1. SKPR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
KM 12.8 PAYA RUMPUT, 76450 MELAKA
TEL: 6063161024 FAX: 6063161524 Email:mba2031@moe.edu.my
MINIT MESYUARAT MLT BIL 4 (2021/22)
Rujukan kami : SKPR/KURI/100-6/1/4
Tarikh :11/2/2022
Semua MLT SKPR,
SK Paya Rumput,
Km 12.8, Paya Rumput,
76450 Melaka.
Tuan,
Surat Panggilan Mesyuarat MLT Bil 4 2021/2022
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, tuan/ puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut mengikut butiran berikut:
Tarikh: 14.2.2022
Hari: Isnin
Masa: 2.30 petang
Tempat: Kantin sekolah
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1.PLC (laporan 2021 & perancangan 2022 )
3.2. Learning Walk (LW)
3.3. Coaching and Mentoring (CnM)
3.4. One Page Coaching (OPC)
3.5. Dialog Prestasi
3.6. Rumusan Panitia CUP
3.7. Laporan PBD
3.8. Transformasi bilik2 khas
3.9. Cara pengisian SKPMG2
3.10.PLC (laporan 2021 & perancangan 2022)
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
Saya yang menjalankan amanah,
(PN ROZAHIRAN BINTI HAMZAH)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Paya Rumput.
2. SKPR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
KM 12.8 PAYA RUMPUT, 76450 MELAKA
TEL: 6063161024 FAX: 6063161524 Email:mba2031@moe.edu.my
MINIT MESYUARAT MLT BIL 4 (2021/22)
MINIT MESYUARAT MLT BIL 4 2021/22
Tarikh: 14.2.2022
Hari: Isnin
Masa: 2.30 petang
Tempat: Kantin sekolah
Kehadiran: Rujuk Lampiran
Agenda:
1.0 Ucapan Guru Besar(Puan Rozahiran binti Hamzah)
1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Al Fatihah.
1.2 Puan guru besar memaklumkan mesyuarat pada petang ini diadakan bagi membincangkan
agenda seperti yang telah dinyatakan dalam surat panggilan sebelum ini.
1.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua barisan MLT dan juga berterima kasih kerana
telah memberikan kerjasama dalam memberikan data dan informasi berkaitan panitia.
1.4 Puan guru besar memaklumkan bahawa pihak pentadbir sedang dalam proses pembikinan
buku pengurusan sesi 2022/23. Sehingga hari ini beliau memaklumkan berkemungkinan besar
barisan MLT sesi 2021/22 akan dikekalkan bagi sesi 2022/23.
2.0 Talimat Pengisian SKPMG2 oleh Guru Besar(Puan Rozahiran binti Hamzah)
2.1 Semua MLT telah dibekalkan panduan pengisian SKPMG2. Beliau berharap semua MLT
dapat membuat penulisan mengikut panduan yang telah diberikan.
2.2 Beliau menekankan bahawa SKPMG2 merupakan panduan bagi segala perlaksanaan dan
perjalanan sekolah. Sekolah akan dinilai melalui SKPMG2. Panitia merupakan komponen
yang penting dalam pengurusan Kurikulum. Cara penulisan setiap panitia hendaklah
seragam dengan panitia yang lain mengikut bukti perancangan dan aktiviti setiap panitia.
Penulisan bukti juga hendalah terperinci mengikut panduan yang telah diberikan.
2.3 Bimbingan penulisan SKPMG2 secara menual akan dijalankan bagi MLT dan setiausaha
3. SKPR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
KM 12.8 PAYA RUMPUT, 76450 MELAKA
TEL: 6063161024 FAX: 6063161524 Email:mba2031@moe.edu.my
MINIT MESYUARAT MLT BIL 4 (2021/22)
panitia bagi sesi 2022/23.
2.4 Setiap bukti yang ditulis dalam SKPMG2 hendaklah dipastikan wujud kerana sekiranya
pihak nazir membuat pemantauan pihak sekolah perlu menunjukan bukti tersebut.
3.0 Laporan PLC 2021/22
3.1 Puan guru besar mengucapkan tahniah kepada semua MLT kerana telah menghantar laporan
PLC 2021/22.
3.2 PLC perlu diperkasakan di sekolah. PLC dijalankan dalam panitia bagi mencari jalan
penyelesaian masalah yang timbul sewaktu PdPC bukan mencari kesalahan guru. PLC juga
berfungsi sebagai perkongsian idea di antara rakan-rakan guru bagi meningkatkan kualiti
PdPC
4.0 Perancangan Panitia 2022/23
4.1 Semua panitia sudah boleh membuat perancangan panitia termasuk penggunaan PCG bagi sesi
2022/23
4.2 Puan guru besar bercadang untuk mewujudkan Taman Ilmu Panitia. Semua MLT boleh
berbincang dengan ahli panitia berkenaan cadangan beliau dan boleh menggunakan duit PCG.
4.3 Semua panitia hendaklah membelanjakan duit PCG mengikut kesesuaian dan membuat kertas
kerja bagi setiap program yang hendak dijalankan.
4.4 Puan guru besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada puan Sharida binti Ishak
selaku ketua panitia Matematik dan encik Mohammad Amiruddin bin Ismail selaku penyelaras
TS25 kerana telah berjaya menyiapkan dan menghantar tugasan modul 4 TS25 mengikut
tarikh yang telah ditetapkan.
4.5 Semua panitia telah bersetuju untuk menghantar perancangan panitia sebelum atau pada hari
Jumaat 25 Mac 2022.
5.0 Learning Walk (LW)
4. SKPR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
KM 12.8 PAYA RUMPUT, 76450 MELAKA
TEL: 6063161024 FAX: 6063161524 Email:mba2031@moe.edu.my
MINIT MESYUARAT MLT BIL 4 (2021/22)
5.1 Learning Walk (LW) adalah amalan memerhati kaedah yang baik dan berkesan bukan
bertujuan menilai. Ia boleh dijalankan berfokuskan kepada PdPC (standard 4) contohnya
teknik penyoalan atau tindak balas murid. Tidak boleh mengganggu PdPC yang sedang
berjalan dan mengambil masa hanya 5 hingga 10 minit sahaja.
5.2 Borang Learning Walk (LW) akan diedarkan melalui Telegram MLT. Learning Walk (LW)
akan diperkasakan di sekolah TS25
6.0 Coaching and Mentoring (CnM)
6.1 Coaching and mentoring (CnM) akan diperkasakan di sekolah TS25. Merupakan coach
berpasangan dengan coachee bagi meningkatkan prestasi peribadi dan kerjaya. Mengambil
tahu masalah setiap guru.
6.2 Merapatkan jurang di antara pentadbir dan guru-guru. Menggunakan konsep GROW dan akan
dijelaskan pada MLT di perjumpaan akan datang.
7.0 Transformasi Bilik -Bilik Khas
7.1 Transformasi TS25 akan giat dijalankan bagi tahun 2022/23. Banner berkaitan TS25 akan di
tampal di persekitaran sekolah.
7.2 Bagi sesi 2022/23 bilik-bilik khas yang terlibat dengan transformasi ialah
- Bilik Sains
- Bilik RBT
- Makmal Komputer.
7.3 Banyak sumber boleh digunakan sebagai rujukan bagi mendapat idea transformasi menghias
bilik-bilik khas.
7.4 Papan putih kriteria kejayaan akan di label bagi setiap kelas.
8.0 Dialog Prestasi
5. SKPR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
KM 12.8 PAYA RUMPUT, 76450 MELAKA
TEL: 6063161024 FAX: 6063161524 Email:mba2031@moe.edu.my
MINIT MESYUARAT MLT BIL 4 (2021/22)
8.1 Puan guru besar meminta semua MLT berbincang dalam panitia mengenai :
8.1.1 Enrolment murid. Berdasarkan enrolment tersebut membincangkan tentang murid cicir
sewatu PdPC.
8.1.2 Kemenjadian murid berdasarkan keputusan PBD.
8.2 Borang Pra Councel Dialog prestasi akan diselaraskan dan diedarkan kepada MLT sebelum
dialog prestasi berjalan.
8.3 Dialog prestasi merupakan salah satu bukti di SKPMG2. Oleh itu perlu dilaksanakan di
sekolah.
9.0 Rumusan Panitia (CUP)
9.1 Rumusan CUP oleh setiap panitia:
9.1. 1 Panitia Bahasa Melayu
Semua KAK untuk tahun 1 hingga tahun 6 telah selesai. Guru menggunakan buku
aktiviti untuk pengayaan dan pengukuhan.
9.1.2 Panitia Bahasa Inggeris
Semua KAK telah diselesaikan 100%. Intervensi tiada TP2 semua murid telah mencapai
TP3. Murid yang lemah aktiviti dijalankan secara bimbingan guru.
9.1.3 Panita Matematik.
CUP 1.0 Murid yang mencapai 100% KAK adalah murid tahun 3,4 dan 5. Panitia
berbincang dan sepakat untuk menggunakan kaedah modular. CUP 2.0 terdapat 1 kelas
sahaja yang masih belum selesai KAK dan panitia telah bersetuju untuk menggunakan
kaedah projek bagi menyelesaikan KAK.
Bagi PBD terdapat 3 orang murid tahun 1 yang masih belum mencapai TP3. Seorang
murid merupakan calon PPKI dan yang 2 orang lagi melibatkan murid ponteng.
9.1.4 Panitia Sains
CUP 1.0 90% KAK telah diselesaikan. CUP 2.0 100% KAK telah berjaya diselesaikan
Aktiviti pengayaan dan pengukuhan melalui kaedah Projek dijalankan.
9.1.5 Panitia Bahasa Arab
6. SKPR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
KM 12.8 PAYA RUMPUT, 76450 MELAKA
TEL: 6063161024 FAX: 6063161524 Email:mba2031@moe.edu.my
MINIT MESYUARAT MLT BIL 4 (2021/22)
KAK telah berjaya diselesaikan 100%. Aktiviti pengayaan dan pengukuhan
menggunakan buku aktiviti yang dibekalkan oleh pihak KPM bagi tahap 1.
9.1.6 Panitia Agama Islam
KAK telah mencapai 100%. Semua murid mencapai TP3 ke atas. Tumpuan lebih
kepada Ibadat dan sirah kerana tajuk agak sukar. Murid khatam Al- Quran masih dalam
proses mencapai sasaran yang di tetapkan .
9.1.7 Panitia RBT
KAK telah mencapai 100% . Sesi mengulangkaji dijalankan bagi tajuk yang sukar
seperti mengatucaraan yang melibatkan penggunaan komputer.
9.1.8 Panitia PJ
KAK telah mencapai 100%. Memfokuskan kepada tajuk- tajuk dan kemahiran yang
sukar seperti lompat tinggi. BPD semua murid mencapai TP4 ke atas.
9.1.9 Panitia PK
KAK telah mencapai 100%. Semua murid mencapai tahap TP3 dan ke atas.
9.1.10 Panitia Sejarah
KAK telah mencapai 100%. Semua murid mencapai TP3 dan ke atas.
9.1.11 Panitia Muzik
KAK telah mencapai 100%. Semua murid mencapai TP3 dan ke atas.
9.2 Pengisian PBD masih berterusan kerana sesi persekolahan telah dilanjutkan sehingga bulan
Febuari. Puan guru besar meminta semua guru tahun 6 untuk membuat pengisian semula TP
terkini bagi semua subjek. Beliau memaklumkan pada hari Khamis ini akan diadakan
bengkel penilaian TP murid oleh PPD. Ia bagi menerangkan bagaimana guru menilai murid
dalam menentukan TP yang sepatutnya murid dapat.
10.0 Ucapan Penangguhan
10.1Puan guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua barisan MLT yang hadir pada
mesyuarat kali ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.
7. SKPR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
KM 12.8 PAYA RUMPUT, 76450 MELAKA
TEL: 6063161024 FAX: 6063161524 Email:mba2031@moe.edu.my
MINIT MESYUARAT MLT BIL 4 (2021/22)
Disediakan oleh,
(NASIDAH BINTI NASAHA)
Setiausaha Kurikulum