SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 59
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam Muafakat Johor;
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia
dan inayah-Nya, kita masih dapat bersama-
sama meneruskan agenda transformasi
pendidikan negeri Johor . Terlebih dahulu,
marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi
puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana
dapat menggalas amanah yang diberikan.
1
Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan
dan tahniah atas komitmen warga pendidikan
dalam melaksanakan tugas-tugas sepanjang
tahun 2014 yang telah melakar pelbagai
kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
Selamat Tahun Baharu 2015 kepada warga
pendidikan di negeri Johor. Harapan saya
semoga pada tahun baharu ini keiltizaman dan
komitmen warga pendidikan mampu
meningkatkan dan melonjakkan pendidikan di
negeri Johor.
2
3
Warga pendidikan yang dihormati
sekalian,
Apabila dasar sesuatu cita-cita bermula,
perjalanannya menjadi sukar dan
memerlukan pengorbanan yang banyak.
Orang yang bercita-cita tinggi dan yang
mempunyai keazaman yang hebat,
selalunya bertemu halangan dan rintangan
yang besar. Besarnya halangan dan
rintangan itulah ukuran nilai sesuatu
cita-cita.
4
Saya berkeyakinan tinggi bahawa jika
warga pendidikan mempunyai
komitmen dan keikhlasan, tiada perkara
yang mustahil untuk tidak boleh dicapai
dalam memartabatkan kecemerlangan
pendidikan di negeri Johor. Cabaran
utama dalam gelombang 1 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) memastikan warga pendidikan
bukan sahaja sedar dan faham tetapi
mahu dan boleh melaksanakan PPPM
bagi menjayakan hasrat sistem
pendidikan negara.
5
Sehubungan dengan itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah
merangka Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM)
bagi menyediakan murid menghadapi
cabaran pendidikan abad ke-21. Antara
fokus PPPM ialah enam (6) aspirasi
murid iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan
identiti nasional.
6
Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa
komited untuk merancang dan
melaksanakan agenda pembangunan
pendidikan secara holistik di negeri ini
kerana kita tahu penyediaan pendidikan
berkualiti untuk rakyat adalah satu-satunya
wadah bagi melahirkan modal insan yang
berpengetahuan, berkemahiran tinggi,
kreatif, inovatif, berdaya saing,
berkebolehan mencerna, mengadaptasikan
teknologi dan berupaya mengembangkan
idea-idea.
7
Melalui pemerkasaan dan pemantapan
bidang pendidikan yang bertunjangkan
Bidang Keberhasilan Utama kita berupaya
memesatkan modal insan yang bakal
mencorakkan masa depan negara dengan
lebih pesat dan mapan, khususnya di
negeri Johor ini.
Samb. 7
Untuk meningkatkan kualiti pendidikan
negara kerajaan telah melaksanakan empat
inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan
Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan yang
bertujuan untuk memperluas akses kepada
pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Alhamdulillah, berkat kegigihan para guru,
pendidikan negara telah menempa kejayaan
yang membanggakan.
8
Peningkatan dapat dilihat menerusi kadar
penyertaan murid prasekolah, penguasaan
literasi dan numerasi mencapai sasarannya,
bilangan sekolah berprestasi tinggi
bertambah serta bai’ah guru-guru besar dan
pengetua terlaksana.
Syabas diucapkan kepada semua guru yang
menggerakkan kudrat dan ikhtiar untuk
meningkatkan kecemerlangan pendidikan
negeri Johor.
Samb. 8
Walaupun prestasi Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) 2014 menurun berbanding
UPSR 2013, namun penurunan ini sebagai
satu cabaran untuk ditangani bersama-
sama oleh warga pendidikan. Perubahan
dalam Penilaian Menengah Rendah pada
Penilaian Tingkatan Tiga pula masih dalam
proses penambahbaikan. Di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia prestasi pencapaian
calon turut mengalami peningkatan dari
tahun 2011 hingga 2013.
9
Dalam bidang kokurikulum pula,
penyertaan murid negeri Johor telah
memperlihatkan pencapaian yang
memberangsangkan dari tahun 2013 hingga
2014. Dalam pelbagai pertandingan
di peringkat kebangsaan seperti SUKMA,
pelajar kita mewakili negeri Johor dan
mengungguli pelbagai pertandingan
tersebut.
Samb. 9
Warga pendidik yang dikasihi sekalian,
Setiap pihak perlu memastikan isu yang
sering menjadi fokus iaitu 1Murid, 1Kerusi,
1Meja dan 1Set buku teks, keperluan guru,
pengisian Pengetua dan Guru Besar dan
infrastruktur mampu ditangani sebelum sesi
persekolahan 2015 bermula. Semua
pentadbir pendidikan negeri Johor perlulah
peka tentang persediaan persekolahan agar
sifar isu dapat direalisasikan dan tiada
sebarang isu yang boleh dimanipulasikan
oleh pihak yang berkepentingan.
10
Kejayaan sistem pendidikan bergantung pada
guru yang cemerlang dan profesional. Guru
yang cemerlang dan profesional dalam jentera
pendidikan ialah guru di bilik darjah,
pentadbir sekolah dan pentadbir pendidikan
yang daya fikirnya, komitmennya dan etos
profesionalnya tertuju dan tertumpu pada
usaha menyampaikan perkhidmatan
pendidikan yang berkualiti. Oleh yang
demikian, selaras dengan kecemerlangan
yang hendak dicapai itu, guru juga hendaklah
memahami peranan sebagai penjawat awam
yang diyakini kewibawaannya.
11
Warga pendidikan yang telah dilantik
sebagai penjawat awam dalam perkhidmatan
kerajaan dikehendaki menandatangani Surat
Aku Janji bahawa mereka akan mematuhi
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-
Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling,
peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan
oleh kerajaan dari semasa ke semasa
sepanjang perkhidmatan mereka dengan
kerajaan.
12
Terdapat sembilan perkara yang
termaktub dalam surat akujanji yang
telah ditandatangani oleh penjawat awam
perlu dipatuhi iaitu,
13
Pertama,
Akan sentiasa taat setia kepada Seri Paduka
Baginda Yang Di Pertuan Agong, negara dan
kerajaan. Dalam konteks ini, penjawat awam
seharusnya menunjukkan taat setia dengan
tidak melakukan pelanggaran etika penjawat
awam. Antara contoh pelanggaran etika bagi
perkara yang pertama adalah seperti;
14
• bersubahat dengan musuh negara,
• membocorkan rahsia kerajaan,
• memburuk serta memperkecil dasar
kerajaan dan
• berlakon dalam filem serta menulis dalam
makalah yang memburukkan negara.
Samb.14
Kedua, akan sentiasa melaksanakan
tugas dengan cermat, bersungguh-
sungguh, cekap, jujur, amanah dan
bertanggungjawab. Setiap tugasan dan
tanggungjawab yang diamanahkan
hendaklah dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh agar dapat
meningkatkan kualiti perkhidmatan
penjawat awam.
15
Penjawat awam seboleh-bolehnya
mengelakkan daripada melakukan
pelanggaran etika seperti,
• kurang cekap atau kurang berusaha,
• tidak jujur atau tidak amanah, dan
• tidak bertanggungjawab.
Samb.15
Ketiga, tidak akan membelakangkan tugas
awam demi kepentingan peribadi saya. Setiap
penjawat awam mestilah memberikan
keutamaan terhadap tugas awam berbanding
kepentingan peribadi. Antara contoh
pelanggaran etika penjawat awam berkaitan
dengan perkara ini adalah seperti;
16
•Menguruskan perniagaan atau pelaburan
sendiri, atau ahli keluarganya, dalam waktu
pejabat;
•Mengutamakan saudara-mara, rakan-rakan
atau orang yang rapat dengannya semasa
menimbangkan sesuatu permohonan, dan
• Menguruskan tender / sebut harga
sedangkan pegawai tahu di antara mereka
yang mengemukakan tender / sebut harga
terdiri daripada saudara-maranya.
Samb.16
Keempat, tidak akan berkelakuan dengan
cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan peribadi bercanggah dengan
tugas awam. Sebagai penjawat awam,
hendaklah menjaga kelakuan dan tingkah
laku supaya tidak dikaitkan dengan
kepentingan peribadi yang bercanggah
dengan tugas awam. Sebagai contoh;
17
• Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul
terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan
mendapat keuntungan daripada tugas
rasminya
• Tidak mengelakkan diri daripada menerima
hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli
perniagaan atau individu; dan
• Memproses, menimbang atau meluluskan
sesuatu permohonan daripada ahli
keluarganya
Samb.17
Kelima,tidak akan berkelakuan dengan cara
yang boleh menimbulkan syak yang
munasabah bahawa saya telah
membiarkan kepentingan peribadi saya
bercanggah dengan tugas rasmi sehingga
menjejaskan kegunaan saya sebagai
pegawai awam. Sebagai contoh
pelanggaran etika ini;
18
• Penjawat awam tidak mengambil tindakan
terhadap seseorang yang telah melanggar
sesuatu peraturan dengan tujuan
mendapat ganjaran daripadanya
• Berhutang dengan rakan seperjawatan,
sekolah atau kementerian (tajaan belajar),
yang sepatutnya perlu dibayar semula
mengikut ketetapan yang telah dibuat.
Samb.18
Keenam,tidak akan menggunakan kedudukan
saya sebagai pegawai awam bagi faedah
diri sendiri. Penjawat awam tidak seharusnya
menyalahgunakan kedudukan sebagai pegawai
awam untuk kepentingan diri sendiri seperti;
- menggunakan kenderaan jabatan, alatan
jabatan sebagai kemudahan peribadi
- atau menggunakan pengaruh kedudukannya
untuk mengubah keputusan yang telah
diluluskan kepada ahli keluarganya.
19
Ketujuh, penjawat awam hendaklah
menjaga imej dan nama baik
perkhidmatan awam dengan tidak
melakukan pelanggaran etika, seperti;
20
• Terlibat dalam penyalahgunaan dadah,
• Disabitkan atas kesalahan jenayah/
mahkamah syariah,
• Berada dalam keterhutangan kewangan yang
serius,
• Sengaja melengahkan kelulusan permohonan
peruntukan atau permohonan berkaitan
pendidikan atau
• Bersikap kurang sopan seperti memarahi dan
menggunakan kata-kata kesat terhadap orang
ramai atau orang bawahan yang berurusan
dengan kita.
Samb.20
Kelapan, tidak akan membawa sebarang
pengaruh atau tekanan luar untuk
menyokong atau memajukan tuntutan
diri sendiri atau pegawai lain berhubung
dengan perkhidmatan awam. Antara
contoh pelanggaran etika perkara ini
adalah seperti;
21
• Meminta orang kenamaan untuk
menggunakan jasa baiknya
mempengaruhi Lembaga Kenaikan
Pangkat bagi menaikkan pangkatnya
atau
• Meminta bantuan ahli politik untuk
menyokong permohonannya bagi
kelulusan pertukaran dan penempatan.
Samb.21
Kesembilan, tidak akan ingkar perintah
atau berkelakuan dengan cara yang
boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.
Penjawat awam seharusnya tidak akan
ingkar perintah seperti;
22
• Membantah atau melawan pegawai
atasan,
• Membawa keluar fail terperingkat
jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan,
• Keluar negara atas urusan persendirian
tanpa kebenaran Ketua Jabatan atau
• Mengambil bahagian aktif dalam politik
tanpa kebenaran Ketua Jabatan
Samb.22
Kesemua sembilan perkara tersebut yang
telah ditandatangani oleh penjawat awam
perlulah difahami dengan lebih jelas
maksudnya supaya warga pendidik tidak
melanggar etika penjawat awam yang boleh
mencemarkan imej jabatan.
23
Untuk mengubah sistem pendidikan hari ini
memerlukan sokongan dan mengasah
kemahiran utama yang menjurus impak
kemahiran pedagogi yang tinggi,
pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
metadologi pengajaran, ketrampilan guru
dan sekolah berkualiti.
24
Dalam konteks ini, pihak Jabatan Pendidikan
Negeri Johor sebagai peneraju sistem
pendidikan di peringkat negeri mewujudkan
Johor Showcase dengan memberikan
penekanan kepada beberapa inisiatif dalam
Enam Matlamat Strategik yang relevan dengan
kehendak semasa.
Enam Matlamat strategik untuk
mewujudkan Johor Showcase
termasuklah :
25
Matlamat Strategik Pertama, mempunyai
barisan pemimpin pendidikan yang
berprestasi tinggi. Ini bermaksud
pemimpin dalam sistem pendidikan kita
mestilah mampu menjadi pemimpin
pembelajaran abad ke-21 seterusnya
menjadi pemimpin yang memiliki ciri-ciri
berprestasi tinggi.
26a
Matlamat Strategik Kedua, mempunyai
guru-guru yang kompeten, kreatif,
inovatif dan berintegriti. Hal ini
bermaksud warga pendidik di negeri ini
mampu menguasai pedagogi abad ke-21,
menjadi pemimpin pembelajaran dalam
bilik darjah serta bertindak sebagai
fasilitator dengan kompeten, kreatif,
inovatif dan berintegriti.
26b
Matlamat Strategik Ketiga, mempunyai
dan mengoptimumkan kemudahan
pendidikan. Pihak sekolah perlu
berusaha untuk menyediakan bilik
darjah abad ke-21. Konsep sesebuah bilik
darjah lebih kepada bilik sumber supaya
maklumat senang diakses dan menjadi
lokasi mempamerkan hasil-hasil kerja
pelajar.
26c
Matlamat Strategik keempat, mempunyai
sistem pengurusan yang cekap,
berkesan dan berinovasi. Sistem
pengurusan yang cekap, berkesan dan
berinovasi dapat menentukan
pencapaian yang disasarkan mampu
dicapai dengan pelbagai pendekatan
sama ada menerusi Sistem Pengurusan
Sekolah Kualiti (SPSK), Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM), Profesional
Learning Community (PLC) mahupun
dialog prestasi.
26c
Matlamat Strategik kelima,
membudayakan perkongsian pintar
dengan pelbagai pihak. Aspek kolaboratif
pelbagai input bermanfaat untuk
kepentingan bersama yang melibatkan
warga pelajar, guru dan ibu bapa dengan
masyarakat luar menerusi program
jaringan, jalinan , alumni dan program
pengantarabngsaan.
26d
Matlamat Strategik keenam, melahirkan
modal insan berkualiti yang mempunyai
jati diri Malaysia. Modal insan berkualiti
dapat melengkapi enam aspirasi murid
iaitu berpengetahuan, berfikir, memiliki
daya kepimpinan, mempunyai kemahiran
dwibahasa, mempunyai etika dan
kerohanian dan mempunyai identiti
nasional.
26e
Fokus Jabatan Pendidikan Johor kini
adalah untuk merealisasikan hasrat KPM
menerusi Johor Showcase 2015,
memberikan tumpuan terhadap dua
aspek iaitu,
Model Sekolah Abad Ke 21 dan
Pembangunan Sekolah Berfokus.
27
Model sekolah abad ke-21 ini melibatkan
55 buah sekolah menengah dan
55 sekolah rendah di negeri Johor.
Jumlah tersebut akan ditambah dari
setahun ke setahun. Model sekolah abad
ke-21 menitikberatkan beberapa aspek,
termasuklah :
28
Kemahiran pembelajaran dan pengajaran
yang menekankan aspek kemahiran
pembelajaran dan inovasi (Learning and
innovation skills), Kemahiran maklumat,
media dan teknologi (Information, media
and technology skills) serta Kemahiran
hidup dan kerjaya (Life and career skills).
28a
Guru-guru abad ke-21 pula mempunyai
ciri-ciri kebolehan menguasai subjek,
mahir dan berketerampilan dalam
pedagogi, mengesan perkembangan
murid-murid dan menyokong mereka,
memahami psikologi pembelajaran
(Cognitive Psychology), memiliki
kemahiran kaunseling dan menggunakan
teknologi terkini
28b
Murid yang diharapkan hasil pembelajaran
abad ke-21 ialah murid yang berupaya
membuat hubung kait, bijak menyoal,
yakin berkomunikasi, mengambil risiko,
dahagakan ilmu, ingin tahu, menjana idea,
fleksibel, tidak berputus asa, mendengar dan
membuat refleksi, berkemahiran kritis,
menguasai kemahiran literasi, berani mencuba,
mampu berfikir sendiri, membuat inisiatif,
mampu bekerja dengan orang lain, membuat
perubahan, berintegriti, berkeperibadian tinggi.
28c
Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan
dibangunkan adalah dengan
mentransformasikan bilik darjah dengan ruang
pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya
menarik dan bermakna, suasana atau iklim
bilik darjah dapat merangsang murid untuk
bersaing, belajar secara koperatif dan
memperoleh kemahiran kolaboratif. Manakala
prasarana bilik darjah sebagai bilik
sumber dan bilik darjah berasaskan mata
pelajaran (Subject-based Classroom - SBC)
28d
Guru yang berada di sekolah model ini
akan dilatih dan dibimbing dalam
merealisasikan matlamat melahirkan
warga pendidik yang cekap dalam aspek
pedagogi dan menguasai teknologi
pengajaran dan pembelajaran terkini.
28e
Pelajar pula akan diberikan input dengan
pelbagai ilmu dan kemahiran menggunakan
pendekatan terkini dan peranan pelajar dalam
proses pembelajaran dan pengajaran akan
lebih menyeluruh
29
30
Pembangunan Sekolah berfokus pula
melibatkan 30 sekolah menengah dan 30 buah
sekolah rendah yang telah dikenal pasti oleh
JPN untuk diberikan bimbingan menerusi
pendekatan Hotspot School. Sekolah berfokus
menitikberatkan beberapa aspek, termasuklah :
Pentadbir perlu mempunyai kebolehan
mentadbir sekolah. Pentadbir akan dibimbing
oleh tenaga pakar untuk memastikan aspek
pengurusan sekolah berjalan dengan lancar
dan memberikan impak positif kepada
ekosistem sekolah.
30a
Guru diberikan bimbingan secara berterusan
dalam pelbagai aspek terutamanya aspek
pedagogi agar dapat menyampaikan ilmu dan
kemahiran kepada pelajar.
30b
Pelajar akan mendapat pelbagai manfaat
daripada program ini kerana akan
mengalami proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik dan
merangsang minat mereka untuk belajar.
30c
Program yang dilaksanakan relevan
dengan kehendak pelajar dan akan
dipantau dan diberikan penambahbaikan.
30d
Persekitaran yang kondusif dan
merangsang minda seterusnya mampu
meningkatkan prestasi sekolah dalam
pelbagai aspek termasuklah bidang
akademik dan kokurikulum.
30e
Lantaran itu, JOHOR SHOWCASE mampu
diimplimentasikan dengan komitmen barisan
kepimpinan Ketua Sektor JPNJ dan PPD Negeri
Johor yang menjadi penggerak utama untuk
menterjemahkan Pendidikan Abad ke-21.
Program yang dilaksanakan sudah tentu
program yang memberi kesan menyeluruh.
Perancangan yang sistematik berlandaskan
pengupayaan JPN dan PPD saling bersinergi
agar pembugaran Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC) mampu digerakkan di semua
sekolah Negeri Johor bermula 1 Januari 2015.
31
Warga Pendidikan Negeri Johor,
Kita semua mampu mengubah sistem
dengan Perancangan Strategik yang selari
dengan PPPM dan Pelan Tindakan yang
berfokus kepada Pembelajaran Abad ke-21
yang dilaksanakan sebelum Gelombang
Pertama PPPM berakhir.
32
Indeks Pencapaian Utama (KPI) JPN
melahirkan pemimpin berprestasi tinggi, guru-
guru yang kompeten, kemudahan pendidikan
yang selari dengan Pendidikan Abad ke-21,
Sistem Pengurusan yang cekap, perkongsian
pintar dan melahirkan Modal Insan Minda kelas
pertama yang boleh menjadi Global Player
yang mampu mencipta pekerjaan, mempunyai
kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan
masalah dan mampu menempuh cabaran,
generasi yang bakal dilahirkan mampu
membentuk masa hadapan berdasarkan acuan
kita sendiri.
Samb.32
Kekuatan dan cabaran seharusnya ada di mana-
mana sahaja kita berada, pendidikan negeri Johor
mempunyai hala tuju yang sangat jelas dengan
reka bentuk visi dan misi Sistem Pendidikan
Negara. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu
dihadapi antaranya ialah globalisasi kepesatan
teknologi dan cabaran keilmuan yang menuntut
perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Reka bentuk fizikal dan pedagogi yang memandu
dan menyokong pembelajaran abad ke-21
berdasarkan Pembelajaran Kolaboratif, Project
Based Learning, Kemahiran Komunikasi,
Kemahiran Kreatif dan Kritis dan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi.
33
Besarlah harapan saya agar warga pendidikan
di negeri Johor sentiasa bersiap siaga dalam
mendepani perubahan dunia pendidikan abad
ke-21. Dalam konteks ini, warga pendidikan
perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai
ilmu dan kemahiran seiring dengan perubahan
semasa. Sekali lagi saya ingin mengambil
kesempatan untuk menghargai segala
pengorbanan dan usaha gigih semua pihak
dalam memartabatkan pendidikan negeri Johor
bertaraf global.
penutup
Akhir kata, warga pendidikan perlu memahami
peranan dan fungsi masing-masing kerana
modal insan yang berkualiti dan kompeten
boleh membawa kecemerlangan kepada
organisasinya. Pada masa yang sama, semua
pihak perlu meneruskan legasi yang sedia ada
dan membuat penambahbaikan jika ingin
menjadikan pendidikan negeri Johor bertaraf
dunia. Tegasnya, kesegeraan menangani isu
dan mengambil tindakan secara sistematik dan
berhemah membolehkan penjamin kualiti
pendidikan.
penutup
Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Teks PPJ.ppt

Budaya Kerja Guru
Budaya Kerja GuruBudaya Kerja Guru
Budaya Kerja Gurukhaulah2000
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015Chon Seong Hoo
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruanCik Sakura
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0faizah12
 
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)R Nadhir
 
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptx
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptxFAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptx
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptxShyLinZumi
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaKementerian Pelajaran Malaysia
 
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdfMashiraYahaya1
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Komentar forum 1
Komentar forum 1Komentar forum 1
Komentar forum 1Jack Daniel
 
Pedoman guru berprestasi sma tahun 2013
Pedoman guru berprestasi sma tahun 2013Pedoman guru berprestasi sma tahun 2013
Pedoman guru berprestasi sma tahun 2013Suaidin -Dompu
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Mohamad Aminuddin
 
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9
20120302140301 kpf 4013   kuliah 920120302140301 kpf 4013   kuliah 9
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9Norhidayah Othman
 
SIP DAN SISC PLUS
SIP DAN SISC PLUSSIP DAN SISC PLUS
SIP DAN SISC PLUSlieytech
 
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnisKurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnisBudi Setiawan
 

Ähnlich wie Teks PPJ.ppt (20)

Budaya Kerja Guru
Budaya Kerja GuruBudaya Kerja Guru
Budaya Kerja Guru
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
 
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkangTeks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
 
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)
Makalah profesi kependidikan (syarat, kewajiban dan hak guru)
 
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptx
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptxFAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptx
FAIL REKOD PERSEDIAN MENGAJAR 2024-25_070508.pptx
 
Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
2.AKAUNTIBILITI GURU.pdf
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
Komentar forum 1
Komentar forum 1Komentar forum 1
Komentar forum 1
 
Pedoman guru berprestasi sma tahun 2013
Pedoman guru berprestasi sma tahun 2013Pedoman guru berprestasi sma tahun 2013
Pedoman guru berprestasi sma tahun 2013
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9
20120302140301 kpf 4013   kuliah 920120302140301 kpf 4013   kuliah 9
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9
 
SIP DAN SISC PLUS
SIP DAN SISC PLUSSIP DAN SISC PLUS
SIP DAN SISC PLUS
 
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnisKurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
 
data
data data
data
 

Kürzlich hochgeladen

Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 

Teks PPJ.ppt

  • 1. Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor; Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, kita masih dapat bersama- sama meneruskan agenda transformasi pendidikan negeri Johor . Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menggalas amanah yang diberikan. 1
  • 2. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah atas komitmen warga pendidikan dalam melaksanakan tugas-tugas sepanjang tahun 2014 yang telah melakar pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2015 kepada warga pendidikan di negeri Johor. Harapan saya semoga pada tahun baharu ini keiltizaman dan komitmen warga pendidikan mampu meningkatkan dan melonjakkan pendidikan di negeri Johor. 2 3
  • 3. Warga pendidikan yang dihormati sekalian, Apabila dasar sesuatu cita-cita bermula, perjalanannya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak. Orang yang bercita-cita tinggi dan yang mempunyai keazaman yang hebat, selalunya bertemu halangan dan rintangan yang besar. Besarnya halangan dan rintangan itulah ukuran nilai sesuatu cita-cita. 4
  • 4. Saya berkeyakinan tinggi bahawa jika warga pendidikan mempunyai komitmen dan keikhlasan, tiada perkara yang mustahil untuk tidak boleh dicapai dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan di negeri Johor. Cabaran utama dalam gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) memastikan warga pendidikan bukan sahaja sedar dan faham tetapi mahu dan boleh melaksanakan PPPM bagi menjayakan hasrat sistem pendidikan negara. 5
  • 5. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara fokus PPPM ialah enam (6) aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. 6
  • 6. Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa komited untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan pendidikan secara holistik di negeri ini kerana kita tahu penyediaan pendidikan berkualiti untuk rakyat adalah satu-satunya wadah bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif, berdaya saing, berkebolehan mencerna, mengadaptasikan teknologi dan berupaya mengembangkan idea-idea. 7
  • 7. Melalui pemerkasaan dan pemantapan bidang pendidikan yang bertunjangkan Bidang Keberhasilan Utama kita berupaya memesatkan modal insan yang bakal mencorakkan masa depan negara dengan lebih pesat dan mapan, khususnya di negeri Johor ini. Samb. 7
  • 8. Untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara kerajaan telah melaksanakan empat inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan yang bertujuan untuk memperluas akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Alhamdulillah, berkat kegigihan para guru, pendidikan negara telah menempa kejayaan yang membanggakan. 8
  • 9. Peningkatan dapat dilihat menerusi kadar penyertaan murid prasekolah, penguasaan literasi dan numerasi mencapai sasarannya, bilangan sekolah berprestasi tinggi bertambah serta bai’ah guru-guru besar dan pengetua terlaksana. Syabas diucapkan kepada semua guru yang menggerakkan kudrat dan ikhtiar untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan negeri Johor. Samb. 8
  • 10. Walaupun prestasi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menurun berbanding UPSR 2013, namun penurunan ini sebagai satu cabaran untuk ditangani bersama- sama oleh warga pendidikan. Perubahan dalam Penilaian Menengah Rendah pada Penilaian Tingkatan Tiga pula masih dalam proses penambahbaikan. Di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia prestasi pencapaian calon turut mengalami peningkatan dari tahun 2011 hingga 2013. 9
  • 11. Dalam bidang kokurikulum pula, penyertaan murid negeri Johor telah memperlihatkan pencapaian yang memberangsangkan dari tahun 2013 hingga 2014. Dalam pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan seperti SUKMA, pelajar kita mewakili negeri Johor dan mengungguli pelbagai pertandingan tersebut. Samb. 9
  • 12. Warga pendidik yang dikasihi sekalian, Setiap pihak perlu memastikan isu yang sering menjadi fokus iaitu 1Murid, 1Kerusi, 1Meja dan 1Set buku teks, keperluan guru, pengisian Pengetua dan Guru Besar dan infrastruktur mampu ditangani sebelum sesi persekolahan 2015 bermula. Semua pentadbir pendidikan negeri Johor perlulah peka tentang persediaan persekolahan agar sifar isu dapat direalisasikan dan tiada sebarang isu yang boleh dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan. 10
  • 13. Kejayaan sistem pendidikan bergantung pada guru yang cemerlang dan profesional. Guru yang cemerlang dan profesional dalam jentera pendidikan ialah guru di bilik darjah, pentadbir sekolah dan pentadbir pendidikan yang daya fikirnya, komitmennya dan etos profesionalnya tertuju dan tertumpu pada usaha menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. Oleh yang demikian, selaras dengan kecemerlangan yang hendak dicapai itu, guru juga hendaklah memahami peranan sebagai penjawat awam yang diyakini kewibawaannya. 11
  • 14. Warga pendidikan yang telah dilantik sebagai penjawat awam dalam perkhidmatan kerajaan dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji bahawa mereka akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah- Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan mereka dengan kerajaan. 12
  • 15. Terdapat sembilan perkara yang termaktub dalam surat akujanji yang telah ditandatangani oleh penjawat awam perlu dipatuhi iaitu, 13
  • 16. Pertama, Akan sentiasa taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, negara dan kerajaan. Dalam konteks ini, penjawat awam seharusnya menunjukkan taat setia dengan tidak melakukan pelanggaran etika penjawat awam. Antara contoh pelanggaran etika bagi perkara yang pertama adalah seperti; 14
  • 17. • bersubahat dengan musuh negara, • membocorkan rahsia kerajaan, • memburuk serta memperkecil dasar kerajaan dan • berlakon dalam filem serta menulis dalam makalah yang memburukkan negara. Samb.14
  • 18. Kedua, akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh- sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab. Setiap tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh agar dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan penjawat awam. 15
  • 19. Penjawat awam seboleh-bolehnya mengelakkan daripada melakukan pelanggaran etika seperti, • kurang cekap atau kurang berusaha, • tidak jujur atau tidak amanah, dan • tidak bertanggungjawab. Samb.15
  • 20. Ketiga, tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya. Setiap penjawat awam mestilah memberikan keutamaan terhadap tugas awam berbanding kepentingan peribadi. Antara contoh pelanggaran etika penjawat awam berkaitan dengan perkara ini adalah seperti; 16
  • 21. •Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri, atau ahli keluarganya, dalam waktu pejabat; •Mengutamakan saudara-mara, rakan-rakan atau orang yang rapat dengannya semasa menimbangkan sesuatu permohonan, dan • Menguruskan tender / sebut harga sedangkan pegawai tahu di antara mereka yang mengemukakan tender / sebut harga terdiri daripada saudara-maranya. Samb.16
  • 22. Keempat, tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam. Sebagai penjawat awam, hendaklah menjaga kelakuan dan tingkah laku supaya tidak dikaitkan dengan kepentingan peribadi yang bercanggah dengan tugas awam. Sebagai contoh; 17
  • 23. • Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan mendapat keuntungan daripada tugas rasminya • Tidak mengelakkan diri daripada menerima hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan atau individu; dan • Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya Samb.17
  • 24. Kelima,tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam. Sebagai contoh pelanggaran etika ini; 18
  • 25. • Penjawat awam tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya • Berhutang dengan rakan seperjawatan, sekolah atau kementerian (tajaan belajar), yang sepatutnya perlu dibayar semula mengikut ketetapan yang telah dibuat. Samb.18
  • 26. Keenam,tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri sendiri. Penjawat awam tidak seharusnya menyalahgunakan kedudukan sebagai pegawai awam untuk kepentingan diri sendiri seperti; - menggunakan kenderaan jabatan, alatan jabatan sebagai kemudahan peribadi - atau menggunakan pengaruh kedudukannya untuk mengubah keputusan yang telah diluluskan kepada ahli keluarganya. 19
  • 27. Ketujuh, penjawat awam hendaklah menjaga imej dan nama baik perkhidmatan awam dengan tidak melakukan pelanggaran etika, seperti; 20
  • 28. • Terlibat dalam penyalahgunaan dadah, • Disabitkan atas kesalahan jenayah/ mahkamah syariah, • Berada dalam keterhutangan kewangan yang serius, • Sengaja melengahkan kelulusan permohonan peruntukan atau permohonan berkaitan pendidikan atau • Bersikap kurang sopan seperti memarahi dan menggunakan kata-kata kesat terhadap orang ramai atau orang bawahan yang berurusan dengan kita. Samb.20
  • 29. Kelapan, tidak akan membawa sebarang pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan diri sendiri atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam. Antara contoh pelanggaran etika perkara ini adalah seperti; 21
  • 30. • Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat bagi menaikkan pangkatnya atau • Meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonannya bagi kelulusan pertukaran dan penempatan. Samb.21
  • 31. Kesembilan, tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Penjawat awam seharusnya tidak akan ingkar perintah seperti; 22
  • 32. • Membantah atau melawan pegawai atasan, • Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan, • Keluar negara atas urusan persendirian tanpa kebenaran Ketua Jabatan atau • Mengambil bahagian aktif dalam politik tanpa kebenaran Ketua Jabatan Samb.22
  • 33. Kesemua sembilan perkara tersebut yang telah ditandatangani oleh penjawat awam perlulah difahami dengan lebih jelas maksudnya supaya warga pendidik tidak melanggar etika penjawat awam yang boleh mencemarkan imej jabatan. 23
  • 34. Untuk mengubah sistem pendidikan hari ini memerlukan sokongan dan mengasah kemahiran utama yang menjurus impak kemahiran pedagogi yang tinggi, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, metadologi pengajaran, ketrampilan guru dan sekolah berkualiti. 24
  • 35. Dalam konteks ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai peneraju sistem pendidikan di peringkat negeri mewujudkan Johor Showcase dengan memberikan penekanan kepada beberapa inisiatif dalam Enam Matlamat Strategik yang relevan dengan kehendak semasa. Enam Matlamat strategik untuk mewujudkan Johor Showcase termasuklah : 25
  • 36. Matlamat Strategik Pertama, mempunyai barisan pemimpin pendidikan yang berprestasi tinggi. Ini bermaksud pemimpin dalam sistem pendidikan kita mestilah mampu menjadi pemimpin pembelajaran abad ke-21 seterusnya menjadi pemimpin yang memiliki ciri-ciri berprestasi tinggi. 26a
  • 37. Matlamat Strategik Kedua, mempunyai guru-guru yang kompeten, kreatif, inovatif dan berintegriti. Hal ini bermaksud warga pendidik di negeri ini mampu menguasai pedagogi abad ke-21, menjadi pemimpin pembelajaran dalam bilik darjah serta bertindak sebagai fasilitator dengan kompeten, kreatif, inovatif dan berintegriti. 26b
  • 38. Matlamat Strategik Ketiga, mempunyai dan mengoptimumkan kemudahan pendidikan. Pihak sekolah perlu berusaha untuk menyediakan bilik darjah abad ke-21. Konsep sesebuah bilik darjah lebih kepada bilik sumber supaya maklumat senang diakses dan menjadi lokasi mempamerkan hasil-hasil kerja pelajar. 26c
  • 39. Matlamat Strategik keempat, mempunyai sistem pengurusan yang cekap, berkesan dan berinovasi. Sistem pengurusan yang cekap, berkesan dan berinovasi dapat menentukan pencapaian yang disasarkan mampu dicapai dengan pelbagai pendekatan sama ada menerusi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), Profesional Learning Community (PLC) mahupun dialog prestasi. 26c
  • 40. Matlamat Strategik kelima, membudayakan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak. Aspek kolaboratif pelbagai input bermanfaat untuk kepentingan bersama yang melibatkan warga pelajar, guru dan ibu bapa dengan masyarakat luar menerusi program jaringan, jalinan , alumni dan program pengantarabngsaan. 26d
  • 41. Matlamat Strategik keenam, melahirkan modal insan berkualiti yang mempunyai jati diri Malaysia. Modal insan berkualiti dapat melengkapi enam aspirasi murid iaitu berpengetahuan, berfikir, memiliki daya kepimpinan, mempunyai kemahiran dwibahasa, mempunyai etika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional. 26e
  • 42. Fokus Jabatan Pendidikan Johor kini adalah untuk merealisasikan hasrat KPM menerusi Johor Showcase 2015, memberikan tumpuan terhadap dua aspek iaitu, Model Sekolah Abad Ke 21 dan Pembangunan Sekolah Berfokus. 27
  • 43. Model sekolah abad ke-21 ini melibatkan 55 buah sekolah menengah dan 55 sekolah rendah di negeri Johor. Jumlah tersebut akan ditambah dari setahun ke setahun. Model sekolah abad ke-21 menitikberatkan beberapa aspek, termasuklah : 28
  • 44. Kemahiran pembelajaran dan pengajaran yang menekankan aspek kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) serta Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills). 28a
  • 45. Guru-guru abad ke-21 pula mempunyai ciri-ciri kebolehan menguasai subjek, mahir dan berketerampilan dalam pedagogi, mengesan perkembangan murid-murid dan menyokong mereka, memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology), memiliki kemahiran kaunseling dan menggunakan teknologi terkini 28b
  • 46. Murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah murid yang berupaya membuat hubung kait, bijak menyoal, yakin berkomunikasi, mengambil risiko, dahagakan ilmu, ingin tahu, menjana idea, fleksibel, tidak berputus asa, mendengar dan membuat refleksi, berkemahiran kritis, menguasai kemahiran literasi, berani mencuba, mampu berfikir sendiri, membuat inisiatif, mampu bekerja dengan orang lain, membuat perubahan, berintegriti, berkeperibadian tinggi. 28c
  • 47. Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan adalah dengan mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna, suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif. Manakala prasarana bilik darjah sebagai bilik sumber dan bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based Classroom - SBC) 28d
  • 48. Guru yang berada di sekolah model ini akan dilatih dan dibimbing dalam merealisasikan matlamat melahirkan warga pendidik yang cekap dalam aspek pedagogi dan menguasai teknologi pengajaran dan pembelajaran terkini. 28e
  • 49. Pelajar pula akan diberikan input dengan pelbagai ilmu dan kemahiran menggunakan pendekatan terkini dan peranan pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih menyeluruh 29 30 Pembangunan Sekolah berfokus pula melibatkan 30 sekolah menengah dan 30 buah sekolah rendah yang telah dikenal pasti oleh JPN untuk diberikan bimbingan menerusi pendekatan Hotspot School. Sekolah berfokus menitikberatkan beberapa aspek, termasuklah :
  • 50. Pentadbir perlu mempunyai kebolehan mentadbir sekolah. Pentadbir akan dibimbing oleh tenaga pakar untuk memastikan aspek pengurusan sekolah berjalan dengan lancar dan memberikan impak positif kepada ekosistem sekolah. 30a Guru diberikan bimbingan secara berterusan dalam pelbagai aspek terutamanya aspek pedagogi agar dapat menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada pelajar. 30b
  • 51. Pelajar akan mendapat pelbagai manfaat daripada program ini kerana akan mengalami proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan merangsang minat mereka untuk belajar. 30c Program yang dilaksanakan relevan dengan kehendak pelajar dan akan dipantau dan diberikan penambahbaikan. 30d
  • 52. Persekitaran yang kondusif dan merangsang minda seterusnya mampu meningkatkan prestasi sekolah dalam pelbagai aspek termasuklah bidang akademik dan kokurikulum. 30e
  • 53. Lantaran itu, JOHOR SHOWCASE mampu diimplimentasikan dengan komitmen barisan kepimpinan Ketua Sektor JPNJ dan PPD Negeri Johor yang menjadi penggerak utama untuk menterjemahkan Pendidikan Abad ke-21. Program yang dilaksanakan sudah tentu program yang memberi kesan menyeluruh. Perancangan yang sistematik berlandaskan pengupayaan JPN dan PPD saling bersinergi agar pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) mampu digerakkan di semua sekolah Negeri Johor bermula 1 Januari 2015. 31
  • 54. Warga Pendidikan Negeri Johor, Kita semua mampu mengubah sistem dengan Perancangan Strategik yang selari dengan PPPM dan Pelan Tindakan yang berfokus kepada Pembelajaran Abad ke-21 yang dilaksanakan sebelum Gelombang Pertama PPPM berakhir. 32
  • 55. Indeks Pencapaian Utama (KPI) JPN melahirkan pemimpin berprestasi tinggi, guru- guru yang kompeten, kemudahan pendidikan yang selari dengan Pendidikan Abad ke-21, Sistem Pengurusan yang cekap, perkongsian pintar dan melahirkan Modal Insan Minda kelas pertama yang boleh menjadi Global Player yang mampu mencipta pekerjaan, mempunyai kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan mampu menempuh cabaran, generasi yang bakal dilahirkan mampu membentuk masa hadapan berdasarkan acuan kita sendiri. Samb.32
  • 56. Kekuatan dan cabaran seharusnya ada di mana- mana sahaja kita berada, pendidikan negeri Johor mempunyai hala tuju yang sangat jelas dengan reka bentuk visi dan misi Sistem Pendidikan Negara. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi antaranya ialah globalisasi kepesatan teknologi dan cabaran keilmuan yang menuntut perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk fizikal dan pedagogi yang memandu dan menyokong pembelajaran abad ke-21 berdasarkan Pembelajaran Kolaboratif, Project Based Learning, Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Kreatif dan Kritis dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. 33
  • 57. Besarlah harapan saya agar warga pendidikan di negeri Johor sentiasa bersiap siaga dalam mendepani perubahan dunia pendidikan abad ke-21. Dalam konteks ini, warga pendidikan perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran seiring dengan perubahan semasa. Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan untuk menghargai segala pengorbanan dan usaha gigih semua pihak dalam memartabatkan pendidikan negeri Johor bertaraf global. penutup
  • 58. Akhir kata, warga pendidikan perlu memahami peranan dan fungsi masing-masing kerana modal insan yang berkualiti dan kompeten boleh membawa kecemerlangan kepada organisasinya. Pada masa yang sama, semua pihak perlu meneruskan legasi yang sedia ada dan membuat penambahbaikan jika ingin menjadikan pendidikan negeri Johor bertaraf dunia. Tegasnya, kesegeraan menangani isu dan mengambil tindakan secara sistematik dan berhemah membolehkan penjamin kualiti pendidikan. penutup Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.