Dokumen tersebut membahas tentang sistem otot manusia, termasuk tiga jenis utama otot (otot rangka, kardiak, dan licin) dan bagaimana mereka berfungsi. Otot-otot tersebut memungkinkan pergerakan tubuh dan menopang struktur tubuh. Mereka berkontraksi untuk menghasilkan daya dan berinteraksi satu sama lain untuk memfasilitasi pergerakan yang kompleks.
1. SISTEM OTOT
Ananthan Nadarajan
Muhammad Raheimy
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
2. SISTEM OTOT
●
Manusia direka untuk bergerak.
Pergerakan tubuh badan
manusia berlaku hasil daripada
gabungan sistem rangka dan
otot.
●
Pergerakan dihasilkan oleh
penguncupan dan pemanjangan
otot.
4. 1.1 Perkaitan dengan Otot
• Otot rangka merupakan sejenis otot berstria yang
menghubungkan antara satu tulang ke tulang yang lain
• Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur
badan, dengan mengenakan daya kepada tulang dan sendi
melalui pengecutan
• Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi
saraf.
• Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan
nukleus berbilang.
• Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat
kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi
melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti
humerus.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
5. KOMPONEN SISTEM RANGKA
Fiber Otot
Merupakan sel-sel otot
Sel-sel otot berbentuk
panjang, silinder dan banyak
nuklues.
Berjalur dan bersaiz besar.
Diameter diantara 10-100 µm
Panjang sehingga 40cm.
6. Tisu Penghubung
Endomisium
- Setiap fiber otot dilitupi selaput
tisu penghubung halus yang
dikenali sebagai endomisium
Perimisium
- Perimisium adalah membran
berserat yang menyaluti
beberapa fiber otot bagi
membentuk berkas fiber otot
yang dikenali sebagai fasikel
Epimisium
-Keseluruhan badan otot yang
terdiri daripada fasikel-fasikel
ini disaluti tisu penghubung
kasar yang dikenali sebagai
epimisium
7. Bagaimana otot rangka berfungsi
Kekuatan otot rangka selari dengan kawasan keratan lintangnya. Kekuatan
badan pula bergantung kepada prinsip biomekanik (jarak di antara selitan otot
dan sendi, saiz otot, dan sebagainya). Otot biasanya diatur berlawanan agar
apabila satu kumpulan otot mengucup, satu kumpulan otot lagi mengendur.
Sel otot rangka dirangsangkan oleh asetilkolina yang di bebaskan di
persimpangan neuromaskular oleh neuron motor. Apabila sel dirangsangkan,
retikulum sarkoplasmanya akan membebaskan ion kalsium (Ca2+). Ini akan saling
bertindak dengan miofibril dan, dengan itu, mendorong pengucupan otot
(melalui mekanisma gelongsoran filamen. Selain kalsium, proses ini memerlukan
adenosina trifosfat (ATP). ATP dihasilkan melalui proses yang memetabolismekan
kreatina fosfat dan glikogen yang disimpan dalam sel otot serta glukosa dan asid
lemak yang diperolehi daripada darah.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
8. Setiap neuron motor mengawal sekumpulan sel otot yang
dikenali sebagai "unit motor". Apabila lebih tenaga
diperlukan, dari apa yang dihasilkan oleh satu unit motor,
lebih banyak unit dirangsangkan; ini dikenali sebagai
"penglibatan unit motor". Jika lebih tenaga diperlukan dari
apa yang boleh di dapati dari pengucupan unit semasa,
neuron motor akan menghantar rangsangan tambahan; ini
menyebabkan proses "penjumlahan pengecutan" yang
meningkatkan tahap pengucupan. Jika otot mengucup secara
maksima, ia dikatakan telah mencapai tahap "pengucupan
tetanik".
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
10. Maj or Skelet al Muscles
Rajah 1.0 : Pandangan depan otot rangka
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
11. Maj or Sk elet al Muscles
Rajah 2.0: Pandangan FISIOLOGI otot rangka
PJM 3106 ANATOMI DAN
belakang
12. Ciri-ciri Huraian
Lokasi Melekat pada tulang atau kulit
Bentuk Sel Tunggal, panjang dan berjalur
Kekerapan Kontraksi Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf
Kelajuan Kontraksi Dari perlahan ke cepat
Rentak Kontraksi Tiada
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
13. • Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi pada tulang
rangka.
• Fiber otot rangka merupakan otot yang terpanjang,
mempunyai jalur yang jelas dan terkawal.
• Bertanggungjawab bagi semua pergerakan.
• Halaju penguncupan fiber otot rangka bergantung kepada jenis
fiber sama ada fiber sentak cepat dan fiber sentak lambat.
• Contohnya : semua otot yang melekat pada tulang, otot lidah,
palatinum, hujung esophagus
Rajah 5.0: Gambar Keratan otot Rangka
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
14. Tisu otot rangka
• Otot rangka merupakan sejenis otot berstria
yang menghubungkan antara satu tulang ke
tulang yang lain.
• Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan
postur badan, dengan mengenakan daya
kepada tulang dan sendi melalui pengecutan.
• Otot rangka mengecut secara terkawal
melalui stimulasi saraf.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
15. • Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder
panjang dan nukleus berbilang. Nukleus otot
ini terdapat di bawah membran plasma yang
mengosongkan bahagian tengah gentian otot
untuk miofibril.
• Otot ini biasanya mempunyai salah satu
hujungnya terlekat kepada tulang pegun
seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi
sendi dan melekat kepada tulang yang lain
seperti humerus.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
16. Ciri-ciri Otot Rangka
i. Kebolehujaan (irritability/excitability)
– Kemampuan otot untuk menerima dan bertindak
balas terhadap rangsangan yang diterima.
– Keupayaan ini membolehkan otot untuk mengucup.
ii. Kebolehkuncupan (contractibility)
– Keupayaan otot untuk menguncup atau memendek
apabila menerima rangsangan.
– Daya dihasilkan apabila otot menguncup.
– Ciri ini membezakan tisu otot dengan tisu-tisu yang
lain.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
17. iii. Kebolehpanjangan (extensibility)
– Keupayaan otot untuk meregang atau
memanjang.
– Fiber otot akan memendek apabila
menguncup tetapi boleh memanjang
melebihi panjang asal apabila otot relak.
iv. Kebolehpanjangan (Elasticity)
– Keupayaan otot untuk kembali semula ke
panjang asal selepas meregang atau
menguncup.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
19. 1.3 Kardiak dan Tisu Otot Lembut
Otot Kardiak
Rajah 6.0: Sel otot kardiak
Rajah 7.0: Otot Kardiak
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
20. Ciri-ciri Huraian
Lokasi Dinding jantung
Bentuk Sel Berangkai dan berjalur
Kekerapan Luar kawal dan diikawal oleh perentak
Kontraksi jantung.
Kelajuan Kontraksi Perlahan
Rentak Kontraksi Ada
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
22. Rajah 8.0: Sel otot Licin
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
Rajah 9.0 :kedudukan Sel otot Licin
23. Ciri-ciri Huraian
Lokasi Dinding organ viseral seperti perut, pundi
kencing dan saluran jantung
Bentuk Sel Tunggal dan tidak berjalur
Kekerapan Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf,
Kontraksi hormon, bahan kimis dan regangan.
Kelajuan Kontraksi Sangat perlahan
Rentak Kontraksi Ada pada otot-otot tertentu sahaja
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
25. 2.1 Terminologi otot
FUNGSI OTOT
• Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh
peguncupan otot.
• Otot memberi bentuk pada manusia untuk menyokong
tubuh badan dan mengekalkan postur.
• Menstabilkan sendi. Otot-otot rangka menstabilkan
sendi-sendi terutama pada pergerakan yang
melibatkan banyak sendi.
• Menghasilkan haba. Sel-sel badan menghasilkan haba
sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting untuk
mengekalkan suhu normal badan
• 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
26. 2.2 Nama-nama otot
NAMA LOKASI
Leher
o Ernokleidomastoid o leher
Depan tubuh
o pektoralis major o toraks
o rectal abdomen o abdomen
o eksternal oblik o sisi abdoman
Bahu/lengan
o dektoid o bahu
o biseps o anterior lengan
o triseps o posterior lengan
Belakang tubuh
o trapezius o atas posterior badan
o latisimus dorsi o bawah posterior badan
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
27. NAMA LOKASI
Pinggul
o gluteus maksimum o punggung
Paha
o sartorius o anterior paha
o Kuadriseps
Rektusfemoris anterior paha
Vastusleteral internal paha
Vastus medial medial paha
Vastusintermedius anterior paha
o Hamstring
Bisepsfemoris posterior paha
Semitendinosus posterior paha
semimembranosus posterior paha
Kaki
o gastroknemeus o betis
o soleus o betis
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
29. Jenis-jenis otot rangka
Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i. Otot aksial
– Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka
seperti tulang vertebra, tulang rusuk dan sternum.
– Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.
•
ii. Otot apendikular
– Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang
apendikular seperti radius, ulna, femur, humerus, patella.
– Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
37. 4.1 Otot bahu dan tangan
Rajah 15: Otot Bahu dan tangan
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
38. 4.2 Otot kaki
Rajah 16: Otot kaki
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
39. INTERAKSI OTOT- OTOT DALAM
PERGERAKAN RANGKA
“Saling tindakan otot-otot”
Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau
bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan.
40. Otot-otot akan bertindak secara berkumpulan dan ia
melibatkan:
Agonis
•Otot-otot penggerak utama (prime movers)
•Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan
pergerakan khusus
•Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk
pergerakan khusus
•Contoh: biseps brakii dan brakialis
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
41. Antagonis
●
Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan
otot penggerak utama.
Apabila agonis menguncup, antagonis akan
●
mengendur atau relaks.
●
Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan
pergerakan yang dilakukan oleh agonis.
Contoh: triseps brakii
●
42. Sinergis
•Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak
utama.
•Sinergis menambah daya pada pelekatan otot.
•Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot
itu melekat.
•Contoh: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan
brakialis bertindak sebagai sinergis untuk
membengkok sendi siku.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI
44. PENGUNCUPAN OTOT RANGKA
Jenis-jenis penguncupan otot
●
Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup.
●
Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk
ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen-
filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-duanya untuk
menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam
fiber otot.
Terdapat 3 jenis penguncupan otot rangka iaitu:
●
Penguncupan isometrik (penguncupan statik)
●
Penguncupan Isotonik
●
Penguncupan Isokinetik
45. Penguncupan Isometrik (Penguncupan Statik)
●
Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan
tetapi menghasilkan daya.
●
Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan
pada kepanjangan otot.
●
Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku
bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otot
triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya
47. Penguncupan Isotonik
●
Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot
memendek bagi menghasilkan daya mengatasi
rintangan yang bergerak.
●
Penguncupan isotonik boleh berlaku secara
konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik
melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.
●
Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat
‘dumbell’. Penguncupan esentrik melibatkan
pemanjangan fiber otot.
49. Penguncupan Isokinetik
●
Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan
yang tetap sepanjang pergerakan.
●
Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan
peralatan yang dapat mengawal halaju pergerakan
tersebut.
●
Contoh: Pengunaan mesin “multi-gym’.
Bench press
50. Halaju Penguncupan
●
Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan
penguncupan otot.
●
Halaju penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan
yang dilakukan.
●
Terdapat dua jenis fiber otot yang mempengaruhi
halaju penguncupan iaitu fiber sentak cepat dan fiber
sentak lambat
●
Peratusan fiber sentak cepat dan lambat ini dalam otot
begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang
individu.
52. 5.1 Kesan umur ke atas sistem otot
– Osteoatraifis – sendi-sendi sengal, otot-otot akan
menjadi tidak anjal.
– Tindakan refleks otot menjadi lembab.
– Tulang, sendi dan otot menjadi semakin lemah.
– Individu mudah tercedera dan tulang mudah
patah dan retak.
– Otot mulai kendur.
– Postur badan mulai berubah akibat daripada
pegangan otot yang mulai lemah.
– Pergerakan menjadi kurang aktif.
PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI