2. Merupakan suatu kaedah yang boleh digunakan untuk menetapkan
peraturan yang perlu dipatuhi dan dipersetujui oleh guru dan murid-
murid.
Guru perlu menyediakan satu carta nama murid-murid dan akan menulis
nama murid tersebut pada papan atau kad dalam kelas dan meletakkan
token.
Apabila seseorang murid melakukan tingkah laku positif, dia akan
diberikan token ekonomi seperti bintang atau pelekat.
1. EkonomiToken
3. Guru perlu menyediakan latihan dan tugasan yang bersesuaian dengan
tahap kebolehan murid.
Cara ini penting kerana, apabila murid-murid berjaya menyiapkan latihan
ataupun tugasan yang diberikan kepada mereka dengan baik, mereka
akan berasa gembira dan lebih berkeyakinan.
Cara ini juga akan membantu mengatasi masalah tingkah laku mereka
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Latihan dan tugasan yang
bersesuaian
4. Guru perlulah menyediakan rancangan pengajaran yang melibatkan
pembelajaran yang menyeronokkan.
Pembelajaran yang menyeronokkan akan menjadikan suasana
pembelajaran di dalam bilik darjah sesuatu yang menggembirakan murid-
murid.
Aktiviti yang disediakan oleh guru akan menarik minat serta tumpuan
mereka untuk mengikuti proses pembelajaran dengan berkesan.
3. Pembelajaran yang
menyeronokkan
5. Guru hendaklah membiasakan diri memberikan peneguhan seperti kata-
kata pujian, kata-kata peransang, bintang atau hadiah bagi
memperkukuh pencapaian ataupun tingkah laku yang diingini.
Sesuatu peneguhan positif hendaklah dilakukan dengan tekal dan
konsisten bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang diingini itu.
Tingkah laku yang tidak diingini pula, ia boleh dihapuskan atau
dikurangkan melalui proses penghapusan.
Sebagai contoh murid yang suka memberikan jawapan tanpa
mengangkat tangan tidak harus dilayan.
4. Peneguhan dan Penghapusan