SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 3
TEKS UCAPAN TUAN PENGETUASEMPENASAMBUTAN HARI GURUSK KEMUNING
2023
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.k,Selamat Sejahtera, Salam
Malaysia Madani.
Yang Berusaha, En.Hairoldin Rahim Bin Taya, Guru Penolong Pentadbiran,
En Norazli Bin Nekmat Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati Barisan Guru-Guru yang diraikan seterusnya Yang Dikasihi para
pelajar sekalian
Pertama-tamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T keranadengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi Tahun 2023, dalam suasana yang
ceria, harmoni dan tenang.Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan
meraikan sambutan hari guru. Pada tahun ini perayaan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan disambut diMITC MELAKA . Justeru, tidak terlewat untuk saya
mengucapkan ”Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini. Sambutan
Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan
manis tentang peranan guru yang telah
diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa.
Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak
terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan
dan keparcayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru
dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru,
amat wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi
kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara
terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih,penghargaan dan
penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.
Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,....R. Smith pernah berkata, berilah peluang
kepadaku untuk mengelola pelajaran nescaya aku akan berjanji mengubah alam.
Guru mempunyai potensi besar mempengaruhi dan merubah pemikiran
pelajar.Menurut Imam Al Ghazali, guru mesti ada tanggungjawab, ada rasa belas
kasihan dan mampumemperlakukan mereka sebagai anak sendiri. Seterusnya Imam
Al Ghazali pernah berkata, hak seorang guru adalah lebih besar daripada hak
seorang bapa. Ibu bapa menjadi sebab ianya lahir ke dunias edangkan guru menjadi
sebab anak itu memperolehi hidup kekal abadi. Tanpa guru, apa yang diperolehi
oleh anak akan hancur. Dalam pembentukan sahsiah pelajar pula, guru mempunyai
peranan yang sangat penting.
Prof. Mohd Kamal Hassan berkata, contoh teladan pendidik inilah yang banyak
membantu pembentukan akhlak pelajar. Justeru, mereka seharusnya dilengkapi
dengan ciri-ciri akhlak mulia, berilmu, kasihkan ilmu dan luas pembacaan,
mempunyai azam yang kuat dan tegas,berkebolehan menimbulkan motivasi kepada
pelajar, bersedia menerima dan menguasai kaedah baru dalam pendidikan dan
sebagainya.
Tema “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” dipilih sebagai tema sambutan
Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Tema ini menuntut agar guru
sebagai pendidik, bertanggungjawab sepenuhnya bukan sahaja memberi tunjuk ajar
kepada anak murid tetapi juga bagi memelihara martabat, kedudukan dan kemuliaan
profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Maka, adalah menjadi satu
tuntutan untuk kita turut memberi fokus kepada usaha membina insan guru yang
berkualiti tinggi. Usaha ini turut meliputi penyediaan generasi pelapis guru yang
berwibawa dan pembangunan profesionalisme secara berterusan bagi para guru
yang sudah sedia berada dalam sistem pendidikan negara. Adalah menjadi aspirasi
dan hasrat Kementerian Pendidikan untuk membentuk guru insani yang mempunyai
personaliti seimbang, prihatin serta mempunyai nilai-nilai murni yang mampu
menjadi pemangkin dalam membentuk masyarakat MADANI.
Guru insani adalah guru yang berupaya menunjukkan kemurnian akhlak dan budi
pekertinya untuk menjadi ikutan dan panduan buat anak-anak murid. Nilai sopan
santun, lembut tutur kata, berdisiplin, bermentaliti kelas pertama dan memiliki
‘towering personality’, perlu sentiasa dipamerkan dengan baik oleh guru kerana
banyak mata yang sentiasa memerhati dan melihat keperibadian mereka. 9.
Sesungguhnya guru perlu jujur dan amanah, mempunyai jati diri dan sentiasa
meneroka potensi diri. Guru juga perlu memiliki semangat yang tinggi dan komitmen
yang padu untuk mendidik, bukan hanya kerana ia adalah satu tuntutan kerja, tetapi
lebih kepada pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang sebati dengan naluri dan
jiwa untuk mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang terbaik.
Oleh itu, guru sebagai pemangkin, berperanan untuk memastikan pembentukan jati
diri murid yang kukuh dan berkeyakinan tinggi berlandaskan prinsip Rukun Negara
serta nilai-nilai murni dalam kehidupan. Seorang guru insani dilihat bukan sahaja
mampu memikul tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada anak muridnya,
bahkan lebih penting mampu menjadi pendidik yang dapat mencorakkan peribadi
murid ke arah keseimbangan duniawi dan ukhrawi untuk membina negara MADANI.
Peranan guru sebagai pendidik yang paling penting, ialah sebagai penggerak utama
dalam pembinaan murid beradab, menyanjung tinggi nilai kemanusiaan untuk
membentuk kemuliaan insan (karamah insaniah) dan menghargai nilai kemakmuran.
Guru bertanggungjawab sebagai pemacu dalam pembinaan generasi berperibadi
mulia, mapan dan berdaya cipta bagi melahirkan masyarakat yang terkedepan dari
segi pemikiran dan kerohanian tanpa mengabaikan pencapaian kebendaan.
Justeru, Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga
pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam
mendidik anak bangsa?. Sejauh mana dansetakat manakah usaha yang telah kita
lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur,
berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?. Sesungguhnya
iamerupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di
tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan
harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah
ciri-ciri guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan
tenaga, malah dengan wang ringgit.
Akhir kata, saya akhiri dengan serangkap pantun.
16 Mei sentiasa dinanti
Sambutan meriah penuh tradisi
Terima kasih guru-guru yang dikasihi
Jasa baktimu sentiasa diingati
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.
TERIMA KASIH CIKGU
DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. DENGAN INI SAYA
MERASMIKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN
2023 BERTEMAKAN GURU INSANI PEMANKIN GENERASI MADANI.

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie TEKS UCAPAN TUAN PENGETUA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SK KEMUNING 2023.docx

TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
Chon Seong Hoo
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013
Chon Seong Hoo
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
Mohamad Aminuddin
 
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
Mages Panjaman
 
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAPERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
nkli84
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
Valen Lee
 
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALArtikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Afifah Asra
 
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnisKurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Budi Setiawan
 
AKSI NYATA TOPIK MEDIA MENGAJAR.pptx
AKSI NYATA TOPIK MEDIA MENGAJAR.pptxAKSI NYATA TOPIK MEDIA MENGAJAR.pptx
AKSI NYATA TOPIK MEDIA MENGAJAR.pptx
MTamiyis
 

Ähnlich wie TEKS UCAPAN TUAN PENGETUA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SK KEMUNING 2023.docx (20)

TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
penghantar pendidikan
penghantar pendidikanpenghantar pendidikan
penghantar pendidikan
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
 
Perutusan Hari Guru 2014
Perutusan Hari Guru 2014Perutusan Hari Guru 2014
Perutusan Hari Guru 2014
 
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAPERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALArtikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnisKurikulum smp setia negara berbasis bisnis
Kurikulum smp setia negara berbasis bisnis
 
AKSI NYATA TOPIK MEDIA MENGAJAR.pptx
AKSI NYATA TOPIK MEDIA MENGAJAR.pptxAKSI NYATA TOPIK MEDIA MENGAJAR.pptx
AKSI NYATA TOPIK MEDIA MENGAJAR.pptx
 
PENYATAAN HASRAT.docx
PENYATAAN HASRAT.docxPENYATAAN HASRAT.docx
PENYATAAN HASRAT.docx
 

Mehr von Masfurah Mohd ali (6)

DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdfDIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
DIVIDER RPH 2023-2024 (KUMP B) - BUNGA.pdf
 
SURAH ALBAQARAH.docx
SURAH ALBAQARAH.docxSURAH ALBAQARAH.docx
SURAH ALBAQARAH.docx
 
NIAT SOLAT FARDHU transisi kap.pdf
NIAT SOLAT FARDHU transisi kap.pdfNIAT SOLAT FARDHU transisi kap.pdf
NIAT SOLAT FARDHU transisi kap.pdf
 
Bahagian 1
Bahagian 1Bahagian 1
Bahagian 1
 
Rph sivik thn 4 hormat menghormati
Rph sivik thn  4 hormat menghormatiRph sivik thn  4 hormat menghormati
Rph sivik thn 4 hormat menghormati
 
Format laporan sukan tahunan (1)
Format laporan sukan tahunan (1)Format laporan sukan tahunan (1)
Format laporan sukan tahunan (1)
 

TEKS UCAPAN TUAN PENGETUA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SK KEMUNING 2023.docx

  • 1. TEKS UCAPAN TUAN PENGETUASEMPENASAMBUTAN HARI GURUSK KEMUNING 2023 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.k,Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Yang Berusaha, En.Hairoldin Rahim Bin Taya, Guru Penolong Pentadbiran, En Norazli Bin Nekmat Guru Penolong Kanan Kokurikulum Yang Dihormati Barisan Guru-Guru yang diraikan seterusnya Yang Dikasihi para pelajar sekalian Pertama-tamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T keranadengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi Tahun 2023, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang.Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Pada tahun ini perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan disambut diMITC MELAKA . Justeru, tidak terlewat untuk saya mengucapkan ”Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini. Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan keparcayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih,penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai. Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,....R. Smith pernah berkata, berilah peluang kepadaku untuk mengelola pelajaran nescaya aku akan berjanji mengubah alam. Guru mempunyai potensi besar mempengaruhi dan merubah pemikiran pelajar.Menurut Imam Al Ghazali, guru mesti ada tanggungjawab, ada rasa belas kasihan dan mampumemperlakukan mereka sebagai anak sendiri. Seterusnya Imam Al Ghazali pernah berkata, hak seorang guru adalah lebih besar daripada hak seorang bapa. Ibu bapa menjadi sebab ianya lahir ke dunias edangkan guru menjadi sebab anak itu memperolehi hidup kekal abadi. Tanpa guru, apa yang diperolehi oleh anak akan hancur. Dalam pembentukan sahsiah pelajar pula, guru mempunyai peranan yang sangat penting. Prof. Mohd Kamal Hassan berkata, contoh teladan pendidik inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Justeru, mereka seharusnya dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak mulia, berilmu, kasihkan ilmu dan luas pembacaan, mempunyai azam yang kuat dan tegas,berkebolehan menimbulkan motivasi kepada pelajar, bersedia menerima dan menguasai kaedah baru dalam pendidikan dan sebagainya.
  • 2. Tema “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” dipilih sebagai tema sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Tema ini menuntut agar guru sebagai pendidik, bertanggungjawab sepenuhnya bukan sahaja memberi tunjuk ajar kepada anak murid tetapi juga bagi memelihara martabat, kedudukan dan kemuliaan profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Maka, adalah menjadi satu tuntutan untuk kita turut memberi fokus kepada usaha membina insan guru yang berkualiti tinggi. Usaha ini turut meliputi penyediaan generasi pelapis guru yang berwibawa dan pembangunan profesionalisme secara berterusan bagi para guru yang sudah sedia berada dalam sistem pendidikan negara. Adalah menjadi aspirasi dan hasrat Kementerian Pendidikan untuk membentuk guru insani yang mempunyai personaliti seimbang, prihatin serta mempunyai nilai-nilai murni yang mampu menjadi pemangkin dalam membentuk masyarakat MADANI. Guru insani adalah guru yang berupaya menunjukkan kemurnian akhlak dan budi pekertinya untuk menjadi ikutan dan panduan buat anak-anak murid. Nilai sopan santun, lembut tutur kata, berdisiplin, bermentaliti kelas pertama dan memiliki ‘towering personality’, perlu sentiasa dipamerkan dengan baik oleh guru kerana banyak mata yang sentiasa memerhati dan melihat keperibadian mereka. 9. Sesungguhnya guru perlu jujur dan amanah, mempunyai jati diri dan sentiasa meneroka potensi diri. Guru juga perlu memiliki semangat yang tinggi dan komitmen yang padu untuk mendidik, bukan hanya kerana ia adalah satu tuntutan kerja, tetapi lebih kepada pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang sebati dengan naluri dan jiwa untuk mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang terbaik. Oleh itu, guru sebagai pemangkin, berperanan untuk memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh dan berkeyakinan tinggi berlandaskan prinsip Rukun Negara serta nilai-nilai murni dalam kehidupan. Seorang guru insani dilihat bukan sahaja mampu memikul tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada anak muridnya, bahkan lebih penting mampu menjadi pendidik yang dapat mencorakkan peribadi murid ke arah keseimbangan duniawi dan ukhrawi untuk membina negara MADANI. Peranan guru sebagai pendidik yang paling penting, ialah sebagai penggerak utama dalam pembinaan murid beradab, menyanjung tinggi nilai kemanusiaan untuk membentuk kemuliaan insan (karamah insaniah) dan menghargai nilai kemakmuran. Guru bertanggungjawab sebagai pemacu dalam pembinaan generasi berperibadi mulia, mapan dan berdaya cipta bagi melahirkan masyarakat yang terkedepan dari segi pemikiran dan kerohanian tanpa mengabaikan pencapaian kebendaan. Justeru, Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa?. Sejauh mana dansetakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?. Sesungguhnya iamerupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit. Akhir kata, saya akhiri dengan serangkap pantun. 16 Mei sentiasa dinanti Sambutan meriah penuh tradisi
  • 3. Terima kasih guru-guru yang dikasihi Jasa baktimu sentiasa diingati SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. DENGAN INI SAYA MERASMIKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023 BERTEMAKAN GURU INSANI PEMANKIN GENERASI MADANI.