SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 5
1.0 PENGENALAN
Falls (1980), menyatakan bahawa kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek
yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai boleh memberikan
seseorang individu itu perlindungan daripada penyakit-penyakit hipokinetik seperti penyakit
jantung, obesiti dan pelbagai penyakit yang melibatkan tulang dan otot. Manakala kecergasan
untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu untuk
bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan,
kemahiran dan sebagainya.
Menurut Corbin dan Lindsey (1988), kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua iaitu
kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan
motor. Dalam erti kata lain, kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang
melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta mempunyai tenaga untuk melakukan
aktiviti kesenggangan. Clarke (1979) menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai
kecergasan fizikal yang baik mempunyai tahap pencapaian akademik yang tinggi berbanding
dengan mereka yang mempunyai tahap kecergasan yang rendah.
Pate ( 1991), melaporkan bahawa terhadap hubungan yang konsisten antara pengukuran
dalam aktiviti fizikal, keergasan fizikal dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular.
Justeru, satu program penilaian standard telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia yang dikenali sebagai SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan). Ianya
dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di
Sekolah Rendah dan Menengah. SEGAK diilhamkan pada tahun 2005 dan mula dilaksanakan
di sekolah pada tahun 2008.
Matlamat utama SEGAK adalah untuk memastikan murid-murid sentiasa peka ,
berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan
tahap kecergasan fizikal yang optimum. Objektif utama SEGAK adalah untuk mengetahui
kepentingan kecergasan fizikal, melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir
sekolah, menganalisis, menginterpretasi dan menyimpan rekod fizikal individu, melakukan
tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan
sistematik dan mengiktiraf tahap kecergasan fizikal individu berdasarkan prestasi semasa.
2.0 PROSEDUR SEGAK
Ujian Segak ini dijalankan ke atas semua murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4 sehingga
Tahun 6. Semua murid perlu menjalani ujiab-ujiabn kecergasan fizikal yang dicadangkan
dalam buku panduan SEGAK. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut umur,
keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid
dikira pada 1hb Januari untuk rujukan norma.
Ujian SEGAK ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan
Jasmani. Ujian juga perlu dilengkapkan pada hari yang sama. Guru perlu melatih murid
terlebih dahulu dan murid-murid digalakkan untuk membuat ujian secara individu, bersama
rakan atau bersama keluarga. Ujian harus lengkap dan mengikut turutan bateri ujian seperti
yang tercatat di bawah:
i. Naik Turun Bangku ( 3 Minit )
ii. Tekan Tubi ( 1 Minit )
iii. Ringkuk Tubi Separa
iv. Jangkauan Melunjur
Semua ujian-ujian ini perlu diselesaikan dalam satu hari yang sama untuk memastikan
kesahan dan kebolehpercayaan Ujian SEGAK tersebut.
Ukuran antroprometrik untuk mendapatkan indeks jisim badan perlu dijalankan
sebelum ujian. Ujian perlu dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos.
Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain tetapi pada
bulan yang sama.
2.1 Naik Turun Bangku ( 3 Minit )
Objektif ujian ini adalah untuk menguji daya tahan kardiovaskular murid-murid.
Antara peralatan yang digunakan semasa menjalankan prosedur ujian ialah bangku yang
mempunyai ketinggian 30.5 centimeter, jam randik, borang skor dan metronome. Penguji
ataupun guru perlu meletakkan bangku di tempat yang selamat dan di atas lantai yang rata.
Ini bertujuan untuk memastikan bangku tidak bergerak semasa ujian. Aktiviti ini boleh
dijalankan secara berpasangan dan guru perlu menyediakan rakaman atau metronome rentak
96 detik seminit.
Semasa ujian juga, murid perlu memakai kasut sukan yang sesuai dan perlu
memanaskan badan dan melakukan regangan sebelum melakukan ujian. Murid juga perlu
berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri mengikut keselesaan murid diletakkan di atas
bangku. Penguji atau guru akan memberikan isyarat ‘mula’. Seterusnya, murid akan
melakukan pergerakan naik dan turun ( kaki kiri naik diikuti kaki kanan kemudian kaki kiri
turun diikuti kaki kanan ). Murid akan melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau
metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. Selepas tamat masa, murid
dikehendaki duduk serta merta. Penguji atau guru akan mengira kadar nadi selepas 5 saat
tamat perlakuan dengan menggunakan Polar Heart Rate Monitor. Kadar nadi akan diambil
dalam jangka masa 1 minit. Jika murid tidak dapat menamatkan lakuan selama 3 minit, skor
muid akan dibatalkan. Selepas ujian ini, murid akan melakukan aktiviti kelonggaran dan
menyejukkan badan. Kiraan skor murid dikira berdasarkan bilangan kadar kiraan nadi selama
1 minit selepas ujian.
2.2 Tekan Tubi ( 1 Minit )
Objektif ujian ini adalah untuk mengukur keupayaan daya tahan dan kekuatan otot
tangan serta otot bahu. Tidak ada peralatan digunakan untuk ujian ini. Prosedur ujian
dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
yang lurus dan jari-jari kaki smentara badan diluruskan. Badan akan diturunkan dengan
membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Tangan perlu diluruskan seperti dalam
kedudukan sedia. Tekan tubi akan diteruskan sehingga murid tidak berupaya untuk
melakukan aktiviti secara sempurna dan betul. Ujian ditamatkan apabila murid sudah tidak
berupaya untuk melakukan pergerakan dengan sempurna. Lazimnya, prosedur ini dilakukan
oleh murid-murid lelaki. Manakala untuk murid perempuan pula, ujian tekan tubi suaian
akan dijalankan.
Prosedur ujian untuk tekan tubi suaian dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berta badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok, kaki bersilang
dan badan diluruskan. Badan akan diturunkan dengan membengkokkan siku. Tangan
diluruskan seperti dalam kedudukan sedia.tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
berupaya melakukannya. Ujian akan ditamatkan jika murd tidak dapat melakukan aktiviti
secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. Pemarkahan untuk ujian ini akan dikira
berdasarkan bilangan tekan tubi yang sempurna sepenuhnya.
2.3 Ringkuk Tubi Separa
Objektif ujian ini adalah untuk mengukur daya tahan dan kekuatan abdomen. Prosedur
ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. Murid akan berbaring dengan
lutut bengkok 90 darjah dengan tumit dan kaki sentiasa menyentuh lantai. Kaki dibuka seluas
bahu manakala kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar
pelekat pertama. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-
dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. Bahagian bawah belakang badan
hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal ( ulang prosedur 4 ) sebelum melakukan
ulangan yang seterusnya. Murid akan melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau
metronome dengan kadar 50 detik selama 1 minit. Ujian ditamatkan sekiranya murid berasa
tidak selesa, jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua dan tumit terangkat.
Markah dikira berdasarkan bilangan perlakuan yang sempurna.
2.4 Jangkauan Melunjur
Objektif ujian ini adalah untuk mengukur kelenturan pada bahagian bawah belakang
dan bahagian atas peha . Prosedur ujian ialah murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki
diletak di belakang penanda 23 sentimeter. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian dan
rakan yang lain akan memegang lutut. Tapak tangan kanan akan ditindih di atas belakang
tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. Dagu dirapatkan ke dada
dan tangan dijangkaukan secara perlahan-lahan sejauh yang mungkin di atas pita pengukur.
Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Murid akan diberikan tiga
percubaan berturut-turut, percubaan terbaik diambil kira sebagai skor dan bacaan dikira pada
sentimeter yang terhampir. Guru atau penguji tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
Guru juga perlu memastikan murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu
pelaku. Jika tangan tidak sama dan peserta ujian tidak dapat bertahan dalam satu saat atau
lutut tidak lurus ujian harus dilakukan semula.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segaknarazlanzz
 
Koordinasi dan ,kuasa
Koordinasi dan ,kuasaKoordinasi dan ,kuasa
Koordinasi dan ,kuasaZul Apen
 
Tes kesegaran jasmani indonesia
Tes kesegaran jasmani indonesiaTes kesegaran jasmani indonesia
Tes kesegaran jasmani indonesiaruce lee
 
Bateri Ujian
Bateri UjianBateri Ujian
Bateri UjianFatim Rbh
 
pengukuran kebugaran jasmani metode rockport
pengukuran kebugaran jasmani metode rockportpengukuran kebugaran jasmani metode rockport
pengukuran kebugaran jasmani metode rockportZakiah dr
 
Manual tid-sekoah
Manual tid-sekoahManual tid-sekoah
Manual tid-sekoahLaw Denny
 
Daya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPPDaya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPPShaiful Izham
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanSignorina Nurshuadah Aripin
 
Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmal
Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmalUjian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmal
Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmalBezita Goku
 
Buku panduan-segak-2009
Buku panduan-segak-2009Buku panduan-segak-2009
Buku panduan-segak-2009Jas Rieno
 
Kebugaranjasmani 110421065437-phpapp02
Kebugaranjasmani 110421065437-phpapp02Kebugaranjasmani 110421065437-phpapp02
Kebugaranjasmani 110421065437-phpapp02Erdian R
 
Kelas xii pelajaran 3 atletik
Kelas xii pelajaran 3 atletikKelas xii pelajaran 3 atletik
Kelas xii pelajaran 3 atletikrullyyanuari
 
Penelitian vito adityo wibowo k4612146
Penelitian vito adityo wibowo k4612146Penelitian vito adityo wibowo k4612146
Penelitian vito adityo wibowo k4612146vitoadityo
 
Kartu soal
Kartu soalKartu soal
Kartu soalDhy Ta
 

Was ist angesagt? (19)

Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Koordinasi dan ,kuasa
Koordinasi dan ,kuasaKoordinasi dan ,kuasa
Koordinasi dan ,kuasa
 
Tes kesegaran jasmani indonesia
Tes kesegaran jasmani indonesiaTes kesegaran jasmani indonesia
Tes kesegaran jasmani indonesia
 
Makalah tkji smp
Makalah tkji smpMakalah tkji smp
Makalah tkji smp
 
Bateri Ujian
Bateri UjianBateri Ujian
Bateri Ujian
 
pengukuran kebugaran jasmani metode rockport
pengukuran kebugaran jasmani metode rockportpengukuran kebugaran jasmani metode rockport
pengukuran kebugaran jasmani metode rockport
 
Manual tid sekolah
Manual tid sekolahManual tid sekolah
Manual tid sekolah
 
Manual tid-sekoah
Manual tid-sekoahManual tid-sekoah
Manual tid-sekoah
 
Daya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPPDaya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPP
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
 
Kebugaran Jasmani
Kebugaran JasmaniKebugaran Jasmani
Kebugaran Jasmani
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
1.0. pengenalan ujian kepantasan
1.0. pengenalan ujian kepantasan1.0. pengenalan ujian kepantasan
1.0. pengenalan ujian kepantasan
 
Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmal
Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmalUjian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmal
Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmal
 
Buku panduan-segak-2009
Buku panduan-segak-2009Buku panduan-segak-2009
Buku panduan-segak-2009
 
Kebugaranjasmani 110421065437-phpapp02
Kebugaranjasmani 110421065437-phpapp02Kebugaranjasmani 110421065437-phpapp02
Kebugaranjasmani 110421065437-phpapp02
 
Kelas xii pelajaran 3 atletik
Kelas xii pelajaran 3 atletikKelas xii pelajaran 3 atletik
Kelas xii pelajaran 3 atletik
 
Penelitian vito adityo wibowo k4612146
Penelitian vito adityo wibowo k4612146Penelitian vito adityo wibowo k4612146
Penelitian vito adityo wibowo k4612146
 
Kartu soal
Kartu soalKartu soal
Kartu soal
 

Ähnlich wie Ass hbpe 2203 pjk (recovered)

Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasSiot Sapian
 
Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007jefriamer
 
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.pptPanduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.pptnorzarieynaazirawati
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segakJimmy Siow
 
Buku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah meiBuku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah meirosfariza
 
Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Sobri Ismail
 
5.4 Daya Taa Otot.pptx
5.4 Daya Taa Otot.pptx5.4 Daya Taa Otot.pptx
5.4 Daya Taa Otot.pptxnuar nani
 
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskesTes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskesDaniarhaqiyah Riyadi
 
Rpp kebugaran jasmani 2013
Rpp kebugaran jasmani 2013Rpp kebugaran jasmani 2013
Rpp kebugaran jasmani 2013adipurwoko85
 
PPT KEBUGARAN JASMANI LENGKAP.pptx
PPT KEBUGARAN JASMANI LENGKAP.pptxPPT KEBUGARAN JASMANI LENGKAP.pptx
PPT KEBUGARAN JASMANI LENGKAP.pptxMeiRevue
 
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docxMINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docxsahiran1
 
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docxMINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docxsahiran1
 
Kelas1 semster2
Kelas1 semster2Kelas1 semster2
Kelas1 semster2arman11111
 

Ähnlich wie Ass hbpe 2203 pjk (recovered) (20)

Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
 
Flyers Segak PJPK
Flyers Segak PJPKFlyers Segak PJPK
Flyers Segak PJPK
 
Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007
 
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.pptPanduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
Panduan perlaksanaan segak sekolah rendah dan menegah.ppt
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Flyerssegak pjpk
Flyerssegak  pjpkFlyerssegak  pjpk
Flyerssegak pjpk
 
Buku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah meiBuku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah mei
 
Buku panduan SEGAK
Buku panduan SEGAKBuku panduan SEGAK
Buku panduan SEGAK
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)
 
5.4 Daya Taa Otot.pptx
5.4 Daya Taa Otot.pptx5.4 Daya Taa Otot.pptx
5.4 Daya Taa Otot.pptx
 
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskesTes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
 
Rpp kebugaran jasmani 2013
Rpp kebugaran jasmani 2013Rpp kebugaran jasmani 2013
Rpp kebugaran jasmani 2013
 
PPT KEBUGARAN JASMANI LENGKAP.pptx
PPT KEBUGARAN JASMANI LENGKAP.pptxPPT KEBUGARAN JASMANI LENGKAP.pptx
PPT KEBUGARAN JASMANI LENGKAP.pptx
 
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docxMINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
MINGGU 4 RPH PJPK TING 4 11 APRIL -.docx
 
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docxMINGGU 5  RPH PJPK TING 4 - .docx
MINGGU 5 RPH PJPK TING 4 - .docx
 
Asimen pbs (pj)
Asimen pbs (pj)Asimen pbs (pj)
Asimen pbs (pj)
 
Asimen pbs (pj)
Asimen pbs (pj)Asimen pbs (pj)
Asimen pbs (pj)
 
Pjkthn4
Pjkthn4Pjkthn4
Pjkthn4
 
Kelas1 semster2
Kelas1 semster2Kelas1 semster2
Kelas1 semster2
 

Ass hbpe 2203 pjk (recovered)

  • 1. 1.0 PENGENALAN Falls (1980), menyatakan bahawa kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai boleh memberikan seseorang individu itu perlindungan daripada penyakit-penyakit hipokinetik seperti penyakit jantung, obesiti dan pelbagai penyakit yang melibatkan tulang dan otot. Manakala kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya. Menurut Corbin dan Lindsey (1988), kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor. Dalam erti kata lain, kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Clarke (1979) menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik mempunyai tahap pencapaian akademik yang tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap kecergasan yang rendah. Pate ( 1991), melaporkan bahawa terhadap hubungan yang konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, keergasan fizikal dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Justeru, satu program penilaian standard telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan). Ianya dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Sekolah Rendah dan Menengah. SEGAK diilhamkan pada tahun 2005 dan mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 2008. Matlamat utama SEGAK adalah untuk memastikan murid-murid sentiasa peka , berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Objektif utama SEGAK adalah untuk mengetahui kepentingan kecergasan fizikal, melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah, menganalisis, menginterpretasi dan menyimpan rekod fizikal individu, melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan sistematik dan mengiktiraf tahap kecergasan fizikal individu berdasarkan prestasi semasa.
  • 2. 2.0 PROSEDUR SEGAK Ujian Segak ini dijalankan ke atas semua murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4 sehingga Tahun 6. Semua murid perlu menjalani ujiab-ujiabn kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan SEGAK. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1hb Januari untuk rujukan norma. Ujian SEGAK ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian juga perlu dilengkapkan pada hari yang sama. Guru perlu melatih murid terlebih dahulu dan murid-murid digalakkan untuk membuat ujian secara individu, bersama rakan atau bersama keluarga. Ujian harus lengkap dan mengikut turutan bateri ujian seperti yang tercatat di bawah: i. Naik Turun Bangku ( 3 Minit ) ii. Tekan Tubi ( 1 Minit ) iii. Ringkuk Tubi Separa iv. Jangkauan Melunjur Semua ujian-ujian ini perlu diselesaikan dalam satu hari yang sama untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan Ujian SEGAK tersebut. Ukuran antroprometrik untuk mendapatkan indeks jisim badan perlu dijalankan sebelum ujian. Ujian perlu dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain tetapi pada bulan yang sama.
  • 3. 2.1 Naik Turun Bangku ( 3 Minit ) Objektif ujian ini adalah untuk menguji daya tahan kardiovaskular murid-murid. Antara peralatan yang digunakan semasa menjalankan prosedur ujian ialah bangku yang mempunyai ketinggian 30.5 centimeter, jam randik, borang skor dan metronome. Penguji ataupun guru perlu meletakkan bangku di tempat yang selamat dan di atas lantai yang rata. Ini bertujuan untuk memastikan bangku tidak bergerak semasa ujian. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berpasangan dan guru perlu menyediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit. Semasa ujian juga, murid perlu memakai kasut sukan yang sesuai dan perlu memanaskan badan dan melakukan regangan sebelum melakukan ujian. Murid juga perlu berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri mengikut keselesaan murid diletakkan di atas bangku. Penguji atau guru akan memberikan isyarat ‘mula’. Seterusnya, murid akan melakukan pergerakan naik dan turun ( kaki kiri naik diikuti kaki kanan kemudian kaki kiri turun diikuti kaki kanan ). Murid akan melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. Selepas tamat masa, murid dikehendaki duduk serta merta. Penguji atau guru akan mengira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan menggunakan Polar Heart Rate Monitor. Kadar nadi akan diambil dalam jangka masa 1 minit. Jika murid tidak dapat menamatkan lakuan selama 3 minit, skor muid akan dibatalkan. Selepas ujian ini, murid akan melakukan aktiviti kelonggaran dan menyejukkan badan. Kiraan skor murid dikira berdasarkan bilangan kadar kiraan nadi selama 1 minit selepas ujian. 2.2 Tekan Tubi ( 1 Minit ) Objektif ujian ini adalah untuk mengukur keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu. Tidak ada peralatan digunakan untuk ujian ini. Prosedur ujian dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki smentara badan diluruskan. Badan akan diturunkan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Tangan perlu diluruskan seperti dalam kedudukan sedia. Tekan tubi akan diteruskan sehingga murid tidak berupaya untuk melakukan aktiviti secara sempurna dan betul. Ujian ditamatkan apabila murid sudah tidak berupaya untuk melakukan pergerakan dengan sempurna. Lazimnya, prosedur ini dilakukan oleh murid-murid lelaki. Manakala untuk murid perempuan pula, ujian tekan tubi suaian akan dijalankan.
  • 4. Prosedur ujian untuk tekan tubi suaian dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan dengan berta badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok, kaki bersilang dan badan diluruskan. Badan akan diturunkan dengan membengkokkan siku. Tangan diluruskan seperti dalam kedudukan sedia.tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya melakukannya. Ujian akan ditamatkan jika murd tidak dapat melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. Pemarkahan untuk ujian ini akan dikira berdasarkan bilangan tekan tubi yang sempurna sepenuhnya. 2.3 Ringkuk Tubi Separa Objektif ujian ini adalah untuk mengukur daya tahan dan kekuatan abdomen. Prosedur ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. Murid akan berbaring dengan lutut bengkok 90 darjah dengan tumit dan kaki sentiasa menyentuh lantai. Kaki dibuka seluas bahu manakala kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua- dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. Bahagian bawah belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal ( ulang prosedur 4 ) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. Murid akan melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik selama 1 minit. Ujian ditamatkan sekiranya murid berasa tidak selesa, jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua dan tumit terangkat. Markah dikira berdasarkan bilangan perlakuan yang sempurna.
  • 5. 2.4 Jangkauan Melunjur Objektif ujian ini adalah untuk mengukur kelenturan pada bahagian bawah belakang dan bahagian atas peha . Prosedur ujian ialah murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletak di belakang penanda 23 sentimeter. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian dan rakan yang lain akan memegang lutut. Tapak tangan kanan akan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. Dagu dirapatkan ke dada dan tangan dijangkaukan secara perlahan-lahan sejauh yang mungkin di atas pita pengukur. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Murid akan diberikan tiga percubaan berturut-turut, percubaan terbaik diambil kira sebagai skor dan bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Guru atau penguji tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan. Guru juga perlu memastikan murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku. Jika tangan tidak sama dan peserta ujian tidak dapat bertahan dalam satu saat atau lutut tidak lurus ujian harus dilakukan semula.