Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.

NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr

239 Aufrufe

Veröffentlicht am

NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
27 November 2016 (Ahad)

oleh Ustaz Syahmi Syazeril Azmi, Ibrah Paradigm
anjuran MIZAN, HIKMAH Wilayah dan WAMY Malaysia

Veröffentlicht in: Bildung
  • Als Erste(r) kommentieren

NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr

  1. 1. Kisah Ummul Mukminin ‘Aisyah binti Abi Bakr
  2. 2. Biografi ‘Aisyah Aisyah binti Abi Bakar As Siddiq bin Abi Quhafah Uthman bin Amir bin Umar bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Fahr bin Malik. Aisyah binti Ummu Ruman binti Amir bin Uwaimir bin Abd Syams bin Itab bin Adzinah bin Sabi’ bin Wahban bin Harits bin Ghanam bin Malik bin Kinanah. Gelarannya : Humaira’ / As Siddiqah
 
 (Petikan Sirah Sayyidah Aisyah Ummul Mukminin, karangan Sulaiman An Nadwi)
  3. 3. ‘Aisyah Sebelum Berkahwin Seorang yang sangat cergas (disaksikan sendiri oleh Rasulullah SAW sewaktu ziarah ke rumah Abu Bakr) Mentaati kedua ibu bapanya dan hidup di dalam suasana keluarga Muslim (kedua-dua ibu bapa telah memeluk Islam saat kelahirannya).
 ‘Aisyah r.a berkata :“Ketika pertama kali aku mengenal ayah-ibuku, keduanya telah memeluk Islam” (Rujukan: Sirah Sayyidah Aisyah Ummul Mukminin, karangan Sulaiman An Nadwi)) Datang dari keluarga yang kaya dan berada. Suka bermain bersama teman-teman seumur dengannya. (seperti kanak-kanak lain)
  4. 4. Perkahwinan Dengan Rasulullah SAW ‘Aisyah adalah pilihan Allah buat Rasulullah SAW. 
 
 “Sebelum menikahimu, aku pernah melihatmu dua kali di dalam mimpi.Aku melihat malaikat membawa secarik kain yang terbuat dari sutera. Ku katakan kepadanya, ‘singkaplah’. Malaikat itu pun menyingkapnya, dan ternyata kain itu memuat gambarmu. Lalu ku katakan ‘jika ini merupakan ketetapan Allah, maka Dia pasti akan membuatnya terjadi’. Pada kesempatan lain, aku kembali melihatnya datang membawa secarik kain yang terbuat dari sutera. Maka ku katakan kepadanya,‘singkaplah’ dan ternyata kain itu memuat gambarmu. Lalu aku berkata ‘jika ini merupakan ketetapan Allah, maka Dia pasti akaan membuatnya terjadi’.” (Riwayat Bukhari) Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah pada umur 9 tahun. (Imam Bukhari dalam kitab Al Manaqib hadis ke 3894, Imam Muslim dalam kitab An Nikah hadis ke 1422 dan Imam An Nasaie dalam kitab An Nikah hadis ke 3378) Satu-satunya isteri Nabi Muhammad SAW yang dikahwini dalam keadaan masih dara
  5. 5. Romantiknya Rasulullah SAW bersama-sama Aisyah ‘Aisyah meletakkan dagunya di bahu Rasulullah SAW dan menyandarkan pipinya bertemu pipi Rasulullah SAW sewaktu Habasyah (orang kulit hitam) menganjurkan pameran perang (pameran tombak). Rasulullah minum dan makan di bekas tempat minum dan makan nya ‘Aisyah. Saat ‘Aisyah menceritakan tentang 11 orang wanita yang hidup sebelum Muhammad diangkat menjadi Rasulullah SAW.
  6. 6. ‘Aisyah Pada Kacamata Rasulullah SAW Hadith dari Amru bin Al Asr. Bertanya kepada Rasulullah SAW:
 
 “Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau cintai? Rasullullah SAW menjawab;‘Aisyah. Beliau bertanya lagi; Maksudku jika dari kalangan laki-laki? Rasulullah SAW menjawab;Ayah ‘Aisyah r.a” Rasulullah SAW wafat di rumahnya ‘Aisyah dan di riba ‘Aisyah r.a Allah mengiktiraf perhubungan Rasulullah dengan ‘Aisyah sehingga Allah jugalah yang melindungi rumah tangga mereka dari fitnah
  7. 7. Kualiti Aisyah R.A Berkeyakinan tinggi. Tegas dan punya pendirian / kritis. Berpengetahuan, bahkan Faqih. (pengiktirafan dari tokoh Hadith seperti Ibn Hajar) Fasih dalam pertuturan. (antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang perawi Hadith) Seorang pencinta dan romantis.
  8. 8. ‘Aisyah;Tauladan buat Para Wanita Qanita - Devoted to Allah Mukmina - Believer Soliha - Righteous Musliha - Innocent ‘Alima - Learned / Wise Murabbiyah - Educator
  9. 9. Kewafatan ‘Aisyah r.a ‘Aisyah jatuh sakit dan wafat pada umur 66 tahun. Setengah ulama’ mengatakan 67 tahun. Kisah bila Abdullah Ibn Abbas menziarahi ‘Aisyah ketika sakit. Jenazahnya diimamkan oleh Abu Hurairah dan dimaqamkan di perkuburan Baqi’.
  10. 10. ‘Aisyah;Wanita Sebutan Al Quran “Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).”
  11. 11. ‘Aisyah;Wanita Sebutan Al Quran Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.Tiap- tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
  12. 12. ‘Aisyah;Wanita Sebutan Al Quran Pensyariatan tayammum. Asbabun Nuzul Surah Al Maidah ; 6 Peristiwa ‘Aisyah yang kehilangan kalung lehernya.

×