SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 5
PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING
Tanah Melayu sememangnya menjadi kegilaan banyak kuasa asing seperti Portugis,
Belanda dan British bermula pada era kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kekayaan sumber bahan mentah seperti rempah
ratus, emas dan hasil hutan di samping kedudukan yang strategik menarik minat ramai
penjajah untuk menguasai Tanah Melayu. Akhirnya, kerajaan Melaka tewas juga pada tahun
1511 dan menjadi permulaan kepada penjajahan Barat di setiap pelosok kawasan di Tanah
Melayu. Antaranya termasuklah Naning,1
sebuah daerah kecil yang terletak di pedalaman
kawasan antara Rembau dan Melaka, di mana pusat pentadbirannya terletak di Taboh.2
Penentangan masyarakat tempatan di Naning ke atas British bermula pada tahun 1831 oleh
Penghulu Naning ketika itu, Abdul Said bin Omar atau pun Dol Said.3
Punca utama yang menyebabkan penentangan Dol Said ke atas British adalah untuk
mempertahankan kemerdekaan Naning.4
British mendakwa bahawa Naning adalah
sebahagian daripada Melaka dan mengarahkan Naning untuk mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan oleh British di Melaka berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.5
Bagi
mendapatkan kepastian, Dol Said dan pembesar Empat Suku datang ke Melaka pada tahun
1827 untuk bertemu dengan Samuel Garling, Residen Melaka yang baru dilantik pada tahun
1826.6
Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu, iaitu Gabenor Robert Fullerton menyatakan
bahawa Naning adalah sebahagian daripada jajahan takluk Melaka tetapi Dol Said dan
pembesar Empat Suku menafikannya, sebaliknya mendakwa Naning merupakan sebuah
negeri yang bebas, merdeka dan berdaulat.
Selain itu, hubungan antara Dol Said dan kerajaan British juga semakin renggang
apabila British memaksa Naning untuk membayar cukai sebanyak satu per sepuluh daripada
hasil keluaran pertanian setahun dan mencadangkan agar Orang-orang Besar Naning diberi
pencen.7
British telah mengeluarkan arahan tersebut setelah mengetahui hasil keluaran
Naning berjumlah sebanyak 4 500 dollar sebulan. Kenyataan ini dibuat berdasarkan kepada
Undang-undang 1830 dan arahan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Naning.8
Keadaan
1
Pentadbiran Naning diketuai oleh seorang Penghulu dan dibantu oleh pembesar Empat Suku. Antara hasil
keluaran utama Naning ialah buah-buahan, bijih timah, padi dan sirih.
2
Mohd. Shah Mohd.Said al-Haj,TamboAlam Naning, Kuala Lumpur:DewanBahasa danPustaka,1996,hlm.147-
149.
3
Mubin Sheppard,The Tomb of Dato Abdul Said Dato Naning, Malaysia in History, 10 (1), 1967,hlm.33.
4
Shahba., Pesaka Naning,Kuala Pilah:Sentosa Store,1951,hlm. 20.
5
Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatanganipada 17 Mac 1824,di mana Belanda menukarkan Bangkahulu
dengan Melaka kepada British.
6
Newbold,T. J., British Settlements in the Straits of Malacca (volume 1),Kuala Lumpur:Oxford University Press,
1971, hlm. 224.
7
Mills, L. A., British Malaya 1824-67,Kuala Lumpur:Oxford University Press,1966,hlm.119.
8
Gabenor Fullerton telah menghantar W. T. Lewis,iaitu Timbalan Residen Melaka ke Taboh bagi menyiasathal
ehwal Orang-orang Besar Naning dan mengatur sistem tanah.
menjadi semakin rumit apabila British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang melarang
penghulu untuk membicarakan kes jenayah, sekali gus menggugat pengaruh dan kuasa Dol
Said. Namun, Dol Said tidak menghiraukan undang-undang tersebut dan beliau telah
menyelesaikan satu kes pembunuhan di Naning.9
Tindakan Dol Said telah diberi amaran oleh
British dan diugut akan dilucutkan jawatan jika beliau mengingkari arahan British.10
Kemuncaknya, Dol Said telah diisytiharkan sebagai penderhaka oleh British pada 15 Julai
1831 dan menyebabkan tercetusnya Perang Naning yang pertama.
Pada tahun 1831, Gabenor Robert Ibbetson11
telah mengarahkan sepasukan tentera
untuk menakluki Naning.12
Seramai 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie telah
dihantar dan dibantu oleh Leftenan Milnes, Leftenan Begbie dan doktor Smith. Tugas utama
mereka adalah untuk menawan Taboh, kediaman dan pusat pentadbiran Dol Said serta
memberi amaran kepada pembesar yang mengingkari arahan British. Setelah Dol Said
menerima berita tersebut, beliau dengan segera meminta bantuan daripada negeri-negeri
jiran seperti Rembau, Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar. Beliau berjaya memujuk
Penghulu Rembau, iaitu Yamtuan Ali untuk menghantar bantuan panglima dalam
mempertahankan Naning daripada British. Hal ini disebabkan kebimbangan Yamtuan Ali yang
merasakan sekiranya Naning berjaya ditawan oleh British, Rembau juga akan menimpa nasib
yang sama. Maka, Yamtuan Ali telah menghantar seramai 500 orang hulu balang yang
diketuai oleh menantunya iaitu Syed Sha’aban bersama dengan Penghulu Remai dan Recat
dalam mengetuai angkatan Rembau. Dol Said juga turut dibantu oleh Dato’ Kelana Sungai
Ujong, Penghulu Linggi, Penghulu Gemenceh dan Pembesar Seri Menanti.13
Peristiwa ini
menunjukkan perpaduan dan kerjasama yang erat mampu dibentuk dalam kalangan bangsa
Melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.
Taktik yang digunakan oleh Dol Said ialah taktik perang gerila, di mana serangan
hendap akan dilakukan dan melarikan diri setelah serangan dilancarkan. Beliau mengarahkan
panglima-panglima untuk bersiap sedia di jalan-jalan yang berkemungkinan dilalui oleh British
dan melancarkan serangan.14
Pada jam 4.00 pagi, 6 Ogos 1831, angkatan British berlepas
dari Melaka dan menuju ke tepian Sungai Petai yang merupakan laluan strategik untuk
berhubung ke Naning di samping mudah untuk mendapat bantuan bekalan senjata. Pengikut-
9
Hal ini kerana British turut menguatkuasakan pelaksanaan Undang-undang Negeri Selat di Naning yang
mengarahkan segala kes jenayah yang berlaku di Naning hendaklah diselesaikan di Melaka termasuk kes
pembunuhan.
10
Abdullah Zakaria Ghazali, Perang Naning 1831, Jurnal Sejarah Melaka,1 (9), 1985, hlm.27.
11
Robert Ibbetson merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat yang kedua bermula pada 12 November 1830
sehingga 7 Disember 1833 bagi menggantikan Gabenor Robert Fullerton.
12
Siti Maisarah Bakar & Zulkanain Abd Rahman, Pentadbiran Naning sebelum 1832,Jebat:Malaysian Journal of
History, Politics and Strategic Studies, 44 (1), 2017, hlm. 106.
13
Abdullah Zakaria Ghazali, op. cit., hlm.39.
14
Ibid., hlmn. 39-40.
pengikut Dol Said menebang dan menumbangkan beberapa batang pokok untuk menghalang
laluan British. Halangan yang dibuat dilihat berkesan kerana angkatan British terpaksa
membersihkan terlebih dahulu laluan yang disekat bagi memudahkan pergerakan tentera dan
kereta lembu yang membawa meriam. Semasa British sibuk membersihkan jalan, pengikut-
pengikut Dol Said mengambil kesempatan dengan melancarkan serangan ke atas mereka.
Walau bagaimanapun, angkatan Kapten Wyllie akhirnya berjaya tiba di Melekek, kira-kira 8
kilometer dari Taboh setelah mengharungi setiap serangan yang telah dilancarkan oleh Dol
Said.15
Namun, bekalan senjata British semakin berkurangan memandangkan bekalan masih
belum tiba di Sungai Petai. Hal ini disudahi dengan pengunduran pasukan Kapten Wyllie ke
Melaka semula pada 24 Ogos 1831 atas faktor kekurangan bekalan senjata dan serangan
dari Dol Said yang berterusan. Peristiwa ini memberi berita gembira kepada Dol Said dan
penduduk Naning apabila mereka berjaya menewaskan British.16
Walaupun tewas, pihak British tidak berputus asa malah menghantar seramai antara
1200 hingga 1400 orang tentera di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Herbert untuk menawan
semula Naning pada 7 Februari 1832.17
British telah mengadakan pakatan dengan Yamtuan
Ali dan bersetuju untuk membantu British dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk
menyerang Naning. Dengan adanya bantuan Rembau dan kelengkapan senjata yang
mencukupi, Naning akhirnya berjaya ditewaskan pada 15 Jun 1832 dan rumah-rumah
penduduk Naning dibakar. Hal ini berpunca daripada pengkhianatan yang telah dilakukan oleh
Rembau ke atas Naning. Rembau memberitahu British bahawa Naning hanya boleh
ditewaskan dengan menaburkan tulang anjing dan khinzir di kawasan sempadan Naning. Dol
Said telah berundur ke Seri Menanti setelah kalah dalam Perang Naning Kedua. Kekalahan
tersebut menyebabkan Naning dimasukkan ke dalam negeri Melaka di dalam daerah Alor
Gajah. British telah mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling dalam usaha
mengalahkan Naning. Pada 27 Oktober 1832, Naning diletakkan di bawah peraturan Negeri-
negeri Selat dan undang-undang tanah mula dikuatkuasakan di Naning. Birch Westerhout
kemudiannya dilantik sebagai pemerintah Naning oleh Gabenor Ibbetson dan Samuel Garling
pada bulan November 1832.18
Dol Said akhirnya menyerahkan diri kepada Westerhout pada
4 Februari 1833. Beliau diberikan rumah di Melaka dan pencen sebanyak seratus rupee
sebulan dengan syarat masih hidup dan tidak melarikan diri.19
Kesudahannya, Dol Said
meninggal dunia pada bulan Ogos 1849.
15
Newbold, T. J., op. cit., hlm. 227-228.
16
Siti Maisarah Bakar & Zulkanain Abd Rahman, op.cit., hlm.106.
17
Newbold, T. J., op. cit., hlm. 228.
18
Abdullah Abd. Kadir Munshi, Hikayat Abdullah (Jilid 2), Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1966, hlm. 218.
19
Shahba., Pesaka Naning, Kuala Pilah: Sentosa Store, 1951, hlm. 36.
Selanjutnya, segala tindak balas yang telah dilakukan oleh Dol Said ke atas pihak
British dapat dikaitkan dengan beberapa buah teori termasuklah teori geopolitik, teori egoisme
dan teori motivasi. Perjuangan beliau menyeru kita untuk berani mempertahankan tanah air
daripada kuasa asing, selaras dengan teori geopolitik.20
Teori ini menggesa kita untuk
melindungi negara terutamanya di kawasan yang melibatkan persempadanan kawasan
kerajaan melalui aspek geografi. Hal ini dapat dibuktikan oleh Dol Said yang berani
menentang dakwaan pihak British yang mengatakan bahawa Naning adalah sebahagian
daripada wilayah Melaka berdasarkan kawasan persempadanan. Tindakan ini menyedarkan
kita supaya melindungi kawasan negara khususnya di bahagian sempadan agar tidak
diceroboh oleh kuasa-kuasa asing.
Selain itu, peristiwa perjuangan Dol Said juga dilihat selari dengan teori egoisme.21
Teori ini menerangkan sesuatu tindakan adalah betul di mana sekiranya memberikan faedah
dan kepentingan kepada diri sendiri.22
Di sini, Dol Said dapat dikaitkan dengan teori ini kerana
beliau mengambil keputusan tidak mengendahkan segala peraturan yang telah dibuat oleh
British di Naning seperti peraturan cukai dan Peraturan Penghulu kerana menggugat
keamanan dan pengaruh kekuasaannya. Walaupun tindakan sebegini dilihat amat
mementingkan diri sendiri, namun ia wajar dilakukan memandangkan perbuatan tersebut
adalah untuk melindungi kepentingan diri sendiri dan rakyatnya daripada ancaman dan
serangan British. Justeru, kita boleh mempunyai sikap ego untuk digunakan pada masa-masa
yang bersesuaian demi menjaga kepentingan diri terlebih dahulu.23
Di samping itu, terdapat
juga unsur teori motivasi dalam perjuangan Dol Said. Teori ini mendorong dan mempengaruhi
individu lain untuk lebih berusaha tinggi dan berdaya saing.24
Kerjasama yang dilakukan oleh
Dol Said dengan penghulu-penghulu dari negeri jiran dalam menentang British semasa
Perang Naning yang pertama dapat memberikan motivasi yang tinggi kepada kita untuk
bersatu padu. Hal ini sekali gus mampu memupuk semagat kerjasama dalam kalangan
masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang timbul.25
20
n. n., Teori-teori Geopolitik,2013,dimuatturun daripada https://omgeboy.wordpress.com/2013/10/28/teori-teori-
geopolitik/
21
Teori egoisme ialah teori yang beranggapan sesuatu nilai itu baik sekiranya menguntungkan diri sendiri dan
sesuatu nilai itu buruk jika merugikan diri sendiri.
22
Qii, M., Kebaikan dan Keburukan Teori Egoisme terhadap Masyarakat, 2016, dimuat turun daripada
https://www.scribd.com/doc/314614913/Kebaikan-Dan-Keburukan-Teori-Egoisme-Terhadap-Masyarakat
23
Westacott,E., What is Ethical Egoism?, 2019,dimuat turun daripada https://www.thoughtco.com/what-is-ethical-
egoism-3573630
24
Budi Kho, Pengertian Motivasi dan Teori-teori Motivasi, 2019, dimuat turun daripada
https://ilmumanajemenindustri.com/pengertian-motivasi-dan-teori-teori-motivasi/
25
Fatin Hafizah, Teori Motivasi, 2008, dimuat turun daripada https://www.scribd.com/doc/7479473/TEORI-
MOTIVASI
Deduksinya, terdapat pelbagai tentangan yang telah dibuat oleh Dol Said terhadap
pihak British yang cuba menakluki Naning.26
Walaupun tewas di akhirnya, perjuangan beliau
dalam menentang British demi menyelamatkan Naning memberikan impak yang positif
kepada masyarakat untuk mempertahankan kedaulatan negara.27
Kita hendaklah sentiasa
bersatu padu dan saling membantu dalam hidup bermasyarakat dalam menjaga keamanan
negara. Sikap pentingkan diri sendiri dan pengkianatan seperti yang dilakukan oleh Yamtuan
Ali terhadap Dol Said mampu melemahkan masyarakat dan menjadi penghalang ke arah
perpaduan negara. Sebaliknya, kita sepatutnya mencontohi semangat patriotisme yang
ditunjukkan oleh Dol Said dalam mempertahankan kedaulatan Naning daripada serangan
British. Oleh itu, semangat patriotisme dan taat setia kepada negara meminkan peranan yang
utama dalam melahirkan masyarakat yang maju dan berdaya saing dengan negara luar.
26
Siti Maisarah Bakar & Zulkanain Abd Rahman, op.cit., hlm.104-106.
27
Ibid.,hlm.106.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.shafikah zakaria
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiafiro HAR
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALAlif Akram
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaNicholas Lidang Mud
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganJimmy Mogolid
 
Undang undang kedah
Undang undang kedahUndang undang kedah
Undang undang kedahAlif Akram
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraZafarul_Irshard
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionDurratun Dian
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Thanushah Soniyasee
 
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Safinah Harun
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)STPMVi
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarharalhaj
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Kesan Ekonomi Kapitalis
Kesan Ekonomi KapitalisKesan Ekonomi Kapitalis
Kesan Ekonomi Kapitalisnurfakhri1
 

Was ist angesagt? (20)

DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
 
Undang undang kedah
Undang undang kedahUndang undang kedah
Undang undang kedah
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
 
Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan UnionPenentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan Union
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
 
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Kesan Ekonomi Kapitalis
Kesan Ekonomi KapitalisKesan Ekonomi Kapitalis
Kesan Ekonomi Kapitalis
 

Ähnlich wie PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING

Bab 7 notes (history)
Bab 7 notes (history)Bab 7 notes (history)
Bab 7 notes (history)JiaHxen
 
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Ilyani Azmi
 
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI MohdIszuanMohdLehan
 
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaan
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaantopik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaan
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaanKuBadrinawatiKuBulat
 
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIANursKitchen
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANFatnin Izni
 
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f8155809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815Huang Qi Shen
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia KeduaSEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia KeduaFasyah Tutor
 
CH2F5f
CH2F5fCH2F5f
CH2F5fcgsha
 
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan britishKekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan britishisharsmiaa
 
Hist note form 5 chap 2
Hist note form 5 chap 2Hist note form 5 chap 2
Hist note form 5 chap 2far84
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Ariff03
 
Penjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa AsingPenjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa AsingNajwa Norizam
 

Ähnlich wie PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING (20)

Bab 7 notes (history)
Bab 7 notes (history)Bab 7 notes (history)
Bab 7 notes (history)
 
Tajuk sej
Tajuk sejTajuk sej
Tajuk sej
 
sejarah Bab 7 form 2
sejarah Bab 7 form 2sejarah Bab 7 form 2
sejarah Bab 7 form 2
 
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
 
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
CIKGU IS: PELUASAN KUASA DI NANING DAN SERI MENANTI
 
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaan
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaantopik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaan
topik 1 sejarah negara perjuangan kemerdekaan
 
Bab 2ting5
Bab 2ting5Bab 2ting5
Bab 2ting5
 
Tingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjhTingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjh
 
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA
1.2 REAKSI MASYARAKAT PENGAJIAN MALAYSIA
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
 
Nota ringkas bab 2 ting 2
Nota ringkas bab 2 ting 2Nota ringkas bab 2 ting 2
Nota ringkas bab 2 ting 2
 
TOKOH KEMERDEKAAN.docx
TOKOH KEMERDEKAAN.docxTOKOH KEMERDEKAAN.docx
TOKOH KEMERDEKAAN.docx
 
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f8155809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815
5809e6e42c444d0c2fc1311a5fb9f815
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia KeduaSEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
SEJARAH T5 KBSM BAB 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
 
CH2F5f
CH2F5fCH2F5f
CH2F5f
 
cara peluasan kuasa di johor
cara peluasan kuasa di johorcara peluasan kuasa di johor
cara peluasan kuasa di johor
 
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan britishKekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
 
Hist note form 5 chap 2
Hist note form 5 chap 2Hist note form 5 chap 2
Hist note form 5 chap 2
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
 
Penjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa AsingPenjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa Asing
 

Mehr von Muhammad Fateh

KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA Muhammad Fateh
 
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )Muhammad Fateh
 
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURIDPENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURIDMuhammad Fateh
 
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFETHE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFEMuhammad Fateh
 
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesPerbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesMuhammad Fateh
 
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKEDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKMuhammad Fateh
 

Mehr von Muhammad Fateh (7)

KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
KESENIAN PELBAGAI BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
 
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
MAPHILINDO ( MALAYSIA - FILIPINA - INDONESIA )
 
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURIDPENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
PENGARUH INTERAKSI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
 
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFETHE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
THE IMPACT OF DIGITAL TECHNOLOGY ON MODERN LIFE
 
DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA
 
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model ProsesPerbezaan Model Objektif & Model Proses
Perbezaan Model Objektif & Model Proses
 
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKEDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
 

Kürzlich hochgeladen

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Kürzlich hochgeladen (12)

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING

  • 1. PERJUANGAN DOL SAID MENENTANG BRITISH DI NANING Tanah Melayu sememangnya menjadi kegilaan banyak kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan British bermula pada era kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kekayaan sumber bahan mentah seperti rempah ratus, emas dan hasil hutan di samping kedudukan yang strategik menarik minat ramai penjajah untuk menguasai Tanah Melayu. Akhirnya, kerajaan Melaka tewas juga pada tahun 1511 dan menjadi permulaan kepada penjajahan Barat di setiap pelosok kawasan di Tanah Melayu. Antaranya termasuklah Naning,1 sebuah daerah kecil yang terletak di pedalaman kawasan antara Rembau dan Melaka, di mana pusat pentadbirannya terletak di Taboh.2 Penentangan masyarakat tempatan di Naning ke atas British bermula pada tahun 1831 oleh Penghulu Naning ketika itu, Abdul Said bin Omar atau pun Dol Said.3 Punca utama yang menyebabkan penentangan Dol Said ke atas British adalah untuk mempertahankan kemerdekaan Naning.4 British mendakwa bahawa Naning adalah sebahagian daripada Melaka dan mengarahkan Naning untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh British di Melaka berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.5 Bagi mendapatkan kepastian, Dol Said dan pembesar Empat Suku datang ke Melaka pada tahun 1827 untuk bertemu dengan Samuel Garling, Residen Melaka yang baru dilantik pada tahun 1826.6 Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu, iaitu Gabenor Robert Fullerton menyatakan bahawa Naning adalah sebahagian daripada jajahan takluk Melaka tetapi Dol Said dan pembesar Empat Suku menafikannya, sebaliknya mendakwa Naning merupakan sebuah negeri yang bebas, merdeka dan berdaulat. Selain itu, hubungan antara Dol Said dan kerajaan British juga semakin renggang apabila British memaksa Naning untuk membayar cukai sebanyak satu per sepuluh daripada hasil keluaran pertanian setahun dan mencadangkan agar Orang-orang Besar Naning diberi pencen.7 British telah mengeluarkan arahan tersebut setelah mengetahui hasil keluaran Naning berjumlah sebanyak 4 500 dollar sebulan. Kenyataan ini dibuat berdasarkan kepada Undang-undang 1830 dan arahan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Naning.8 Keadaan 1 Pentadbiran Naning diketuai oleh seorang Penghulu dan dibantu oleh pembesar Empat Suku. Antara hasil keluaran utama Naning ialah buah-buahan, bijih timah, padi dan sirih. 2 Mohd. Shah Mohd.Said al-Haj,TamboAlam Naning, Kuala Lumpur:DewanBahasa danPustaka,1996,hlm.147- 149. 3 Mubin Sheppard,The Tomb of Dato Abdul Said Dato Naning, Malaysia in History, 10 (1), 1967,hlm.33. 4 Shahba., Pesaka Naning,Kuala Pilah:Sentosa Store,1951,hlm. 20. 5 Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatanganipada 17 Mac 1824,di mana Belanda menukarkan Bangkahulu dengan Melaka kepada British. 6 Newbold,T. J., British Settlements in the Straits of Malacca (volume 1),Kuala Lumpur:Oxford University Press, 1971, hlm. 224. 7 Mills, L. A., British Malaya 1824-67,Kuala Lumpur:Oxford University Press,1966,hlm.119. 8 Gabenor Fullerton telah menghantar W. T. Lewis,iaitu Timbalan Residen Melaka ke Taboh bagi menyiasathal ehwal Orang-orang Besar Naning dan mengatur sistem tanah.
  • 2. menjadi semakin rumit apabila British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang melarang penghulu untuk membicarakan kes jenayah, sekali gus menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said. Namun, Dol Said tidak menghiraukan undang-undang tersebut dan beliau telah menyelesaikan satu kes pembunuhan di Naning.9 Tindakan Dol Said telah diberi amaran oleh British dan diugut akan dilucutkan jawatan jika beliau mengingkari arahan British.10 Kemuncaknya, Dol Said telah diisytiharkan sebagai penderhaka oleh British pada 15 Julai 1831 dan menyebabkan tercetusnya Perang Naning yang pertama. Pada tahun 1831, Gabenor Robert Ibbetson11 telah mengarahkan sepasukan tentera untuk menakluki Naning.12 Seramai 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie telah dihantar dan dibantu oleh Leftenan Milnes, Leftenan Begbie dan doktor Smith. Tugas utama mereka adalah untuk menawan Taboh, kediaman dan pusat pentadbiran Dol Said serta memberi amaran kepada pembesar yang mengingkari arahan British. Setelah Dol Said menerima berita tersebut, beliau dengan segera meminta bantuan daripada negeri-negeri jiran seperti Rembau, Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar. Beliau berjaya memujuk Penghulu Rembau, iaitu Yamtuan Ali untuk menghantar bantuan panglima dalam mempertahankan Naning daripada British. Hal ini disebabkan kebimbangan Yamtuan Ali yang merasakan sekiranya Naning berjaya ditawan oleh British, Rembau juga akan menimpa nasib yang sama. Maka, Yamtuan Ali telah menghantar seramai 500 orang hulu balang yang diketuai oleh menantunya iaitu Syed Sha’aban bersama dengan Penghulu Remai dan Recat dalam mengetuai angkatan Rembau. Dol Said juga turut dibantu oleh Dato’ Kelana Sungai Ujong, Penghulu Linggi, Penghulu Gemenceh dan Pembesar Seri Menanti.13 Peristiwa ini menunjukkan perpaduan dan kerjasama yang erat mampu dibentuk dalam kalangan bangsa Melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air. Taktik yang digunakan oleh Dol Said ialah taktik perang gerila, di mana serangan hendap akan dilakukan dan melarikan diri setelah serangan dilancarkan. Beliau mengarahkan panglima-panglima untuk bersiap sedia di jalan-jalan yang berkemungkinan dilalui oleh British dan melancarkan serangan.14 Pada jam 4.00 pagi, 6 Ogos 1831, angkatan British berlepas dari Melaka dan menuju ke tepian Sungai Petai yang merupakan laluan strategik untuk berhubung ke Naning di samping mudah untuk mendapat bantuan bekalan senjata. Pengikut- 9 Hal ini kerana British turut menguatkuasakan pelaksanaan Undang-undang Negeri Selat di Naning yang mengarahkan segala kes jenayah yang berlaku di Naning hendaklah diselesaikan di Melaka termasuk kes pembunuhan. 10 Abdullah Zakaria Ghazali, Perang Naning 1831, Jurnal Sejarah Melaka,1 (9), 1985, hlm.27. 11 Robert Ibbetson merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat yang kedua bermula pada 12 November 1830 sehingga 7 Disember 1833 bagi menggantikan Gabenor Robert Fullerton. 12 Siti Maisarah Bakar & Zulkanain Abd Rahman, Pentadbiran Naning sebelum 1832,Jebat:Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (1), 2017, hlm. 106. 13 Abdullah Zakaria Ghazali, op. cit., hlm.39. 14 Ibid., hlmn. 39-40.
  • 3. pengikut Dol Said menebang dan menumbangkan beberapa batang pokok untuk menghalang laluan British. Halangan yang dibuat dilihat berkesan kerana angkatan British terpaksa membersihkan terlebih dahulu laluan yang disekat bagi memudahkan pergerakan tentera dan kereta lembu yang membawa meriam. Semasa British sibuk membersihkan jalan, pengikut- pengikut Dol Said mengambil kesempatan dengan melancarkan serangan ke atas mereka. Walau bagaimanapun, angkatan Kapten Wyllie akhirnya berjaya tiba di Melekek, kira-kira 8 kilometer dari Taboh setelah mengharungi setiap serangan yang telah dilancarkan oleh Dol Said.15 Namun, bekalan senjata British semakin berkurangan memandangkan bekalan masih belum tiba di Sungai Petai. Hal ini disudahi dengan pengunduran pasukan Kapten Wyllie ke Melaka semula pada 24 Ogos 1831 atas faktor kekurangan bekalan senjata dan serangan dari Dol Said yang berterusan. Peristiwa ini memberi berita gembira kepada Dol Said dan penduduk Naning apabila mereka berjaya menewaskan British.16 Walaupun tewas, pihak British tidak berputus asa malah menghantar seramai antara 1200 hingga 1400 orang tentera di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Herbert untuk menawan semula Naning pada 7 Februari 1832.17 British telah mengadakan pakatan dengan Yamtuan Ali dan bersetuju untuk membantu British dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning. Dengan adanya bantuan Rembau dan kelengkapan senjata yang mencukupi, Naning akhirnya berjaya ditewaskan pada 15 Jun 1832 dan rumah-rumah penduduk Naning dibakar. Hal ini berpunca daripada pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Rembau ke atas Naning. Rembau memberitahu British bahawa Naning hanya boleh ditewaskan dengan menaburkan tulang anjing dan khinzir di kawasan sempadan Naning. Dol Said telah berundur ke Seri Menanti setelah kalah dalam Perang Naning Kedua. Kekalahan tersebut menyebabkan Naning dimasukkan ke dalam negeri Melaka di dalam daerah Alor Gajah. British telah mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling dalam usaha mengalahkan Naning. Pada 27 Oktober 1832, Naning diletakkan di bawah peraturan Negeri- negeri Selat dan undang-undang tanah mula dikuatkuasakan di Naning. Birch Westerhout kemudiannya dilantik sebagai pemerintah Naning oleh Gabenor Ibbetson dan Samuel Garling pada bulan November 1832.18 Dol Said akhirnya menyerahkan diri kepada Westerhout pada 4 Februari 1833. Beliau diberikan rumah di Melaka dan pencen sebanyak seratus rupee sebulan dengan syarat masih hidup dan tidak melarikan diri.19 Kesudahannya, Dol Said meninggal dunia pada bulan Ogos 1849. 15 Newbold, T. J., op. cit., hlm. 227-228. 16 Siti Maisarah Bakar & Zulkanain Abd Rahman, op.cit., hlm.106. 17 Newbold, T. J., op. cit., hlm. 228. 18 Abdullah Abd. Kadir Munshi, Hikayat Abdullah (Jilid 2), Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1966, hlm. 218. 19 Shahba., Pesaka Naning, Kuala Pilah: Sentosa Store, 1951, hlm. 36.
  • 4. Selanjutnya, segala tindak balas yang telah dilakukan oleh Dol Said ke atas pihak British dapat dikaitkan dengan beberapa buah teori termasuklah teori geopolitik, teori egoisme dan teori motivasi. Perjuangan beliau menyeru kita untuk berani mempertahankan tanah air daripada kuasa asing, selaras dengan teori geopolitik.20 Teori ini menggesa kita untuk melindungi negara terutamanya di kawasan yang melibatkan persempadanan kawasan kerajaan melalui aspek geografi. Hal ini dapat dibuktikan oleh Dol Said yang berani menentang dakwaan pihak British yang mengatakan bahawa Naning adalah sebahagian daripada wilayah Melaka berdasarkan kawasan persempadanan. Tindakan ini menyedarkan kita supaya melindungi kawasan negara khususnya di bahagian sempadan agar tidak diceroboh oleh kuasa-kuasa asing. Selain itu, peristiwa perjuangan Dol Said juga dilihat selari dengan teori egoisme.21 Teori ini menerangkan sesuatu tindakan adalah betul di mana sekiranya memberikan faedah dan kepentingan kepada diri sendiri.22 Di sini, Dol Said dapat dikaitkan dengan teori ini kerana beliau mengambil keputusan tidak mengendahkan segala peraturan yang telah dibuat oleh British di Naning seperti peraturan cukai dan Peraturan Penghulu kerana menggugat keamanan dan pengaruh kekuasaannya. Walaupun tindakan sebegini dilihat amat mementingkan diri sendiri, namun ia wajar dilakukan memandangkan perbuatan tersebut adalah untuk melindungi kepentingan diri sendiri dan rakyatnya daripada ancaman dan serangan British. Justeru, kita boleh mempunyai sikap ego untuk digunakan pada masa-masa yang bersesuaian demi menjaga kepentingan diri terlebih dahulu.23 Di samping itu, terdapat juga unsur teori motivasi dalam perjuangan Dol Said. Teori ini mendorong dan mempengaruhi individu lain untuk lebih berusaha tinggi dan berdaya saing.24 Kerjasama yang dilakukan oleh Dol Said dengan penghulu-penghulu dari negeri jiran dalam menentang British semasa Perang Naning yang pertama dapat memberikan motivasi yang tinggi kepada kita untuk bersatu padu. Hal ini sekali gus mampu memupuk semagat kerjasama dalam kalangan masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang timbul.25 20 n. n., Teori-teori Geopolitik,2013,dimuatturun daripada https://omgeboy.wordpress.com/2013/10/28/teori-teori- geopolitik/ 21 Teori egoisme ialah teori yang beranggapan sesuatu nilai itu baik sekiranya menguntungkan diri sendiri dan sesuatu nilai itu buruk jika merugikan diri sendiri. 22 Qii, M., Kebaikan dan Keburukan Teori Egoisme terhadap Masyarakat, 2016, dimuat turun daripada https://www.scribd.com/doc/314614913/Kebaikan-Dan-Keburukan-Teori-Egoisme-Terhadap-Masyarakat 23 Westacott,E., What is Ethical Egoism?, 2019,dimuat turun daripada https://www.thoughtco.com/what-is-ethical- egoism-3573630 24 Budi Kho, Pengertian Motivasi dan Teori-teori Motivasi, 2019, dimuat turun daripada https://ilmumanajemenindustri.com/pengertian-motivasi-dan-teori-teori-motivasi/ 25 Fatin Hafizah, Teori Motivasi, 2008, dimuat turun daripada https://www.scribd.com/doc/7479473/TEORI- MOTIVASI
  • 5. Deduksinya, terdapat pelbagai tentangan yang telah dibuat oleh Dol Said terhadap pihak British yang cuba menakluki Naning.26 Walaupun tewas di akhirnya, perjuangan beliau dalam menentang British demi menyelamatkan Naning memberikan impak yang positif kepada masyarakat untuk mempertahankan kedaulatan negara.27 Kita hendaklah sentiasa bersatu padu dan saling membantu dalam hidup bermasyarakat dalam menjaga keamanan negara. Sikap pentingkan diri sendiri dan pengkianatan seperti yang dilakukan oleh Yamtuan Ali terhadap Dol Said mampu melemahkan masyarakat dan menjadi penghalang ke arah perpaduan negara. Sebaliknya, kita sepatutnya mencontohi semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh Dol Said dalam mempertahankan kedaulatan Naning daripada serangan British. Oleh itu, semangat patriotisme dan taat setia kepada negara meminkan peranan yang utama dalam melahirkan masyarakat yang maju dan berdaya saing dengan negara luar. 26 Siti Maisarah Bakar & Zulkanain Abd Rahman, op.cit., hlm.104-106. 27 Ibid.,hlm.106.