Weitere ähnliche Inhalte
Kürzlich hochgeladen (12)
Boria inhalan tahun lima KSSR
- 2. Cerita hari ini tentang inhalan
Disalah guna memberi kesan
Jangan sengaja kita amalkan
Boleh akibat pelbagai kesan
Ewah …
- 3. Bermacam jenis bahan inhalan
Yang kita guna dalam kehidupan
Jangan jadikan diri bebanan
Pada keluarga dan juga rakan
- 4. Kesan inhalan sangat bahaya
Hilang ingatan dengan tiba-tiba
Halusinasi menyusul pula
Benda yang tiada dikatanya ada
Ewah …
- 5. Jika inhalan jadi amalan
Apa ditutur tiada siapa peduli
Kita seperti dalam khayalan
Dengan masyarakat menjauhkan diri
Ewah …
- 6. Penagih inhalan buruk kesannya
Menjadi ganas dengan tiba-tiba
Badan pun kurus tiada selera
Kesan tempias pada negara
- 7. Jangan sesekali mahu mencuba
Bahan inhalan yang kita guna
Bila ketagih dengan baunya
Nafas tersekat hilanglah nyawa
Ewah …