Dokumen tersebut membahas konsep semantik dan berbagai aspek yang terkait dengannya, seperti makna denotatif dan konotatif, hubungan antara kata, konsep dan rujukan, serta jenis hubungan makna antar kata seperti sinonim, antonim, hiponim, dan lainnya. Dokumen ini juga menjelaskan perubahan makna yang dapat terjadi pada suatu kata akibat meluasnya atau penyempitan arti seiring ber
2. KONSEP SEMANTIK
◦ Dari segi etimologi, Perkataan semantic berasal sema dalam Bahasa Yunani yang
membawa maksud lambang.
◦ secara umumnya, semantik merupakan kajian berkenaan makna sesuatu perkataan,
frasa,ayat dalam sesuatu bahasa yang digunakan dalam komunikasi lisan atau
tulisan.
3. MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF
◦ Makna denotatif
◦ ialah makna sebenar/makna asal/makna tersurat bagi sesuatu perkataan atau frasa.
◦ disamakan dengan makna rujukan kerana lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian
berdasarkan konteks biasa
◦ contohnya:
◦ sekolah - tempat untuk belajar
◦ harimau - spesies haiwan karnivor
◦ bunga - bahagian pada tumbuhan yang berbau harum
◦ Makna konotatif
◦ ialah makna tersirat/makna tambahan bagi sesuatu perkataan/frasa
◦ contohnya:
◦ bunga - anak gadis/anak dara
◦ buaya - lelaki yang suka memikat perempuan
◦ galah - tinggi
4. KONSEP,PERKATAAN DAN RUJUKAN
◦ Bidang semantik membincangkan hubung kait antara konsep atau makna sesuatu perkataan, lambangnya dengan
benda atau perkara yang dirujuk.
◦ Setiap perkataan:
◦ terbentuk daripada bunyi atau fonem
◦ mempunyai konsep atau makna
◦ Makna sesuatu perkataan dapat dihubungkaitkan dengan tiga aspek iaitu:
◦ kata (sama ada bunyi (lisan) atau lambang (tulisan)
◦ konsep atau makna (bentuk abstrak yang wujud dalam fikiran)
◦ rujukan (perkara atau benda yang dirujuk)
6. Garis putus-putus hubungan antara lambang (bunyi) dengan objek (rujukan) adalah bersifat
tidak langsung/ arbitrari
Dengan kata lain, hubungan tidak langsung ini tidak ada hubungan mutlak dengan
deretan fonem yang membentuk kata itu dengan maknanya
7. Contoh:
◦ Gadis
◦ melambangkan konsep makna orang perempuan yang belum berkahwin
◦ konsep tersebut bersifat umum
◦ oleh itu, perkataan gadis mempunyai hubungan yang bersifat langsung antara perkataan/lambang dengan konsep/makna
◦ hubungan antara konsep/makna dengan rujukan/benda juga bersifat langsung.
◦ Anjing
◦ Berbeza istilah dalam pelbagai bahasa (dog-inggeris, perro -mexico, chien-Perancis
◦ perkataan tersebut tidak mempunyai hubungan langsung antara perkataan dengan benda yang dirujuknya
8. PERKAITAN MAKNA DARI SEGI LEKSIKAL
◦ Perkaitan makna dari segi leksikal-hubungan makna antara satu kata dengan kata yang lain.
◦ Jenis perkaitan makna dari segi leksikal ialah:
1. sinonim
2. antonim
3. hiponim
4. homonim
5. meronim
6. polisemi
9. SINONIM
◦ Bermaksud ungkapan (perkataan atau frasa) yang maknanya sama atau hampir sama dengan perkataan atau
frasa yang lain.
◦ contohnya:
◦ ibu - emak
◦ gemuk - gempal
◦ cantik - ayu
◦ tinggi - tonjeng
◦ bersih - tidak dicemari
◦ ada kalanya, kata-kata bersinonim tidak mempunyai kesamaan makna seratus peratus
◦ contohnya:
◦ kereta - motokar
◦ walaupun bersinonim, kata kereta tidak boleh ditukar ganti dalam konteks tertentu. Misalnya, kereta kuda (/), motokar kuda (x)
10. ANTONIM
◦ Bermaksud perkataan yang berlawanan makna
◦ hubungan antara dua perkataan yang berantonim turut bersifat dua hala
◦ contoh:
◦ panjang - pendek
◦ tua - muda
◦ tinggi - rendah
◦ antonim banyak terdapat pada golongan kata adjektif
11. HIPONIM
◦ Hiponim merujuk kepada perkataan yang perkaitannya dapat dilihat dari sudut umum
dan khusus. perkataan khususnya terkelompok di bawah perkataan umum.
◦ contohnya:
◦ mawar, kemboja (khusus) tergolong dalam kelompok bunga (umum)
◦ kucing, kuda (khusus) tergolomg dalam kelompok haiwan (umum)
◦ umum disebut superordinat manakala khusus disebut subordinat atau hiponim.
13. HOMONIM
◦ Bermaksud perkataan/ungkapan yang bentuknya sama dengan perkataan/ungkapan lain tetapi
berbeza maknanya
◦ Bentuknya sama (Homofon dan homograf) homo-sama, fon-bunyi, graf-tulisan
◦ misalnya:
◦ Daki-kotoran pada pakaian atau badan
◦ Daki- perbuatan memanjat
◦ (homofon (/) homograf (/) maksud berbeza)
◦ ketam-hidupan akuatik
◦ ketam-alat untuk melicinkan permukaan kayu
◦ (homofon (/) homograf (/) maksud berbeza)
14. HOMONIM :HOMOFON
◦ masa (waktu) / massa (jumlah yang banyak) - sama bunyi,
tulisan lain, makna lain
◦ kuota (bilangan maksimum yang dibenarkan) / kota (bandar)
- sama bunyi, tulisan lain, makna lain
15. HOMONIM:HOMOGRAF
◦ Perang (warna) / perang (pertempuran dua pihak) - tulisan
sama, bunyi berbeza, maksud berbeza
◦ sepak (tendang) / sepak (lempang) - tulisan sama, bunyi
berbeza, maksud berbeza
16. MERONIM
◦ bermaksud perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada sesuatu keseluruhan yang lebih besar atau ahli
kepada sesuatu yang dikenali sebagai holonim (keseluruhan)
◦ contohnya:
Holonim Meronim
rumah tangga, tiang seri, zing, bumbung, tingkap, pintu
kereta pintu, tingkap, ekzos, stereng, tayar, rim
baju kocek, lengan baju, zip, butang, jahitan
17. POLISEMI
◦ Perkataan yang mempunyai banyak makna iaitu makna berbeza apabila digunakan dalam konteks/ayat yang
berlainan.
◦ misalnya:
◦ kering - tidak berair
◦ kering - tidak lembap
◦ kering - tidak berwang
◦ kering - kawasan yang tidak menerima hujan
◦ jatuh - gugur
◦ jatuh - turun/merosot
◦ jatuh - terbenam
◦ jatuh - bersamaan dengan
◦ jatuh - tumbang
◦ jatuh - bankrap
◦ jatuh - menjadi
18. PERUBAHAN MAKNA
◦ Makna tidak berubah secara sinkronik atau pada masa tertentu tetapi
berubah mengikut peredaran zaman (secara diakronik). Hal ini
demikian menyebabkan sesetengah kata mengalami perubahan
makna.
◦ Terdapat dua jenis perubahan makna
◦ Peluasan makna
◦ penyempitan makna
19. PELUASAN MAKNA
◦ Terhasil apabila perkataan yang asalnya mendukung makna yang khusus atau satu makna diluaskan /diberi
makna lainyang lebih luasatau bersifat umum.
◦ contohnya:
kata/leksem makna asal peluasan makna
saudara orang yang ada pertalian
darah (saudara)
• orang yang mempunyai
hubungan perkahwinan
• org yang beragama islam
• panggilan KGNDK2 untuk orang
lelaki
• kata sapaan untuk hadirin
klinik tempat untuk merawat • pusat latihan (klinik bola sepak)
20. kata/leksem makna asal peluasan makna
semangat roh atau jiwa kemahuan/keinginan untuk
melakukan sesuatu
putera anak lelaki keturunan raja anak lelaki (org kebanyakan)
taman kebun/kawasan ditanami pelbagai
jenis bunga
tempat/kawasan yang dibina
secara terancang untuk tujuan
dengan penyediaan
insfrastruktur
21. PENYEMPITAN MAKNA
◦ sesuatu kata yang pada asalnya memiliki makna yang umum, tetapi kemudiannya makna kata itu menjdi lebih
khusus atau terhad. (asal membawa banyak maksud kemudian maksud terhad)
◦ contohnya:
kata/leksem makna asal (umum) penyempitan makna
(khusus)
ustazah guru wanita guru wanita yang
mengajar pendidikan
Islam
Khalwat • mengasingkan diri
• bersunyi untuk
beribadah
perbuatan sumbang
antara lelaki dan wanita di
tempat yang tersembunyi