Bahasa Melayu dihargai sebagai bahasa identiti bangsa yang menyatukan rakyat dan memartabatkan maruah bangsa. Ia perlu dipelihara dan dipertahankan sebagai bahasa kebangsaan walaupun di era globalisasi, serta terus dikembangkan sebagai bahasa ilmu.
1. DIRGAHAYU BAHASAKU
Rangkap 1 – Bahasa Melayu tetapi bersemadi di hati orang Melayu sebgai
bahasa yang berbudi bahasa,setia dan amanah.
Rangkap 2 – Bahasa Melayu sebagai maruah bangsa yang mesti dipelihara
martabatnya agar tetap kukuh melayari zaman serba canggih dan sebagai
alat menyatukan bangsa.
Rangkap 3 – Para pejuang berjuang mempertahankan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan mendaulatkan bahasa Melayu pada era
globalisasi.
Rangkap 4- Bahasa Melayu digunakan secara meluas dari utara ke selatan
dan dari pulau ke pulau.
Rangkap 5 – Diharapkan bahasa Melayu dapat berkembang sebagai bahasa
ilmu dan melambangkan kesopanan bangsa Melayu dan digunakan sebagai
bahasa perpaduan pada alaf yang baru
NILAI
1. Cinta akan bahasa – rakay haruslah cinta akan bahasa bangsa sendiri
2. Bersatu padu – rakyat perlulah bersatu-padu menggunakan bahasa
yang sama
3. Kegigihan – kegigihan memastikan penggunaan bahasa Melayu
4. Keyakinan – yakin bahawa bahasa Melayu akan dijadikan bahasa
ilmu.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah cinta akan bahasa bangsa sendiri
2. Kita mestilah bersatu padu menggunakan bahasa yang sama
3. Kita mestilah gigih berusaha untuk memastikan penggunaan bahasa
yang sama
4. Kita mestilah yakin Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu