SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
PEMARKAHAN
                                 RIS
                    SEMESTER 1 SESI 2010/2011


                      KOD & NAMA KURSUS




            PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

        KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
                      FALSAFAH DAN DASAR


                       TAJUK ESEI ILMIAH



      PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEBANGSAAN DALAM PROSES
   PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN OPSYEN




                       DISEDIAKAN OLEH
                  NAMA                          NO. MATRIK
        MOHD TAJUDDIN BIN AHMAD                 D20112054651




             PUSAT PEMBELAJARAN: EL- ST02 (A121PJJ)




NAMA TUTOR E-LEARNING:PROFESOR MADYA DR. HAMIDAH BINTI YUSOF


TARIKH SERAH: 18 NOVEMBER 2012
MATAPELAJARAN : BAHASA MELAYU
TAHUN : 5
TEMA : ALAM SEKITAR
TAJUK : KEMPEN ALAM BERSIH HIDUP SELESA




Pengetahuan khusus.


       Murid telah didedahkan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Akibat yang
bakal ditanggung jika tidak menjaga alam sekitar ialah berlakunya pencemaran alam sekitar.
Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada
masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam
sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini
semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi
kesan buruk.


      Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di
dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu
Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli,
kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan
bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga
mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi
kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga
terganggu.


       Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.
Haiwan – haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat
tinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan
menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara
oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini
menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini
telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-
kuda,singa dan sebagainya.
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang
melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman
udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran
matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.
Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di
bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di
dunia pada masa kini.


         Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang
disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan.
Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx)
dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan
pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun
bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh
tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan
bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan
menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.


           Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh
warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu
bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan
akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga
adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan
bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya
kejadian alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di
Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan
yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga
menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu
persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran
bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan
manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke
habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan
ekosistem.


         Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-
merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih
daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil
pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan
kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan
menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi
pekak secara perlahan-lahan
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh
alam sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya pencemaran
ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.
Kemahiran Spesifik


   Seiring dengan pembangunan pesat yang dijalankan di negara ini sejak satu dasawarsa
dahulu, negara kita telah menghadapi pelbagai masalah dan halangan dalam usaha menuju ke
Wawasan 2020 yang diidam-idamkan. Selama ini, masalah kebersihan awam dan alam
sekitar telah berakar umbi di negara ini serta menjadi semakin kronik belakangan ini
bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyirulagi. Masalah sosial tersebut
tidak seharusnya dipandang enteng memandangkan isu tersebut berkait rapat dengan
kesihatan rakyat negara ini. Sebab-sebab berlakunya pengabaian kebersihan awam dan alam
sekitar hendaklah dikenal pasti supaya langkah-langkah pencegahan dapat diambil demi
kesejahteraan hidup sejagat. Sayugia diingatkan bahawa masalah kebersihan awam dan alam
sekitar dapat mendatangkan kesan buruk yang tidak diingini terhadap kesihatan rakyat.
Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang proaktif dan efektif harus diberikan penekanan
dalam usaha mengatasi masalah tersebut. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan
masing-masing kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.


    Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan kebersihan awam dan
alam sekitar terjamin. Ibu bapa haruslah menitikberatkan didikan agama yang mantap dalam
diri kanak-kanak sejak bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Semua agama menekankan aspek kebersihan dan menegah penganutnya daripada melakukan
kekotoran yang akan menjejaskan kemaslahatan awam. Dengan adanya didikan agama yang
teguh, insan yang mementingkan kebersihan di tempat awam atau kebersihan alam sekitar
dapat dilahirkan. Selain itu, ibu bapa harus menunjukkan perlakuan yang baik dalam aspek
kebersihan tanpa mengira di mana jua berada kerana tingkah laku mereka akan menjadi
teladan dan ikutan anak-anak mereka kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Ibu bapa tidak seharusnya bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus,
sedangkan dirinya berjalan senget. Misalannya, ibu bapa haruslah membuang sampah ke
dalam tong sampah dan menggunakan tandas awam dengan baik. Dengan ini, anak-anak yang
masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang akan mencontohi perbuatan
ibu bapa mereka dan akan dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan mereka kerana alah
bisa tegal biasa. Jadi, didikan ibu bapa amat penting dalam memastikan kebersihan tempat
awam dan alam sekitar terpelihara.
Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai
kebersihan dalam sanubari para pelajar. Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama yang
menekankan pembentukan insan yang berkeperibadian mulia dan murni telah diterapkan
dalam sistem pendidikan negara kita. Guru perlu mengajar murid tentang kepentingan
mengamalkan nilai kebersihan dalam hidup terutamanya yang melibatkan kemaslahatan
umum seperti tandas awam dan kawasan rekreasi. Guru tidak seharusnya leka dalam
menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap ajaran guru akan
melekat dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan
dengan itu, guru perlu menitikberatkan aspek kebersihan di dalam kelas dan di kawasan
sekolah di samping menekankan kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar dengan
melarang murid daripada membuang sampah di merata-rata tempat. Konsep bersih ini
diperluas bukan sahaja di dalam kelas tetapi kepada kehidupan yang lebih menyeluruh. Pihak
sekolah dan guru boleh membina taman mini dan landskap supaya keadaan sekolah lebih
cantik dan hijau. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu diajar
oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya
obejektif yang dirancang tidak tersasar. Langkah yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini
sudah pasti dapat mendidik generasi muda kita tentang kemaslahatan amalan kebersihan.


             Peranan media massa juga tidak dapat diketepikan memandangkan media massa
seperti radio, televisyen dan suratkhabar mendatangkan pengaruh yang mendalam dalam
kehidupan sehari-hari. Rancangan dan program yang dapat menyemaikan sikap rakyat
menjaga kebersihan awam harus disiarkan melalui saluran media bercetak dan media
elektronik dari semasa ke semasa untuk menyedarkan rakyat tentang peri pentingnya
kebersihan    terhadap   kesihatan   masyarakat.    Kempen-kempen      kebersihan    awam
seperti Cintailah Sungai Kita dan slogan Negara Bersih Sihat patut digiatkan dan diharapkan
dapat membangkitkan kesedaran sivik masyarakat negara ini untuk memelihara kebersihan
awam. Kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak media massa perlulah berketiak ular dan
bukannya hangat-hangat tahi ayam. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk
menjaga kebersihan alam sekitar dan tempat awam. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini
dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar dan tempat
awam senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat mencapai matlamatnyai
apabila semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar.
Dalam pada itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan
dengan isu kebersihan seperti Akta Alam Sekitar 1971 dan Akta kilang 1974 bagi mengatasi
masalah kebersihan awam. Hukuman yang lebih berat harus dijatuhi ke atas mereka yang
bersikap bena tak bena terhadap kebersihan awam. Denda wang ringgit nampaknya masih
kurang berkesan untuk menyedarkan rakyat negara ini berubah sikap. Sekiranya perbuatan
mencemarkan alam sekitar dan tempat awam masih diulangi, denda yang berlipat ganda
harus dikenakan dan disertai dengan hukuman yang lebih tegas. Misalannya, negara
Singapura telah mengusulkan banyak cadangan yang membina dalam usaha membasmi
masalah kebersihan awam. Antaranya ialah rakyat negara itu yang ditangkap membuang
sampah sarap atau puntung rokok ke atas lantai di tempat awam akan dikenakan denda yang
tinggi di tempat kejadian itu juga oleh pegawai polis yang bertugas. Bagi menjaga maruah
diri supaya tidak ditegur atau dikritik ole orang ramai, mereka yang bersalah sudah tidak
berani untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu di tempat awam. Maka, tidak mustahillah
negara Singapura digelar Taman Bandar Raya yang terkenal dengan kebersihannya. Oleh itu,
kita harus mencontohi ketegasan undang-undang negara Singapura kerana yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sesungguhnya ketegasan undang-undang
mampu melahirkan individu yang menitikberatkan aspek kebersihan dalam kehidupan


       Secara tuntasnya, kebersihan awam dapat dijaga dan dipelihara melalui komitmen
daripada pelbagai pihak. Sikap individualistik dan ketiadaan kesedaran sivik terhadap
kebersihan awam perlu dikikis. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Doktor Mahathir bin
Mohamad pernah meluahkan perasaan kecewa beliau terhadap sikap rakyat negara ini yang
memandang remeh terhadap kebersihan awam setelah melihat keadaan di sekeliling Bukit
Bintang yang menjijikkan, ditimbuni sampah sarap yang dihinggapi lalat. Beliau telah
menyarankan rakyat Malaysia supaya mengamalkan sikap mementingkan kebersihan awam
dalam kehidupan sehari-hari. Kebersihan tempat awam sememangnya merupakan aspek yang
amat penting untuk menjamin keharmonian sejagat. Kita tentu tidak ingin generasi yang akan
datang hidup dalam keadaan yang dicemari, menyedut udara yang kotor, serta minum air
yang bermikroorganisma. Maka, sebelum nasi menjadi bubur, marilah sama-sama kita
mempraktikkan kebersihan diri dan lebih penting lagi kebersihan awam demi kesejahteraan
hidup pada hari muka!
Nilai-nilai murni.


       Nilai murni yang dapat diterapkan dalam pengajaran yang berkaitan tajuk ialah nilai
menyayangi dan menghargai alam sekitar. Apabila murid telah didedahkan dan diterapkan
dengan nilai ini, mereka akan menjadi lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar. Sekolah
dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar. Oleh itu, pihak sekolah juga
berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara langkah yang
boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan kem kesedaran untuk memupuk
semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan para pelajar. Melalui mata pelajaran seperti
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar
secara langsung dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas
tertentu kepada pelajar seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan
isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut di dalam kelas.
Secara tidak langsung, mereka dapat disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh
pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan
mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh
dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar boleh
mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotong-royong membersihkan kawasan
sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti alam sekitar secara intensif.
Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha pihak sekolah juga dapat
membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Elemen Merentas Kurikulum.


       Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas
kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam
Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.


     Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha
memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.


      Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara
efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan
oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


       Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan
sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah
laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada
hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada
etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar


            Pendidikan melalui atau dalam alam sekitar pula bertujuan untuk membolehkan
perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman
individu dan kemahiran menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara
menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah
sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal.


             Elemen yang saya terapkan dalam tajuk ini alah elemen keusahawanan. Penerapan
elemen keusahawanan secara eksplisit (dinyatakan dengan tepat dan jelas) merentas
kurikulum teras asas dan teras tema melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan standard kandungan dan standard pembelajaran kurikulum disiplin
tersebut.
Lima elemen utama yang diterapkan adalah pendedahan dan amalan sikap
keusahawanan, latihan pemikiran keusahawanan dalam situasi yang sesuai, formulasi konsep,
proses atau produk keusahawanan berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi atau
vokasional dan amalan nilai moral dan etika yang baik dalam keusahawanan.


          Secara ringkas huraian tentang lima elemen utama keusahawanan ini adalah:
1. Sikap keusahawanan
Seorang usahawan mempunyai sikap yang cemerlang yang menyebabkan mereka berjaya
dalam bidang yang diceburi. Sikap cemerlang ini penting kerana ia menjadi asas kekuatan
dalaman secara mental, emosi dan fizikal yang kukuh untuk mendorong usahawan
menghadapi dan menangani pelbagai cabaran sehingga berjaya. Sikap adalah satu
gambaran perasaan seseorang yang terangsang terhadap sesuatu objek yang akan
dizahirkan menerusi tingkahlaku yang diambil oleh seseorang individu seperti pemilihan
kerjaya dalam bidang keusahawanan. Sikap adalah penting untuk meramalkan
tingkahlaku yang dapat menentukan kejayaan usaha teroka usahawan kerana hampir
semua teroka memerlukan sikap tertentu seperti peka kepada peluang, ketabahan untuk
mengatasi pelbagai rintangan, cabaran, masalah dan kegagalan yang mungkin timbul di
peringkat permulaan atas halangan-halangan yang berkemungkinan timbul dikemudiannya
sikap keusahawanan yang perlu diterapkan ialah


i.   Bertanggungjawab terhadap keputusan
       Seorang usahawan bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan berkaitan
perniagaan yang diceburinya. Beliau lebih suka mengawal sendiri sumber-sumber
berkaitan perniagaan dan menggunakannya untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan terlebih dahulu. Kesanggupan mengambil tanggungjawab terhadap hasil
keputusan yang dibuat berkait rapat dengan lokus kawalan dalaman.


ii. Sangat peka kepada peluang
       Usahawan yang berjaya sentiasa memikirkan pencapaian matlamat. Bagi mereka,
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan perlu keupayaan peka, melihat dan
mengambil peluang yang terdapat di persekitaran. Peluang perniagaan boleh wujud
akibat masalah yang ditimbulkan oleh orang lain, perubahan teknologi, perubahan
cita rasa pengguna, perubahan cara hidup, perubahan sikap, sumber-sumber alam
yang masih belum diterokai dan sebagainya.
iii. Berani mengambil risiko yang dianggarkan
       Usahawan yang berjaya tidak mengambil risiko tanpa menganggarkannya terlebih
dahulu. Usahawan adalah pengurus risiko yang baik. Usahawan hidup dalam dunia
ketidaktentuan dengan kadar perubahan yang tinggi. Dalam dunia begini,
seseorang usahawan belajar mengurus risiko dan memastikan bahawa risiko yang
diambil adalah munasabah dan berpatutan dengan ganjaran yang diterima.


iv. Daya kreativiti dan inovatif
        Usahawan dengan minda yang kreatif dapat mencipta sesuatu yang baharu dan
menyelesaikan masalah dengan logikal. Kreativiti dijelaskan sebagai kebolehan
mengadakan idea alternatif dan memperkembangkan idea baru tersebut selain
boleh memberi pandangan lain terhadap sesuatu peluang, situasi dan masalah.
Inovatif pula adalah kebolehan memperbaiki dan mengaplikasikan idea kreatif
terhadap masalah dan peluang untuk memperkukuhkan dan memperkayakan
sesuatu.


v. Fleksibiliti
       Kebolehan menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitaran seperti permintaan
pelanggan dan perniagaan mereka adalah satu ciri usahawan yang berjaya.
Dalam dunia sekarang yang sentiasa berubah, kebolehan bertindak dengan cara
yang fleksibel memerlukan satu daya kreativiti yang tinggi.


vi. Keinginan kepada maklum balas segera
       Seseorang usahawan yang berjaya suka untuk mengetahui prestasi mereka.
Mereka memiliki keinginan yang kuat untuk menggunakan pengetahuan bagi
membaiki prestasi mereka. Sikap ini sangat berkait rapat dengan kehendak untuk
belajar dari kesilapan lalu. Oleh itu, seorang usahawan juga dikenali sebagai
pendengar yang prihatin dan pelajar yang pantas.


vii.    Berorientasikan masa depan
   Kajian telah menunjukkan usahawan yang mencipta perniagaan dan memastikan
pertumbuhannya pada kadar yang tinggi menzahirkan perasaan perihatin yang
tinggi terhadap masa depan perniagaan tersebut berbanding dengan usahawan
yang mempunyai perniagaan yang kadar pertumbuhannya rendah atau sederhana.
viii.   Kesanggupan belajar daripada kesilapan
         Seorang usahawan yang berjaya sanggup menerima kegagalan sebagai satu
keperluan untuk mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan satu pengajaran
supaya kesilapan yang sama tidak diulangi. Dengan sikap sedemikian, seseorang
usahawan akan dapat memperbaiki peluang untuk mencapai kejayaan.


ix.     Berkeupayaan memimpin
         Usahawan yang berjaya merupakan seseorang yang berpengalaman, memiliki
pengetahuan tentang teknologi dan keadaan pasaran di mana dia beroperasi.
Jarang sekali dapat dilihat sesuatu usaha teroka yang berjaya dikendalikan oleh
seseorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang diterokainya.
Usahawan yang berjaya mempunyai kemampuan untuk menggunakan
pengaruhnya sebagai pemimpin.


x. Berorientasikan pencapaian
         Usahawan yang berjaya sering mengetahui objektif dan tujuan yang mereka
hendak capai. Objektif-objektif yang ditetapkan merupakan satu dorongan yang
kuat yang akan menggerakkan usahawan ke arah pencapaian tersebut.


xi. Daya tahan yang kental
        Usahawan akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan sebaik sahaja
menubuhkan perniagaan. Dia perlu mempunyai daya kekuatan mental, fizikal dan
emosi yang tinggi untuk terus bertahan disamping terus menangani segala masalah
yang dihadapi dengan tabah sehingga berjaya.


xii. Bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi
         Usahawan juga menghadapi pelbagai kemungkinan situasi dalam perniagaan
mereka akibat dari perubahan yang tidak dijangka atau tidak mendapat maklumat
yang tepat. Usahawan perlu mempunyai kesabaran untuk bertolak ansur dengan
situasi yang tidak tentu tersebut dan tenang mencari penyelesaiannya.


xiii. Daya ketabahan yang tinggi (Pantang menyerah dan berputus asa)
        Usahawan melalui proses yang banyak dalam jangka waktu yang panjang untuk
membangunkan perniagaannya sehingga mencapai tahap yang selesa dan kuat.
Kekuatan semangatnya melalui setiap waktu dengan pelbagai aktiviti yang perlu
dilakukan, pelbagai cabaran dan ketidaktentuan persekitaran atau hasil menjamin
keberlangsungan usaha yang dilakukan.


xiv. Boleh membina jaringan sosial
       Usahawan perlu meluaskan jaringan sosial perniagaannya. Jaringan sosial
perniagaan diperlukan untuk memastikan perniagaannya dikenali ramai selain
mudah untuk menjalinkan hubungan kerjasama bagi mendapatkan maklumat dan
pesanan sumber-sumber yang berkaitan dengan kejayaan perniagaan.
Pedagogi pembentukan sikap keusahawanan melibatkan langkah-langkah seperti
mendedahkan murid kepada definisi sikap-sikap yang releven di dalam sesuatu tajuk
modul yang diajar. Contoh-contoh situasi diberikan agar dapat membantu murid
menggambarkan keperluan mempunyai sikap seperti yang dijelaskan. Guru juga perlu
memastikan murid dapat mengamalkan sikap tersebut sehingga menjadi satu amalan
harian sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka.
RUMUSAN



    PENGETAHUAN                                  KEMAHIRAN SPESIFIK
         KHUSUS
  Murid telah didedahkan                         Setiap ajaran guru akan
   mengenai kepentingan                          melekat dalam sukma pelajar
   menjaga alam sekitar.                         dan akan diaplikasikan dalam
    Akibat yang bakal                            kehidupan mereka.
   ditanggung jika tidak                         Sehubungan dengan itu, guru
menjaga alam sekitar ialah                       perlu menitikberatkan aspek
  berlakunya pencemaran                          kebersihan di dalam kelas dan
 alam sekitar. Pencemaran                        di kawasan sekolah di samping
alam sekitar telah memberi                       menekankan kepentingan
kesan yang buruk terhadap                        penjagaan kebersihan alam
hidupan di dunia pada masa                       sekitar dengan melarang murid
            kini                                 daripada membuang sampah
                                                 di merata-rata tempat. Konsep
                                                 bersih ini diperluas bukan
                                                 sahaja di dalam kelas tetapi
                                                 kepada kehidupan yang lebih
                                                 menyeluruh.


                                   KEMPEN
                                 ALAM BERSIH
                                    HIDUP
                                   SELESA

NILAI-NILAI MURNI                              ELEMEN-ELEMEN
                                               MERENTAS KURIKULUM
Nilai murni yang dapat
diterapkan dalam pengajaran                    Elemen Merentas Kurikulum
yang berkaitan tajuk ialah                     ialah unsur nilai tambah yang
nilai menyayangi dan                           diterapkan dalam proses
menghargai alam sekitar.                       pengajaran dan pembelajaran
Apabila murid telah                            selain yang ditetapkan dalam
didedahkan dan diterapkan                      standard kandungan. Elemen-
dengan nilai ini, mereka akan                  elemen ini diterapkan
menjadi lebih peka dan                         bertujuan mengukuhkan
prihatin terhadap alam sekitar                 kemahiran dan keterampilan
                                               modal insan yang dihasratkan
                                               serta dapat menangani cabaran
                                               semasa dan masa hadapan.
                                               Elemen merentas kurikulum
                                               yang sedia ada adalah
                                               seperti Bahasa, Sains dan
                                               Teknologi, Pendidikan Alam
                                               Sekitar, Nilai
                                               Murni dan Patriotisme.
RUJUKAN


www.tutor.com.my

ceritatentangalam.blogspot.com

blogbmspm.blogspot.com

drilias-zaidi.blogspot.com

alamsekitarbmp.blogspot.com

www.bumigemilang.com

thestudents.forumotion.com

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)
Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)
Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)Awang Ramadhani
 
Makalah lingkungan hidup
Makalah lingkungan hidupMakalah lingkungan hidup
Makalah lingkungan hidupARISKA COMPNET
 
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusia
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusiaMakalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusia
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusiaSevent Saja
 
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4huda_ahmad
 
Alam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamaAlam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamadixonong88
 
Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)
Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)
Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)ARISKA COMPNET
 
Pendidikan Alam Sekitar
Pendidikan Alam SekitarPendidikan Alam Sekitar
Pendidikan Alam SekitarFatimah Yusof
 
Peranan Manusia Pada Keseimbangan Ekosistem
Peranan Manusia Pada Keseimbangan EkosistemPeranan Manusia Pada Keseimbangan Ekosistem
Peranan Manusia Pada Keseimbangan EkosistemAliya Mahda
 
Peranan manusia terhadap lingkungan hidup
Peranan manusia terhadap lingkungan hidupPeranan manusia terhadap lingkungan hidup
Peranan manusia terhadap lingkungan hidupYoga Firmansyah
 
PENGELOLAAN LINGKUNGAN
PENGELOLAAN LINGKUNGANPENGELOLAAN LINGKUNGAN
PENGELOLAAN LINGKUNGANAlviani Putri
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganrayyanqisya
 
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udara
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udaraKarya Tulis Ilmiah : Polusi udara
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udaraJuniarta Sitorus
 

Was ist angesagt? (20)

Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)
Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)
Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)
 
Makalah lingkungan hidup
Makalah lingkungan hidupMakalah lingkungan hidup
Makalah lingkungan hidup
 
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusia
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusiaMakalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusia
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusia
 
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
 
Alam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamaAlam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersama
 
Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)
Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)
Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)
 
assignment-alam-sekitar
assignment-alam-sekitarassignment-alam-sekitar
assignment-alam-sekitar
 
Pendidikan Alam Sekitar
Pendidikan Alam SekitarPendidikan Alam Sekitar
Pendidikan Alam Sekitar
 
Peranan Manusia Pada Keseimbangan Ekosistem
Peranan Manusia Pada Keseimbangan EkosistemPeranan Manusia Pada Keseimbangan Ekosistem
Peranan Manusia Pada Keseimbangan Ekosistem
 
Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 
Cinta lingkungan
Cinta lingkunganCinta lingkungan
Cinta lingkungan
 
Peranan manusia terhadap lingkungan hidup
Peranan manusia terhadap lingkungan hidupPeranan manusia terhadap lingkungan hidup
Peranan manusia terhadap lingkungan hidup
 
Buku plh 8 genap
Buku plh 8 genapBuku plh 8 genap
Buku plh 8 genap
 
PENGELOLAAN LINGKUNGAN
PENGELOLAAN LINGKUNGANPENGELOLAAN LINGKUNGAN
PENGELOLAAN LINGKUNGAN
 
Karya ilmiah dampak pencemaran lingkungan
Karya ilmiah dampak pencemaran lingkunganKarya ilmiah dampak pencemaran lingkungan
Karya ilmiah dampak pencemaran lingkungan
 
Makalah hukum lingkungan
Makalah hukum lingkunganMakalah hukum lingkungan
Makalah hukum lingkungan
 
Makalah masalah lingkungan hidup
Makalah masalah lingkungan hidupMakalah masalah lingkungan hidup
Makalah masalah lingkungan hidup
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udara
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udaraKarya Tulis Ilmiah : Polusi udara
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udara
 
Buku plh 9 genap
Buku plh 9 genapBuku plh 9 genap
Buku plh 9 genap
 

Andere mochten auch

Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianRicky Ong
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Akhirnya kutemukan kebenaran
Akhirnya kutemukan kebenaran Akhirnya kutemukan kebenaran
Akhirnya kutemukan kebenaran hb_sophis
 
2.tatacara kerja nora
2.tatacara kerja nora2.tatacara kerja nora
2.tatacara kerja norapenawar
 
0210 monitor work and tideness
0210   monitor work and tideness0210   monitor work and tideness
0210 monitor work and tidenessHafiz Latfi
 
Esei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamisEsei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamisAbe Mat
 
Cara menjaga alam sekitar
Cara menjaga alam sekitarCara menjaga alam sekitar
Cara menjaga alam sekitarzuara72
 
PETA MINDA SAINS TAHUN 4,5 DAN 6
PETA MINDA SAINS TAHUN 4,5 DAN 6PETA MINDA SAINS TAHUN 4,5 DAN 6
PETA MINDA SAINS TAHUN 4,5 DAN 6ladangpisang
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)nasywah79
 
ADAB 2 SEM 3 MENJAGA ALAM SEKITAR
ADAB 2 SEM 3 MENJAGA ALAM SEKITARADAB 2 SEM 3 MENJAGA ALAM SEKITAR
ADAB 2 SEM 3 MENJAGA ALAM SEKITARanuar2u
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 

Andere mochten auch (15)

Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harian
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Akhirnya kutemukan kebenaran
Akhirnya kutemukan kebenaran Akhirnya kutemukan kebenaran
Akhirnya kutemukan kebenaran
 
2.tatacara kerja nora
2.tatacara kerja nora2.tatacara kerja nora
2.tatacara kerja nora
 
0210 monitor work and tideness
0210   monitor work and tideness0210   monitor work and tideness
0210 monitor work and tideness
 
Esei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamisEsei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamis
 
Tugasan moral (sabrina)
Tugasan moral (sabrina)Tugasan moral (sabrina)
Tugasan moral (sabrina)
 
Cara menjaga alam sekitar
Cara menjaga alam sekitarCara menjaga alam sekitar
Cara menjaga alam sekitar
 
PETA MINDA SAINS TAHUN 4,5 DAN 6
PETA MINDA SAINS TAHUN 4,5 DAN 6PETA MINDA SAINS TAHUN 4,5 DAN 6
PETA MINDA SAINS TAHUN 4,5 DAN 6
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Pendidikan moral
Pendidikan moralPendidikan moral
Pendidikan moral
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
 
ADAB 2 SEM 3 MENJAGA ALAM SEKITAR
ADAB 2 SEM 3 MENJAGA ALAM SEKITARADAB 2 SEM 3 MENJAGA ALAM SEKITAR
ADAB 2 SEM 3 MENJAGA ALAM SEKITAR
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Pergaulan bebas
Pergaulan bebasPergaulan bebas
Pergaulan bebas
 

Ähnlich wie Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02

E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)kumpulan7
 
Contoh pkm gt_2015
Contoh pkm gt_2015Contoh pkm gt_2015
Contoh pkm gt_2015Hana Biansa
 
Makalah ekologi lingkungan
Makalah ekologi lingkunganMakalah ekologi lingkungan
Makalah ekologi lingkunganRicky Ramadhan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganFebry Ramdani
 
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologismutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologisgilbertsg
 
PTT Permasalahan Kesehatan Lingkungan di Masyarakat.pptx
PTT Permasalahan Kesehatan Lingkungan di Masyarakat.pptxPTT Permasalahan Kesehatan Lingkungan di Masyarakat.pptx
PTT Permasalahan Kesehatan Lingkungan di Masyarakat.pptxAldieMunandar
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkahjayadarshu
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganFebry Ramdani
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganDiki Alnastain
 
MODUL PERUBAHAN LINGKUNGAN REVINA SRI UTAMI.pdf
MODUL PERUBAHAN LINGKUNGAN REVINA SRI UTAMI.pdfMODUL PERUBAHAN LINGKUNGAN REVINA SRI UTAMI.pdf
MODUL PERUBAHAN LINGKUNGAN REVINA SRI UTAMI.pdfREVINA SRI UTAMI,S.Pd
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green schoolhasan46
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green schoolTahrir Masror
 
Save nature for a bright future
Save nature for a bright futureSave nature for a bright future
Save nature for a bright futureh868
 
Tugas ke 3 pengetahuan lingkungan pencemaran t
Tugas ke 3 pengetahuan lingkungan pencemaran tTugas ke 3 pengetahuan lingkungan pencemaran t
Tugas ke 3 pengetahuan lingkungan pencemaran tFebria Rahma Dewi
 
dokumen.tips_interaksi-makhluk-hidup-dengan-lingkungannya.ppt
dokumen.tips_interaksi-makhluk-hidup-dengan-lingkungannya.pptdokumen.tips_interaksi-makhluk-hidup-dengan-lingkungannya.ppt
dokumen.tips_interaksi-makhluk-hidup-dengan-lingkungannya.pptAkmalHasbi1
 

Ähnlich wie Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02 (20)

E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
 
Contoh pkm gt_2015
Contoh pkm gt_2015Contoh pkm gt_2015
Contoh pkm gt_2015
 
Makalah ekologi lingkungan
Makalah ekologi lingkunganMakalah ekologi lingkungan
Makalah ekologi lingkungan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologismutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
 
PTT Permasalahan Kesehatan Lingkungan di Masyarakat.pptx
PTT Permasalahan Kesehatan Lingkungan di Masyarakat.pptxPTT Permasalahan Kesehatan Lingkungan di Masyarakat.pptx
PTT Permasalahan Kesehatan Lingkungan di Masyarakat.pptx
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkah
 
Oumh1603
Oumh1603Oumh1603
Oumh1603
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Buku scrap sejarah
Buku scrap sejarahBuku scrap sejarah
Buku scrap sejarah
 
Pencemaran tanah
Pencemaran tanahPencemaran tanah
Pencemaran tanah
 
Pemanasan Global rpp
Pemanasan Global rppPemanasan Global rpp
Pemanasan Global rpp
 
MODUL PERUBAHAN LINGKUNGAN REVINA SRI UTAMI.pdf
MODUL PERUBAHAN LINGKUNGAN REVINA SRI UTAMI.pdfMODUL PERUBAHAN LINGKUNGAN REVINA SRI UTAMI.pdf
MODUL PERUBAHAN LINGKUNGAN REVINA SRI UTAMI.pdf
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green school
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green school
 
Save nature for a bright future
Save nature for a bright futureSave nature for a bright future
Save nature for a bright future
 
Tugas ke 3 pengetahuan lingkungan pencemaran t
Tugas ke 3 pengetahuan lingkungan pencemaran tTugas ke 3 pengetahuan lingkungan pencemaran t
Tugas ke 3 pengetahuan lingkungan pencemaran t
 
Phototalk 2
Phototalk 2Phototalk 2
Phototalk 2
 
dokumen.tips_interaksi-makhluk-hidup-dengan-lingkungannya.ppt
dokumen.tips_interaksi-makhluk-hidup-dengan-lingkungannya.pptdokumen.tips_interaksi-makhluk-hidup-dengan-lingkungannya.ppt
dokumen.tips_interaksi-makhluk-hidup-dengan-lingkungannya.ppt
 

Esei ilmiah kpf3012 mohd tajuddin ahmad d20112054651 el st02

  • 1. PEMARKAHAN RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK ESEI ILMIAH PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEBANGSAAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN OPSYEN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK MOHD TAJUDDIN BIN AHMAD D20112054651 PUSAT PEMBELAJARAN: EL- ST02 (A121PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING:PROFESOR MADYA DR. HAMIDAH BINTI YUSOF TARIKH SERAH: 18 NOVEMBER 2012
  • 2. MATAPELAJARAN : BAHASA MELAYU TAHUN : 5 TEMA : ALAM SEKITAR TAJUK : KEMPEN ALAM BERSIH HIDUP SELESA Pengetahuan khusus. Murid telah didedahkan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Akibat yang bakal ditanggung jika tidak menjaga alam sekitar ialah berlakunya pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk. Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu. Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan – haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda- kuda,singa dan sebagainya.
  • 3. Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.
  • 4. Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta- merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya pencemaran ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.
  • 5. Kemahiran Spesifik Seiring dengan pembangunan pesat yang dijalankan di negara ini sejak satu dasawarsa dahulu, negara kita telah menghadapi pelbagai masalah dan halangan dalam usaha menuju ke Wawasan 2020 yang diidam-idamkan. Selama ini, masalah kebersihan awam dan alam sekitar telah berakar umbi di negara ini serta menjadi semakin kronik belakangan ini bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyirulagi. Masalah sosial tersebut tidak seharusnya dipandang enteng memandangkan isu tersebut berkait rapat dengan kesihatan rakyat negara ini. Sebab-sebab berlakunya pengabaian kebersihan awam dan alam sekitar hendaklah dikenal pasti supaya langkah-langkah pencegahan dapat diambil demi kesejahteraan hidup sejagat. Sayugia diingatkan bahawa masalah kebersihan awam dan alam sekitar dapat mendatangkan kesan buruk yang tidak diingini terhadap kesihatan rakyat. Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang proaktif dan efektif harus diberikan penekanan dalam usaha mengatasi masalah tersebut. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan kebersihan awam dan alam sekitar terjamin. Ibu bapa haruslah menitikberatkan didikan agama yang mantap dalam diri kanak-kanak sejak bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua agama menekankan aspek kebersihan dan menegah penganutnya daripada melakukan kekotoran yang akan menjejaskan kemaslahatan awam. Dengan adanya didikan agama yang teguh, insan yang mementingkan kebersihan di tempat awam atau kebersihan alam sekitar dapat dilahirkan. Selain itu, ibu bapa harus menunjukkan perlakuan yang baik dalam aspek kebersihan tanpa mengira di mana jua berada kerana tingkah laku mereka akan menjadi teladan dan ikutan anak-anak mereka kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa tidak seharusnya bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya berjalan senget. Misalannya, ibu bapa haruslah membuang sampah ke dalam tong sampah dan menggunakan tandas awam dengan baik. Dengan ini, anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang akan mencontohi perbuatan ibu bapa mereka dan akan dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan mereka kerana alah bisa tegal biasa. Jadi, didikan ibu bapa amat penting dalam memastikan kebersihan tempat awam dan alam sekitar terpelihara.
  • 6. Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai kebersihan dalam sanubari para pelajar. Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama yang menekankan pembentukan insan yang berkeperibadian mulia dan murni telah diterapkan dalam sistem pendidikan negara kita. Guru perlu mengajar murid tentang kepentingan mengamalkan nilai kebersihan dalam hidup terutamanya yang melibatkan kemaslahatan umum seperti tandas awam dan kawasan rekreasi. Guru tidak seharusnya leka dalam menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap ajaran guru akan melekat dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu menitikberatkan aspek kebersihan di dalam kelas dan di kawasan sekolah di samping menekankan kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar dengan melarang murid daripada membuang sampah di merata-rata tempat. Konsep bersih ini diperluas bukan sahaja di dalam kelas tetapi kepada kehidupan yang lebih menyeluruh. Pihak sekolah dan guru boleh membina taman mini dan landskap supaya keadaan sekolah lebih cantik dan hijau. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya obejektif yang dirancang tidak tersasar. Langkah yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat mendidik generasi muda kita tentang kemaslahatan amalan kebersihan. Peranan media massa juga tidak dapat diketepikan memandangkan media massa seperti radio, televisyen dan suratkhabar mendatangkan pengaruh yang mendalam dalam kehidupan sehari-hari. Rancangan dan program yang dapat menyemaikan sikap rakyat menjaga kebersihan awam harus disiarkan melalui saluran media bercetak dan media elektronik dari semasa ke semasa untuk menyedarkan rakyat tentang peri pentingnya kebersihan terhadap kesihatan masyarakat. Kempen-kempen kebersihan awam seperti Cintailah Sungai Kita dan slogan Negara Bersih Sihat patut digiatkan dan diharapkan dapat membangkitkan kesedaran sivik masyarakat negara ini untuk memelihara kebersihan awam. Kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak media massa perlulah berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan tempat awam. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar dan tempat awam senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat mencapai matlamatnyai apabila semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar.
  • 7. Dalam pada itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan isu kebersihan seperti Akta Alam Sekitar 1971 dan Akta kilang 1974 bagi mengatasi masalah kebersihan awam. Hukuman yang lebih berat harus dijatuhi ke atas mereka yang bersikap bena tak bena terhadap kebersihan awam. Denda wang ringgit nampaknya masih kurang berkesan untuk menyedarkan rakyat negara ini berubah sikap. Sekiranya perbuatan mencemarkan alam sekitar dan tempat awam masih diulangi, denda yang berlipat ganda harus dikenakan dan disertai dengan hukuman yang lebih tegas. Misalannya, negara Singapura telah mengusulkan banyak cadangan yang membina dalam usaha membasmi masalah kebersihan awam. Antaranya ialah rakyat negara itu yang ditangkap membuang sampah sarap atau puntung rokok ke atas lantai di tempat awam akan dikenakan denda yang tinggi di tempat kejadian itu juga oleh pegawai polis yang bertugas. Bagi menjaga maruah diri supaya tidak ditegur atau dikritik ole orang ramai, mereka yang bersalah sudah tidak berani untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu di tempat awam. Maka, tidak mustahillah negara Singapura digelar Taman Bandar Raya yang terkenal dengan kebersihannya. Oleh itu, kita harus mencontohi ketegasan undang-undang negara Singapura kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sesungguhnya ketegasan undang-undang mampu melahirkan individu yang menitikberatkan aspek kebersihan dalam kehidupan Secara tuntasnya, kebersihan awam dapat dijaga dan dipelihara melalui komitmen daripada pelbagai pihak. Sikap individualistik dan ketiadaan kesedaran sivik terhadap kebersihan awam perlu dikikis. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Doktor Mahathir bin Mohamad pernah meluahkan perasaan kecewa beliau terhadap sikap rakyat negara ini yang memandang remeh terhadap kebersihan awam setelah melihat keadaan di sekeliling Bukit Bintang yang menjijikkan, ditimbuni sampah sarap yang dihinggapi lalat. Beliau telah menyarankan rakyat Malaysia supaya mengamalkan sikap mementingkan kebersihan awam dalam kehidupan sehari-hari. Kebersihan tempat awam sememangnya merupakan aspek yang amat penting untuk menjamin keharmonian sejagat. Kita tentu tidak ingin generasi yang akan datang hidup dalam keadaan yang dicemari, menyedut udara yang kotor, serta minum air yang bermikroorganisma. Maka, sebelum nasi menjadi bubur, marilah sama-sama kita mempraktikkan kebersihan diri dan lebih penting lagi kebersihan awam demi kesejahteraan hidup pada hari muka!
  • 8. Nilai-nilai murni. Nilai murni yang dapat diterapkan dalam pengajaran yang berkaitan tajuk ialah nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Apabila murid telah didedahkan dan diterapkan dengan nilai ini, mereka akan menjadi lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar. Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar. Oleh itu, pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan kem kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan para pelajar. Melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar secara langsung dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas tertentu kepada pelajar seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut di dalam kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan aktiviti alam sekitar secara intensif. Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha pihak sekolah juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
  • 9. Elemen Merentas Kurikulum. Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen- elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar Pendidikan melalui atau dalam alam sekitar pula bertujuan untuk membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal. Elemen yang saya terapkan dalam tajuk ini alah elemen keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan secara eksplisit (dinyatakan dengan tepat dan jelas) merentas kurikulum teras asas dan teras tema melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan standard kandungan dan standard pembelajaran kurikulum disiplin tersebut.
  • 10. Lima elemen utama yang diterapkan adalah pendedahan dan amalan sikap keusahawanan, latihan pemikiran keusahawanan dalam situasi yang sesuai, formulasi konsep, proses atau produk keusahawanan berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi atau vokasional dan amalan nilai moral dan etika yang baik dalam keusahawanan. Secara ringkas huraian tentang lima elemen utama keusahawanan ini adalah: 1. Sikap keusahawanan Seorang usahawan mempunyai sikap yang cemerlang yang menyebabkan mereka berjaya dalam bidang yang diceburi. Sikap cemerlang ini penting kerana ia menjadi asas kekuatan dalaman secara mental, emosi dan fizikal yang kukuh untuk mendorong usahawan menghadapi dan menangani pelbagai cabaran sehingga berjaya. Sikap adalah satu gambaran perasaan seseorang yang terangsang terhadap sesuatu objek yang akan dizahirkan menerusi tingkahlaku yang diambil oleh seseorang individu seperti pemilihan kerjaya dalam bidang keusahawanan. Sikap adalah penting untuk meramalkan tingkahlaku yang dapat menentukan kejayaan usaha teroka usahawan kerana hampir semua teroka memerlukan sikap tertentu seperti peka kepada peluang, ketabahan untuk mengatasi pelbagai rintangan, cabaran, masalah dan kegagalan yang mungkin timbul di peringkat permulaan atas halangan-halangan yang berkemungkinan timbul dikemudiannya sikap keusahawanan yang perlu diterapkan ialah i. Bertanggungjawab terhadap keputusan Seorang usahawan bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan berkaitan perniagaan yang diceburinya. Beliau lebih suka mengawal sendiri sumber-sumber berkaitan perniagaan dan menggunakannya untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kesanggupan mengambil tanggungjawab terhadap hasil keputusan yang dibuat berkait rapat dengan lokus kawalan dalaman. ii. Sangat peka kepada peluang Usahawan yang berjaya sentiasa memikirkan pencapaian matlamat. Bagi mereka, untuk mencapai matlamat yang ditetapkan perlu keupayaan peka, melihat dan mengambil peluang yang terdapat di persekitaran. Peluang perniagaan boleh wujud akibat masalah yang ditimbulkan oleh orang lain, perubahan teknologi, perubahan cita rasa pengguna, perubahan cara hidup, perubahan sikap, sumber-sumber alam yang masih belum diterokai dan sebagainya.
  • 11. iii. Berani mengambil risiko yang dianggarkan Usahawan yang berjaya tidak mengambil risiko tanpa menganggarkannya terlebih dahulu. Usahawan adalah pengurus risiko yang baik. Usahawan hidup dalam dunia ketidaktentuan dengan kadar perubahan yang tinggi. Dalam dunia begini, seseorang usahawan belajar mengurus risiko dan memastikan bahawa risiko yang diambil adalah munasabah dan berpatutan dengan ganjaran yang diterima. iv. Daya kreativiti dan inovatif Usahawan dengan minda yang kreatif dapat mencipta sesuatu yang baharu dan menyelesaikan masalah dengan logikal. Kreativiti dijelaskan sebagai kebolehan mengadakan idea alternatif dan memperkembangkan idea baru tersebut selain boleh memberi pandangan lain terhadap sesuatu peluang, situasi dan masalah. Inovatif pula adalah kebolehan memperbaiki dan mengaplikasikan idea kreatif terhadap masalah dan peluang untuk memperkukuhkan dan memperkayakan sesuatu. v. Fleksibiliti Kebolehan menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitaran seperti permintaan pelanggan dan perniagaan mereka adalah satu ciri usahawan yang berjaya. Dalam dunia sekarang yang sentiasa berubah, kebolehan bertindak dengan cara yang fleksibel memerlukan satu daya kreativiti yang tinggi. vi. Keinginan kepada maklum balas segera Seseorang usahawan yang berjaya suka untuk mengetahui prestasi mereka. Mereka memiliki keinginan yang kuat untuk menggunakan pengetahuan bagi membaiki prestasi mereka. Sikap ini sangat berkait rapat dengan kehendak untuk belajar dari kesilapan lalu. Oleh itu, seorang usahawan juga dikenali sebagai pendengar yang prihatin dan pelajar yang pantas. vii. Berorientasikan masa depan Kajian telah menunjukkan usahawan yang mencipta perniagaan dan memastikan pertumbuhannya pada kadar yang tinggi menzahirkan perasaan perihatin yang tinggi terhadap masa depan perniagaan tersebut berbanding dengan usahawan yang mempunyai perniagaan yang kadar pertumbuhannya rendah atau sederhana.
  • 12. viii. Kesanggupan belajar daripada kesilapan Seorang usahawan yang berjaya sanggup menerima kegagalan sebagai satu keperluan untuk mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan satu pengajaran supaya kesilapan yang sama tidak diulangi. Dengan sikap sedemikian, seseorang usahawan akan dapat memperbaiki peluang untuk mencapai kejayaan. ix. Berkeupayaan memimpin Usahawan yang berjaya merupakan seseorang yang berpengalaman, memiliki pengetahuan tentang teknologi dan keadaan pasaran di mana dia beroperasi. Jarang sekali dapat dilihat sesuatu usaha teroka yang berjaya dikendalikan oleh seseorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang diterokainya. Usahawan yang berjaya mempunyai kemampuan untuk menggunakan pengaruhnya sebagai pemimpin. x. Berorientasikan pencapaian Usahawan yang berjaya sering mengetahui objektif dan tujuan yang mereka hendak capai. Objektif-objektif yang ditetapkan merupakan satu dorongan yang kuat yang akan menggerakkan usahawan ke arah pencapaian tersebut. xi. Daya tahan yang kental Usahawan akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan sebaik sahaja menubuhkan perniagaan. Dia perlu mempunyai daya kekuatan mental, fizikal dan emosi yang tinggi untuk terus bertahan disamping terus menangani segala masalah yang dihadapi dengan tabah sehingga berjaya. xii. Bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi Usahawan juga menghadapi pelbagai kemungkinan situasi dalam perniagaan mereka akibat dari perubahan yang tidak dijangka atau tidak mendapat maklumat yang tepat. Usahawan perlu mempunyai kesabaran untuk bertolak ansur dengan situasi yang tidak tentu tersebut dan tenang mencari penyelesaiannya. xiii. Daya ketabahan yang tinggi (Pantang menyerah dan berputus asa) Usahawan melalui proses yang banyak dalam jangka waktu yang panjang untuk membangunkan perniagaannya sehingga mencapai tahap yang selesa dan kuat.
  • 13. Kekuatan semangatnya melalui setiap waktu dengan pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan, pelbagai cabaran dan ketidaktentuan persekitaran atau hasil menjamin keberlangsungan usaha yang dilakukan. xiv. Boleh membina jaringan sosial Usahawan perlu meluaskan jaringan sosial perniagaannya. Jaringan sosial perniagaan diperlukan untuk memastikan perniagaannya dikenali ramai selain mudah untuk menjalinkan hubungan kerjasama bagi mendapatkan maklumat dan pesanan sumber-sumber yang berkaitan dengan kejayaan perniagaan. Pedagogi pembentukan sikap keusahawanan melibatkan langkah-langkah seperti mendedahkan murid kepada definisi sikap-sikap yang releven di dalam sesuatu tajuk modul yang diajar. Contoh-contoh situasi diberikan agar dapat membantu murid menggambarkan keperluan mempunyai sikap seperti yang dijelaskan. Guru juga perlu memastikan murid dapat mengamalkan sikap tersebut sehingga menjadi satu amalan harian sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka.
  • 14. RUMUSAN PENGETAHUAN KEMAHIRAN SPESIFIK KHUSUS Murid telah didedahkan Setiap ajaran guru akan mengenai kepentingan melekat dalam sukma pelajar menjaga alam sekitar. dan akan diaplikasikan dalam Akibat yang bakal kehidupan mereka. ditanggung jika tidak Sehubungan dengan itu, guru menjaga alam sekitar ialah perlu menitikberatkan aspek berlakunya pencemaran kebersihan di dalam kelas dan alam sekitar. Pencemaran di kawasan sekolah di samping alam sekitar telah memberi menekankan kepentingan kesan yang buruk terhadap penjagaan kebersihan alam hidupan di dunia pada masa sekitar dengan melarang murid kini daripada membuang sampah di merata-rata tempat. Konsep bersih ini diperluas bukan sahaja di dalam kelas tetapi kepada kehidupan yang lebih menyeluruh. KEMPEN ALAM BERSIH HIDUP SELESA NILAI-NILAI MURNI ELEMEN-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Nilai murni yang dapat diterapkan dalam pengajaran Elemen Merentas Kurikulum yang berkaitan tajuk ialah ialah unsur nilai tambah yang nilai menyayangi dan diterapkan dalam proses menghargai alam sekitar. pengajaran dan pembelajaran Apabila murid telah selain yang ditetapkan dalam didedahkan dan diterapkan standard kandungan. Elemen- dengan nilai ini, mereka akan elemen ini diterapkan menjadi lebih peka dan bertujuan mengukuhkan prihatin terhadap alam sekitar kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.