1. LUQMAN BIN ZAA’BA
L20191011329
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM
Forum 1.
Bincangkan langkah-langkah berkesan yang boleh diambil oleh guru penasiha tunjuk
meningkatkan komitmen pelajar pada setiap pertemuan aktiviti kokurikulum yang mereka
sertai.
Aktiviti kokurikulum adalah satu asas dan perkara penting di sekolah dalam membina jati diri
pelajar di sekolah melalui sukan dan persatuan. Pada pandangan saya, terdapat beberapa
langkah atau pun cara berkesan yang boleh diambil oleh guru penasihatu untuk
meningkatkan komitmen pelajar pada setiap pertemuan aktiviti kokurikulum yang mereka
sertai. Langkah yang pertama adalah guru yan membimbing para pelajar mereka dalam setiap
sesi pertemuan bersama pelajar mestilah mempunyai sikap dan disiplin yang baik. Ini adalah
menjadi contoh bagi mereka dalam menanam rasa suka untuk para pelajar menikmati setiap
sesi pertemuan persatuan ataupun kelab yang diadakan. Seterusnya, guru juga perlu
mempunyai kemahiran yang sesuai dengan kelab atau persatuan bagi setiap pelajar yang
mengambil bahagian kerana melalui kemahiran yang ada pada guru juga menjadi faktor
untuk pelajar mempunyai perasaan ingin tahu setiap apa yang meereka dengar dan pelajari.
Melalui dua langkah ini mampu membantu para guru penasihat bagi setiap pertemuan mereka
bersama pelajar-pelajar mereka.