SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 3
MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA
Soalan: Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada
abad ke-16 hingga ke-17.
Masyarakat agraria ialah masyarakat berasaskan pertanian, penternakan, dan
pemungutan hasil hutan dan sungai. Penghujung abad ke-16 menyaksikan Belanda
mengalami ledakan ekonomi apabila berjaya melepaskan diri daripada cengkaman
pemerintahan Raja Philip II dari Sepanyol. Masyarakat agraria di Belanda berkembang
sejurus berlakunya Revolusi Pertanian yang telah meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Terdapat pelbagai ciri masyarakat agraria di Belanda
Ciri utama masyarakat agraria di Belanda adalah masyarakat yang menjalankan
aktiviti pertanian. Pada abad ke-16, utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian.
Petani masih mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini, tanah
dibahagikan kepada tiga bidang . Dalam setiap bidang, terdapat lajur-lajur yang
dibahagikan secara memanjang untuk diusahakan oleh para petani. Dalam setiap musim
pula, petani akan mengusahakan dua daripada tiga tanah tersebut dan sebidang lagi
dibiarkan sebagai tanah rang untuk memulihkan kembali kesuburan tanah. Tanaman
utama masyarakat agraria di Belanda adalah tanaman bijirin seperti oat, barli dan
gandum. Pada abad ke-17, berlaku Revolusi dalam pertanian. Kawasan pertanian
bertambah , penggunaan teknologi kincir angin dan kaedah tanaman bergilir
meningkatkan hasil pengeluaran. Tanaman yang diusahakan ialah seperti gandum, kobis,
kekacang, dan bunga-bungaan. Tanaman lain ialah mader yang digunakan untuk mewarna
kain bagi industri tekstil.
Masyarakat agraria Belanda juga mengusahakan penternakan binatang. Belanda
telah menjadi pusat utama penternakan lembu tenusu dan lembu daging. Penternakan
lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu. Barangan tenusu telah dieksport
dengan banyak ke England, Perancis dan Sepanyol. Peningkatan eksport telah
mendorong kepada pembukaan ladang-ladang penternakan di Amsterdam dan Waterland.
Baka-baka dari Friesland dan Gronigen diambil bagi mengekalkan kualiti susu. Lembu-
lembu yang diternak juga akan disembelih dan dagingnya dieksport ke kawasan di
selatan.
Masyarakat agraria juga terlibat dalam industri tekstil. Masyarakat desa
mengeluarkan kain yang berasaskan kain bulu dan linen. Pada abad ke- 17, masyarakat
desa di Leiden memberi tumpuan kepada industri tekstil berasaskan woolen, camlets,
says dan fustians serta menolak penggunaan kain bulu dan linen. Industri tekstil semakin
berkembang kerana pemasaran kain ke Mediterranean.
Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga bergantung kepada kelautan khasnya
perikanan. Kawasan Holland dan Zeeland kaya dengan ikan. Hampir 1/5 daripada
penduduk Belanda terlibat dalam industri perikanan. Nelayan-nelayan Belanda
menggunakan kapal-kapal besar dan merupakan pengeksport utama ikan herring. Ikan
herring berkualiti tinggi dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Nelayan perlu berada
di laut selama 8 minggu. Ikan yang diperoleh para nelayan akan digaramkan supaya tahan
sebelum sampai ke pelabuhan. Industri perikanan Belanda mengalahkan Jerman apabila
berjaya merebut pasaran di Baltik.
Belanda juga merupakan pengusaha kapal yang terkenal dan terbaik di Eropah.
Hal ini kerana, kapal yang dibina adalah berkualiti tinggi, tahan lasak dan boleh
memuatkan muatan yang banyak. Buktinya, sebanyak 2500 buah kapal Belanda telah
digunakan pada abad ke-17. Tambahan pula, pedagang England, Perancis dan Sepanyol
turut menggunakan kapal-kapal buatan Belanda. Pembinaan kapal telah meningkatkan
sistem pengangkutan di Belanda. Kapal-kapal Belanda turut membawa barangan
pertanian dan galian ke Eropah. Kesannya, sehingga abad ke-17, Belanda telah berjaya
menguasai perdagangan Eropah.
Kesimpulannya, ekonomi Belanda mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-17.
Selain itu, kekayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan
bekalan makanan dan bekalan bijirin untuk tempoh 12 tahun. Namun, pada awal abad ke-
18, menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila mendapat
saingan daripada negara-negara Eropah yang lain kuhususnya England.
Disediakan oleh, LeeroyG
(6B2/2014)
Esei masy agraria belanda

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di chinaSejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di chinaNURFITRAH ZAINAL
 
sejarah dunia(Masyarakat feudal di england)
sejarah dunia(Masyarakat feudal di england)sejarah dunia(Masyarakat feudal di england)
sejarah dunia(Masyarakat feudal di england)Andrey James
 
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
Sejarah STPM: 1.3 Masyarakat Maritim (Portugal & Jepun abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.3 Masyarakat Maritim (Portugal & Jepun abad 16-17)Sejarah STPM: 1.3 Masyarakat Maritim (Portugal & Jepun abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.3 Masyarakat Maritim (Portugal & Jepun abad 16-17)Presley Marcel
 
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abad
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abadMasyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abad
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abadJimmy Mogolid
 
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-183.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18Karsodikromo Yatiman
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaMuhamad Saifullah
 
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)azam_hazel
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxerNoha Fiq
 
Penyatuan Negara Bangsa Jerman
Penyatuan Negara Bangsa JermanPenyatuan Negara Bangsa Jerman
Penyatuan Negara Bangsa JermanNur Liyana
 
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18Suverinus Sanan II
 
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)NurZahidah22
 
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)Presley Marcel
 
Kegiatan pertanian di england pada abad ke 17 m
Kegiatan pertanian di england pada abad ke 17 mKegiatan pertanian di england pada abad ke 17 m
Kegiatan pertanian di england pada abad ke 17 mSafinah Harun
 
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Allan Nacha
 
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)Nurul Najihah Al-Saachez
 
Feudalisme dan kapitalisme
Feudalisme dan kapitalismeFeudalisme dan kapitalisme
Feudalisme dan kapitalismezianadz
 
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871azam_hazel
 

Was ist angesagt? (20)

Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di chinaSejarah dunia pemerintahan beraja di china
Sejarah dunia pemerintahan beraja di china
 
sejarah dunia(Masyarakat feudal di england)
sejarah dunia(Masyarakat feudal di england)sejarah dunia(Masyarakat feudal di england)
sejarah dunia(Masyarakat feudal di england)
 
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
 
Sejarah STPM: 1.3 Masyarakat Maritim (Portugal & Jepun abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.3 Masyarakat Maritim (Portugal & Jepun abad 16-17)Sejarah STPM: 1.3 Masyarakat Maritim (Portugal & Jepun abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.3 Masyarakat Maritim (Portugal & Jepun abad 16-17)
 
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abad
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abadMasyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abad
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abad
 
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-183.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
 
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
Masyarakat agraria di china (stpm sej sem 1)
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxer
 
Bab 1 masyarakat fedual
Bab 1 masyarakat fedualBab 1 masyarakat fedual
Bab 1 masyarakat fedual
 
Penyatuan Negara Bangsa Jerman
Penyatuan Negara Bangsa JermanPenyatuan Negara Bangsa Jerman
Penyatuan Negara Bangsa Jerman
 
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18
Sistem ekonomi kapitalisme di amerika syarikat pada abad ke 18
 
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
 
Perang candu 2
Perang candu 2Perang candu 2
Perang candu 2
 
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)
Sejarah STPM: 1.2 Masyarakat Agraria (Belanda & China abad 16-17)
 
Kegiatan pertanian di england pada abad ke 17 m
Kegiatan pertanian di england pada abad ke 17 mKegiatan pertanian di england pada abad ke 17 m
Kegiatan pertanian di england pada abad ke 17 m
 
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
 
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
 
Feudalisme dan kapitalisme
Feudalisme dan kapitalismeFeudalisme dan kapitalisme
Feudalisme dan kapitalisme
 
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
 

Andere mochten auch

Competition Journal Article by Emilio Varanini and Feng Jiang
Competition Journal Article by Emilio Varanini and Feng JiangCompetition Journal Article by Emilio Varanini and Feng Jiang
Competition Journal Article by Emilio Varanini and Feng JiangEmilio Varanini
 
Cdr Harish Pillai Nm
Cdr Harish Pillai NmCdr Harish Pillai Nm
Cdr Harish Pillai Nmhkpillai
 
презентация пда на конференцию 27 05 2016
презентация пда на конференцию 27 05 2016презентация пда на конференцию 27 05 2016
презентация пда на конференцию 27 05 2016Михаил Голубков
 

Andere mochten auch (6)

Competition Journal Article by Emilio Varanini and Feng Jiang
Competition Journal Article by Emilio Varanini and Feng JiangCompetition Journal Article by Emilio Varanini and Feng Jiang
Competition Journal Article by Emilio Varanini and Feng Jiang
 
buruli ulcer
buruli ulcerburuli ulcer
buruli ulcer
 
Cdr Harish Pillai Nm
Cdr Harish Pillai NmCdr Harish Pillai Nm
Cdr Harish Pillai Nm
 
презентация пда на конференцию 27 05 2016
презентация пда на конференцию 27 05 2016презентация пда на конференцию 27 05 2016
презентация пда на конференцию 27 05 2016
 
Suresh Sadasivan_SD
Suresh Sadasivan_SDSuresh Sadasivan_SD
Suresh Sadasivan_SD
 
chandru server_resume
chandru  server_resumechandru  server_resume
chandru server_resume
 

Ähnlich wie Esei masy agraria belanda

SEJARAH STPM - Ciri masyarakat agraria di belanda pada abad ke 16
SEJARAH STPM - Ciri masyarakat agraria di belanda pada abad ke 16SEJARAH STPM - Ciri masyarakat agraria di belanda pada abad ke 16
SEJARAH STPM - Ciri masyarakat agraria di belanda pada abad ke 16saadiah alidrus
 
Sejarah STPM: 3.1 Sistem Ekonomi
Sejarah STPM: 3.1 Sistem EkonomiSejarah STPM: 3.1 Sistem Ekonomi
Sejarah STPM: 3.1 Sistem EkonomiPresley Marcel
 
PERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMIPERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMIsuziana15
 
Kegiatan ekonomi feudalisme di perancis
Kegiatan ekonomi feudalisme di perancisKegiatan ekonomi feudalisme di perancis
Kegiatan ekonomi feudalisme di perancisACHIK AFYY
 
PENGUSAIAN EKONOMI DI INDONESIA.pptx
PENGUSAIAN EKONOMI DI INDONESIA.pptxPENGUSAIAN EKONOMI DI INDONESIA.pptx
PENGUSAIAN EKONOMI DI INDONESIA.pptxJasonTong45
 
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18hasfazera hassan
 
3.1.1 fedualisme dan kapitalisme di jerman dan perancis
3.1.1 fedualisme dan kapitalisme di jerman dan perancis3.1.1 fedualisme dan kapitalisme di jerman dan perancis
3.1.1 fedualisme dan kapitalisme di jerman dan perancisKarsodikromo Yatiman
 
pengertian pertanian dan sejarah perkembangan pertanian
pengertian pertanian dan sejarah perkembangan pertanianpengertian pertanian dan sejarah perkembangan pertanian
pengertian pertanian dan sejarah perkembangan pertanianTrisna Monalia
 
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)Presley Marcel
 
Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisionalguesta13067f
 
Proses perkembangan kolonialisme dan imperialisme
Proses perkembangan kolonialisme dan imperialismeProses perkembangan kolonialisme dan imperialisme
Proses perkembangan kolonialisme dan imperialismeWidoyo Negoro
 
Sejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di EnglandSejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di EnglandKhai Khairy
 
Datangnya Belanda dan Inggris ke Indonesia
Datangnya Belanda dan Inggris ke IndonesiaDatangnya Belanda dan Inggris ke Indonesia
Datangnya Belanda dan Inggris ke IndonesiaRizka A. Hutami
 
100% dominasi pemerintahan kolonial belanda
100% dominasi pemerintahan kolonial belanda100% dominasi pemerintahan kolonial belanda
100% dominasi pemerintahan kolonial belandaAli Must Can
 
Deandless.ppt
Deandless.pptDeandless.ppt
Deandless.pptnuryana30
 
WEEK 3 SEJARAH PEREKONOMIAN INDONESIA - YUSINADIA 11140023
WEEK 3 SEJARAH PEREKONOMIAN INDONESIA - YUSINADIA 11140023WEEK 3 SEJARAH PEREKONOMIAN INDONESIA - YUSINADIA 11140023
WEEK 3 SEJARAH PEREKONOMIAN INDONESIA - YUSINADIA 11140023Yusinadia Sekar Sari
 

Ähnlich wie Esei masy agraria belanda (20)

Masyarakat agraria d belanda
Masyarakat agraria d belandaMasyarakat agraria d belanda
Masyarakat agraria d belanda
 
SEJARAH STPM - Ciri masyarakat agraria di belanda pada abad ke 16
SEJARAH STPM - Ciri masyarakat agraria di belanda pada abad ke 16SEJARAH STPM - Ciri masyarakat agraria di belanda pada abad ke 16
SEJARAH STPM - Ciri masyarakat agraria di belanda pada abad ke 16
 
Sejarah STPM: 3.1 Sistem Ekonomi
Sejarah STPM: 3.1 Sistem EkonomiSejarah STPM: 3.1 Sistem Ekonomi
Sejarah STPM: 3.1 Sistem Ekonomi
 
PERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMIPERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMI
 
Kegiatan ekonomi feudalisme di perancis
Kegiatan ekonomi feudalisme di perancisKegiatan ekonomi feudalisme di perancis
Kegiatan ekonomi feudalisme di perancis
 
PENGUSAIAN EKONOMI DI INDONESIA.pptx
PENGUSAIAN EKONOMI DI INDONESIA.pptxPENGUSAIAN EKONOMI DI INDONESIA.pptx
PENGUSAIAN EKONOMI DI INDONESIA.pptx
 
periode kolonial
periode kolonialperiode kolonial
periode kolonial
 
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
 
3.1.1 fedualisme dan kapitalisme di jerman dan perancis
3.1.1 fedualisme dan kapitalisme di jerman dan perancis3.1.1 fedualisme dan kapitalisme di jerman dan perancis
3.1.1 fedualisme dan kapitalisme di jerman dan perancis
 
pengertian pertanian dan sejarah perkembangan pertanian
pengertian pertanian dan sejarah perkembangan pertanianpengertian pertanian dan sejarah perkembangan pertanian
pengertian pertanian dan sejarah perkembangan pertanian
 
sej 1.3 stpm
sej 1.3 stpmsej 1.3 stpm
sej 1.3 stpm
 
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)
Sejarah STPM: 3.1.2 Perkembangan Ekonomi(Bahagian 1)
 
Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisional
 
Proses perkembangan kolonialisme dan imperialisme
Proses perkembangan kolonialisme dan imperialismeProses perkembangan kolonialisme dan imperialisme
Proses perkembangan kolonialisme dan imperialisme
 
Sejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di EnglandSejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di England
 
Datangnya Belanda dan Inggris ke Indonesia
Datangnya Belanda dan Inggris ke IndonesiaDatangnya Belanda dan Inggris ke Indonesia
Datangnya Belanda dan Inggris ke Indonesia
 
100% dominasi pemerintahan kolonial belanda
100% dominasi pemerintahan kolonial belanda100% dominasi pemerintahan kolonial belanda
100% dominasi pemerintahan kolonial belanda
 
Deandless.ppt
Deandless.pptDeandless.ppt
Deandless.ppt
 
Sejarah wajib
Sejarah wajibSejarah wajib
Sejarah wajib
 
WEEK 3 SEJARAH PEREKONOMIAN INDONESIA - YUSINADIA 11140023
WEEK 3 SEJARAH PEREKONOMIAN INDONESIA - YUSINADIA 11140023WEEK 3 SEJARAH PEREKONOMIAN INDONESIA - YUSINADIA 11140023
WEEK 3 SEJARAH PEREKONOMIAN INDONESIA - YUSINADIA 11140023
 

Esei masy agraria belanda

  • 1. MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA Soalan: Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga ke-17. Masyarakat agraria ialah masyarakat berasaskan pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Penghujung abad ke-16 menyaksikan Belanda mengalami ledakan ekonomi apabila berjaya melepaskan diri daripada cengkaman pemerintahan Raja Philip II dari Sepanyol. Masyarakat agraria di Belanda berkembang sejurus berlakunya Revolusi Pertanian yang telah meningkatkan taraf hidup masyarakat. Terdapat pelbagai ciri masyarakat agraria di Belanda Ciri utama masyarakat agraria di Belanda adalah masyarakat yang menjalankan aktiviti pertanian. Pada abad ke-16, utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian. Petani masih mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini, tanah dibahagikan kepada tiga bidang . Dalam setiap bidang, terdapat lajur-lajur yang dibahagikan secara memanjang untuk diusahakan oleh para petani. Dalam setiap musim pula, petani akan mengusahakan dua daripada tiga tanah tersebut dan sebidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang untuk memulihkan kembali kesuburan tanah. Tanaman utama masyarakat agraria di Belanda adalah tanaman bijirin seperti oat, barli dan gandum. Pada abad ke-17, berlaku Revolusi dalam pertanian. Kawasan pertanian bertambah , penggunaan teknologi kincir angin dan kaedah tanaman bergilir meningkatkan hasil pengeluaran. Tanaman yang diusahakan ialah seperti gandum, kobis, kekacang, dan bunga-bungaan. Tanaman lain ialah mader yang digunakan untuk mewarna kain bagi industri tekstil. Masyarakat agraria Belanda juga mengusahakan penternakan binatang. Belanda telah menjadi pusat utama penternakan lembu tenusu dan lembu daging. Penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu. Barangan tenusu telah dieksport dengan banyak ke England, Perancis dan Sepanyol. Peningkatan eksport telah mendorong kepada pembukaan ladang-ladang penternakan di Amsterdam dan Waterland. Baka-baka dari Friesland dan Gronigen diambil bagi mengekalkan kualiti susu. Lembu- lembu yang diternak juga akan disembelih dan dagingnya dieksport ke kawasan di selatan.
  • 2. Masyarakat agraria juga terlibat dalam industri tekstil. Masyarakat desa mengeluarkan kain yang berasaskan kain bulu dan linen. Pada abad ke- 17, masyarakat desa di Leiden memberi tumpuan kepada industri tekstil berasaskan woolen, camlets, says dan fustians serta menolak penggunaan kain bulu dan linen. Industri tekstil semakin berkembang kerana pemasaran kain ke Mediterranean. Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga bergantung kepada kelautan khasnya perikanan. Kawasan Holland dan Zeeland kaya dengan ikan. Hampir 1/5 daripada penduduk Belanda terlibat dalam industri perikanan. Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal-kapal besar dan merupakan pengeksport utama ikan herring. Ikan herring berkualiti tinggi dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Nelayan perlu berada di laut selama 8 minggu. Ikan yang diperoleh para nelayan akan digaramkan supaya tahan sebelum sampai ke pelabuhan. Industri perikanan Belanda mengalahkan Jerman apabila berjaya merebut pasaran di Baltik. Belanda juga merupakan pengusaha kapal yang terkenal dan terbaik di Eropah. Hal ini kerana, kapal yang dibina adalah berkualiti tinggi, tahan lasak dan boleh memuatkan muatan yang banyak. Buktinya, sebanyak 2500 buah kapal Belanda telah digunakan pada abad ke-17. Tambahan pula, pedagang England, Perancis dan Sepanyol turut menggunakan kapal-kapal buatan Belanda. Pembinaan kapal telah meningkatkan sistem pengangkutan di Belanda. Kapal-kapal Belanda turut membawa barangan pertanian dan galian ke Eropah. Kesannya, sehingga abad ke-17, Belanda telah berjaya menguasai perdagangan Eropah. Kesimpulannya, ekonomi Belanda mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-17. Selain itu, kekayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan bekalan makanan dan bekalan bijirin untuk tempoh 12 tahun. Namun, pada awal abad ke- 18, menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila mendapat saingan daripada negara-negara Eropah yang lain kuhususnya England. Disediakan oleh, LeeroyG (6B2/2014)