Sharing information/ device
Security enhancement
Database & system management
Online application such as e-banking, e-commerce, ext..
Backup storage
Without networking this is happen to us……
energy & time
Waste
Unmanaged/ not centralized
Sneakernet
Communication gap
Breakdown security
This is also might happen………..
Pirates, hackers, world benyond border, data loss….ext
Sistem rangkaian tidak mampu dibangunkan tanpa
memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu. Kriteria
tersebut ialah;
Sambungan fizikal
Sambungan logikal
Aplikasi yang menyokong sistem untuk penghantaran dan
penerimaan data serta data yang dihantar dapat difahami oleh
penerima.
Definisi Rangkaian Komputer
Rangkaian komputer dirujuk sebagai sekumpulan peranti,
dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media
penghubung.
Nod boleh terdiri daripada komputer, mesin pencetak
atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima
data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian.
Media penghubung ini juga dikenali sebagai media
komunikasi, manakala sekumpulan nod yang
berkomunikasi dengan nod-nod lain dikenali sebagai
rangkaian.
Rangkaian Komputer terdiri daripada dua atau lebih
komputer yang disambungkan untuk membolehkan
perkongsian sumber, (contoh : pencetak, pengimbas,
storan dan sebagainya) pertukaran fail, atau dengan erti
kata lain untuk membolehkan perkongsian secara
Definisi Rangkaian Komputer
Berdasarkan Oxford dictionary,rangakaian
komputer ditakrifkan dengan “chain of
interconnected computer”.
Menurut Knot, Waites dan Callaghan ia merujuk
kepada “A number of computers connected
together for the purpose of communication
processing”.
Gambar Rajah 1.1: Satu rangkaian mudah
Kepentingan Rangkaian
Kepentingan/Sumbangan
Rangkaian
Ciri Utama Urusan Aplikasi
1. Perkongsian Sumber
Perkongsian fail data,
pencetak sumber tenaga
manusia (workgroup) dan
lain-lain.
Memudahkan tugas,
menjimatkan masa serta
membolehkan data
dipindahkan dengan selamat.
Maklumat inventori
Syarikat, dokumen
dsb.
Perkongsian Perkakasan.
2. Pengurusan Sistem Dan
Data Terpusat
Membolehkan fail dan data
bersaiz besar dikongsi dan tidak
perlu dipindahkan
secara fizikal.
Kawalan data terpusat memudahkan
pengurusan dan boleh diakses pada
bila-bila waktu
Menggunakan server
untuk mendapatkan data
3. Keselamatan Data
Program ini akan mengawas
dan melaporkan pada pentadbir data
sebarang aktiviti tidak
normal dalam rangkaian.
Menggunakan password
4. Utusan Elektronik (E-mail)
Dapat bertukar-tukar maklumat
secara elektronik.
Dokumen elektronik boleh dilekatkan
gambar atau dibuat salinan secara
elektronik.
Komunikasi lebih pantas
5. Sokongan (Backup)
Maklumat yang tersimpan di server
sahaja.
Integriti data dalam server lebih tinggi
dari yang tersimpan dalam setiap
komputer.
Menjaga data daripada
kerosakan dan kehilangan
Sejarah Rangkaian Komputer
Masa Pembangunan
Awal 1940 an Kegagalan perkakasan elektromekanikal disebabkan oleh saiznya
yang terlalu besar.
1947 Inovasi semikonduktor membuka lebih banyak ruang untuk
menghasilkan komputer yang mempunyai saiz yang lebih kecil.
1950 an Inovasi didalam penghasilan litar bersepadu (integrated circuit)
1960 an Komputer Kerangka Utama (Mainframe computer)
digantikan dengan komputer yang lebih kecil apabila penggunaan
litar bersepadu telah meluas digunakan.
Akhir 1960 dan 1970 an Komputer kecil atau Minikomputer telah berjaya dibangunkan.
1977 Apple memperkenalkan minikomputer yang juga dikenali dengan
komputer peribadi (personal computer - PC).
1981 IBM memperkenalkan PC yang pertama
Pertengahan 1981 Pengguna komputer tersendiri (standalone computer) memulakan
perkongsian fail dengan komputer tersendiri yang lain melalui
modem. Komunikasi ini dikenali dengan point to point atau
dialup communication.
Kategori pengguna rangkaian komputer
Kategori pengguna rangkaian, bergantung kepada
betapa kompleksnya rangkaian yang dibina itu. Berikut
dinyatakan serba ringkas kategori pengguna yang
melibatkan rangkaian.
Pentadbir Pangkalan Data
Bertanggungjawab untuk membina program dan
menguruskan pangkalan data hubungan, yang bersaiz
besar, dalam suasana rangkaian dan memberi
kemudahan capaian maklumat pangkalan data kepada
pengguna rangkaian.
Penyelengara Rangkaian
Bertanggungjawab dalam membaikpulih dan naik taraf
perkakasan rangkaian dan mengesan kerosakn
rangkaian.
Kategori pengguna rangkaian komputer
Kakitangan Sokongan
Bertanggungjawab dalam memberi bantuan teknikal
kepada pentadbir sistem dalam satu rangkaian yang
besar; dari segi menyelesaikan masalah rangkaian
secara berkala dan memberi latihan kepada pengguna-
akhir rangkaian.
Pentadbir Web
Bertanggungjawab dalam melancarkan dan
menguruskan kandungan serta corak laman Web
syarikat, memastikan maklumatnya adalah tepat dan
terkini, dan menarik.
Pengguna Akhir
Pengguna biasa yang hanya menggunakan komputer
dalam rangkaian untuk mencapai maklumat bagi
menjalankan tugasan atau menggunakan kemudahan
yang disediakan dalam rangkaian tanpa menghiraukan
bagaimana rangkaian itu diuruskan.
Peranan komputer rangkaian
Tiga peranan komputer dalam rangkaian :
Client – mengguna sumber-sumber rangkaian
Peer – mengguna dan menyediakan sumber-sumber
rangkaian
Server – menyediakan sumber rangkaian
Setiap peranan komputer ini ditentukan oleh jenis sistem
pengoperasian yang dipasang pada komputer tersebut.
Server selalunya dipasang dengan sistem pengoperasian
Windows NT Server, Windows 2000 Server, atau Novell
Netware.
Client pula dipasang dengan sistem pengoperasian client
seperti Windows 95/98 atau 2000 Professional, NT
Workstation, atau Novell Netware client.
Peer dipasang dengan sistem pengoperasian peer;
Windows 95/98, atau Macintosh.
Jenis rangkaian
Berdasarkan kepada peranan komputer dalam
rangkaian, rangkaian boleh dibahagi kepada tiga jenis :
Client-Server – terdiri dari client dan server yang
menyokongnya
Peer – tiada server dan rangkaian digunakan
untuk perkongsian peranti di antara
peer yang berdikari
(independent peer)
Hybrid – rangkaian client-server dan juga
mengandungi peer.Kebanyakan
rangkaian adalah dari jenis hybrid.
Rangkaian client-server
Rangkaian client-server mempunyai server berdedikasi
kepada rangkaian yang menyediakan keselamatan dan
kemudahan perkongsian sumber.
Server berdedikasi adalah komputer yang hanya
berfungsi sebagai server dan tidak sebagai client atau
workstation.
Tugas pemprosesan dibahagi di antara server dan client.
Client (selalunya dipanggil front end) memohon servis,
seperti storan fail dan mencetak
Server (selalunya dipanggil back end) akan memberi
servis yang diminta.
Rangkaian client-server
Dalam Windows 2000, rangkaian berdasarkan server
diuruskan dengan menggunakan active directory
domains.
Domains adalah sekumpulan rangkaian dan pelanggan
yang berkongsi maklumat keselamatan.
Server khas yang dipanggil domain controller.
Pengguna rangkaian boleh mencapai sumber dalam
domain tertentu hanya selepas semakan ke atas
pengguna itu di lakukan oleh domain controller.
Domain keselamatan dan kebenaran untuk logon
dikawal oleh server yang khas yang dipanggil sebagai
Primary Domain Controller (PDC) yang selalunya
disokong oleh domain controller kedua yang dinamakan
sebagai Backup Domain Controller(BDC).
Rangkaian client-server
Kelebihan Rangkaian Client-Server
Keselamatan pusat yang kuat
Storan fail berpusat, yang membenarkan semua pengguna
menggunakan data yang sama dan data yang kritikal boleh dibuat
backup dengan mudah.
Menurunkan kos kerana server berupaya mengumpulkan (pool)
semua sumber perkakasan dan perisian
Berupaya berkongsi peralatan yang mahal seperti pencetak laser
berwarna, pemplot saiz A0.
Prestasi server adalah tinggi, pencapaian adalah lebih cepat dari
peer.
Memudahkan pengguna – hanya perlu guna satu kata-laluan untuk
capai semua sumber.
Servis bilangan pengguna yang ramai
Kelemahan Rangkaian Client-Server
Kos perkakasan berdedikasi adalah tinggi
Kos sistem pengoperasian rangkaian dan lesen client adalah tinggi
Perlukan seorang pentadbir rangkaian.
Rangkaian client-server
Jenis-Jenis Server
Server di dalam rangkaian menjalankan tugas yang
spesifik. Satu server boleh menjalankan beberapa tugas
atau dikhaskan untuk satu tugas tertentu sahaja.
a)File server
Menguruskan pencapaian pengguna dan penggunaan
sumber fail dan pencetak. Pengurusan fail adalah seperti
mengalihkan fail, simpan fail, keserentakan kemaskini
fail, arkib fail (backup).
b)Print Server
Kawalan mencapai pencetak, pemplot dan mesin fax.
Rangkaian client-server
c) Message Server
Menguruskan perutusan elektronik, E-mail, aplikasi workgroup
(pengurusan workflow), directory services (bantu pengguna
mencari, simpan dan menjaga keselamatan maklumat dalam
rangkaian contoh: Windows NT domain uruskan sumber mana dapat
dicapai oleh pengguna mana dalam domain tersebut) dikalangan
pengguna.
d) Application Server
Membolehkan aplikasi client/server dan juga datanya dicapai
oleh pengguna. Sebagai contoh, server menyimpan banyak data
yang mempunyai struktur yang mudah supaya mudah dicapai oleh
pengguna. Dengan application server, pangkalan datanya akan
berada dalam server, hanya keputusan yang terhasil dari permintaan
pengguna sahaja yang akan diterima oleh komputer client.
e) Database Server
Menjalankan perisian untuk pelanggan dalam rangkaian.
Rangkaian peer (peer to peer)
Tiada pengawalan pusat atau server dalam rangkaian.
Pengguna berkongsi ruang cakera dan sumber-sumber seperti
pencetak atau fax mengikut kesesuaian masing-masing.
Rangkaian Peer diurus dalam kumpulan-kerja (workgroup)
dimana kawalan keselamatannya sangat terhad. Tiada
terdapat proses login. Jika anda telah login kepada satu peer
dalam rangkaian, anda dapat menggunakan mana-mana sumber
dalam rangkaian yang tidak dikawal dengan kata-laluan tertentu.
Capaian kepada setiap sumber boleh dikawal jika pengguna
memerlukan kata-laluan. Oleh kerana tiada wujudnya kawalan
pusat, anda perlu mengetahui kata-laluan bagi setiap sumber
yang dikawal itu.
Perkongsian sumber dikalangan peer tidak dapat
dioptimumkan. Apabila ramai pengguna mencapai sumber dari
satu peer tertentu, prestasi peer berkenaan akan menurun.
Selalunya peer mempunyai had lesen tertentu yang menetapkan
capaian serentak pada sumber yang sama hanya pada beberapa
bilangan peer sahaja.
Rangkaian peer (peer to peer)
Komputer dalam rangkaian peer boleh berfungsi sebagai server dan client.
Rangkaian peer (peer to peer)
Kelebihan Rangkaian Peer
Tidak perlu tambah kos untuk beli server atau perisian
yang mahal.
Mudah untuk dipasang
Tidak memerlukan pentadbir rangkaian
Pengguna boleh mengawal capaian kepada sumber
yang dikongsi
Rangkaian peer (peer to peer)
Kelemahan Rangkaian Peer
Beban tambahan ke atas komputer kerana perkongsian
sumber
Peer tidak mampu menguruskan sambungan rangkaian
sebanyak yang diuruskan oleh server.
Data sukar untuk dicari kerana tidak diuruskan di satu
pusat.
Tidak boleh mencapai fail untuk storan kerana tidak
diuruskan di satu pusat.
Pengguna perlu menguruskan komputer masing-masing
Keselamatan lemah
Tiada pengurusan pusat menjadikan rangkaian peer
yang besar tidak boleh berfungsi dengan baik (saiz
maksima = 10 PC).
Rangkaian Hybrid
Rangkaian hybrid mengandungi kedua-dua jenis
peranan komputer di atas dan selalunya mempunyai
active domains dan workgroup.
Ini bererti bahawa semasa semua sumber, yang
dikongsi, dikawal oleh server, pengguna rangkaian
masih boleh mencapai sumber yang dikongsi
dikalangan peer dalam workgroup.
Dengan itu pengguna rangkaian tidak perlu logon
kepada domain controller untuk mencapai sumber
dalam workgroup.
Rangkaian Hybrid
Kelebihan Rangkaian Hybrid
Semua kelebihan rangkaian client-server
Kebanyakan kelebihan rangkaian peer
Keupayaan pengguna dan pentadbir rangkaian mengawal
keselamatan bergantung kepada perlunya sumber tertentu itu
dikongsikan.
Kekurangan Rangkaian Hybrid
Sama seperti kekurangan rangkaian client-server.
Bandingan keselamatan dalam Rangkaian Peer
dan Rangkaian Client-Server :
Peer Server
Kurang selamat kerana menggunakan
keselamatan paras-berkongsi (share-level
security)
Menggunakan keselamatan
paras-fail (file-level security) atau
keselamatan kebenaran
mencapai (access permission
security)
Share-level security : pengguna boleh
menetapkan kata laluan untuk mencapai
sumber dalam rangakain, tetapi pengguna
ini tidak boleh mengawal pengguna yang
mana satu untuk mencapai sumber
tersebut – sesiapa yang tahu kata laluan itu
boleh mencapainya.
Setiap sumber yang hendak dikawal
perkongsiannya perlukan kata laluan
berasingan – akhirnya terlalu banyak kata
laluan yang perlu diingat.
Hanya perlukan satu kata laluan
untuk mencapai semua sumber
dalam rangkaian
Pemilihan jenis rangkaian
Keputusan untuk memilih jenis rangkaian yang sesuai,
perlu dipertimbangkan kemampuan anda membeli server
rangkaian, perisian sistem pengoperasian rangkaian dan
kos seorang pentadbir rangkaian. Jika anda mampu,
anda bolehlah pertimbangkan jenis rangkaian hybrid
(persekitaran lan yang luas). Jika anda tidak mampu,
maka anda harus pertimbangkan jenis rangkaian peer.
Rekabentuk rangkaian
• Topologi rangkaian juga dirujuk sebagai kaedah
komputer, pencetak, peranti rangkaian dan lain-lain
peranti disambungkan.
• Dengan erti kata lain, topologi rangkaian menjelaskan
bentangan reka letak (layout) pendawaian dan laluan
penghantaran data.
• Topologi akan memberikan kesan yang besar kepada
perjalanan sistem rangkaian yang dibangunkan.
Topologi adalah istilah piawai yang digunakan oleh
profesional rangkaian apabila mereka merujuk kepada
rekabentuk asas rangkaian.
• Memilih topologi tertentu akan mempunyai kesan ke
atas perkara berikut :
Jenis peralatan yang diperlukan dalam rangkaian.
Rekabentuk rangkaian
Membina rangkaian bukan hanya sekadar
menyambungkan komputer-komputer dengan kabel
rangkaian. Kombinasi jenis kabel tertentu, NIC yang
berbeza-beza, sistem pengoperasian rangkaian dan lain-
lain komponen memerlukan susunatur yang berbeza.
Setiap topologi rangkaian mempunyai implikasi ke atas
beberapa perkara seperti satu topologi tertentu akan
memerlukan bukan sahaja jenis kabel yang tertentu
tetapi juga bagaimana kabel itu akan ditarik disepanjang
lantai, siling dan dinding.
Topologi juga akan menentukan bagaimana komputer
berkomunikasi dalam rangkaian. Topologi berlainan
memerlukan kaedah komunikasi yang berbeza dan
kaedah komunikasi ini amat mempengaruhi rangkaian.
Rekabentuk rangkaian
Rangkaian mempunyai dua jenis topologi iaitu;
Topologi Fizikal – didefinisikan sebagai
susunatur fizikal penyambungan dalam
rangkaian, terutama sekali lokasi komputer dan
lain-lain peranti rangkaian
Topologi Logikal – didefinisikan sebagai struktur
rangkaian di tahap yang lebih tinggi dan
menggambarkan aliran trafik rangkaian.
Latihan
a. Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian?
……………………………………………………………………
……………………………………………………………………
b . Senaraikan Enam ( 6 ) kelebihan menggunakan rangkaian
i)……………………………………………………………………
ii)…………………………………………………………………...
iii)……………………………………………………………………
iv)…………………………………………………………………..
v)……………………………………………………………………
vi)…………………………………………………………………..
c . Kesemua dibawah ialah merupakan kelebihan menggunakan rangkaian kecuali:
a)Pertukaran maklumat c) Pertukaran perkakasan
b)Menyimpan maklumat d) Perhubungan rangkaian
d . Di antara perkongsian yang dapat dilakukan di dalam sistem rangkaian komputer ialah
kecuali :-
a) Perkongsian perisian b) Perkongsian Folder
c) Perkongsian Pencetak d) Perkongsian nama Komputer
Latihan
e) Anda ingin membangunkan satu rangkaian yang
membolehkan pengguna mengakses sistem maklumat
pelajar Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.
Bincangkan ciri-ciri rangkaian yang sesuai untuk
tujuan tersebut dari segi:
i. Jenis rangkaian
ii. Kos
iii. Jenis pengguna
iv. Perisian yang digunakan oleh server dan pengguna
v. Lakaran rangkaian yang anda banggunkan
f. Anda melanggan satu leased line daripada syarikat Telekom
Berhad. Leased line yang anda langgan adalah untuk kegunaan
peribadi di rumah anda. Sila lakarkan rajah rangkaian anda dengan
mengambil kira ciri-ciri berikut:
i. Satu leased line untuk kegunaan internet dan telefon
ii. Satu router bertindak sebagai modem dan access point
iii. 2 buah desktop yang menggunakan cable
iv. 1 buah laptop yang menggunakan wireless.
v. 1 buah switch
Anda merupakan seorang pekerja baru disalah sebuah syarikat telekomunikasi
yang terkenal. Apabila masuk ke dalam organisasi tersebut, anda melihat terdapat
pelbagai jenis sambungan rangkaian. Disini anda terfikir bahawa tafsiran untuk
sistem rangkaian adalah sangat luas. Sebagai seorang pekerja baru yang komited,
anda perlu mengetahui tafsiran untuk rangkaian dari pelbagai sudut.
FAKTA IDEA
Tafsiran untuk rangkaian
dari pelbagai sudut.
ISU PEMBELAJARAN PELAN TINDAKAN
Saya berpendapat
rangkaian merupakan…….
a. Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian?
……………………………………………………………………
…………………………………………………………………… (1M)
b. Senaraikan empat ( 4 ) kelebihan menggunakan rangkaian
i)……………………………………………………………………
ii)…………………………………………………………………...
iii)……………………………………………………………………
iv)......................................................................................... (2 M)
c. Senaraikan tiga (3) kriteria penting untuk membangunkan Sistem Rangkaian.
i)……………………………………………………………………
ii)…………………………………………………………………...
iii)…………………………………………………………………… (3M)
d. Senaraikan 2 Jenis Rangkaian .
i)……………………………………………………………………
ii)…………………………………………………………………... (2 M)
e. Takrifkan NOD dari segi rangkaian.
……………………………………………………………………
…………………………………………………………………… (1M)
f. Takrifkan MEDIA dari segi rangkaian.
……………………………………………………………………
…………………………………………………………………… (1M)
kUIZ