1. RANCANGAN : RASUL YANG KATA
TETAMU JEMPUTAN : KUMPULAN MIRWANA FT. FELLOW SUFI
LAGU : ESOK MENANTI
PENGACARA : USTAZ MOHD IZHAR
EPISOD : 34
HADIS SAHIH – JENAZAH YANG DIPUJI ATAU DICELA
Anas R.A menceritakan, ‘pada suatu hari semasa aku duduk
bersama Rasulullah,kemudian orang ramai melewati kami sambil
mengiringi jenazah.Salah seorang daripada mereka bertanya
bagaimanakah keadaan jenazah ini?Lalu,orang ramai menjawab
bahawa jenazah itu amat mencintai Allah dan Rasulullah semasa
hidup dan beramal dengan penuh ketaatan kepada Allah.Maka
Nabi bersabdha ‘wajib,wajib,wajib’. Setelah itu, lalu pula jenazah
yang lain. Orang ramai mencela jenazah tersebut dengan berkata
jenazah ini benci kepada Allah dan Rasul semasa hidupnya dan
sentiasa melakukan maksiat.Maka Nabi bersabdha
‘wajib,wajib,wajib’. Abu Bakar bertanya kehairan kepada
Rasulullah yakni mengapakah engkau berkata ‘wajib,wajib,wajib’
ke atas kedua-dua jenazah tersebut ? Rasulullah menjawab, ‘ya.’
Lalu menjawab dengan hadis berikut :
Daripada Anas R.A,Rasulullah SAW bersabdha bahawa
sesungguhnya bagi Allah terdapat malaikat yang bercakap dengan
menggunakan lisan kaum adam mengenai seseorang tentang
kebaikan atau keburukannya.
Hadis Sahih Riwayat Al-Hakim
2. Huraian hadis ::
Malaikat akan mengaminkan perkataan yang diucapkan oleh
orang ramai terhadap jenazah.
Nabi SAW suruh :
Melihat jenazah
Bersangka baik terhadap jenazah
Sebut perkara yang baik-baik tentang jenazah
Jangan hina jenazah
Menceritakan keburukan jenazah untuk mengaibkan jenazah
atau keluarga jenazah maka hukumnya HARAM.
Menceritakan keburukan jenazah TANPA menyebut NAMA
adalah BOLEH dan dapat mengelakkan fitnah serta sebagai
pengajaran.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan terhadap jenazah ialah
membaca bacaan Surah Yaseen.
HADIS MAUDU’ (PALSU) – KEBAIKKAN ALLAH PADA
HAMBANYA.
Kenyataan ini disandarkan kepada Rasulullah SAW , mereka
berkata pilihan Allah kepada kamu lebih baik daripada
pilihan kamu sendiri. INI HADIS PALSU.
Namun kita boleh ambil maksudnya kerana dalam Al-Quran ,
Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa ada kalanya
perkara yang kamu tidak suka adalah perkara yang terbaik
untuk kamu.