SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 17
Downloaden Sie, um offline zu lesen
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 62
_______________________________________________________________________________



                                        UNIT 5

         MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH


  HASIL PEMBELAJARAN
  Di akhir unit ini anda akan dapat:

  1.     menerangkan asas-asas penentuan mata pelajaran.
  2.     memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang
         terdapat dalam KBSR.
  3.     memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang
         terdapat dalam KBSR.
  4.     membuat perbandingan antara mata pelajaran dalam KBSR dengan mata
         pelajaran dalam KSSR.



  PETA KONSEP TAJUK

                                 Mata Pelajaran Sekolah
                                        Rendah

                                                                  Asas Penentuan
                                                                  Mata Pelajaran




          Mata Pelajaran                                     Mata Pelajaran
              KBSR                                               KSSR




                   Teras
                                              Tahap 1                           Tahap 2


                   Wajib                           Modul Teras            Teras
                                                      Asas

                 Tambahan
                                                   Modul Teras            Elektif
                                                     Tema


                                                        Modul
                                                        Elektif
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 63
_______________________________________________________________________________


  PENGENALAN
  Di negara ini, penawaran mata pelajaran di sekolah-sekolah rendah adalah secara
  berpusat dan standard di seluruh negara. Matlamat umum pendidikan sama ada
  Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Standard Sekolah
  Rendah (KSSR) adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dalam
  segenap bidang. Sehubungan itu, untuk membimbing murid-murid bagi mencapai
  matlamat pendidikan KBSR atau KSSR itu, maka mata pelajaran mengikut bidang
  disusun dan diajarkan kepada murid-murid. Para guru wajar mempunyai pemahaman
  yang mendalam tentang mata pelajaran yang diajar di sekolah. Guru juga perlu
  menyedari kepentingannya serta perkaitannya antara satu dengan lain. Terdapat lebih
  sepuluh mata pelajaran yang diajar di peringkat sekolah rendah di negara ini. Walaupun
  dari segi pelaksannaannya mata pelajaran itu diajar secara terpisah-pisah, namun pada
  prinsipnya setiap mata pelajaran itu merupakan entiti yang saling lengkap-melengkapi ke
  arah pembentukan pelajar yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi jasmani,
  emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan kehendak FPK.



  ISI KANDUNGAN

  Apakah yang menjadi asas dalam sesuatu mata
  pelajaran?
  Secara umumnya, penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada reka bentuk
  kurikulum yang ditetapkan. Reka Bentuk sesuatu kurikulum pula bergantung kepada
  banyak faktor yang menjadi asasnya seperti falsafah pendidikan, politik sesebuah
  negara, sejarah, keadaan sosial serta budaya, aliran semasa dan banyak lagi.
  Umpamanya dalam era globalisasi, kurikulum yang dibentuk bersifat ke arah
  menyediakan global education expertise selain insan ulul al-bab. Dalam konteks
  Malaysia, secara khususnya mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah
  kearah mencapai matlamat KBSR atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang
  terkandung dalam FPK.

  Selain itu, kandungan serta kaedah penyampaian sesuatu mata pelajaran adalah
  berasaskan kepada senario yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan
  kemajuan ekonomi, sosial, politik dan teknologi masa kini dan akan datang. Mengikut
  UNESCO, penentuan sesuatu mata pelajaran berasaskan empat tonggak utama iaitu:

         belajar untuk mengetahui (learning to know)
         belajar untuk bertindak (learning to do)
         belajar untuk membentuk peribadi (learning to be)
         belajar untuk hidup bersama (learning to live together)

  Sesuatu mata pelajaran yang ditetapkan juga perlu dapat memberi peluang bagi mengisi
  dua keperluan utama iaitu keperluan individu (dimensi intrinsik) dan keperluan sosial
  (dimensi instrumental) yang selaras dengan konsep al-ulum insaniah dan al-ulum
  kauniyah.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 64
_______________________________________________________________________________


  Apakah mata pelajaran dalam KBSR?
  Mata pelajaran dalam KBSR secara umumnya dapat dikategorikan kepada tiga kategori
  utama seperti berikut:

         Mata Pelajaran Teras
         Mata Pelajaran Wajib
         Mata Pelajaran Tambahan



           Apakah Mata Pelajaran Teras?

  Dalam sistem pendidikan kebangsaan, mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang
  menjadi asas utama pendidikan murid-murid di semua sekolah. Mata pelajaran teras
  mesti dipelajari oleh semua murid di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
  Murid-murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terkandung dalam
  mata pelajaran ini. Sehubungan itu mata pelajaran teras seperti mata pelajaran bahasa,
  Matematik dan Sains diberi peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih
  bagi membolehkan murid-murid betul-betul dapat menguasainya. Berikut ialah mata
  pelajaran teras dalam KBSR:

         Bahasa Melayu
         Bahasa Inggeris
         Bahasa Cina (di SJKC)
         Bahasa Tamil (di SJKT)
         Matematik
         Sains
         Kajian Tempatan
         Pendidikan Islam (Murid-murid Islam )
         Pendidikan Moral (Murid-murid bukan Islam )



      Apakah Mata Pelajaran Wajib?

  Mata pelajaran wajib ialah kategori mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua
  murid. Pembelajaran mata pelajaran wajib adalah bagi membantu perkembangan yang
  berterusan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang ada pada murid-murid
  selaras dengan kehendak FPK. Berikut ialah mata pelajaran wajib dalam KBSR:

         Pendidikan Jasmani
         Pendidikan Kesihatan
         Kemahiran Hidup
         Pendidikan Seni Visual
         Pendidikan Muzik
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 65
_______________________________________________________________________________


      Apakah Mata Pelajaran Tambahan?

  Mata pelajaran dalam kategori ini adalah sebagai tambahan kepada mata pelajaran
  teras dan mata pelajaran wajib. Mata pelajaran ini diajar kepada murid-muriod yang
  berminat untuk mempelajarinya. Berikut ialah contoh mata pelajaran tambahan yang
  diajar dalam KBSR:

         Bahasa Cina (di SK dan SJKT)
         Bahasa Tamil (di SK dan SJKC)
         Bahasa Arab ( Komunikasi )
         Bahasa-bahasa suku kaum seperti bahasa Kadazan, bahasa Semai dan
         sebagainya


  Apakah mata pelajaran mengikut bidang dan
  komponen dalam KBSR?
  Mata pelajaran di sekolah rendah juga boleh dikategorikan mengikut     bidang dan
  komponen. Terdapat tiga bidang mata pelajaran dalam KBSR iaitu:

         Komunikasi
         Manusia Dan Alam Kelilingnya
         Perkembangan Diri Individu

  Daripada penyusunan mengikut bidang-bidang, mata pelajaran disusun pula mengikut
  komponen bidang. Terdapat lima komponen bidang mata pelajaran dalam KBSR iaitu:

         Kemahiran Asas
         Kerohanian, Nilai dan Sikap
         Manusia dengan Persekitaran
         Kemahiran Hidup
         Kesenian dan Rekreasi


  Secara ringkasnya agihan bidang, komponen serta mata pelajaran yang berkaitan ialah
  seperti Jadual 5.1
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 66
_______________________________________________________________________________



                                    Jadual 5.1
                 Mata Pelajaran KBSR Mengikut Bidang Dan Komponen


                                                           Mata Pelajaran
            Bidang          Komponen
                                                 Tahap 1                  Tahap 2

       KOMUNIKASI         • Kemahiran     •   Bahasa Pengantar   •   Bahasa Pengantar
                           Asas           •   Bahasa Melayu*     •   Bahasa Melayu*
                                          •   Bahasa Inggeris    •   Bahasa Inggeris
                                          •   Matematik          •   Matematik

       MANUSIA DAN        • Kerohanian    • Pendidikan Islam     • Pendidikan Islam
       ALAM KELILING      • Nilai Dan     • Pendidikan Moral     • Pendidikan Moral
       NYA                 Sikap                                 • Sivik dan
                                                                     Kewarganegaraan

                          • Manusia       • Sains                • Sains
                           Dengan                                • Kajian Tempatan
                           Persekitaran

       PERKEMBANGAN       • Kemahiran                            • Kemahiran Hidup
       DIRI INDIVIDU       Hidup

                          • Kesenian      • Pendidikan Seni      • Pendidikan Seni
                           Dan                Visual                 Visual
                           Rekreasi       • Pendidikan Muzik     • Pendidikan Muzik
                                          • Pendidikan           • Pendidikan Jasmani
                                              Jasmani Dan            Dan Pendidikan
                                              Pendidikan             Kesihatan
                                              Kesihatan

                                          • Kokurikulum          • Kokurikulum
                                          • Perhimpunan          • Perhimpunan

         * untuk SJKC dan SJKT
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 67
_______________________________________________________________________________




    AKTIVITI 5.1


    Senaraikan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi Tahap 1 dan Tahap 2
    dalam KBSR.

                                          Mata Pelajaran KBSR



                   Mata Pelajaran Teras                   Mata Pelajaran Wajib
              Tahap 1            Tahap 2                Tahap 1         Tahap 2




                                    Mata Pelajaran Tambahan
                                    Tahap 1           Tahap 2
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 68
_______________________________________________________________________________




      AKTIVITI 5.2

         Huraikan bagaimana mata pelajaran dalam KBSR diorganisasikan bagi
         memberi peluang pembelajaran murid-murid supaya dapat berlaku
         perkembangan secara harmonis, seimbang dan menyeluruh selaras dengan
         kehendak FPK.

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________

         _____________________________________________________________
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 69
_______________________________________________________________________________


  Memperkasa Sekolah Kebangsaan adalah salah satu teras strategik Plan Induk
  Pembangunan Pendidikan (PIPP). Salah satu langkah yang diambil untuk memperkasa
  Sekolah Kebangsaan, ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Cina
  Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan selaras dengan
  keputusan Mesyuarat Kabinet pada 27 April 2005. Pelaksanaan pengajaran dan
  pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil
  Sekolah Kebangsaan ialah mulai tahun 2007 untuk murid Tahun 1, selaras dengan surat
  pekeliling ikhtisas KP(BS/PSR) 8502/15/006/Jld.II(32) bertarikh 9 Disember 2005.
  Kedua-dua mata pelajaran tersebut mengambil alih mata pelajaran bahasa tambahan
  iaitu Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi yang diperkenalkan mulai
  tahun 2003 kepada murid Tahun I di Sekolah Kebangsaan melalui surat pekeliling
  ikhtisas KP(BS)8591/Jld.XVIII(8) bertarikh 1 Oktober 2002.

  Pelaksanaan j-QAF adalah juga untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan. Pelaksanaan
  j-QAF bermula pada tahun 2005 mengikut pekeliling KB(BS)8591/Jld.XVII(13) bertarikh
  30 Disember 2004. Sebelum ini pembelajaran tulisan Jawi adalah untuk Tahun 1 sahaja
  iaitu bagi tempoh enam bulan pertama persekolahan di Tahun 1. Dalam pelaksanaan j-
  QAF, guru perlu memberi tumpuan khusus kepada penguasaan kemahiran menulis Jawi
  dan membaca Al-Quran. Peruntukan waktu dalam seminggu bagi tujuan ini adalah, Al-
  Quran 90 minit; Jawi 60 minit dan asas Ulum Syari'iyah 30 minit. Pelaksanaan j-QAF
  menyumbang kepada usaha memperkasa Sekolah Kebangsaan; iaitu dengan adanya j-
  QAF di Sekolah Kebangsaan maka ibu bapa Islam tidak perlu sangsi lagi dengan kualiti
  pendidikan yang diperolehi oleh anak-anak; kerana terdapat segelintir ibu bapa Islam
  yang merasa aspek-aspek tertentu seperti jawi, Al-Quran, fardhu ain dan bahasa Arab
  tidak diberi penegasan di Sekolah Kebangsaan sehingga mereka lebih gemar memilih
  untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau sekolah
  agama yang lain.



  Apakah mata pelajaran dalam KSSR?
  Terdapat sedikit perbezaan dari segi mata pelajaran dalam KSSR mengikut tahap
  walaupun pada asasnya adalah sama.


      Mata pelajaran Tahap 1 KSSR
  Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga kelompok utama
  mengikut modul iaitu:

         Modul Teras Asas
         Modul Teras Tema
         Modul Elektif

  Jadual 5.2 menunjukkan mata pelajaran KSSR Tahap 1 yang dikelompokkan mengikut
  modul-modul.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 70
_______________________________________________________________________________


                                       Jadual 5.2
                      Mata Pelajaran KSSR Tahap 1 Mengikut Modul

       Modul Teras Asas            Modul Teras Tema                Modul Elektif

      Bahasa Malaysia             Seni Visual dan Muzik        Bahasa Arab
      Bahasa Inggeris             Dunia     Sains     dan      Bahasa Cina (BCSK)
      Bahasa Cina (SJKC)          Teknologi                    Bahasa Tamil (BTSK)
      Bahasa Tamil (SJKT)         Malaysia Negaraku            Bahasa Iban
      Pendidikan Islam                                         Bahasa Kadazandusun
      Pendidikan Moral
      Pendidikan Jasmani
      Pendidikan Kesihatan
      Matematik


  Dalam Modul Teras Asas, Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid yang beragama
  Islam dan Pendidikan Moral dipelajari oleh murid yang bukan beragama Islam. Dalam
  Modul Teras Tema beberapa disiplin ilmu digabungkan ke dalam tema Seni Visual dan
  Muzik; tema Dunia Sains dan Teknologi; dan tema Malaysia Negaraku. Modul elektif
  pula memberi peluang kepada murid untuk berkemahiran komunikasi dalam pelbagai
  bahasa seperti bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun. Sekolah perlu
  membuka kelas sekurang-kurangnya untuk satu bahasa tersebut. Walau bagaimanapun
  perkara ini adalah tertakluk kepada kesediaan sekolah terutama dari segi tenaga
  pengajar, kemudahan pembelajaran serta permintaan ibu bapa murid.



         Mata pelajaran Tahap 2 KSSR
  Mata pelajaran Tahap 2 dalam KSSR dikelompokkan kepada dua kategori utama iaitu
  Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi Mata Pelajaran Teras, mata
  pelajaran diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu:

         Tunjang Komunikasi
         Tunjang Sains & Teknologi
         Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika
         Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai
         Tunjang Kemanusiaan

  Bagi mata pelajaran teras, mata pelajaran diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu
  Tunjang Komunikasi Elektif. Jadual 5.3 menunjukkan mata pelajaran KSSR Tahap 2
  yang dikelompokkan mengikut kategori Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 71
_______________________________________________________________________________


                                          Jadual 5.3
                        Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif
                              KSSR Tahap 2 Mengikut Tunjang

                   Mata Pelajaran Teras                      Mata Pelajaran Elektif

       1. Tunjang Komunikasi
          •   Bahasa Malaysia,
          •   Bahasa Inggeris,
          •   Bahasa Cina,
          •   Bahasa Tamil

       2. Tunjang Sains & Teknologi
          •   Matematik,
          •   Sains,
          •   Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi          1. Tunjang Komunikasi Elektif
              Maklumat dan Komunikasi
                                                            •   Bahasa Arab
      3. Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika            •   Bahasa Cina Sekolah
                                                                Kebangsaan,
          •   Pendidikan Jasmani,                           •   Bahasa Tamil Sekolah
          •   Pendidikan Kesihatan,                             Kebangsaan,
          •   Pendidikan Muzik,                             •   Bahasa Iban, Bahasa
          •   Pendidikan Seni Visual                            Semai
                                                            •   Bahasa Kadazandusun
      4. Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai
          •   Pendidikan Islam
          •   Pendidikan Moral

      5. Tunjang Kemanusiaan
          •   Sejarah




       Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk
       pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
       pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
       dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan
       nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif,
       kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan
       secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid.

                                      Bahagain Perkembangan Kurikulum, KPM (2011)
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 72
_______________________________________________________________________________



        AKTIVITI 5.3

        Bagaimanakah mata pelajaran dalam KBSR dan mata pelajaran KSSR dapat
        anda dibandingbezakan?



                         KBSR                             KSSR
         1.




         2.




         3.




         4.




         5.




  Bahasa Malaysia KSSR

  Di Tahap 1, Bahasa Malaysia dalam KSSR adalah di dalam kategori Modul Teras Asas.
  Matlamat mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam KSSR ialah supaya murid boleh
  berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan
  diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, maklumat dan idea serta membina hubungan
  social dalam kehidupan harian (BPK, 2010). Di Tahap 1 pembelajaran adalah berfokus
  kepada literasi berbahasa untuk menguasai kemahiran asas mendengar, bertutur,
  membaca dan menulis; konsep didik hibur; pemupukan minat membaca; dan
  penghayatan seni bahasa. Manakala di Tahap 2 pembelajaran adalah berfokus kepada
  Pengayaan kosa kata; Peningkatan kemahiran bahasa; peningkatan penguasaan
  tatabahasa; keberkesanan; berkomunikasi dalam pelbagai situasi; konsep didik hibur;
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 73
_______________________________________________________________________________


  pemupukan minat membaca; dan penulisan kreatif. Dalam proses pembelajaran, murid
  menggunakan lima modul berasaskan Dokumen Standard yang disediakan iaitu Modul
  Mendengar dan Bertutur; Modul Membaca; Modul Menulis; Modul Seni Bahasa; dan
  Modul Tatabahasa.




         Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam KSSR berbanding
         dalam KBSR?



  Bahasa Inggeris KSSR

  Di Tahap 1, Bahasa Inggeris dalam KSSR adalah di dalam kategori Modul Teras Asas.
  Pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR bermatlamat untuk
  membolehkan murid menguasai kemahiran asas bahasa bagi membolehkan murid
  berkomunikasi secara efektif dalam pelbagai konteks mengikut tahap perkembangan
  murid (BPK, 2010). Murid perlu menguasai bahasa Inggeris untuk membolehkan mereka
  mengakses informasi dan pengetahuan yang kini banyak terdapat dalam bahasa
  Inggeris. Fokus pembelajaran bahasa Inggeris di Tahap I adalah kepada Kemahiran
  asas bahasa menggunakan strategi fonik; konsep didik hibur; dan pemupukan minat
  membaca. Fokus pembelajaran bahasa Inggeris di Tahap II pula ialah kepada
  penguasaan kosa kata; Peningkatan kemahiran bahasa; peningkatan penguasaan
  tatabahasa; keberkesanan berkomunikasi dalam pelbagai situasi; konsep didik hibur;
  pemupukan minat membaca; dan penulisan kreatif. Pembelajaran bahasa Inggeris di
  Tahap 1 menggunakan empat modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur; Modul
  Membaca; Modul Menulis; dan Modul Seni Bahasa. Di Tahap 2 lima modul digunakan
  iaitu Modul Mendengar dan Bertutur; Modul Membaca; Modul Menulis; Modul Seni
  Bahasa dan Modul Tatabahasa.




         Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR berbanding
         dalam KBSR?




  Matematik KSSR
  Pembelajaran Matematik dalam KSSR adalah untuk membina kefahaman murid tentang
  konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan dan memahami idea matematik yang
  mudah, serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut secara berkesan
  (BPK, 2010). Melalui Matematik diharap murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
  tersebut dalam kehidupan harian mereka, bermula daripada permasalahan yang mudah
  kepada permasalahan yang lebih kompleks. Di Tahap 1 pembelajaran Matematik adalah
  berfokus kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas; serta
  penguasaan numerasi. Manakala di Tahap 2 pembelajaran Materamtik adalah berfokus
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 74
_______________________________________________________________________________


  kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih
  kompleks. Lima modul yang diguna pakai untuk pembelajaran Matematik dalam KSSR
  ialah Modul Nombor dan Operasi; Modul Pengukuran; Modul Bentuk dan Ruang; Modul
  Pengendalian Data; dan Modul Statistik.




         Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR berbanding
         dalam KBSR?



  Dunia Sains dan Teknologi KSSR
  Dunia Sains dan Teknologi (DST) adalah untuk Tahap 1. Matlamat pembelajaran Dunia
  Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid
  melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi,
  kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif dan kemahiran TMK
  serta memupuk nilai murni. Selain itu melalui pembelajaran DST dapat disemai minat
  murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui
  pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik
  dan nilai murni. Pembelajaran DST oleh murid-murid di Tahap 1 juga memberi ruang
  kepada mereka untuk memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran
  praktis, membuat reka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi. DST
  mempunyai dua dokumen standard kurikulum iaitu Dokumen Standard Kurikulum Sains
  dan Dokumen Standard Kurikulum TMK. Dokumen Standard Kurikulum Sains
  merangkumi elemen Sains dan Reka Bentuk Teknologi manakala Dokumen Standard
  Kurikulum TMK khusus untuk elemen TMK.




         Cuba anda imbau kembali iaitu di peringkat awal KBSR duhulu sains diajar
         sebagai salah satu komponen dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Bila
         mata pelajaran Alam dan Manusia dimansuhkan, Sains diajar di Tahap 2 sahaja.
         Hanya pada 2001 barulah sains diajar di Tahap 1. Mulai 2003 pula mata
         pelajaran Sains diajar dalam bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan PPSMI. Kini
         dalam KSSR pembelajaran sains di Tahap 1 adalah sebagai salah satu
         komponen dalam Dunia Sains dan Teknologi (DST).



  Sains KSSR

  Mata pelajaran Sains dipelajari di Tahap 2 KSSR. Mata pelajaran Sains merupakan
  kesinambungan daripada Dunia Sains dan Teknologi (DST) pada Tahap 1. Matlamat
  mata pelajaran Sains adalah untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi
  serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi
  menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni supaya murid
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 75
_______________________________________________________________________________


  dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Pembelajaran Sains adalah
  berfokus kepada pemerolehan pengetahuan asas sains dan teknologi; penerapan nilai
  murni dan sikap ingin tahu terhadap ilmu sains; pemupukan minat dan kefahaman
  tentang diri dan alam sekeliling; pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran secara
  kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah
  dan membuat keputusan. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini adalah
  berasaskan inkuiri dan penyelesaian masalah menggunakan enam modul pembelajaran
  iaitu Modul Pengenalan kepada Sains, Modul Sains Hayat, Modul Sains Fizikal, Modul
  Sains Bahan, Modul Bumi dan Sains Angkasa dan Modul Teknologi dan Kehidupan
  Lestari.




         Apakah kelebihan mempelajari Sains dalam KSSR berbanding dalam KBSR?



  Teknologi Maklumat dan Komunikasi KSSR
  Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar kepada murid-murid Tahap 2 sekolah
  rendah sebagai satu mata pelajaran. Mata pelajaran TMK memberi penekannan kepada
  penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK berteraskan sistem
  komputer, multimedia, pengaturcaraan, sistem maklumat, rangkaian dan Internet. TMK
  diajar dengan peruntukan waktu sebanyak 60 minit seminggu. TMK dan Reka Bentuk
  dan Teknologi (RBT) diajar secara bergilir dalam tempoh waktu tersebut. Enam modul
  diguna pakai dalam pembelajaran TMK iaitu Modul Dunia Komputer; Modul Eksplorasi
  Multimedia; Modul Pengaturcaraan; Modul Eksploras Pangkalan Data; Modul Sistem
  Rangkaian; dan Modul Dunia Internet. Pembelajaran TMK di Tahap 2 sekolah rendah
  adalah dengan matlamat agar murid-murid dapat menguasai pengetahuan, kemahiran
  dan nilai TMK dalam memperkembangkan idea, bertukar-tukar dan berkongsi maklumat,
  serta mengaplikasikannya dalam tugasan harian; selain daripada meningkatkan daya
  kreativiti dan inovasi, menyelesaikan masalah dan memupuk nilai keusahawanan dalam
  kalangan mereka.



  Reka Bentuk dan Teknologi KSSR
  Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) ialah mata pelajaran di Tahap 2 KSSR. RBT diajar
  dengan peruntukan waktu 60 minit seminggu dan diajar secara bergilir dengan mata
  pelajaran TMK. RBT diajar sebagai asas penyediaan modal insan yang berdaya maju
  khususnya dalam bidang reka bentuk, teknologi dan pembuatan. Pelaksanaan RBT
  membolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran praktis, mereka
  bentuk serta berkebolehan untuk mengaplikasikan asas teknologi dalam bidang
  keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan
  murid yang kreatif dan inovatif. Tujuh modul diguna pakai dalam pembelajaran RBT iaitu
  Modul Organisasi dan Keselamatan Bengkel; Modul Asas Teknologi; Modul Reka
  Bentuk; Modul Penghasilan Projek; Modul Teknologi Pertanian; Modul Ekonomi Rumah
  Tangga; dan Modul Penyelenggaraan Alatan Tangan dan Mesin Mudah.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 76
_______________________________________________________________________________


  RUMUSAN
  Unit ini telah memaparkan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat di
  sekolah rendah di Malaysia. Penjelasan adalah berkaitan dengan mata pelajaran yang
  terdapat dalam KBSR dan KSSR. Mata pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga
  dibincangkan. Mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR kebanyakannnya
  adalah sama. Perbezaan adalah kepada bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu.
  Dalam KBSR mata pelajaran dikategorikan mengikut bidang, mengikut komponen serta
  mengikut mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan.
  Dalam KSSR mata pelajaran disusun mengikut modul dan tunjang. Mata pelajaran
  Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga modul iaitu Modul Teras Asas, Modul
  Teras Tema dan Modul Elektif. Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan kepada dua
  kategori iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi kategori Mata
  Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu
  Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal &
  Estetika, Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang Kemanusiaan. Manakala bagi
  kategori Mata Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi
  Elektif. Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR
  adalah bagi memastikan murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan
  perkembangan secara seimbang dan haronis selaras dengan hasrat Falsafah
  Pendidikan Kebangsaan. Selain itu perbezaan adalah kepada penegasan standard
  kandungan dan standard pembelajaran.



  KATA KUNCI
  Dokumen standard               -       penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
  kandungan (DSK)                         ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh perse-
                                          kolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
                                         dan nilai.

  Dokumen standard                   -   satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti
  pembelajaran (DSP)                     pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
                                         setiap standard kandungan.

  Mata pelajaran teras           -       Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid
                                         mengikut aliran persekolahan.

  Mata pelajaran wajib           -       Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid

  Mata pelajaran elektif         -       Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid.

  Modul                          -       Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
                                         telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta
                                         diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri-
                                         lengkap (self-contained).

  Tunjang                    -           Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran
                                         dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan
                                         modal insane seimbang dari segi jasmani, emosi,
                                         rohani, intelek dan sosial.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 77
_______________________________________________________________________________


  PENILAIAN KENDIRI
  Jawab semua soalan berikut.

  1.     Mata pelajaran KBSR dikategorikan kepada mata pelajaran teras, wajib dan
         tambahan. Manakah antara berikut ialah mata pelajaran teras di SK?

         A.    Bahasa Arab
         B.    Bahasa Cina
         C.    Bahasa Tamil
         D.    Bahasa Melayu


  2.    Terdapat beberapa mata pelajaran yang tergolong dalam komponen Kerohanian,
        Nilai dan Sikap. Mata pelajaran tersebut adalah bertujuan untuk _____________

         A.    membina sikap, watak dan personaliti murid-murid.
         B.    memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggung jawab.
         C.    membangun sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan.
         D.    mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat
               hidup di tempat dan persekitarannya.


  3.     Dalam KBSR mata pelajaran yang tergolong dalam bidang Komunikasi diberi
         peruntukan masa yang lebih berbanding mata pelajaran yang lain. Apakah
         rasional utama kepada perkara tersebut?

         A.    Mata pelajaran dalam bidang Komunikasi termasuk dalam peperiksaan
               awam.
         B.    Kemahiran komunikasi adalah perkara asas yang penting dalam
               kehidupan.
         C.    Peruntukan kewangan untuk mata pelajaran dalam bidang Komunikasi
               lebih banyak.
         D.    Mata pelajaran lain boleh dipelajari di tempat lain seperti di rumah atau di
               pusat tusyen.


  4.     Dalam KSSR klasifikasi bidang mata pelajaran di bawah Tunjang Perkembangan
         Fizikal dan Estetika antara lain adalah bagi perkembangan _________________
         A.      sosial
         B.      intelek
         C.      rohani
         D.      jasmani


  5.     Manakah antara berikut benar berkaitan mata pelajaran di bawah klasifikasi
         Modul Elektif di Tahap 1 KSSR?

         A.    Sebagai mata pelajaran wajib dipelajari.
         B.    Tunjang kepada pembelajaran sekolah rendah.
         C.    Kemahiran asas pembelajaran dapat dipertingkatkan.
         D.    Murid berpeluang belajar bahasa ibunda masing-masing.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 78
_______________________________________________________________________________


  CADANGAN JAWAPAN:            1. D; 2. C; 3. A; 4. B; 5. B




  RUJUKAN
  http://www.moe.gov.my/bpk/

  Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
       Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

  Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
        Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

  Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston : McGraw Hill.

  Reinhartz, J. & Beach, D.M. (1997). Teaching and learning in the elementary school:
       Focus on curriculum. New Jersey: Merill.

  Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
wmzuri
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahBanding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Airun Pureluv
 
Modul Pengajaran DST Tahun 2
Modul Pengajaran DST Tahun 2 Modul Pengajaran DST Tahun 2
Modul Pengajaran DST Tahun 2
Lieya Rayyan
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Hemah Naidu
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
diaernah
 
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
Safiah Sulaiman
 

Was ist angesagt? (18)

Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Kssr 2011
Kssr 2011Kssr 2011
Kssr 2011
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahBanding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
 
Modul Pengajaran DST Tahun 2
Modul Pengajaran DST Tahun 2 Modul Pengajaran DST Tahun 2
Modul Pengajaran DST Tahun 2
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Kbkk
KbkkKbkk
Kbkk
 
Lesson Study in Malaysia
Lesson Study in MalaysiaLesson Study in Malaysia
Lesson Study in Malaysia
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
 
Dasar dasar kpm terkini okt 2011
Dasar dasar kpm terkini okt 2011Dasar dasar kpm terkini okt 2011
Dasar dasar kpm terkini okt 2011
 
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
Pembelajaran berasaskan projek (pbp)
 
Didik hibur
Didik hiburDidik hibur
Didik hibur
 
Modul dst t3
Modul dst t3Modul dst t3
Modul dst t3
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
Modul kps thn 3
Modul kps thn 3Modul kps thn 3
Modul kps thn 3
 

Andere mochten auch

Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
Megala Silva Raju
 
sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6
Herney Aqilah Kay
 
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bmDs dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Kamarudin Jaafar
 
Contoh rph thn 2
Contoh rph thn 2Contoh rph thn 2
Contoh rph thn 2
hasmad
 
Buku panduanTMK DSV Tahun 2
Buku panduanTMK DSV Tahun 2Buku panduanTMK DSV Tahun 2
Buku panduanTMK DSV Tahun 2
marshiza
 
Modul Pembelajaran TMK Tahun 2
Modul Pembelajaran TMK Tahun 2Modul Pembelajaran TMK Tahun 2
Modul Pembelajaran TMK Tahun 2
inazaliahmad
 
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
sk zainab 2
 
Prosedur dan proses PBS
Prosedur dan proses PBSProsedur dan proses PBS
Prosedur dan proses PBS
Nasir Rosli
 
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 2
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 2Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 2
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 2
inazaliahmad
 
Dunia sains dan teknologi tahun 2
Dunia sains dan teknologi tahun 2Dunia sains dan teknologi tahun 2
Dunia sains dan teknologi tahun 2
Rozita Yaacob
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Ahmad NazRi
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Rosdi Ramli
 

Andere mochten auch (20)

Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
12 unit 8
12 unit 812 unit 8
12 unit 8
 
16 unit 12
16 unit 1216 unit 12
16 unit 12
 
15 unit 11
15 unit 1115 unit 11
15 unit 11
 
Perancangan aktiviti minggu mata pelajaran teras
Perancangan aktiviti minggu mata pelajaran terasPerancangan aktiviti minggu mata pelajaran teras
Perancangan aktiviti minggu mata pelajaran teras
 
sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6sukatan pelajaran KH Tahun 6
sukatan pelajaran KH Tahun 6
 
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bmDs dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
 
Tahun 5
Tahun 5Tahun 5
Tahun 5
 
Contoh rph thn 2
Contoh rph thn 2Contoh rph thn 2
Contoh rph thn 2
 
Buku panduanTMK DSV Tahun 2
Buku panduanTMK DSV Tahun 2Buku panduanTMK DSV Tahun 2
Buku panduanTMK DSV Tahun 2
 
Modul Pembelajaran TMK Tahun 2
Modul Pembelajaran TMK Tahun 2Modul Pembelajaran TMK Tahun 2
Modul Pembelajaran TMK Tahun 2
 
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
 
Prosedur dan proses PBS
Prosedur dan proses PBSProsedur dan proses PBS
Prosedur dan proses PBS
 
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 2
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 2Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 2
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 2
 
Dunia sains dan teknologi tahun 2
Dunia sains dan teknologi tahun 2Dunia sains dan teknologi tahun 2
Dunia sains dan teknologi tahun 2
 
Ujian 2 DST Tahun 2 2014
Ujian 2 DST Tahun 2 2014Ujian 2 DST Tahun 2 2014
Ujian 2 DST Tahun 2 2014
 
Peta Minda Sains Tahun 4,5,6
Peta Minda Sains Tahun 4,5,6Peta Minda Sains Tahun 4,5,6
Peta Minda Sains Tahun 4,5,6
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
 

Ähnlich wie 9 unit 5 (20)

Kpf 4013 kuliah 6
Kpf 4013   kuliah 6Kpf 4013   kuliah 6
Kpf 4013 kuliah 6
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02
 
Kbsr kssr
Kbsr kssrKbsr kssr
Kbsr kssr
 
Kokurikulum standard sekolah rendah
Kokurikulum standard sekolah rendahKokurikulum standard sekolah rendah
Kokurikulum standard sekolah rendah
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Kspk & kssr
Kspk & kssrKspk & kssr
Kspk & kssr
 
Bentuk kurikulum
Bentuk kurikulumBentuk kurikulum
Bentuk kurikulum
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Perkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di MalaysiaPerkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di Malaysia
 
Nota 2
Nota 2Nota 2
Nota 2
 
Kurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSRKurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSR
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Week 3 KBSM Blueprint
Week 3 KBSM BlueprintWeek 3 KBSM Blueprint
Week 3 KBSM Blueprint
 
KBSR
KBSRKBSR
KBSR
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Presentation Unit 8
Presentation Unit 8Presentation Unit 8
Presentation Unit 8
 
02 modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)
02 modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)02 modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)
02 modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)
 
modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)
 modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia) modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)
modul pengajaran sains tahun 1 (versi bahasa malaysia)
 
Taklimat Umum KSSR
Taklimat Umum KSSR Taklimat Umum KSSR
Taklimat Umum KSSR
 

Mehr von Liching Ching (20)

KRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptxKRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptx
 
Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12
 
Unit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdfUnit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdf
 
Jadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan studentJadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan student
 
Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
8 unit 4
8 unit 48 unit 4
8 unit 4
 
7 unit 3
7 unit 37 unit 3
7 unit 3
 
6 unit 2
6 unit 26 unit 2
6 unit 2
 
5 unit 1
5 unit 15 unit 1
5 unit 1
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
 
Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1
 
Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2
 
Contoh ranc pel harian (09)
Contoh ranc pel harian   (09)Contoh ranc pel harian   (09)
Contoh ranc pel harian (09)
 
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
Rancangan tahunan literasi th 2 (pemulihan) 2
 
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi  pemulihan khasRpt tahap 1 literasi  pemulihan khas
Rpt tahap 1 literasi pemulihan khas
 
Surat siaran senat muet
Surat siaran senat muetSurat siaran senat muet
Surat siaran senat muet
 
Salah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
Salah-silah pengasas Kampung Sebat DayakSalah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
Salah-silah pengasas Kampung Sebat Dayak
 
Jadual perlaksanaan assignment sem 2
Jadual perlaksanaan assignment sem 2Jadual perlaksanaan assignment sem 2
Jadual perlaksanaan assignment sem 2
 
WAKTU
WAKTUWAKTU
WAKTU
 

9 unit 5

  • 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 62 _______________________________________________________________________________ UNIT 5 MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menerangkan asas-asas penentuan mata pelajaran. 2. memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR. 3. memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR. 4. membuat perbandingan antara mata pelajaran dalam KBSR dengan mata pelajaran dalam KSSR. PETA KONSEP TAJUK Mata Pelajaran Sekolah Rendah Asas Penentuan Mata Pelajaran Mata Pelajaran Mata Pelajaran KBSR KSSR Teras Tahap 1 Tahap 2 Wajib Modul Teras Teras Asas Tambahan Modul Teras Elektif Tema Modul Elektif
  • 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 63 _______________________________________________________________________________ PENGENALAN Di negara ini, penawaran mata pelajaran di sekolah-sekolah rendah adalah secara berpusat dan standard di seluruh negara. Matlamat umum pendidikan sama ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dalam segenap bidang. Sehubungan itu, untuk membimbing murid-murid bagi mencapai matlamat pendidikan KBSR atau KSSR itu, maka mata pelajaran mengikut bidang disusun dan diajarkan kepada murid-murid. Para guru wajar mempunyai pemahaman yang mendalam tentang mata pelajaran yang diajar di sekolah. Guru juga perlu menyedari kepentingannya serta perkaitannya antara satu dengan lain. Terdapat lebih sepuluh mata pelajaran yang diajar di peringkat sekolah rendah di negara ini. Walaupun dari segi pelaksannaannya mata pelajaran itu diajar secara terpisah-pisah, namun pada prinsipnya setiap mata pelajaran itu merupakan entiti yang saling lengkap-melengkapi ke arah pembentukan pelajar yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan kehendak FPK. ISI KANDUNGAN Apakah yang menjadi asas dalam sesuatu mata pelajaran? Secara umumnya, penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada reka bentuk kurikulum yang ditetapkan. Reka Bentuk sesuatu kurikulum pula bergantung kepada banyak faktor yang menjadi asasnya seperti falsafah pendidikan, politik sesebuah negara, sejarah, keadaan sosial serta budaya, aliran semasa dan banyak lagi. Umpamanya dalam era globalisasi, kurikulum yang dibentuk bersifat ke arah menyediakan global education expertise selain insan ulul al-bab. Dalam konteks Malaysia, secara khususnya mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah kearah mencapai matlamat KBSR atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam FPK. Selain itu, kandungan serta kaedah penyampaian sesuatu mata pelajaran adalah berasaskan kepada senario yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan ekonomi, sosial, politik dan teknologi masa kini dan akan datang. Mengikut UNESCO, penentuan sesuatu mata pelajaran berasaskan empat tonggak utama iaitu: belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do) belajar untuk membentuk peribadi (learning to be) belajar untuk hidup bersama (learning to live together) Sesuatu mata pelajaran yang ditetapkan juga perlu dapat memberi peluang bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu (dimensi intrinsik) dan keperluan sosial (dimensi instrumental) yang selaras dengan konsep al-ulum insaniah dan al-ulum kauniyah.
  • 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 64 _______________________________________________________________________________ Apakah mata pelajaran dalam KBSR? Mata pelajaran dalam KBSR secara umumnya dapat dikategorikan kepada tiga kategori utama seperti berikut: Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Wajib Mata Pelajaran Tambahan Apakah Mata Pelajaran Teras? Dalam sistem pendidikan kebangsaan, mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang menjadi asas utama pendidikan murid-murid di semua sekolah. Mata pelajaran teras mesti dipelajari oleh semua murid di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Murid-murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terkandung dalam mata pelajaran ini. Sehubungan itu mata pelajaran teras seperti mata pelajaran bahasa, Matematik dan Sains diberi peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih bagi membolehkan murid-murid betul-betul dapat menguasainya. Berikut ialah mata pelajaran teras dalam KBSR: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina (di SJKC) Bahasa Tamil (di SJKT) Matematik Sains Kajian Tempatan Pendidikan Islam (Murid-murid Islam ) Pendidikan Moral (Murid-murid bukan Islam ) Apakah Mata Pelajaran Wajib? Mata pelajaran wajib ialah kategori mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid. Pembelajaran mata pelajaran wajib adalah bagi membantu perkembangan yang berterusan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang ada pada murid-murid selaras dengan kehendak FPK. Berikut ialah mata pelajaran wajib dalam KBSR: Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Kemahiran Hidup Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik
  • 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 65 _______________________________________________________________________________ Apakah Mata Pelajaran Tambahan? Mata pelajaran dalam kategori ini adalah sebagai tambahan kepada mata pelajaran teras dan mata pelajaran wajib. Mata pelajaran ini diajar kepada murid-muriod yang berminat untuk mempelajarinya. Berikut ialah contoh mata pelajaran tambahan yang diajar dalam KBSR: Bahasa Cina (di SK dan SJKT) Bahasa Tamil (di SK dan SJKC) Bahasa Arab ( Komunikasi ) Bahasa-bahasa suku kaum seperti bahasa Kadazan, bahasa Semai dan sebagainya Apakah mata pelajaran mengikut bidang dan komponen dalam KBSR? Mata pelajaran di sekolah rendah juga boleh dikategorikan mengikut bidang dan komponen. Terdapat tiga bidang mata pelajaran dalam KBSR iaitu: Komunikasi Manusia Dan Alam Kelilingnya Perkembangan Diri Individu Daripada penyusunan mengikut bidang-bidang, mata pelajaran disusun pula mengikut komponen bidang. Terdapat lima komponen bidang mata pelajaran dalam KBSR iaitu: Kemahiran Asas Kerohanian, Nilai dan Sikap Manusia dengan Persekitaran Kemahiran Hidup Kesenian dan Rekreasi Secara ringkasnya agihan bidang, komponen serta mata pelajaran yang berkaitan ialah seperti Jadual 5.1
  • 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 66 _______________________________________________________________________________ Jadual 5.1 Mata Pelajaran KBSR Mengikut Bidang Dan Komponen Mata Pelajaran Bidang Komponen Tahap 1 Tahap 2 KOMUNIKASI • Kemahiran • Bahasa Pengantar • Bahasa Pengantar Asas • Bahasa Melayu* • Bahasa Melayu* • Bahasa Inggeris • Bahasa Inggeris • Matematik • Matematik MANUSIA DAN • Kerohanian • Pendidikan Islam • Pendidikan Islam ALAM KELILING • Nilai Dan • Pendidikan Moral • Pendidikan Moral NYA Sikap • Sivik dan Kewarganegaraan • Manusia • Sains • Sains Dengan • Kajian Tempatan Persekitaran PERKEMBANGAN • Kemahiran • Kemahiran Hidup DIRI INDIVIDU Hidup • Kesenian • Pendidikan Seni • Pendidikan Seni Dan Visual Visual Rekreasi • Pendidikan Muzik • Pendidikan Muzik • Pendidikan • Pendidikan Jasmani Jasmani Dan Dan Pendidikan Pendidikan Kesihatan Kesihatan • Kokurikulum • Kokurikulum • Perhimpunan • Perhimpunan * untuk SJKC dan SJKT
  • 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 67 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 5.1 Senaraikan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi Tahap 1 dan Tahap 2 dalam KBSR. Mata Pelajaran KBSR Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Wajib Tahap 1 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2 Mata Pelajaran Tambahan Tahap 1 Tahap 2
  • 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 68 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 5.2 Huraikan bagaimana mata pelajaran dalam KBSR diorganisasikan bagi memberi peluang pembelajaran murid-murid supaya dapat berlaku perkembangan secara harmonis, seimbang dan menyeluruh selaras dengan kehendak FPK. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________
  • 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 69 _______________________________________________________________________________ Memperkasa Sekolah Kebangsaan adalah salah satu teras strategik Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Salah satu langkah yang diambil untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan, ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan selaras dengan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 27 April 2005. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan ialah mulai tahun 2007 untuk murid Tahun 1, selaras dengan surat pekeliling ikhtisas KP(BS/PSR) 8502/15/006/Jld.II(32) bertarikh 9 Disember 2005. Kedua-dua mata pelajaran tersebut mengambil alih mata pelajaran bahasa tambahan iaitu Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi yang diperkenalkan mulai tahun 2003 kepada murid Tahun I di Sekolah Kebangsaan melalui surat pekeliling ikhtisas KP(BS)8591/Jld.XVIII(8) bertarikh 1 Oktober 2002. Pelaksanaan j-QAF adalah juga untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan. Pelaksanaan j-QAF bermula pada tahun 2005 mengikut pekeliling KB(BS)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004. Sebelum ini pembelajaran tulisan Jawi adalah untuk Tahun 1 sahaja iaitu bagi tempoh enam bulan pertama persekolahan di Tahun 1. Dalam pelaksanaan j- QAF, guru perlu memberi tumpuan khusus kepada penguasaan kemahiran menulis Jawi dan membaca Al-Quran. Peruntukan waktu dalam seminggu bagi tujuan ini adalah, Al- Quran 90 minit; Jawi 60 minit dan asas Ulum Syari'iyah 30 minit. Pelaksanaan j-QAF menyumbang kepada usaha memperkasa Sekolah Kebangsaan; iaitu dengan adanya j- QAF di Sekolah Kebangsaan maka ibu bapa Islam tidak perlu sangsi lagi dengan kualiti pendidikan yang diperolehi oleh anak-anak; kerana terdapat segelintir ibu bapa Islam yang merasa aspek-aspek tertentu seperti jawi, Al-Quran, fardhu ain dan bahasa Arab tidak diberi penegasan di Sekolah Kebangsaan sehingga mereka lebih gemar memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau sekolah agama yang lain. Apakah mata pelajaran dalam KSSR? Terdapat sedikit perbezaan dari segi mata pelajaran dalam KSSR mengikut tahap walaupun pada asasnya adalah sama. Mata pelajaran Tahap 1 KSSR Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga kelompok utama mengikut modul iaitu: Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif Jadual 5.2 menunjukkan mata pelajaran KSSR Tahap 1 yang dikelompokkan mengikut modul-modul.
  • 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 70 _______________________________________________________________________________ Jadual 5.2 Mata Pelajaran KSSR Tahap 1 Mengikut Modul Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif Bahasa Malaysia Seni Visual dan Muzik Bahasa Arab Bahasa Inggeris Dunia Sains dan Bahasa Cina (BCSK) Bahasa Cina (SJKC) Teknologi Bahasa Tamil (BTSK) Bahasa Tamil (SJKT) Malaysia Negaraku Bahasa Iban Pendidikan Islam Bahasa Kadazandusun Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik Dalam Modul Teras Asas, Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral dipelajari oleh murid yang bukan beragama Islam. Dalam Modul Teras Tema beberapa disiplin ilmu digabungkan ke dalam tema Seni Visual dan Muzik; tema Dunia Sains dan Teknologi; dan tema Malaysia Negaraku. Modul elektif pula memberi peluang kepada murid untuk berkemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun. Sekolah perlu membuka kelas sekurang-kurangnya untuk satu bahasa tersebut. Walau bagaimanapun perkara ini adalah tertakluk kepada kesediaan sekolah terutama dari segi tenaga pengajar, kemudahan pembelajaran serta permintaan ibu bapa murid. Mata pelajaran Tahap 2 KSSR Mata pelajaran Tahap 2 dalam KSSR dikelompokkan kepada dua kategori utama iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu: Tunjang Komunikasi Tunjang Sains & Teknologi Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai Tunjang Kemanusiaan Bagi mata pelajaran teras, mata pelajaran diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu Tunjang Komunikasi Elektif. Jadual 5.3 menunjukkan mata pelajaran KSSR Tahap 2 yang dikelompokkan mengikut kategori Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif.
  • 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 71 _______________________________________________________________________________ Jadual 5.3 Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif KSSR Tahap 2 Mengikut Tunjang Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif 1. Tunjang Komunikasi • Bahasa Malaysia, • Bahasa Inggeris, • Bahasa Cina, • Bahasa Tamil 2. Tunjang Sains & Teknologi • Matematik, • Sains, • Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi 1. Tunjang Komunikasi Elektif Maklumat dan Komunikasi • Bahasa Arab 3. Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika • Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, • Pendidikan Jasmani, • Bahasa Tamil Sekolah • Pendidikan Kesihatan, Kebangsaan, • Pendidikan Muzik, • Bahasa Iban, Bahasa • Pendidikan Seni Visual Semai • Bahasa Kadazandusun 4. Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai • Pendidikan Islam • Pendidikan Moral 5. Tunjang Kemanusiaan • Sejarah Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Bahagain Perkembangan Kurikulum, KPM (2011)
  • 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 72 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 5.3 Bagaimanakah mata pelajaran dalam KBSR dan mata pelajaran KSSR dapat anda dibandingbezakan? KBSR KSSR 1. 2. 3. 4. 5. Bahasa Malaysia KSSR Di Tahap 1, Bahasa Malaysia dalam KSSR adalah di dalam kategori Modul Teras Asas. Matlamat mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam KSSR ialah supaya murid boleh berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, maklumat dan idea serta membina hubungan social dalam kehidupan harian (BPK, 2010). Di Tahap 1 pembelajaran adalah berfokus kepada literasi berbahasa untuk menguasai kemahiran asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis; konsep didik hibur; pemupukan minat membaca; dan penghayatan seni bahasa. Manakala di Tahap 2 pembelajaran adalah berfokus kepada Pengayaan kosa kata; Peningkatan kemahiran bahasa; peningkatan penguasaan tatabahasa; keberkesanan; berkomunikasi dalam pelbagai situasi; konsep didik hibur;
  • 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 73 _______________________________________________________________________________ pemupukan minat membaca; dan penulisan kreatif. Dalam proses pembelajaran, murid menggunakan lima modul berasaskan Dokumen Standard yang disediakan iaitu Modul Mendengar dan Bertutur; Modul Membaca; Modul Menulis; Modul Seni Bahasa; dan Modul Tatabahasa. Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam KSSR berbanding dalam KBSR? Bahasa Inggeris KSSR Di Tahap 1, Bahasa Inggeris dalam KSSR adalah di dalam kategori Modul Teras Asas. Pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR bermatlamat untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas bahasa bagi membolehkan murid berkomunikasi secara efektif dalam pelbagai konteks mengikut tahap perkembangan murid (BPK, 2010). Murid perlu menguasai bahasa Inggeris untuk membolehkan mereka mengakses informasi dan pengetahuan yang kini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Fokus pembelajaran bahasa Inggeris di Tahap I adalah kepada Kemahiran asas bahasa menggunakan strategi fonik; konsep didik hibur; dan pemupukan minat membaca. Fokus pembelajaran bahasa Inggeris di Tahap II pula ialah kepada penguasaan kosa kata; Peningkatan kemahiran bahasa; peningkatan penguasaan tatabahasa; keberkesanan berkomunikasi dalam pelbagai situasi; konsep didik hibur; pemupukan minat membaca; dan penulisan kreatif. Pembelajaran bahasa Inggeris di Tahap 1 menggunakan empat modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur; Modul Membaca; Modul Menulis; dan Modul Seni Bahasa. Di Tahap 2 lima modul digunakan iaitu Modul Mendengar dan Bertutur; Modul Membaca; Modul Menulis; Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR berbanding dalam KBSR? Matematik KSSR Pembelajaran Matematik dalam KSSR adalah untuk membina kefahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan dan memahami idea matematik yang mudah, serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut secara berkesan (BPK, 2010). Melalui Matematik diharap murid dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam kehidupan harian mereka, bermula daripada permasalahan yang mudah kepada permasalahan yang lebih kompleks. Di Tahap 1 pembelajaran Matematik adalah berfokus kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas; serta penguasaan numerasi. Manakala di Tahap 2 pembelajaran Materamtik adalah berfokus
  • 13. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 74 _______________________________________________________________________________ kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih kompleks. Lima modul yang diguna pakai untuk pembelajaran Matematik dalam KSSR ialah Modul Nombor dan Operasi; Modul Pengukuran; Modul Bentuk dan Ruang; Modul Pengendalian Data; dan Modul Statistik. Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR berbanding dalam KBSR? Dunia Sains dan Teknologi KSSR Dunia Sains dan Teknologi (DST) adalah untuk Tahap 1. Matlamat pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif dan kemahiran TMK serta memupuk nilai murni. Selain itu melalui pembelajaran DST dapat disemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Pembelajaran DST oleh murid-murid di Tahap 1 juga memberi ruang kepada mereka untuk memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis, membuat reka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi. DST mempunyai dua dokumen standard kurikulum iaitu Dokumen Standard Kurikulum Sains dan Dokumen Standard Kurikulum TMK. Dokumen Standard Kurikulum Sains merangkumi elemen Sains dan Reka Bentuk Teknologi manakala Dokumen Standard Kurikulum TMK khusus untuk elemen TMK. Cuba anda imbau kembali iaitu di peringkat awal KBSR duhulu sains diajar sebagai salah satu komponen dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Bila mata pelajaran Alam dan Manusia dimansuhkan, Sains diajar di Tahap 2 sahaja. Hanya pada 2001 barulah sains diajar di Tahap 1. Mulai 2003 pula mata pelajaran Sains diajar dalam bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan PPSMI. Kini dalam KSSR pembelajaran sains di Tahap 1 adalah sebagai salah satu komponen dalam Dunia Sains dan Teknologi (DST). Sains KSSR Mata pelajaran Sains dipelajari di Tahap 2 KSSR. Mata pelajaran Sains merupakan kesinambungan daripada Dunia Sains dan Teknologi (DST) pada Tahap 1. Matlamat mata pelajaran Sains adalah untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni supaya murid
  • 14. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 75 _______________________________________________________________________________ dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Pembelajaran Sains adalah berfokus kepada pemerolehan pengetahuan asas sains dan teknologi; penerapan nilai murni dan sikap ingin tahu terhadap ilmu sains; pemupukan minat dan kefahaman tentang diri dan alam sekeliling; pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan inkuiri dan penyelesaian masalah menggunakan enam modul pembelajaran iaitu Modul Pengenalan kepada Sains, Modul Sains Hayat, Modul Sains Fizikal, Modul Sains Bahan, Modul Bumi dan Sains Angkasa dan Modul Teknologi dan Kehidupan Lestari. Apakah kelebihan mempelajari Sains dalam KSSR berbanding dalam KBSR? Teknologi Maklumat dan Komunikasi KSSR Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar kepada murid-murid Tahap 2 sekolah rendah sebagai satu mata pelajaran. Mata pelajaran TMK memberi penekannan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK berteraskan sistem komputer, multimedia, pengaturcaraan, sistem maklumat, rangkaian dan Internet. TMK diajar dengan peruntukan waktu sebanyak 60 minit seminggu. TMK dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar secara bergilir dalam tempoh waktu tersebut. Enam modul diguna pakai dalam pembelajaran TMK iaitu Modul Dunia Komputer; Modul Eksplorasi Multimedia; Modul Pengaturcaraan; Modul Eksploras Pangkalan Data; Modul Sistem Rangkaian; dan Modul Dunia Internet. Pembelajaran TMK di Tahap 2 sekolah rendah adalah dengan matlamat agar murid-murid dapat menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai TMK dalam memperkembangkan idea, bertukar-tukar dan berkongsi maklumat, serta mengaplikasikannya dalam tugasan harian; selain daripada meningkatkan daya kreativiti dan inovasi, menyelesaikan masalah dan memupuk nilai keusahawanan dalam kalangan mereka. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) ialah mata pelajaran di Tahap 2 KSSR. RBT diajar dengan peruntukan waktu 60 minit seminggu dan diajar secara bergilir dengan mata pelajaran TMK. RBT diajar sebagai asas penyediaan modal insan yang berdaya maju khususnya dalam bidang reka bentuk, teknologi dan pembuatan. Pelaksanaan RBT membolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran praktis, mereka bentuk serta berkebolehan untuk mengaplikasikan asas teknologi dalam bidang keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Tujuh modul diguna pakai dalam pembelajaran RBT iaitu Modul Organisasi dan Keselamatan Bengkel; Modul Asas Teknologi; Modul Reka Bentuk; Modul Penghasilan Projek; Modul Teknologi Pertanian; Modul Ekonomi Rumah Tangga; dan Modul Penyelenggaraan Alatan Tangan dan Mesin Mudah.
  • 15. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 76 _______________________________________________________________________________ RUMUSAN Unit ini telah memaparkan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat di sekolah rendah di Malaysia. Penjelasan adalah berkaitan dengan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR. Mata pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga dibincangkan. Mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR kebanyakannnya adalah sama. Perbezaan adalah kepada bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu. Dalam KBSR mata pelajaran dikategorikan mengikut bidang, mengikut komponen serta mengikut mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Dalam KSSR mata pelajaran disusun mengikut modul dan tunjang. Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan kepada dua kategori iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi kategori Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika, Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang Kemanusiaan. Manakala bagi kategori Mata Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi Elektif. Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah bagi memastikan murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan haronis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu perbezaan adalah kepada penegasan standard kandungan dan standard pembelajaran. KATA KUNCI Dokumen standard - penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut kandungan (DSK) ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh perse- kolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Dokumen standard - satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran (DSP) pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Mata pelajaran teras - Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan. Mata pelajaran wajib - Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid Mata pelajaran elektif - Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid. Modul - Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri- lengkap (self-contained). Tunjang - Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insane seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
  • 16. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 77 _______________________________________________________________________________ PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Mata pelajaran KBSR dikategorikan kepada mata pelajaran teras, wajib dan tambahan. Manakah antara berikut ialah mata pelajaran teras di SK? A. Bahasa Arab B. Bahasa Cina C. Bahasa Tamil D. Bahasa Melayu 2. Terdapat beberapa mata pelajaran yang tergolong dalam komponen Kerohanian, Nilai dan Sikap. Mata pelajaran tersebut adalah bertujuan untuk _____________ A. membina sikap, watak dan personaliti murid-murid. B. memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggung jawab. C. membangun sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan. D. mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat hidup di tempat dan persekitarannya. 3. Dalam KBSR mata pelajaran yang tergolong dalam bidang Komunikasi diberi peruntukan masa yang lebih berbanding mata pelajaran yang lain. Apakah rasional utama kepada perkara tersebut? A. Mata pelajaran dalam bidang Komunikasi termasuk dalam peperiksaan awam. B. Kemahiran komunikasi adalah perkara asas yang penting dalam kehidupan. C. Peruntukan kewangan untuk mata pelajaran dalam bidang Komunikasi lebih banyak. D. Mata pelajaran lain boleh dipelajari di tempat lain seperti di rumah atau di pusat tusyen. 4. Dalam KSSR klasifikasi bidang mata pelajaran di bawah Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika antara lain adalah bagi perkembangan _________________ A. sosial B. intelek C. rohani D. jasmani 5. Manakah antara berikut benar berkaitan mata pelajaran di bawah klasifikasi Modul Elektif di Tahap 1 KSSR? A. Sebagai mata pelajaran wajib dipelajari. B. Tunjang kepada pembelajaran sekolah rendah. C. Kemahiran asas pembelajaran dapat dipertingkatkan. D. Murid berpeluang belajar bahasa ibunda masing-masing.
  • 17. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 78 _______________________________________________________________________________ CADANGAN JAWAPAN: 1. D; 2. C; 3. A; 4. B; 5. B RUJUKAN http://www.moe.gov.my/bpk/ Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston : McGraw Hill. Reinhartz, J. & Beach, D.M. (1997). Teaching and learning in the elementary school: Focus on curriculum. New Jersey: Merill. Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.