2. TUGAS PEMBANTU TADBIR
1.0Menyediakan lembaran gaji setiap bulan.
2.0Menyediakan dan menyimpan :
2.1. Resit-resit bayaran
2.2. Baucar tuntutan
2.3. cek-cek sekolah
2.4. menutup akaun sekolah setiap bulan.
3.0Menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan pelajaran
4.0Mengemas kini dan menyimpan fail sekolah.
5.0Menyediakan penyata audit pada tiap-tiap tahun.
6.0Menyediakan borang-borang cukai pendapatan.
7.0Tugas-tugas lain :
7.1. Membuat penyata bulanan.
7.2. Menyelesaikan surat-menyurat.
7.3. Urusan pendaftaran dan keluar / masuk murid-murid.
7.4. Menyimpan stok sekolah selain daripada stok perpustakaan dan SPBT.
7.5. Menyediakan borang pesanan alatan sekolah.
7.6. Mengarahkan tugas Pekerja Am Rendah.
7.7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
8.0Menjadi setiausaha kepada Guru Besar, mengingatkan Guru Besar tentang suatu tindakan yang penting dan segera dilaksanakan.
9.0Menentukan pejabat sekolah sentiasa kemas kini, kemas dan teratur.
10.0Menyimpan rahsia sekolah (mematuhi arahan di bawah ARR kerajaan)
11.0Membantu Guru Besar mengatur jadual cuti rehat bagi kakitangan sekolah termasuk jadual ganti bagi Jaga.
3. TUGAS PEMBANTU AM RENDAH
1.0Mengatur, menyusun dan mengemas kini pejabat, bilik Penolong Kanan dan Guru Besar.
2.0Menjaga kebersihan pejabat.
3.0Menyimpan dan menentukan kedudukan fail-fail sekolah.
4.0Menghantar surat-surat ke pejabat pos, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
5.0Membantu kerani merekod surat-surat yang diterima dan yang akan dihantar.
6.0Mengumpul dan menyerah balik Buku Rekod Mengajar guru-guru.
7.0Membantu kerani dalam urusan pejabat.
8.0Bertanggungjawab di atas keselamatan perabot dan peralatan pejabat.
9.0Menjaga buku rekod pejabat.
10.0Mengumpul dan memulangkan kembali Jadual Kedatangan Murid.
11.0Mencetak surat-surat (cyclostile) yang berhubung dengan sekolah menggunakan mesin pendua.
12.0Mengedar surat-surat siaran daripada Guru Besar / Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah Pendidikan Terengganu.
13.0Membuka dan menutup (kunci) pejabat sekolah dan bilik Guru Besar.
14.0Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
4. TUGAS PEKERJA RENDAH AWAM
1.0Menjaga dan menyimpan alat-alat perkebunan.
2.0Memotong rumput, membersih semak-samun atau pokok-pokok kecil yang tidak berguna di kawasan sekolah.
3.0Menanam, menggembur tanah, menyiram, membaja serta menjaga semua pokok hiasan sekolah yang di bawah bidang
tugasnya.
4.0Menolong guru sukan / permainan untuk menyediakan padang permainan dan lain-lain kelengkapan padang / gelanggang.
5.0Membaiki perabot dan harta benda sekolah yang rosak.
6.0Menyusun, mengatur dan mengangkat perabot-perabot yang diperlukan pada masa sesuatu majlis keramaian yang diadakan
di sekolah.
7.0Menggantikan tugas Jaga semasa Jaga bercuti.
8.0Membersih cermin-cermin, tingkap-tingkap dan juga dinding bangunan sekolah.
9.0Menjaga dan menyelenggarakan generator, mesin rumput, pam air dan perkara-perkara yang berkaitan dengan enjin.
10.0Membuka dan menutup pintu pagar dan bilik darjah.
11.0Menyapu dan membersihkan bilik darjah, kaki lima / koridor, tangga dan juga longkang sekolah.
12.0Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup selepas digunakan supaya tidak berlaku pembaziran.
13.0Memastikan bilik air dan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa.
14.0Menaik dan menurunkan bendera pada tiang yang dikhaskan setiap hari kecuali hari perhimpunan dan cuti am.
15.0Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.