Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
1. Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Jawapan :
Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan
pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam
perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi,
perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang
kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap
golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa
halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang
stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang
pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi Negara. Seterusnya,
menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai
ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era
kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya
menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan
sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum
Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang
ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang
Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Akhir sekali, dengan
adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini
kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi Negara.
Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun
dengan pesat seperti ini.
Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat
penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara dalam
hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk.
Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam
Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan
masyarakat di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari
aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. Selain itu, dengan
adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara
kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan
harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri.
Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing
dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat
menerima kehadiran etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan
sekiranya mereka dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana
masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada
perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan
2. perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza
dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah
mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya
masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara
kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.
Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan
untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk
mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang
telah berlaku di Negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat
Negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan
etnik di Negara kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan
kaum berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan
sanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam
diri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan
keselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat
mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah
dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan
darah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan
mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.
ISL KE -3
TARIKH: 17 JANUARI 2011
ISL 3: HASILKAN CARTA GARIS MASA TENTANG PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI
ALAM MELAYU
Pengenalan
ž Pluralisme: ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam
masyarakat
ž Pluraliti: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi –
masyarakat Melaka
ž Pluralistik: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang
dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era penjajah British
Garis Masa
3. Zaman Sebelum Singapura
(Sebelum 1399 / 1400M
ž Sang Nila Utama ke Temasik lalu membuka Singapura
Zaman Singapura dan Pasai/Samudera
(Sebelum 1399/1400M)
ž Sang Nila Utama (bergelar Sri Tri Buana), Raja Singapura yang pertama
ž Manusia berpindah untuk memenuhi keperluan hidup dan pelbagai tujuan lain
ž Masyarakat yang menetap di Kepulauan Melayu berpindah dari satu pulau ke satu pulau lain atau ke
tanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dsb seterusnya menjalin hubungan
etnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagang
Zaman Melaka
(1399/1400M – 1511M)
ž Melaka muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan
oleh Srivijaya dan Majapahit
ž Mempunyai sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan penting sebagai
pusat penyebaran agama Islam yang penting
Zaman Melaka
(1399/1400M – 1511M)
ž Negeri Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang
termasyhur di rantau Alam Melayu
ž Institusi istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran Islam
ž Penyebaran agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan wilayah
ž Para pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan Islam
ž Hubungan etnik telah diwujudkan dengan masyarakat China, India, Arab dan Eropah melalui aktiviti
perdagangan
Zaman Melaka
(1399/1400M – 1511M)
ž Perhubungan rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga mewujudkan proses
asimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat
4. ž Proses asimilasi (perdagangan dan perkahwinan) serta penyerapan budaya masyarakat tempatan
sangat penting untuk membentuk satu kelompok baharu yang mempunyai kebudayaan dan identiti yang
sama.
Zaman Johor
(1511M – 1612M)
ž Peranan kerajaan Johor dimulakan selepas kejatuhan Melaka
ž Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada pemerintahan kerajaan
Melaka
Kesan Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
ž Bahasa, kesusasteraan dan kesenian
ž Pendidikan
ž Budaya
REFLEKSI :
Melalui latihan minggu yang ke-3 ini, saya dapat mengetahui mengenai garis masa masyarakat pluralistik
di Negara kita iaitu Malaysia. Daripada latihan ini juga saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam
lagi mengenai sejarah masyarakat di Negara ini dengan lebih mendalam lagi.
Selain itu, latihan ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman saya tentang masyarakat pluralistik
dan masyarakat pluraliti kerana kedua-dua perkataan ini memberi makna dan juga maksud yang
berbeza. Dengan ini, saya dapat memahami setiap maksud daripada istilah-istilah yang digunakan ini.
ISL KE- 4
TARIKH: 24 JANUARI 2011
ISL 4: ANALISIS FAKTOR – FAKTOR SEJARAH YANG TELAH MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN
PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970.
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secarasengaja
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.
Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayahtempat
tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang
5. berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi
mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isuperpaduan
adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi
”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh
dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan
keadilan”
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal
dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan
dankepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada
negara’. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat berbudi
dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri
sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.
HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia.
Di antaranya ialah;
- Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan.
Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza.
Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang
terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai
kaum.
- Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan
kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja
menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi
terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
- Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut bahawa tiada
satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak
mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga
tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar
yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan
dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian
dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan
satu negara.
6. - Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan
mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang
dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta
mengakibatkan perpaduan negara terancam.
- Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi
berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan
menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan
kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga
memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga
memburukkan lagi masalah perpaduan.
- Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara
orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina,
sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis.
Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara
masyarakat Melayu dan Cina.
ISL KE-5
TARIKH: 7 FEBRUARI 2011
ISL 5:
1. ANALISIS PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA
2. HURAIKAN HUBUNG KAIT PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.
KONSEP MODENISASI
¢ Proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
¢ Perubahan dapat berlangsung scara berencana atau secara tidak berencana.
¢ Perubahan berencana ialah suatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran
pencapaian sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.
MODENISASI EROPAH
¢ Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua
revolusi besar, iaitu:
a) Revolusi Perancis (mengubah sistem politik feudal Eropah Barat)
b) Revolusi Perindustrian (mengubah sistem ekonomi Eropah Barat)
7. ¢ Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:
a) Sudut falsafah – pemahaman tentang kemajuan atau evolusi.
Sudut praktikal – kemajuan sains dan teknologi
SUDUT FALSAFAH
TEORI EVOLUSI
¢ Terdapat semacam ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaan
manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.
¢ Masyarakat dikenali diberi tempat dalam suatu skala tahap perkembangan, tidak bertamadun
sehingga kepada yang moden.
SUDUT PRAKTIKAL
¢ Kemajuan sains dan teknologi yang mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam
sekitar.
¢ Masyarakat di Eropah Barat mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul
kekayaan.
¢ Penggantian teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang menggunakan tenaga haiwan kepada
cara-cara moden yang menggunakan jentera.
Pemodenan
¢ Proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan
penilaian.
Pembaratan
¢ Proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara
berencana.
¢ Negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara.
¢ Aspek ekonomi dan aspek politik ditirui oleh negara-negara yang menjalankan proses kemerdekaan.
¢ Dalam aspek politik, model negara bangsa dan demokrasi politik dipilih.
¢ Dalam aspek ekonomi, sistem ekonomi yang berasakan kapitalisme, industri dan teknologi dipilih.
MODENISASI DI MALAYSIA
¢ Malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat.
8. ¢ Bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat
perindustrian, Malaysia telah menumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan
pertanian dan industri gantian-import.
¢ Pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri
gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.
¢ Selain itu, pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi diberi perhatian oleh Malaysia.
¢ Malaysia berusaha membinan satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur supaya politik
dijaga.
Perkembangan modenisasi dari segi pembangunan ekonomi di luar negara dan Malaysia.
PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA
Matlamat
Mewujudkan masyarakat perindustrian.
Proses modenisasi diasaskan sejak pemerintahan kolonial Bristish.
Peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada:
1. Peningkatan infrastruktur ekonomi.
2. Pembangunan pertanian & industri
gantian- import.
Akhir 1960-1970
Pembangunan teknologi
1980-1990
Menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.
Pembangunan ekonomi
- Urbanisasi
- Teknologi
- Pertanian
- Industrialisasi
EKONOMI MALAYSIA
9. ¢ Dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.
¢ Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing dibawa masuk oleh Bristish.
¢ Perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahan mentah.
¢ Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah dan menyebabkan pembukaan lombong
bijih timah dan ladang getah.
¢ Buruh dibawa masuk.
¢ Kemajuan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik
Hubungan Etnik dalam Konteks
Modenisasi Malaysia.
¢ Pembangunan ekonomi sangat penting dalam konteks modenisasi Malaysia.
¢ Pembangunan menjadi landasan pembinaan negara bangsa.
ISL KE-6
TARIKH: 14 FEBRUARI 2011
ISL 6: SINTESIS PROSES PEMBENTUKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MENGIKUT ACUAN MALAYSIA
- Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri – ciri uniknya dengan pengalamannya dijajah kolonial
Inggeris. Contohnya pembangunan ekonomi dalam sektor getah dan kelapa sawit.
- Pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas.
- Tenga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut hubungan etnik.
- Terdapat dua cirri utama iaitu:-
a) Aspek ekonomi
b) Ciri etnik
- Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada
hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan
getah.
- Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur
ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
- Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan
peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.
10. - Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan
K- ekonomi.
- Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat
diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama
pada tahun 1980an dan 1990an.
- Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi
juga dengan peningkatan indeks kualiti hidup.
- Kualiti rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi
yang rendah.
Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan entisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat.
- Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum.
- Oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar – dasar pembangunan
seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan lain – lain.
- Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan
dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.
Dasar – dasar awam : Pertanian , Perindustrian dan K- ekonomi
- 1990an adalah perhatian kepada sektor perindustrian
a) Dasar perindustrian berat
b) Dasar penswastaan
- Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian 1960an dan 1970an tetapi
tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan.
- Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian beberapa badan yang bertanggungjawab untuk
memajukan sector pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar Bandar telah diwujudkan sepertia
FELDA, FELCRA dan MARA.
- 1980an dan 1990an, sector perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal
seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.
- Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk
meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan ekonomi yang berteraskan
teknologi ICT dan K-ekonomi.
11. ISL KE – 10
TAJUK : Hasilkan proses pembentukan perlembagaan
TARIKH : 4 APRIL 2011
LAPORAN :
1 April 1946 ( pembentukan Malayan Union)
· British Military Administration (BMA) telah dibubarkan pada bulan Mac 1945.
· Diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946.
· Terbentuk hasil dari Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945.
· Perjanjian ini memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah-
dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac 1946.
· Semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu 1946.
· Bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat dari raja-raja
Melayu dan Rakyat Tanah Melayu.
1 Febuari 1948 ( Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu )
· Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
· Hasil dari perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuat kuasa pada 1 Februari
1948 = Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948.
· Mengikut perjanjian ini, Kerajaan Pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British,
sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.
· Majlis Perundangan (Legislative Council) mempunyai anggota
rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih.
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) - 1949
· Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949) terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah
berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.
· Ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.
· CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan dan
kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.
12. · Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik
berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud
· tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz,
Tan Cheng Lok, C.C. Tan, Dr. J. S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham.
· Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh
Majlis Perundangan Persekutuan.
Perlembagaan Kemerdekaan 1957
· Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United kingdom, Borneo Utara,
Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan
Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan
persekutuan ini dinamakan Malaysia.
· Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1(1)
dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
· Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963.
· Pada masa yang sama juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara,
Sarawak dan Singapura.
· Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyai
perlembagaannya sendiri.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
· Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963.
· Bagi sabah dan Sarawak draf Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dilampirkan dalam Jadula
Perjanjian Malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan sebagai perlembagaan
Negeri Sabah dan Sarawak.
ISL KE- 11
Tajuk : Menilai kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks hubungan etnik hari ini.
Tarikh : 11 April 2011
Laporan :
13. Pada masa kini, unsur-unsur tradisi yang dikekalkan itu amatlah memainkan peranan yang sangat
penting bagi memastikan kesejahteraan bangsa terutamanya bagi kaum Melayu. Pada masa kini,
pelbagai masalah perpaduan yang telah berlaku dan banyak menggoncangkan perpaduan antara
pelbagai kaum di Negara kita. Seperti yang kita ketahui, peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah merupakan
salah satu peristiwa yang telah menggoncangkan perpaduan yang telah dibina semenjak zaman
penjajahan lagi. Namun, apa yang telah berlaku membuktikan kepada kita bahawa tempoh masa itu
bukanlah sesuatu jaminan kepada rakyat Negara kita bahawa tidak akan berlaku lagi rusuhan kaum
seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Daripada ketiga-tiga unsur yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu agama, bahasa dan juga hak
istimewa, saya berpendapat bahawa bahasa adalah merupakan satu eleman yang sangat penting untuk
memastikan hubungan antara kaum di negara kita ini semakin erat dan kukuh. Ini kerana daripada
bahasa Melayu itu semua kaum di Negara ini boleh bergabung dan menggunakan satu bahasa yang
sama. Ini dapat meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita. Seterusnya, apabila
kanak-kanak yang berbangsa Cina dan India diberi didikan yang sama sewaktu di sekolah rendah iaitu
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewaktu di sekolah, ini akan dapat
meningkatkan kefahaman dalam kalangan murid itu sendiri.
Apabila murid-murid ini sudah dewasa, mereka akan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa
pengantar utama dan juga seperti yang kita ketahui bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Negara
ini dan kaum-kaum lain akan menguasai bahasa Melayu demi memperlihatkan kesetiaan kepada Negara
kita Malaysia. Dengan ini, setiap kaum akan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu
dan semestinya dalam tidak kita sedari, perpaduan akan semakin meningkat.