SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 5
PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKH


Dalam agama Sikh, perkahwinan atau anand karaj dianggap suci. Penganut
Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh
menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia
dengan Tuhan, iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut
Sikh. Sistem perkahwinan orang Sikh adalah monogami.
Perkahwinan dalam masyarakat Sikh penting, malah dimestikan kerana cara
hidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama
dan semula jadi sifatnya. Perkahwinan antara individu yang mempunyai
hubungan kekeluargaan atau endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh
itu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing-masing.
Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk pemilihan pasangan eksogami, iaitu
memilih pasangan hidup daripada kelompok yang luar daripadanya, bukan
daripada mereka yang ada ikatan persaudaraan. Cara ini dapat meluaskan
pengaruh keluarga dan menggalakkan perkembangan budaya. Ringkasnya,
keluarga dan kaum kerabat memberi perhatian yang berat dalam menentukan
kemasukan ahli baru ke dalam keluarga meneka.


Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk keturunan dan kepusakaan patrilineal.
Dalam bentuk ini, hubungan persaudaraan atau individu dihubungkan dengan
kelompok keluarga melalui keturunan daripada sebelah nasab bapa.
Misalnya,   kelahiran   seorang   bayi   merupakan     masa   yang    amat
menggembirakan, lebih-lebih lagi jika bayi tersebut lelaki, dan ibu yang
melahirkan bayi tersebut dipuji kerana melahirkan anak lelaki yang
sememangnya menjadi harapan keluarga. Kelahiran anak lelaki menguatkan
kedudukan ibu dalam keluarga kerana bayi lelaki semacam jambatan yang
menyatukan si ibu dengan bapanya. Ringkasnya, anak lelaki menjadi harapan
keluarga demi penerusan keturunannya dan kerabatnya serta menjadi ketua
keluarga dan melaksanakan upacara kematian ayahnya. Sungguhpun
demikian, hal ini tidak bermakna bahawa anak perempuan dipandang rendah.
Malah dalam agama Sikh, kedudukan kaum wanita sama dengan kedudukan
lelaki.
Seseorang      Sikh   yang       menjadi     ahli    kaum Khalsa perlu   berkahwin
dengan Khalsa juga.        Jika      pengantin        perempuan      belum     lagi
memohon amrit (air       suci)    untuk    menjadi     ahli   kaum Khalsa manakala
pasangannya Khalsa, maka dia perlu memohon amrit untuk menjadi ahli
kaum Khalsa.


Ada beberapa upacara yang dilakukan dengan teliti sebelum istiadat
perkahwinan dilangsungkan supaya mendatangkan hasil yang baik dan
memuaskan kedua-dua belah pihak. Antaranya, mangani, sehra bandhi,
milni dan anand karaj.
Pertama, mangani (pertunangan),            walaupun     tidak   diwajibkan,   boleh
dilakukan, sama ada di kediaman lelaki atau di gurdwara(pusat ibadat
penganut Sikh). Biasanya upacara formal diadakan di gurdwara. Pada hari
yang ditetapkan, bapa si perempuan bersama-sama saudara-mara pergi
ke gurdwara. Bakal pengantin lelaki duduk di depan menghadap kitab
suci, Sri Guru Granth Sahib Ji, dan dipakaikan kirpan (pedang kecil) oleh
bapa mentuanya. Selepas itu, dia disuapkan manisan dan diberi wang serta
dipakaikan cincin atau gelang emas. Bakal pengantin perempuan tidak
dibenarkan menghadiri upacara ini. Tarikh perkahwinan ditetapkan selepas
upacara pertunangan. Berita dan jemputan perkahwinan disebarkan kepada
saudara-mara dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.
Menjelang    hari   perkahwinan,   upacara      yang    wajib   dijalankan    ialah
mandi vatna. Dalam upacara ini, lima atau tujuh orang wanita yang telah
berkahwin memandikan bakal pengantin di rumahnya tiga atau empat hari
sebelum hari perkahwinan. Ringkasnya, upacara ini menandakan permulaan
perayaan perkahwinan.
Upacara     kedua   ialah   mengikat sehra di    dahi   pengantin    lelaki   oleh
ibunya. Sehra ialah hiasan kepala yang dibuat daripada bunga dan kertas
berkilat. Sebelum mengikat sehra, adik perempuannya mengikat bola benang
bulu yang berwarna-warni di pergelangan tangan kanan abangnya untuk
menunjukkan hubungan persaudaraan sesama mereka. Abangnya kemudian
memberi wang kepada adik perempuannya. Sebelum pengantin lelaki keluar
dari rumah dan berangkat ke rumah pengantin perempuan, salah seorang
saudaranya menuangkan minyak kelapa di ambang pintu rumah untuk
menandakan alamat yang baik.
Upacara milni ialah adat pertemuan antara bapa pengantin lelaki / dengan
bapa pengantin perempuan / pada hari perkahwinan di kediaman pengantin
perempuan. Ardas(doa) dibacakan apabila rombongan pengantin lelaki tiba.
Dalam pertemuan ini bapa pengantin perempuan menghadiahkan sehelai
selimut dan wang kepada bapa pengantin lelaki. Kadang kala sebentuk cincin
atau gelang emas disertakan. Selepas itu, mereka berjabat tangan dan
berpeluk mesra.
Rombongan dihidangkan dengan sarapan pagi yang disediakan khas
sebelum berangkat ke gurdwara.


Anand karaj merupakan upacara yang terakhir dan penting yang dijalankan
di gurdwara. Upacara ini biasanya dimulakan dengan bernyanyi mazmur dan
membaca kitab suci. Selepas itu, granthi (ketua agama) menerangkan tujuan
mereka berkumpul pada hari tersebut kepada sangat (jemaah), termasuk
tujuan perkahwinan dan kewajipan suami isteri menurut pandangan agama
Sikh.   Kedua-dua     orang     pengantin     duduk    bersila     menghadap     kitab
suci. Granthi berdiri bersama-sama pengantin lelaki dan perempuan, bapa
pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan untuk bacaan ardas secara
senyap.
Selepas     itu,   bapa      pengantin     perempuan       memberi     sehelai   kain
tudung (palla) kepada pengantin lelaki dan dia memegangnya pada satu
hujung dan di hujung lain dipegang oleh pengantin perempuan. Selepas
itu, sangat menyanyikan        ayat     daripada   kitab    suci     yang   berkaitan
dengan anand karaj. Kedua-dua orang pengantin memegang tudung sambil
berjalan mengelilingi Sri Guru Granth Sahib Ji sebanyak empat kali.
Pergerakan ini disebut lavan. Pengantin lelaki berjalan di depan dan
pengantin perempuan mengikut dari belakang.




Selepas tamatnya lavan, granthi dan pasangan tersebut serta bapa mereka
berdoa sebagai tanda bersyukur atas kesempurnaan upacara perkahwinan
dan merestui pasangan tersebut. Granthi menasihatkan kedua-dua orang
pengantin          tentang            tanggungjawab         mereka.          Selepas
bacaan ardas semua sangat yang hadir diberi karah parshad (halwa yang
suci). Gurdwara menyuruh pasangan pengantin menandatangani buku daftar
perkahwinan gurdwara. Sijil      perkahwinan       (dalam    tulisan Gumukhi) diberi
kepada pasangan.
Selepas makan tengah hari, pengantin perempuan dibawa pulang ke rumah
pengantin lelaki. Pemergian pengantin perempuan adalah peristiwa yang
menyedihkan bagi keluarganya kerana dia bukan "milik" mereka lagi.
Sebelum kereta pengantin bertolak, bapa pengantin lelaki membaling duit
syiling ke atas kereta tersebut. Perbuatannya itu bertujuan menunjukkan
kegembiraannya dan dia sanggup mengorbankan benda kesayangan
manusia, iaitu duit, demi kebahagiaan anaknya dan menantunya.
Secara keseluruhannya, anand karaj adalah suci dalam falsafah agama Sikh.
Penganut Sikh perlu mematuhi segala ajaran yang termaktub dalam kitab suci
agar perkahwinan mereka direstui oleh tuhan dan berkekalan ke akhir hayat.
Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin perlu saling memahami dan
saling menghormati. Mereka perlu hidup bersatu dan cuba mengelakkan
konflik yang boleh menggugat ikatan kekeluargaan mereka.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaSang Kidal
 
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinahubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinathemimie
 
Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11nadarajah
 
GPI1083 Adat Istiadat Perkahwinan Yang Bertentangan Dengan Sistem Islam
GPI1083 Adat Istiadat Perkahwinan Yang Bertentangan Dengan Sistem IslamGPI1083 Adat Istiadat Perkahwinan Yang Bertentangan Dengan Sistem Islam
GPI1083 Adat Istiadat Perkahwinan Yang Bertentangan Dengan Sistem Islamrosedainty
 
Adat resam perkahwinan melayu malaysia
Adat resam perkahwinan melayu malaysiaAdat resam perkahwinan melayu malaysia
Adat resam perkahwinan melayu malaysiaNorlela Ra'aie
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhIda Ayuni
 

Was ist angesagt? (10)

adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cina
 
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinahubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
 
Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11
 
Ihya' ramadhan
Ihya' ramadhanIhya' ramadhan
Ihya' ramadhan
 
GPI1083 Adat Istiadat Perkahwinan Yang Bertentangan Dengan Sistem Islam
GPI1083 Adat Istiadat Perkahwinan Yang Bertentangan Dengan Sistem IslamGPI1083 Adat Istiadat Perkahwinan Yang Bertentangan Dengan Sistem Islam
GPI1083 Adat Istiadat Perkahwinan Yang Bertentangan Dengan Sistem Islam
 
Slide adat perkahwinan mengikut kaum
Slide adat perkahwinan mengikut kaumSlide adat perkahwinan mengikut kaum
Slide adat perkahwinan mengikut kaum
 
Imam abu hanifah r edit baru baru
Imam abu hanifah r edit baru baruImam abu hanifah r edit baru baru
Imam abu hanifah r edit baru baru
 
Adat resam perkahwinan melayu malaysia
Adat resam perkahwinan melayu malaysiaAdat resam perkahwinan melayu malaysia
Adat resam perkahwinan melayu malaysia
 
Suku kaum murut
Suku kaum murutSuku kaum murut
Suku kaum murut
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuh
 

Ähnlich wie Sikh 2

Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinanYing Yew
 
Sivik - Adat Perkahwinan Melayu
Sivik - Adat Perkahwinan MelayuSivik - Adat Perkahwinan Melayu
Sivik - Adat Perkahwinan Melayudinieadriana
 
Adat perkahwinan mengikut kaum
Adat perkahwinan mengikut kaumAdat perkahwinan mengikut kaum
Adat perkahwinan mengikut kaumNorazimah Yunos
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
Adat perkahwinan masyarakat cina bhg
Adat perkahwinan masyarakat cina bhgAdat perkahwinan masyarakat cina bhg
Adat perkahwinan masyarakat cina bhgAyah Ma
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Thanushah Soniyasee
 
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxPerkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxFiona Yong
 

Ähnlich wie Sikh 2 (13)

Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
 
Perkahwinan
PerkahwinanPerkahwinan
Perkahwinan
 
Sivik - Adat Perkahwinan Melayu
Sivik - Adat Perkahwinan MelayuSivik - Adat Perkahwinan Melayu
Sivik - Adat Perkahwinan Melayu
 
Adat perkahwinan cina
Adat perkahwinan cinaAdat perkahwinan cina
Adat perkahwinan cina
 
Perkahwinan
PerkahwinanPerkahwinan
Perkahwinan
 
Adat perkahwinan mengikut kaum
Adat perkahwinan mengikut kaumAdat perkahwinan mengikut kaum
Adat perkahwinan mengikut kaum
 
Blog perkahwinan siap
Blog perkahwinan siapBlog perkahwinan siap
Blog perkahwinan siap
 
adat perkahwinan pelbagai kaum
adat perkahwinan pelbagai kaumadat perkahwinan pelbagai kaum
adat perkahwinan pelbagai kaum
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Adat perkahwinan masyarakat cina bhg
Adat perkahwinan masyarakat cina bhgAdat perkahwinan masyarakat cina bhg
Adat perkahwinan masyarakat cina bhg
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
 
Adat perkahwinan kadazan dusun
Adat perkahwinan kadazan dusunAdat perkahwinan kadazan dusun
Adat perkahwinan kadazan dusun
 
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxPerkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
 

Kürzlich hochgeladen

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 

Kürzlich hochgeladen (14)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 

Sikh 2

  • 1. PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKH Dalam agama Sikh, perkahwinan atau anand karaj dianggap suci. Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan, iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Sistem perkahwinan orang Sikh adalah monogami. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh penting, malah dimestikan kerana cara hidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama dan semula jadi sifatnya. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing-masing. Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk pemilihan pasangan eksogami, iaitu memilih pasangan hidup daripada kelompok yang luar daripadanya, bukan daripada mereka yang ada ikatan persaudaraan. Cara ini dapat meluaskan pengaruh keluarga dan menggalakkan perkembangan budaya. Ringkasnya, keluarga dan kaum kerabat memberi perhatian yang berat dalam menentukan kemasukan ahli baru ke dalam keluarga meneka. Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk keturunan dan kepusakaan patrilineal. Dalam bentuk ini, hubungan persaudaraan atau individu dihubungkan dengan kelompok keluarga melalui keturunan daripada sebelah nasab bapa. Misalnya, kelahiran seorang bayi merupakan masa yang amat menggembirakan, lebih-lebih lagi jika bayi tersebut lelaki, dan ibu yang melahirkan bayi tersebut dipuji kerana melahirkan anak lelaki yang sememangnya menjadi harapan keluarga. Kelahiran anak lelaki menguatkan kedudukan ibu dalam keluarga kerana bayi lelaki semacam jambatan yang
  • 2. menyatukan si ibu dengan bapanya. Ringkasnya, anak lelaki menjadi harapan keluarga demi penerusan keturunannya dan kerabatnya serta menjadi ketua keluarga dan melaksanakan upacara kematian ayahnya. Sungguhpun demikian, hal ini tidak bermakna bahawa anak perempuan dipandang rendah. Malah dalam agama Sikh, kedudukan kaum wanita sama dengan kedudukan lelaki. Seseorang Sikh yang menjadi ahli kaum Khalsa perlu berkahwin dengan Khalsa juga. Jika pengantin perempuan belum lagi memohon amrit (air suci) untuk menjadi ahli kaum Khalsa manakala pasangannya Khalsa, maka dia perlu memohon amrit untuk menjadi ahli kaum Khalsa. Ada beberapa upacara yang dilakukan dengan teliti sebelum istiadat perkahwinan dilangsungkan supaya mendatangkan hasil yang baik dan memuaskan kedua-dua belah pihak. Antaranya, mangani, sehra bandhi, milni dan anand karaj. Pertama, mangani (pertunangan), walaupun tidak diwajibkan, boleh dilakukan, sama ada di kediaman lelaki atau di gurdwara(pusat ibadat penganut Sikh). Biasanya upacara formal diadakan di gurdwara. Pada hari yang ditetapkan, bapa si perempuan bersama-sama saudara-mara pergi ke gurdwara. Bakal pengantin lelaki duduk di depan menghadap kitab suci, Sri Guru Granth Sahib Ji, dan dipakaikan kirpan (pedang kecil) oleh bapa mentuanya. Selepas itu, dia disuapkan manisan dan diberi wang serta dipakaikan cincin atau gelang emas. Bakal pengantin perempuan tidak dibenarkan menghadiri upacara ini. Tarikh perkahwinan ditetapkan selepas upacara pertunangan. Berita dan jemputan perkahwinan disebarkan kepada saudara-mara dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.
  • 3. Menjelang hari perkahwinan, upacara yang wajib dijalankan ialah mandi vatna. Dalam upacara ini, lima atau tujuh orang wanita yang telah berkahwin memandikan bakal pengantin di rumahnya tiga atau empat hari sebelum hari perkahwinan. Ringkasnya, upacara ini menandakan permulaan perayaan perkahwinan. Upacara kedua ialah mengikat sehra di dahi pengantin lelaki oleh ibunya. Sehra ialah hiasan kepala yang dibuat daripada bunga dan kertas berkilat. Sebelum mengikat sehra, adik perempuannya mengikat bola benang bulu yang berwarna-warni di pergelangan tangan kanan abangnya untuk menunjukkan hubungan persaudaraan sesama mereka. Abangnya kemudian memberi wang kepada adik perempuannya. Sebelum pengantin lelaki keluar dari rumah dan berangkat ke rumah pengantin perempuan, salah seorang saudaranya menuangkan minyak kelapa di ambang pintu rumah untuk menandakan alamat yang baik. Upacara milni ialah adat pertemuan antara bapa pengantin lelaki / dengan bapa pengantin perempuan / pada hari perkahwinan di kediaman pengantin perempuan. Ardas(doa) dibacakan apabila rombongan pengantin lelaki tiba. Dalam pertemuan ini bapa pengantin perempuan menghadiahkan sehelai selimut dan wang kepada bapa pengantin lelaki. Kadang kala sebentuk cincin atau gelang emas disertakan. Selepas itu, mereka berjabat tangan dan berpeluk mesra. Rombongan dihidangkan dengan sarapan pagi yang disediakan khas sebelum berangkat ke gurdwara. Anand karaj merupakan upacara yang terakhir dan penting yang dijalankan di gurdwara. Upacara ini biasanya dimulakan dengan bernyanyi mazmur dan membaca kitab suci. Selepas itu, granthi (ketua agama) menerangkan tujuan mereka berkumpul pada hari tersebut kepada sangat (jemaah), termasuk
  • 4. tujuan perkahwinan dan kewajipan suami isteri menurut pandangan agama Sikh. Kedua-dua orang pengantin duduk bersila menghadap kitab suci. Granthi berdiri bersama-sama pengantin lelaki dan perempuan, bapa pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan untuk bacaan ardas secara senyap. Selepas itu, bapa pengantin perempuan memberi sehelai kain tudung (palla) kepada pengantin lelaki dan dia memegangnya pada satu hujung dan di hujung lain dipegang oleh pengantin perempuan. Selepas itu, sangat menyanyikan ayat daripada kitab suci yang berkaitan dengan anand karaj. Kedua-dua orang pengantin memegang tudung sambil berjalan mengelilingi Sri Guru Granth Sahib Ji sebanyak empat kali. Pergerakan ini disebut lavan. Pengantin lelaki berjalan di depan dan pengantin perempuan mengikut dari belakang. Selepas tamatnya lavan, granthi dan pasangan tersebut serta bapa mereka berdoa sebagai tanda bersyukur atas kesempurnaan upacara perkahwinan dan merestui pasangan tersebut. Granthi menasihatkan kedua-dua orang pengantin tentang tanggungjawab mereka. Selepas bacaan ardas semua sangat yang hadir diberi karah parshad (halwa yang suci). Gurdwara menyuruh pasangan pengantin menandatangani buku daftar perkahwinan gurdwara. Sijil perkahwinan (dalam tulisan Gumukhi) diberi kepada pasangan. Selepas makan tengah hari, pengantin perempuan dibawa pulang ke rumah pengantin lelaki. Pemergian pengantin perempuan adalah peristiwa yang menyedihkan bagi keluarganya kerana dia bukan "milik" mereka lagi. Sebelum kereta pengantin bertolak, bapa pengantin lelaki membaling duit syiling ke atas kereta tersebut. Perbuatannya itu bertujuan menunjukkan
  • 5. kegembiraannya dan dia sanggup mengorbankan benda kesayangan manusia, iaitu duit, demi kebahagiaan anaknya dan menantunya. Secara keseluruhannya, anand karaj adalah suci dalam falsafah agama Sikh. Penganut Sikh perlu mematuhi segala ajaran yang termaktub dalam kitab suci agar perkahwinan mereka direstui oleh tuhan dan berkekalan ke akhir hayat. Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin perlu saling memahami dan saling menghormati. Mereka perlu hidup bersatu dan cuba mengelakkan konflik yang boleh menggugat ikatan kekeluargaan mereka.