1. Nyatakan alatan-alatan memotong.
2. Terangkan mengenai alatan
memotong.
3. Terangkan kegunaan alatan-alatan
memotong.
Objektif Pembelajaran
Dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan
dengan bidang pembuatan dan penghasilan
sesuatu projek, peranan alat tangan adalah
sangat penting untuk kerja kerja asas seperti :-
◦Menanda
◦Memotong
◦Memegang
◦Menguji
◦Mengukur
Pengenalan
Alatan tangan mestilah sesuai dengan
bahan dan tujuan alat digunakan.
Kriteria pemilihan alatan tangan ialah :
1. Kesesuaian alatan tangan dengan
bahan.
2. Kemahiran mengendalikan alatan.
3. Kemudahan mendapatkan alatan.
4. Faktor keselamatan semasa
menggunakan alatan.
PEMILIHAN ALATAN
Alatan memotong
Alat memotong merupakan alat yang
digunakan untuk memotong atau menipiskan
benda kerja semasa proses pembuatan.
Contoh alat alat pemotong ialah seperti
dibawah:-
1. Gergaji Besi (Hacksaw)
2. Kikir (File)
3. Pahat (Chisel)
4. Mata Gerudi (Twist Drill)
5. Tap and Dies
6. Snips
Gergaji besi
Ia digunakan untuk memotong logam atau benda
kerja kepada saiz yang dikehendaki.
Mata Gergaji
Nat Kepak
Hulu
Bingkai
Terdapat 2 jenis iaitu jenis tetap dan jenis
boleh laras
Bingkai Boleh Laras – boleh dilaraskan mengikut
panjang bilah mata gergaji.
a. Bingkai jenis sangkut
b. Bingkai jenis tiub
Bingkai Tetap – hanya boleh memegang bilah
gergaji yang sama saiz
Bilah Mata Gergaji
Mata gergaji diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi, keluli aloi
tungsten dan keluli aloi molibdenum
Terdapat 3 jenis utama iaitu :
i) All Hard Blade
Jenis ini dimana ia dikeraskan ( Hardened ) secara
keseluruhannya. Diperbuat dari logam Keluli Alat dan sesuai untuk
memotong logam yang keras sifatnya seperti Pancalogam, Besi
Tuang dan sebagainya.
ii) Flexible blade ( Jenis Liuk )
Dikeraskan ( Hardened ) pada bahagian giginya sahaja dan
sifatnya tidak mudah patah. Pekerja yang kurang mahir
digalakkan mengguna jenis ini.
iii ) High Carbon Steel
Dikeraskan keseluruhannya dan sesuai untuk memotong logam
seperti Alloy, besi Tuang dan lain lain.
Bilah Mata Gergaji
Gred gigi
Gred gigi gergaji besi dikira bilangan gigi dalam satu inci
(Teeth per inchi ). Jika grednya kasar bermakna bilangan
dalam seinci adalah kurang dan sebaliknya pula.
Kategori gred gigi gergaji besi seperti berikut :
i) Kasar ( Coarse )
Bilangan gigi dalam seinci diantara 14 hingga 18 TPI
dan
sesuai untuk memotong logam yang nipis.
ii) Halus ( Fine )
Bilangan gigi dalam seinci diantara 24 hingga 32 TPI
dan sering digunakan bagi memotong logam yang tebal.
Semasa mengunakan gergaji beberapa perkara perlu
diambil perhatian bagi mengelakkan mata gergaji
dari patah :-
I. Pilih mata gergaji yang sesuai dengan benda kerja
II. Mata gergaji dipasang ke depan
III. Ketegangan mata gergaji sesuai mengikut jenis
pemotongan
IV. Benda kerja diapit ragum dengan kemas
V. Kelajuan pemotongan sesuai mengikut jenis logam
VI. Tekanan dikenakan semasa gergaji ditolak ke
depan dan diangkat sedikit semasa gergaji ditarik
kebelakang
Penjagaan Gergaji Besi
Selepas kerja menggergaji selesai, semua
bahagian gergaji perlu dibersihkan.
Longgarkan sedikit bilah bagi mengurangkan
regangan ke atas bilah mata gergaji.
Simpan di tempat yang selamat seperti
almari dengan cara menggantungnya.
Bebas dari alatan berat yang lain.
Kikir (FILE)
Kikir diperbuat daripada keluli bermutu tinggi
yang dikeraskan
Kegunaan :-
Untuk memotong,menipiskan dan
melicinkan permukaan benda kerja serta
membentuk.
Langkah penjagaan kikir
Kikir akan rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik
dan berikut adalah panduan penjagaan kikir:-
I. Kikir perlu dipasang dengan hulu yangg sesuai
II. Gunakan kikir yang sesuai mengikut jenis bahan
kerja
III. Gunakan untuk mengikir sahaja
IV. Jangan biarkan kikir terkena minyak atau air
V. Kerak besi yang melekat pada kikir perlu
dibersihkan dengan mengunakan berus kikir
Kikir boleh dikelaskan kepada beberapa jenis
berdasarkan saiz,bentuk gigi dan gred pemotong.
KIKIR
GRED
GIGI
PEMOTON
G
•Kasar
•Sederhan
a
•Halus
JENIS GIGI
PEMOTONG
•Gigi selari
•Gigi bersilang
•Gigi lengkung
•Gigi parut
BENTUK
•Rata tirus
•Rata lurus
•Separuh bulat
•Bulat
•Segiempat
sama
•Segitiga
SAIZ
•Berdasarkan
panjang
kikir
Jenis gigi pemotong dan
kegunaannya
Jenis gigi
pemotong kegunaannya
Gigi selari • Untuk kerja kekemasan
Gigi bersilang • Untuk kerja am
• Dapat mengikir dengan cepat
Gigi lengkung • Untuk mengikir logam lembut
seperti aluminium
Gigi parut • Untuk mengikir benda kerja yang
lembut seperti timah dan kayu
GIGI SELARI
gigi selari dipotong
condong pada sudut 65
darjah hingga 85 darjah
pada permukaan kikir.
Kikir jenis ini biasanya
digunakan untuk kerja –
kerja penyudahan.
GIGI BERSILANG
gigi junam di potong
pada sudut 45
manakala gigi dongak
dipotong pada sudut
70 darjah hingga 80
darjah. Kikir jenis ini
digunakan untuk
kerja – kerja am.
Dengan menggunakan
kikir ini logam dapat
dibuang dengan
cepat.
GIGI LENGKUNG
kikir jenis gigi
lengkung digunakan
untuk mengikr logam
yang sembut seperti
aluminium dan kuprum
( tembaga ), kerana
klerak – kerak bahan
tersebut tidak mudah
melekat pada gigi kikir.
GIGI PARUT
kikir jenis gigi parut
digunakan untuk
membuang bahan – bahan
yang lembut dengan cepat.
Bahan – bahan yang sangat
lembut seperti timah dan
kayu boleh dikikir dengan
kikir parut. Bentuk gigi ini
membolehkan bahan yang
dipotong keluar dengan
mudah.
GRED gigi pemotong
Paling kasar (Coarse)
Kasar (Bastard)
Sederhana (Medium)
Halus (Fine)
Sangat halus (Extra Fine)
Bentuk kikir dan kegunaannya
Bentuk kikir kegunaannya
Rata tirus • Untuk kerja am
Rata lurus • Untuk kerja kekemasan
Separuh bulat • Untuk kerja kekemasan
Bulat • Untuk membesarkan
lengkung atau bulatan
Segi empat
sama
• Untuk membesarkan
lubang berbentuk
segiempat
Segitiga • Untuk mengikir dan
membuat kekemasan pada
sudut dalam yang tajam
KAEDAH MENGIKIR
MENGIKIR BERAT
TUJUAN ADALAH UNTUK MENGIKIR DENGAN CEPAT
HUJUNG KIKIR DIGENGGAM KUAT
TEKANAN YANG DIKENAKAN DI ATAS KIKIR ADALAH KUAT
MENGIKIR RINGAN
PERINGKAT PERTENGAHAN MENGIKIR DENGAN TUJUAN
MENIPISKAN PERMUKAAN LOGAM
HUJUNG KIKIR DIPEGANG ATAU DITEKAN DENGAN JARI
TEKANAN YANG DIKENAKAN DI ATAS KIKIR ADALAH KUAT
KAEDAH MENGIKIR
KAEDAH MENGIKIR
MENGIKIR LAYANG
Dilakukan semasa kerja penyudah dengan tujuan merata
serta melicinkan permukaan logam.
Tekanan yang dikenakan ke atas kikir juga ringan.
PENJAGAAN KIKIR
1.Selepas kerja mengikir,kikir hendaklah
dibersihkan dengan ‘File Brush’ dan ‘File
Card’ terutama di bahagian celah giginya.
2.Semasa menyimpan kikir hendaklah
diasingkan dari alatan keras yang lain
kerana ia boleh merosakkan giginya
sekiranya bertindih.
3.Jangan sesekali kikir dijadikan penukul
untuk menukul benda lain.
4.Sebaiknya kikir hendaklah digantung dan
disimpan dengan selamat.
Pahat logam
Terdapat dua jenis iaitu :-
1. Pahat kerja kayu
2. Pahat kerja logam
Pahat kerja kayu mempunyai dua jenis:-
I. Pahat pelubang
II. Pahat peraut
Pahat kerja logam diperbuat daripada keluli bermutu
tinggi yang dikeraskan serta dibajakan supaya lebih
kuat dan tajam.
Saiz pahat diambil kira mengikut ukuran lebar mata.
Digunakan untuk memotong dan memahat logam dan
ia juga boleh menghasilkan garis pandu
JENIS Pahat logam
Terdapat empat jenis pahat logam yang biasa
digunakan dan kegunaannya :-
Jenis pahat kegunaan
Pahat mata rata Untuk memotong bahagian yang lebar
dan untuk kerja am
Pahat mata melintang
(anjung)
Untuk memotong celahan yang tidak
dapat dipotong olah pahat mata rata
Pahat mata bulat Untuk memotong bahagian penjuru
yang berbentuk lengkuk atau bulat
Pahat mata bentuk
intan
Untuk memotong penjuru dalam yang
berbentuk tajam dan bersegi (V)
JENIS Pahat logam
PAHAT MATA RATA
PAHAT MATA MELINTANG (ANJUNG)
PAHAT MATA BULAT
PAHAT MATA INTAN
PENJAGAAN Pahat logam
1. Kepala pahat jika diketuk ( Digunakan selalu ) akan menjadi
lembut dan ini menyebabkan terjadi seperti ‘Kepala Cendawan'.
Keadaan ini merbahaya kerana serpihan kepala tadi mungkin
terpelanting semasa kerja memahat. Oleh itu, ianya perlu
dibuang (dicanai) supaya kembali kepada bentuk asal.
PENJAGAAN Pahat logam
2. Mengasah mata pahat
Mata pahat juga akan menjadi lembut @ tumpul bila selalu
digunakan. Ianya perlu diasah menggunakan ' Griding Stone
machine ' dengan batu pengasah jenis ' Alminium Oxide '.
Semasa mengasah, pastikan ‘Clear goggle’ dipakai untuk
keselamatan mata. Selepas mengasah ( Panas ), celupkan
mata pahat ke dalam minyak untuk menyejuk serta
mengekalkan ketahanannya. ( Kekuatan mata - baja )
PENJAGAAN Pahat logam
3. Pahat perlu disimpan secara berasingan
dengan alatan lain ditempat yang khas
secara menegak
GERUDI
Gerudi ialah satu alat atau mesin untuk
membuat lubang pada permukaan logam.
Gerudi ini juga digunakan untuk kerja-
kerja seperti melulas, melubang benam,
melubang sengat, membenang dalam dan
meratakan permukaan bintik.
Gerudi dibuat daripada keluli tahan lasak
dan tungsten karbida.
Digunakan dalam bengkel mesin untuk
kerja-kerja am.
Hujung matanya berbentuk kon dan di
canai supaya dapat menghasilkan sudut
pemotongan dan sudut kelegaan.
Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama
dan bertentangan kedudukan pada garis
pusatnya.
GERUDI PINTAL
Gerudi Pintal Lubang Minyak
Gerudi Pintal Pendek Dan Panjang
Gerudi Pintal Sudut Helixs Rendah
Dan Sudut Helixs Tinggi.
Gerudi Pintal Tiga Lurah atau Empat
Lurah
JENIS-JENIS GERUDI PINTAL
Lubang minyak perlu dibuat supaya
bendalir pemotong boleh turun sampai ke
tepi pemotong, Jadi, mata gerudi dapat
disejukkan dan dilincirkan, tatal keluar
dengan lebih cepat dan sempurna.
Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat
dan kerja-kerja pengeluaran.
GERUDI PINTAL LUBANG MINYAK
Gerudi pintal pendek kurang bergegar,
oleh itu mudah untuk memusatkan kerja
Gerudi pintal panjang pula berguna untuk
menggerudi lubang yang dalam.
Kedua-dua jenis ini biasanya mempunyai
batang berbentuk lurus.
GERUDI PINTAL PENDEK DAN
PANJANG
Bentuknya lebih kurang sama dengan gerudi pintal
biasa, kecuali sudut heliksnya sama ada lebih kecil
ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa.
Keistimewaan gerudi ini ialah ia sesuai untuk
menggerudi logam tempawan,logam liat dan dapat
menghasilkan lubang yang dalam.
Manakala bagi sudut pendek pula sesuai untuk
menggerudi bahan-bahan plastik, gentian,
asbestos, bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.
GERUDI PINTAL SUDUT HELIXS
Rendah dan SUDUT HELIXS TINGGI
Kegunaannya ialah untuk meluaskan lubang
yang sedia ada seperti lubang teras pada
tuangan.
Selain itu,lurah dan bilangan matanya boleh
memotong dengan lebih banyak.
Justeru ia boleh menyokong gerudi dengan
lebih sempurna dan boleh menghasilkan
permukaan lubang dengan lebih licin dan
tepat.
GERUDI PINTAL TIGA LURAH ATAU
EMPAT LURAH
BAHAGIAN GERUDI PINTAL
Hujung Mata
Pusat mata
Bibir pemotong
Lurah
Lengkang lurah
Jidar
Batang
Puting
HUJUNG MATA
Terdapat hujung mata
dan bahagian hujungnya
berbentuk kon.
Ia dicanai dengan sudut
kandung 118 darjah,bibir
pemotong membahagi
dua sudut kandung
.Masing-masing
membentuk sudut 59
darjah dari paksi.
Panjang hujung mata
biasanya 1/3 daripada
garis pusat gerudi.
PUSAT MATA
Pusat mata
menyerupai mata
pahat yang tajam
yang terbentuk
daripada pertemuan
bibir-bibir pemotong.
Manakala fungsi pusat
mata ialah untuk
mencungkil dan
memudahkan gerudi
masuk ke dalam
permukaan logam.
BIBIR PEMOTONG
Fungsi bibir pemotong
atau bibir pengerat
ialah bertindak
sebagai mata gerudi.
Ia diperbuat daripada
pertemuan lurah-
lurah dengan hujung
permukaan berbentuk
kon.
Panjang bibir
pemotong ini dibuat
dalam saiz yang sama
panjang.
LURAH
Fungsi lurah ialah:
Untuk membentuk tepi
pemotong atau bibir
pemotong pada hujung
berbentuk kon.
Tujuan untuk
membentuk lorong-
lorong bagi tatal keluar.
Untuk membolehkan
bendalir pemotong
sampai ke hujung
mata.
Supaya memudahkan
tatal keluar melalui
ruang yang sempit.
LENGKANG LURAH
Lengkang lurah
ialah merupakan
tebing yang
memisahkan lurah.
Ia juga dianggap
sebagai tulang
belakang gerudi dan
lebih tebal di
bahagian pangkal
supaya gerudi
menjadi lebih tegap.
JIDAR
Maksud jidar ialah
tebing sempit yang
menonjol disepanjang
lurah.
Kegunaannya ialah
untuk memberi telusan
kepada badan semasa
menggerudi, dengan itu
gerudi tidak bergesel.
Geseran ini boleh
mendatangkan
kepanasan yang cepat
dan menghilangkan
baja ataupun boleh
menyebabkan gerudi
tersepit.
BATANG
Batang Lurus
untuk gerudi kecil yang
bersaiz 13 mm atau
kurang. Biasanya ia
dipegang dalam cuk
gerudi.
Batang tirus untuk
gerudi besar yang
mampunyai saiz lebih
daripada 13 mm.
Ia dipasang pada
spindal mesin melalui
liang sendi atau soket
bagi menyesuaikan
saiz.
PUTTING
Putting ini berbentuk nipis,
terletak dibahagian
pangkal gerudi.Putting
terdapat pada bahagian
batang tirus sahaja.
Ia untuk memudahkan
gerudi diputar kerana
putting boleh masuk
kedalam alur yang
terdapat di dalam lubang
spindal mesin atau soket
atau liang sendi.
Gerudi batang tirus boleh
ditanggalkan dengan
mudah dengan
menggunakan alat
perenggang
GERUDI BENAM
Gerudi tersebut mempunyai banyak mata
pemotong yang terdapat pada hujungnya dan
ia berbentuk kon.
Manakala sudut matanya ialah 900 hingga
1200.
Gerudi benam digunakan khas untuk
menghasilkan lubang benam supaya skru
benam atau lubang rivet boleh dipasang.
Selain itu Ia juga digunakan untuk
membersihkan bibir lubang.
GERUDI PUSAT
Mata gerudi ini terdapat
dikedua-dua hujungnya.
Gerudi pusat biasanya
mempunyai sudut
pemotongan 600 sementara
jenis loceng mempunyai sudut
berkembar 600 dan 1200 di
kedua-dua hujungnya.
Ia boleh didapati dalam
pelbagai saiz iaitu daripada
3mm ke atas.
Fungsi gerudi pusat ialah
untuk kerja-kerja pemusatan
sama ada pada mesin pelarik
atau mesin gerudi.
GERUDI RATA
Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya
ditempa kepada bentuk yang sesuai.
Sudut pemotonganya dicanai 900 dan sudut
kelegaan pulaantara 50 hingga 120
bergantug pada jenis logam yang digerudi.
Gerudi ini semakin kurang digunakan pada
masa ini kerana banyak terdapat kekurangan
antaranya ialah lubang yang dihasilkan tidak
berapa bulat, saiz tidak tepat tatal sukar
dikeluarkan.
GERUDI MELUBANG SESENGAT
Gerudi ini digunakan untuk membuat
lubang senggat rata bagi menempatkan
kepala skru Allen.
Selain itu ia digunakan untuk melicinkan
permukaan bintik dan juga menyediakan
tempat kedudukan nat, kepala pasak atau
kengkangnya.
MESIN GERUDI
Fungsi mesin gerudi ialah:
(a) menggerudi lubang
(b) melulas
(c)melubang benam
(d)melubang sengat
(e)membenang dalam
(f) meratakan permukaan bintik.
JENIS-JENIS MESIN GERUDI
Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi
sensitif.
Mesin gerudi tiang
Mesin gerudi jejarian
Mesin gerudi mudah alih
Mesin gerudi kerja khas
MESIN GERUDI TEKAN
Dinamakan mesin gerudi sensitif kerana
hantarannya dibuat dengan tangan, jadi
kawalan hantaran yang betul ditentukan
dengan merasa gerakkan pemotongan
yang dibuat oleh mata gerudi.
Mempunyai 2 jenis iaitu jenis meja dan
jenis lantai.
Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja
am dan ia boleh memegang gerudi yang
mempunyai saiz melebihi daripada 13mm.
MESIN GERUDI TIANG
Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih
besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi
yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif.
Digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya
besar dan kedudukannya stabil.
Bentuk mesin ini hampir sama dengan bentuk
mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-
pesawat pembolehubah dan hantaran berkuasa
aautomatik, dan pada kebanyakkan mesin gerudi
tiang, kawalan kelajuan spindal tidak lagi
menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya
menggunakan gear.
MESIN GERUDI JEJARIAN
Ia sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada
komponen-komponen yang besar, kerana ia
mempunyai beberapa kemudahan seperti spindalnya
boleh bergerak ke luar atau kedalam dia atas lengan
jejarian dan lengan ini dipasang diatas turus tegak
mesin itu.
Ini membolehkan lubang yang terletak pada
permukaan bersudut digerudi tanpa mengubah
pengesetannya.
Keistimewaan terhadap mesin ini ialah:
a) boleh menggerudi lubang yang lebih besar.
b) mejanya besar dan turusnya lebih tinggi
c) pemilihan kelajuan lebih luas
d) tegap dan tidak bergegar
MESIN GERUDI MUDAH ALIH
Mesin ini mudah hendak bawa ke mana
sahaja.
Ia berfungsi untuk menggerudi lubang yang
kecil dan dikendalikan dengan kuasa elektrik.
Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih,
iaitu:
a) Jenis Pistol
Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang
sebelah tangan. Ia sesuai digunakan untuk
kerja-kerja ringan.
b) Jenis Kerja Berat
Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa
dipegang dengan kedua belah tangan. Ia
digunakan untuk kerja-kerja berat.
MESIN GERUDI KHAS
Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-
kerja pengeluaran khusus untuk pelbagai
kegunaan, bergantung kepada mesin
gerudi khas itu. Jenis-jenis mesin gerudi
khas ialah:
Mesin Gerudi berbilang Spindal
Mesin Gerudi Regu
Mesin Gerudi Turret
Mesin Gerudi Kawalan Angka
Berkomputer.
MEMERIKSA SAIZ GERUDI
Saiz gerudi boleh diuji dengan " Drill
Gauge " dimana ia tersedia dengan
ukuran saiz yang tertentu.
MEMERIKSA SUDUT MATA PEMOTONG
GERUDI
Manakala sudut mata pemotong gerudi
boleh diuji dengan Tolok Gerudi ( Drill
Gauge ) selepas kerja mencanai mata
dilakukan.
Pembenang dalam ialah satu set alat yang
menyerupai skru mempunyai benang
seperti bolt dan berflut tiga atau empat
sebagai mata pemotong.
Ia digunakan untuk memotong bagi
membentuk benang didalam lubang
seperti nat.
TAP AND DIES
Terdapat dua jenis pembenang yang biasa
digunakan untuk membuat benang iaitu :
1. Pembenang Luar (Tap)
- digunakan untuk membuat benang
dibahagian luar seperti bolt
2. Pembenang Dalam (Dies)
- digunakan untuk membuat
benang pada bahagian dalam seperti
nut
Jenis pembenang
Jenis pembenang DALAM
1. PEMBENANG TIRUS (TAPPER)
Pembenang permulaan dimana matanya tidak berapa
tajam. Binaan hujungnya kira kira 6 benang dibentuk
tirus dihujung bagi menetapkan tegak pembenang dan
memudahkan kerja mula membenang.
2. PEMBENANG KEDUA (PLUG)
Binaan hujungnya kira kira tiga atau empat benang
dibentuk tirus. Digunakan selepas pembenang tirus yang
telah lulus dalam benda kerja.
3. PEMBENANG PEPAT (BOTTOMING)
Binaan hujungnya serong untuk satu benang. Ia digunakan
untuk membenang ke dalam lubang buta dan kerja
penyudah membenang.
Snip atau gunting kepingan logam
digunakan untuk memotong kepingan
logam.
Terdapat pelbagai saiz dan rekabentuk
dihasilkan untuk memudahkan sesuatu
kerja dilaksanakan.
Snip (gunting)
STRAIGHT SNIPS
OTHER NAMES: Flat blade snips, standard snips
SIZE: 7 to 14in.
MATERIAL: Steel
USE: To make straight cuts in sheet metal
Snip (gunting)
AVIATION SNIPS
OTHER NAME: Compound action snips
SIZE: 10in.
MATERIAL: Steel and plastic
USE: To provide improved leverage when
making straight or curved cuts in sheet metal
Snip (gunting)
CIRCLE SNIPS
OTHER NAMES: Bent snips, curved snips
SIZE: 7 to 14in.
MATERIAL: Steel
USE: To make internal or concave cuts in
sheet metal
Snip (gunting)
UNIVERSAL SNIPS
SIZE: 11 to 14in.
MATERIAL: Steel
USE: To make straight or curved cuts in
sheet metal
Snip (gunting)
Ikat snip pada ragum meja dengan kemas di
mana kedua-dua rahang terbuka.
Kikir bahagian pemotongan dengan cermat
supaya sudut pemotongannya adalah 85°.
Jangan mengikir bahagian yang mempunyai
permukaan rata.
Bersih dan tajamkan mata pemotong dengan
menggosokkan bahagian yang mempunyai
permukaan rata dengan batu asah.
Berhati-hati supaya tidak merosakkan bahagian
mata pemotong di mana ianya menjadi bulat.
Mengasah Snip (gunting)