2. Dalam konteks perancangan bahasa,
penyusunan kamus merupakan satu
usaha kodifikasi bahasa yang peting
dalam proses pembinaan,
pengembangan dan pembakuan
bahasa
3. Di Malaysia, tugas penyusunan kamus
diberikan kepada Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP)
Tugas menyusun kamus diberi kepada DBP
mengikut matlamat kelima undang-undang
DBP (1959)
Tiga program utama penyusunan kamus:
a. Kamus Ekabahasa
b. Kamus Dwibahasa
c. Kamus Istilah
4. Pada peringkat awal, kamus yang perlu
diterbitkan di DBP ialah kamus ekabahasa
Kamus ekabahsa yang pertama diterbitkan ialah
Kamus Dewan
Kerja-kerja penyusunan Kamus Dewan
dilakukan(1963) dan edisi pertama kamus ini
diterbitkan(1970)
DBP perlu menyusun kamus, untuk merakamkan
perkembangan kosa kata bahasa Melayu moden,
terutamanya antara tahun 1950-an sehingga
1970-an
5. Telah disusun oleh kumpulan penyusun kamus yang
diketuai oleh Teuku Iskandar
Penyusunan kamus ini juga telah mendapat khidmat
seorang pakar, iaitu A.Teeuw yang dipinjamkan oleh
Universiti Leiden atas biaya UNESCO
Kamus setebal 1372 halaman ini memuatkan
sebanyak 28,000 kata entri dan sistem ejaan yang
digunakan di dalam kamus ini ialah Sistem Ejaan
Za’ba
Tahun 1983 kamus cetakan kedua diterbitkan dengan
beberapa pindaan bagi meningkatkan mutu kamus
tersebut
6. Cetakan kedua ini perlu bagi menyebarluaskan
pengguanaan sistem ejaan Rumi baharu yang diisytiharkan
pemakaiannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972
Selain mengubah ejaan, cetekan kedua juga turut meminda
makna perkataan-perkataan tertentu supaya makna yang
diberikan lebih tepat dan jelas
Sehingga kini, DBP telah menerbitkan Kamus Dewan Edisi
Keempat yang memuatkan 5843 entri baharu, subentri,
dan frasa baharu
Kamus ini turut melakukan pengemaskinian terhadap
ejaan, dan pembaikan takrif, bersesuaian dengan
perubahan dan perkembangan yang dialami oleh bahasa
Melayu
7. Kamus setebal 1817 halaman ini mencakupi pelbagai
bidang termasuk sains dan teknologi, linguistik, komputer,
astronomi, agama, politik, pelayaran, dan muzik
Kamus ini juga mengandungi kata atau ungkapan umum
yang baharu (sama ada perkataan asli Melayu atau
perkataan yang dipinjam) ,kata dialek, kata slanga, dan
nama-nama kaum yang ada di Malaysia
Kata yang berkaitan dengan suku kaum etnik:
Cina
India
Iban
Kadazan
8. Selain Kamus Dewan , DBP turut menerbitkan Kamus
Pelajar
Kamus Pelajar yang pertama diterbitkan ialah Kamus
Bahasa Malaysia(Edisi Pelajar) pada tahun 1975.
Kamus ini telah dicetak pada tahun 1987 dan diberikan
nama Kamus Pelajar.
Selain Kamus Ekabahasa,DBP turut menerbitkan Kamus
Dwibahasa pada tahun 1979, iaitu Kamus
Dwibahasa(bahasa inggeris –bahasa malaysia)
Kamus ini telah dicetak sebanyak 3kali .iaitu cetakan
pertama pd tahun 1979,kedua dan ketiga pd tahun 1981
dan 1985.
9. Kamus Dwibahasa disifatkan sebagai paling Komprehensif
ialah Kamus Inggris-Melayu Dewan(KIDM) yang diterbitkan
pd 14 FEB 1992.
Dikatakan sebagai setaraf dgn Kamus-kamus di eropah
Dari segi jumlah entri,sebanyak 38 ribu kata entri
dimuatkan dalam KIDM.
10. DBP turut menerbitkan Kamus istilah bg mempercepat dan
menyebar luaskan penggunaan istilah yg tepat dan terkini.
Antara kamus yg diterbitkan ialah:
Kamus istilah Sains AM
Kamus Biologi KBSM
Kamus Kimia KBSM
Kamus Fizik KBSM
Kamus Hidrogeologi
Kamus Hidrologi
Kamus Perakaunan
Kamus Mekanik Gunaan
Kamus Ekologi
11. Penerbitan Kamus penting bg memperkaya dan
memantapkan Bahasa Melayu disamping membuktikan
kemampuan Bahasa Melayu mengungkapkan Ilmu Sains
Mutakhir
Selain DBP, kamus diusahakan oleh orang perseorangan dan
organisasi penerbitan,antaranya:
Kamus Umum Bahasa Malaysia(1972)oleh Yang Kui Yee
Kamus Pelajar Federal(1973)oleh Mohd.Salleh Daud
Kamus Fajar Rumi-Jawi (1984) oleh Yunus Maris
Kamus Sinonim (1984) oleh Arbak Othman
Kamus Lengkap Emas (1989) oleh Golden Book Centre
12. Umumnya,maklumat yang dimuatkan dalam kamus ialah :
Kata entri
Maklumat tatabahasa
Makna kata
Contoh pemakaian kata
Sebutan
Etimologi kata