Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
persepsijihadpatching-160513053855.pptx
1. •Bahasa: Berasal dari perkataan
jahada yang menjadi kata dasar
kepada perkataan seperti al-Juhdu
(keberatan dan kesusahan) atau al-
Jahdu (kesungguhan)
•Istilah: segala usaha yang dilakukan
secara bersungguh-sungguh untuk
mencapai matlamat kebaikan,
keampunan dan keredhaan Allah.
2. Pendapat Tokoh Tentang Maksud Jihad
• Ibnu Manzur: memerangi musuh termasuk menyediakan kemudahan
dan senjata
• Muhammad Said Ramadhan al-Buthi: Usaha bersungguh-sungguh
untuk menegakkan kalimah Allah, masyarakat Islam dan mewujudkan
negara Islam.
• Hassan Al-Banna: Memerangi orang kafir dan menolak segala bentuk
fikirannya dengan tujuan memperkuat dan mengukuhkan Islam.
3. • Jihad adalah apa sahaja usaha baik yang dianjurkan oleh islam dengan
maksud mencapai matlamat unggul, iaitu mendapat keredhaan Allah.
• Tiga ciri semula jadi jihad:
1. Terdapat daya usaha dan pengorbanan yang terpaksa diberikan.
2. Terdapat matlamat tertinggi dan suci yang perlu dicapai.
3. Terdapat halangan dan dugaan yang berat bagi mencapai matlamat
tersebut.
4. • Hai orang yang beriman sukakah kamu Aku tunjukkan suatu
perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu)
kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah
dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu
mengetahuinya.
• (Surah al-Saff: 10 – 11)
6. ISLAMOPHOBIA
•Islamophobia ialah hasil daripada persepsi jihad yang
salah yang disebarkan oleh golongan barat.
•Islamophobia boleh didefinisikan sebagai ketakutan yang
melampau atau amat kuat atau benci terhadap Islam.
•Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut
menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak
bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip.
7. • Islam turut dilihat sebagai ganas, agresif, mengancam, menyokong
keganasan dan terlibat dalam pertembungan peradaban.
• Permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan
diskriminasi terhadap muslim.
• Contohnya, warga dan pribumi Muslim di Eropah turut menghadapi
diskriminasi dalam mencari pekerjaan, mendapatkan kemudahan
keselamatan sosial, dalam menjalankan tanggungjawab agama mereka
dan menegakkan identiti budaya dan agama mereka.