Guru meminta murid membentuk kumpulan kecil untuk membahaskan topik kecergasan dan kesihatan. Beberapa topik dibahaskan termasuk definisi kecergasan, cara meningkatkan kecergasan, prinsip latihan kecergasan, dan kesan positifnya terhadap kesihatan seperti mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Murid menyedari pentingnya kecergasan dan kesihatan untuk kehidupan harian.
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Assignment521
1. CEE521 PRINCIPLES OF FITNESS AND HEALTH
Bagi tajuk ini, saya telah meminta para pelajar di dalam kelas membentuk beberapa
kumpulan kecil untuk membincangkan topik-topik berkaitan kecergasan dan kesihatan tubuh
badan. Konsep pembelajaran adalah kepada pembentangan dalam kumpulan dan saya
menggalakkan para pelajar membuat persembahan menggunakan power point.
Di dalam tajuk prinsip kecergasan dan kesihatan tubuh badan terdapat beberapa tajuk kecil
yang dianggap penting untuk dikongsikan bersama para pelajar. Secara tidak langsung
mereka dapat kongsikan input yang diperolehi bersama rakan-rakan di sekolah mahupun ahli
keluarga mereka.
Antara topik yang dibincangkan adalah seperti :
1. Apa itu kecergasan?
2. Bagaimana untuk meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan?
3. Prinsip-prinsip latihan kecergasan.
4. Aspek-aspek kecergasan dan latihan spesifik yang terlibat.
5. Meningkatkan kecergasan aerobik.
6. Meningkatkan daya tahan kecergasan.
7. Kaedah latihan lain untuk meningkatkan kecergasan tubuh badan.
Hasil perbincangan dan pembentangan yang dilakukan, didapati timbul kesedaran dalam diri
setiap pelajar bahawa kecergasan dan kesihatan tubuh badan amatlah penting bagi menjalani
kehidupan seharian. Setiap orang memerlukan tahap asas kecergasan untuk menjalani
kehidupan seharian bermula dari sistem pernafasan yang betul sehinggalah kepada
pengambilan nutrisi pemakanan yang seimbang dan secara tidak langsung ia dapat
mengelakkan kita dari mendapat risiko serangan jantung dan diabetes.
Walaupun kita sering melakukan aktiviti sukan, kita juga perlu mengetahui dan mematuhi
segala prinsip latihan kecergasan supaya kita dapat mengelakkan diri ditimpa kemalangan
ringan. Sebagai contoh, jika kita bermain dart, kita tidak perlu mempunyai tahap kecergasan
aerobik yang menakjubkan tetapi perlu fokus kepada kawalan otot halus dan juga koordinasi
mata dan tangan. Cara terbaik untuk melatih unsur-unsur terlibat dalam jumlah tertentu
adalah dengan berlatih dan sentiasa mengamalkan sukan tersebut. Sekiranya kita sebagai atlet
sukan dan berhajat untuk meningkatkan tahap kecergasan individu, bolehlah berbuat
demikian melalui latihan khusus yang hanya memfokuskan kepada otot-otot tertentu,
kecergasan aerobik, fleksibiliti, keseimbangan dan lain-lain serta pengambilan nutrisi
pemakanan yang betul.