SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 19
Pengenalan

        Perkembangan     merupakan     satu   proses   untuk   mematangkan    dan
mendewasakan semua benda hidup. Perkembangan juga adalah perubahan abstrak
yang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup. Tanpa perkembangan, manusia
tidak dapat menjadi sempurna. Setiap individu akan mengalami perubahan dan
perubahan ini bersifat kualitatif. Perkembangan juga berubah menurut peredaran
masa. Contohnya, kemahiran melukis. Kemahiran melukis kanak-kanak akan
meningkat dari masa ke masa.

        Kognitif pula bermaksud potensi intelektual yang terdiri daripada beberapa
tahap iaitu pengetahuan, pemahaman, penerapan, analisa dan sintesis. Kognitif juga
berkaitan dengan kemampuan untuk mengembangkan kemampuan rasional atau
akal.

        Perkembangan kognitif pula merupakan perkembangan dari segi fikiran atau
intelektual. Otak merupakan organ yang paling penting dalam perkembangan
kognitif. Perkembangan kognitif      memberi penekanan atau bertanggungjawab
terhadap bahasa, pembentukan mental, pemahaman, penyelesaian masalah,
pandangan, penilaian, penakulan, mencipta, ingatan dan imaginasi. Perkembangan
dari segi kognitif memainkan peranan yang sangat penting dalam perwatakan
manusia.

        Oleh itu, perkembangan kognitif amat penting untuk kelangsungan hidup
seseorang individu. Perkembangan kognitif juga membantu dalam proses membina
ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.
Konsep Perkembangan Kanak-Kanak

      Perkembangan bermaksud satu perubahan sifat berlainan daripada peringkat
awal yang tidak dapat diukur secara kuantiti. Perkembangan juga berlaku daripada
peringkat awal sehingga akhir hayat organisma.

      Menurut Mak Soon Sang (2001) di dalam bukunya, perkembangan
merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat
kematangan. Selain itu, pada asasnya, perkembangan juga dikenali sebagai
perubahan tingkah laku mental.

      Selain itu, menurut Santrock (2008) dalam buku Haliza Hamzah dan Joy
N.Samuel mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat.

      Seterusnya, menurut Crow dan Crow (1983), perkembangan adalah hasil
pertumbuhan dari segala aspek manusia. Menurut Karl Garrison, perkembangan
manusia adalah hasil daripada tindakan manusia yang saling berkait dengan
perkembangan jasmani dan pembelajaran.

      Di samping itu, Dr.Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan perkembangan sebagai
perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh
lahir hinggalah kematiannya.

      Gesell (1949) menyatakan bahawa walaupun tidak ada dua individu yang
benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung
mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

      Menurut takrif D.S Wright dan Ann Taylor, perkembangan adalah perubahan
yang berlaku dalam warisan baka dan organisasi kepada struktur organism dalam
keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

      Perkembangan juga melibatkan perubahan dari segi jasmani, kognitif, emosi,
sosial dan rohani. Rajah 1 di sebelah merupakan contoh-contoh perkembangan dari
aspek jasmani, emosi, mental dan sosial.
JASMANI
                                    berjalan, mendengar,
                                 melihat dan membuat kerja




          SOSIAL                                                        MENTAL

 kemahiran mendisiplin dan                                         kemahiran memikir,
                                    PERKEMBANGAN
 menyesuaikan diri dalam                                        mengingat, menakul dan
         pergaulan                                                    menganalisis




                                            EMOSI
                                    kemahiran mengawal
                                   perasaan dalam situasi
                                            tertentu




   Rajah 1 : Perkembangan individu dari aspek jasmani, emosi, mental dan sosial




     Kesimpulannya, perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan
kualitatif yang sistematik yang mengandungi ciri-ciri biologi, kognitif dan sosioemosi.
Perkembangan dapat mempamerkan perubahan baru yang berlainan daripada
perubahan yang awal. Perubahan ini dapat mematangkan dan mendewasakan
seseorang individu hingga ke akhir hayat.
Prinsip-prinsip Perkembangan Kanak-kanak

      Perkembangan kanak-kanak berlaku secara stabil dan teratur. Terdapat
beberapa prinsip dalam perkembangan kanak-kanak. Antara prinsip yang terdapat
dalam perkembangan kanak-kanak adalah mempunyai arah yang baik, mempunyai
susun atur tersendiri, bersifat menyeluruh, berterusan, cepat, saling berkaitan dan
mempengaruhi, berbeza dan berperingkat.




                                      Arah yang
                                         baik

                                                       Susun atur
                   Berperingkat
                                                        tersendiri




                                  PRINSIP-PRINSIP
              Berbeza             PERKEMBANGAN                Menyeluruh
                                   KANAK-KANAK


                     Saling
                    berkaitan
                      dan                              Berterusan
                   mempengaru
                       hi
                                        Cepat




                  Rajah 2 : Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak
Arah yang baik
      Perkembangan berlaku dalam dua arah. Arah yang pertama ialah dari atas ke
bawah iaitu dari kepala ke kaki. Arah yang seterusnya ialah dari arah tengah ke tepi.
Perkembangan bermula dari kepala ke kaki, oleh itu, perubahan awal berlaku di
bahagian kepala kemudian di bahagian badan dan akhir sekali di bahagian kaki.
Kebiasaannya, kepala kanak-kanak berat kerana perkembangan banyak berlaku di
bahagian kepala berbanding bahagian lain. Manakala, mengikut arah tengah ke tepi,
perkembangan berlaku dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan
dank e hujung anggota. Contohnya, semasa dalam kandungan, bahagian kepala dan
badan bayi akan terbentuk, manakala bahagian kaki dan tangan belum terbentuk.
Puntung tangan secara beransur-ansur akan berkembang menjadi tangan dan jari.


Susun atur tersendiri
      Perkembangan bayi mempunyai corak dan susun atur yang tersendiri. Mereka
akan berkembang daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Seorang kanak-
kanak akan berdiri terlebih dahulu sebelum berjalan. Oleh itu, semua kanak-kanak
akan mencapai peringkat-peringkat perkembangan dengan teratur.


Menyeluruh
      Seseorang bayi akan bergerak balas secara menyeluruh pada peringkat awal
kehidupan. Ini disebabkan oleh tulang dan otot-otot masih belum matang dan kuat.
Contohnya, mereka akan menggunakan seluruh anggota badan untuk mengambil
sesuatu benda kerana jari mereka masih belum dapat digunakan. Manakala, apabila
mereka telah membesar, mereka hanya memerlukan jari sahaja untuk mengambil
sesuatu benda tanpa mengerakkan anggota badan yang lain.


Berterusan
      Perkembangan seseorang kanak-kanak akan berlaku secara berterusan.
Perkembangan secara berterusan ini akan berbeza samaada cepat atau lambat.
Contohnya, kemahiran seperti melukis, berbahasa dan lain-lain kemahiran yang
terdapat pada kanak-kanak. Kemahiran ini adalah asas untuk mencapai kemahiran
yang baru kelak.
Cepat
        Kadar proses perkembangan adalah tidak sama. Bahagian anggota yang
berlainan mempunyai kadar perkembangan yang berbeza. Contohnya, bagi bayi,
otak akan berkembang dahulu sebelum anggota badan yang lain. Selain itu, kanak-
kanak yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi selalunya masih belum
matang.


Saling berkaitan dan mempengaruhi
        Perkembangan saling berkaitan antara kematangan dan pembelajaran.
Kematangan adalah sifat-sifat kedewasaan yang ditunjukkan. Misalnya, merangkak,
duduk, berjalan dan berlari. Manakala, pembelajaran adalah hasil daripada latihan
dan proses peniruan yang memerlukan usaha. Oleh itu, kematangan seseorang
individu akan membantu dalam proses pembelajaran.


Berbeza
        Corak perkembangan manusia berbeza-beza.       Tidak semua kanak-kanak
mempunyai tahap perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama.
Setiap kanak-kanak mempunyai sifat kecepatan perkembangan yang tersendiri.
Contohnya, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala
ada sesetengah boleh berjalan pada umur 18 bulan.


Berperingkat
        Perkembangan berlaku secara berperingkat. Setiap peringkat mempunyai sifat
yang nyata dan unik. Terdapat lapan peringkat perkembangan iaitu peringkat pralahir
iaitu dalam kandungan, peringkat bayi iaitu 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-
kanak iaitu 2 hingga 6 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu 6 hingga 12 tahun,
peringkat awal remaja iaitu 12 hingga 15 tahun, peringkat akhir remaja iaitu 15
hingga 21 tahun, peringkat dewasa iaitu 21 hingga 60 tahun dan peringkat tua iaitu
60 tahun ke atas.
Faktor-Faktor Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak




                                                                 Persekitaran

                                  Faktor-faktor             • Keluarga
            Baka             perkembangan Kognitif          • Rakan sebaya
                                  Kanak-kanak
                                                            • Sumber Teknologi
                                                            • Guru dan sekolah




            Rajah 3 : Faktor-faktor perkembangan kognitif kanak-kanak




   Baka

          Faktor baka ditentukan oleh kromosom dan gen. Kromosom mengandungi
   RNA dan DNA yang membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka dan
   seterusnya menentukan ciri keturunan. Faktor baka dalam sel gamet memainkan
   peranan yang penting dalam menentukan ciri-ciri anak. Hasil penyatuan dua
   induk iaitu ovum dan sperma dapat melahirkan zuriat yang mempunyai
   keserasian dan kesamaan induk. Menurut kajian ahli psikologi, Galton (1865),
   Goddard (1890), Newman(1937) dan Shieldo(1962), setiap individu mempunyai
   kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Baka
   juga mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, ibu bapa
   yang pandai biasanya mempunyai anak-anak yang pandai dan cemerlang dalam
   bidang akademik. Selain itu, bakat seni atau sesuatu kemahiran juga akan
   biasanya turut diwarisi oleh anak-anak. Misalannya, jika kedua-dua ibu bapa
   seorang pelukis, maka anak juga akan mewarisi bakat tersebut. Oleh itu, jelaslah
   bahawa baka mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.
Persekitaran


      Persekitaran    juga   memainkan      peranan    yang     penting    dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak. Persekitaran seperti ibu bapa, guru dan
sekolah, rakan sebaya dan media massa iaitu sumber teknologi banyak
mempengaruhi     perkembangan     mental    kanak-kanak.      Ibu   bapa    yang
berpendidikan akan menekankan kanak-kanak untuk belajar di rumah dan
mereka akan tegas terhadap anak-anak mereka supaya mereka mendapat
keputusan yang cemerlang. Cara pembelajaran ini dapat meningkatkan tahap
pemikiran atau daya kognitif kanak-kanak. Status sosio-ekonomi keluarga juga
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Status sosio-ekonomi
keluarga yang baik akan membantu perkembangan intelek kerana keluarga
dapat memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan
pendidikan yang sempurna diberikan kepada anak-anak.
        Selain itu, rakan sebaya juga penting dalam membantu perkembangan
kognitif kanak-kanak. Contohnya, jika seorang kanak-kanak genius, tetapi sering
dibuli oleh rakan, emosinya akan terganggu dan akan membantutkan
perkembangan kognitifnya. Manakala, jika kanak-kanak itu mempunyai rakan
yang baik dan rajin belajar, mereka akan belajar bersama-sama dan saling
tolong-menolong dalam hal pelajaran dan ini sekaligus akan meningkatkan
perkembangan kognitif atau intelek masing-masing.
         Seterusnya, peranan guru dan sekolah. Guru dan sekolah merupakan
pengaruh yang penting dalam perkembangan intelek kanak-kanak. Guru yang
cekap menguruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah
mampu    melahirkan    kanak-kanak   yang    berilmu   dan    membantu     dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak.
        Di samping itu,pendedahan sumber teknologi atau media massa yang
sihat seperti radio, televisyen, computer, suratkhabar, majalah dan iklan juga
meningkatkan kadar perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak dapat
mengadaptasi atau dapat berfikir secara kreatif dan kritis apabila menggunakan
sumber-sumber dari media massa.
Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Teori Perkembangan Kognitif
Piaget




                            Latar belakang Jean Piaget

     Jean Piaget berasal dari negara Switzeland.Beliau lahir pada 9 Ogos 1896.
Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam
bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak
pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam.
Piaget adalah seorang anak yang terlalu cepat menjadi
matang, yang mengembangkan minatnya dalam biologi dan
dunia pengetahuan alam, khususnya tentang moluska (kerang-
kerangan),   dan   bahkan    menerbitkan    sejumlah   makalah
sebelum ia lulus dari SMA. Malah, kariernya yang panjang
dalam penelitian ilmiah dimulai ketika ia baru berusia 11 tahun,
dengan diterbitkannya sebuah makalah pendek pada 1907
tentang burung gereja albino.

     Sepanjang kariernya, Piaget menulis lebih dari 60 buah buku dan ratusan
artikel. Piaget memperoleh gelar Ph.D. dalam ilmu alamiah dari Universitas
Neuchâtel, dan juga belajar sebentar di Universitas Zürich. Beliau ialah seorang ahli
psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan (1896-1980). Beliau telah
memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada ketika beliau berumur 25 tahun.
Selepas itu, beliau menumpukan perhatiannya dalam menjalankan kajian tentang
perkembangan kognitif kanak-kanak.
Mengikut teori perkembangan kognitif ahli psikologi iaitu Jean Piaget, beliau
menyatakan bahawa semua bayi, kanak-kanak dan orang dewasa dapat melakukan
adaptasi terhadap perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Disebabkan
skema seseorang berubah mengikut masa, maka perkembangan pemikiran intelek
juga berubah dan pada masa yang sama proses asimilasi dan akomodasi berlaku.
Oleh itu, menurut pandangan Jean Piaget, terdapat empat faktor yang saling
berkaitan dan boleh mempengaruhi proses pemikiran seseorang individu. Faktor-
faktor yang mempengaruhi proses pemikiran ialah kematangan biologi, interaksi
individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan.




                                  Kematangan biologi




          Keseimbangan                                          Interaksi dengan
                                     Faktor-faktor                persekitaran




                                    Pengalaman sosial




             Rajah 4 : Faktor-faktor yang dikenalpasti oleh Jean Piaget




       Kematangan biologi merupakan faktor yang mempengaruhi proses pemikiran
oleh baka. Genetik ibu bapa akan diturunkan kepada anak-anak.             Manakala,
interaksi individu dengan persekitaran menyebabkan mereka dapat memahami
perkara-perkara baru yang sedang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu, mereka
akan cuba meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat. Di samping itu,
pengalaman sosial juga boleh memperkembangkan proses pemikiran iaitu dengan
pergaulan seseorang individu terhadap orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa,
adik-beradik, rakan dan guru. Keseimbangan pula adalah proses yang digunakan
oleh seseorang individu untuk mengadaptasi dengan situasi atau perubahan-
perubahan yang baru.




                                         Skema
         PROSES
        MENCAPAI                                                    Asimilasi
      KESEIMBANGAN
                                        Adaptasi

                                                                   Akomodasi




                  Rajah 5 : Proses-proses mencapai keseimbangan




   Menurut Piaget, skema adalah satu sistem yang menyusun dan mengumpul
   pengalaman-pengalaman dalam minda apabila individu memperolehi sesuatu
   pengalaman. Proses skema ini diguna apabila seseorang individu memerlukan
   penyelesaian. Manakala, proses penukaran skema lama ke skema baru dikenali
   sebagai adaptasi. Adaptasi pula terbahagi kepada dua proses iaitu asimilasi dan
   akomodasi. Asimilasi ialah pemahaman pengalaman baru dan penyesuaian
   pengalaman dengan skema-skema yang telah sedia ada. Akomodasi pula ialah
   penukaran skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.




          Dalam     kajian   yang    dijalankan,   beliau   menegaskan       bahawa
   perkembangan kognitif ini dipengaruhi oleh perkembangan potensi dari aspek
   lain, seperti fizikal, intelek,dan sosio-emosi. Selepas menjalankan kajian, beliau
   mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan
   berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget
   membahagikan empat peringkat ini sebagai:-
Peringkat                  Umur                    Ciri-ciri Keupayaan Kognitif
      Deria motor        Semenjak lahir - 2 tahun      Pemikiran terhad kepada skema
                                                       aksi.

      Praoperasi               2 - 7 tahun             Permulaan pemikiran simbolik.


    Operasi Konkrit            7 - 12 tahun            Permulaan pemikiran logic yang
                                                       terhad kepada objek maujud.

    Operasi Formal             12 - ke atas            Pemikiran abstrak dan hipotetikal.




Hasil Kajian

        Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
peringkat. Peringkat-peringkat tersebut boleh dirujuk pada Rajah 6. Kami telah
membuat pemerhatian terhadap tiga orang kanak-kanak yang berumur 7-8 tahun
dan 10-11 tahun. Kanak-kanak ini berada dalam peringkat operasi konkrit iaitu
lingkungan antara 7 tahun hingga 12 tahun. Kami juga telah membuat perbandingan
respon antara kanak-kanak yang telah dikaji oleh kami.


                                 Peringkat Deria Motor
                              ( Semenjak lahir - 2 tahun )


                                 Peringkat Pra-Operasi
                                     ( 2 - 7 tahun )


                               Peringkat Operasi Konkrit
                                     ( 7-11 tahun )



                               Peringkat Operasi Formal
                                  ( 11 tahun ke atas)

                    Rajah 6 : Peringkat mengikut perubahan umur
Kami telah menguji tiga jenis ujian konservas piaget kepada kanak-kanak ini. Antara
tiga ujian tersebut adalah ujian nombor iaitu menanyakan sama ada bilangan duit di
setiap baris sama atau tidak. Ujian yang kedua adalah ujian jarak iaitu, panjang
kedua-dua kayu pembaris sama atau tidak. Ujian yang ketiga ialah ujian cecair iaitu
menanyakan samada jumlah air di dalam kedua-dua bekas sama atau tidak. Ujian
yang keempat atau yang terakhir ialah ujian jisim iaitu menanyakan bahawa jisim
plastesin sama atau tidak. Keputusan ujian yang dilakukan terhadap kedua-dua
kanak-kanak telah dilampirkan di muka surat sebelah.




Ujian Intelektual Piaget 1 : Nilai

Kanak-kanak peringkat pra-operasi : Shamikha a/p Rajkumar

Shamikha ialah kanak-kanak yang berumur 7 tahun. Kanak-kanak ini berada dalam
peringkat pra-operasi. Dalam ujian bilangan duit kertas, kanak-kanak dikehendaki
mengenalpasti sama ada nilai duit kertas yang disusun dalam dua kumpulan adalah
sama atau tidak. Pada mulanya, duit kertas telah disusun mengikut nilainya.
Kumpulan pertama dilabel sebagai A dan kumpulan kedua dilabel sebagai B. Duit
kertas yang terdapat dalam kumpulan A ialah sehelai kertas sebanyak RM1
manakala dalam kumpulan B pula ialah sebanyak enam helai kertas yang bernilai
RM1. Pada mulanya, kanak-kanak ini menyatakan nilai duit yang terdapat dalam
kumpulan B adalah tinggi. Selepas duit kertas dalam kumpulan A diubah kepada
sehelai RM10, kanak-kanak ini masih memberitahu nilai duitnya masih tinggi dalam
kumpulan B. Kognitif kanak-kanak pada peringkat ini ialah pemusatan perhatian, iaitu
perhatian dipusatkan kepada aspek-aspek tertentu sahaja. Apabila kanak-kanak ini
ditanya kumpulan mana yang mengandungi lebih tinggi nilai duit , dia menjawab
kumpulan B. Ini adalah kerana perhatian ditumpukan pada bilangan helaian duit
kertas dan bukan kepada nilai objek yang ada. Soalan yang sama diajukan kepada
kanak-kanak tersebut menggunakan duit syiling. Pada peringkat ini juga          prinsip
identiti tidak dapat dikuasai. Menurut Piaget, dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu
sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun
objek adalah sama walaupun nilai atau susunannya berubah. Pada peringkat operasi
formal, kanak-kanak menumpukan kepada keadaan fizikal iaitu nilai daripada konsep
yang lebih abstrak seperti bilangan atau nombor. Mereka juga tidak dapat
melaksanakan transformasi. Mereka melihat nilai sebagai baris baru dan bukan
proses bilangan objek yang lama.




Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Sivanesh a/l Arumugam

Sivanesh a/l Arumugam ialah kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Aktiviti yang
sama telah dilakukan kepada kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini dikehendaki
menyatakan sama ada nilai duit kertas yang disusun dalam dua kumpulan yang
berbeza adalah sama atau tidak. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada
kanak-kanak ini. Untuk soalan pertama, kanak-kanak ini menyatakan bahawa nilai
duit kertas dalam kumpulan B ialah tinggi. Dia berkata demikian kerana dia faham
bahawa sudah tentu nilai duitnya tinggi berbanding dengan nilai duit dalam kumpulan
A. Bagi    soalan yang kedua, Sivanesh menyatakan bahawa nilai duit dalam
kumpulan A ialah tinggi iaitu sebanyak RM10. Pada peringkat operasi konkrit,
Sivanesh telah menguasai konsep berfikir secara abstrak. Faktor persekitaran juga
boleh menyebabkan kanak-kanak ini memberi jawapan yang tepat. Melalui temu bual
dengan ibu bapa kanak-kanak ini, kanak-kanak ini seorang yang aktif dan bergaul
dengan adik-adiknya yang besar. Oleh itu, kemungkinan besar, kebolehan berfikir
secara logik dicapai oleh kanak-kanak ini.




Ujian Intelektual Piaget 2 : Saiz

Kanak-kanak peringkat pra-operasi : Thinesh a/l Chandran

Bagi ujian saiz, kami telah mengendalikan ujian dengan menggunakan daun. Kami
telah memetik dua daun yang sejenis kepada saiz yang sama. Kami telah bertanya
kepada kanak-kanak, adakah saiz daun ini sama atau tidak. Kanak-kanak berumur 8
tahun ini menyatakan bahawa saiz kedua-dua daun adalah sama. Ini bermakna,
kanak-kanak ini dapat menguasai prinsip identiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa saiz
daun ini sama. Seterusnya, kami telah mengubah salah satu daun kepada bentuk
daun yang lain tetapi dengan saiz yang sama. Sekali lagi kami bertanya, sama ada
kedua-dua daun mempunyai saiz yang sama atau tidak. Kanak-kanak ini
menyatakan bahawa kedua-dua daun tidak mempunyai saiz yang sama. Dia
menyatakan daun yang ditukar itu lebih besar oleh sebab jenisnya berlainan. Ini
bermakna, kanak-kanak pada peringkat pra-operasi masih belum menguasai prinsip
ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak ini tidak mengetahui perubahan
pada satu segi akan diganti dengan perubahan yang lain.




Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Tan Lim Wei

Bagi kanak-kanak Tan Lim Wei yang berusia 11 tahun , kami masih mengendalikan
ujian saiz dengan menggunakan daun. Kami telah menggunakan dua daun yang
sama jenis kepada saiz yang sama. Kami telah bertanya kepada kanak-kanak,
adakah saiz daun ini sama atau tidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa saiz
kedua-dua daun adalah sama. Ini bermakna, kanak-kanak ini dapat menguasai
prinsip identiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa saiz ini sama walaupun bentuknya lain.
Seterusnya, kami telah mengubah salah satu daun kepada bentuk yang lain. Sekali
lagi kami bertanya, sama ada kedua-dua daun mempunyai saiz yang sama atau
tidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kedua-dua daun mempunyai saiz yang
sama. Kanak-kanak ini menyatakan daun yang berbentuk itu lebih besar berbanding
dengan daun yang berbentuk biasa. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat
operasi konkrit menguasai prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak ini
mengetahui perubahan pada satu segi akan diganti dengan perubahan yang lain.
Kesimpulannya, kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini mempunyai
perkembangan kognitif yang hampir sama dengan kanak-kanak yang berada pada
peringkat operasi formal.




Ujian Intelektual Piaget 3 : Kreativiti

Kanak-kanak peringkat pra-operasi : Lim Eu Shen

Bagi ujian kreativiti, kami telah mengendalikan ujian dengan menggunakan bintang
yang dibentuk dalam kertas. Kami telah memberi kertas hiasan tersebut bagi
membuat sesuatu bentuk mengikut kemampuannya. Kanak-kanak yang berusia 7
tahun ini mereka satu bentuk tetapi tidak boleh memastikan apakah sebenarnya
bentuk tersebut. Pada masa yang sama, kanak-kanak tersebut turut menyatakan
beberapa nama terhadap bentuk yang dibuatnya. Ini bermakna, kanak-kanak ini
belum dapat menguasai prinsip identiti. Seterusnya, kami telah menyuruh membuat
satu lagi bentuk dengan menggunakan bintang tersebut. Kali ini, kami telah
memberikan konsep dan menyuruhnya membentukkannya. Kanak-kanak tersebut
tidak dapat menyempurnakan imej yang kami berikan kepadanya lalu dia tidak dapat
membuat dengan kemas. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat pra-operasi
masih belum menguasai prinsip pemikiran kritis.




Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Kok Mun Jien

Bagi Kok, kanak-kanak yang berusia 11 tahun, kami turut mengendalikan aktiviti
yang sama. Kami telah memberikan bintang-bintang tersebut untuk membuat sebuah
bentuk menurut kemampuannya. Dia telah menghasilkan namanya dalam kertas
hiasan yang diberikan. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut berupaya menggunakan
pemikiran logikal. Tambahan pula, kami juga memberikan konsep yang sama yang
telah diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 7 tahun. Tetapi adik ini pula dapat
membentuk konsep tersebut. Hal ini demikian kerana pada peringkat ini strategi
ingatan dan organisasinya menjadi lebih berkesan. Melalui segala aktiviti yang telah
diadakan, secara jelasnya kami dapat melihat prestasi kedua-dua peringkat kanak-
kanak mengikut teori perkembangan kognitif Piaget.




Ujian Intelektual Piaget 4 : Jisim

Kanak-kanak peringkat pra-operasi : Mugilan a/l Muthukumar

Bagi ujian   jisim, kami telah mengendalikan ujian jisim dengan menggunakan
plastesin. Kami telah membentuk dua plastesin kepada bentuk bulat yang sama.
Kami telah bertanya kepada kanak-kanak, adakah jisim plastesin ini sama atau tidak.
Kanak-kanak yang berusia 7 tahun ini menyatakan bahawa berat kedua-dua
plastesin adalah sama. Ini bermakna, kanak-kanak ini dapat menguasai prinsip
identiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa amaun plastesin ini sama. Seterusnya, kami
telah mengubah salah satu plastesin kepada bentuk yang leper. Sekali lagi kami
bertanya, sama ada kedua-dua plastesin mempunyai jisim yang sama atau tidak.
Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kedua-dua plastesin tidak mempunyai berat
yang sama. Dia menyatakan plastesin yang berbentuk bulat lebih berat berbanding
plastesin yang berbentuk leper. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat pra-
operasi masih belum menguasai prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-
kanak ini tidak mengetahui perubahan pada satu segi akan diganti dengan
perubahan yang lain.




Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Lee Chan Tung

Bagi kanak-kanak Chan Tung yang berusia 10 tahun, kami masih mengendalikan
ujian jisim dengan menggunakan plastesin. Kami telah membentuk dua plastesin
kepada bentuk bulat yang sama. Kami telah bertanya kepada kanak-kanak, adakah
jisim plastesin ini sama atau tidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa berat
kedua-dua plastesin adalah sama. Ini bermakna, kanak-kanak ini dapat menguasai
prinsip identiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa amaun plastesin ini sama. Seterusnya,
kami telah mengubah salah satu plastesin kepada bentuk yang leper. Sekali lagi
saya bertanya, sama ada kedua-dua plastesin mempunyai jisim yang sama atau
tidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kedua-dua plastesin mempunyai berat
yang sama. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit menguasai
prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak ini mengetahui perubahan
pada satu segi akan diganti dengan perubahan yang lain. Kesimpulannya, kanak-
kanak ini mempunyai perkembangan kognitif yang hampir sama dengan kanak-
kanak yang berada pada peringkat operasi formal.
Rumusan

       Pertumbuhan melibatkan aspek fizikal seperti perubahan ketinggian dan saiz
badan. Pertumbuhan berlaku secara berperingkat yang selari dengan perkembangan
kognitif dan perkembangan sosial. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa aspek
perubahan. Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan
bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah
laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat
kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang
menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.

      Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan
had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap
perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung
dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani
dan kematangan mental. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat
belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Pertumbuhan dan
perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak sememangnya harus diberi tumpuan
utama kerana kanak-kanak merupakan insan yang mudah menerima dan
menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat.

       Bagi membuktikan idea tersebut, kami telah melibatkan aktiviti-aktiviti yang
mempengaruhi pembentukan konsep berdasarkan kemampuannya kepada seramai
enam orang kanak-kanak, iaitu tiga kanak-kanak dari peringkat pra-operasi dan tiga
lagi dari operasi konkrit. Kami telah berjaya mengadakan eksperimen dan
pemerhatiannya di The Salvation Army Boy’s Home, Tambun, Ipoh. Secara jelasnya,
kami dapat melihat perbandingan antara dua peringkat kanak-kanak tersebut.

        Sehubungan dengan itu, induksi utama yang wajar menuntun kanak-kanak
ini adalah ibu bapa dan guru. Ini kerana, mereka merupakan insan paling hampir
dengan kanak-kanak tersebut. Tindakan utama yang harus dilakukan ialah
membentuk sahsiah kanak-kanak tersebut melalui pengajaran nilai-nilai murni untuk
menguatkan jati diri kanak-kanak. Kanak-kanak ialah individu yang mudah dibentuk.
Oleh yang demikian, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak, persekitaran yang positif adalah amat penting untuk
melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Rujukan


Buku
Sang, M. S. (November, 2012). Perkembangan Kanak-Kanak (Vol. Edisi Ketiga).
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

Samuel, H. H. J .N. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Pergurun (Vol. Edisi Kedua) Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.




Internet

http://khairi25.wordpress.com/2009/07/20/faktor-faktor-perkembangan-dan-
pertumbuhan-individu/

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/perkembangan-fizikal-dan-kognitif-serta.html

http://hanasyakira90.blogspot.com/2011/05/30-faktor-faktor-yang-
mempengaruhi.html




Artikel

(2009). Perkembangan Fizikal dan Kognitif Serta Teori Yang Berkaitan. Di akses
pada Februari 16, 2012.

Hana Syahkira. (2010). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fizikal
dan Kognitif Kanak-Kanak. Di akses pada Februari 17, 2012.

Khairi. (2009). Faktor-faktor Perkembangan dan Pertumbuhan Individu. Di akses
padaFebruari 17, 2012.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)Adilah Said
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kankRozaidi Yusof
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Adilah Said
 
Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarmahnikpt6043
 
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanakPengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanaknurulirdina halikulanuar
 
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif RemajaPerkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remajawinkycheezie
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPieja Hanhae
 
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembanganPeringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangannursabiqah
 
Psikologi Pendidikan : Proses Pembelajaran
Psikologi Pendidikan : Proses PembelajaranPsikologi Pendidikan : Proses Pembelajaran
Psikologi Pendidikan : Proses Pembelajaranbplx
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanAinalita Zazni Adnan
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureSuhailah Fauzi
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiVennella Sandah
 

Was ist angesagt? (20)

PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Biodata jean piaget
Biodata jean piagetBiodata jean piaget
Biodata jean piaget
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
TEORI KOGNITIF
TEORI KOGNITIFTEORI KOGNITIF
TEORI KOGNITIF
 
Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajar
 
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanakPengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
 
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif RemajaPerkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembanganPeringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusia
 
Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010
 
Apa itu kognitif
Apa itu kognitifApa itu kognitif
Apa itu kognitif
 
Psikologi Pendidikan : Proses Pembelajaran
Psikologi Pendidikan : Proses PembelajaranPsikologi Pendidikan : Proses Pembelajaran
Psikologi Pendidikan : Proses Pembelajaran
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurture
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 

Ähnlich wie PKK

Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Najwa Ahmad
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permataNooraidy
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107radeanmas
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri
 
Teori piaget perkembangan dan perubahan individu
Teori piaget perkembangan dan perubahan individuTeori piaget perkembangan dan perubahan individu
Teori piaget perkembangan dan perubahan individuGiarhu Lim
 
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)eiyraarisya
 
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran KognitifTeori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran KognitifArifahAzlanShah2
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembanganDe Zer
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembanganDe Zer
 
170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzullinurul ain
 
Teori transaksional analisis 1
Teori transaksional analisis 1Teori transaksional analisis 1
Teori transaksional analisis 1Kamarudin Jaafar
 
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 TahunPerkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahunnazurahwahim
 
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkbPergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkbdugros84
 

Ähnlich wie PKK (20)

Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Draf tugasan peers
Draf tugasan peersDraf tugasan peers
Draf tugasan peers
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
Teori piaget perkembangan dan perubahan individu
Teori piaget perkembangan dan perubahan individuTeori piaget perkembangan dan perubahan individu
Teori piaget perkembangan dan perubahan individu
 
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
 
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran KognitifTeori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran Kognitif
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembangan
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembangan
 
170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli
 
Teori transaksional analisis 1
Teori transaksional analisis 1Teori transaksional analisis 1
Teori transaksional analisis 1
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 TahunPerkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
 
TOPIK 5.ppt
TOPIK 5.pptTOPIK 5.ppt
TOPIK 5.ppt
 
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkbPergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
 

PKK

  • 1. Pengenalan Perkembangan merupakan satu proses untuk mematangkan dan mendewasakan semua benda hidup. Perkembangan juga adalah perubahan abstrak yang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup. Tanpa perkembangan, manusia tidak dapat menjadi sempurna. Setiap individu akan mengalami perubahan dan perubahan ini bersifat kualitatif. Perkembangan juga berubah menurut peredaran masa. Contohnya, kemahiran melukis. Kemahiran melukis kanak-kanak akan meningkat dari masa ke masa. Kognitif pula bermaksud potensi intelektual yang terdiri daripada beberapa tahap iaitu pengetahuan, pemahaman, penerapan, analisa dan sintesis. Kognitif juga berkaitan dengan kemampuan untuk mengembangkan kemampuan rasional atau akal. Perkembangan kognitif pula merupakan perkembangan dari segi fikiran atau intelektual. Otak merupakan organ yang paling penting dalam perkembangan kognitif. Perkembangan kognitif memberi penekanan atau bertanggungjawab terhadap bahasa, pembentukan mental, pemahaman, penyelesaian masalah, pandangan, penilaian, penakulan, mencipta, ingatan dan imaginasi. Perkembangan dari segi kognitif memainkan peranan yang sangat penting dalam perwatakan manusia. Oleh itu, perkembangan kognitif amat penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif juga membantu dalam proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.
  • 2. Konsep Perkembangan Kanak-Kanak Perkembangan bermaksud satu perubahan sifat berlainan daripada peringkat awal yang tidak dapat diukur secara kuantiti. Perkembangan juga berlaku daripada peringkat awal sehingga akhir hayat organisma. Menurut Mak Soon Sang (2001) di dalam bukunya, perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Selain itu, pada asasnya, perkembangan juga dikenali sebagai perubahan tingkah laku mental. Selain itu, menurut Santrock (2008) dalam buku Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Seterusnya, menurut Crow dan Crow (1983), perkembangan adalah hasil pertumbuhan dari segala aspek manusia. Menurut Karl Garrison, perkembangan manusia adalah hasil daripada tindakan manusia yang saling berkait dengan perkembangan jasmani dan pembelajaran. Di samping itu, Dr.Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan perkembangan sebagai perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Gesell (1949) menyatakan bahawa walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Menurut takrif D.S Wright dan Ann Taylor, perkembangan adalah perubahan yang berlaku dalam warisan baka dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Perkembangan juga melibatkan perubahan dari segi jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Rajah 1 di sebelah merupakan contoh-contoh perkembangan dari aspek jasmani, emosi, mental dan sosial.
  • 3. JASMANI berjalan, mendengar, melihat dan membuat kerja SOSIAL MENTAL kemahiran mendisiplin dan kemahiran memikir, PERKEMBANGAN menyesuaikan diri dalam mengingat, menakul dan pergaulan menganalisis EMOSI kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu Rajah 1 : Perkembangan individu dari aspek jasmani, emosi, mental dan sosial Kesimpulannya, perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik yang mengandungi ciri-ciri biologi, kognitif dan sosioemosi. Perkembangan dapat mempamerkan perubahan baru yang berlainan daripada perubahan yang awal. Perubahan ini dapat mematangkan dan mendewasakan seseorang individu hingga ke akhir hayat.
  • 4. Prinsip-prinsip Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan kanak-kanak berlaku secara stabil dan teratur. Terdapat beberapa prinsip dalam perkembangan kanak-kanak. Antara prinsip yang terdapat dalam perkembangan kanak-kanak adalah mempunyai arah yang baik, mempunyai susun atur tersendiri, bersifat menyeluruh, berterusan, cepat, saling berkaitan dan mempengaruhi, berbeza dan berperingkat. Arah yang baik Susun atur Berperingkat tersendiri PRINSIP-PRINSIP Berbeza PERKEMBANGAN Menyeluruh KANAK-KANAK Saling berkaitan dan Berterusan mempengaru hi Cepat Rajah 2 : Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak
  • 5. Arah yang baik Perkembangan berlaku dalam dua arah. Arah yang pertama ialah dari atas ke bawah iaitu dari kepala ke kaki. Arah yang seterusnya ialah dari arah tengah ke tepi. Perkembangan bermula dari kepala ke kaki, oleh itu, perubahan awal berlaku di bahagian kepala kemudian di bahagian badan dan akhir sekali di bahagian kaki. Kebiasaannya, kepala kanak-kanak berat kerana perkembangan banyak berlaku di bahagian kepala berbanding bahagian lain. Manakala, mengikut arah tengah ke tepi, perkembangan berlaku dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dank e hujung anggota. Contohnya, semasa dalam kandungan, bahagian kepala dan badan bayi akan terbentuk, manakala bahagian kaki dan tangan belum terbentuk. Puntung tangan secara beransur-ansur akan berkembang menjadi tangan dan jari. Susun atur tersendiri Perkembangan bayi mempunyai corak dan susun atur yang tersendiri. Mereka akan berkembang daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Seorang kanak- kanak akan berdiri terlebih dahulu sebelum berjalan. Oleh itu, semua kanak-kanak akan mencapai peringkat-peringkat perkembangan dengan teratur. Menyeluruh Seseorang bayi akan bergerak balas secara menyeluruh pada peringkat awal kehidupan. Ini disebabkan oleh tulang dan otot-otot masih belum matang dan kuat. Contohnya, mereka akan menggunakan seluruh anggota badan untuk mengambil sesuatu benda kerana jari mereka masih belum dapat digunakan. Manakala, apabila mereka telah membesar, mereka hanya memerlukan jari sahaja untuk mengambil sesuatu benda tanpa mengerakkan anggota badan yang lain. Berterusan Perkembangan seseorang kanak-kanak akan berlaku secara berterusan. Perkembangan secara berterusan ini akan berbeza samaada cepat atau lambat. Contohnya, kemahiran seperti melukis, berbahasa dan lain-lain kemahiran yang terdapat pada kanak-kanak. Kemahiran ini adalah asas untuk mencapai kemahiran yang baru kelak.
  • 6. Cepat Kadar proses perkembangan adalah tidak sama. Bahagian anggota yang berlainan mempunyai kadar perkembangan yang berbeza. Contohnya, bagi bayi, otak akan berkembang dahulu sebelum anggota badan yang lain. Selain itu, kanak- kanak yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi selalunya masih belum matang. Saling berkaitan dan mempengaruhi Perkembangan saling berkaitan antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah sifat-sifat kedewasaan yang ditunjukkan. Misalnya, merangkak, duduk, berjalan dan berlari. Manakala, pembelajaran adalah hasil daripada latihan dan proses peniruan yang memerlukan usaha. Oleh itu, kematangan seseorang individu akan membantu dalam proses pembelajaran. Berbeza Corak perkembangan manusia berbeza-beza. Tidak semua kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama. Setiap kanak-kanak mempunyai sifat kecepatan perkembangan yang tersendiri. Contohnya, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada sesetengah boleh berjalan pada umur 18 bulan. Berperingkat Perkembangan berlaku secara berperingkat. Setiap peringkat mempunyai sifat yang nyata dan unik. Terdapat lapan peringkat perkembangan iaitu peringkat pralahir iaitu dalam kandungan, peringkat bayi iaitu 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak- kanak iaitu 2 hingga 6 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu 6 hingga 12 tahun, peringkat awal remaja iaitu 12 hingga 15 tahun, peringkat akhir remaja iaitu 15 hingga 21 tahun, peringkat dewasa iaitu 21 hingga 60 tahun dan peringkat tua iaitu 60 tahun ke atas.
  • 7. Faktor-Faktor Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Persekitaran Faktor-faktor • Keluarga Baka perkembangan Kognitif • Rakan sebaya Kanak-kanak • Sumber Teknologi • Guru dan sekolah Rajah 3 : Faktor-faktor perkembangan kognitif kanak-kanak Baka Faktor baka ditentukan oleh kromosom dan gen. Kromosom mengandungi RNA dan DNA yang membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka dan seterusnya menentukan ciri keturunan. Faktor baka dalam sel gamet memainkan peranan yang penting dalam menentukan ciri-ciri anak. Hasil penyatuan dua induk iaitu ovum dan sperma dapat melahirkan zuriat yang mempunyai keserasian dan kesamaan induk. Menurut kajian ahli psikologi, Galton (1865), Goddard (1890), Newman(1937) dan Shieldo(1962), setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Baka juga mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, ibu bapa yang pandai biasanya mempunyai anak-anak yang pandai dan cemerlang dalam bidang akademik. Selain itu, bakat seni atau sesuatu kemahiran juga akan biasanya turut diwarisi oleh anak-anak. Misalannya, jika kedua-dua ibu bapa seorang pelukis, maka anak juga akan mewarisi bakat tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa baka mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • 8. Persekitaran Persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Persekitaran seperti ibu bapa, guru dan sekolah, rakan sebaya dan media massa iaitu sumber teknologi banyak mempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak. Ibu bapa yang berpendidikan akan menekankan kanak-kanak untuk belajar di rumah dan mereka akan tegas terhadap anak-anak mereka supaya mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Cara pembelajaran ini dapat meningkatkan tahap pemikiran atau daya kognitif kanak-kanak. Status sosio-ekonomi keluarga juga mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik akan membantu perkembangan intelek kerana keluarga dapat memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna diberikan kepada anak-anak. Selain itu, rakan sebaya juga penting dalam membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, jika seorang kanak-kanak genius, tetapi sering dibuli oleh rakan, emosinya akan terganggu dan akan membantutkan perkembangan kognitifnya. Manakala, jika kanak-kanak itu mempunyai rakan yang baik dan rajin belajar, mereka akan belajar bersama-sama dan saling tolong-menolong dalam hal pelajaran dan ini sekaligus akan meningkatkan perkembangan kognitif atau intelek masing-masing. Seterusnya, peranan guru dan sekolah. Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang penting dalam perkembangan intelek kanak-kanak. Guru yang cekap menguruskan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah mampu melahirkan kanak-kanak yang berilmu dan membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Di samping itu,pendedahan sumber teknologi atau media massa yang sihat seperti radio, televisyen, computer, suratkhabar, majalah dan iklan juga meningkatkan kadar perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mengadaptasi atau dapat berfikir secara kreatif dan kritis apabila menggunakan sumber-sumber dari media massa.
  • 9. Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Teori Perkembangan Kognitif Piaget Latar belakang Jean Piaget Jean Piaget berasal dari negara Switzeland.Beliau lahir pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Piaget adalah seorang anak yang terlalu cepat menjadi matang, yang mengembangkan minatnya dalam biologi dan dunia pengetahuan alam, khususnya tentang moluska (kerang- kerangan), dan bahkan menerbitkan sejumlah makalah sebelum ia lulus dari SMA. Malah, kariernya yang panjang dalam penelitian ilmiah dimulai ketika ia baru berusia 11 tahun, dengan diterbitkannya sebuah makalah pendek pada 1907 tentang burung gereja albino. Sepanjang kariernya, Piaget menulis lebih dari 60 buah buku dan ratusan artikel. Piaget memperoleh gelar Ph.D. dalam ilmu alamiah dari Universitas Neuchâtel, dan juga belajar sebentar di Universitas Zürich. Beliau ialah seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan (1896-1980). Beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada ketika beliau berumur 25 tahun. Selepas itu, beliau menumpukan perhatiannya dalam menjalankan kajian tentang perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • 10. Mengikut teori perkembangan kognitif ahli psikologi iaitu Jean Piaget, beliau menyatakan bahawa semua bayi, kanak-kanak dan orang dewasa dapat melakukan adaptasi terhadap perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Disebabkan skema seseorang berubah mengikut masa, maka perkembangan pemikiran intelek juga berubah dan pada masa yang sama proses asimilasi dan akomodasi berlaku. Oleh itu, menurut pandangan Jean Piaget, terdapat empat faktor yang saling berkaitan dan boleh mempengaruhi proses pemikiran seseorang individu. Faktor- faktor yang mempengaruhi proses pemikiran ialah kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan. Kematangan biologi Keseimbangan Interaksi dengan Faktor-faktor persekitaran Pengalaman sosial Rajah 4 : Faktor-faktor yang dikenalpasti oleh Jean Piaget Kematangan biologi merupakan faktor yang mempengaruhi proses pemikiran oleh baka. Genetik ibu bapa akan diturunkan kepada anak-anak. Manakala, interaksi individu dengan persekitaran menyebabkan mereka dapat memahami perkara-perkara baru yang sedang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu, mereka akan cuba meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat. Di samping itu, pengalaman sosial juga boleh memperkembangkan proses pemikiran iaitu dengan pergaulan seseorang individu terhadap orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa, adik-beradik, rakan dan guru. Keseimbangan pula adalah proses yang digunakan
  • 11. oleh seseorang individu untuk mengadaptasi dengan situasi atau perubahan- perubahan yang baru. Skema PROSES MENCAPAI Asimilasi KESEIMBANGAN Adaptasi Akomodasi Rajah 5 : Proses-proses mencapai keseimbangan Menurut Piaget, skema adalah satu sistem yang menyusun dan mengumpul pengalaman-pengalaman dalam minda apabila individu memperolehi sesuatu pengalaman. Proses skema ini diguna apabila seseorang individu memerlukan penyelesaian. Manakala, proses penukaran skema lama ke skema baru dikenali sebagai adaptasi. Adaptasi pula terbahagi kepada dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi ialah pemahaman pengalaman baru dan penyesuaian pengalaman dengan skema-skema yang telah sedia ada. Akomodasi pula ialah penukaran skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Dalam kajian yang dijalankan, beliau menegaskan bahawa perkembangan kognitif ini dipengaruhi oleh perkembangan potensi dari aspek lain, seperti fizikal, intelek,dan sosio-emosi. Selepas menjalankan kajian, beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai:-
  • 12. Peringkat Umur Ciri-ciri Keupayaan Kognitif Deria motor Semenjak lahir - 2 tahun Pemikiran terhad kepada skema aksi. Praoperasi 2 - 7 tahun Permulaan pemikiran simbolik. Operasi Konkrit 7 - 12 tahun Permulaan pemikiran logic yang terhad kepada objek maujud. Operasi Formal 12 - ke atas Pemikiran abstrak dan hipotetikal. Hasil Kajian Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat peringkat. Peringkat-peringkat tersebut boleh dirujuk pada Rajah 6. Kami telah membuat pemerhatian terhadap tiga orang kanak-kanak yang berumur 7-8 tahun dan 10-11 tahun. Kanak-kanak ini berada dalam peringkat operasi konkrit iaitu lingkungan antara 7 tahun hingga 12 tahun. Kami juga telah membuat perbandingan respon antara kanak-kanak yang telah dikaji oleh kami. Peringkat Deria Motor ( Semenjak lahir - 2 tahun ) Peringkat Pra-Operasi ( 2 - 7 tahun ) Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) Peringkat Operasi Formal ( 11 tahun ke atas) Rajah 6 : Peringkat mengikut perubahan umur
  • 13. Kami telah menguji tiga jenis ujian konservas piaget kepada kanak-kanak ini. Antara tiga ujian tersebut adalah ujian nombor iaitu menanyakan sama ada bilangan duit di setiap baris sama atau tidak. Ujian yang kedua adalah ujian jarak iaitu, panjang kedua-dua kayu pembaris sama atau tidak. Ujian yang ketiga ialah ujian cecair iaitu menanyakan samada jumlah air di dalam kedua-dua bekas sama atau tidak. Ujian yang keempat atau yang terakhir ialah ujian jisim iaitu menanyakan bahawa jisim plastesin sama atau tidak. Keputusan ujian yang dilakukan terhadap kedua-dua kanak-kanak telah dilampirkan di muka surat sebelah. Ujian Intelektual Piaget 1 : Nilai Kanak-kanak peringkat pra-operasi : Shamikha a/p Rajkumar Shamikha ialah kanak-kanak yang berumur 7 tahun. Kanak-kanak ini berada dalam peringkat pra-operasi. Dalam ujian bilangan duit kertas, kanak-kanak dikehendaki mengenalpasti sama ada nilai duit kertas yang disusun dalam dua kumpulan adalah sama atau tidak. Pada mulanya, duit kertas telah disusun mengikut nilainya. Kumpulan pertama dilabel sebagai A dan kumpulan kedua dilabel sebagai B. Duit kertas yang terdapat dalam kumpulan A ialah sehelai kertas sebanyak RM1 manakala dalam kumpulan B pula ialah sebanyak enam helai kertas yang bernilai RM1. Pada mulanya, kanak-kanak ini menyatakan nilai duit yang terdapat dalam kumpulan B adalah tinggi. Selepas duit kertas dalam kumpulan A diubah kepada sehelai RM10, kanak-kanak ini masih memberitahu nilai duitnya masih tinggi dalam kumpulan B. Kognitif kanak-kanak pada peringkat ini ialah pemusatan perhatian, iaitu perhatian dipusatkan kepada aspek-aspek tertentu sahaja. Apabila kanak-kanak ini ditanya kumpulan mana yang mengandungi lebih tinggi nilai duit , dia menjawab kumpulan B. Ini adalah kerana perhatian ditumpukan pada bilangan helaian duit kertas dan bukan kepada nilai objek yang ada. Soalan yang sama diajukan kepada kanak-kanak tersebut menggunakan duit syiling. Pada peringkat ini juga prinsip identiti tidak dapat dikuasai. Menurut Piaget, dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun nilai atau susunannya berubah. Pada peringkat operasi formal, kanak-kanak menumpukan kepada keadaan fizikal iaitu nilai daripada konsep yang lebih abstrak seperti bilangan atau nombor. Mereka juga tidak dapat
  • 14. melaksanakan transformasi. Mereka melihat nilai sebagai baris baru dan bukan proses bilangan objek yang lama. Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Sivanesh a/l Arumugam Sivanesh a/l Arumugam ialah kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Aktiviti yang sama telah dilakukan kepada kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini dikehendaki menyatakan sama ada nilai duit kertas yang disusun dalam dua kumpulan yang berbeza adalah sama atau tidak. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada kanak-kanak ini. Untuk soalan pertama, kanak-kanak ini menyatakan bahawa nilai duit kertas dalam kumpulan B ialah tinggi. Dia berkata demikian kerana dia faham bahawa sudah tentu nilai duitnya tinggi berbanding dengan nilai duit dalam kumpulan A. Bagi soalan yang kedua, Sivanesh menyatakan bahawa nilai duit dalam kumpulan A ialah tinggi iaitu sebanyak RM10. Pada peringkat operasi konkrit, Sivanesh telah menguasai konsep berfikir secara abstrak. Faktor persekitaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak ini memberi jawapan yang tepat. Melalui temu bual dengan ibu bapa kanak-kanak ini, kanak-kanak ini seorang yang aktif dan bergaul dengan adik-adiknya yang besar. Oleh itu, kemungkinan besar, kebolehan berfikir secara logik dicapai oleh kanak-kanak ini. Ujian Intelektual Piaget 2 : Saiz Kanak-kanak peringkat pra-operasi : Thinesh a/l Chandran Bagi ujian saiz, kami telah mengendalikan ujian dengan menggunakan daun. Kami telah memetik dua daun yang sejenis kepada saiz yang sama. Kami telah bertanya kepada kanak-kanak, adakah saiz daun ini sama atau tidak. Kanak-kanak berumur 8 tahun ini menyatakan bahawa saiz kedua-dua daun adalah sama. Ini bermakna, kanak-kanak ini dapat menguasai prinsip identiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa saiz daun ini sama. Seterusnya, kami telah mengubah salah satu daun kepada bentuk daun yang lain tetapi dengan saiz yang sama. Sekali lagi kami bertanya, sama ada kedua-dua daun mempunyai saiz yang sama atau tidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kedua-dua daun tidak mempunyai saiz yang sama. Dia
  • 15. menyatakan daun yang ditukar itu lebih besar oleh sebab jenisnya berlainan. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat pra-operasi masih belum menguasai prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak ini tidak mengetahui perubahan pada satu segi akan diganti dengan perubahan yang lain. Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Tan Lim Wei Bagi kanak-kanak Tan Lim Wei yang berusia 11 tahun , kami masih mengendalikan ujian saiz dengan menggunakan daun. Kami telah menggunakan dua daun yang sama jenis kepada saiz yang sama. Kami telah bertanya kepada kanak-kanak, adakah saiz daun ini sama atau tidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa saiz kedua-dua daun adalah sama. Ini bermakna, kanak-kanak ini dapat menguasai prinsip identiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa saiz ini sama walaupun bentuknya lain. Seterusnya, kami telah mengubah salah satu daun kepada bentuk yang lain. Sekali lagi kami bertanya, sama ada kedua-dua daun mempunyai saiz yang sama atau tidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kedua-dua daun mempunyai saiz yang sama. Kanak-kanak ini menyatakan daun yang berbentuk itu lebih besar berbanding dengan daun yang berbentuk biasa. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit menguasai prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak ini mengetahui perubahan pada satu segi akan diganti dengan perubahan yang lain. Kesimpulannya, kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini mempunyai perkembangan kognitif yang hampir sama dengan kanak-kanak yang berada pada peringkat operasi formal. Ujian Intelektual Piaget 3 : Kreativiti Kanak-kanak peringkat pra-operasi : Lim Eu Shen Bagi ujian kreativiti, kami telah mengendalikan ujian dengan menggunakan bintang yang dibentuk dalam kertas. Kami telah memberi kertas hiasan tersebut bagi membuat sesuatu bentuk mengikut kemampuannya. Kanak-kanak yang berusia 7 tahun ini mereka satu bentuk tetapi tidak boleh memastikan apakah sebenarnya bentuk tersebut. Pada masa yang sama, kanak-kanak tersebut turut menyatakan
  • 16. beberapa nama terhadap bentuk yang dibuatnya. Ini bermakna, kanak-kanak ini belum dapat menguasai prinsip identiti. Seterusnya, kami telah menyuruh membuat satu lagi bentuk dengan menggunakan bintang tersebut. Kali ini, kami telah memberikan konsep dan menyuruhnya membentukkannya. Kanak-kanak tersebut tidak dapat menyempurnakan imej yang kami berikan kepadanya lalu dia tidak dapat membuat dengan kemas. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat pra-operasi masih belum menguasai prinsip pemikiran kritis. Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Kok Mun Jien Bagi Kok, kanak-kanak yang berusia 11 tahun, kami turut mengendalikan aktiviti yang sama. Kami telah memberikan bintang-bintang tersebut untuk membuat sebuah bentuk menurut kemampuannya. Dia telah menghasilkan namanya dalam kertas hiasan yang diberikan. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut berupaya menggunakan pemikiran logikal. Tambahan pula, kami juga memberikan konsep yang sama yang telah diberikan kepada kanak-kanak yang berusia 7 tahun. Tetapi adik ini pula dapat membentuk konsep tersebut. Hal ini demikian kerana pada peringkat ini strategi ingatan dan organisasinya menjadi lebih berkesan. Melalui segala aktiviti yang telah diadakan, secara jelasnya kami dapat melihat prestasi kedua-dua peringkat kanak- kanak mengikut teori perkembangan kognitif Piaget. Ujian Intelektual Piaget 4 : Jisim Kanak-kanak peringkat pra-operasi : Mugilan a/l Muthukumar Bagi ujian jisim, kami telah mengendalikan ujian jisim dengan menggunakan plastesin. Kami telah membentuk dua plastesin kepada bentuk bulat yang sama. Kami telah bertanya kepada kanak-kanak, adakah jisim plastesin ini sama atau tidak. Kanak-kanak yang berusia 7 tahun ini menyatakan bahawa berat kedua-dua plastesin adalah sama. Ini bermakna, kanak-kanak ini dapat menguasai prinsip identiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa amaun plastesin ini sama. Seterusnya, kami telah mengubah salah satu plastesin kepada bentuk yang leper. Sekali lagi kami bertanya, sama ada kedua-dua plastesin mempunyai jisim yang sama atau tidak.
  • 17. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kedua-dua plastesin tidak mempunyai berat yang sama. Dia menyatakan plastesin yang berbentuk bulat lebih berat berbanding plastesin yang berbentuk leper. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat pra- operasi masih belum menguasai prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak- kanak ini tidak mengetahui perubahan pada satu segi akan diganti dengan perubahan yang lain. Kanak-kanak peringkat operasi konkrit : Lee Chan Tung Bagi kanak-kanak Chan Tung yang berusia 10 tahun, kami masih mengendalikan ujian jisim dengan menggunakan plastesin. Kami telah membentuk dua plastesin kepada bentuk bulat yang sama. Kami telah bertanya kepada kanak-kanak, adakah jisim plastesin ini sama atau tidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa berat kedua-dua plastesin adalah sama. Ini bermakna, kanak-kanak ini dapat menguasai prinsip identiti. Kanak-kanak ini tahu bahawa amaun plastesin ini sama. Seterusnya, kami telah mengubah salah satu plastesin kepada bentuk yang leper. Sekali lagi saya bertanya, sama ada kedua-dua plastesin mempunyai jisim yang sama atau tidak. Kanak-kanak ini menyatakan bahawa kedua-dua plastesin mempunyai berat yang sama. Ini bermakna, kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit menguasai prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak ini mengetahui perubahan pada satu segi akan diganti dengan perubahan yang lain. Kesimpulannya, kanak- kanak ini mempunyai perkembangan kognitif yang hampir sama dengan kanak- kanak yang berada pada peringkat operasi formal.
  • 18. Rumusan Pertumbuhan melibatkan aspek fizikal seperti perubahan ketinggian dan saiz badan. Pertumbuhan berlaku secara berperingkat yang selari dengan perkembangan kognitif dan perkembangan sosial. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa aspek perubahan. Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak sememangnya harus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak merupakan insan yang mudah menerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat. Bagi membuktikan idea tersebut, kami telah melibatkan aktiviti-aktiviti yang mempengaruhi pembentukan konsep berdasarkan kemampuannya kepada seramai enam orang kanak-kanak, iaitu tiga kanak-kanak dari peringkat pra-operasi dan tiga lagi dari operasi konkrit. Kami telah berjaya mengadakan eksperimen dan pemerhatiannya di The Salvation Army Boy’s Home, Tambun, Ipoh. Secara jelasnya, kami dapat melihat perbandingan antara dua peringkat kanak-kanak tersebut. Sehubungan dengan itu, induksi utama yang wajar menuntun kanak-kanak ini adalah ibu bapa dan guru. Ini kerana, mereka merupakan insan paling hampir dengan kanak-kanak tersebut. Tindakan utama yang harus dilakukan ialah membentuk sahsiah kanak-kanak tersebut melalui pengajaran nilai-nilai murni untuk menguatkan jati diri kanak-kanak. Kanak-kanak ialah individu yang mudah dibentuk. Oleh yang demikian, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, persekitaran yang positif adalah amat penting untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
  • 19. Rujukan Buku Sang, M. S. (November, 2012). Perkembangan Kanak-Kanak (Vol. Edisi Ketiga). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Samuel, H. H. J .N. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pergurun (Vol. Edisi Kedua) Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Internet http://khairi25.wordpress.com/2009/07/20/faktor-faktor-perkembangan-dan- pertumbuhan-individu/ http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/perkembangan-fizikal-dan-kognitif-serta.html http://hanasyakira90.blogspot.com/2011/05/30-faktor-faktor-yang- mempengaruhi.html Artikel (2009). Perkembangan Fizikal dan Kognitif Serta Teori Yang Berkaitan. Di akses pada Februari 16, 2012. Hana Syahkira. (2010). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fizikal dan Kognitif Kanak-Kanak. Di akses pada Februari 17, 2012. Khairi. (2009). Faktor-faktor Perkembangan dan Pertumbuhan Individu. Di akses padaFebruari 17, 2012.