5
Tingkatan 6 Atas




Nilai-nilai murni *

   1. Semangat kemasyarakatan
   2. Kerajinan
   3. Baik hati
   4. Berdikari
   5. Hemah tinggi
   6. Hormat menghormati
   7. Kasih sayang
   8. Keadilan
   9. Kebebasan
   10. Keberanian
   11. Kebersihan fizikan dan mental
   12. Kejujuran
   13. Kerjasama
   14. Kesedaran
   15. Kesyukuran
   16. Rasional
Tingkatan 6 Atas


       5.1     Cadangan bagi penerapan nilai murni melalui kurikulum.

Jadual diatas menunjukkan nilai-nilai murni yang kami lihat dapat diterapkan di dalam bab-bab
di dalam perakaunan.

       Tujuan pendidikan nilaimurni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi
mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti
dan masyarakat.Namun begitu, nilai murni merupakan satu sifat subjektif yang tidak boleh di
ukur. Adalah sukar bagi menerapkan nilai-milai murni hanya di dalam kurikulum, lebih-lebih
lagi untuk subjek Perakaunan yang melibatkan pengiraan, ketepatan dan keuntungan.

       Antaracara yang dikenalpasti untuk menerapkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai
murni ialah dengan melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral danPendidikan Islam).
Selaian itu, penerapan nilai murni dalam matapelajaran lain juga dapat dilaksanakan. Jika pelajar
terlibat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti persatuan sekolah, pelbagai nilai murni
juga dapatditerapkan.

       Melaui teknik-teknik ini, penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan walaupun tidak
sepenuhnya. Melalui matapelajaran tertentu, sekurang-kurangnya dengan mewajibkan pelajaran
mengambil subjek yang berkenaan akan memberikan pengetahuan ataupun akan dapat menarik
minat mereka untuk belajar.

       Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlaku secara
langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini pelajararan dapat melihat dan
membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran khusus tadi dengan
apa yang dilihat sekarang. Disamping bimbingan guru-guru dan ibubapa, kesedaran daripada
pelajar itu sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri mereka sendiri.

       Penglibatan aktif dalam aktivitiko-kurikulum dan aktiviti persatuan juga berlaku secarat
tidak langsung di mana biasanya melalui teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih
menyerlah. Penerapan nilai-nilai murni akan tertera dengan sendirinya. Jika kumpulan yang tidak
mempunyai nilai murni mereka akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah.
Tingkatan 6 Atas


6.0        Kritikan dan Penambahbaikan

           6.1     Matlamat tidak menyeluruh

Berdasarkan lima (5) matlamat yang dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran perakaunan
tingkatan 6 ini, matlamat tersebut hanya berkisarkan tentang domain kognitif sahaja. Oleh
demikian, matlamat dalam huraian sukatan perakaunan tingkatan 6 ini perlu dikaji semula agar
menyeluruh dengan merangkumi semua domain seperti domain psikomotor, domain kognitif dan
afektif.

           6.2     Tiada unsur nilai murni

Huraian sukatan pelajaran perakaunan tingkatan 6 ini perlu di bincangkan semula oleh pihak
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terutamanya berkaitan dengan nilai murni. Maksudnya di
sini ialah, unsur-unsur nilai murni perlulah dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran tingkatan
6 ini agar mudah diterapkan oleh guru kepada pelajar. Sebagai contohnya seperti huraian sukatan
perakaunan bagi SPM.

           6.3     Tiada buku teks

Seperti sedia maklum, setiap subjek memerlukan buku teks sebagai buku panduan asas kepada
guru dan pelajar untuk mengajar dan belajar. Oleh kerana subjek Perakaunan tingkatan 6 ini
tidak mempunyai buku teks yang khusus, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ataupun
pihak MPM perlulah mewujudkan buku teks khusus bagi subjek Perakaunan tingkatan 6 ini
kerana ianya akan memudahkan proses P&P kepada guru dan proses pembelajaran kepada
pelajar sendiri.
Tingkatan 6 Atas


7.0    Penutup
Huraian sukatan Prinsip Perakaunan Tingkatan 6 ini digubal dengan matlamat untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakuanan bagi membolehkan pelajar
meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi serta melanjutkan pengajian untuk
memperoleh kelulusan professional dan kerjaya dalam bidang perakaunan. Ini juga selari dengan
intipati yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu sebagai satu usaha
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

       Melalui Huraian Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan 6 ini juga, pelajar
didedahkan dengan penggunaan komputer dalam sistem perakaunan berkomputer selaras dengan
perkembangan teknologi maklumat semasa. Oleh demikian, pelajar akan mendapat kemahiran
dan pengetahuan yang selaras dengan perkembangan teknologi maklumat semasa serta dapat
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian ataupun pada masa hadapan apabila melanjutkan
pelajaran ataupun dalam alam pekerjaan.

       Huraian Sukatan Pelajaran Perakaunan tingkatan 6 ini diterbitkan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM) merupakan satu panduan yang sangat berguna dan penting kepada
guru-guru perakaunan untuk memastikan topik-topik yang perlu dipelajari oleh pelajar serta
sebagai panduan kepada guru-guru perakaunan untuk membuat perancangan pengajaran dan
seterusnya dapat memastikan proses P&P berjalan dengan lancar dan berkesan.
Tingkatan 6 Atas


Rujukan
A.      Arumugam (1986). Accounting education – Current and future. Kertas kerja yang
        dibentangkan dala Seminar Pendidikan dan Latihan Perakauan anjuran bersama UPM dan
        PERSAMA di Universiti Pertanian Malaysia, pada 23 Ogos, 1986.


Abu Bakar Nordin, 1991. Kurikulum , Perspektif dan Perlaksanaan. Pustaka Antara, Kuala
        Lumpur.


J.Y.Low (2003). Teks Lengkap STPM Perakauan Kes dan Kewangan. Federal Publications.


W.I Wan Maznah & A.S Zaleha (2004).Perakaunan Kewangan.Kursus Matrikulasi Fajar
        Bakti.


Temuramah guru Perakauanan di SMK Kuala Kubu Bharu (Bestari Perdana)


Outcome Based Education (OBE), (2008). Di ambilpada Nov 23, 2011 daripada
        http://www.utar.edu.my/fes/file/OBE.pdf


Model    ‘Outcomes       Based      Education’.    Di    ambil    pada   Nov   23,   2011    daripada
        http://www.teachers.ash.org.au/bce/obe.htm

Model Perkembangan Stenhouse, (1975). Di ambil pada Nov 23, 2011 daripada
        http://www.scribd.com/doc/6812170/Kurikulum-Model-Kurikulum


Kurikulum        Trend   Terkini,     (2001).     Di    ambil    pada    Nov   23,   2011    daripada
        http://www.slideshare.net/arthurjeo/2-pengurusan-dan-perkembangan-kurikulum

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas

Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolah
Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolahAkauntabiliti pengurusan kewangan sekolah
Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolahAlima Rahman
 
Pengurusan perniagaan
Pengurusan perniagaanPengurusan perniagaan
Pengurusan perniagaanazilenah
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpmdoojoonis
 
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)JoeyRevell
 
Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012Samsudin Ahmad
 
amalan baik kurikulum MQA.pdf
amalan baik kurikulum MQA.pdfamalan baik kurikulum MQA.pdf
amalan baik kurikulum MQA.pdfAziraKasim
 
Dasar Awam 1
Dasar Awam 1Dasar Awam 1
Dasar Awam 1aimm reka
 
Buku tatacara kws 2012
Buku tatacara kws 2012Buku tatacara kws 2012
Buku tatacara kws 2012Panji Hitam
 
Tatacara pengurusan kws jpnpk
Tatacara pengurusan kws jpnpkTatacara pengurusan kws jpnpk
Tatacara pengurusan kws jpnpkShareshares
 
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdf
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdfBuku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdf
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdfTANLEECHINGMoe1
 
Sukatan pelajaran prinsip_perakaunan
Sukatan pelajaran prinsip_perakaunanSukatan pelajaran prinsip_perakaunan
Sukatan pelajaran prinsip_perakaunanzuriati2822
 

Ähnlich wie Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas (20)

Kajian tindakan qgrafik
Kajian tindakan qgrafikKajian tindakan qgrafik
Kajian tindakan qgrafik
 
Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolah
Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolahAkauntabiliti pengurusan kewangan sekolah
Akauntabiliti pengurusan kewangan sekolah
 
Pelan strategik 2017
Pelan strategik 2017Pelan strategik 2017
Pelan strategik 2017
 
Pengurusan perniagaan
Pengurusan perniagaanPengurusan perniagaan
Pengurusan perniagaan
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
 
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
 
Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012
 
folio chemistry
folio chemistryfolio chemistry
folio chemistry
 
amalan baik kurikulum MQA.pdf
amalan baik kurikulum MQA.pdfamalan baik kurikulum MQA.pdf
amalan baik kurikulum MQA.pdf
 
Pentaksiran sekolah
Pentaksiran sekolahPentaksiran sekolah
Pentaksiran sekolah
 
Dasar Awam 1
Dasar Awam 1Dasar Awam 1
Dasar Awam 1
 
Dasar awam 1
Dasar awam 1Dasar awam 1
Dasar awam 1
 
Dasar awam 1
Dasar awam 1Dasar awam 1
Dasar awam 1
 
Buku tatacara kws 2012
Buku tatacara kws 2012Buku tatacara kws 2012
Buku tatacara kws 2012
 
Tatacara pengurusan kws jpnpk
Tatacara pengurusan kws jpnpkTatacara pengurusan kws jpnpk
Tatacara pengurusan kws jpnpk
 
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdf
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdfBuku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdf
Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.pdf
 
Sukatan pelajaran prinsip_perakaunan
Sukatan pelajaran prinsip_perakaunanSukatan pelajaran prinsip_perakaunan
Sukatan pelajaran prinsip_perakaunan
 
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalamanSertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
 

Mehr von Nur Ashikin Ismahun

Mehr von Nur Ashikin Ismahun (10)

Penyediaan proposal kajian tindakan
Penyediaan proposal kajian tindakanPenyediaan proposal kajian tindakan
Penyediaan proposal kajian tindakan
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
 
Jurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikalJurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikal
 
Graphic calculator ti voyage 200 guidebook
Graphic calculator ti voyage 200 guidebookGraphic calculator ti voyage 200 guidebook
Graphic calculator ti voyage 200 guidebook
 
Nur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahunNur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahun
 
Nur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahunNur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahun
 
Wan rohana binti ton manan
Wan rohana binti ton mananWan rohana binti ton manan
Wan rohana binti ton manan
 
Nur farhana binti abdullah zawawi
Nur farhana binti abdullah zawawiNur farhana binti abdullah zawawi
Nur farhana binti abdullah zawawi
 
Nur adilah yahaya
Nur adilah yahayaNur adilah yahaya
Nur adilah yahaya
 

Kürzlich hochgeladen

Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.gs69955
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaLUKTZECHINMoe
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 

Kürzlich hochgeladen (6)

Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 

Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas

  • 1. Tingkatan 6 Atas PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN TUGASAN KUMPULAN TINGKATAN 6 ATAS Draf Penulisan NUR ASHIKIN BINTI ISMAHUN D20081032212 NUR ATIKA BINTI HUSAIN D20081032213 TARIKH HANTAR : 20 OKTOBER 2011 NAMA PENSYARAH: DR. ROHAILA YUSOF
  • 2. Tingkatan 6 Atas 1.0 Pengenalan Huraian Sukatan Pelajaran Perakaunan tingkatan 6 ini diterbitkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) merupakan satu panduan yang sangat berguna dan penting kepada guru-guru perakaunan untuk memastikan topik-topik yang perlu dipelajari oleh pelajar serta sebagai panduan kepada guru-guru perakaunan untuk membuat perancangan pengajaran dan seterusnya dapat memastikan proses P&P berjalan dengan lancar dan berkesan. Matlamat yang digariskan di dalam huraian sukatan perakaunan tingkatan 6 ini ialah untuk meningkatakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakauan bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi serta melanjutkan pengajian untuk memperoleh kelulusan profesional dan kerjaya di dalam bidang perakaunan. Terdapat lima objektif di dalam huraian sukatan pelajaran perakaunan tingkatan 6. Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar: I. Memahami andaian dan prinsip dalam perakaunan Andaian-andaian dan prinsip-prinsip dalam perakaunan amatlah penting untuk difahami oleh pelajar perakaunan. Hal ini kerana dengan adanya pemahaman tentang andaian dan prinsip tersebut, pelajar barulah dapat menguasai topik-topik yang akan diajari oleh guru. Selain itu, pemahaman pelajar kepada andaian dan prinsip tersebut juga dapat memupuk minat pelajar dalam bidang perakaunan. II. Merangka sistem perakaunan, sistem pengekosan, dan sistem kawalan dalaman yang mudah Topik-topik tersebut adalah penting untuk difahami dan dikuasai oleh pelajar kerana setiap topik ini dapat membantu pelajar dalam kehidupan seharian mereka serta pada waktu mereka masuk ke alam pekerjaan terutamanya bagi pelajar yang terlibat dalam bidang perniagaan, perakaunan, pengurusan dan sebagainya.
  • 3. Tingkatan 6 Atas III. Menyediakan penyata kewangan dan mentafsirkan laporan tahunan diterbitkan Objektif ini adalah amat penting untuk dicapai kerana pelajar hanya boleh menguasai sesuatu topik dalam perakaunan selepas mereka mahir untuk menyediakan penyata kewangan dan mentafsirkan laporan tahunan yang diterbitkan. Selain itu, kemahiran- kemahiran tersebut juga amatlah penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar ataupun semasa pelajar memasuki alam pekerjaan nanti. IV. Menggunakan teknik perakaunan dalam perancangan, kawalan, dan membuat keputusan Kemahiran ini adalah perkara yang asas dan penting untuk dikuasai oleh pelajar perakaunan. Teknik-teknik perakaunan amatlah senang dan sesuai untuk digunakan dalam membuat perancangan, kawalan dan membuta sesuatu keputusan terutamanya dalam bidang perniagaan, pengurusan dan lain lain lagi. Oleh itu, pelajar perlu menguasainya supaya mereka dapat mengaplikasikannya semasa memasuki alam pekerjaan ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. V. Memahami sistem maklumat perakaunan manual dan berkomputer Kemahiran ini amatlah penting bagi pelajar untuk menguasainya kerana pada zaman yang moden sekarang, banyak syarikat telah memasangkan sistem maklumat perakaunan berkomputer. Oleh itu, pelajar bukan sahaja perlu menguasai sistem maklumat perakaunan manual tetapi juga berkomputer supaya selarasdengan perkembangan teknologi maklumat semasa. Dengan ini, pelajar perakaunan tidak akan menghadapi masalah yang besar apabila memasuki alam pekerjaan nanti.
  • 4. Tingkatan 6 Atas 2.0 Latar belakang Kurikulum Perakaunan di Malaysia Sejarah perakauanan di Malaysia bermula melalui penubuhan sekolah perdagangan dalam tahun 1920-an di Pulau Pinang (Gull. 1983: Sukumaran,1984:1991). Pada awalnya, kursus perdagangan diusahakan oleh organisasi bukan kerajaan seperti pengembang agama Kristian. Pelajar-pelajar mengambil peperiksaan yang dikelolakan dari luar negeri seperti peperiksaan London Chamber of Commerce dan peperiksaan Pitman. Dalam tahun 1950-an, kerajaan mula mengambil berat tentang pendidikan perdagangan dengan mewujudkan mata pelajaran Account and Arithmetic bagi peringkat menengah atas. Berdasarkan Laporan Penyata Razak, bermula tahun 1958, mata pelajaran tersebut di jadikan sebahagian daripada mata pelajaran vokasional dengan nama Principle of Accounts. Pada tahun 1960-an, mata pelajaran Commercial Studies diperkenalkan di peringkat menengah rendah yang kemudiannya di kenali sebagai pengajian perdagangan (Arumugam,1986). Pendidikan tigkatan enam menawarkan dua jurusan sahaja iaitu sains dan sastera. Mata pelajaran perakaunan dan ekonomi merupakan mata pelajaran pilihan dan lanjutan daripada mata pelajaran prinsip akaun dan perdagangan. Pada tahun 1979, satu JawatankuasaKabinet yang mengkaji perlaksanakan sistem pendidikan negara secara keseluruhannya telah mengeluarkan satu laporan mengenai aspek yang menyentuh pendidikan perdagangan. Lanjutan dari laporan itu, satu kurikulum batu iaitu Kurikulum Bersepada Sekolah Menengah (KBSM) di gubal. Penyediaan kurikulum tersebut megambil kira kesinambungan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan salah satu penekan yang diberi adalah pendidikan prinsip akaun. Pelaksananan KBSM dimulakan pada tahun 1989. Kurikulum Pendidikan Perakaunan mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)yang menyediakan warga Malaysia yang dapat menghadapi cabaran era globalisasi dalam abad 21.
  • 5. Tingkatan 6 Atas Subjek Perakaunan tingkatan 6 merupakan lanjutan bagi matapelajaran Prinsip Perakaunan tingkatan 4 dan 5. Subjek inidibahagi kepada dua kertas dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan tingkatan 6 rendah akan bertumpu kepada topik-topik yang terkandung dalam kertas 1 manakala tingkatan 6 atas akan bertumpu kepada topik-topik yang terkandung dalam kertas 2. Kertas 1 Perakaunan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tertumpu kepada Perakaunan Kewangan manakala kertas 2 Perakaunan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tertumpu kepada Perakaunan Pengurusan ataujuga dikenali sebagai Perakaunan Pengekosan, Sistem Kawalan Dalaman dan komputer dalam Perakaunan.
  • 6. Tingkatan 6 Atas 2.1 Huraian Sukatan Pelajaran Huraian sukatan bagi matapelajaran Perakaunan STPM secara keseluruhannya mempunyai 30 bab. Bab 1 hingga bab 15 diajar dalam tingkatan 6 rendah manakala bab 16 hinnga bab 30 diajar dalam tingkatan 6 atas. Mata pelajaran Perakaunan tingkatan 6 dibahagi kepada dua kertas dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pengajaran dan pembelajaran semasa tingkatan 6 rendah akan bertumpu kepada topik-topik yang terkandung dalam kertas 1 Perakaunan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) iaitu Perakaunan Kewanganmanakala tingkatan 6 atas akan bertumpu kepada topik-topik yang terkandung dalam kertas 2Perakaunan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) iaituPerakaunan Pengurusan (Perakaunan Pengekosan). Huraian Sukatan Pelajaran yang diterbitkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ini merupakan satu panduan yang amat berguna bagi guru-guru perakaunan untuk memastikan topik-topik yang perlu diajari olehnya. Selain itu, guru-guru juga dapat menganggarkan masa yang perlu diambil untuk mengajar topik-topik yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran ini kerana terdapat cadangan jumlah waktu yang diperlukan untuk mengajar setiap topik perakaunan tersebut. Seterusnya, guru-guru juga dapatmengetahui perkara-perkara penting yang perlu ditekankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Hal ini kerana terdapatnya nota-nota yang penting dicatatkan di sebelah senarai sukatan pelajaran dan nota-nota tersebut menunjukkan perkara-perkara penting yang harus diberi perhatian dan ditekankan oleh guru semasa proses P&P berlangsung.
  • 7. Tingkatan 6 Atas 2. 2 Model-model kurikulum 2.2.1Kurikulum Trend Terkini (Emergent curriculum) (abad ke- 21) Kurikulum ‘emergent’ merupakan kurikulum yang terpaksa diwujudkan mengikut kehendak, kuasa dan ‘trend’ semasa dalam sistem pendidikan sesebuah Negara. Sebagai contohnya, subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Malalui model ini juga, pelajar dapat menerokai apa yang diperlukan secara sosial dan ia sangat bermakna kepada pelajar-pelajar. Model ini juga merupakan model pembelajaran yang terdiri daripada interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa. Mereka diberikan peluang dan intiatif untuk membuat keputusan dalam kurikulum ‘emergent’. Terdapat empat (4) komponen penting iaitu objektif kurikulum, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan penilaian kurikulum. Kurikulum ini dipanggil ‘emergent’ kerana ianya sentiasa berubah dan sentiasa terbuka untuk kemungkinan baru. Idea-idea dalam kurikulum ‘emergent’ berasal daripada minat, persoalan-persoalan dan isu semasa dalam satu persekitaran dan daripada satu kumpulan manusia. Dalam kurikulum ini juga, peranan guru ialah sebagai seorang pemerhati dan guru juga mestilah boleh menilai kebolehan murid dan merancang aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pemikiran kritis mereka. 2.2.2 Model Perkembangan Stenhouse (1975) Kurikulum bertindak sebagai satu proses. Di mana Kurikulumbukan berbentuk fizikal tetapi berkaitan dengan interaksi guru, murid dan ilmu.Kurikulumadalah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan dilakukan oleh seseorang untuk membuat persediaan dan penilaian. Proses yang aktif dan dihubungkaitkan dengan set penaakulan praktikal Aristotle. Cubaan penyampaian prinsip-prinsip dan ciri-ciri pendidikan dalam satu bentuk terbuka untuk penilitian kritis dan boleh diterjemahkan kebentuk prakital. Ianya memerlukan penyediaan asas untuk merancang sesuatu kursus, mengkaji secara emperikal dan mempertimbangkan alasan secara praktikal. Ia harus menawarkan: i) Perancangan: a) Prinsip pemilihan kandungan - apa yang perlu diajar dan dipelajari-
  • 8. Tingkatan 6 Atas b) Prinsip perkembangan startegi pengajaran - bagaimana ia dipelajari dandiajar - c) Prinsip membuat keputusan tentang urutan- d) Panduan untuk guru bagi kesesuaian untuk melaksanakankurikulumdalam pelbagai konteks- maklumat tentang kepelbagaian kesan dalam konteks yang berbeza 2.2.3 ‘Outcomes Based Education’ Model ‘Outcomes based education’ (1989) adalah satu sistem akedemik yang mempunyai 3 asas penting yang di ibaratkan seperti kerusi yang berkaki tiga. Setiap kaki kerusi tersebut mewakili aspek yang berbeza dan tanpa sokongan antara satu sama lain, kerusi tersebut akan jatuh. Tiga kaki tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam gambar rajah di bawah.
  • 9. Tingkatan 6 Atas Curriculum Mandates 8 KLA’s Syllabus documents and outcomes Methods of delivering an Timelines outcomes approach? “Frameworks” doc. Lifelong learning SCP & Lit. Plan How do we develop learner centeredness? How do we ‘translate’ CLO’s into valid learning experiences? Program Writing Reporting and Assessment How do we develop learning outcomes utilising Preparing units of work Productive Pedagogies? Lesson Planning What is Authentic Developing learning assessment? experiences and What school based learning resources outcomes are the Developing assessment foundations for our school? How do we develop literacy and numeracy within all curriculum? Model ‘Outcomes Based Education’ (Sumber : http://www.teachers.ash.org.au/bce/obe.htm)
  • 10. Tingkatan 6 Atas 3.0 Penyusunan isi kandungan dalam Sukatan Pelajaran Perakaunan. TAJUK OBJEKTIF P&P OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6 Selepas mempelajari bab ini, 1. Memahami 2. Merangka 3. Menyediakan 4. Menggunaka 5. Memahami pelajar seharusnya boleh : andaian dan sistem penyata n teknik sistem prinsip perakaunan kewangan dan perakaunan maklumat dalam sistem pentafsiran dalam perakaunan perakaunan. pengekosan, laporan tahunan perancangan, manual dan dan sistem diterbitkan. kawalan, dan berkomputer kawalan membuat dalaman yang keputusan. mudah. Bab 1 : 1. Membandingkan  Perakaunan perakaunan kewangan & Pengurusan perakaunan kos. Bab 2 : 1. Mengenalpasti ciri-ciri  Konsep Kos pelbagai jenis kos. Bab 3 : 1. Menyatakan unsur-   Pengurusan unsur kos bahan Kos Bahan 2. Menghitung EOQ 
  • 11. Tingkatan 6 Atas TAJUK OBJEKTIF P&P OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6 Bab 4 : 1. Menyatakan unsur   Pengurusan kos buruh Kos Buruh 2. Menentukan masa  kerja dan bilangan output Bab 5 : 1. Menyatakan unsur   Pengurusan kos overhead Kos 2. Menghitung kos  Overhead overhead mengikut kaedah penguntukan terus dan kadar pengagihan semula Bab 6 : 1. Menyediakan akaun   Kaedah pelarasan lejar am Pengekosan Bab 7 : 1. Membezakan antara  Pengekosan pengeluaran barang perkhidmatan & perkhidmatan 2. Menentukan kos  perkhidmatan
  • 12. Tingkatan 6 Atas TAJUK OBJEKTIF P&P OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6 Bab 8 : 1. Mengelaskan kos  Teknik tetap & kos berubah Pengekosan (termasuk kaedah bergraf selerak) 2. Membandingkan  teknik pengekosan sut dan pengekosan serapan 3. Mengira overhead  terlebih atau terkurang serap 4. Menyenaraikan  kelebihan & kelemahan pengekosan sut & serapan
  • 13. Tingkatan 6 Atas TAJUK OBJEKTIF P&P OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6 Bab 9 : 1. Mengira margin  Analisis Kos caruman, titik pulang Volum- modal dan margin untung keselamatan (keluaran campuran tidak diperlukan) 2. Mengenalpasti pasti  andaian & kelemahan analisis kos volum untung Bab 10 : 1. Mengenal pasti faktor   Pembuatan kualitatif perlu atas Keputusan setiap keputusan yang dibuat termasuk tertib keutamaan
  • 14. Tingkatan 6 Atas TAJUK OBJEKTIF P&P OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6 Bab 11 : 1. Menyediakan setiap  Belanjawan komponen belanjawan induk hingga penyata pro forma. 2. Menghitung varians  daripada perbandingan prestasi sebenar dengan belanjawan 3. Membezakan antara  angka sebenar dengan angka dibelanjawankan
  • 15. Tingkatan 6 Atas TAJUK OBJEKTIF P&P OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6 Bab 12 : 1. Mengenalpasti ciri  Pengekosan dan kelebihan piawai pengekosan piawai 2. Menghitung varians  bahan dan buruh 3. Menghitung varians  overhead 4. Membuat laporan  pengurusan Bab 13 : 1. Menakrifkan kawalan  Kawalan dalaman Dalaman 2. Menjelaskan unsur-  unsur kawalan dalaman & tata cara kawalan bagi jualan, belian dan tunai
  • 16. Tingkatan 6 Atas TAJUK OBJEKTIF P&P OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TIGKATAN 6 Bab 14 : 1. Mengenal pasti  Komputer kelebihan dan dalam kelemahan sistem perakaunan berkomputer 2. Membuat  pertimbangan sama ada untuk menggunakan perakaunan manual atau berkomputer Bab 15 : 1. Menganalisis dan  Laporan mentafsir penyata diterbitkan kewangan
  • 17. Tingkatan 6 Atas 3.1 Analisis Penyusunan Isi Kandungan Dalam Sukatan Pelajaran Perakaunan Tingkatan 6 Penyusunan isi kandungan dalam huraian sukatan perakaunan tingkatan 6 disusun mengikut topik. Dimulai dengan topik yang mudah kepada topik yang sukar. Setiap topi mempunyai objektif yang perlu dicapai oleh setiap pelajar dan objektif setiap topik tersebut juga perlulah mencapai objektif yang terdapat dalah huraian sukatan perakaunan tingkatan 6. Terdapat 5 objektif yang perlu dicapai dalam huraian sukatan perakaunan tingkatan 6 iaitu memahami andaian dan prinsip dalam perakaunan; merangka sistem perakaunan, sistem pengekosan, dan sistem kawalan dalaman yang mudah; menyediakan penyata kewangan dan pentafsiran laporan tahunan diterbitkan; menggunakan teknik perakaunan dalam perancangan, kawalan, dan membuat keputusan; dan memahami sistem maklumat perakaunan manual dan berkomputer. Objektif bab 1 (Perakaunan Pengurusan) ialah membandingkan perakaunan kewangan & perakaunan kos memenuhi objektif HSP Perakaunan yang pertama iaitu memahami andaian dan prinsip dalam perakaunan. Objektif bab 2 (Konsep Kos) iaitu mengenalpasti ciri-ciri pelbagai jenis kos pula memenuhi objektif HSP yang ke dua iaitu merangka sistem perakaunan, sisitem pengekosan, dan sistem kawalan dalaman yang mudah. Objektif bab 3 (Pengurusan Kos Bahan) iaitu menyatakan unsur-unsur kos bahan dan menghitung EOQ memenuhi objektif yang pertama, kedua dan ketiga dalam HSP. Bagi objektif bab 4 pula (Pengurusan Kos Buruh) iaitu menyatakan unsur kos buruh dan menentukan masa kerja dan bilangan output memenuhi objektif HSP yang pertama, kedua dan ke empat. Objektif bab 5 (Pengurusan Kos Overhead) iaitu menyetakan unsur kos overhead dan menghitung kos overhead mengikut kaedah penguntukan terus dan kadar pengagihan semula memenuhi objektif HSP yang pertama, kedua dan ke empat. Objektif bab 6 (Kaedah Pengekosan) iaitu menyediakan akaun pelarasan lejar am memenuhi objektif HSP yang ke dua dan ke tiga.
  • 18. Tingkatan 6 Atas Objektif bab 7 (Pengekosan Perkhidmatan) ialah membezakan antara pengeluaran barang & perkhidmatan serta menentukan kos perkhidmatan memenuhi objektif HSP yang pertama dan ke tiga. Bagi bab 8 pula (Teknik Pengekosan), objektifnya ialah mengelaskan kos tetap & kos berubah, membandingkan teknik pengekosan sut dan pengekosan serapan, mengira overhead terlebih atau terkurang serap serta menyenaraikan kelebihan & kelemahan pengekosan sut dan pengekosan serapan memenuhi objektif HSP yang pertama, ke dua dan ke empat. Objektif bab 9 (Analisis Kos Volum-Untung) ialah mengira margin caruman, titik pulang modal dan margin keselamatan serta mengenalpasti andaian & kelemahan analisis kos volum untung memenuhi HSP yang ke tiga sahaja. Bab 10 (Pembuatan Keputusan) mempunyai objektif mengenalpasti faktor kualitatif atas setiap keputusan yang dibuat memenuhi objektif ke tiga dan ke empat. Objektif bab 11 (Belanjawan) ialah menyediakan setiap komponen belanjawan induk hingga penyata pro forma, menghitung varians daripada perbandingan prestasi sebenar dengan belanjawan, dan membezakan antara angka sebenar dengan angka dibelanjawankan memenuhi objektif HSP yang ke tiga dan ke empat. Objektif bab 12 (Pengekosan Piawai) ialah mengenalpasti ciri dan kelebihan pengekosan piawai, menghitung varians bahan dan buruh, menghitung varians overhead dan membuat laporan pengurusan memenuhi objektif HSP yang pertama, ke tiga dan ke empat. Bagi bab 13 pula (Kawalan Dalaman), objektifnya ialah menakrifkan kawalan dalaman dan menjelaskan unsur- unsur kawalan dalaman dan tata cara kawalan bagi jualan, belian dan tunai memenuhi objektif HSP yang pertama dan kedua. Objektif bab 14 (Komputer dalam Perakaunan) ialah mengenalpasti kelebihan dan kelemahan sistem berkomputer dan membuat pertimbangan sama ada untuk menggunakan perakaunan manual atau berkomputer memenuhi objektif HSP yang ke empat dan yang ke lima. Bagi topik yang terakhir iaitu bab 15 (Laporan Diterbitkan), objektifnya ialah menganalisis dan mentafsir penyata kewangan memenuhi HSP yang ke tiga.
  • 19. Tingkatan 6 Atas Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh saya bersama dengan rakan seperjuangan, kami mendapati bahawa setiap objektif yang dikehendaki oleh setiap bab dalam huraian sukatan perakaunan tingkatan 6 ini dapat memenuhi semua objektif yang diingini dan dinyatakan dalam huraian sukatan perakaunan tingkatan 6 ini. Walaubagaimanapun, tida satu pun bab yang boleh digugurkan kerana setiap bab berkait rapat dalam mencapai ke lima-lima objektif yang ditetapkan oleh MPM.
  • 20. Tingkatan 6 Atas 4.0 Penerapan Kemahiran di dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Selaras dengan matlamat Perakaunan Tingkatan 6, iaitu bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakaunan bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian di institut pengajian tinggi, penarapan kemahiran di dalam proses pembelajaran adalah penting. Sebagai contoh, kemahiran menghubung kait, mengelaskan, menghitungkan, mengenalpasti, menganalis, membandingkan, menyediakan, membuat petimbangan dan mentafsir adalah sebagai satu penerapan kemahiran yang boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah bagi menyediakan pelajar tingkatan 6 berdaya saing di institut pengajian tinggi nanti.
  • 21. Tingkatan 6 Atas OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 1. Memahami 2. Merangka 3. Menyediakan 4. Menggunakan 5. Memahami andaian dan sistem penyata teknik sistem prinsip dalam perakaunan kewangan dan perakaunan maklumat Penerapan perakaunan. sistem pentafsiran dalam perakaunan Kemahiran pengekosan, laporan perancangan, manual dan dan sistem tahunan kawalan, dan berkomputer kawalan diterbitkan. membuat dalaman yang keputusan. mudah. Menghubung kait dan   perbezaannya daripada perakaunan kewangan. Mengelaskan pelbagai  jenis kos. Menghitungkan kaedah  serapan overhed tertentu Mengenalpasti pekaitan   antara lejar kos dan rekod perakaunan. Menganalis kos volum- untung
  • 22. Tingkatan 6 Atas Membandingkan tempoh  bayar balik dengan aliran tunai terdiskaun Menyediakan setiap    komponen belanjawan induk hingga penyata pro forma Membuat petimbangan   dalam memilih sistem perakauan sama ada berkomputer atau manual. Mentafsir penyata  kewangan
  • 23. Tingkatan 6 Atas 4.1 Analisis Penerapan Kemahiran didalam Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 6 Berdasarkan hasil kajian kami, terdapat sembilan kemahiran yang ingin diterapkan di dalam huraian sukatan pelajaran Tingkatan 6. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah menghubungkait, mengelaskan, menghitungkan, mengenalpasti menganalisis, membandingkan, menyediakan, membuat pertimbangan dan mentafsir.Bagi kemahiran menghubungkait yang ingin di terapkan kepada pelajar, ianya memenuhi dua objektif pembelajaran dan pengajaran.Objektif tersebut adalah memahami andaian dan prinsip dalam perakaunan serta objektif menggunakan teknik perakaunan dalam perancangan kawalan dan membuat keputusan. Manakala kemahiran mengelas pula memenuhi objektif memahami andaian dan prisip dalam perakaunan. Berlainan dengan kemahiran menghitung, objektif menyediakan penyata kewangan dan pentafsiran laporan tahunan diterbitkan dipenuhi. Kemahiran mengenalpasti pula memenuhi objektif iaitu merangka sistem perakaunan sistem pengekosan, dan sistem kawalan dalaman yang mudah. Objektif menggunakan teknik perakaunan dalam perancangan, kawalan, dan membuat keputusan juga dipenuhi oleh kemahiran mengenalpasti. Berlainan dengan kemahiran menganalis yang tidak selari dengan objektif pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6. Kemudian, kemahiran membandingkan yang memenuhi objektif memahami andaian dan prinsip dalam perakaunan. Objektif memahami andaian dan prinsip dalam perakaunan, merangka sistem perakaunan sistem pengekosan, dan sistem kawalan dalaman yang mudah dan menyediakan penyata kewangan dan pentafsiran laporan tahunan diterbitkan pula dipenuhi secara serentak oleh kemahiran menyediakan. Sementara kemahiran pertimbangan di lihat memehuni objektif menggunakan teknik perakaunan dalam perancangan, kawalan, dan membuat keputusan dan objektif memahami sistem maklumat perakaunan manual dan berkomputer. Kemahiran terakhir di dalam huraian sukatan pelajaran yang ingin diterapkan di dalam diri pelajar ialah menggunakan teknik perakaunan dalam perancangan, kawalan, dan membuat keputusan.
  • 24. Tingkatan 6 Atas 5.0 Pembangunan nilai murni melalui kurikulum. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988) Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Laporan Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.
  • 25. Tingkatan 6 Atas Bab 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Nilai Murni* 1.Perakaunan Pengurusan  2. Konsep Kos  3.Pengurusan kos bahan    4. Pengurusan kos buruh   5. Pengurusan kos overhed  6. Kaedah Pengekosan  7. Pengekosan Perkhidmatan  8. Teknik Pengekosan  9. Analisis Kos Volum Untung    10. Pembuatan Keputusan    11.Belanjawan      12. Pengekosan Piawai  13. Kawalan Dalaman  14. Komputer dalam perakaunan    15. Laporan diterbitkan  
  • 26. Tingkatan 6 Atas JUMLAH 0 2 2 3 2 1 0 3 1 2 0 4 2 1 1 5
  • 27. Tingkatan 6 Atas Nilai-nilai murni * 1. Semangat kemasyarakatan 2. Kerajinan 3. Baik hati 4. Berdikari 5. Hemah tinggi 6. Hormat menghormati 7. Kasih sayang 8. Keadilan 9. Kebebasan 10. Keberanian 11. Kebersihan fizikan dan mental 12. Kejujuran 13. Kerjasama 14. Kesedaran 15. Kesyukuran 16. Rasional
  • 28. Tingkatan 6 Atas 5.1 Cadangan bagi penerapan nilai murni melalui kurikulum. Jadual diatas menunjukkan nilai-nilai murni yang kami lihat dapat diterapkan di dalam bab-bab di dalam perakaunan. Tujuan pendidikan nilaimurni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.Namun begitu, nilai murni merupakan satu sifat subjektif yang tidak boleh di ukur. Adalah sukar bagi menerapkan nilai-milai murni hanya di dalam kurikulum, lebih-lebih lagi untuk subjek Perakaunan yang melibatkan pengiraan, ketepatan dan keuntungan. Antaracara yang dikenalpasti untuk menerapkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah dengan melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral danPendidikan Islam). Selaian itu, penerapan nilai murni dalam matapelajaran lain juga dapat dilaksanakan. Jika pelajar terlibat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti persatuan sekolah, pelbagai nilai murni juga dapatditerapkan. Melaui teknik-teknik ini, penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan walaupun tidak sepenuhnya. Melalui matapelajaran tertentu, sekurang-kurangnya dengan mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan akan memberikan pengetahuan ataupun akan dapat menarik minat mereka untuk belajar. Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlaku secara langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini pelajararan dapat melihat dan membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran khusus tadi dengan apa yang dilihat sekarang. Disamping bimbingan guru-guru dan ibubapa, kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri mereka sendiri. Penglibatan aktif dalam aktivitiko-kurikulum dan aktiviti persatuan juga berlaku secarat tidak langsung di mana biasanya melalui teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. Penerapan nilai-nilai murni akan tertera dengan sendirinya. Jika kumpulan yang tidak mempunyai nilai murni mereka akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah.
  • 29. Tingkatan 6 Atas 6.0 Kritikan dan Penambahbaikan 6.1 Matlamat tidak menyeluruh Berdasarkan lima (5) matlamat yang dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran perakaunan tingkatan 6 ini, matlamat tersebut hanya berkisarkan tentang domain kognitif sahaja. Oleh demikian, matlamat dalam huraian sukatan perakaunan tingkatan 6 ini perlu dikaji semula agar menyeluruh dengan merangkumi semua domain seperti domain psikomotor, domain kognitif dan afektif. 6.2 Tiada unsur nilai murni Huraian sukatan pelajaran perakaunan tingkatan 6 ini perlu di bincangkan semula oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terutamanya berkaitan dengan nilai murni. Maksudnya di sini ialah, unsur-unsur nilai murni perlulah dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran tingkatan 6 ini agar mudah diterapkan oleh guru kepada pelajar. Sebagai contohnya seperti huraian sukatan perakaunan bagi SPM. 6.3 Tiada buku teks Seperti sedia maklum, setiap subjek memerlukan buku teks sebagai buku panduan asas kepada guru dan pelajar untuk mengajar dan belajar. Oleh kerana subjek Perakaunan tingkatan 6 ini tidak mempunyai buku teks yang khusus, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ataupun pihak MPM perlulah mewujudkan buku teks khusus bagi subjek Perakaunan tingkatan 6 ini kerana ianya akan memudahkan proses P&P kepada guru dan proses pembelajaran kepada pelajar sendiri.
  • 30. Tingkatan 6 Atas 7.0 Penutup Huraian sukatan Prinsip Perakaunan Tingkatan 6 ini digubal dengan matlamat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakuanan bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi serta melanjutkan pengajian untuk memperoleh kelulusan professional dan kerjaya dalam bidang perakaunan. Ini juga selari dengan intipati yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu sebagai satu usaha untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Melalui Huraian Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan 6 ini juga, pelajar didedahkan dengan penggunaan komputer dalam sistem perakaunan berkomputer selaras dengan perkembangan teknologi maklumat semasa. Oleh demikian, pelajar akan mendapat kemahiran dan pengetahuan yang selaras dengan perkembangan teknologi maklumat semasa serta dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian ataupun pada masa hadapan apabila melanjutkan pelajaran ataupun dalam alam pekerjaan. Huraian Sukatan Pelajaran Perakaunan tingkatan 6 ini diterbitkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) merupakan satu panduan yang sangat berguna dan penting kepada guru-guru perakaunan untuk memastikan topik-topik yang perlu dipelajari oleh pelajar serta sebagai panduan kepada guru-guru perakaunan untuk membuat perancangan pengajaran dan seterusnya dapat memastikan proses P&P berjalan dengan lancar dan berkesan.
  • 31. Tingkatan 6 Atas Rujukan A. Arumugam (1986). Accounting education – Current and future. Kertas kerja yang dibentangkan dala Seminar Pendidikan dan Latihan Perakauan anjuran bersama UPM dan PERSAMA di Universiti Pertanian Malaysia, pada 23 Ogos, 1986. Abu Bakar Nordin, 1991. Kurikulum , Perspektif dan Perlaksanaan. Pustaka Antara, Kuala Lumpur. J.Y.Low (2003). Teks Lengkap STPM Perakauan Kes dan Kewangan. Federal Publications. W.I Wan Maznah & A.S Zaleha (2004).Perakaunan Kewangan.Kursus Matrikulasi Fajar Bakti. Temuramah guru Perakauanan di SMK Kuala Kubu Bharu (Bestari Perdana) Outcome Based Education (OBE), (2008). Di ambilpada Nov 23, 2011 daripada http://www.utar.edu.my/fes/file/OBE.pdf Model ‘Outcomes Based Education’. Di ambil pada Nov 23, 2011 daripada http://www.teachers.ash.org.au/bce/obe.htm Model Perkembangan Stenhouse, (1975). Di ambil pada Nov 23, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/6812170/Kurikulum-Model-Kurikulum Kurikulum Trend Terkini, (2001). Di ambil pada Nov 23, 2011 daripada http://www.slideshare.net/arthurjeo/2-pengurusan-dan-perkembangan-kurikulum