SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 25
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH 
SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD 
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH 
SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD 
Laporan projek ini dikemukakan sebagai 
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan 
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan(Kimia) 
Fakulti Pendidikan 
Universiti Teknologi Malaysia 
Mei 2011
ii
iii
iv 
DEDIKASI 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 
Teristimewa Buat 
Ayanhanda & Bonda 
AHMAD KERYA & HASIMAH ABDULLAH 
Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Sejak Kecil Hingga Akhirnya 
Doa Dan Restumu Menjadi Sumber Kejayaanku 
Dulu,Kini Dan Insyaallah Seterusnya 
Buat kakak dan adik-adik 
NURUL AINI AHMAD, INTAN TASNIM AHMAD,KHAIRUN NISAK AHMAD & NUR IMANINA AHMAD 
Terima Atas Sokongan Kalian 
Buat Guru-guru dan pensyarah 
Jasamu Kan Ku Kenang 
Kerana Mendidik Diri Ini 
Buat 
Rakan-Rakan Seperjuangan 
Sahabat-sahabat yang Disayangi 
Semoga Kalian 
Berjaya Dalam Bidang Yang Diceburi Dan Diramati Oleh Yang Maha Esa
v 
PENGHARGAAN 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat penulis menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda. 
Pertama-tamanya penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn Hj Johari b. Hassan selaku penyelia Projek Sarjana Muda dan juga jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana banyak membantu dan member tunjuk ajar kepada penulis sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Semoga segala tunjuk ajar yang diberikan dirahmati dan diredhai oleh Allah. 
Ingatan tulus ikhlas yang tidak terhingga kepada ayanhanda dan bonda yang tercinta yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan anakanda di dunia dan akhirat. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas keduanya. 
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
vi 
ABSTRAK 
Penggunaan internet dikalangan masyarakat Malaysia umumnya semakin meluas sehingga ke kawasan luar Bandar termasuklah di daerah Pulau Langkawi,Kedah. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan internet di kalangan remaja sekolah, faktor penggalak dan faktor penghalang pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. Kajian ini melibatkan seramai 180 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga di 3 buah sekolah sekitar daerah tersebut yang dipilih secara rawak berstrata. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Kajian merangkumi latar belakang responden, tahap kekerapan penggunaan aplikasi internet di kalangan pelajar, faktor penghalang dan faktor penggalak bagi pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science, Version 18.0 (SPSS) dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan purata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan aplikasi internet di kalangan responden, adalah pada aras rendah. Hal ini kerana lebih daripada 50% responden sukar untuk mendapatkan kemudahan internet dan kebanyakkan responden menjadikan sekolah atau cyber café sebagai tempat untuk mendapatkan kemudahan internet. Responden telah memperuntukkan masa 1 hingga 3 jam untuk mendapatkan maklumat berbanding hanya 1 jam untuk tujuan hiburan. Guru dan ibu bapa merupakan faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran manakala kemudahan internet dan sikap pelajar menjadi faktor penghalang kepada penggunaan internet dalam pembelajaran.
vii 
ABSTRACT 
Internet usage among Malaysian public is getting wider even to the rural areas, including the island of Pulau Langkawi, Kedah. The aims of the study are to look at Internet usage among adolescents, barriers and motivations factors to students in using the Internet for learning. This study involved 180 students from Form One to Form Three at 3 different schools in the district that were chosen randomly. The research instruments used was a questionnaire that was divided into three parts; the background of the respondents, the frequency of usage, and the barriers and motivations factors for the students using the Internet for learning. The data was processed by using the Statistical Package for Social Science, Version 18.0 (SPSS) and presented in form percentages, frequencies and averages. The findings indicated that the used of the Internet among the respondents, were at low levels. This is because more than 50% of respondents had difficulty in getting the internet access and most of the respondents used school or a cyber café as for place to get internet access. Respondents allocated about 1 to 3 hours to get information as compared to only one hour for entertainment purposes. Teachers and parents were the main factors that encourage students to use the Internet for learning while the internet facilities and students' attitudes were the hindering factors to the usage of Internet for learning.
viii 
KANDUNGAN 
BAB 
PERKARA 
MUKA SURAT 
STATUS PENGESAHAN TESIS 
JUDUL 
i 
PENGAKUAN 
iii 
DEDIKASI 
iv 
PENGHARGAAN 
v 
ABSTRAK 
vi 
ABSTRACT 
vii 
SENARAI KANDUNGAN 
viii 
SENARAI JADUAL 
xiii 
SENARAI RAJAH 
xv 
SENARAI LAMPIRAN 
xvi
ix 
1 
PENDAHULUAN 
1.1 Pengenalan 
1 
1.2 Permasalahan Kajian 
3 
1.3 Pernyataan Masalah 
4 
1.4 Objektif Kajian 
6 
1.5 Persoalan Kajian 
6 
1.6 Kepentingan Kajian 
6 
1.6.1 Kepentingan kepada pelajar 
7 
1.6.2 Kepentingan kepada Guru 
7 
1.6.3 Kepentingan kepada sekolah 
7 
1.6.4 Kepentingan kepada ibu bapa 
8 
1.6.5 Kepentingan kepada masyarakat 
8 
1.7 Batasan Kajian 
8 
1.8 Definisi/Istilah 
9 
1.8.1 Pembestarian sekolah 
9 
1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 
10 
1.8.3 Remaja 
10 
1.9 Penutup 
11 
2 
KAJIAN LITERATUR 
2.1 Pengenalan 
12
x 
2.2 Internet 
13 
2.3 Internet dalam Pendidikan 
14 
2.4 Penggunaan Internet di Kalangan Pelajar 
16 
2.5 Sumber internet yang dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran 
18 
2.6 Pembelajaran berpusatkan murid 
21 
2.7 Gaya Pembelajaran Konstruktivisme 
22 
3 
METODOLOGI KAJIAN 
3.1 Pengenalan 
25 
3.2 Reka Bentuk Kajian 
25 
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 
27 
3.4 Instrumen Kajian 
28 
3.4.1 Bahagian A 
29 
3.4.2 Bahagian B 
29 
3.4.3 Bahagian C 
30 
3.5 Keesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 
30 
3.6 Kajian Rintis 
31 
3.7 Analisis Data 
32 
3.8 Prosedur Kajian 
34 
3.9 Kesimpulan 
35
xi 
4 
ANALISIS DATA 
4.1 Pengenalan 
36 
4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang Responden) 
37 
4.2.1 Jantina 
37 
4.2.2 Pendapatan Keluarga 
38 
4.2.3 Tahap Pendidikan Bapa dan Ibu 
38 
4.2.4 Kemudahan Mendapatkan Internet 
4.2.5 Tempat Mendapatkan Kemudahan Internet 
39 
40 
4.2.6 Tujuan Penggunaan Internet 
4.2.7 Peruntukan Masa Mencari Maklumat untuk Sehari 
4.2.8 Peruntukan Masa untuk Hiburan dalam Sehari 
40 
41 
41 
4.3 Analisis Data Bahagian B 
42 
4.3.1 Perbezaan Min antara Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang 
44 
4.4 Analisis Data Bahagian C 
47 
4.4.1 Faktor penggalak kepada pelajar untuk menggunakan internet dalam pembelajaran 
47 
4.4.2 Faktor penghalang kepada pelajar untuk menggunakan internet dalam pembelajaran 
50 
4.5 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 
53
xii 
5 
RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 
5.1 Pengenalan 
55 
5.2 Ringkasan Kajian 
5.2.1 Latar Belakang Responden 
57 
57 
5.3 Perbincangan 
58 
5.3.1 Sumber Penggunaan Internet di Kalangan Responden 
58 
5.3.2 .Jenis Aplikasi Internet yang Kerap Dilayari oleh Pelajar 
60 
5.3.3 Faktor penggalak pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran 
63 
5.3.4 Faktor penghalang pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. 
64 
5.4 Kesimpulan 
65 
5.5 Cadangan 
66 
5.5.1 Pihak Pelajar 
67 
5.5.2 Pihak Guru 
67 
5.5.3 Pihak Ibu Bapa 
68 
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 
68 
5.7 Penutup 
69 
Rujukan 
71-74 
Lampiran 
75-85
xiii 
SENARAI JADUAL 
NO. JADUAL 
TAJUK 
MUKA SURAT 
3.1 
Pengkelasan Skala Likert 
30 
3.2 
Pekali Alpha Cronbach 
31 
3.3 
Jadual Pentafsiran Min 
32 
3.4 
Skor Kekerapan Melayari Internet 
33 
3.5 
Klasifikasi terhadap item 
34 
3.6 
Skala min 
34 
4.1 
Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kekerapan Penggunaan Internet ( Tujuan Pembelajaran) 
43 
4.2 
Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kekerapan Penggunaan Internet ( Tujuan Lain Seperti Hiburan, Sosial dan Lain-lain) 
44 
4.3 
Perbezaan Min antara Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dan Sekolah Menengah 
45
xiv 
Kebangsaan Kedawang 
4.4 
Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK Mahsuri untuk Kekerapan Menonton Video 
46 
4.5 
Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK Mahsuri untuk Kekerapan Melayari Laman Web Berunsur Ponografi 
46 
4.6 
Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK Mahsuri untuk Kekerapan Membeli Belah Secara Atas Talian 
47 
4.7 
Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Guru) 
48 
4.8 
Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Ibu Bapa) 
49 
4.9 
Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Laman Web) 
50 
4.10 
Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Guru dan Ibu Bapa) 
51
xv 
4.11 
Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Internet) 
52 
4.12 
Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Sikap Pelajar) 
53 
4.13 
Analisis Keseluruhan Min Responden yang Menjawab Persoalan 4 dan 5 
54
xvi 
SENARAI RAJAH 
NO. RAJAH 
TAJUK 
MUKA SURAT 
4.1 
Peratusan Mengikut Jantina 
37 
4.2 
Peratusan Pendapatan Keluarga 
38 
4.3 (i) 
Peratusan Tahap Pendidikan Bapa 
39 
4.3 (ii) 
Peratusan Tahap Pendidikan Ibu 
39 
4.4 
Peratusan Kemudahan Mendapatkan Internet 
39 
4.5 
Peratusan Tempat Mendapatkan Kemudahan Internet 
40 
4.6 
Peratusan Tujuan Penggunaan Internet 
41 
4.7 
Peratusan Peruntukan Masa Mencari Maklumat per Hari 
41 
4.8 
Peratusan Peruntukan Masa untuk Hiburan per Hari 
42
xvii 
SENARAI LAMPIRAN 
NO LAMPIRAN 
TAJUK 
MUKA SURAT 
A 
Surat Kebenaran EPRD 
77 
B 
Set Soal Selidik 
78-86
BAB 1 
PENDAHULUAN 
1.1 Pengenalan 
Sistem pendidikan masa kini telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf sosial masyarakat daripada era agrarian sehinggalah kini memasuki era teknologi maklumat. Sistem pendidikan kini dikatakan mengalami perubahan daripada penggunaan teori behaviorisme kepada kognitisme dan seterusnya ke konstruktisme. 
Melalui perancangan pelaksanaan pembestarian semua sekolah menjelang tahun 2010, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diterapkan dan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah- sekolah di seluruh negara. Bagi menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan pelajar dalam proses
2 
pengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia,Selasa,29 Ogos 2006). 
Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Dengan bermulanya penciptaan komputer, teknologi ini menjadi salah satu alat yang memudahkan golongan pendidik untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan pelbagai gaya dan menjadi tarikan kepada pelajar. 
Pengunaan komputer bukanlah sesuatu yang baru malah telah digunakan sejak awal 60 an lagi terutama di Negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melopori teknologi ini untuk diadaptasikan dalam dunia pendidikan. 
Dewasa ini, internet menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Tidak mengira golongan, samaada kanak-kanak seawal umur pra sekolah sehinggalah golongan emas, internet sudah menjadi kebiasaan digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga untuk hiburan. Dengan kemajuan teknologi yang pesat pada masa kini, internet dapat diakses di mana sahaja dengan mudahnya ditambah lagi dengan adanya teknologi jalur lebar, wifi dan sebagainya. 
Internet di lengkapi dengan kemudahan “world wide web” memudahkan pengguna untuk mengakses apa sahaja maklumat yang diperlukan. Maklumat yang diperoleh merangkumi seluruh pelosok dunia. Dengan kemudahan yang sebegini menjadikan masyarakat Malaysia khususnya mempunyai fikiran yang lebih terbuka dan lebih cakna dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling hinggalah ke dunia luar.
3 
1.2 Permasalahan Kajian 
Secara tradisinya, proses pengajaran dan pembelajaran di sampaikan melalui interaksi antara guru dan pelajar. Dimana guru menjadi gedung ilmu kepada pelajar. Masalah yang selalu timbul adalah apabila pelajar terlalu mengharap kepada guru untuk mendapatkan sesuatu ilmu. Di sini akan timbul isu “spoon feeding” dalam proses guru menyampaikan isi pengajaran. Sekaligus secara tidak langsung, dunia persekolahan melahirkan pelajar yang ‘pasif’, tidak mempunyai sikap berdikari dan tidak ada semangat kompetatif. 
Oleh itu, sudut pandang para pelajar perlu diubah untuk melahirkan pelajar yang bersikap berdikari, bermatlamat, berpandangan jauh, mempunyai sifat-sifat yang mulia dan bertanggungjawab dalam segala tindak-tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita yang dicita-citakan. (Mohd Hajiman Haji Mat Jusak,2002) Selari dengan perkembangan semasa, menjadikan internet sebagai salah satu solusi terbaik untuk menjadi jalan keluar kepada permasalahan di atas. 
Kata pepatah ada mengatakan,antara guru terbaik adalah pengalaman. Hal ini juga perlu diserapkan kepada pelajar. Oleh itu, internet menyediakan pelajar untuk menimba ilmu sendiri melalui pengalamannya mencari, menganalisa dan menimbal buruk baik sesuatu maklumat. Dengan kaedah ini bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab malah dapat mendidik pelajar untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Internet juga dapat menjadi platform untuk pelajar mengambil bahagian dengan cara tersendiri dan menjadikan pelajar tidak terlalu mengharapkan kepada orang lain. 
Selaras dengan perkembangan dunia masa kini, pelajar dan guru perlu menukar paradigma dengan tidak meletakkan tumpuan ilmu itu hanya kepada guru. Pelajar perlu dididik untuk menjana cara fikir tersendiri. Masa kini pelajar dan guru perlu sedar akan persaingan yang akan dihadapi apabila pelajar-pelajar ini melangkah ke dunia luar. Guru perlu berperanan sebagai fasilitator dan motivator kepada pelajar untuk berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh.
4 
Untuk tujuan pembelajaran pelajar, internet menyediakan pelbagai kemudahan seperti tutorial elektronik seperti Skor A, portal-portal pendidikan, email, enjin carian maklumat dan sebagainya. 
Kemudahan teknologi yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem telekomunikasi dan pengkalan data (data base) membolehkan segala maklumat diperolehi dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini. Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada sejauh manakah kita, dapat mengenal pasti maklumat tersebut dalam WWW (World Wide Web), bagaimana ia diperolehi, dan bila seharusnya ia patut digunakan. 
Bagi mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan, Internet adalah pilihan yang tepat buat masa kini. Seandainya kita yakin yang maklumat itu sebagai penyalur pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubungkan antara manusia sejagat setiap masa dengan pelbagai rangkaian dan pengkalan data, maka ianya sudah tentu menjadi jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing (McLain & DiStefano, 1995). 
1.3 Pernyataan Masalah 
Dewasa ini, internet menjadi sumber maklumat yang tidak terbatas. Hal ini menjadikan internet di gunakan oleh semua lapisan umur. Dengan kemudahan world wide web (www), internet digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga untuk tujuan hiburan semata-mata. 
Akibat daripada penyalahgunaan internet terutama di kalangan pengguna yang berusia muda menjadi kebimbangan kepada guru, ibu bapa dan juga masyarakat. Kebimbangan ini diakibatkan oleh masalah-masalah yang wujud akibat penyalahgunaan internet di kalangan pengguna muda ini, contohnya seperti masalah sosial, ponteng sekolah dan internet juga menyebabkan pengguna di kalangan pelajar hilang minat untuk belajar kerana banyak masa dihabiskan untuk melayari internet.
5 
Dalam isu pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berkembang seiring dengan perkembangan teknologi ini. Hal ini kerana mungkin kerana kekurangan kesedaran di kalangan guru, pelajar dan juga umum tentang kelebihan internet yang dapat diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tetap di takok lama dengan hanya menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan guru. Dan isu spoon feeding tetap menjadi budaya dikalangan pelajar di Malaysia. 
Dalam membincangkan isu ini, tidak dapat lari daripada turut membincangkan tentang isu pembestarian sekolah yang mula dilaksanakan semenjak tahun 1996. Perancangan pembestarian sekolah ini mengsasarkan pada tahun 2010 semua sekolah sudah dapat mengaplikasikan pembelajaran berdasarkan komputer sepenuhnya. Pada tahun 2010, sejauhmanakah semua sekolah dapat menggunakan komputer sebagai sumber utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana keadaan semasa yang masih mangalami masalah keterbatasan kemahiran guru dalam penggunaan komputer dan juga kekurangan kemudahan sekolah. 
Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kajian kepada kawasan di daerah Pulau Langkawi, Kedah. Rasional penyelidik memilih kawasan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan dan pendedahan internet di daerah ini. Dalam masa yang sama dapat mengaitkan penggunaan internet di dalam pembelajaran pelajar. Jika dilihat daripada sudut geografi, Pulau Langkawi adalah daerah yang terpisah daripada tanah besar. Daerah ini dapat diklasifikasikan sebagai kawasan luar Bandar secara umumnya. Namun begitu, daerah ini terkenal sebagai pusat pelancongan yang sentiasa menjadi tumpuan bukan sekadar pelancong tempatan malah ia juga menjadi tumpuan kepada pelancong asing. Oleh itu, pengkaji dapat mengetahui kaitan antara geografi dan persekitaran daerah ini dalam mempengaruhi penggunaan internet di kalangan remaja.
6 
1.4 Objektif Kajian 
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana internet membantu pelajar dalam pembelajaran. Antara objektif kajian adalah:- 
1.4.1 Mengenalpasti sumber penggunaan internet di kalangan pelajar. 
1.4.2 Mengenalpasti jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar. 
1.4.3 Mengenalpasti faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran. 
1.4.4 Mengenalpasti faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran. 
1.5 Persoalan Kajian 
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan beberapa persoalan yang merangkumi aspek-aspek berikut: 
1. Bagaimanakah pelajar mendapatkan sumber penggunaan internet? 
2. Apakah jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar? 
3. Apakah faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran? 
4. Apakah faktor yang menggalakkan pelajar mmenggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran? 
1.6 Kepentingan Kajian 
Pada era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan kini menjadikan internet merupakan salah satu alat komunikasi yang penting dalam segala aspek kehidupan.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Wana Irwana
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningcombi07
 
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun SuanUlasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun SuanMun Suan
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalhelidzia
 
Tugasan 3 kaedah tinjauan
Tugasan 3  kaedah tinjauanTugasan 3  kaedah tinjauan
Tugasan 3 kaedah tinjauanzarida ahmad
 
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799Lily Ting
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Rini Hafzah Abdul Rahim
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarZieya Ash
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan WebUlasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Websuhailarahman26
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningniakpt6043
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikelSiew Sin Wong
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]sammuechan
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalSandhrigah Krishnan
 

Was ist angesagt? (20)

Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044
 
Tugasan 1 web
Tugasan 1 webTugasan 1 web
Tugasan 1 web
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
 
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun SuanUlasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
Ulasan Jurnal KPT6044 by Wong Mun Suan
 
Huraian jurnal pbw6044
Huraian jurnal pbw6044Huraian jurnal pbw6044
Huraian jurnal pbw6044
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
 
Tugasan 3 kaedah tinjauan
Tugasan 3  kaedah tinjauanTugasan 3  kaedah tinjauan
Tugasan 3 kaedah tinjauan
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan WebUlasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learning
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
 

Andere mochten auch

Timsaylespp
TimsaylesppTimsaylespp
TimsaylesppLoquitur
 
Overcoming fear and procrastination promo2
Overcoming fear and procrastination promo2Overcoming fear and procrastination promo2
Overcoming fear and procrastination promo2tools4wisdom
 
Cardinal pr survey results
Cardinal pr survey resultsCardinal pr survey results
Cardinal pr survey resultstimjm123
 
I phone 6 and the smartphone evolution
I phone 6 and the smartphone evolutionI phone 6 and the smartphone evolution
I phone 6 and the smartphone evolutiontools4wisdom
 
My presentation
My presentation My presentation
My presentation rayabean16
 

Andere mochten auch (6)

Short Film Characters
Short Film CharactersShort Film Characters
Short Film Characters
 
Timsaylespp
TimsaylesppTimsaylespp
Timsaylespp
 
Overcoming fear and procrastination promo2
Overcoming fear and procrastination promo2Overcoming fear and procrastination promo2
Overcoming fear and procrastination promo2
 
Cardinal pr survey results
Cardinal pr survey resultsCardinal pr survey results
Cardinal pr survey results
 
I phone 6 and the smartphone evolution
I phone 6 and the smartphone evolutionI phone 6 and the smartphone evolution
I phone 6 and the smartphone evolution
 
My presentation
My presentation My presentation
My presentation
 

Ähnlich wie P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1ed

Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learningUmmu Zubair
 
Tugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismail
Tugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismailTugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismail
Tugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismailnijalbahari
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...shah_idah86
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesisAwin Ayura
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesisAwin Ayura
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
KPT 6044 Tugasan 1
KPT 6044 Tugasan 1KPT 6044 Tugasan 1
KPT 6044 Tugasan 1nuurad
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Li Fang Li
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Kulasingam Kula
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3LILLYBALA
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3LILLYBALA
 
Analisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaranAnalisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaranMahmudah Bakar
 
Analisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaranAnalisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaranMahmudah Bakar
 

Ähnlich wie P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1ed (20)

Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learning
 
Tugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismail
Tugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismailTugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismail
Tugasan1 kpt6044ulasanjurnalnijalbaharibinismail
 
Jtvee 06-2012-003
Jtvee 06-2012-003Jtvee 06-2012-003
Jtvee 06-2012-003
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Tugasan 3
Tugasan 3 Tugasan 3
Tugasan 3
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesis
 
Muke depan tesis
Muke depan tesisMuke depan tesis
Muke depan tesis
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
KPT 6044 Tugasan 1
KPT 6044 Tugasan 1KPT 6044 Tugasan 1
KPT 6044 Tugasan 1
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3
 
Analisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaranAnalisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaran
 
Analisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaranAnalisa jurnal e pembelajaran
Analisa jurnal e pembelajaran
 

P 2011 10114_8e4820d4cf7e420b91723a651f19c1ed

  • 1. PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • 2.
  • 3. PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan(Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Mei 2011
  • 4. ii
  • 5. iii
  • 6. iv DEDIKASI Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Teristimewa Buat Ayanhanda & Bonda AHMAD KERYA & HASIMAH ABDULLAH Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Sejak Kecil Hingga Akhirnya Doa Dan Restumu Menjadi Sumber Kejayaanku Dulu,Kini Dan Insyaallah Seterusnya Buat kakak dan adik-adik NURUL AINI AHMAD, INTAN TASNIM AHMAD,KHAIRUN NISAK AHMAD & NUR IMANINA AHMAD Terima Atas Sokongan Kalian Buat Guru-guru dan pensyarah Jasamu Kan Ku Kenang Kerana Mendidik Diri Ini Buat Rakan-Rakan Seperjuangan Sahabat-sahabat yang Disayangi Semoga Kalian Berjaya Dalam Bidang Yang Diceburi Dan Diramati Oleh Yang Maha Esa
  • 7. v PENGHARGAAN Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat penulis menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda. Pertama-tamanya penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn Hj Johari b. Hassan selaku penyelia Projek Sarjana Muda dan juga jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana banyak membantu dan member tunjuk ajar kepada penulis sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Semoga segala tunjuk ajar yang diberikan dirahmati dan diredhai oleh Allah. Ingatan tulus ikhlas yang tidak terhingga kepada ayanhanda dan bonda yang tercinta yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan anakanda di dunia dan akhirat. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas keduanya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin
  • 8. vi ABSTRAK Penggunaan internet dikalangan masyarakat Malaysia umumnya semakin meluas sehingga ke kawasan luar Bandar termasuklah di daerah Pulau Langkawi,Kedah. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan internet di kalangan remaja sekolah, faktor penggalak dan faktor penghalang pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. Kajian ini melibatkan seramai 180 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga di 3 buah sekolah sekitar daerah tersebut yang dipilih secara rawak berstrata. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Kajian merangkumi latar belakang responden, tahap kekerapan penggunaan aplikasi internet di kalangan pelajar, faktor penghalang dan faktor penggalak bagi pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science, Version 18.0 (SPSS) dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan purata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan aplikasi internet di kalangan responden, adalah pada aras rendah. Hal ini kerana lebih daripada 50% responden sukar untuk mendapatkan kemudahan internet dan kebanyakkan responden menjadikan sekolah atau cyber café sebagai tempat untuk mendapatkan kemudahan internet. Responden telah memperuntukkan masa 1 hingga 3 jam untuk mendapatkan maklumat berbanding hanya 1 jam untuk tujuan hiburan. Guru dan ibu bapa merupakan faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran manakala kemudahan internet dan sikap pelajar menjadi faktor penghalang kepada penggunaan internet dalam pembelajaran.
  • 9. vii ABSTRACT Internet usage among Malaysian public is getting wider even to the rural areas, including the island of Pulau Langkawi, Kedah. The aims of the study are to look at Internet usage among adolescents, barriers and motivations factors to students in using the Internet for learning. This study involved 180 students from Form One to Form Three at 3 different schools in the district that were chosen randomly. The research instruments used was a questionnaire that was divided into three parts; the background of the respondents, the frequency of usage, and the barriers and motivations factors for the students using the Internet for learning. The data was processed by using the Statistical Package for Social Science, Version 18.0 (SPSS) and presented in form percentages, frequencies and averages. The findings indicated that the used of the Internet among the respondents, were at low levels. This is because more than 50% of respondents had difficulty in getting the internet access and most of the respondents used school or a cyber café as for place to get internet access. Respondents allocated about 1 to 3 hours to get information as compared to only one hour for entertainment purposes. Teachers and parents were the main factors that encourage students to use the Internet for learning while the internet facilities and students' attitudes were the hindering factors to the usage of Internet for learning.
  • 10. viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT STATUS PENGESAHAN TESIS JUDUL i PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ABSTRAK vi ABSTRACT vii SENARAI KANDUNGAN viii SENARAI JADUAL xiii SENARAI RAJAH xv SENARAI LAMPIRAN xvi
  • 11. ix 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Permasalahan Kajian 3 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.6.1 Kepentingan kepada pelajar 7 1.6.2 Kepentingan kepada Guru 7 1.6.3 Kepentingan kepada sekolah 7 1.6.4 Kepentingan kepada ibu bapa 8 1.6.5 Kepentingan kepada masyarakat 8 1.7 Batasan Kajian 8 1.8 Definisi/Istilah 9 1.8.1 Pembestarian sekolah 9 1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 10 1.8.3 Remaja 10 1.9 Penutup 11 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12
  • 12. x 2.2 Internet 13 2.3 Internet dalam Pendidikan 14 2.4 Penggunaan Internet di Kalangan Pelajar 16 2.5 Sumber internet yang dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran 18 2.6 Pembelajaran berpusatkan murid 21 2.7 Gaya Pembelajaran Konstruktivisme 22 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 25 3.2 Reka Bentuk Kajian 25 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 27 3.4 Instrumen Kajian 28 3.4.1 Bahagian A 29 3.4.2 Bahagian B 29 3.4.3 Bahagian C 30 3.5 Keesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 30 3.6 Kajian Rintis 31 3.7 Analisis Data 32 3.8 Prosedur Kajian 34 3.9 Kesimpulan 35
  • 13. xi 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 36 4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang Responden) 37 4.2.1 Jantina 37 4.2.2 Pendapatan Keluarga 38 4.2.3 Tahap Pendidikan Bapa dan Ibu 38 4.2.4 Kemudahan Mendapatkan Internet 4.2.5 Tempat Mendapatkan Kemudahan Internet 39 40 4.2.6 Tujuan Penggunaan Internet 4.2.7 Peruntukan Masa Mencari Maklumat untuk Sehari 4.2.8 Peruntukan Masa untuk Hiburan dalam Sehari 40 41 41 4.3 Analisis Data Bahagian B 42 4.3.1 Perbezaan Min antara Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang 44 4.4 Analisis Data Bahagian C 47 4.4.1 Faktor penggalak kepada pelajar untuk menggunakan internet dalam pembelajaran 47 4.4.2 Faktor penghalang kepada pelajar untuk menggunakan internet dalam pembelajaran 50 4.5 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 53
  • 14. xii 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 55 5.2 Ringkasan Kajian 5.2.1 Latar Belakang Responden 57 57 5.3 Perbincangan 58 5.3.1 Sumber Penggunaan Internet di Kalangan Responden 58 5.3.2 .Jenis Aplikasi Internet yang Kerap Dilayari oleh Pelajar 60 5.3.3 Faktor penggalak pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran 63 5.3.4 Faktor penghalang pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. 64 5.4 Kesimpulan 65 5.5 Cadangan 66 5.5.1 Pihak Pelajar 67 5.5.2 Pihak Guru 67 5.5.3 Pihak Ibu Bapa 68 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 68 5.7 Penutup 69 Rujukan 71-74 Lampiran 75-85
  • 15. xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Pengkelasan Skala Likert 30 3.2 Pekali Alpha Cronbach 31 3.3 Jadual Pentafsiran Min 32 3.4 Skor Kekerapan Melayari Internet 33 3.5 Klasifikasi terhadap item 34 3.6 Skala min 34 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kekerapan Penggunaan Internet ( Tujuan Pembelajaran) 43 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kekerapan Penggunaan Internet ( Tujuan Lain Seperti Hiburan, Sosial dan Lain-lain) 44 4.3 Perbezaan Min antara Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dan Sekolah Menengah 45
  • 16. xiv Kebangsaan Kedawang 4.4 Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK Mahsuri untuk Kekerapan Menonton Video 46 4.5 Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK Mahsuri untuk Kekerapan Melayari Laman Web Berunsur Ponografi 46 4.6 Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK Mahsuri untuk Kekerapan Membeli Belah Secara Atas Talian 47 4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Guru) 48 4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Ibu Bapa) 49 4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Laman Web) 50 4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Guru dan Ibu Bapa) 51
  • 17. xv 4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Internet) 52 4.12 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Sikap Pelajar) 53 4.13 Analisis Keseluruhan Min Responden yang Menjawab Persoalan 4 dan 5 54
  • 18. xvi SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Peratusan Mengikut Jantina 37 4.2 Peratusan Pendapatan Keluarga 38 4.3 (i) Peratusan Tahap Pendidikan Bapa 39 4.3 (ii) Peratusan Tahap Pendidikan Ibu 39 4.4 Peratusan Kemudahan Mendapatkan Internet 39 4.5 Peratusan Tempat Mendapatkan Kemudahan Internet 40 4.6 Peratusan Tujuan Penggunaan Internet 41 4.7 Peratusan Peruntukan Masa Mencari Maklumat per Hari 41 4.8 Peratusan Peruntukan Masa untuk Hiburan per Hari 42
  • 19. xvii SENARAI LAMPIRAN NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Kebenaran EPRD 77 B Set Soal Selidik 78-86
  • 20. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sistem pendidikan masa kini telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf sosial masyarakat daripada era agrarian sehinggalah kini memasuki era teknologi maklumat. Sistem pendidikan kini dikatakan mengalami perubahan daripada penggunaan teori behaviorisme kepada kognitisme dan seterusnya ke konstruktisme. Melalui perancangan pelaksanaan pembestarian semua sekolah menjelang tahun 2010, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diterapkan dan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah- sekolah di seluruh negara. Bagi menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan pelajar dalam proses
  • 21. 2 pengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia,Selasa,29 Ogos 2006). Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Dengan bermulanya penciptaan komputer, teknologi ini menjadi salah satu alat yang memudahkan golongan pendidik untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan pelbagai gaya dan menjadi tarikan kepada pelajar. Pengunaan komputer bukanlah sesuatu yang baru malah telah digunakan sejak awal 60 an lagi terutama di Negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melopori teknologi ini untuk diadaptasikan dalam dunia pendidikan. Dewasa ini, internet menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Tidak mengira golongan, samaada kanak-kanak seawal umur pra sekolah sehinggalah golongan emas, internet sudah menjadi kebiasaan digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga untuk hiburan. Dengan kemajuan teknologi yang pesat pada masa kini, internet dapat diakses di mana sahaja dengan mudahnya ditambah lagi dengan adanya teknologi jalur lebar, wifi dan sebagainya. Internet di lengkapi dengan kemudahan “world wide web” memudahkan pengguna untuk mengakses apa sahaja maklumat yang diperlukan. Maklumat yang diperoleh merangkumi seluruh pelosok dunia. Dengan kemudahan yang sebegini menjadikan masyarakat Malaysia khususnya mempunyai fikiran yang lebih terbuka dan lebih cakna dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling hinggalah ke dunia luar.
  • 22. 3 1.2 Permasalahan Kajian Secara tradisinya, proses pengajaran dan pembelajaran di sampaikan melalui interaksi antara guru dan pelajar. Dimana guru menjadi gedung ilmu kepada pelajar. Masalah yang selalu timbul adalah apabila pelajar terlalu mengharap kepada guru untuk mendapatkan sesuatu ilmu. Di sini akan timbul isu “spoon feeding” dalam proses guru menyampaikan isi pengajaran. Sekaligus secara tidak langsung, dunia persekolahan melahirkan pelajar yang ‘pasif’, tidak mempunyai sikap berdikari dan tidak ada semangat kompetatif. Oleh itu, sudut pandang para pelajar perlu diubah untuk melahirkan pelajar yang bersikap berdikari, bermatlamat, berpandangan jauh, mempunyai sifat-sifat yang mulia dan bertanggungjawab dalam segala tindak-tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita yang dicita-citakan. (Mohd Hajiman Haji Mat Jusak,2002) Selari dengan perkembangan semasa, menjadikan internet sebagai salah satu solusi terbaik untuk menjadi jalan keluar kepada permasalahan di atas. Kata pepatah ada mengatakan,antara guru terbaik adalah pengalaman. Hal ini juga perlu diserapkan kepada pelajar. Oleh itu, internet menyediakan pelajar untuk menimba ilmu sendiri melalui pengalamannya mencari, menganalisa dan menimbal buruk baik sesuatu maklumat. Dengan kaedah ini bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab malah dapat mendidik pelajar untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Internet juga dapat menjadi platform untuk pelajar mengambil bahagian dengan cara tersendiri dan menjadikan pelajar tidak terlalu mengharapkan kepada orang lain. Selaras dengan perkembangan dunia masa kini, pelajar dan guru perlu menukar paradigma dengan tidak meletakkan tumpuan ilmu itu hanya kepada guru. Pelajar perlu dididik untuk menjana cara fikir tersendiri. Masa kini pelajar dan guru perlu sedar akan persaingan yang akan dihadapi apabila pelajar-pelajar ini melangkah ke dunia luar. Guru perlu berperanan sebagai fasilitator dan motivator kepada pelajar untuk berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh.
  • 23. 4 Untuk tujuan pembelajaran pelajar, internet menyediakan pelbagai kemudahan seperti tutorial elektronik seperti Skor A, portal-portal pendidikan, email, enjin carian maklumat dan sebagainya. Kemudahan teknologi yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem telekomunikasi dan pengkalan data (data base) membolehkan segala maklumat diperolehi dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini. Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada sejauh manakah kita, dapat mengenal pasti maklumat tersebut dalam WWW (World Wide Web), bagaimana ia diperolehi, dan bila seharusnya ia patut digunakan. Bagi mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan, Internet adalah pilihan yang tepat buat masa kini. Seandainya kita yakin yang maklumat itu sebagai penyalur pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubungkan antara manusia sejagat setiap masa dengan pelbagai rangkaian dan pengkalan data, maka ianya sudah tentu menjadi jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing (McLain & DiStefano, 1995). 1.3 Pernyataan Masalah Dewasa ini, internet menjadi sumber maklumat yang tidak terbatas. Hal ini menjadikan internet di gunakan oleh semua lapisan umur. Dengan kemudahan world wide web (www), internet digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga untuk tujuan hiburan semata-mata. Akibat daripada penyalahgunaan internet terutama di kalangan pengguna yang berusia muda menjadi kebimbangan kepada guru, ibu bapa dan juga masyarakat. Kebimbangan ini diakibatkan oleh masalah-masalah yang wujud akibat penyalahgunaan internet di kalangan pengguna muda ini, contohnya seperti masalah sosial, ponteng sekolah dan internet juga menyebabkan pengguna di kalangan pelajar hilang minat untuk belajar kerana banyak masa dihabiskan untuk melayari internet.
  • 24. 5 Dalam isu pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berkembang seiring dengan perkembangan teknologi ini. Hal ini kerana mungkin kerana kekurangan kesedaran di kalangan guru, pelajar dan juga umum tentang kelebihan internet yang dapat diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tetap di takok lama dengan hanya menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan guru. Dan isu spoon feeding tetap menjadi budaya dikalangan pelajar di Malaysia. Dalam membincangkan isu ini, tidak dapat lari daripada turut membincangkan tentang isu pembestarian sekolah yang mula dilaksanakan semenjak tahun 1996. Perancangan pembestarian sekolah ini mengsasarkan pada tahun 2010 semua sekolah sudah dapat mengaplikasikan pembelajaran berdasarkan komputer sepenuhnya. Pada tahun 2010, sejauhmanakah semua sekolah dapat menggunakan komputer sebagai sumber utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana keadaan semasa yang masih mangalami masalah keterbatasan kemahiran guru dalam penggunaan komputer dan juga kekurangan kemudahan sekolah. Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kajian kepada kawasan di daerah Pulau Langkawi, Kedah. Rasional penyelidik memilih kawasan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan dan pendedahan internet di daerah ini. Dalam masa yang sama dapat mengaitkan penggunaan internet di dalam pembelajaran pelajar. Jika dilihat daripada sudut geografi, Pulau Langkawi adalah daerah yang terpisah daripada tanah besar. Daerah ini dapat diklasifikasikan sebagai kawasan luar Bandar secara umumnya. Namun begitu, daerah ini terkenal sebagai pusat pelancongan yang sentiasa menjadi tumpuan bukan sekadar pelancong tempatan malah ia juga menjadi tumpuan kepada pelancong asing. Oleh itu, pengkaji dapat mengetahui kaitan antara geografi dan persekitaran daerah ini dalam mempengaruhi penggunaan internet di kalangan remaja.
  • 25. 6 1.4 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana internet membantu pelajar dalam pembelajaran. Antara objektif kajian adalah:- 1.4.1 Mengenalpasti sumber penggunaan internet di kalangan pelajar. 1.4.2 Mengenalpasti jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar. 1.4.3 Mengenalpasti faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran. 1.4.4 Mengenalpasti faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran. 1.5 Persoalan Kajian Kajian ini dilaksanakan berdasarkan beberapa persoalan yang merangkumi aspek-aspek berikut: 1. Bagaimanakah pelajar mendapatkan sumber penggunaan internet? 2. Apakah jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar? 3. Apakah faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran? 4. Apakah faktor yang menggalakkan pelajar mmenggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran? 1.6 Kepentingan Kajian Pada era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan kini menjadikan internet merupakan salah satu alat komunikasi yang penting dalam segala aspek kehidupan.