1. KPD3016
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN
1 (AT58)
Dikendalikan oleh
ProfesorDrN.Kanthasamy
Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan
Bilik1B-5 Bangunan MalimSarjana
Tel: 05-4505171
3. ERTI PENDIDIKAN
Kita boleh melihat pendidikan sebagai satu
‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil).
Dari segi proses, pendidikan bererti
bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar;
dan kesannya adalah berlaku pembelajaran,
iaitu pertambahan pengetahuan dan
kemahiran serta perubahan cara berfikir
seseorang.
4. Erti ‘pendidikan’ yang lain:
1. Proses asuhan kanak-kanak oleh ibu bapanya
supaya anaknya pandai bertutur, membaca
dan menulis serta berkelakuan yang beradab
sopan.
2. Proses perbincangan dan dialog tentang
sesuatu isu supaya isu itu dapat difahami
dengan lebih jelas dari beberapa segi.
5. 3. Proses mengajar murid supaya mereka
pandai berfikir dan berkebolehan untuk
menyelesaikan sebarang masalah.
4. Proses membimbing murid untuk meneroka
dan mencari maklumat mengenai sesuatu
perkara dan membuat analisis dan sintesis
tentang maklumat itu.
6. Dari perspektif sosiologi:
Pendidikan dilihat sebagai satu proses
so sialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat,
terutama generasi muda, diajar dan diasuh
secara formal atau tidak formal untuk
menerima pengetahuan, kemahiran, norma
dan nilai sosial, kedudukan dan peranan
masing-masing dalam konteks sesuatu
masyarakat itu.
7. Pendidikan juga dilihat sebagai proses
‘pemilihan’ (se le ctio n) yang menentukan
kedudukan atau status seseorang dalam
susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu:
lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi
statusnya dalam masyarakat.
8. Dari perspektif antropologi:
Pendidikan sebagai proses pembudayaan
(acculturatio n) di mana ahli sesuatu
masyarakat mempelajari dan menerima
kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak
yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu.
Seseorang yang berbudaya akan menghayati
dan mengamalkan nilai dan tingkah laku yang
‘baik’ dalam masyarakat itu.
9. Dari perspektif ekonomi:
Pendidikan dilihat sebagai satu ‘pelaburan’
(inve stm e nt), atau sebagai satu penggunaan
(co nsum ptio n)
Pe laburan dalam pendidikan bererti
membelanjakan wang, masa dan tenaga untuk
mendapat pendidikan dan latihan. Ilmu dan
kecekapan yang diperolehi dijangka akan
membawa pulangan yang menguntungkan pada
masa hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik,
produktiviti dan pendapatan yang lebih tinggi.
10. Pendidikan sebagai ‘co nsum ptio n’ pula
m e ng ang g ap pro se s dan hasilmencari ilmu
pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan
rasa ingin tahu atau riadah saja. Pelaburan
dalam pendidikan boleh dibuat oleh individu,
keluarganya atau sesuatu organisasi.
11. Dari sains politik:
Pendidikan dilihat sebagai proses bagaimana
sesebuah negara itu mendidik dan membina
warga negaranya supaya mempunyai sikap
dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak
dan tanggungjawab mereka sebagai
warganegara.
12. Dari sudut psikologi:
Pakar psikologi melihat pendidikan sebagai
proses membantu pembelajaran seseorang
murid untuk memperkembangkan potensinya
dan membentuk sahsiahnya. Ada berbagai
teori pembelajaran dan pengajaran untuk
menerangkan bagaimana seseorang itu
belajar dan boleh dididik.
13. Setiap individu mempunyai bakat, aptitud dan
gaya pembelajarannya yang tersendiri.
Dengan itu proses pendidikan ialah proses
memupuk perkembangan potensi, bakat dan
sahsiah murid-murid.
14. Apakah pendidikan formal?
Pe ndidikan fo rm alialah pe ndidikan te rancang
di m ana kurikulum atau pro g ram pe ng ajian
dan m ata pe lajaran disusun dan diajar oleh
guru kepada pelajar di institusi pendidikan
khas seperti sekolah, kolej, politeknik dan
universiti.
Biasanya pendidikan formal yang dirancang ini
mempunyai peperiksaan atau penilaian
formalnya dan membawa kepada
penganugerahan sesuatu sijil, diploma atau
ijazah.
15. Apakah pendidikan non-formal?
Pe ndidikan no n-fo rm alialah pe ndidikan
tam bahan te rancang yang diajar di luar
pe ndidikan fo rm alseperti kegiatan
kokurikulum di sekolah (aktiviti sukan,
persatuan dan kegiatan beruniform).
Pendidikan non-formal termasuk kursus
pendek, latihan khas, bengkel, dan belajar
sambil bekerja yang dirancang oleh jabatan
kerajaan atau syarikat swasta untuk
menambah kecekapan pekerjanya.
16. Apakah pendidikan informal?
Pe ndidikan info rm alialah pe ndidikan dan
pe ng alam an yang kita pe ro le hi m e lalui
be rbag ai-bag ai aktiviti kehidupan seharian
seperti interaksi kita dengan orang lain,
dengan ahli keluarga, kawan, ahli-ahli
masyarakat.
17. Pendidikan informal juga diperolehi melalui
pemerhatian tentang apa yang berlaku di
sekeliling kita seperti menonton TV, DVD,
filem atau mendengar radio atau membuat
lawatan ke sesuatu tempat.
Persepsi dan pemikiran kita dibentuk melalui
pendidikan informal ini. Kadang-kadang kita
tidak sedar yang kita dididik dan dipengaruhi
oleh apa sahaja di sekeliling kita.
18. Pendidikan sepanjang hayat
Pendidikan berlaku sepanjang hayat, sejak kita
dilahirkan hingga ke akhir hayat.
Kita belajar secara formal, non-formal dan
informal melalui interaksi dengan berbagai
persekitaran dengan menggunakan
pancaindera kita (lihat, dengar, sentuh, rasa
dan hidu), memproses apa yang kita terima itu
dalam minda kita, dan memberi makna
kepadanya.
19. Falsafah Pendidikan Negara
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara."
20. Pendidikan di sekolah rendah
Salah satu tujuan utama murid belajar di
sekolah adalah supaya mereka menguasai
kemahiran 4M, iaitu pandai membaca,
menulis, mengira dan menaakul dalam
Bahasa Malaysia, dan menguasai kemahiran
membaca dan menulis Bahasa Inggeris,
kerana kedua-dua bahasa ini ialah alat
penting untuk pembelajaran pelbagai ilmu
pengetahuan lain seperti sains, sejarah,
geografi, seni dan sebagainya.
21. Selain itu, tujuan pendidikan di sekolah rendah
adalah supaya mereka bersikap ingin tahu,
suka bertanya, berfikir, rajin belajar dan
berdaya usaha mencari pengetahuan sendiri
dari pelbagai sumber – daripada guru, buku,
berbincang bersama kawan, memerhati hal-
hal di keliling mereka, membaca pelbagai
bahan termasuk dalam internet.
22. Pendidikan di sekolah menengah
Matlamat atau tujuan pendidikan menengah
mungkin berlainan sedikit mengikut peringkat
yang berlainan: peringkat negara, sekolah dan
individu dan mengikut perspektif guru, murid,
ibu bapa dan Kementerian Pelajaran.
23. Maksud pengajaran dan pedagogi
Istilah yang kerap diguna yang sama erti atau
hampir sama ertinya dengan ‘mengajar’
(te aching ). Antaranya: instruksi (instructio n),
m e latih (train), m e ndidik (e ducate ) dan
m e m bim bing (g uide ).
24. Pengajaran ialah:
1. Proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepada murid.
2. Kaedah, teknik, pendekatan dan strategi yang
digunakan oleh guru untuk membantu muridnya
belajar.
3. Proses interaksi antara guru dan murid untuk
memudahkan (facilitate ) murid belajar dan berfikir
mengenai sesuatu isu.
4. Proses membantu murid supaya pembelajaran
mereka cepat dan berkesan.
25. Pedagogi pula merujuk kepada seni dan sains
pengajaran, yang mengkaji kaedah proses
pengajaran dan prinsip di sebalik sesuatu
pendekatan atau kaedah itu. (Pedagogyis the
art andscienceof teaching).
Ilm u pe dag o g i se bag ai sains pe ng ajaran
bersandar kepada berbagai-bagai teori
pembelajaran, teori komunikasi, teori interaksi
sosial, teori kurikulum dan taksonomi ilmu
pengetahuan.
26. Teori Pembelajaran
Tiga aliran ilmu psikologi yang besar
mempengaruhi pendekatan membina
kurikulum dan pengajaran, ialah:
i. Behavorisme
ii. Kognitif - Konstruktivisme
iii. Sosial
27. Teori-teori dalam psikologi behavorisme
memberi perhatian dan mengkaji tingkah laku
manusia, kerana tingkah laku manusia boleh
dilihat dan diukur. Teori dalam aliran ini pada
asasnya melihat tingkah laku manusia sebagai
tindakan kepada ransangan.
28. Aliran psikologi kognitif lebih menekankan
perkembangan corak pemikiran manusia –
cara ia berfikir dan membentuk makna,
berbanding dengan aliran behavorisme yang
lebih menekan tingkah laku (be havio ur)
m anusia. Se cara ring kasnya aliran psiko lo g i
ko g nitif be rpe ndapat bahawa co rak pe m ikiran
seseorang bergantung kepada cara ia
membina (co nstruct) dan m e m be ri m akna
ke pada apa yang dipelajari atau dialaminya.
29. Psikologi sosial dan mikrososiologi memberi
tumpuan terhadap kesan kepada
perkembangan pemikiran dan sosio-emosi
individu apabila ia berinteraksi dan
berkomunikasi dengan orang lain, baik secara
berdua atau secara kumpulan. Seseorang
banyak belajar dari peranannya dalam
sesuatu kumpulan: dalam keluarga, rakan
sebaya, kumpulan dalam kelas atau kumpulan
dalam kokurikulum.
30. Model Pengajaran
Berdasarkan tiga aliran disiplin ilmu di atas
terbentuklah beberapa Model Pengajaran.
Model-model yang berkaitan, iaitu Model
Tyler, Model ASSURE, Model Masteri, Model
Inkuiri, dan Model Pemprosesan Maklumat
akan menggabungkan beberapa elemen untuk
membentuk Model UPSI.
31. Model ialah satu kerangka konseptual untuk
membantu kita melihat bahagian-bahagian
yang berkaitan di dalamnya, dan memikir
hubungan di antara bahagian-bahagian itu
dengan lebih mudah kerana sifatnya yang
meringkaskan suatu proses yang kompleks.
33. Rajah 2 Model Pengajaran UPSI 2009:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
34. Banyak kajian dibuat untuk melihat bagaimana
kaedah pengajaran boleh dirancang dan
direka bentuk untuk memberi kesan yang
optimum kepada pembelajaran murid.
Model-model ini dipengaruhi oleh berbagai-
bagai disiplin ilmu seperti psikologi
pendidikan, psikologi sosial dan komunikasi,
dan sosiologi pendidikan.